Search This Blog

Thursday, December 17, 2015

Pokok Krismas terbakar

Orange County: Sebuah pokok Krismas setinggi 30 meter yang menghiasi bahagian luar hotel di California Selatan terbakar kelmarin menyebabkan api marak dan asap tebal naik ke udara.
Pokok di luar hotel Westin South Coast Plaza di Costa Mesa itu musnah awal pagi kelmarin.
Gambar dimuat naik ke Internet menunjukkan hanya tinggal batang pokok di hotel yang terletak berdekatan sebuah pusat beli-belah popular.
Anggota bomba Chris Coates berkata, kebakaran berjaya dipadam sebelum jam 7 pagi (waktu tempatan) dan tiada kecederaan dilaporkan. Punca kebakaran masih disiasat.
Portal berita The Orange County Register melaporkan, Coates meminta hotel terbabit menyediakan video pengawasan di kawasan berkenaan.
“Pokok itu disembur dengan perintang api selepas dipasangkan,” lapor Register.
Menurut Coates, seorang pekerja penyelenggaraan melakukan kerja pembersihan di kawasan berkenaan sebelum mendengar bunyi letupan yang sangat kuat. Dia kemudian berpaling dan melihat pokok itu terbakar.
Pokok itu dianggarkan bernilai $120,000 (RM520,000) dan mengambil masa sebulan untuk dihias. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 9:30 AM


POKOK Krismas yang terbakar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100445#sthash.AeXIVjtY.dpuf

Sydney dilanda ribut

Sydney: Bandar raya terbesar Australia ini semalam dibadai ribut menyamai puting beliung dengan hujan batu sebesar bola golf serta angin dengan kelajuan 200 kilometer sejam.
Dua orang dirawat kerana kecederaan di kepala dan kejutan, di Kurnell, kawasan paling teruk terjejas, kata pegawai ambulans.
Penduduk Kurnell - yang menyaksikan kesan bencana itu berkata, bunyi ribut itu tidak ubah seperti kereta api.
“Semuanya musnah,” katanya kepada Sky News.
Rakaman televisyen menunjukkan pokok serta tiang elektrik tumbang, manakala bangunan termasuk loji penyahgaraman rosak teruk dan jalan raya dinaiki air.
Jabatan kaji cuaca mengeluarkan amaran angin kencang, hujan batu dan hujan lebat di Sydney, termasuk lapangan terbang dan Jambatan Pelabuhan Sydney.
“Angin kencang dengan kemungkinan puting beliung membadai Kurnell pada jam 10.30 pagi (waktu tempatan).
“Jarang kemusnahan seteruk ini jika tidak membabitkan puting beliung. Ia digelar ribut petir supersel iaitu antara yang paling bahaya,” kata jurucakap biro kaji cuaca, Michael Logan.
Katanya, kawasan di utara dan barat Sydney bakal terjejas dengan ribut itu apabila ia bergerak menghala ke utara.
Lapangan terbang tetap dibuka, tetapi penerbangan dijangka berdepan penangguhan disebabkan keadaan cuaca. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2015 @ 10:47 AM


SEKUMPULAN penduduk berbasikal untuk melihat sendiri kerosakan yang berlaku, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100668#sthash.fbGrjmvf.dpuf

164kg dadah dimusnahkan

Jakarta: Agensi Antidadah Indonesia memusnahkan 164 kilogram dadah methaphetmaine yang dirampas, beberapa minggu selepas mencadangkan penggunaan buaya untuk mengawal penjara.
Ketua Agensi Dadah Kebangsaan (BNN) Budi Waseso turut menyertai acara berkenaan.
Dadah dalam beberapa beg pakaian itu dirampas dalam serbuan bulan lalu, menurut laporan media tempatan.
Turut dijumpai ialah 141 pil ekstasi.
Seramai l0 suspek ditahan dalam serbuan berkenaan.
“Mereka berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup,” kata Budi.
Budi sebelum ini mengumumkan rancangan membina sebuah penjara yang akan digunakan untuk menempatkan pesalah dadah di sebuah pulau yang dikelilingi buaya.
Dia merancang melakukan lawatan ke beberapa bahagian di Indonesia untuk mencari buaya yang ganas bagi digunakan untuk mengawal penjara.
“Buaya lebih berkesan untuk menghalang penyeludup dadah melarikan diri dari penjara kerana ia tidak boleh dirasuah,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2015 @ 10:50 AM

SEBAHAGIAN daripada 10 suspek yang ditangkap bersama 164 kilogram dadah ditunjukkan kepada wartawan.

