Search This Blog

Tuesday, December 22, 2015

Polis siasat kepala babi di luar madrasah

LONDON: Polis melancarkan siasatan berhubung jenayah kebencian selepas dua kepala babi ditemui di luar sebuah madrasah di Lancashire.
Ia dipercayai ditinggalkan di pintu pagar Sekolah Markazul Aloom di Park Lee Road, Blackburn, antara jam 5.00 petang waktu tempatan pada Jumaat dan 8.30 pagi pada Sabtu apabila laporan dibuat.
Ketua Inspektor Sheena Tattum dari polis Blackburn, berkata: "Kes ini disiasat dengan serius dan kami faham kejadian seperti itu, walaupun jarang ia boleh menyebabkan kebimbangan dalam masyarakat.
"Kami meronda lebih kerap di kawasan itu untuk cuba memberi jaminan kepada penduduk," katanya.
Katanya, siasatan juga dijalankan untuk mencari pihak bertanggungjawab dan sepasukan detektif ditugaskan untuk tujuan itu termasuk siasatan rumah ke rumah. - Agensi
POLIS melancarkan siasatan berhubung jenayah kebencian selepas dua kepala babi ditemui di luar sebuah madrasah di Lancashire.

Pengarah syarikat bebas tuduhan pecah amanah

SELASA, 22 DISEMBER 2015 @ 1:53 PM

Oleh Norrasyidah Arshad Norrasyidah@bh.com.my

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen pagi tadi, melepaskan dan membebaskan Pengarah Syarikat Hanlee Cabinet Sdn Bhd daripada dua tuduhan pecah amanah, antara Oktober 2014 hingga Februari 2015.  Hakim Zamri Bakar membuat keputusan itu terhadap Ng Boon Han, 34, selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie. "Dengan ini, mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil untuk bela diri, " katanya. Mengikut pertuduhan pertama, Boon Han dituduh dengan curangnya menyalahgunakan harta berjumlah RM14,200 iaitu wang kutipan jualan dari M&J Renovation, yang juga pelanggan syarikatnya. Dia dituduh melakukan kesalahan itu dilakukan antara 15 Oktober hingga 15 November 2014 di Pejabat Hanlee Cabinet Sdn Bhd, No 5, Jalan PTP, Taman Perindustrian Tasik Perdana, Sepang. Bagi tuduhan kedua, dia dituduh melakukan kesalahan yang sama di tempat yang sama, antara 13 Februari hingga 28 Februari lalu membabitkan jumlah RM6,000, iaitu wang kutipan daripada J Concept, yang juga pelanggan syarikatnya.  Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda.  Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Raimi Mohd Ramli manakala Boon Han diwakili peguam  Ng Chung Yee.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/107402

12 kontena yang juga asrama pekerja terbakar

SELASA, 22 DISEMBER 2015 @ 1:44 PM





Oleh Norrasyidah Arshad Norrasyidah@bh.com.my


SEBANYAK 12 kontena yang dijadikan asrama pekerja tapak pembinaan di Seksyen 13, di sini, musnah sepenuhnya dalam kebakaran pagi tadi. - Foto Muhammad Sulaiman


SHAH ALAM: Sebanyak 12 kontena yang dijadikan asrama pekerja tapak pembinaan di Seksyen 13, di sini, musnah sepenuhnya dalam kebakaran pagi tadi.  Bagaimanapun, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu tidak membabitkan kecederaan atau kehilangan nyawa berikutan semua penghuninya sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.12 pagi. "Jentera bomba dari Balai Kota Anggerik sampai kira-kira 10 minit kemudian dan kebakaran dapat dikawal kira-kira jam 11.28 pagi.  "Bomba akan meneruskan operasi pemadaman. Punca kejadian serta kerugian masih disiasat," katanya kepada BH sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/107394

