Search This Blog

Tuesday, December 29, 2015

110 Wartawan Maut Pada 2015


Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 2:08 PM
Seorang pelukis menyiapkan grafiti yang menggambarkan seorang wartawan dengan pen di bahagian kepala, sebagai simbolik bantahan terhadap keganasan ke atas wartawan di Sana'a, Yaman. Foto EPA

PARIS: Sejumlah 110 wartawan terbunuh di seluruh dunia pada 2015, kata pertubuhan akhbar, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) pada Selasa.
Seramai 67 wartawan terbunuh semasa bertugas tahun ini, manakala 43 lagi tidak diperjelaskan, kata kumpulan pemerhati itu.
Selain itu, 27 wartawan bukan profesional dan tujuh lagi petugas media turut terbunuh.
Menurut laporan itu, angka kematian tinggi berikutan sebahagian besarnya disebabkan oleh keganasan yang disengajakan terhadap golongan wartawan dan menunjukkan kegagalan inisiatif untuk melindungi petugas media.
ADVERTISEMENT
Ia berkata, dua pertiga wartawan terbunuh di negara-negara zon peperangan pada 2014.
Bagaimanapun, keadaan itu berbeza pada 2015 apabila dua pertiga wartawan terbunuh di negara-negara aman. - AFP

Mangsa meningkat di Kemaman [IMEJ]

Kemaman: Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 1,332 orang daripada 319 keluarga, sehingga 4 petang, 29 Disember, berbanding 997 orang daripada 247 keluarga pada tengah hari, 29 Disember.
Semua mangsa banjir kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 6:11 PM

Jariah Mat Amin, 59, membersihkan kedai runcitnya ditenggelami banjir di Kampung Padang Kubu. FOTO Aswadi Alias
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103344#sthash.FUGHbJ5X.dpuf

Kebakaran hutan, lebih 100 rumah hangus di Australia




API kelihatan marak membakar hutan di Sungai Wye, dekat Lorne, selatan Melbourne kelmarin. - REUTERS


MELBOURNE – Lebih 100 rumah dijilat api di sebuah kawasan pelancongan terkemuka di Australia akibat kebakaran hutan yang merebak dengan pantas ekoran musim panas sekarang ini.
Keadaan itu menyebabkan kira-kira 150 orang ahli bomba terpaksa melupakan sambutan Krismas kelmarin bagi memadamkan kebakaran di kawasan tumpuan pelancong di Great Ocean Road, Victoria.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan negeri memberi­tahu, 85 buah rumah disahkan terbakar di Sungai Wye dan 18 lagi berdekatan Separation Creek dengan jumlah keseluruhan sebanyak 103 di kedua-dua perkampungan yang terletak 120 kilometer dari Melbourne.
Pihak berkuasa memberikan amaran bahawa keadaan ke­ring akan menyebabkan lebih banyak kebakaran di kawasan Great Ocean Road dan seluruh Victoria.
“Kebakaran ini akan berte­rusan sehingga Januari dan Februari depan. Kita akan berdepan dengan cuaca panas, berangin pada Januari dan lebih banyak kawasan akan terbakar,” ujar Pesuruhjaya Perkhidmatan Kecemasan, Craig Lapsley.
Walaupun amaran pemindahan telah ditarik balik di bandar tumpuan pelancong, Lorne, selain keadaan hujan pada sebelah malam yang membantu operasi pasukan bomba, pihak berkuasa memberitahu bahawa kebakaran itu terlalu besar.
Kebakaran dipercayai bermula dengan sambaran kilat pada 19 Disember lepas dan bantuan tiupan angin menyebabkan api merebak sehingga memusnahkan lebih 2,000 hektar hutan. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3vhek8IKS 
Hakcipta terpelihara 

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

29 DISEMBER 2015

Banjir

 Gambar hiasan



KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi ini kepada 1,704 orang daripada 503 keluarga berikutan hujan lebat sejak malam tadi.  
Menurut Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), sebanyak 31 pusat pemindahan dibuka di beberapa dearah sekitar Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.  
Kemaman mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 991 orang (daripada 243 keluarga), diikuti Hulu Terengganu 474 orang (194 keluarga), Dungun 231 orang (64 keluarga) dan Marang sebanyak lapan mangsa (dua keluarga).  
Pusat pemindahan yang dibuka sejak dua hari lepas bertambah dengan Kemaman kini sebanyak 15 pusat, Hulu Terengganu (11 pusat), Dungun (empat pusat) dan Marang sebuah pusat.  
Cuaca pagi ini dilaporkan cerah. - Bernama

Ditetak bertubi-tubi ketika sedang makan malam


Lokasi kejadian

NILAI – Seorang pemuda maut ditetak bertubi-tubi oleh dua lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng di sebuah kedai makan di Pekan Mantin di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa G.Kasevan, 20, yang bekerja sebagai kelindan lori cedera parah ditetak pada bahagian kepala, badan dan tangan.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dan seorang rakannya sedang menikmati makan malam di kedai berkenaan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
“Tiba-tiba sebuah kereta jenis Perodua Viva dinaiki oleh tiga suspek berhenti berhampiran kedai terbabit.
“Dua lelaki memakai topeng terus turun dari kereta dan serang mangsa menggunakan parang menyebabkannya rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mohd Sabri Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
.