10 Warga Asing Ditahan Tipu Jutawan Arab Saudi RM1.8 Juta


Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 8:39 AM

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan sembilan warga Nigeria dan seorang Filipina selepas dipercayai memintas e-mel syarikat menjual kren di Korea Selatan sehingga menyebabkan seorang jutawan Arab Saudi mengalami kerugian RM1.8 juta apabila memasukkan wang itu ke dalam akaun mereka.

Kesemua suspek ditahan di Sentul dan Cyberjaya semalam.

Dalam kejadian 9 Disember lepas, ahli perniagaan yang memiliki syarikat menjual jentera berat di Riyadh itu mahu membeli kren daripada syarikat berkenaan namun ditipu sindiket terbabit.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata mangsa diminta membuat beberapa transaksi untuk membeli kren berkenaan melalui tiga akaun bank yang dimiliki oleh dua syarikat yang didaftarkan di negara ini.

"Suspek disyaki menyamar sebagai jurujual kren itu dengan cara memintas e-mel yang dihantar kepada syarikat berkenaan sebelum meminta ahli perniagaan itu melakukan pembayaran sebanyak RM1.8 juta melalui beberapa transaksi bagi jentera yang dipesan.

"Mangsa telah berurus niaga dengan syarikat menjual kren berkenaan sejak lima tahun lalu bagaimanapun tidak pernah menghadapi sebarang masalah sebelum ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas syarikat yang menjual kren di Korea menghubunginya untuk meminta bayaran.

Susulan laporan itu, polis menahan seorang wanita warga Nigeria berusia 29 tahun yang merupakan pemilik akaun bank yang menjadi 'orang tengah' kepada sindiket itu.

"Suspek wanita itu ditahan di hadapan sebuah bank di Sentul selepas menyerahkan wang berjumlah RM1,000 kepada seorang wanita tempatan yang dipercayai membantu suspek untuk membuka tiga akaun bank bagi tujuan pemindahan transaksi wang tunai kelmarin," katanya.

Mohamad Roy berkata susulan penahanan itu, pihaknya menyerbu dua lokasi berasingan yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan berkenaan di Kondominium Sri Putramas di sini dan Cyberjaya.

Katanya, hasil serbuan di Sri Putramas, polis menahan seorang wanita warga Filipina manakala enam lelaki dan dua wanita warga Nigeri ditahan di Cyberjaya.

Selain itu, polis turut merampas wang tunai bernilai RM1,000, 12 buah komputer riba, 19 buah telefon bimbit pelbagai jenis, enam keping kad kredit, sebuah buku bank termasuk modem internet.

"Kesemua suspek direman sehingga Jumaat ini manakala kes disiasat mengikut  Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Buruh Binaan Warga Indonesia Maut Dihempap Tembok Runtuh


Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 10:16 PM

KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan warga Indonesia maut dipercayai dihempap tembok rumah ketika sedang melakukan kerja pembinaan  di Taman Koperasi Cuepacs di Kajang, dekat sini, petang Rabu.
Dalam kejadian pada 3.25 petang itu, Saiful Samad, 38, dipercayai tertimbus sedalam kira-kira 1.5 meter setelah tembok konkrit rumah berkenaan tiba-tiba runtuh.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata mangsa sebelum itu terjatuh ke dalam sebuah longkang sebelum tertimbus.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Mohd Safiq Mohd Moor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melihat kejadian itu pada 3.19 petang.
"Sejurus menerima panggilan saya segera mengerahkan tujuh anggota ke tempat kejadian bagi kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa.
"Mangsa berjaya dikeluarkan pada 4.25 petang dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya.
Mohd Safiq berkata ketika kejadian mangsa dipercayai sedang melakukan kerja pembinaan seorang diri manakala punca kejadian tembok runtuh dipercayai akibat keretakan pada struktur tembok berkenaan. - BERNAMA

