Search This Blog

Saturday, December 26, 2015

Presiden Turki halang lelaki terjun jambatan

SABTU, 26 DISEMBER 2015 @ 10:43 AM

 LELAKI yang cuba terjun dari sebuah jambatan kelihatan bercakap kepada Presiden Recep Tayyib Erdogan melalui tingkap keretanya. - Foto http://www.dailymail.co.uk/

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan berjaya memujuk seorang lelaki yang cuba terjun dari sebuah jambatan di sini, lapor jurucakap presiden itu semalam. Ia berlaku ketika Erdogan dan pasukan pengiringnya berada di atas Jambatan Bosporus. Pasukan pengiring beliau berhenti sebaik melihat seorang lelaki cuba untuk terjun. Menurut pembantu presiden itu, Erdogan meminta untuk bercakap dengannya. Lelaki itu kemudian diiring ke kenderaan Erdogan dan mereka dilihat berbual. The Associated Press melaporkan, lelaki itu tertekan akibat masalah keluarga. Kata jurucakap itu, Erdogan berjanji untuk membantunya. - Agensi


 SALAH seorang pengawal peribadi Presiden Turki kelihatan memujuk seorang lelaki yang cuba terjun dari sebuah jambatan di Ankara, semalam. - Foto http://www.dailymail.co.uk/  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/108388

Seorang Maut, Seorang Cedera Kereta Langgar Pokok Di Gurun


Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 9:50 PM

ALOR SETAR: Seorang maut manakala seorang lagi cedera ringan setelah kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di kilometer 74, Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Mohd Zukir Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Noor Amalina Adlan, 21, yang duduk di bahagian penumpang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka dari arah Perlis ke Sungai Petani hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar pokok.

"Mangsa yang berasal dari Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani maut di tempat kejadian manakala pemandu lelaki dikenali sebagai Muhammad Hariz Abdul Malek berumur 20 tahun hanya mengalami cedera ringan," katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.09 petang sebelum sampai kira-kira 20 minit kemudian.-Bernama

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Afghanistan


Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2015 8:51 AM
Seorang mangsa yang menerima rawatan di hospital di Peshawar, Pakistan akibat gempa bumi berukuran 6.2 magnitud yang melanda Afghanistan pada awal pagi Sabtu. Gempa bumi itu turut dirasai di Paksitan dan utara India. Foto EPA

KABUL: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan timur laut Afghanistan pada awal pagi Sabtu mengakibatkan sekurang-kurangnya 17 cedera, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Gempa berukuran kedalaman 203.5 kilomter itu menggegarkan kawasan kira-kira 280 kilometer dari Kabul, ibu negara Afghanistan pada pukul 11.44 malam waktu tempatan (3.24 waktu Malaysia).
Penduduk di Kabul bergegas keluar menyelamatkan diri daripada kediaman dan bangunan walaupun keadaan begitu sejuk ketika insiden berlaku.
Menurut seorang wartawan AFP, gempa bumi tersebut turut dirasai di Islamabad, ibu negara Pakistan.
Dikatakan bahawa gegaran berterusan selama sekurang-kurangnya 30 saat.
Malah terdapat kenyataan di kalangan pengikut laman sosial Twitter memberitahu gegaran turut dapat dirasai sehingga di New Delhi, India.
Pada Oktober lalu, gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang melanda Pakistan dan Aghanistan, mengorbankan hampir 400 orang selain memusnahkan banyak harta-benda dan bangunan. - AFP

Nahas Bas Ekspres: Kakak Ke Terengganu Rindu Cucu - Adik


Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 9:54 PM
Foto: Pasukan Bomba dan Penyelamat

BUKIT MERTAJAM: Adik kepada seorang mangsa kemalangan di   KM 124, Lebuhraya Timur Barat berdekatan Jeli awal pagi Jumaat memberitahu bahawa kakaknya ke Terengganu kerana rindu untuk melihat cucunya.

Hasnah Osman, 53, berkata kakaknya Hasiah, 58, baru sahaja melawat cucunya di Kuala Gong, Kuala Terengganu seminggu selepas menantunya melahirkan cucunya itu.

"Kakak beritahu saya dia rindukan cucunya dan tidak sabar hendak melawatnya sekali lagi selepas melihat gambar yang dikirim yang menunjukkan cucunya semakin membesar," katanya.

Hasiah dan anaknya Muhammad Amir Abdul Halim, 16, adalah antara empat yang maut apabila bas ekspres yang mereka naiki dari Butterworth menuju Kuala Terengganu dilapor bergesel dengan sebuah treler.

Sementara suami Hasiah cedera ringan dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi itu.

Selain itu seorang anak Hasiah, Roshifah Abdul Halim berkata adiknya Muhammad Amir menghantar pesanan ringkas melalui WhatsApp dua jam sebelum kemalangan dengan memberitahu bas mereka telah bertolak dan sedang menuju Kuala Terengganu dan dijangka tiba kira-kira 4 pagi.

"Pada masa itu saya berasa lega kerana perjalanan mereka lancar," katanya.