1 maut, 4 parah dilanggar ketika cuba bantu rakan

SELASA, 22 DISEM
KUALA LUMPUR: Hasrat lima pekerja pembersihan jalan membantu mengalihkan rakan mereka yang maut dilanggar kereta ke tepi jalan, tidak kesampaian apabila mereka turut dilanggar oleh sebuah bas mengakibatkan seorang daripada mereka meninggal dunia.
Dalam kejadian di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pagi tadi, empat daripada pekerja itu parah.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan, P S Markandan, berkata dalam kejadian pertama yang berlaku pada jam 6.15 pagi itu, pekerja pembersih jalan, R Veeraiyan, 45, maut dilanggar sebuah kereta yang dipandu dari arah bandar raya menghala ke tol Sungai Besi itu.
"Lima rakan sekerja mangsa kemudiannya mendapatkan mangsa untuk membawanya ke tepi jalan, namun sebuah bas merempuh mereka, " katanya ketika dihubungi, hari ini.
Seorang lagi pekerja yang terbunuh itu ialah R Chinnaiyan, 45 tahun.
Empat mangsa lagi yang cedera parah itu kini dirawat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala dua yang maut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat anggota polis dalam tangki loji jana elektrik



Oleh Fairuz Zaidan dan Norizzah Baharudin


USAHA mencari Lans Koperal Shamsul Surip di Pantai Telok Gong, Alor Gajah, hari ini. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
ALOR GAJAH: Mayat seorang anggota polis yang dipercayai lemas selepas disedut arus daripada kipas turbin sebuah loji jana elektrik di Pantai Telok Gong di sini lewat malam tadi, ditemui di dalam tangki saluran air kilang itu, pada jam 2.05 petang tadi.
Lans Koperal Shamsul Surip, 33, yang keluar menjala ikan menggunakan bot bersama birasnya, Muhamad Muhaimin Othman, 26, di pesisir Pantai Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru pada jam 11 malam dikatakan tiba-tiba disedut arus deras berpunca daripada kipas turbin sebuah loji jana elektrik berdekatan.
Kejadian itu menyebabkan bot gentian fiber yang dinaiki kedua-dua lelaki itu terputus dua selepas ditarik kuat oleh arus deras masuk dalam dua saluran terowong air sepanjang kira-kira 1.5 kilometer menuju loji itu.
Mayat Shamsul dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala Muhamad Muhaimin yang terselamat turut dirawat di hospital sama.

Nelayan hilang bot dilanggar kapal di Kuala Kedah



Oleh Zuliaty Zulkiffli


ALOR SETAR: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dinaiki bersama rakan ketika mencandat sotong di perairan Kuala Kedah, malam tadi.
Mangsa, Abdullah Mat Ali, 53, terjatuh sebaik bot mereka dilanggar sebuah kapal kargo pada kedudukan kira-kira tiga batu nautika dari perairan.
Rakannya, Amri Haron, 31, terselamat dengan berpaut pada tali kapal kargo berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 12.20 malam.
Pegawai Operasi, Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Leftenan Madya Maritim, Suhaime Abdul Wahab, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 2 pagi tadi.
Sehubungan itu, katanya, operasi dilakukan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah, Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah.

Kasino mini tumpas, 58 ditahan


Oleh Nahar Tajri





KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya menunjukkan wang tunai yang dirampas dalam serbuan kasino mini di sebuah gudang kosong di Kampung Pokok Jambu, Padang Serai, dekat Kulim semalam. - Foto Amran Hamid
ALOR SETAR: Polis menumpaskan operasi kasino mini dengan 58 kaki judi ditahan dalam serbuan di sebuah gudang kosong di Kampung Pokok Jambu, Padang Serai, dekat Kulim semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk tujuan pelbagai judi termasuk wang tunai kira kira RM40,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata berdasarkan maklumat awal pihaknya percaya kasino mini itu baharu tiga hari beroperasi sebelum diserbu.
"Kejayaan ini adalah yang kedua dalam tempoh dua minggu selepas kita menumpaskan satu lagi kes sebelum ini dan kita tidak menolak kemungkinan kedua dua kegiatan itu berkaitan antara satu sama lain, " katanya pada sidang media sebentar tadi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) dan Seksyen 4(1)(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mayat pelajar lemas ditemui

SELASA, 22 DISEMBER 2015 @ 2:38 PM

 PERMAISURI: Mayat seorang daripada dua remaja yang lemas di Pantai Rhu Sepuluh, semalam ditemui terapung, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian pada kira-kira jam 11.50 pagi tadi.
Mayat itu ditemui oleh pasukan Polis Marin yang menyambung semula operasi mencari dan menyelamat dua mangsa yang hilang selepas dipukul ombak besar, semalam.
Identiti mayat yang belum dikenal pasti itu dibawa ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat.
Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang hilang masih giat dijalankan sehingga kini, membabitkan 24 anggota JBPM dan 61 anggota bantuan lain termasuk orang awam.




