Search This Blog

Wednesday, December 16, 2015

Kaki ayam bertaburan di lebuh raya, kemalangan 8 kenderaan

RABU, 16 DISEMBER 2015 @ 4:12 PM

 Oleh Omar Osman bhnews@bh.com.my


RIBUAN kaki ayam bertaburan di atas jalan dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 92.2 Lebuhraya Utara Selatan.

SUNGAI PETANI: Ribuan kaki ayam bertaburan di atas lebuh raya selepas sebuah lori membawa muatan bahan itu terbalik sebaik merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 92.2 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, pagi tadi. Kemalangan pada jam 6.30 pagi itu turut membabitkan beberapa kenderaan lain, termasuk sebuah kereta dipandu seorang wanita terbabas dan terhumban ke dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya. Jurucakap polis trafik daerah Kuala Muda, ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku selepas lori membawa muatan kaki ayam itu gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh belakang treler membawa muatan simen. Pada masa yang sama, katanya, sebuah kereta jenis Honda City dan sebuah lori yang cuba mengelak dari merempuh lori itu turut terbabas ke tepi lebuh raya, manakala kereta dipandu seorang wanita terhumban ke dalam longkang. "Difahamkan, ketika kejadian lori terbabit dalam perjalanan dari Seremban untuk menghantar kaki ayam sejuk beku ke kawasan perusahan di Alor Setar. Treler muatan simen juga menghala arah sama. "Semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan," katanya. Jurucakap itu juga berkata, satu kemalangan turut berlaku di laluan arah selatan di lokasi sama akibat tindakan pemandu sebuah treler yang membrek secara mengejut kerana mahu melihat kemalangan di laluan bersebelahan. "Akibatnya sebuah kereta jenis Toyota Vios yang gagal mengelak merempuh belakang treler terbabit. Dua lagi kereta jenis PROTON Iswara dan PROTON Satria Neo yang mengekori turut merempuh Toyota Vios terbabit," katanya sambil menambah semua mangsa hanya cedera ringan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105596

Lelaki Bangladesh gagal guna helah elak ditahan



Oleh Nordiana Shafiee



PEGAWAI imigresen menahan warga asing di Sungai Petani, awal pagi tadi. - Foto ihsan JIM Kedah
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan helah untuk mengambil pasport miliknya di dalam raga motosikal, sebelum melarikan diri dalam serbuan dilakukan Jabatan Imigresen, di sini, awal pagi tadi.
Helah itu digunakan lelaki berusia 28 tahun itu ketika dia ditahan untuk tujuan pemeriksaan sempena Op Sapu di sekitar daerah ini kira-kira jam 2.15 pagi.
Difahamkan, lelaki itu dilihat melarikan diri sejauh kira-kira 500 meter ke arah sebuah stesen minyak berdekatan untuk mengelak diberkas, namun gagal selepas ditahan anggota penguat kuasa yang mengejarnya.
Pengarah Imigresen negeri, Mohamad Yusri Hashim, berkata operasi diketuai Penolong Pengarah Imigresen, Nar Azaman Ibrahim bersama 23 pegawai imigresen membuat pemeriksaan ke atas 37 warga asing di lima lokasi berasingan membabitkan rumah sewa dan rumah kongsi, di sini dan Kuala Ketil.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mengesan 34 daripadanya terdiri 22 lelaki warga Bangladesh, empat lelaki warga Pakistan dan masing-masing empat lelaki dan wanita warga Indonesia berusia antara 22 tahun dan 46 tahun melakukan pelbagai kesalahan.
Katanya, pihaknya menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) di lokasi pertama, diikuti empat orang yang bekerja sebagai tukang jahit di lokasi kedua dan lima orang di lokasi ketiga.
"Sementara itu, di lokasi keempat dan kelima, kami menahan tiga PATI, yang mana seorang daripadanya dijumpai bersembunyi di atas siling rumah yang sempit.
"Siasatan awal mendapati 32 PATI ditahan ini tidak memiliki pas atau permit sah, manakala selebihnya disyaki memiliki cop lawatan sosial palsu dalam paspot milik mereka," katanya.
Mohamad Yusri berkata, semua PATI itu akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 dan mereka ditahan di lokap Jabatan Imigresen negeri sebelum dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik untuk siasatan lanjut.

Tikam bapa tak restu perhubungan Isu IS: PAS akan putuskan tindakan terhadap Mat Sabu

 ISNIN, 14 DISEMBER 2015 @ 2:20 PM

PRESIDEN Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu

GEORGETOWN: PAS Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu, sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat Pusat.   Ia susulan keengganan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menarik balik dakwaan beliau bahawa PAS diresapi fahaman militan Negara Islam (IS). Setiausaha PAS negeri, Iszuree Ibrahim, berkata pihaknya akan berbincang dengan kepemimpinan PAS Pusat untuk memuktamadkan keputusan mengenai tindakan undang-undang terhadap Mat Sabu. Katanya, perbincangan itu akan membabitkan beberapa pihak dalam parti, termasuk Jawatankuasa Undang-Undang PAS dan peguam yang dilantik parti. "Kita (PAS negeri) sedang menunggu maklum balas mengenai perkara ini daripada PAS Pusat. Keputusan mengenainya tidak dapat dimuktamadkan secara terus di peringkat negeri kerana ada batas tertentu," katanya ketika dihubungi BH, semalam.   Sabtu lalu, Mat Sabu menegaskan pihaknya tidak akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa PAS diresapi fahaman militan IS, selain menyifatkan tiada keperluan untuk berbuat demikian. Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu Susulan dakwaan itu, Mat Sabu menerima pelbagai kritikan daripada kepemimpinan PAS, selain tindakannya itu disifatkan sebagai langkah terdesak bagi mengembalikan kerjaya politiknya yang runtuh, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab. Sebelum ini, PAS membuat laporan polis terhadap Mat Sabu dan Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat terhadap tindakan 'jahat' dua pemimpin PAN terbabit. tamat/