Namun Roshifah berkata beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada bapanya kira-kira pukul 1.50 pagi yang memaklumkan ibu dan adiknya telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Beliau berkata jenazah ibu dan adiknya akan dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alma di sini malam ini. -Bernama

Arwah mahu sambung pengajian di Ireland - Kembar

SABTU, 26 DISEMBER 2015 @ 9:21 AM

Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

MUHAMMAD Wafiy, kembar Allahyarham Muhammad Wafiq, menyiram air mawar di kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, di sini, awal pagi tadi. - Foto NSTP


BATU PAHAT: Muhammad Wafiq Mohd Noor ,17, yang lemas dalam kejadian di Pantai Rhu Sepuluh, Kuala Terengganu, Isnin lalu berhasrat menyambung pengajian kedoktoran dan berdakwah di Ireland. Kembar mangsa, Muhammad Wafiy Mohd Noor, 17, berkata beliau berasa sebak mengenangkan hasrat kembarnya itu tidak tercapai. "Saya tidak menyangka yang kembar saya pergi dulu. Dialah rakan rapat saya, rakan suka duka saya selama ini daripada kecil kami sentiasa bersama dan tidak pernah berpisah. Saya sebak apabila ada dua cita-cita arwah yang sering disebut-sebutnya tidak kesampaian. "Allahyarham menyimpan hasrat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kedoktoran di Ireland dan mahu berdakwah di Eropah selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti," katanya selepas majlis pengebumian kembarnya itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Parit Yaani, dekat sini, jam 3.10 pagi tadi. Terdahulu, jenazah Muhammad Wafiq yang tiba pada jam 2.25 pagi dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu disambut oleh kira-kira 200 keluarga dan kenalan sebelum solat jenazah dilakukan. Mayat Muhammad Wafiq ditemui terdampar di pesisir pantai itu, kira-kira 75 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 12.05 tengah hari oleh orang awam semalam. Dalam kejadian yang sama seorang lagi rakan mangsa Ahmad Izad Shahruddin, 17, berjaya diselamatkan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/108378

Nahas Jeli: "Mak terlalu rindukan cucu"

JUMAAT, 25 DISEMBER 2015 @ 7:55 PM

 Oleh Nur Izzati Mohamad

BUKIT MERTAJAM: "Mak, ayah dan adik ke Terengganu kerana terlalu rindu dengan cucu sulung keluarga kami, Ahmad Eaden Yusuff Ahmad Idris, yang baru berumur 33 hari. Tidak sangka is berakhir dengan tragedi," kata Rusifah Abdul Rahim, 33, ketika ditemui di Kampung Alma, di sini. Rusifah ialah anak sulung kepada Hasiah Osman, 57, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kilometer 14 Jalan Jeli-Gerik, awal pagi ini. Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah adik bongsu Rusifah, Amir Abdul Rahim, 16, manakala bapanya, Abdul Rahim Hashim, 68, tidak mengalami kecederaan. Rusifah berkata, sebelum bapa, ibu dan adik bongsunya bertolak ke Terengganu dengan menaiki bas kira-kira jam 10.30 malam semalam, dia ada menghantar beberapa pesanan mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada adik bongsunya. Katanya, dia memaklumkan supaya adik bongsunya memberitahunya apabila tiba di lokasi yang dituju, namun terkejut apabila menerima panggilan daripada bapanya kira-kira jam 1.50 pagi tadi memaklumkan mengenai kemalangan itu. "Sebelum kejadian, saya ada menghubungi mak dan dia memberitahu ingin melihat cucu di Terengganu kerana sudah terlalu rindu sejak ke sana bulan lalu," katanya. Rusifah yang menetap di Puchong, Selangor bergegas pulang ke kampung bersama suaminya sebaik dimaklumkan berita mengenai kejadian yang menimpa ahli keluarganya. "Ayah hanya memaklumkan bahawa mak dan adik sudah tiada, namun panggilannya terus terputus hingga saya tidak sempat menyoal apa-apa. Saya terus bergegas pulang ke sini," katanya. Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, bas yang membawa 30 penumpang dari Taiping, Perak menghala ke Kuala Terengganu terbabit kemalangan dengan sebuah lori muatan papan lapis dari arah bertentangan, mengakibatkan empat maut dan 26 lagi cedera. Selain Hasiah dan anak bongsunya, dua penumpang lain yang terkorban dalam nahas itu adalah Nur Afiqah Alimi Mohd Ali, 19 dan Mohd Syafik Azrol Azni, 25, dari Terengganu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/108349

Penggodam sasar sistem bank Turki

SABTU, 26 DISEMBER 2015 @ 11:05 AM

ANKARA: Turki kini terjejas akibat gelombang serangan siber ke atas laman web kewangan dan kerajaan yang diperhebat ketika Krismas, dilaporkan menyebabkan gangguan sementara urus niaga kad kredit. Satu video dikeluarkan minggu ini dan dikaitkan dengan kumpulan penggodam Anonymous, berikrar untuk membalas dendam atas dakwaan hubungan Turki dengan militan IS. Serangan ke atas pelayan negara itu berlaku secara berterusan sejak beberapa minggu kebelakangan ini namun pada hari Krismas semalam, bank menyaksikan gangguan ke atas urus niaga kad kredit. Media tempatan melaporkan, Isbank, Garanti dan Ziraat Bank antara sasaran. "Agak sukar mengenal pasti dari mana datangnya serangan ini, dengan siasatan terperinci kita akan tahu jika serangan dilakukan penggodam atau kumpulan tertentu," kata Menteri Komunikasi Binali Yildrim. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/108396