Cikgu belasah 16 murid kacau tidurnya


Salah satu gambar yang tersebar menunjukkan salah seorang ibu murid mendedahkan kesan lebam pada badan anaknya.

GUANGZHOU – CHINA. Gara-gara tidurnya pada waktu tengah hari di sekolah terganggu, seorang guru di sebuah sekolah rendah di Selatan China dilaporkan bertindak gila memukul 16 muridnya, lapor media tempatan.
Ramai ibu bapa mula berkumpul di luar sekolah rendah itu keesokan harinya menuntut penjelasan guru tersebut alasan memukul anak-anak mereka.
Gambar yang dimuatnaik ibu bapa murid tersebut menunjukkan lebam-lebam pada bahagian belakang badan anak mereka.
Salah seorang murid yang hanya dikenali sebagai Ke mendakwa, selepas makan tengah hari mereka tidak dapat tidur lalu mereka berborak namun tiba-tiba guru tersebut masuk dan memukul mereka.
Berdasarkan laporan, guru yang bernama Yan mengajar subjek teknologi maklumat di sekolah itu untuk tahun dua mengakui memukul murid-muridnya gara-gara tidurnya terganggu dek suara bising mereka.
Ibu bapa dikatakan ada menerima mesej yang meminta maaf dari Yan yang ketika itu telah dibawa ke balai untuk disoal siasat.
Namun tidak dipastikan sama ada ibu bapa murid-murid tersebut menerima permohonan maaf Yan itu.
Tidur sekejap pada waktu tengah hari menjadi budaya di negara China sebelum kembali memulakan aktiviti termasuk di sekolah dan tempat kerja
.

Penjara lapan tahun kerana merompak

Kota Bharu: Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan melakukan rompakan menggunakan parang, Ogos lalu.
Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Faizal Mohd Nor@Jaafar, 28, selepas tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas merompak lelaki dengan bersenjatakan parang di tempat letak motosikal berhampiran Tesco, di sini, 7.30 malam, 17 Ogos 2015.
Kesalahan itu, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:22 PM


TERTUDUH dihukum penjara lapan tahun dan tiga sebatan. FOTO Fathil Asri
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103080#sthash.vMy56LF5.dpuf

Dua budak antara 50 pekerja asing ditahan

Jitra: Jabatan Imigresen Kedah menahan 50 pekerja asing yang tinggal lebih masa tanpa permit sah di tapak pembinaan rumah kongsi di Bandar Darulaman di sini, kira-kira jam 2.30 petang tadi
Penolong Pengarah Imigresen Kedah Nar Azaman Ibrahim berkata, mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 55 tahun serta dua kanak-kanak iaitu lelaki berusia 14 bulan dan perempuan berusia lima tahun.
Beliau berkata, pihaknya memeriksa 116 orang terdiri 29 lelaki Myanmar, 40 lelaki dan 14 wanita Indonesia, 30 lelaki Bangladesh dan satu wanita serta dua kanak-kanak terbabit.
"Daripada jumlah itu, 50 orang didapati melakukan kesalahan iaitu tinggal lebih masa.
“Kesemua mereka dibawa ke lokap Imigresen di Anak Bukit sebelum dihantar ke Depoh Tahanan di Belantik, Sik, " katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 4:46 PM


Pegawai imigresen bersama anggota RELA memeriksa warga asing. - Foto ZULIATY ZULKIFLI
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103076#sthash.GwxRlGEI.dpuf

Pemandu bas, lima penumpang cedera

Juru: Pemandu bas ekspres dan lima penumpang cedera selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang lori di Kilometer 149.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) berhampiran Juru, Bukit Mertajam, tengah hari tadi.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu, tiga penumpang lain tidak cedera.
Ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Nibong Tebal ke arah Juru.
Kemalangan berlaku selepas pemandu bas berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar lori PROPEL yang berhenti di sebelah kiri lebuh raya.
Semua mangsa dan pemandu bas yang cedera ringan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 6:14 PM


