SHANGHAI - CHINA . Seramai 15 bayi berjaya diselamatkan selepas pihak berkuasa China menggagalkan rangkaian penyeludupan kanak-kanak di negara itu, menurut agensi berita Xinhua, kelmarin.
Xinhua melaporkan, polis mula mencurigai sepasang suami isteri sejak September lalu selepas mereka kerap mengadakan perjalanan dari bandar pergunungan Liangshan dekat wilayah Sichuan ke bandar Linyi di wilayah Shandong.
"Isteri suspek membeli bayi di Liangshan dan membawa mereka ke Linyi. Suaminya pula bertanggungjawab mencari pembeli di bandar itu," katanya memberitahu 78 suspek turut diberkas.
Bayi lelaki akan dijual pada harga ASD7,600 hingga ASD9,120 (RM34,000 hingga RM40,000), manakala bayi perempuan dijual dengan harga antara ASD3,040 hingga ASD5,000 (RM14,000 hingga RM22,000).
Kesemua bayi dihantar ke jabatan hal ehwal awam tempatan untuk dijaga sementara doktor mengambil sampel darah bagi membantu mencari ibu bapa kandung mereka. - Reuter
s