Pengarah PERHILITAN Johor ditahan

SABTU, 26 DISEMBER 2015 @ 11:17 AM

 Oleh S Anand Kumar anand@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor ditahan malam tadi, selepas dipercayai mencuri sumbu badak berusia 100 tahun milik Muzium Diraja Johor.  Difahamkan, suspek berusia 46 tahun yang memulakan tugas di negeri ini pada Ogos lalu selepas bertukar dari Terengganu, didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan di sini, kira-kira jam 2.30 petang pada 19 Oktober lalu.  Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini, kira-kira jam 9 malam.  Beliau berkata, kehilangan sumbu badak itu disedari oleh kakitangan muzium berkenaan selepas mendapati barangan terbabit yang dijemur di hadapan bangunan hilang pada kira-kira jam 2.30 petang.  "Hasil siasatan dan penelitian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan pada hari kejadian mendapati barangan berkenaan diambil oleh suspek.  "Ketika kejadian, suspek dikatakan baharu selesai menghadiri mesyuarat bersama beberapa agensi lain di bangunan berkenaan, dan dipercayai ketika mahu pulang dia berbuat demikian dengan memasukkan sumbu badak itu ke dalam keretanya," katanya.  Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, sebentar tadi.  Wan Ahmad Najmuddin berkata, barangan itu diserahkan suspek menerusi pemandunya kepada pihak pengurusan muzium dua hari selepas kejadian pada jam 8.15 pagi dengan keadaan baik.  "Pada mulanya suspek tidak mengaku mengambil barangan berkenaan, bagaimanapun rakaman wajah suspek dalam CCTV mengukuhkan lagi bukti siasatan polis, dan malam tadi suspek menyerah diri di IPD JBS," katanya.  Beliau berkata, barangan berkenaan disimpan suspek selama dua hari di pejabatnya dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.  Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/108401

2 cedera jatuh bot di Teluk Batik

SABTU, 26 DISEMBER 2015 @ 11:23 AM ⁠⁠⁠

Oleh Noor Hidayah Tanzizi bhnews@bh.com.my

LUMUT: Dua lelaki cedera selepas terjatuh dari 'banana boat' di kawasan peranginan Teluk Batik, di sini, semalam. Dalam kejadian 10.39 pagi itu, mangsa Asraaf Helmi Abdul Rahman, 19, mengalami kecederaan di kepala, manakala rakannya Rahmad Asriadi, 22, lebam di dahi. Pegawai Pertahanan Awam, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Manjung, Nasarudin Abu Bakar, berkata mangsa yang berasal dari Selangor dipercayai berkelah bersama rakan sebelum menaiki bot berkenaan. "Mangsa dipercayai terjatuh ketika pemandu bot yang menarik bot berkenaan menggunakan bot lain. "Belakang kepala mangsa luka dipercayai selepas berlaga dengan kepala rakannya sebelum orang awam meminta bantuan anggota JPAM yang sedang melakukan rondaan di kawasan berhampiran," katanya. Katanya, mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk rawatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/108402

Gempa bumi menggegarkan Pakistan, Afghanistan


Gambar hiasan

ISLAMABAD - PAKISTAN. Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegarkan Pakistan dan Afghanistan menyebabkan penduduk bergegas menyelamatkan diri.
Dalam kejadian itu, lebih 30 orang cedera akibat rumah dan dinding runtuh di bandar barat laut Pakistan di Peshawar.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Bilal Ahmed Faizi berkata, sejumlah 41 orang yang cedera dibawa ke hospital di bandar itu, menurut doktor dan pegawai penyelamat.
Laporan The Associated Press memetik Pegawai Pakistan, Ghulam Rasool sebagai berkata, gempa 6.9 magnitud itu berpusat di Tajikistan berhampiran sempadan Afghanistan, bermula selepas tengah malam tadi selama 59 saat.
Bagaimanapun Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa terbabit berukuran 6.2 magnitud dan berpusat di rantau Hindu Kush di Afghanistan
.

Lari tinggalkan kekasih elak ditahan penguatkuasa


Lelaki warga Bangladesh yang ditangkap penguatk kuasa Jaim di sebuah hotel di Melaka Baru sebelum dia melarikan diri.

BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki warga asing tekad lari meninggalkan kekasihnya selepas mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam pemeriksaan di sebuah hotel di Melaka Baru, di sini, malam tadi.
Lelaki yang dipercayai berusia 26 tahun dan disyaki berasal dari Bangladesh itu berjaya lolos sebaik sahaja turun daripada tangga hotel menuju kenderaan jabatan berkenaan dalam kejadian jam 12.40 tengah malam.
Anggota penguat kuasa yang mengejarnya bagaimanapun gagal menahan semula lelaki yang bekerja di sebuah kilang di Batu Berendam itu selepas berlari sejauh lebih 200 meter sebelum dia dipercayai masuk ke dalam kawasan berlukar berhampiran.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, meskipun lelaki tersebut berjaya bersembunyi namun pihaknya akan berusaha mengesannya sekali gus yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan.
"Tindakannya melarikan diri membiarkan kekasihnya sendirian berhadapan penguatkuasa seolah-olah menunjukkan dia tidak bertanggungjawab, apa pun kita boleh mengesannya dengan pelbagai cara dan kaedah.
"Namun kita akan minta lelaki itu menyerah diri dan datang ke pejabat Jaim sebelum tangkapan semula dibuat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini
.

Buruh ditemui mati tergantung di bilik tidur


Anggota polis membawa mayat mangsa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
PASIR MAS - Seorang buruh ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Bunut Susu, di sini, awal pagi semalam.
Mayat lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun itu ditemui dalam bilik tidurnya oleh salah seorang ahli keluarga kira-kira jam 6 pagi.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum diserahkan semula kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Kes kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bukan itu sahaja, difahamkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kes kematian mangsa.
Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan pengesahan polis mengenai kes berkenaan gagal.

Lori bauksit: Polis nafi minta keluarga tarik laporan


Aziz menunjukkan komen berunsur fitnah terhadap polis di laman Facebook seorang individu ketika mengadakan sidang media di sini, hari ini.