PBAS ekspres remuk selepas merempuh belakang lori PROPEL. FOTO Amir Irsyad Omar
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103084#sthash.d8PP4B9a.dpuf

230 penduduk diminta berpindah

Hulu Terengganu: Seramai 230 penduduk daripada 77 keluarga di kampung Tok lawit, di sini bersedia untuk berpindah berikutan air naik secara mendadak.
Dijangkakan lewat petang ini semua mereka akan melaporkan diri di Dewan Sivik Sri Puteh, Tok Lawit.
Sehubungan itu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) negeri mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya mematuhi arahan berpindah dikeluarkan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pengarahnya, Azlimin Mat Noor berkata, peringatan dikeluarkan berikutan keadaan banjir yang mula melanda beberapa daerah ini bermula tengah malam tadi.
"Kita menasihatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai mematuhi arahan berpindah dikeluarkan pihak keselamatan kerana apabila arahan dikeluarkan bermakna kawasan berkenaan tidak selamat untuk diduduki," katanya pada sidang media ketika meninjau pusat pemindahan Dewan Sivik Kampung Tok Lawit, di sini, hari ini.
Beliau berkata, ibu bapa juga dinasihatkan supaya memantau pergerakan anak-anak dan melarang bermain air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 6:16 PM


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat warga emas Juwari Ali, 88, yang mengidap penyakit angin ahmar untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Bencana di Dewan Sivik Sri Putih Kampung Tok Lawit. FOTO Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103086#sthash.SAEAy09y.dpuf

Syukur kami selamat

Dungun: Lima beranak mengalami detik cemas apabila pikap Toyota Hilux dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), menghala Bukit Besi di sini, jam 4.45 petang tadi.
Dalam kejadian di Kilometer 342 arah Kuala Terengganu, kira-kira lima kilometer selepas Plaza Tol Paka, semua mangsa berusia antara dua hingga 59 tahun dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang, ke rumah mereka di Kampung Pulau Serai, di sini.
Pemandu kenderaan, Ahmad Faizal Ali, 30, berkata, kejadian dipercayai berlaku disebabkan angin lintang.
“Ketika sedang memandu, tiba-tiba kenderaan seperti ditolak sesuatu menyebabkan saya hilang kawalan sebelum ia terbalik. Alhamdulillah, saya dan isteri, Kamelia Muda, 28, anak Qisha Qasrina, 4, dan Ahmad Wafi Shauki, 2, serta ibu mentua Nik Sofiah Ismail, 59, selamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, petang tadi.
Penolong Kanan Penguasa Bomba Terengganu, Abdullah Zawawi Mohamed, berkata 10 anggota dari Balai Bomba Paka serta Dungun dikejarkan ke tempat kejadian dan semua mangsa yang didapati hanya cedera ringan, menerima rawatan pesakit luar di Hospital Dungun.
caption: Keadaan Toyota Hilux mangsa yang terbalik akibat angin lintang
Ends14
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 6:49 PM


Kamelia berteduh daripada hujan di bawah payung bersama dua anaknya. - Foto ROZAINAH ZAKARIA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103099#sthash.O9Tmhrw5.dpuf

Mangsa banjir bertambah di Kuala Krai [METROTV]

Kuala Krai: Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Veterinar di sini meningkat kepada 47 berbanding 36 mangsa malam tadi.
Berdasarkan portal ebanjir, sehingga 7 pagi tadi jumlah keluarga turut bertambah kepada 14 berbanding 11 keluarga malam tadi.
Jumlah itu membabitkan 28 dewasa dan 19 kanak-kanak.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Krai, Zulbahri Ibrahim berkata, semua mangsa banjir itu berpindah sendiri ke PPS selepas Kampung mereka di Kampung Guchil Luar dan Kampung Guchil 7 dinaiki air sejak 6 petang semalam.
Katanya bilangan jumlah mangsa bertambah kira-kira 1 pagi tadi apabila tiga keluarga membabitkan 11 mangsa datang sendiri ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 10:28 AM


ANTARA mangsa banjir dari Kampung Guchil Luar dan Guchil 7 di Dewan Veterinar Kuala Krai. FOTO Fathil Asri
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103246#sthash.GIgEicgQ.dpuf