ORANG ramai yang datang berkumpul di lokasi kejadian lemas.

Pemandu lori bauksit direman kes guru maut

SELASA, 22 DISEMBER 2015 @ 2:29 PM




Oleh Nik Sukry Ramli niksukry@bh.com.my


KUANTAN: Pemandu lori bauksit ditahan reman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes guru wanita maut terkena tayar lori di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang dekat Kuantan, petang semalam. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Ruziani Tuan Lah. Suspek yang berusia 35 tahun berasal dari Jengka, menyerah diri di Balai Polis Trafik Kuantan, jam 10 malam tadi. Dalam kejadian itu jam 3 petang, mangsa Nohaili Ahmad Zabidi, 40, maut selepas kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/107428

Chef selebriti Singapura didakwa liwat, ugut

SELASA, 22 DISEMBER 2015 @ 2:25 PM

 Oleh S Anand Kumar anand@bh.com.my


TERTUDUH, Muhammad Mustaqim Juri, (depan) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa berusia 22 tahun, di sebuah tempat letak kereta Klinik Kempas Jalan Persiaran Tanjung Tampoi. - Foto Mohd Azren Jamaludin


 JOHOR BAHRU: Seorang chef selebriti warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sebentar tadi, atas pertuduhan meliwat dan ugutan jenayah, pada 10 Disember lalu.  Tertuduh, Muhammad Mustaqim Juri, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. Muhammad Mustaqim dituduh meliwat seorang lelaki berusia 22 tahun di tempat meletak kereta Klinik Kempas, Jalan Pesiaran Tanjung, Tampoi dekat sini, pada jam 2.30 petang, 10 Disember lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan ugutan jenayah terhadap ibu mangsa berusia 47 tahun di alamat 04-55 Blok D, Taman Cempaka, Tampoi dekat sini, pada jam 2 petang, 10 Disember lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau keduanya sekali. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sheela Marlina Uttaman manakala tertuduh diwakili peguam Asram Mohd Zakaria.  Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin selain pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah hingga sebutan semula kes pada 17 Januari depan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/107426

10 maut pesawat terhempas di India

SELASA, 22 DISEMBER 2015 @ 3:22 PM


 BANGKAI pesawat membawa pegawai tentera meletup dan terhempas dinaikkan oleh kren di lokasi kemalangan berhampiran dengan lapangan terbang utama di New Delhi. - Foto AFP

NEW DELHI: Pesawat membawa pegawai tentera meletup dan terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, di sini, mengorbankan semua 10 penumpang dan kru. "Ia amat membimbangkan kerana ia terhempas sejurus berlepas. Saya amat sedih untuk memberitahu semua 10 orang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang terbunuh," kata Menteri Penerbangan Sivil, Mahesh Sharma. Pesawa itu dalam penerbangan ke Ranchi di timur Jhakhand dan membawa juruteknik Pasukan Keselamatan Sempadan India untuk memperbaiki helikopter di Rachi. Pesawat itu, milik Pasukan Keselamatan Sempadan India, berlepas dari New Delhi ke bandar Ranchi di timur negara itu. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/107440

Anak kerat 12 pembunuh bapa

SELASA, 22 DISEMBER 2015 @ 3:24 PM

 NEW DELHI: Anak kepada mangsa pembunuhan di India mengaku menikam pembunuh bapanya sehingga mati dan mengerat mayat itu kepada 12 bahagian sambil mendengar muzik. Alam Khan berkata, 12 bahagian itu bermakna satu untuk setiap tahun sejak bapanya dibunuh. Khan berusia 12 tahun apabila melihat bapanya dibunuh seorang rakan keluarga mereka pada 2003. Beliau merancang membalas dendam secara diam sejak kejadian itu dan berpeluang melaksanakan rancangannya minggu lalu apabila pembunuh itu menjemputnya minum. Katanya, selepas membuatkan Mohammad Rais mabuk di rumahnya di Uttar Pradesh, Khan menikam mangsa sehingga mati sebelum menggunakan penukul dan gergaji besi untuk memotong mayat lelaki itu. Khan dan rakan subahatnya kemudian memasukkan bahagian tubuh itu ke dalam beg plastik dan membuangnya ke dalam sungai. Apabila beg itu dihanyutkan ke tebing sungai, polis mengenal pasti Rais berdasarkan parut pembedahan pada perutnya. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/107441