KUANTAN - Polis menyangkal dakwaan berhubung pihaknya menasihatkan ahli keluarga mangsa satu kejadian kemalangan lori bauksit baru-baru ini supaya menarik kes tersebut seperti yang sedang diviralkan di laman sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dakwaan tersebut yang dimasukkan dalam laman sosial Facebook merupakan perbuatan fitnah yang mencemarkan nama baik pegawai polis.
Menurutnya, pihak polis sentiasa bertungkus lumus menyiasat kes terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan, namun dakwaan sedemikian dilemparkan kepada anggota keselamatan itu.
"Pengguna akaun Facebook tersebut telah  membuat pengakuan maaf pada hari yang sama selepas dakwaan tersebut dilakukan.
"Namun begitu satu laporan polis telah dibuat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.
"Individu tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menghentikan perbuatan memfitnah berkaitan kes ini kerana ia akan mengganggu siasatan dan mereka boleh dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, hari ini.
Aziz dalam sidang media itu menjelaskan, kejadian kemalangan yang berlaku pada malam 18 Oktober lalu menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera selepas berlanggar sebuah lori treler dipercayai lori bauksit yang keluar dari simpang tiga stesen minyak Caltex Gebeng di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan.
"Kita masih berusaha untuk mengenal pasti pemandu lori berkenaan dan nombor pendaftaran diberikan oleh saksi kejadian yang merupakan rakan mangsa didapati adalah silap.
"Polis masih giat mengesan pemandu lori bertanggungjawab," katanya
.

Tempoh reman suspek bakar 6 kereta dilanjut Isnin depan



KUALA LUMPUR - Tempoh reman suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam kes membakar enam kereta di tempat letak kenderaan di Taman Jaya, Petaling Jaya, Isnin lepas, dilanjutkan sehingga Isnin depan.
Sebelum ini, suspek yang ditahan pada hari yang sama dia didakwa melakukan kesalahan itu, dikenakan reman empat hari yang berakhir hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor esok.
"Kes masih disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api" katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian Isnin lepas, enam kereta terbakar selepas suspek berusia dalam lingkungan 20-an didakwa membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang sebuah kereta di kawasan berkenaan.
Susulan kejadian itu, polis menahan suspek kira-kira pukul 11 malam hari yang sama di Petaling Jaya. - Bernam
a

Guru terjatuh bot ditemui mati lemas



IPOH - Seorang guru sekolah menengah di Teluk Intan yang terjatuh dari bot semasa memancing di Sungai Bidor petang semalam, ditemui mati lemas petang ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mayat Zainal Abidin Abu Yamin, 52, dari Taman Melor ditemui kira-kira 500 meter dari tempat beliau dipercayai terjatuh.
"Mayatnya ditemui dalam keadaan baik dan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN:Guru dikhuatiri lemas terjatuh bot]
Zainal Abidin pergi memancing bersama seorang rakannya dengan bot berasingan sebelum rakannya itu menyedari mangsa tidak kelihatan di dalam botnya ketika mereka dalam perjalanan pulang. - Bernam
a

Empat cucu sepatutnya sampai pagi tadi'


Antara mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan.
KUALA TERENGGANU - "Sepatutnya mereka berempat sampai kira-kira jam 5 pagi ini tapi sekarang seorang daripadanya telah tiada," kata nenek seorang daripada mangsa kemalangan bas di km124, Lebuhraya Timur Barat berdekatan Jeli awal hari ini. 
Ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pak Tuyu di sini, Azizah Umar, 70, kelihatan masih terkejut dengan kemalangan kira-kira 1.40 pagi itu yang menimpa anggota keluarganya. 
[ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut dalam kemalangan antara bas, lori]
Insiden itu mengorbankan seorang cucunya, Nur Afiqah Alimi Ali, 19, pelajar jurusan Pelancongan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, manakala tiga lagi cucunya dilaporkan cedera. 
Mereka yang cedera ialah kakak Nur Afiqah Alimi iaitu Nurain Nabila Alimi, 20, dan adiknya, Nurain Nasuha Alimi, 15, serta sepupu mereka Izzu Farhan Mohd Zaidi, 15. 
Azizah berkata keempat-empat cucunya itu dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas menziarahi kakak sulung Nur Afiqah Alimi di Kamunting, Perak sejak Ahad lalu.
Katanya ketika ke Kamunting, mereka turut ditemani ibu mangsa Zalida Adnan, 38, bersama adik bongsu tetapi kedua-duanya pulang lebih awal pada Rabu lalu. 
"Pada mulanya Kak Uda (Nur Afiqah Alimi) tak berhasrat mengikut emaknya sebab dia masih di Kuantan, tetapi tiba-tiba dia beritahu dapat cuti panjang dan ambil keputusan untuk balik ke rumahnya di Kampung Pagar Besi di sini, Jumaat lepas. 
"Sebelum naik bas pada jam 9.30 malam (Ahad), mereka anak beranak bersiap-siap di rumah nenek, Sikap mereka sama sahaja. Kami makan malam dan solat bersama di rumah," katanya. 
Jenazah Nur Afiqah Alimi dijangka dikebumikan di sebelah pusara ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol di sini malam ini. - Bernama

Mayat tertiarap dalam parit


Mayat Mohd Haslam diusung menaiki trak polis untuk dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk tujuan bedah siasat.