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104991

Ucapan Berbaur Hasutan, Muhammad Safwan Didenda RM5,000


Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 4:14 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang@Talib untuk  mengetepikan hukuman penjara 10 bulan kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya dua tahun lepas.
Hakim Mohd Azman Husin sebaliknya menggantikan hukuman penjara kepada denda RM5,000 terhadap Muhammad Safwan, 26, yang kini seorang guru al-Quran di sebuah institusi.
Mahkamah turut memerintahkan dia dipenjara dua tahun jika gagal membayar denda tersebut.
Mohd Azman berkata rayuan terhadap sabitan ditolak, namun mahkamah mendapati hukuman penjara adalah tinggi dengan mengambil kira faktor usia Muhammad Safwan ketika itu masih muda serta sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.
Pada 5 Sept 2014, Muhammad Safwan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramahnya.
Dia didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan kemarahan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.
Muhammad Safwan didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebaik mendengar keputusan, Muhammad Safwan melemparkan senyuman kepada isteri yang mendukung bayi lelakinya berusia tiga bulan.
Dalam keputusannya, Mohd Azman berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan intipati dan elemen pertuduhan terhadap Muhammad Safwan.
Selain itu, pembelaan gagal membuktikan keraguan terhadap kes pihak pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Yasser Mohd Nasri, manakala peguam Ariff Azami Hussein dan Noorazmir Zakaria mewakili Muhammad Safwan.

Pengedar Sembunyi Dadah Dalam Mesin Basuh Diberkas


Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 2:17 PM

LANGKAWI: Taktik pengedar cuba untuk menyembunyikan  heroin di dalam mesin basuh gagal apabila mereka berjaya diberkas Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superitendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, kejayaan itu adalah hasil dari dua serbuan yang dibuat oleh pasukan yang diketuai Inspektor Shaharuddin Shah di kawasan Bukit Malut bermula kira-kira pukul 4.00 pagi.
"Dalam serbuan pertama di sebuah rumah yang tidak bernombor di kawasan itu, pasukan itu telah menangkap dua orang wanita yang masing-masing berumur 23 dan 18 tahun, dan hasil pemeriksaan ke atas mereka pihak polis menemui 383 gram dadah jenis heroin dan lapan gram dadah jenis syabu," katanya.
Lanjutan dari serbuan pertama itu, polis telah menyerbu sebuah lagi rumah yang berdekatan dan menahan tiga orang lagi wanita, dua daripada mereka warga Thailand berumur antara 19 dan 57 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun.
"Hasil pemeriksaan seterusnya polis telah menemui 244 gram dadah jenis heroin yang disembunyikan di dalam sebuah mesin basuh di rumah itu," katanya.
Che Ghazali berkata kesemua saspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
"Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM14,000 dan dipercayai telah dibawa masuk ke Langkawi untuk edaran kepada penagih-penagih dadah di sekitar kawasan Bukit Malut," katanya.-- Bernama

Mayat Tanpa Kepala Milik Mangsa Culik Rakyat Malaysia Ditemui


Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 2:55 PM
Mayat tanpa kepala yang ditemui pasukan tentera dibawa ke Zamboanga untuk proses ujian DNA.

KOTA KINABALU: Mayat tanpa kepala dipercayai milik tawanan rakyat Malaysia yang diculik, Bernard Then Ted Fen ditemui pada Isnin di Pulau Jolo dan dihantar untuk pengecaman ke bandar Zamboanga.
Aktivis Anti Penculikan Selatan Filipina, Prof Octavio Dinampo berkata, ujian DNA akan dijalankan bagi mengesahkan ia milik Then.
"Pihak berkuasa Filipina sedang bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Manila," katanya kepada The Star.
Beliau berkata, mayat itu dibawa ke rumah mayat di Zamboanga City di mana kepala dipercayai Then ditemui selepas dipenggal kumpulan Abu Sayyaf pada 11 November lalu.
Dinampo berkata, pemimpin kumpulan bersenjata itu, Al Habsi Misaya turut menuntut 10mi Peso untuk maklumat di mana mayat Then ditanam, bagaimanapun ia tidak dilayan pihak berkuasa Filipina.
Sebaliknya, pihak tentera negara itu dari Briged Infantri 50 menemui mayat itu di Sitio Lungon-Lungon di Parang di Pulau Jolo pada kira-kira 11 malam, Isnin.\
Jurucakap Komander Tentera Minadanao Barat Filipina, Mejar Filemon Tan Jr berkata, mayat itu dalam proses mereput.
Sebelum ini dilaporkan kepala Then dipenggal kumpulan Abu Sayyaf pada 4 petang, 11 November lalu.
Pihak tentera Filipina berkata, tindakan itu dilakukan selepas gagal mencapai persetujuan dalam tuntutan wang tebusan untuk membebaskannya.
Perunding Malaysia dengan bantuan pihak Filipina telah berusaha untuk membebaskan jurutera berusia 39 tahun itu dan pengurus restora Ocean King Seafood, Thien Nyuk Fun, 50 yang diculik sejak 15 Mei lalu.
Nyuk Fun dibebaskan pada 8 November selepas wang tebusan RM3 juta dilunaskan.

Dua Lelaki Ditahan Berhubung Serangan Juruteknik Elektrik


Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 2:58 PM
Mohd Zani Che Din

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki berhubung serangan ke atas seorang juruteknik elektrik di sebuah flat di Seksyen 6, Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din pada Selasa berkata, lelaki berusia 35 tahun itu pulang ke rumah selepas menjalankan kerja-kerja pembaikan elektrik di sebuah unit di flat itu di sekitar sekitar pukul 9.30 malam hari Ahad.
"Dia menerima panggilan pada pukul 11.30 malam, memintanya datang semula untuk membaiki bekalan elektrik di lima unit flat yang telah terputus.
"Apabila di situ, beberapa penduduk menuduhnya telah mengganggu kotak suis itu," jelas beliau.