Masalah Rumah Tangga Disyaki Punca Kebakaran Kereta Di Taman Jaya


Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 8:25 PM

PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran melibatkan beberapa kenderaan di tempat letak kereta di Taman Jaya di sini Isnin berpunca daripada masalah rumah tangga.
Menurut polis, siasatan awal mendapati seorang lelaki bermotosikal telah menghampiri sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu sebelum bertindak membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang kenderaan itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 20-an, yang berada dalam kereta bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum api marak membakar kenderaan itu.
"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengenali suspek dan mereka dipercayai mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian," katanya kepada pemberita mengenai kebakaran kira-kira 1 tengah hari itu. 
Selain Proton Wira berkenaan, lima kereta lain yang diletakkan berhampiran turut terbakar dengan gambar-gambar yang menunjukkan kebakaran dan asap tebal kejadian itu menjadi viral di laman sosial.
Mohd Zani menegaskan dakwaan terdapat letupan bom di lokasi kejadian seperti yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar dan meminta orang ramai menghentikan penyebaran berita sumpama itu.
"Saya ingin memberi peringatan bahawa menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya menyebarkan berita tidak benar," katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan tiada sebarang letupan bom berlaku dalam insiden itu.
"Seseorang telah menyebabkan kebakaran sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Taman Jaya, Petaling Jaya, tiada letupan bom @PDRM masih menyiasat perbuatan khianat dengan menggunakan api ini," katanya dalam catatan di laman Twitter.
Mohd Zani berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api dan menjelaskan kerugian dianggarkan RM200,000.
Seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Siti, 30-an, berkata kepulan asap mengejutkannya yang sedang makan tengah hari di premis berhampiran sebelum melihat orang ramai mengalihkan kenderaan masing-masing dari lokasi kebakaran.
"Sebelum nampak asap tebal, terdapat bau asap yang sangat kuat namun saya tidak menjangka terdapat kebakaran melibatkan beberapa kereta, dan paling membimbangkan ia berlaku berhampiran pencawang TNB," katanya. 
Kebakaran itu menyebabkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Wira terbakar sepenuhnya manakala sebuah Suzuki Swift terbakar 80 peratus dan Proton BLM (70 peratus). Sebuah Proton Gen2 dan kereta jenis Honda pula terbakar 20 peratus.
Kebakaran bermula dari kereta Proton Wira sebelum merebak ke kenderaan lain yang diletakkan berhampiran. Api dipadamkan sepenuhnya pada 1.32 tengah hari. - Bernama

Lamaran Ditolak Kerana Berlian Pada Cincin Terlalu Kecil


Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 9:53 AM

SEORANG lelaki China cuba mencipta kejutan dan keterujaan apabila melamar kekasihnya di khalayak ramai, namun perkara sebaliknya pula berlaku.
Walaupun gadis yang dilamar kelihatan teruja dan terkejut melihat lelaki itu berjalan ke arahnya dengan membawa kotak cincin, tetapi lamaran tersebut akhirnya ditolak.
Semuanya gara-gara berlian pada cincin itu yang dikatakan terlalu kecil.
Lamaran itu dibuat di sebatang jalan di bandar Chengdu, wilayah Sichuan.
Gadis berkenaan dilihat masih menerima lamaran sehingga kotak cincin dibuka, tetai mengeluh apabila melihat berlian pada cincin berkenaan.
"Kenapa terlalu kecil? Dia seorang yang cuai dan tidak peduli akan kehendak saya," kata gadis tersebut kepada rakan yang ingin tahu sebab lamaran itu ditolak.
Drama lamaran tidak menjadi itu kemudian menjadi viral di laman sosial dan turut mendapat liputan pihak media.
Banyak pihak mempersoalkan tindakan gadis berkenaan mempertikai belian yang terlalu kecil berbanding percintaan mereka.