Warga Malaysia maut insiden dandang meletup di Abu Dhabi



BESUT 20 Dis. - Seorang pekerja warga Malaysia berasal dari Besut terbunuh dalam kejadian sebuah dandang meletup di sebuah kilang plastik di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Mohd. Shukri Sulaiman, 45, yang bekerja sebagai juru dandang dengan Al-Borouge Pte Company Limited sejak 2011 sedang melakukan pemeriksaan apabila sebuah daripada dandang berkenaan tiba-tiba meletup.
Adik mangsa, Faizol, 42, berkata, keluarga mereka dimaklumkan mengenai kejadian malang yang menimpa abangnya itu oleh rakan abangnya yang bekerja di syarikat sama dan juga berasal dari Besut.
Ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Padang Landak di sini, hari ini, katanya rakan abangnya, Ahmad Syukkri Md Nor, 33, memaklumkan kepada mereka pada kira-kira pukul 2 pagi Sabtu.
"Ahmad Syukkri memaklumkan yang beliau telah mendengar letupan kuat pada pagi berkenaan (Sabtu) dan telah pergi ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa terbakar hampir keseluruhan badan berdekatan dengan dandang (boiler) di situ."
Menurutnya, abangnya Saria, 52, dijangka berlepas ke Abu Dhabi hari ini untuk urusan mengenal pasti jenazah arwah dan urusan berkaitan.
Faizol berkata, abangnya itu ialah anak keenam daripada 11 beradik dan arwah meninggalkan seorang isteri, Azmahani Mamat, 43, dan empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 7 tahun yang tinggal di Indera Mahkota, Kuantan.
Katanya, Mohd Shukri pernah bertugas dengan Petronas di Kerteh, Syarikat Grace di Kuantan, YTL di Paka, Malaysia Newsprint Industry (MNI) di Mentakab dan Electric Suplly Board di Kulim sebelum menyertai syarikat di UAE itu.
Sementara itu, ibu arwah Fatimah Ismail, 72, berkata, beliau reda kerana apa yang terjadi adalah dengan kehendak Allah.
Katanya, anaknya itu bercuti dan balik selama seminggu pada 7 Dis dan telah membawanya bersama-sama isteri dan anaknya bercuti di Kundasang, Sabah.- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/warga-malaysia-maut-insiden-dandang-meletup-di-abu-dhabi-1.171055#sthash.w5G39m2Z.dpuf

Wanita Dipenjara Fitnah Raja Thailand


Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 9:26 PM

BANGKOK: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun setengah pada Rabu kerana memfitnah raja negara itu.
Kes tersebut menimbulkan kebimbangan mengenai tindakan junta tentera melaksanakan undang-undang kejam itu.
Seorang pegawai mahkamah berkata, Chayapa Shokpornbudsri, 49, didapati bersalah memfitnah monarki Thailand menerusi Facebooknya.
Tertuduh hadir pada perbicaraan tersebut tanpa peguamnya.
Menurut pegawai tersebut, Shokpornbudsri dijatuhi hukuman 19 tahun penjara tetapi ia dikurangkan separuh selepas dia mengaku bersalah.
Beliau berkata keputusan tersebut dibuat secara sulit.
"Dalam kandungan Facebooknya, dia didapati bersalah memfitnah monarki, mengancam keselamatan negara dan melanggar akta jenayah komputer," kata pegawai mahkamah itu.

PDRM Pantau 56 Kumpulan Ajaran Sesat Berpotensi Ancam Keselamatan


Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 4:20 PM
Masir Kujat.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama pihak berkuasa agama sedang memantau 56 kumpulan ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Rabu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat berkata sekiranya terdapat bukti-bukti bahawa kumpulan terbabit terlibat dalam aktiviti berbentuk militan dan pengganas seperti mula mengangkat senjata, tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Katanya ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Kanun Keseksaan.
"Tindakan-tindakan yang bersesuaian dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak berkuasa tempatan telah pun diambil dari semasa ke semasa untuk menangani kegiatan ajaran sesat sebelum ia menjadi semakin parah," katanya dalam sesi soal jawab di sini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang ingin tahu setakat mana dakwaan penyelewengan ajaran sesat boleh bertukar menjadi ancaman militan yang berupaya menggugat keselamatan negara.
Masir berkata PDRM tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu ajaran itu sesat atau tidak kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama di negeri-negeri.
Katanya PDRM melakukan penilaian tahap ancaman kumpulan-kumpulan ajaran sesat sama ada mereka berpotensi mengancam kenteraman awam atau pun tidak.
Beliau menjelaskan, kumpulan ajaran sesat kebiasaannya bermula dengan penekanan terhadap aktiviti pengisian amalan keagamaan dan kerohanian terhadap anggotanya dan mula berubah selepas meraih sokongan dan pengaruh.
"Ketaksuban mereka mula mempraktikkan konsep serta semangat jihad serta syahid yang terpesong, sebagai contoh menyerang atau memusnah tempat ibadah agama lain, mengakui mereka adalah tentera Allah dan mengkafir serta menghalalkan darah sesama Islam untuk dibunuh," katanya. - BERNAMA