Mohd Zani berkata dua lelaki mula menyerang juruteknik itu dengan kayu dan rantai, menyebabkan kecederaan di kepala dan tangan kirinya.

Juruteknik itu berjaya melarikan diri dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh sebelum membuat laporan polis.

"Kami menahan dua lelaki berusia 23 dan 31 tahun bagi membantu siasatan berhubung serangan itu.

"Mereka adalah penduduk flat itu," kata Mohd Zani.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya atau cara lain.

Dua Beradik Maut Motosikal Rempuh Pokok Tumbang


Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 3:36 PM
Dua beradik yang menaiki motosikal maut selepas merempuh pokok tumbang di Jalan Gunung Keriang, Selasa.

ALOR SETAR: Dua saudara lelaki maut di tempat kejadian apabila motosikal yang dinaiki merempuh pokok tumbang di laluan berlopak di Jalan Gunung Keriang, dekat sini Selasa.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira 12.05 pagi.

Kedua-duanya dikenali sebagai Muhammad Rafiq Mat Saad, 17 dan Rizal Mat Saad, 21 dari Kampung Kubang Sepat, Ayer Hitam.

Seorang saksi berkata, dia terdengar bunyi bising di luar rumah ibunya yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

"Ketika keluar untuk melihat apa yang berlaku, saya nampak kedua-duanya tercampak kira-kira lima meter dari motosikal mereka," katanya.

Pengawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Kota Setar, Inspektor Sallehuddin Md Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu pada kira-kira pukul 12.20 pagi.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian yang menyebabkan kematian," katanya.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira 12.05 pagi.
Kedua-duanya dikenali sebagai Muhammad Rafiq Mat Saad, 17 dan Rizal Mat Saad, 21 dari Kampung Kubang Sepat, Ayer Hitam.
Seorang saksi berkata, dia terdengar bunyi bising di luar rumah ibunya yang terletak berhampiran lokasi kejadian.
"Ketika keluar untuk melihat apa yang berlaku, saya nampak kedua-duanya tercampak kira-kira lima meter dari motosikal mereka," katanya.
Pengawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Kota Setar, Inspektor Sallehuddin Md Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu pada kira-kira pukul 12.20 pagi.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian yang menyebabkan kematian," katanya.

'Ibu Ayam' Bersama 13 Pelacur Dicekup



Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 12:07 PM

KUALA LUMPUR: Polis menahan 13 orang, termasuk sembilan wanita warga asing, yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam Ops Noda di sebuah premis hiburan di Jalan Metro Pudu 1 di sini, awal pagi Rabu.
Ketua Penolong Pengarah Unit Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/ Maksiat/Kongsi Gelap (Stagg) Bukit Aman SAC Khairi Ahrasa berkata kesemua mereka, yang berusia 25 hingga 31 tahun, ditahan dalam operasi pada 1.15 pagi itu.
"Selain sembilan GRO, kita juga menahan dua lelaki dipercayai pekerja dan pengurus premis berkenaan serta dua wanita yang merupakan 'mummy' (ibu ayam).
"Kita turut memeriksa 12 pelanggan premis berkenaan selain merampas wang tunai sebanyak RM7,987 dan beberapa peralatan lain seperti mahkota dan kalung bunga," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati premis hiburan itu menawarkan perkhidmatan GRO dan wanita-wanita ini boleh dibawa keluar untuk melakukan hubungan seks atas permintaan pelanggan.
"Terdapat juga satu lokasi persembunyian GRO yang diubah suai di belakang pentas di premis berkenaan untuk memudahkan mereka melarikan diri.
"Kalung dan mahkota dipercayai digunakan sebagai tanda untuk membawa pulang GRO yang dilanggan," katanya.
Khairi berkata kes berkenaan disiasat di bawah Sekyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen.

Kereta Dirempuh Keretapi, Kanak-Kanak Parah


Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 1:30 PM
Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaikinya dilanggar keretapi penumpang di Kg Mandahan, kira-kira 23 kilometer dari pekan Papar, dekat sini, Rabu.
Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan satu tahun itu kini dirawat di  hospital.
Bagaimanapun, identiti kanak-kanak berkenaan serta dua lagi individu di atas kenderaan pacuan empat roda itu belum dikenal pasti.
Ketua Balai Bomba Papar Penolong Penguasa Dunstan Peter berkata ketika kejadian keretapi berkenaan dalam perjalanan dari Papar ke Beaufort namun belum ada penjelasan bagaimana kejadian itu berlaku.
Katanya pihaknya menghantar empat anggota ke lokasi selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 9.22 pagi.

Mayat Lelaki Terapung Di Lombong


Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 10:53 AM

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki berusia 39 tahun ditemui di dalam sebuah lombong berhampiran kawasan perumahan Condominium Lake Edge di Puchong dekat sini, Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razimi Ahmad berkata mayat Mohd Radzuan Ghazali ditemui terapung pada pukul 3 petang semalam oleh orang ramai.
"Tiada kesan kes kecederaan dijumpai pada badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anggota keluarga atau waris mangsa diminta menghubungi Balai Polis Puchong Jaya di talian 03-8076 2222.

Pembantu Rumah Dedah Bekas Majikan Sentiasa Perhatikan Gerak-Gerinya


Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 6:51 PM
Thelma Oyasan Gawidan.