2,000 penduduk terputus hubungan

Gua Musang: Kira-kira 2,000 penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Chalil di sini, terperangkap selepas jambatan menghubungkan bandar ini ditenggelami air Sungai Chalil.
Ia susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.
Ketua Peneroka Mat Lazim Yaakob berkata, air sungai mula melimpah sejak 3 petang sehingga menenggelamkan jambatan itu yang menjadi laluan utama penduduk.
"Kami tiada jalan alternatif lain dan terpaksa menggunakan bot sekiranya mahu keluar untuk urusan masing-masing.
"Bagaimanapun, setakat ini tiada rumah penduduk dinaiki air," katanya di sini hari ini.
Mat Lazim berkata, penduduk tinggal berdekatan kawasan paya dan anak sungai sudah bersiap sedia untuk berpindah sekiranya air sungai melepasi paras bahaya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 8:39 PM


Jambatan ke RKT KESEDAR Chalil tenggelam selepas air Sungai Chalil melimpah berikutan kerana hujan lebat sejak awal pagi tadi. - Foto RAMLI IBRAHIM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103115#sthash.8obeogK3.dpuf

'Bapa tidak bermusuh dengan sesiapa'

Kota Bharu: Keluarga kepada pemandu teksi yang mati ditikam petang semalam percaya mangsa tidak bermusuh dengan sesiapa dan mahu polis segera melakukan siasatan.
Anak mangsa, Mohd Nazri Hanafiah, 28, berkata, arwah hanya menjalani kehidupan seperti biasa dengan rutin harian sebagai pemandu teksi sejak 30 tahun lalu.
"Setahu saya, ayah saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Tak dengar juga dia berselisih faham dengan sesiapa.
"Kami sekeluarga serah kepada pihak polis untuk menyiasat. Dalam hal ini, kita ada undang-undang dan tidak sepatutnya bertindak sedemikian," katanya.
Dia yang ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini memberitahu jenazah arwah akan dikebumikan di Pasir Puteh, hari ini.
Semalam, seorang pemandu teksi berusia 67 tahun maut dipercayai ditikam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Mas-Salor dekat Kampung Pendek, di sini, antara 1 hingga 2.30 petang.
Berita berkaitan
Pemandu teksi maut ditikam: http://bit.ly/1OuundT
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 11:18 AM


ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa semalam. FOTO Rosliza Mohamed
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103286#sthash.v6yXgYAU.dpuf

249 mangsa banjir di tiga daerah Terengganu

Kuala Terengganu: Seramai 249 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Banjir sehingga 6 petang ini membabitkan tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Kemaman dan Marang.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, beberapa kawasan penempatan penduduk dinaiki air dan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan akibat hujan.
"Sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka di Kemaman iaitu Balai Raya JKKK Padang Kubu membabitkan 105 mangsa daripada 28 keluarga, Masjid Lama K ampung Padang Kubu (58 mangsa/13 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Telok Kalong (sembilan mangsa/satu keluarga).
"Hulu Terengganu membabitkan dua pusat pemindahan iaitu Dewan Sivik Seri Putih di Kampung Tok Lawit (34 mangsa/15 keluarga) dan Balairaya Kampung Kemat (35 mangsa/13 keluarga)," katanya.
Menurutnya, sebuah pusat pemindahan dibuka di Marang iaitu Dewan Sivik Pekan Wakaf Tapai dengan jumlah mangsa seramai lapan orang daripada dua keluarga.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 8:08 PM


AIR mula melintasi jalan di Kampung Padang Kubu, Kemaman, berikutan hujan lebat. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103111#sthash.opXfLAYj.dpuf

Banjir Terengganu bertambah teruk [METROTV]

Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat apabila 1,704 mangsa daripada 503 keluarga dipindahkan ke 31 pusat pemindahan sehingga 9 pagi tadi berbanding 496 mangsa (154 keluarga) di 14 pusat pemindahan malam tadi.
Menurut Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu 991 mangsa daripada 243 keluarga yang ditempatkan di 15 pusat pemindahan.
Di Hulu Terengganu, 474 mangsa (194 keluarga) ditempatkan di 11 pusat pemindahan.
Bagi daerah Dungun, 231 mangsa daripada 18 keluargadipindahkan di empat pusat pemindahan sementara lapan mangsa (dua keluarga) ditempatkan di satu pusat pemindahan di Marang.
Sementara itu, Sungai Kuala Jengai, Dungun mencatat paras air melebihi paras bahaya iaitu 23.13 meter.
Selain itu, beberapa lagi sungai mencapai paras amaran seperti sungai Jambatan Pengkalan Berangan Marang mencatat paras air 2.31 meter, Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, 36.1 meter melebihi paras selamat 36 meter dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau pula mencatat 11.27 meter melebihi paras selamat 10.9 meter.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 12:42 PM


KEADAAN banjir di Kampung Lubuk Perah, Hulu Terengganu. FOTO Rozainah Zakaria
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103293#sthash.4OcLAKJe.dpuf