Guru Maut Terkena Tayar Lori Bauksit Tercabut


Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 8:08 PM
Gambar twitter @VersedAnggerik

KUANTAN: Seorang guru wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini petang Isnin.
Pegawai Turus Trafik Pahang, DSP Ahmad Nazri Zainal berkata, mangsa Nohaili Ahmad Zabidi, 40, merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Balok.
"Kejadian berlaku pada pukul 3 petang apabila tayar tengah sebelah kanan lori yang dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan itu telah tercabut dan terpelanting ke bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.
"Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Namun pemandu kereta tersebut yang berusia 42 tahun tidak cedera," katanya ketika dihubungi Bernamadi sini, Isnin.
Ahmad Nazri berkata, polis sedang mengesan pemandu lori berkenaan yang syarikatnya beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu berlaku.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu lori berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Penjawat Awam Dikhuatiri Lemas


Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 10:28 AM

ALOR GAJAH: Seorang penjawat awam dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama seorang rakannya untuk menjala ikan pecah di perairan Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini, lewat malam Isnin.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Rembau, Negeri Sembilan itu masih dijalankan ketika berita ini ditulis manakala rakan beliau sempat menyelamatkan diri dan kini diberikan rawatan di Hospital Alor Gajah di sini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata pasukan itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.18 malam dan tiba di tempat kejadian pada pukul 11.37 malam.
"Seramai 25 anggota bomba daripada balai bomba Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Jalan Kubu terlibat dalam operasi tersebut bersama anggota daripada agensi lain seperti polis dan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam)," katanya.
Tinjauan di kawasan kejadian mendapati anggota bomba dan agensi terlibat sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat serta turut kelihatan sebuah bot berwarna biru muda dipercayai digunakan mangsa didapati pecah di bahagian hadapan.

91 Hilang, Tanah Runtuh Di China


Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 5:26 PM

SHENZHEN (China): Sekurang-kurangnya 91 orang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh besar di selatan China.
Insiden yang berlaku pada Ahad itu mengakibatkan runtuhan 33 bangunan.
Perdana Menteri China, Li Keqiang mengarahkan siasatan dilakukan berhubung kejadian itu.
Kejadian tersebut berlaku empat bulan selepas insiden letupan bahan kimia di Tianjin yang mengorbankan lebih 160 orang.
Menurut agensi berita Xinhua, hampir 3,000 anggota penyelamat berada di tempat kejadian melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Pasukan penyelamat menumpukan beberapa kawasan bagi mengesan mangsa yang terselamat. - Reuters

Suspek Bakar Kereta Di Taman Jaya Ditahan Reman


Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 1:51 PM
-foto THE STAR

PETALING JAYA: Polis memperolehi empat hari perintah tahanan reman terhadap suspek dalam siasatan kes kebakaran di tempat letak kereta Taman Jaya yang memusnahkan enam buah kereta pada Isnin.


Kes ini diklasifikasikan sebagai melakukan khianat dengan api atau bahan letupan.

Dilaporkan bahawa seorang lelaki membaling bom petrol ke arah sebuah kereta milik teman lelaki isterinya menyebabkan api merebak ke kereta lain.

Mayat Ditemui Terapung Dipercayai Mayat Pelajar Lemas Di Pantai Setiu


Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 3:46 PM
-foto THE STAR

SETIU: Mayat yang ditemui terapung kira-kira 500 meter di laut dipercayai mayat pelajar berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas berenang di pantai Rhu 10 pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Setiu Elias Abu Bakar, pada Selasa berkata mayat itu masih belum dikenal pasti.

Elias berkata pasukan penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat telah melihat mayat dengan baju-T oren terapung beberapa kilometer dari tempat di mana kedua-dua pelajar itu hilang pada pukul 10.55 pagi.

"Mayat akan dibawa ke jeti Merang di Kampung Mangkuk, di sini sebelum dibawa ke Hospital Setiu," katanya.

Semalam sekumpulan 10 orang yang terdiri daripada dua orang guru dan lapan pelajar dari pelbagai sekolah menengah di Johor, yang datang ke negeri ini untuk menghadiri majlis agama, telah melawat pantai itu di mana mereka juga dikatakan telah berenang di situ.