SINGAPURA: Bekas majikan seorang pembantu rumah warga Filipina yang dibiarkan kelaparan selama 15 bulan, sentiasa memerhati setiap gerak-gerinya dan tidak membenarkan mangsa bercakap dengan sesiapa.
Akibat perlakuan kejam itu, mangsa yang dikenali sebagai Thelma Oyasan Gawidan, 40, mengalami susut berat badan yang mendadak iaitu dari 49kg ke 29kg.
Ketika memberi keterangan di hari kedua pada Selasa, Gawidan mendakwa hanya makan mi segera dan roti kosong dua kali sehari.
Malah, dia turut tidak dibenarkan keluar rumah dengan sendiri dan tidak diberikan cuti rehat.
Gawidan juga berkata dia tidak menerima gaji bulanan manakala telefon bimbitnya disembunyikan pasangan suami isteri, Lim Choon Hong dan Chong Sui Foon, masing-masing berusia 47 tahun dari Januari 2013 hingga April tahun lalu.
Pasangan warga Singapura itu dibicarakan di mahkamah kerana gagal menyediakan makanan mencukupi kepada Gawidan.
Lim menghadapi satu tuduhan melanggar Peraturan Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Permit Kerja) 2012.
Chong pula berdepan tuduhan bersubahat dengan Lim dalam melakukan kesalahan itu.
Gawidan memberitahu mahkamah bahawa dia dibenarkan menggunakan tandas di kondominium milik Lim di Orchard.
Namun selepas beberapa bulan, dia hanya dibenarkan menggunakan tandas awam bersebelahan dengan kolam renang.
"Walaupun saya ada kalanya terdesak menggunakan tandas, dia (Chong) akan menyuruh saya untuk menunggu dan akan menemani saya," katanya.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Tan Soo Tet sama ada dia hanya membeli makanan untuk diri sendiri, Gawidan berkata gaji bulanannya telah ditahan pasangan suami isteri itu.
Menurut Gawidan, majikan itu memberitahu bahawa mereka menyimpan gaji bulanan tersebut untuknya.
Dia hanya menerima elaun $500 semasa bekerja dengan keluarga itu.
Ketika ditanya mengapa dia tidak memberitahu sesiapa sahaja mengenai layanan buruk keluarga itu terhadapnya, Gawidan berkata." Saya takut dengan mereka (Lim dan Chong). Saya tidak berani.
"Mereka sentiasa memerhatikan gerak-geri saya di dalam rumah. Mereka sentiasa mengawal saya sekiranya saya ada membuat kesilapan," katanya.
Pada 18 April tahun lalu, Gawidan tidak tahan lagi dengan sikap buruk majikannya itu lalu mendapatkan perlindungan di tempat perlindungan yang dikendalikan Pertubuhan Kemanusiaan Ekonomi Migrant.

Masjid upah pengawal bersenjata di AS

SELASA, 15 DISEMBER 2015 @ 10:35 AM

POLIS meningkatkan keselamatan di luar Pusat Islam Dar Al-Hijrah, Virginia, minggu lalu. - Foto Reuters

WASHINGTON: Masjid di seluruh Amerika Syarikat meningkatkan langkah keselamatan termasuk mengupah pengawal bersenjata berikutan kebimbangan mengenai tindak balas dendam rakyat negara itu. Kebimbangan keselamatan yang semakin mendalam seperti digambarkan pemimpin Islam Amerika Syarikat dan langkah yang diambil menunjukkan keresahan penduduk awam mengenai serangan diilhamkan militan kumpulan Negara Islam (IS) selepas serangan di Paris dan San Bernardino, California. Desakan calon presiden Republikan, Donald Trump, supaya melarang umat Islam memasuki Amerika cuma menambahkan kerisauan mengenai serangan anti-Islam di masjid dan pusat komuniti. Sekurang-kurangnya dua masjid, satu di Phoenix dan satu lagi di pinggir Virginia, bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Negara untuk memeriksa keselamatan yang diberikan pihak pengurusan kepada jemaah sejak beberapa minggu ini. Sementara yang lain dilaporkan mengambil pelbagai langkah termasuk mengupah pengawal bersenjata, kerana bimbang masjid menjadi sasaran serangan. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105244

Jerebu tahap bahaya di Shanghai

SELASA, 15 DISEMBER 2015 @ 4:25 PM

 KEADAAN jerebu di bandar raya metropolis Shanghai yang mencatat tahap bahaya, hari ini. - Foto REUTERS

 SHANGHAI: Selepas ibu kota China, kini giliran bandar raya metropolis Shanghai, berdepan jerebu berbahaya, yang mencapai tahap tertinggi hari ini. Berikutan itu, pihak berkuasa mengehadkan rutin kerja di lokasi pembinaan dan kilang. Jerebu tebal menyelubungi Shanghai beberapa hari sebelum bandar raya berkenaan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Internet Sedunia, yang turut memasukkan ucapan Presiden Xi Jinping. Hari ini, jarak penglihatan di bandar raya lebih 20 juta penduduk itu terhad dan Indeks Kualiti Udara (AQI) melebihi 300, paras dianggap bahaya. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105347

Jerebu tahap bahaya di Shanghai

SELASA, 15 DISEMBER 2015 @ 4:25 PM

 KEADAAN jerebu di bandar raya metropolis Shanghai yang mencatat tahap bahaya, hari ini. - Foto REUTERS


SHANGHAI: Selepas ibu kota China, kini giliran bandar raya metropolis Shanghai, berdepan jerebu berbahaya, yang mencapai tahap tertinggi hari ini. Berikutan itu, pihak berkuasa mengehadkan rutin kerja di lokasi pembinaan dan kilang. Jerebu tebal menyelubungi Shanghai beberapa hari sebelum bandar raya berkenaan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Internet Sedunia, yang turut memasukkan ucapan Presiden Xi Jinping. Hari ini, jarak penglihatan di bandar raya lebih 20 juta penduduk itu terhad dan Indeks Kualiti Udara (AQI) melebihi 300, paras dianggap bahaya. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105347

