
DUA suspek yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan isteri kedua seorang lelaki berpangkat Datuk di Taman Lake View, di sini 11 Disember lalu dilanjutkan selama enam hari sehingga 30 Disember ini. - Foto Yahya Zainuddin
TAIPING: Dua suspek yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan isteri kedua seorang lelaki berpangkat Datuk di Taman Lake View, di sini, 11 Disember lalu, dilanjutkan reman selama enam hari sehingga 30 Disember ini.
Majistret Rosnee Mohd Radzuan mengeluarkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 25 dan 32 tahun sebentar tadi yang bermula hari ini selepas tempoh reman pertama kedua-duanya berakhir 18 Disember lalu.
Tempoh reman dilanjutkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang suspek lelaki berusia 57 tahun yang ditahan sebelum ini sudah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini manakala seorang suspek wanita berusia 78 tahun turut dibebaskan 17 Disember lalu.