Gempa bumi kuat landa Afghanistan

Kabul: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah di sempadan Afghanistan dan Pakistan pada lewat kelmarin menyebabkan ratusan rumah rosak dan berpuluh-puluh penduduk cedera.
Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, pusat gempa dikesan di wilayah pergunungan Hindu Kush pada kedalaman 203.5 kilometer.
Gegaran kuat menyebabkan bangunan bergegar dan penduduk yang ketakutan tidur di luar rumah walaupun cuaca sejuk.
Pusat gempa terletak di daerah Badakhshan di Afghanistan yang berhampiran dengan sempadan Pakistan dan Tajikistan.
Gegaran dilaporkan turut dirasai hingga ke New Delhi, India.
Seorang wanita mengandung dilaporkan maut selepas kediamannya ditimpa runtuhan batu di Peshawar, Pakistan dan puluhan lagi dilaporkan cedera.
Laporan awal memberitahu sekurangnya 45 rumah musnah di Badakhshan dan 12 penduduk cedera di wilayah Nangarhar, Afghanistan.
Pada Oktober lalu, satu gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah sama menyebabkan 400 penduduk maut.
Ramai penduduk Pakistan masih tidak dapat melupakan tragedi gempa bumi berukuran 7.6 magnitud pada 2005 yang menyebabkan lebih 75,000 penduduk maut. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 5:05 AM


SEORANG penduduk di Peshawar, Pakistan memeriksa dinding rumahnya yang runtuh akibat gempa bumi kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102725#sthash.IRBy5boG.dpuf

Puluhan pelombong ditimbus tanah runtuh

Yangon: Berpuluh-puluh pelombong dipercayai tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di sebuah lombong jed di utara Myanmar kelmarin.
Kejadian tanah runtuh di Hpakant di negeri Kachin itu adalah yang kedua berlaku di wilayah sama dalam tempoh sebulan.
Seorang pekerja di lombong itu berkata, sisa tanah lombong runtuh dan menimbus kira-kira 50 orang pekerja di bawahnya.
“Kira-kira 50 pekerja yang ditimbus tanah berkenaan dan hanya empat hingga lima mayat dijumpai pagi ini (semalam),” katanya.
Jurucakap polis di Hpakant berkata, kejadian berlaku pada tengah hari kelmarin tetapi jumlah sebenar mangsa yang tertimbus tidak dapat disahkan.
“Kami juga masih belum menerima laporan dari pasukan penyelamat mengenai jumlah mangsa yang terkorban,” katanya.
Satu kejadian tanah runtuh di wilayah yang sama pada 22 November lalu menyebabkan seramai 114 pelombong maut.
Kejadian berlaku apabila bukit yang terbentuk dari sisa buangan tanah runtuh dan menimbus pondok pekerja yang sedang tidur.
Kawasan itu terkenal kerana mengeluarkan jed paling berkualiti di dunia. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 5:05 AM


PASUKAN penyelamat menggunakan jentera berat untuk menggali tanah runtuh yang menimbus puluhan pekerja lombong jed di utara Myanmar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102730#sthash.tqsPtpCL.dpuf

Sembunyi empat bar emas dalam punggung

Colombo (Sri Lanka): Taktik seorang lelaki cuba menyeludup masuk empat bar emas seberat 400 gram dalam duburnya gagal selepas dia ditahan pihak berkuasa lapangan terbang di sini baru-baru ini.
Seorang jurucakap kastam Sri Lanka berkata, lelaki itu ditahan di Lapangan Terbang antarabangsa Bandaranaike di sini pada 22 Disember lalu selepas dilihat berjalan dengan pelik.
Katanya, pegawai kastam di lapangan terbang terus menahan lelaki itu untuk disoal siasat dan pemeriksaan tetapi tidak menemui sesuatu yang luar biasa.
“Pegawai kastam yang tidak berpuas hati kemudiannya membuat pemeriksaan rapi pada badan lelaki dan akhirnya menemui empat bar emas yang disembunyikan di dalam dubur suspek,” katanya.
Katanya, satu bar emas seberat 100 gram dan nilai keseluruhannya berjumlah £9,400 (RM40,400).
Lelaki itu yang menaiki penerbangan dari Singapura dipercayai tidak mahu mengisytiharkan emas berkenaan kerana enggan membayar cukai.
Menurutnya, lebih 70 suspek ditahan pihak berkuasa pada tahun ini kerana cuba menyeludup emas ke Sri Lanka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:07 AM


GAMBAR menunjukkan seorang lelaki memegang empat bar emas yang setiap satunya seberat 100 gram.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102966#sthash.zBCulJem.dpuf