Pihak berkuasa berkata mengikut siasatan awal, tujuh daripada kumpulan itu telah naik ke darat meninggalkan tiga yang lain apabila ketiga-tiga mereka tiba-tiba dilihat bertarung dengan ombak dan arus deras.

Salah seorang daripada mereka, Ahmad Izzat Shahruddin, 17, berjaya diselamatkan oleh ahli kumpulan yang lain manakala dua lagi hilang.

Mereka yang dikhuatiri lemas telah dikenal pasti sebagai Mohd Naim Adnan dari Kampung Seri Bengkal, Baru Pahat, Johor dan Mohd Wafiq Mohd Nor dari Parit Yani, Yong Peng, Johor.

Mohd Naim dan Ahmad Izzat adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato 'Seth, Yong Peng manakala Mohd Wafiq adalah dari Sekolah Menengah Sains Batu Pahat.

Seorang Maut Dilanggar Bas Ketika Cuba Bantu Rakan Maut Dalam Kemalangan


Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 4:24 PM

KUALA LUMPUR: Hasrat lima pekerja pembersihan jalan untuk membantu mengalihkan rakan mereka yang maut dilanggar kereta ke tepi jalan, tidak kesampaian apabila mereka turut dilanggar oleh sebuah bas mengakibatkan seorang daripada mereka meninggal dunia.   
Dalam kejadian di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pagi Selasa, empat daripada pekerja itu cedera parah.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata, dalam kejadian pertama yang berlaku kira-kira 6.15 pagi itu, pekerja pembersih jalan, R. Veeraiyan, 45, maut dilanggar sebuah kereta yang dipandu dari arah bandar raya menghala ke tol Sungai Besi itu.
"Lima rakan sekerja mangsa kemudiannya mendapatkan mangsa untuk membawanya ke tepi jalan, namun sebuah bas merempuh mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.
Seorang lagi pekerja yang terbunuh itu ialah R.Chinnaiyan, 45 tahun. 
Empat mangsa lagi yang cedera parah itu kini dirawat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala dua yang maut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Pesawat Tergelincir Ketika Mendarat Di Kupang


Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 10:36 AM

JAKARTA: Sebuah pesawat komersial, Kalstar Aviation dilaporkan tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang El Tari Kupang di Nusa Tenggara Timur (NTT) lewat Isnin.
Menurut laporan portal berita, kejadian pada kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu dipercayai akibat cuaca buruk kerana hujan lebat.
Pesawat dari daerah Ende, Pulau Flores itu tergelincir sejauh 200 meter dari landasan dan beberapa penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
Portal berita itu memetik kenyataan akhbar Kementerian Perhubungan yang mengesahkan pesawat jenis Embraer dengan nombor penerbangan EM195 itu membawa membawa 104 orang penumpang.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengurus Besar Angkasa Pura Kupang I, Ketut Arnawa dipetik sebagai berkata kesemua penumpang telah dikeluarkan dari pesawat dan ditempatkan di ruang menunggu. 

Peluncur Di Pantai Bondi Terkejut Jerung 'Tumpang' Papan Luncur


Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 3:33 PM

SYDNEY: Seorang peluncur Australia pada Selasa berdepan dengan seekor jerung yang melompat di atas papan luncurnya di pantai Bondi di Sydney.

Kejadian yang turut disaksikan oleh penjaga pantai itu telah menyebabkan dia yang hampir kehilangan nyawa terus berada dalam ketakutan.

Dean Norburn berkata dia sedang meluncur bersama dua rakannya pada awal pagi apabila seekor jerung tiba-tiba muncul dari dalam air dan melompat di atas papan luncurnya.

"Kami baru sahaja berehat dan ketika saya sedang perlahan-lahan menuju ke kawasan tengah dan mahu duduk di atas papan luncur...ketika itulah jerung itu menolak dan mendarat di atas papan luncur saya," Norburn kepada AFP.

"Saya terkejut dan saya rasa anda dapat faham bagaimana perasaan saya. Sepantas ia melonjak ke arah papan luncur saya, ia kemudian berenang ke arah salah seorang rakan saya, berenang di bawah papan luncurnya dan kemudian berenang ke dalam air.

"Ia benar-benar menakutkan...ini adalah kali pertama saya bertemu dengannya dan berharap ia akan menjadi yang terakhir," katanya.