SABAK BERNAM - “Saya baru terima menantu malam Rabu, tapi tak sangka anak sulung saya pula meninggal dunia sehari selepas itu,” kata bapa mangsa, Razali Ahmad, 67, selepas anaknya, Mohd Haslam Razali, 31, ditemui mati lemas, pagi semalam.
Mohd Haslam yang menunggang motosikal dipercayai terbabas ke dalam parit di Jalan Haji Anwar, Kampung Batu 39 sehari sebelum kejadian ditemui orang awam kira-kira jam 8 pagi, semalam dalam keadaan mayatnya tertiarap di parit berkenaan.
Razali berkata, sebaik menghantar rombongan pernikahan anak keduanya di Kuala Kerai, Kelantan, dia dan isteri pulang bagaimanapun mendapati anak sulungnya, Mohd Haslam Razali, 31, tiada di rumah.
“Saya sampai sini pun lebih kurang jam 11 malam. Saya pun hairan sebab tengok rumah gelap masa tu. Saya tunggu (Mohd Haslam) tapi dia tak balik ke rumah. Hati saya mula risau sebab dia jarang keluar malam.
“Arwah ada penyakit sawan, saya takut kalau apa-apa berlaku. Sebelum pergi Kelantan saya dah pesan banyak kali supaya dia tak ke mana-mana, duduk di rumah. Tapi mungkin dah ajalnya,” katanya.
Menurut Razali, anak sulung daripada tujuh beradik itu sering diserang sawan hingga mengakibatkannya sesekali hilang ingatan selepas terbabit dalam kemalangan motosikal, kira-kira lima tahun lalu.
“Semalam (kelmarin) dia tak kerja sebab cuti (Maulidur Rasul). Saya rasa mungkin dia keluar minum, tapi tiba-tiba diserang sawan menyebabkannya tak dapat kawal motosikal hingga masuk ke dalam parit hingga lemas,” katanya.
Ibu mangsa, Norhotifah Masdar, 53, berkata, kali terakhir dia menghubungi anaknya itu pada petang sebelum kejadian ketika dia masih di Kelantan.
“Saya pesan supaya dia jaga diri baik-baik dan ajak pakcik teman (bapa saudara mangsa) di rumah. Suaranya masa bercakap dalam telefon pun lain macam seperti tak nak cakap lama dengan saya.
“Tak sangka itulah perbualan terakhir saya bersama arwah,” katanya.
Saksi kejadian, Muhammad Hafiz Ahmad, 28, berkata, dia yang menunggang motosikal bersendirian baru keluar dari rumahnya di Batu 2 Tebuk Pulai ingin ke kedai makan di Batu 39 ternampak sebuah motosikal di dalam parit berkenaan.
“Saya berhenti di situ dan terkejut apabila nampak mayat tertiarap berhampiran motosikal terbabit. Saya kemudiannya hubungi rakan dan Rela untuk maklumkan kejadian ini,” katanya.
Rakan sekerja mangsa, Misran Wahidon, 44, berkata, Mohd Haslam bekerja sebagai pembantu awam di Unit Vektor Pejabat Kesihatan Sabak Bernam sejak empat tahun lalu.
“Kali terakhir jumpa arwah di pejabat Selasa lalu. Arwah ajak saya keluar minum, tapi saya tak boleh pergi sebab ada urusan lain, jadi tak sempat nak duduk bersembang dengannya.
“Saya tahu dia ada sakit sawan. Kalau penyakit tu datang, saya biasa tenangkannya dengan membaca ayat al-Quran. Tapi tak sangka, dia diserang sawan ketika menunggang motosikal,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
.

Cita-cita nak berdakwah ke Eropah tidak kesampaian


Cita-cita nak berdakwah ke Eropah tidak kesampaian
Mohd Nor (menyiram air) memberikan penghormatan terakhir kepada anaknya.
BATU PAHAT - “Saya berasa sebak apabila ada dua cita-cita arwah yang sering disebut-sebutnya tidak kesampaian, dia menyimpan hasratnya untuk berdakwah di benua eropah,” kata Muhammad Wafiy Mohd Noor, 17.
Menurut Muhammad Wafiy, dalam masa yang sama kembarnya itu, Allahyarham Muhammad Wafiq  turut menyimpan hasrat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kedoktoran di Ireland, setelah mendapat keputusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.
Katanya, dia sering menyatakan hasratnya itu, dan kini kata-kata Allahyarham Muhammad Wafiq hanya menjadi kenangan dalam hidupnya serta berharap dia sendiri akan dapat menyambung impian kembarnya.
“Saya tidak menyangka yang kembar saya pergi dulu...di mana dialah rakan seperjuangan saya, rakan suka duka saya selama ini, di mana dari kecil kami akan sentiasa bersama,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, pagi tadi.
Dia ditemui di perkarangan Masjid Jamik Kampung Sri Bengkal, setelah selesai proses pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal pada jam 3.10 pagi, semalam.
Terdahulu, jenazah Muhammad Wafiq yang tiba pada jam 2.25 pagi dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu disambut dan diberi perghormatan terakhir oleh kira-kira 200 kenalan sebelum solat jenazah dilakukan.
Allahyarham Muhammad Wafiq merupakan salah seorang daripada dua mangsa yang lemas di Pantai Rhu Sepuluh, Kuala Terengganu, Isnin lalu dan dia disemadikan berhampiran kubur seorang lagi mangsa yang juga rakannya, Muhamad Naim Adnan, 17.
Mayat mayat Muhammad Wafiq ditemui terdampar di pesisir pantai itu, kira-kira 75 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 12.05 tengah hari oleh orang awam, semalam.
Dalam kejadian yang sama seorang lagi rakan mangsa Ahmad Izad Shahruddin, 17, berjaya diselamatkan.
Manakala abang sulung Muhammad Wafiq, Mohd Nasiruddin, 31,  berkata, arwah adiknya tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik namun lebih menunjukkan sikap prihatin kepada keluarga.
"Namun ketika berada di sana, adik selalu menelefon emak, Zabedah Kamdan, 55  memberitahu keadaannya di sana, semasa dia mengikuti program keagamaan di Masjid Kampung Bonggol, Setiu, serta bertanya khabar ayah, Mohd Nor Ismail, 58,” katanya.