SPRM Ambil Tindakan Dakwaan Rasuah Pembalakan Di Kelantan


Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 11:41 PM
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil tindakan terhadap satu laporan media berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan pembalakan di Kelantan bernilai lebih RM5 juta.
SPRM dalam kenyataan pada Rabu berkata siasatan berhubung perkara itu sedang dikendalikan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga selesai siasatan dijalankan.
"Dalam kes yang dilaporkan media terbabit, SPRM mengucapkan terima kasih atas maklumat yang dikongsi, namun SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan.
"Sekiranya mana-mana pihak yang pernah membuat laporan kepada SPRM ingin mengetahui status siasatan boleh menghubungi SPRM sendiri untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut," katanya.
SPRM percaya usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan dengan berkesan jika setiap anggota masyarakat bekerjasama dengan pihaknya, katanya. - BERNAMA

Gerak hati selamatkan kereta


Beberapa awasan Kampung Pulau Durian Tunggal Masih yang dilanda banjir masih belum surut.DURIAN TUNGGAL - Gerak hati seorang pekerja swasta untuk pulang ke rumahnya pada tengah hari menyelamatkan sebuah kereta Proton Perdana miliknya daripada ditenggelami air di Jalan Dodol, Kampung Pulang, petang semalam.
Azizi Md Shaharom, 36, berkata, biasanya  dia akan pulang ke rumah lebih kurang jam 6 petang bersama isterinya, Salmiah Hashim, 56, yang bekerja di Wisma Negeri.
Setibanya di rumah, katanya, air telah masuk ke dalam keretanya sebelum dia segera menghubungi penarik kereta untuk membawa kereta ke bengkel dan sempat memindahkan beberapa barang ke tempat lebih tinggi.
Menurutnya, walaupun ketika itu tidak hujan, namun dalam tempoh dua jam, air mula naik hingga paras pinggang dan masuk ke dalam rumah.
"Air naik terlalu cepat sehingga saya tak sempat selamatkan barang-barang seperti perkakas elektrik.
"Lebih-lebih lagi rumah kami terletak lebih kurang 800 meter dari empangan Sungai Gangsa dan hingga hari kedua pun, banjir masih tak surut," katanya.
Sedia khemah
Seorang mangsa banjir yang ditempatkan di SK Belimbing Dalam, Wan Noraini Wan Rosli, 26, berkata, dia yang pertama kali dipindahkan ke pusat pemindahan itu bersyukur kerana lokasinya selesa selain diberikan kemudahan khemah.
"Alhamdulillah hari ini (semalam) masuk hari kedua saya di sini dan setakat ini saya selesa, sekurang-kurangnya dengan ada khemah, mudah untuk saya menyusukan anak.
"Cuma bimbang bekalan lampin pakai buang anak hampir kehabisan selain anak sulung saya perlukan susu tepung. Saya harap dapat bantuan berkenaan secepat mungkin," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Datuk Murad berkata, sebanyak 48 keluarga dari Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau masih ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam di sini, semalam.
Menurut beliau, pusat pemindahan berkenaan menjadi lokasi paling ramai menempatkan mangsa dengan jumlah seramai 203 orang termasuk 16 warga emas dan tiga OKU.
Beliau berkata, tiga pusat pemindahan dalam Dun Durian Tunggal masih dibuka dan dipantau oleh agensi teknikal berkaitan iaitu di SK Belimbing Dalam, Balairaya Bukit Balai dan Balairaya Kampung Panchor.
"Sejak kelmarin, seramai 10 mangsa melibatkan tiga keluarga berada di Balairaya Kampung Pachor, manakala 17 mangsa lagi di Balairaya Kampung Bukit Balai," katanya.
Dalam pada itu, katanya, pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan dan Masjid Ar Rasyidin, Balairaya Beringin Baru serta Balairaya Kampung Gadek telah ditutup.
"Kita memantau dari aspek kebersihan termasuk kawasan khemah mangsa, tempat makan dan juga tandas bagi memastikan kawasan sentiasa bersih dan terjaga, sekali gus mengelak berlaku penyakit berjangkit.
"Dalam masa sama, MPAG bersama Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) Alor Gajah juga akan mengambil tindakan membersihkan sistem perparitan yang tersumbat agar kejadian banjir tidak berulang lagi,” katanya.
Penduduk mula bersihkan rumah msing-masing
Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di Kampung Belimbing Dalam mendapati, ada antara penduduk yang telah mula membersihkan rumah walaupun banjir di sesetengah kawasan belum surut.
Nokiah Akob, 60, berkata, walaupun air belum pulih sepenuhnya, dia dan suami meminta kebenaran untuk pulang sebentar ke rumah bagi membersihkan lantai rumah yang telah dinaiki banjir lumpur.
"Dah lama tak berlaku banjir teruk dan kali terakhir pada 2010 sehinggakan air naik paras dada.
"Walaupun banjir kali ini tidak seteruk sebelum ini namun tetap memberi kesan, bagaimanapun kami reda,” katanya.

