Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

100 Ikan Paus 'Lawat' Pantai Tamil Nadu


Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 9:59 AM

NEW DELHI: Kira-kira 100 ikan paus bersirip terdampar di pantai kira-kira 600 kilometer dari Chennai, daerah Tuticorin di Tamil Nadu pada pagi Selasa.
Menurut pihak berkuasa tempatan, walaupun selepas dibawa ke laut, kumpulan ikan paus itu tetap berenang semula ke pantai.
Situasi itu menyebabkan penduduk kawasan sekitarnya memenuhi pantai bagi melihat kumpulan ikan paus berkenaan.
Pada Ogos, bangkai ikan paus sepanjang kira-kira 10 meter ditemui di pantai berhampiran perkampungan di daerah Nagapattinam.
Ikan paus bersirip adalah mamalia kedua terbesar di dunia.

No comments:

Post a Comment