Gempa bumi lemah di Borneo Utara


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter berlaku di Tarakan, Indonesia iaitu bandar utama di Borneo Utara kira-kira 1 tengah hari tadi.
Ia terletak kira-kira 75 kilometer dari barat daya Tawau, Sabah.
Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, pusat gegaraan ialah 3.7 darjah utara dan 117.8 darjah timur.
Gempa tidak menyebabkan tsunami. - Bernam
a

14 maut ribut landa Amerika Selatan


Kawasan yang terjejas akiba ribut di Mississippi

MISSISSIPPI - AMERIKA SYARIKAT. Sekurang-kurangnya 14 maut manakala puluhan yang lain cedera selepas ribut melanda Amerika Selatan.
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan tujuh terbunuh di Mississippi termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun, enam di Tennessee manakala seorang terbunuh di Georgia.
Memetik AP, jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi,  Greg Flynn berkata, berpuluh yang lain mengalami kecederaan dan ada diantaranya mengalami kecederaan serius.
Sementara itu, Gabenor Mississippi, Phil Bryant mengisytiharkan darurat di kawasan yang terjejas akibat ribut yang disertai 14 puting beliung dilaporkan membadai kawasan berkenaan.
"Semua orang berkampung di sini di Mississippi hari ini bagi menghulurkan bantuan dan memantau bencana ini," katanya
.

Anak maut selepas ditinggal 38 jam


Braydon Barnes.
MISSOURI - AMERIKA SYARIKAT . Seorang bayi berusia dua tahun ditemui mati selepas ditinggalkan ibu dan bapanya untuk memproses dadah, Ahad lepas.
Menurut Dailymail, Lucas Russell Barnes, 25, dan Kathleen Peacock, 22, bakal didakwa atas tuduhan cuai dan memproses dadah jenih methamphetamine sehingga menyebabkan kematian Braydon Barnes.
Laporan autopsi mengatakan Braydon maut akibat hyperhermia dan suhu tinggi selepas ditinggalkan berhampiran dengan sebuah alat pemanas di rumah mereka di St Charles.
Selain itu, Braydon dilaporkan dalam keadaan sangat kurus dan tidak menjamah sebarang makanan selama dua hari sebelum ditemui mati.
Pendakwaraya, Tim Lohmar memberitahu mahkamah bahawa Brydon ditinggalkan pada Jumaat dan ditemui maut pada jam 11 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Ibu bapa Brydon disyaki memproses dadah dalam sebuah treler yang diubah menjadi makmal dadah ketika kejadian.
Pihak polis juga mendakwa keadaan rumah mangsa berada dalam keadaan tidak sesuai didiami kerana dipenuhi najis dan makanan basi.
Lucas dan Kathleen kini ditahan reman dan sedang menunggu perbicaraan.

Lebih 100 terkorban dalam letupan loji gas


Keadaan lori treler yang terbakar
ONITSHA –NIGERIA . Sambutan perayaan Krismas bagi penduduk Nnewi, Anambra berakhir tragedi apabila sebuah loji industri gas dilaporkan meletup dan mengorbankan lebih 100 orang.
Memetik laporan portal antarabangsa, Vanguard.com, letupan tersebut berlaku pada loji milik sebuah syarikat swasta di negara tersebut.
Menurut saksi, kejadian itu berpunca daripada kebakaran sebuah trak minyak yang baharu sahaja dikosongkan dan merebak ke kilang berhampiran.
“Kebakaran bermula kira-kira jam 11 pagi semalam. Semua pelanggan yang berkunjung ke sana terkorban dan angka kecederaan termasuk bagi mereka yang berada di kawasan kejiranan berdekatan,” katanya.
Difahamkan, terdapat ratusan mangsa masih terperangkap di dalam kilang tersebut.
Dalam pada itu,kerja menyelamat terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat kebimbangan terhadap letupan yang mungkin berlaku.

Seorang maut, 5 cedera kereta langgar kedai



KENT - BRITAIN . Seorang warga emas maut manakala lima yang lain cedera selepas sebuah kereta melanggar kedai kopi semalam.
Mangsa berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia ditempat kejadian selepas sebuah kereta jenis Audi melanggar kedai kopi yang terletak di The Green, Westham pada jam 10.30 pagi.
South East Coast ambulans (Secamb) berkata, lima orang telah dibawa ke hospital dan empat daripadannya mengalami cedera parah dan seorang cedera ringan.
"Dua lelaki dan dua wanita yang cedera parah masing-masing dibawa ke hospital Hospital St George di Tooting, selatan London dan Hospital Princess Royal di Farnborough.
"Manakala seorang wanita yang cedera ringgan menerima rawatan di Hospital Tunbridge Wells," kata jurucakap Secamb dipetik BBC.
Sementara itu, jurucakap polis Roscoe Walford berkata, kereta terbabit hilang kawalan dan melanggar kaki lima sebelum merempuh kedai berkenaan
.