Tanah runtuh, 41 dikhuatiri terbunuh


Pasukan penyelamat bertungkus lumus membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan selepas kejadian tanah runtuh di Shenzhen, selatan China, semalam. AGENSI
BEIJING 20 Dis. – Satu kejadian tanah runtuh berlaku awal hari ini di kawasan perindustrian di bandar Shenzhen, selatan negara ini, menghempap 22 buah bangunan dan menyebabkan 41 orang hilang.
Menurut agensi berita Xinhua, lebih 1,500 pekerja penyelamat dikerah ke lokasi kejadian dan pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan tujuh orang dengan seorang daripada mereka hanya cedera ringan.
Angka sebenar kematian masih belum disahkan.
Akhbar Shenzhen Evening News melaporkan, kira-kira 900 penduduk sempat berpindah sebelum kejadian berlaku, namun tiada butiran lanjut disertakan sama ada insiden telah diramal akan terjadi.
Punca kejadian masih tidak dapat dikenalpasti.
Satu video yang dikeluarkan Xinhua menunjukkan lokasi kejadian yang diseliputi debu tebal sebaik sahaja bangunan runtuh akibat pergerakan tanah.
Bulan lalu, satu kejadian tanah runtuh menyebabkan 27 buah rumah musnah di kawasan pedalaman wilayah Zhejiang dan mengorbankan 38 penduduk. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tanah-runtuh-41-dikhuatiri-terbunuh-1.171174#sthash.dPDO9p7i.dpuf

2 suspek direman 4 hari tikam kakitangan Astro


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Dua lelaki direman empat hari selepas dipercayai terlibat dalam insiden pertengkaran sehingga mengakibatkan se­orang kakitangan Astro Awani parah ditikam di sebuah kondominium di PV20, Jalan Usahawan, Setapak, di sini kelmarin.
Zainuddin Ahmad
Ketua Jabatan Sia­­satan Jenayah Ku­ala Lumpur, Da­tuk Zainuddin Ahmad berkata, kedua-dua suspek berusia 25 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 23 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 dan 148 Kanun Keseksaan.
“Kesemua suspek tersebut yang juga penganggur ditahan pada pukul 2 petang semalam di Setapak. Kita juga sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ketika ditanya kemungkinan pertengkaran berpunca daripada suspek membawa anjing ke rumah mangsa, Zainuddin memberitahu, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam Jumaat lalu, mangsa, Mohd. Hawari Zakaria, 33, yang bertugas sebagai pengurus pentas dipercayai ditikam oleh seorang wanita yang juga rakan kepada jirannya di bahagian perut dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kejadian berlaku selepas mangsa dipercayai berselisih faham dengan sekumpulan lelaki di hadapan dua pe­ngawal keselamatan yang sebelum itu dihubungi oleh seorang penghuni kondominium terbabit untuk meleraikan pergaduhan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/2-suspek-direman-4-hari-tikam-kakitangan-astro-1.171231#sthash.MyWwwTgN.dpuf

Buruh warga Indonesia maut dihempap tembok



KUALA LUMPUR - Seorang buruh binaan warga Indonesia maut dipercayai dihempap tembok rumah ketika sedang melakukan kerja pembinaan di Taman Koperasi Cuepacs di Kajang, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian pada 3.25 petang itu, Saiful Samad, 38, dipercayai tertimbus sedalam kira-kira 1.5 meter setelah tembok konkrit rumah berkenaan tiba-tiba runtuh. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, mangsa sebelum itu terjatuh ke dalam sebuah longkang sebelum tertimbus.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Mohd Safiq Mohd Moor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melihat kejadian itu pada 3.19 petang.
"Sejurus menerima panggilan saya segera mengerahkan tujuh anggota ke tempat kejadian bagi kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa.
"Mangsa berjaya dikeluarkan pada 4.25 petang dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya.
Mohd Safiq berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai sedang melakukan kerja pembinaan seorang diri manakala punca kejadian tembok runtuh dipercayai akibat keretakan pada struktur tembok berkenaan. - Bernam
a