17 mayat ditemui dalam gaung

RABU, 16 DISEMBER 2015 @ 8:01 AM

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico menemui sekurang-kurangnya 17 mayat dalam gaung di wilayah Guerrero. Pegawai dari pejabat peguam negara, berkata sembilan mayat dalam keadaan sempurna dan lapan lagi hangus separuh akibat terbakar. Mayat berkenaan ditemui penduduk di antara 8 Disember dan 11 Disember lalu di perkampungan Chichihualco. Mayat terbabit ditemui atas maklumat yang tidak diketahui sumbernya. Semua identiti mayat, sama ada umur dan jantina mereka tidak dapat dipastikan. Pegawai itu juga tidak dapat memberi butiran mengenai berapa lama mereka sudah mati. Sementara itu, media Mexico melaporkan, mayat ditemui tersembunyi di belakang batu dan semak di bawah gaung. Penyiasat sudah mengambil sampel DNA daripada 639 orang yang kehilangan saudara-mara di wilayah itu. Wilayah Guerrero dicemari keganasan membabitkan kartel dadah kerana mereka menanam pokok popi di kawasan pergunungan terpencil dan bersaing bagi merebut laluan pengedaran heroin. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105495

Bekas Presiden Honduras mengaku tidak bersalah kes rasuah FIFA

RABU, 16 DISEMBER 2015 @ 8:25 AM

BEKAS Presiden Honduras, Rafael Callejas. - Foto AP

NEW YORK: Bekas Presiden Honduras, Rafael Callejas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Persekutuan, di sini atas tuduhan skandal rasuah yang menghimpit Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Callejas, yang menjadi Presiden Honduras dari 1990 hingga 1994 dan Presiden persekutuan bola sepak negara itu sehingga Ogos tahun ini, didakwa atas lapan tuduhan penipuan dan pengubahan wang haram. Callejas, 72, ahli Jawatankuasa Televisyen dan Pemasaran FIFA, ditahan untuk disoal siasat. Beliau didakwa menerima rasuah AS$1.6 juta di antara Mac 2011 dan Januari 2013 bagi hak penyiaran yang membabitkan perlawanan pasukan Honduras. Pada awal bulan ini, pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa Callejas dan 15 yang lain, sama ada masih menjadi pegawai atau bekas pegawai bola sepak dari Amerika Latin membabitkan kes penyelewengan, kebanyakannya rasuah berkaitan hak televisyen dan pemasaran perlawanan FIFA terutama di Amerika Latin. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105499

Remaja AS bersalah bunuh guru matematik

RABU, 16 DISEMBER 2015 @ 8:55 AM

DIANNA Chism,(tengah), ibu Philip Chism,mendengar keputusan perbicaraan di mahkamah. - Foto AP

SALEM: Seorang remaja didapati bersalah, semalam kerana merogol dan membunuh guru matematik sebuah sekolah tinggi di negeri Massachusetts ketika berusia 14 tahun. Philip Chism, 16, dikatakan mengekori guru algebra gred 9, Colleen Ritzer ke bilik mandi sekolah dan kemudiannya mencekik, menikam sekurang-kurangnya 16 kali dan merogolnya. Chism disabitkan merogol Ritzer di dalam bilik air tetapi dibebaskan daripada tuduhan rogol kedua yang dilakukan menggunakan dahan pokok di hutan berhampiran sekolah, lokasi Chism menyembunyikan mayat. Beliau juga disabitkan kesalahan rompakan bersenjata kerana mencuri kad kredit Ritzer dan seluar dalam mangsa. Ketika perbicaraan, peguamnya mengakui Chism membunuh Ritzer, tetapi berkata, beliau menghidap penyakit mental yang teruk. Seorang pakar psikiatri yang memberi keterangan pembelaan berkata, Chism mendengar 'suara' dan berada dalam keadaan psikotik ketika membunuh Ritzer. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105511

Lagi suspek serangan Paris ditahan

RABU, 16 DISEMBER 2015 @ 9:42 AM

 DATUK Bandar, Jacques-Alain Benisti. PARIS: Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan di Paris berikutan serangan bulan lalu di kota itu yang menyebabkan 130 orang mati, kata sumber kehakiman. Siasatan itu membabitkan 2,700 serbuan polis dan 360 orang diletakkan di bawah tahanan rumah sejak serangan oleh militan kumpulan Negara Islam (IS), yang mencetuskan darurat di seluruh negara berkenaan. Sumber yang rapat dengan kes itu berkata, lelaki yang ditahan semalam akan disoal siasat mengenai kaitannya dengan seorang lagi lelaki yang dipercayai sudah ke Syria dan penting dalam siasatan polis susulan serangan 13 November lalu. Suspek tinggal di kawasan perumahan di pinggir kota Paris, dekat timur Villiers-sur-Marne. Datuk Bandar, Jacques-Alain Benisti, berkata lelaki itu tinggal bersama ibunya dan mempunyai pekerjaan. Sumber yang rapat dengan Datuk Bandar berkata, suspek sering mengunjungi bilik sembahyang yang diselenggarakan masyarakat etnik Tamil. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105519

Paderi warga Kanada dipenjara seumur hidup

RABU, 16 DISEMBER 2015 @ 12:23 PM

 PADERI di gereja Light Korean Presbyterian Toronto, Hyeon Soo Lim - Foto Reuters

PYONGYANG: Seorang paderi warga Kanada dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Korea Utara atas kesalahan yang disifatkan sebagai jenayah terhadap negara itu. Paderi di gereja Light Korean Presbyterian Toronto, Hyeon Soo Lim, dijatuhi hukuman itu selepas perbicaraan ringkas di Mahkamah Agung negara komunis berkenaan, hari ini. Tiada maklumat lanjut berhubung kes itu setakat ini. Saudara terdekat Lim berkata, beliau mengembara ke Korea Utara pada 31 Januari lalu sebagai sebahagian daripada misi kemanusiaan membabitkan rumah penjagaan, taman asuhan kanak-kanak dan rumah anak yatim. Mereka berkata, Lim yang berusia awal 60-an, telah lebih 100 kali ke Korea Utara sejak tahun 1997. Perjalanan itu bertujuan membantu mereka yang memerlukan dan bukan berlandaskan politik. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105545