12 mati akibat hipotermia di Nepal dalam seminggu


- Gambar Hiasan
KATHMANDU - NEPAL . Sekurang-kurangnya 12 orang meninggal dunia akibat hipotermia dalam seminggu di ibu negara Nepal, Kathmandu apabila suhu sejuk menurun ke paras bawah 0 darjah Celsius.
Superintenden polis BP Pokhrel berkata 12 orang ditemukan mati di tempat berasingan di Kathmandu dalam tempoh seminggu akibat suhu sejuk melampau.
Pokhrel, yang juga jurucakap Pejabat Polis Metropolitan Kathmandu, berkata mereka yang mati merupakan golongan miskin dan gelandangan yang tinggal di tempat awam dan kaki lima, atau mangsa gempa bumi yang tinggal dalam khemah berikutan rumah mereka musnah dalam kejadian gempa bumi 25 April.
Polis percaya lebih banyak kematian di seluruh negara berikutan suhu sejuk melampau yang berlaku sejak seminggu lepas.
Pokhrel berkata, banyak daripada mangsa gempa bumi tinggal sama ada dalam khemah atau pondok sementara dan mereka lebih terdedah kepada suhu amat sejuk.
Menurut Jabatan Hidrologi dan Meteorologi (DHM), suhu minimum turun ke paras 0 darjah Celsius sejak seminggu lepas, yang terendah pada tahun ini dan juga yang terendah dicatatkan dalam tempoh dua tahun.
Suhu terendah dicatatkan tahun lepas 1.4 darjah Celsius, menurut pegawai DHM Shanti Kandel.
"Kami akan menyaksikan suhu turun ke paras lebih rendah lagi bagi sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu lagi," katanya.
Kerajaan telah mula mengagihkan selimut dan pakaian panas kepada mangsa gempa bumi untuk menyelamatkan mereka daripada kesejukan, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Laxmi Prasad Dhakal.
Katanya mangsa gempa bumi terdiri daripada kanak-kanak dan warga tua berisiko tinggi dan langkah khas diambil untuk melindungi mereka daripada kesejukan. - Bernama

Pesawat kargo terhempas, tujuh maut


Pesawat kargo terhempas, 7 maut - Foto Donat Muamba. - Foto AFP
KINSHASA - CONGO. Sekurang-kurangnya tujuh maut selepas sebuah pesawat kargo terbabas dari landasan dan melanggar beberapa rumah, pegawai berkata.
Insiden berlaku kira-kira jam 4 petang waktu tempatan semalam apabila pesawat Airbus A310 milik Services Air yang cuba mendarat di Lapangan terbang di bandar Mbuji Mayi terbabas dari landasan dan melanggar beberapa rumah yang berdekatan lapangan terbang itu.
Gabenor Kasai-Oriental, Ngoyo Kasanji memberitahu AFP, sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dalam nahas tersebut, lapor AFP.
"Kesemua mangsa adalah penduduk yang tinggal di perumahan dikawasan tersebut manakala empat krew penerbangan yang berada dalam penerbangan selamat dan tidak mengalami kecederaan," katanya.
Sumber memberitahu Radio Okapi, insiden berlaku selepas dua kali percubaan mendarat.
Pesawat gagal berhenti selepas mendarat di tengah-tengah landasan menyebabkan pesawat terbabas lebih 500 meter.

Tunjuk perasaan bantah keputusan mahkamah


Penunjuk perasaan berkumpul di luar Kedutaan Thailand bagi membantah hukuman mati terhadap dua migran Myanmar. - Foto AFP

BANGKOK - THAILAND. Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Yangon semalam, bagi menyatakan kemarahan mereka terhadap hukuman mati yang dijatuhkan kepada dua pekerja asing Myanmar kerana membunuh dua pelancong Britain, tahun lalu.
Kira-kira 600 orang berhimpun di hadapan Kedutaan Diraja Thailand di Yangon, Myanmar, membawa sepanduk bertulis 'Kami mahu keadilan' dan 'Kerajaan Thailand tidak tahu malu'.
"Kami mahu menuntut keadilan bagi kedua-dua rakyat Myanmar yang dihukum mati. Hukuman mahkamah tidak adil dan tiada ketelusan dalam perbicaraan," menurut peserta protes, Aung Khun Sat.
Ketua tunjuk perasaan Andy Hall menyifatkan, polis Thailand menggunakan kekerasan untuk mendapatkan pengakuan daripada tertuduh, namun ia disangkal hakim dengan mengatakan terdapat bukti kukuh termasuk kesan DNA bagi mengaitkan mereka.
Kelmarin, Zaw Lin dan Wai Phyo didapati bersalah merogol dan membunuh Hannah Witheridge, 23, serta membunuh David Miller, 24, di pulau Koh Tao, dekat selatan Thailand, pada September tahun lalu. - dp
a

Letupan gas di Nigeria, 100 terbunuh


Asap tebal menyelubungi ruang udara selepas letupan itu.

ABUJA - NIGERIA. Sekurang-kurangnya 100 maut dalam letupan di sebuah kilang gas industri di tenggara Nigeria, kelmarin.
Media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku selepas sebuah lori tangki gas meletup secara tiba-tiba ketika kerja pemunggahan gas memasak butana sedang dilakukan di kilang Chikason Group Gas di bandar Nnwei, Anambra.
"Orang awam yang sedang beratur untuk mengisi gas memasak turut terbunuh dalam insiden dan mangsa cedera telah dihantar ke hospital berhampiran," menurut saksi, Emeka Peters.
Difahamkan, letupan itu turut mencetuskan kebakaran besar yang berlarutan selama beberapa jam.
Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana proses pengecaman sukar dilakukan berikutan kebanyakan mayat rentung sepenuhnya. - Press T
V