Bondi Rescue Lifeguards mengesahkan kejadian itu, sambil menambah Norburn tidak cedera dan jerung itu disifatkan rakan peluncur mempunyai ukuran kira-kira enam kaki (1.8 meter) panjang.

"Pengawal pantai telah bercakap dengan kedua-dua lelaki itu dan mengarahkan pantai dikosongkan. Ia akan menjadi pengalaman meluncur yang tak akan dilupakan untuk kedua-dua lelaki itu," kata penjaga pantai itu dalam posting Facebooknya.

Norburn yang telah meluncur selama hampir tiga dekad berkata dia kemudian kembali ke pantai pada jarak kira-kira 50-60 meter (164-197 kaki) dari tempat kejadian secepat mungkin.

"Pengajaran di kelas renang saya dulu bermain semula di kepala dan saya berenang ke pantai sekuat hati," katanya.

"Saya rasa sangat lega (kembali semula ke pantai) dan anda juga dapat berfikir apa yang telah berlaku," katanya.

Sydney adalah ibu kota negara New South Wales, di mana pihak berkuasa baru-baru ini telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membantu mencegah dan mengurangkan serangan jerung selepas berlaku beberapa siri serangan tahun ini.

Negara ini yang mempunyai garis pantai sepanjang 2,000 kilometer (1,240 batu) telah berdepan dengan 13 serangan tahun ini, termasuk satu yang membawa maut.

Langkah ini termasuklah mengesan pergerakan jerung menggunakan drone dan memasang garis pintar yang dapat memberi amaran kepada pihak berkuasa tentang kehadiran haiwan tersebut.

10 Maut Nahas Pesawat Di India

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 4:13 PM

Kebakaran di lokasi nahas pesawat terhempas dekat New Delhi pada Selasa. Foto twitter @ANI_News

NEW DELHI: Sebuah pesawat terhempas sebelum terbakar di pinggir ibu negara India, New Delhi pada Selasa, sehingga mengorbankan kesemua 10 orang.
Seorang jurucakap pasukan keselamatan berkata, pesawat Super King yang disewa oleh Pasukan Keselamatan Sempatan sedang menuju ke bandar Ranchi di timur negara itu ketika nahas berlaku sejurus selepas berlepas.
Kebanyakan mangsa adalah juruteknik.
Menurut jurucakap, punca nahas masih belum dikenal pasti. - Reuters

Kenyataan menghasut: Ali Tinju direman dua hari

Ali Tinju

22 DISEMBER 2015

KUALA LUMPUR - Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui aplikasi WhatApps susulan kekecohan di Kompleks Kota Raya di sini Jumaat lalu, ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan polis.  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata Mohd Ali, 44, direman hari ini sehingga esok.
"Mohd Ali ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya ketika dihubungi.
Pada Jumaat lalu, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah itu.
Klip video pergaduhan itu, berdurasi dua minit 30 saat, dimuat naik dalam YouTube.
Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit. Ada yang membaling kerusi ke dalam kedai berkenaan. - Bernama

Nenek, 3 ahli keluarga antara korban nahas Chiang Mai

21 DISEMBER 2015
11 pelancong Malaysia terbunuh, kemalangan di Thailand

Para penyelamat mengeluarkan mayat dan sebahagian penumpang yang cedera dari bangkai bangkai sebuah bas pelancongan yang membawa pelancong China-Malaysia selepas ia jatuh di tepi jalan gunung daerah Doi Saket, wilayah Chiang Mai, utara Thailand. - Foto EPA