Ancaman bom, senapang palsu, 1,000 sekolah ditutup

DUNIA RABU, 16 DISEMBER 2015 @ 12:46 PM

TANDA mengumumkan tiada sekolah di gambarkan pada Sekolah di Aldama, Highland Park di Los Angeles, California. - Foto REUTERS

LOS ANGELES: Lebih 1,000 sekolah awam di sini, ditutup semalam selepas menerima ancaman bom dan senapang palsu menyebabkan ratusan ribu pelajar bergegas pulang ke rumah. Bagaimanapun, pihak berkuasa dikritik hebat kerana disifatkan bertindak melampau ke atas ugutan palsu itu. Menurut pihak berkuasa, ancaman melalui e-mel itu disalurkan melalui Jerman tetapi mungkin berasal dari dalam negara. Ia dilancarkan hampir dua minggu selepas pasangan suami isteri yang dipengaruhi kumpulan militan IS membunuh 14 orang dan mencederakan 22 yang lain di bangunan pejabat daerah di San Bernardino. "Berdasarkan keadaan semasa, saya tidak boleh memandang ringan situasi itu," kata Penguasa Sekolah Los Angeles, Ramon Cortines dalam satu sidang akhbar. Menurutnya, semua sekolah di Daerah Los Angeles Unified dijangka dibuka semula, esok. Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti menyokong keputusan itu. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105560

Lelaki Pakistan berselfie maut dilanggar kereta api

RABU, 16 DISEMBER 2015 @ 12:32 AM

PENUMPANG menaiki kereta api di bandar Rawalpindi.

ISLAMABAD: Seorang lelaki Pakistan terbunuh selepas dilanggar kereta api ketika cuba mengambil gambar 'selfie' berlatar belakangkan tren, di bandar Rawalpindi, hari ini. Mengikut pihak berkuasa, Jamshed Khan, 22, yang juga seorang pekerja jabatan kereta api merakamkan gambar itu menggunakan telefon miliknya dengan berdiri atas landasan di depan kereta api yang bergerak laju. "Jamshed Khan, seorang penduduk kawasan Dhok Ratta di bandar Rawalpindi maut selepas dilanggar kereta api ketika mengambil gambar selfie di depan tren," kata pegawai kanan jabatan penyelamat, Deeba Shahnaz. "Dia terbunuh di tempat kejadian," tambahnya. Seorang anggota polis di balai polis tempatan mengesahkan kematian itu tetapi berkata bapa Khan tidak mahu mengaku anaknya mati ketika mengambil gambar selfie. "Bapa Jamshed Khan, Muhammad Pervez dalam kenyataan berkata, anaknya mati dalam kemalangan ketika melintasi landasan," kata polis itu sambil menambah Khan adalah seorang pembantu jabatan kereta api. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105468

Padah rogol sepupu sendiri


Tertuduh dipenjara 24 tahun dan enam sebatan selepas didapati bersalah merogol sepupunya semalam.
KUALA TERENGGANU - Perbuatan kejam seorang lelaki yang tergamak merogol sepupunya yang baru berusia lima tahun menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dikenakan enam sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.
Tertuduh berusia 33 tahun dari Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, Marang, dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol mangsa iaitu satu kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia lima tahun 11 bulan di kawasan semak berhampiran rumah Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, Marang, pada sekitar Mac 2002.
Manakala mengikut pertuduhan kedua pula, tertuduh  didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun sebulan di sebuah ladang kelapa sawit, Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, Marang, pada sekitar Mei 2007.
Dengan itu, bagi setiap pertuduhan, dia berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan kesemua hukuman berjalan secara berasingan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zarina Awang.
Selain itu, tertuduh juga didapati bersalah atas pertuduhan telah melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki sebuah rumah di Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, pada Febuari 2011.
Bagi kesalahan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu, Murtazadi menjatuhkan hukuman penjara setahun yang berkuat kuasa semalam.
Berdasarkan fakta kes, mangsa tidak mengetahui perbuatan tertuduh terhadapnya sejak berusia lima tahun itu adalah salah kerana ketika itu dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
Dalam masa sama, tertuduh turut mengugut agar mangsa tidak memberitahu kepada sesiapa tentang perbuatannya itu menyebabkan mangsa semakin takut dan hanya mendiamkan diri sahaja.
Jadi, sepanjang tempoh menjadi hamba nafsu tertuduh itu, mangsa hanya memendamkan sahaja sehinggalah dia mendengar ceramah tentang seksual ini yang diadakan di sekolahnya ketika berusia 15 tahun (tingkatan 3).
Sejurus mengetahui yang dia telah dirogol, mangsa memberanikan diri menceritakan tentang kejadian yang menimpanya kepada kawan-kawan rapat sebelum mengambil keputusan memberitahu kepada ibunya.