Koperal polis mati akibat dipukul



IPOH - Seorang anggota polis mati dipercayai akibat dibelasah di sebuah premis sarang burung walit di Sitiawan, Manjung semalam, kira-kira 80 kilometer dari sini.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata Koperal Noor Hisham Abdul Halim, 35, bertugas di Balai Polis Sitiawan ditemukan dalam keadaan tertiarap dan tidak sedar diri dengan kesan kecederaan di kepala, tangan, badan dan kaki pada kira-kira 4 petang.
"Mangsa ditemui orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pemakaian pangkat kepada 42 pegawai polis berpangkat Inspektor kepada ACP serta meraikan pesara polis di Pusat Latihan Polis Gerakan Udara di sini, hari ini.
Beliau berkata, Noor Hisham disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat dipukul dengan objek keras di beberapa anggota badan.
Katanya, hasil siasatan polis mendapati mangsa difahamkan memecah masuk ke premis tersebut untuk mencuri sarung burung walit namun disedari beberapa pekerja di situ sebelum membelasah mangsa dengan kayu.
Hasnan berkata polis turut menemukan beberapa batang kayu dipercayai digunakan untuk membelasah mangsa berhampiran premis itu.
Beliau berkata siasatan polis mendapati mangsa ditahan kerja sejak 18 September lalu berkaitan kes dadah, pecah rumah dan mendatangkan kecederaan.
Katanya polis menahan dan mereman selama seminggu empat suspek berusia antara 35 hingga 59 tahun dipercayai pekerja premis sarang burung walit itu untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
"Orang ramai dinasihat agar tidak memukul sehingga mendatangkan kematian, sebaiknya segera menghubungi polis untuk menangkap penjenayah," katanya sambil menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawainya yang terlibat melakukan jenayah.
Sementara itu, adik mangsa, Noor Hazarrudin, 29, ketika ditemui di HRPZ hari ini berkata beliau mengetahui kejadian yang menimpa abangnya menerusi panggilan telefon daripada ayahnya yang merupakan anggota polis di Langkawi.
Katanya abangnya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik meninggalkan seorang isteri, Rashidah Ariffin, 31, dua anak perempuan berumur enam tahun dan empat bulan dan seorang anak lelaki berumur lima tahun.
Katanya, jenazah Noor Hisham akan dikebumi di Kampung Nyior Chabang, Padang Mat Sirat, Langkawi, hari ini. - Bernam
a

Dua remaja ditahan kes curi motosikal


Menaiki lori polis untuk dihantar ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

KOTA BHARU - Dua remaja lelaki berusia 13 dan 14 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan membabitkan kes kecurian motosikal pada tahun 2009 di Pengkalan Chepa, di sini.
Mereka ditahan di kawasan Kampung Sura, Jeti Dungun, Terengganu sebelum diserahkan kepada pihak polis pada jam 11.45 malam, Ahad lalu.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mereka sebelum itu menaiki sebuah motosikal dan ditahan untuk pemeriksaan oleh penduduk yang menjalankan tugas rondaan Persatuan Komuniti Polising di kawasan berkenaan.
“Katanya, semakan ke atas motosikal jenis Nitro yang ditunggang mereka tempoh hari didapati adalah motosikal hilang berkait satu laporan di Pengkalan Chepa.
“Sehubungan itu, kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” katanya.  
Dalam pada itu, kedua-dua remaja terbabit dibawa ke mahkamah majistret, di sini, semalam dan dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bagi membolehkan siasatan dijalankan polis.
Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Norida Mohd Husain tersebut berkuat kuasa hari ini sehingga 19 Disember depan
.

Padah tipu jutawan Arab Saudi RM1.8j


Kes jenayah
Kes jenayahKUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan sembilan warga Nigeria dan seorang Filipina selepas dipercayai memintas e-mel syarikat menjual kren di Korea Selatan sehingga menyebabkan seorang jutawan Arab Saudi mengalami kerugian RM1.8 juta apabila memasukkan wang itu ke dalam akaun mereka.
Kesemua suspek ditahan di Sentul dan Cyberjaya kelmarin.‎
Dalam kejadian 9 Disember lepas, ahli perniagaan yang memiliki syarikat menjual jentera berat di Riyadh itu mahu membeli kren daripada syarikat berkenaan namun ditipu sindiket terbabit.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata,‎ mangsa diminta membuat beberapa transaksi untuk membeli kren berkenaan melalui tiga akaun bank yang dimiliki oleh dua syarikat yang didaftarkan di negara ini.
"Suspek disyaki menyamar sebagai jurujual kren itu dengan cara memintas e-mel yang dihantar kepada syarikat berkenaan sebelum meminta ahli perniagaan itu melakukan pembayaran sebanyak RM1.8 juta melalui beberapa transaksi bagi jentera yang dipesan.
"Mangsa telah berurus niaga dengan syarikat menjual kren berkenaan sejak lima tahun lalu bagaimanapun tidak pernah menghadapi sebarang masalah sebelum ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, di sini, semalam.
Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas syarikat yang menjual kren di Korea menghubunginya untuk meminta bayaran.
Susulan laporan itu, polis menahan seorang wanita warga Nigeria berusia 29 tahun yang merupakan pemilik akaun bank yang menjadi 'orang tengah' kepada sindiket itu. 
"Suspek wanita itu ditahan di hadapan sebuah bank di Sentul selepas menyerahkan wang berjumlah RM1,000 kepada seorang wanita tempatan yang dipercayai membantu suspek untuk membuka tiga akaun bank bagi tujuan pemindahan transaksi wang tunai kelmarin," katanya.
Mohamad Roy berkata, susulan penahanan itu, pihaknya menyerbu dua lokasi berasingan yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan berkenaan di Kondominium Sri Putramas di sini dan Cyberjaya.
Katanya, hasil serbuan di Sri Putramas, polis menahan seorang wanita warga Filipina manakala enam lelaki dan dua wanita warga Nigeri ditahan di Cyberjaya.
Selain itu, polis turut merampas wang tunai bernilai RM1,000, 12 buah komputer riba, 19 buah telefon bimbit pelbagai jenis, enam keping kad kredit, sebuah buku bank termasuk modem internet.
"Kesemua suspek direman sehingga Jumaat ini manakala kes disiasat mengikut  Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