 BATU PAHAT - Nenek berusia 85 tahun dan tiga anggota‎ keluarganya antara mangsa yang maut dalam kemalangan bas di Chiang Mai, utara Thailand pada Ahad, menurut anggota keluarganya.
Dalam nahas pada tengah hari itu yang melibatkan 22 warganegara Malaysia, Low Chee Lan, anak bongsunya Tan Sui Heng, 54, menantunya (suami Sui Heng) Ker Boon Kwang, 57, dan cucunya Tan Thin Thin, 36, antara 13 orang yang disahkan maut.
Anak kedua Low, Tan Yang Soon, 64, dan seorang lagi cucunya (anak Sui Heng) Ker Shin Hui, 28, yang turut serta dalam percutian itu terselamat.
Adik ipar Yang Soon, Lim Poh Teot berkata keluarganya masih terkejut dengan kehilangan anggota keluarga mereka dalam nahas berkenaan.
"Isteri Yang Soon (adik saya) terutamanya, amat sedih dan terkejut dengan berita berkenaan. Kami mengharapkan mendapat perkembangan terkini mengenai keadaan mereka setibanya dua anak lelaki Yang Soon di Chiang Mai malam ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nahas bas: 15 waris mangsa berlepas ke Thailand]
Sementara itu, Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung turut kehilangan seorang saudaranya, Png Ee Ting, 23, yang merupakan ketua rombongan itu.
Beliau berkata, Ee Ting merupakan seorang gadis manis yang periang dan telah bekerja dengan syarikat itu kira-kira lima tahun.
"Kali terakhir saya berjumpa dengannya dua hari sebelum perjalanan rombongan ke Chiang Mai ketika membuat taklimat ringkas mengenai perjalanan itu," katanya.
Sebanyak 15 anggota keluarga mangsa kemalangan bas di Chiang Mai, berlepas ke Bangkok pada 1 tengah hari tadi menaiki penerbangan Thai Airways menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan kemudian dijadual menaiki pesawat pukul 5 petang ke Chiang Mai.
Yung berkata, 22 mangsa nahas itu akan menerima ganti rugi insurans bernilai sehingga RM100,000 seorang.
Buat masa ini, Chiu Travel sedang bekerjasama dengan syarikat insurans untuk membantu waris mangsa, katanya. - Bernama

Kes Pantai Rhu Sepuluh: Mayat Muhammad Naim ditemui

Kes Pantai Rhu Sepuluh: Mayat Muhammad Naim ditemui

NURUL HUDA HUSAIN
Mayat Muhamad Naim dibawa pasukan penyelamat untuk dihantar ke Hospital Setiu. - Foto Sinar Harian
SETIU - Mayat pertama mangsa lemas di Pantai Rhu Sepuluh, di sini, yang hilang ketika bermain air semalam, ditemui kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
Mayat Muhammad Naim Adnan‎, 17, ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa dan seorang rakan, Muhamad Wafiq Mohd Noor, 17‎, dipercayai hanyut ditarik ombak.
Ketua ‎Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan, Elias Abu Bakar berkata, pihak penyelamat berdepan kesukaran untuk membawa naik mayat mangsa ke kawasan pantai berdekatan lokasi pencarian berikutan keadaan ombak kuat.
"Mayat mangsa terpaksa dibawa menaiki bot ke Jeti Kuala Merang sebelum dihantar ke Hospital Setiu dan berdasarkan pengecaman mayat yang ditemui adalah Muhammad Naim.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar dikhuatiri lemas]
"Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pihak berkuasa, pada awalnya dua objek terapung kelihatan, namun hanya satu yang berjaya ditemui.
"Justeru, kita percaya dengan petunjuk itu, mayat seorang lagi mangsa akan ditemui dalam masa terdekat dan usaha dan gerakan mencari dipergiatkan lagi," katanya.
Sinar Online sebelum ini melaporkan dua pelajar berasal dari Johor yang sedang mengikuti program keagamaan sempena cuti sekolah di Masjid Kampung Banggol, Setiu dikhuatiri lemas ketika bermain air di Pantai Rhu Sepuluh Setiu kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Polis tahan suspek terbabit kes enam kereta terbakar



KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran enam buah kereta di tempat letak kereta di Taman Jaya, Petaling Jaya, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,  Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama berkata, polis akan memohon reman suspek lelaki berkenaan pada pagi ini.
"Suspek yang berumur lingkungan 20-an itu ditahan pada kira-kira jam 11 malam tadi di sekitar Petaling Jaya," katanya.
Dalam kejadian pada 12.58 tengah hari semalam, enam buah kereta terbakar selepas suspek terbabit didakwa membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang sebuah kereta di tempat letak kereta di taman berkenaan. - Bernama
[ARTIKEL BERKAITAN: Ruang parkir sebelah LRT Taman Jaya terbakar]
[ARTIKEL BERKAITAN:Kereta terbakar, bukan letupan bom]
[ARTIKEL BERKAITAN: Masalah rumah tangga disyaki punca kebakaran 6 kereta]