Empat maut, budak cedera

Johor Bahru: Empat maut, manakala seorang kanak-kanak cedera apabila kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dan terbakar di jambatan Sungai Dohol, Kota Tinggi, kira-kira 7 pagi tadi.
Menurut jurucakap jabatan bomba dan penyelamat Kota Tinggi, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran kereta pada 7.04 pagi tadi.
Katanya, jentera dikendalikan pegawai dan lima anggota bergegas ke tempat kejadian dan tiba pada 7.23 pagi.
"Land Rover dinaiki empat sekeluarga dari Singapura yang dalam perjalanan ke Mersing melanggar papan tanda di jambatan berkenaan dan terbabas ke arah bertentangan.
"Kenderaan berkenaan kemudian bertembung dengan Toyota Vios yang dalam perjalanan ke Kota Tinggi yang dipandu wanita.
"Pemandu dan penumpang dua kenderaan itu mati rentung di tempat kejadian manakala kanak-kanak menaiki Land Rover berjaya diselamatkan oleh orang awam," katanya.
Menurut jurucakap itu lagi, keluarga yang maut berkenaan terdiri daripada seorang lelaki dan wanita selain seorang kanak-kanak lelaki.
"Usaha mengenl pasti identiti mangsa sedang dijalankan manakala kanak-kanak yang diselamatkan kini ditempatkan di Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 1:30 PM

ANGGOTA Bomba mengeluarkan mayat yang rentung dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102521#sthash.2e1bD6SW.dpuf

Jumpa cucu lemas dalam baldi

Balik Pulau: Bayi perempuan 10 bulan maut apabila terjatuh dan lemas di dalam baldi berisi air di rumahnya, di Taman Genting Emas, di Simpang Empat, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 6 pagi itu, Nur Dayana Sofia Islahuddin dipercayai merangkak ke bilik air di rumahnya seorang diri sebelum terjatuh ke dalam baldi berkenaan.
Selepas terjatuh di dalam baldi tersebut, mangsa dipercayai tidak dapat keluar dan lemas.
Mangsa yang sudah meninggal itu ditemui oleh datuknya yang bangun untuk berwuduk bagi mendirikan solat subuh.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 7:12 PM


MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. FOTO Mohd Hilmi Mahmud
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102547#sthash.WOxqyg4D.dpuf

Maut motosikal rempuh pembahagi jalan

Permatang Pauh: Lelaki, 26, maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pembahagi jalan di Kilometer 132.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Samagagah, 12.30 tengah hari tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Shairie Izwan Shuhairi, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya merempuh pembahagi jalan di laluan itu.
Mangsa yang beralamat di Shah Alam itu dalam perjalanan dari Seberang Jaya menghala ke Sungai Dua.
Mohd Shairie maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikalnya dengan laju berdasarkan jarak motosikal yang menggelongsor sejauh 200 meter dari lokasi pelanggaran.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sberang Jaya(HSJ) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyem 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 6:41 PM


MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102543#sthash.cc5TNt85.dpuf

Mayat mangsa lemas kedua ditemui

Marang: Mayat seorang lagi remaja yang hilang selepas mandi di Pantai Rhu Sepuluh, Penarik, Isnin lalu ditemui terdampar di Pantai Rhu Muda, Marang, 12.30 tengah hari tadi.
Mayat Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, ditemui kira-kira 100 kilometer mengikut jalan darat dari lokasi dia dilaporkan hilang sebelum
dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Pengecaman dibuat oleh kembar arwah, Muhammad Wafiy, 17, berdasarkan pakaian yang dipakai.
"Sah memang adik saya. Syukur alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami sekeluarga sejak hari kejadian, (supaya Muhammad Wafiy ditemui)" katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat HSNZ.
Katanya, dia dan adik-beradik serta bapa, Mohd Noor Ismail, 58, dan ibu, Zabedah Kamdan, 55, bersyukur mayat adiknya ditemui meskipun pada jarak lebih 100 kilometer dari tempat kejadian.
"Saya menerima berita penemuan mayat sebelum solat Jumaat dan bergegas ke hospital bersama keluarga selepas selesai solat Jumaat," katanya.
Menurutnya, dia dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), penduduk kampung, nelayan dan mereka yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak dalam usaha mencari adiknya.
Jenazah Muhammad Wafiq akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor sebaik tiba malam ini.
Dalam kejadian Isnin lalu, Muhammad Wafiq dan Mohd Naim Adnan, 17 hilang selepas mandi di pantai berkenaan.
Mayat Mohd Naim ditemui pada Selasa lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 6:45 PM


Mayat Muhammad Wafiq diusung sebelum dibawa ke HSNZ. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102545#sthash.ljHW0kSL.dpuf

Penumpang maut, pemandu cedera

Gurun: Seorang penumpang, 21, meninggal dunia sementara pemandu lelaki, 20, cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 74 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 4.20 petang itu, mangsa, Noor Amalina Adlan dalam perjalanan dari Perlis ke Sungai Petani namun sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandu Muhammad Hariz Abdull Malek hilang kawalan sebelum terbabas.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Mohd Zukir Md Isa berkata, kereta itu terbabas di sebelah kiri jalan dan merempuh pokok.
Menurutnya, akibat kemalangan itu pemandu hanya mengalami kecederaan ringan sementara penumpang wanita yang parah meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mangsa yang meninggal dunia bekerja di kedai makan dan berasal dari Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.
"Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada 4.30 petang.
"Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa sudah dibawa keluar orang awam yang menyaksikan kejadian itu.
"Operasi menyelamatkan mangsa dan mengalihkan kenderaan itu tamat sepenuhnya 6 petang tadi sebelum mayat diserahkan kepada polis," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 9:38 PM




KERETA yang remuk akibat terbabas. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102559#sthash.44ZMZvjp.dpuf