African Hacker serang syarikat Malaysia



Sindiket pakar IT warga Nigeria akibatkan kerugian RM45 juta dalam enam bulan tahun ini

Kehadiran warga Afrika di Malaysia turut mengakibatkan pertambahan kadar jenayah terancang. – Gambar hiasan
MUKADIMAH SEJAK bertahun-tahun lamanya Malaysia terjerumus dengan masalah jenayah yang tidak berkesudahan ekoran amalan keterbukaan negara menerima pelbagai warga asing masuk dan menetap di negara ini. Yang turut mencetuskan polemik adalah kehadiran ribuan warga Afrika yang menjadi beban kepada masyarakat ekoran jenayah bersindiket dan terancang sengaja dicipta untuk menjadikan rakyat negara ini sebagai mangsa utama mereka. Tidak hanya muncul dengan kes penipuan Black Money atau Love Scam, negara kini dikejutkan pula sindiket African Hacker yang menyaksikan ratusan syarikat mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit gara-gara terpedaya dengan modus operandi yang dicipta warga benua Afrika ini. Jika Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebelum ini mendedahkan sindiket Love Scam mencatat kerugian sebanyak RM53 juta pada tahun ini sahaja, sindiket African Hacker pula dikesan menghampiri jumlah kerugian itu hanya dalam tempoh enam bulan pertama. Wartawan Mingguan Malaysia, ILAH HAFIZ AZIZ membongkar kegiatan sindiket penipuan ini dalam Laporan Khas bahagian pertama, bahagian kedua esok pula akan menyentuh tentang bagaimana kumpulan sindiket berkenaan membuat keuntungan singkat dalam tempoh seminggu selain kegiatan mereka turut dikesan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas menggodam sebuah institut pengajian tinggi di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Ratusan ribu syarikat di seluruh negara kini terdedah dengan ancaman penipuan baharu apabila pihak berkuasa mengesan satu sindiket yang digelar African Hacker yang telah mengakibatkan kerugian sejumlah RM45 juta, hanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Difahamkan, sindiket penipuan baharu ini berupaya untuk menggodam e-mel syarikat bagi memperoleh keuntungan secara tidak sah daripada entiti perniagaan di Malaysia.
Lebih memeranjatkan, nilai kerugian yang dicatat itu mungkin lebih besar ekoran masih terdapat banyak syarikat tidak membuat laporan polis kerana tidak menyedari wujudnya penipuan.
Sumber memberitahu, kerugian yang dialami itu dikesan bukan sekadar terjadi kepada syarikat kecil malah turut melibatkan syarikat korporat besar yang mempunyai aset bernilai jutaan ringgit.
Sindiket African Hacker ini pada mulanya dikesan sejak beberapa tahun lalu dan hanya terhad pada nilai kerugian yang kecil tetapi menurut sumber, sejak kebelakangan ini, penipuan terbabit berada pada tahap serius kerana mangsa demi mangsa tampil membuat laporan polis kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kata sumber, penipuan itu berlaku setelah pakar teknologi maklumat (IT) yang dipercayai dari Nigeria menggodam e-mel milik syarikat atau pekerja syarikat untuk memperoleh segala maklumat yang kemudian digunakan bagi transaksi tunai secara tidak sah.
Suspek yang biasanya terdiri daripada pakar IT Nigeria menyasarkan akaun e-mel milik syarikat atau pekerja syarikat yang berpotensi untuk membuat transaksi pengeluaran wang dengan jumlah besar.
“Modus operandi mereka juga dikesan mudah iaitu hanya menggodam e-mel seorang bos atau pembuat keputusan di sesebuah syarikat lalu menyamar sebagai individu terbabit untuk berinteraksi dengan pekerja syarikat melalui e-mel.
“Pekerja syarikat yang biasanya daripada bahagian kewangan atau akaun tidak menyedari e-mel yang dihantar itu adalah daripada penggodam dan menuruti segala arahan seperti membuat transaksi sejumlah wang tunai ke dalam satu akaun asing atas kehendak ‘bos’.
“Dalam beberapa kes, penggodam atau ahli sindiket ini akan ‘mencelah’ perbualan melalui e-mel antara syarikat dengan pelanggan, seterusnya mengarahkan pelanggan membuat transaksi tunai ke dalam sebuah akaun. Apabila barang atau servis tidak sampai, barulah kedua-dua pihak menyedari wujudnya penipuan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Sumber turut memberitahu, proses penggodaman oleh African Hacker tidak disedari oleh pekerja syarikat atau pelanggan kerana mangsa hanya mengikut arahan, melainkan mereka menghubungi dahulu orang yang bertanggungjawab untuk mengesahkan transaksi tersebut namun dalam banyak kes, pekerja hanya menghubungi ketua mereka selepas transaksi ke dalam akaun asing dilakukan.
Mengulas lanjut, kata sumber, pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini, PDRM mengesan kerugian sebanyak RM45 juta dengan RM44.3 juta melibatkan syarikat berdaftar di negara ini.
“Sindiket terbabit turut memperdaya individu dengan modus operandi yang seakan-akan sama seperti menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga mangsa. Mereka (suspek) akan berhubung melalui e-mel untuk meminta sejumlah wang. Mangsa yang kasihan akan memasukkan wang ke dalam akuan asing dengan segera.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/i-african-hacker-i-serang-syarikat-malaysia-1.170833#sthash.vd36d751.dpuf

