Search This Blog

Tuesday, December 15, 2015

700,000 dipindahkan

Seorang penduduk berlari meredah ombak kuat yang membadai kawasan
Seorang penduduk berlari meredah ombak kuat yang membadai kawasan pesisir pantai berhampiran bandar Lesgaspi di wilayah Albay, wilayah tengah Filipina, semalam. AFP
15 Disember 2015 1:03 AM

MANILA, 14 Dis. - Lebih 700,000 orang penduduk di wilayah tengah Filipina, hari ini terpaksa berpindah selepas kawasan itu berhadapan ancaman ombak besar, banjir dan tanah runtuh akibat Taufan Melor.
Biro Kaji Cuaca Kebangsaan melaporkan, angin kencang selaju 185 kilometer sejam membadai kawasan utara wilayah Samar yang juga merupakan sebuah pulau pertanian dengan 1.5 juta penduduk awal pagi ini.
Menurut biro tersebut, bagai-manapun setakat ini tiada kecede-raan atau kerosakan dilaporkan.
Bandar Samar merupakan kawasan yang sama terjejas teruk akibat Taufan Haiyan pada 2013 sehingga menyebabkan lebih 7,350 orang terkorban.
Pihak berkuasa Filipina memberi amaran Taufan Melor berpotensi membawa ombak setinggi empat meter yang mampu merosakkan rumah-rumah, manakala hujan lebat di kawasan sekitar 300 kilometer daripada taufan pula dijangka mencetuskan banjir besar dan kejadian tanah runtuh.
“Menurut pemantauan pejabat bencana negara, di wilayah Albay sahaja, hampir 600,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan berikutan kebimbangan hujan lebat yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit berhampiran Gunung Berapi Mayon.
“Kerajaan telah menyediakan lebih 200,000 pek makanan dan peralatan kecemasan yang lain kepada penduduk yang berdepan kejadian ribut,” kata Setiausaha Kebajikan Sosial, Corazon Soliman kepada stesen radio DZMM.
Sebanyak 130,000 orang lagi turut dipindahkan di kawasan berdekatan wilayah Sorsogon, apabila taufan dijangka merentasi kawasan utama di tengah negara ini awal pagi esok, sebelum bergerak menuju ke Laut China Selatan di bahagian barat. – AFP

Isteri Pengganas Dihukum Penjara Enam Bulan Beri Perlindungan Kepada Suami


Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 11:53 AM

KUALA LUMPUR: Seorang kerani dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana melindungi suaminya yang diketahuinya seorang pengganas Negara Islam.

Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Poziah Harun, 42, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu pada Selasa.

Tak sedar kepala kena tikam dengan pisau

Tak sedar kepala kena tikam dengan pisau
Tak sedar kepala kena tikam dengan pisau
WARTAWAN SINAR HARIAN

 PETROPAVLOVSK - KAZAKHSTAN. Seorang lelaki tidak menyedari kepalanya ditusuk sebilah pisau oleh seorang perompak yang cuba merompak sebuah hotel tempatnya bekerja.
Melalui rakaman CCTV, seorang lelaki dipercayai cuba merompak hotel berkenaan menikam mangsa yang duduk di ruangan tempat penyambut tetamu.
Walau bagaimanapun, mangsa langsung tidak menyedari dia ditikam lelaki berkenaan sehinggalah dia memengang kepalanya dan mendapati pisau tertusuk di kepalanya.
Mangsa dilihat cuba untuk menarik pisau tersebut namun gagal. Dia turut dilihat mengejar perompak walaupun pisau masih berada di kepalanya.
Memetik Mirror.uk, pisau tersebut dipercayai tertanam lebih 10 mm ke dalam kepala lelaki berkenaan dan mangsa menerima rawatan selama dua minggu di hospital.
Sementara itu, polis Petropavlovsk berkata, pihaknya telah berjaya menahan perompak berkenaan
.

Nahas Metrojet: Tiada unsur keganasan

Pasukan penyiasat Mesir menjalankan siasatan di lokasi nahas sebuah

15 Disember 2015 12:58 AM

Pasukan penyiasat Mesir menjalankan siasatan di lokasi nahas sebuah pesawat penumpang Metrojet milik Rusia di Semenanjung Sinai yang mengorbankan kesemua 224 penumpang dan anak kapal pada 31 Oktober lalu. Agensi
KAHERAH 14 Dis. – Laporan awal pihak berkuasa Mesir berhubung insiden sebuah pesawat penumpang Rusia yang terhempas di Semenanjung Sinai pada 31 Oktober lalu, menunjukkan tiada unsur-unsur keganasan atau perbuatan jenayah yang dikaitkan dengan kejadian itu.
Laporan yang disiarkan oleh Kementerian Penerbangan Awam Mesir tersebut, sekali gus menolak teori pesawat Metrojet itu terhempas akibat letupan bom yang diseludup masuk oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) seperti yang didakwa oleh Rusia dan pihak Barat.
Kementerian itu melalui satu kenyataan menjelaskan bahawa pihaknya telah melengkapkan laporan awal berhubung nahas yang mengorbankan 224 penumpang dan anak kapal pesawat Airbus 321 ketika dalam penerbangan dari pusat peranginan Sharm al-Sheikh di Sinai ke Saint Petersburg, Rusia.
“Jawatankuasa siasatan teknikal tidak menemukan sebarang petunjuk yang mengaitkan tindakan jenayah atau unsur keganasan dalam nahas tersebut,” jelas kenyataan terbabit.
Insiden itu menjejaskan industri pelancongan Mesir, satu daripada sektor penting ekonomi bagi negara ini. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nahas-metrojet-tiada-unsur-keganasan-1.169060#sthash.CVJmN4Q6.dpuf