Polis tahan dua lelaki curi kabel di Taiping


TAIPING - Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas kabel dianggar bernilai RM1,000 yang dipercayai dicuri, dalam operasi cegah jenayah di Jalan Kampung Benggali, Pokok Assam, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah berkata, kedua-dua lelaki itu menaiki motosikal ditahan pada pukul 11 pagi dalam keadaan mencurigakan sambil membawa dua guni berwarna putih.
"Ketika kedua-dua suspek berusia 38 dan 33 tahun itu ditahan, berlaku pergelutan, bagaimanapun mereka berjaya ditahan dan hasil siasatan polis menemui kabel yang telah dibakar seberat 50 kilogram berharga kira-kira RM1,000 di dalam kedua-dua guni itu," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata pihaknya mendapati lelaki berusia 38 tahun berasal dari Kampung Kurnia Jaya, Kamunting itu mempunyai empat rekod kesalahan jenayah manakala lelaki berusia 33 tahun berasal dari Taman Pengkalan Ayu, Simpang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Harith berkata, motosikal yang digunakan itu tidak mempunyai sebarang rekod dan turut dirampas untuk siasatan lanjut.
"Hasil ujian air kencing kedua-dua positif dadah jenis morphine dan ini disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya.
Polis juga percaya dengan penahanan dua lelaki berkenaan, sebanyak 12 kes kecurian kabel milik Telekom Malaysia dan wayar elektrik di rumah dalam pembinaan dan rumah kosong di kawasan Simpang dan Kamunting selesai, katanya.  – Bernama

Pura-pura alim sebelum mencuri


Omar Bakhtiar (dua, kiri) menunjukkan barang yang dirampas daripada suspek.
BAGAN SERAI - Seorang lelaki yang terkenal dengan gelaran lotong kerana tabiat suka mencuri akhirnya berjaya dicekup di rumahnya di Jalan Baru, Alor Pongsu, di sini, 13 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dua wanita melaporkan beg tangan mereka dicuri sewaktu solat dalam dua kejadian berasingan di Masjid Jamek Tebuk Panchur dan Masjid Jamek Masjid Tinggi, 3 Oktober dan 8 Disember lalu.
"Susulan laporan itu, polis menubuhkan pasukan task force bagi menyelesaikan kes berkenaan.
"Hasil maklumat awam, sepasukan task force diketuai Ketua Balai Polis Bagan Serai, Inspektor Azhazarul Khairi Ab Hamid menyerbu rumah suspek kira-kira jam 7 pagi, 13 Disember lalu," katanya kepada pemberita pada sidang media di IPD Kerian, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik; Pegawai Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kerian, Inspektor Marzuki Mat; Pegawai Risikan dan Operasi Narkotik Kerian, Inspektor Hayat Eree.
Omar Bakhtiar berkata, hasil pemeriksaan di rumah terbabit, polis berjaya menahan suspek dan menemui sebuah beg tangan wanita mengandungi kad pengenalan, kad bank, buku bank, kad pesara kerajaan, dompet, loket serta seutas gelang emas dalam bilik tidur lelaki berusia 28 tahun itu.
"Kita turut menemui kerambit yang disembunyikan dalam beg tangan itu dipercayai digunakan suspek untuk aktiviti jenayah," katanya.
Beliau berkata, suspek mengaku melakukan dua kecurian itu secara bersendirian.
"Modus operandi suspek adalah singgah di mana-mana masjid dan berpura-pura alim sebelum mengambil kesempatan mencuri barang jemaah wanita ketika mangsa solat.
"Suspek turut mempunyai empat kes jenayah lampau melibatkan kes curi dan tiga kes salah guna dadah serta sudah menjalani hukuman penjara sebelum ini," katanya.
Menurutnya, pihaknya percaya dapat menyelesaikan beberapa kes berkaitan susulan penahanan suspek.
Katanya, suspek yang positif dadah direman empat hari sementara menunggu siasatan selesai.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana melakukan kegiatan curi dalam bangunan.

Vape: Individu pertama didakwa di mahkamah


Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah.
KOTA BHARU - Seorang peniaga berusia 27 tahun menjadi individu pertama di Kelantan dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu berhubung kesalahan membabitkan penjualan cecair rokok elektronik atau vape.
Tertuduh yang berasal dari Kampung Pulau Semut Limbat, di sini, Muhd Azahar Safie, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.
Prosiding dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias di hadapan Majistret, Mohamad Nasruddin Mohamed.
Mengikut pertuduhan yang dikemukakan, dia didakwa tanpa diberi sebarang kuasa atau kebenaran, memiliki cecair racun jenis nikotin sebanyak 518 mililiter (ml) di sebuah premis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, di sini, pada jam 11.15 malam, 5 November lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) akta sama.
Sabit kesalahan mengikut seksyen berkenaan, tertuduh boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.
Susulan penafian tertuduh, kes kemudiannya ditangguhkan ke tarikh sebutan semula pada 14 Januari depan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000.
Dalam serbuan lalu, pihak berkuasa merampas pelbagai perisa cecair vape termasuk kiwi, mangga, sitrus dan pelbagai lagi kerana dipercayai mengandungi racun jenis nikotin yang menyalahi undang-undang.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa penjual serta pengguna vape yang menggunakan perisa mengandungi nikotin akan berdepan dengan tindakan penguatkuasaan undang-undang mengikut Akta Racun 1952.

Polis kesan pelakon wanita Australia


KUALA LUMPUR - Polis mengesan seorang pelakon wanita Australia, Eliza Szonert yang didakwa melarikan anak lelakinya daripada bekas suaminya, Ashley Crick di sebuah restoran di sini, Khamis lalu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, wanita berkenaan berjanji mahu tampil berjumpa dengan polis, semalam, namun dia tidak hadir.
“Kita dapat cari dia dalam masa terdekat ini, dalam masa yang sama kita mahu dia tampil untuk membantu siasatan. Wanita itu dipercayai masih berada di Malaysia.
“Kita dimaklumkan, kedua-dua pihak mempunyai hak penjagaan anak, namun kita mahu menyiasat mana satu kenyataan yang betul, setakat ini kita telah merakam keterangan Crick,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat kes pelakon Australia larikan anak]
Dalam kenyataannya sebelum ini, pihaknya percaya kes ini lebih menjurus kepada konflik keluarga.
Sebuah portal berita yang memetik laporan The Sydney Morning Herald mendedahkan Szonert ditemani dua lelaki ke sebuah restoran di sebuah pusat membeli belah tersebut, menemui Crick sebelum melarikan anak lelakinya.
Laporan itu menyebut Szonert datang ke Malaysia bersama anaknya untuk tinggal bersama Crick yang menetap dan bekerja di Malaysia, sebelum berlaku pertelingkahan antara mereka.
Szonert difahamkan masih gagal pulang ke Australia bersama anak lelakinya kerana Crick dipercayai menyimpan pasport bekas isterinya itu.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan anak

Taufan Melor landa Sabah hingga Ahad


KUALA LUMPUR - Ribut taufan Melor atau dikenali juga sebagai Taufan Nona yang melanda Filipina semalam akan turut membawa angin kencang dan hujan lebat ke Sabah khusus di kawasan Pantai Barat, Kudat, Pedalaman dan Labuan.
Timbalan Ketua Pengarah Iklim dan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari berkata keadaan itu dijangka berterusan sehingga Ahad ini yang sekali gus boleh menyebabkan banjir kilat.
"Diramalkan banjir kilat akan berlaku disebabkan hujan lebat dan bukannya banjir musim tengkujuh akibat musim monsun timur laut yang berlaku ketika ini," katanya.
Beliau berkata ribut tersebut yang memulakan masa pencerapannya pada 8 pagi tadi telah bergerak ke arah barat pada kelajuan 15 kilometer sejam (kmsj) dengan jarak dari bandar terdekat kira-kira 869 kilometer ke timur laut Pitas, Sabah.
"Hari ini merupakan kategori pertama pembawaan angin itu ke Sabah dan dijangka akan berlaku kategori kedua esok dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dan berkelajuan antara 50-60 kmsj ," katanya ketika dihubungi Bernama. 
Bagaimanapun Alui berkata keadaan angin ribut yang dibawa tidak akan menjejaskan penduduk dan kawasan sekitar kerana ia masih dalam kategori sederhana dan tidak membahayakan.
"Sehubungan itu penduduk dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di laut sebagai langkah berjaga-jaga kerana ia bergantung pada tahap kelajuan taufan itu membawa angin dengan jangkaan kesan daripada ribut itu masih jauh," katanya.
Beliau berkata pihaknya kini masih memantau pergerakan taufan berkenaan yang menghala ke arah barat dan menjangkakan hujan lebat di kawasan terbabit akan berlaku pada Khamis dan Jumaat ini disebabkan tempias angin ribut tersebut.
"Kebiasaannya kami mendapatkan kemas kini maklumat berkenaan ribut taufan ini dari Filipina enam jam setiap hari dan ia bergantung kepada tahap cuaca, iklim dan keadaan semasa di sana," katanya.
Semalam agensi berita Xinhua yang memetik ramalan cuaca daripada pihak Filipina melaporkan lebih 161,000 keluarga atau kira-kira 725,000 penduduk  telah dipindahkan di tiga wilayah di timur dan kawasan tengah Filipina bagi mengelak ancaman ombak besar, banjir dan tanah runtuh ekoran Taufan Melor yang melanda negara itu.
Taufan Melor yang melanda Pulau Batag, selatan Samar pada pukul 11 pagi Isnin itu dijangka membuat pendaratan kedua di wilayah Sorsogon pada hari berikut. - Bernama

Mangsa banjir di Meru makin bertambah


Keadaan jalan raya yang masih ditenggelami air. – Foto Sinar Harian oleh NOR AZIHAN MD GHAZALI

KLANG - Mangsa banjir bertambah masuk hari kedua apabila seramai 67 orang melibatkan 21 keluarga lagu dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir di Sekolah kebangsaan Abdul Samad, Kapar dan dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Athan berkata, jumlah keseluruhan mangsa banjir kini adalah seramai 283 orang melibatkan 70 keluarga  ditempatkan di dua pusat pemindahan berkenaan.
Menurutnya, seramai enam orang melibatkan lima keluarga dipindahkan ke SK Abdul Samad menjadikan angka keseluruhannya kini 64 orang melibatkan tujuh keluarga.
"Di dewan Merak, SMK Meru pula, sejumlah 61 orang melibatkan 16 keluarga ditempatkan di dewan itu menjadikan angka keseluruhannya, 172 orang melibatkan 43 keluarga.
"Jumlah keseluruhan ini dicatatkan sehingga jam 4 petang semalam," katanya kepada Sinar Harian ketika turut melawat mangsa banjir di dewan Merak, SMK Meru, petang tadi.
Sementara itu, katanya, pusat pemindahan mangsa banjir di dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Kampung Kuantan ditutup secara rasmi selepas air di kawasan kediaman mangsa beransur surut.
Zaidi berkata, pusat pemindahan itu ditutup sekitar jam 3.30 petang dan semua mangsa dibenarkan pulang
.

Remaja terencat akal dirogol pekerja bapa


Pekerja ladang warga Thailand dihukum penjara 14 tahun dan dikenakan lima sebatan.
KOTA BHARU - Seorang pekerja ladang warga Thailand dihukum penjara 14 tahun dan dikenakan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana merogol remaja juga orang kelainan upaya (OKU).
Hukuman terhadap Mahadu Lukanu, 31, diputuskan hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh didapati bersalah diakhir kes pembelaan.
Tertuduh didakwa merogol remaja terencat akal berusia 13 tahun yang juga anak majikannya itu antara Ogos dan 27 November 2013 di Kampung Sri Jaya Kemubu, Dabong, Kuala Krai.
Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun, maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat.
Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam, Latifah Ariffin merayu bagi pihak anak guamnya itu agar dikenakan hukuman ringan kerana insaf dan menyesali perbuatan berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, Nurliyana Md Zukri yang mengendalikan kes bagi pihak TPR Nordalina Ali memohon hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada mangsa dan orang lain selain mengambil kira keadaan mangsa yang terencat dan diambil kesempatan oleh tertuduh.