Padah tipu jutawan Arab Saudi RM1.8j


Kes jenayah
Kes jenayahKUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan sembilan warga Nigeria dan seorang Filipina selepas dipercayai memintas e-mel syarikat menjual kren di Korea Selatan sehingga menyebabkan seorang jutawan Arab Saudi mengalami kerugian RM1.8 juta apabila memasukkan wang itu ke dalam akaun mereka.
Kesemua suspek ditahan di Sentul dan Cyberjaya kelmarin.‎
Dalam kejadian 9 Disember lepas, ahli perniagaan yang memiliki syarikat menjual jentera berat di Riyadh itu mahu membeli kren daripada syarikat berkenaan namun ditipu sindiket terbabit.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata,‎ mangsa diminta membuat beberapa transaksi untuk membeli kren berkenaan melalui tiga akaun bank yang dimiliki oleh dua syarikat yang didaftarkan di negara ini.
"Suspek disyaki menyamar sebagai jurujual kren itu dengan cara memintas e-mel yang dihantar kepada syarikat berkenaan sebelum meminta ahli perniagaan itu melakukan pembayaran sebanyak RM1.8 juta melalui beberapa transaksi bagi jentera yang dipesan.
"Mangsa telah berurus niaga dengan syarikat menjual kren berkenaan sejak lima tahun lalu bagaimanapun tidak pernah menghadapi sebarang masalah sebelum ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, di sini, semalam.
Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas syarikat yang menjual kren di Korea menghubunginya untuk meminta bayaran.
Susulan laporan itu, polis menahan seorang wanita warga Nigeria berusia 29 tahun yang merupakan pemilik akaun bank yang menjadi 'orang tengah' kepada sindiket itu. 
"Suspek wanita itu ditahan di hadapan sebuah bank di Sentul selepas menyerahkan wang berjumlah RM1,000 kepada seorang wanita tempatan yang dipercayai membantu suspek untuk membuka tiga akaun bank bagi tujuan pemindahan transaksi wang tunai kelmarin," katanya.
Mohamad Roy berkata, susulan penahanan itu, pihaknya menyerbu dua lokasi berasingan yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan berkenaan di Kondominium Sri Putramas di sini dan Cyberjaya.
Katanya, hasil serbuan di Sri Putramas, polis menahan seorang wanita warga Filipina manakala enam lelaki dan dua wanita warga Nigeri ditahan di Cyberjaya.
Selain itu, polis turut merampas wang tunai bernilai RM1,000, 12 buah komputer riba, 19 buah telefon bimbit pelbagai jenis, enam keping kad kredit, sebuah buku bank termasuk modem internet.
"Kesemua suspek direman sehingga Jumaat ini manakala kes disiasat mengikut  Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama