Search This Blog

Monday, December 14, 2015

Jahit mayat dalam kotak

Mumbai: Mayat seorang artis terkenal dan peguamnya ditemui dalam keadaan tangan diikat dan separuh bogel di dalam parit di Kandivli, Mumbai.
Dua mayat itu dikenal pasti sebagai Hema Upadhyay, yang terkenal dengan karya fotografi serta arca dan peguamnya Harish Bhambhani.
Menurut sumber polis, kedua-dua mayat itu ditemui petang Sabtu (waktu tempatan) dalam kotak kadbod dan dipercayai dicekik.
“Kedua-dua mayat yang diikat dan dibungkus sebelum dijahit di dalam kotak itu, sudah dihantar untuk bedah siasat,” kata timbalan pesuruhjaya polis Dhananjay Kulkarni.
Mayat berkenaan dilaporkan tidak reput, seterusnya menimbulkan spekulasi dibunuh dua hari lalu.
Seorang tukang sapu menghubungi polis selepas menjumpai kotak berkenaan dalam parit berdekatan sebuah tempat pembakaran mayat di kawasan Dhanukar wadi.
Sementara itu, timbalan pesuruhjaya polis Vikram Deshmane berkata, pihaknya menyiasat kes itu, namun belum ada suspek dikenal pasti.
“Laporan bedah siasat akan mendedahkan punca kematian selain jika terdapat sebarang kesan kecederaan pada mayat.”
Hema pernah memenangi anugerah kerana hasil seninya, selain penerima biasiswa kebangsaan daripada kementerian sumber manusia. Karyanya pernah dipamerkan di peringkat antarabangsa, termasuk Muzium MACRO di Rom pada 2009.
Pembantu rumahnya Hemant Mandal membuat aduan polis pada Jumaat lalu selepas artis berusia 42 tahun itu tidak pulang ke rumah pada lewat malam.
Dia turut menghubungi saudara-mara dan rakan serta bekas suaminya Chintan di New Delhi.
“Hema ada menghubungi saya sekitar jam 6.30 petang pada Jumaat lalu supaya tidak menunggunya untuk makan kerana dia akan makan malam di luar,” kata Hemant.
Sementara itu, keluarga Harish, 65, turut memfailkan aduan kepada pihak polis selepas dia tidak pulang ke rumah.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2015 @ 5:02 AM


HEMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99991#sthash.jU1MDHJx.dpuf

Gunung Bromo hambur debu tebal ke udara

Jakarta: Gunung berapi Bromo di Jawa Timur yang kembali aktif tiba-tiba menghamburkan debu tebal setinggi 1.5 kilometer ke udara.
Gunung itu mula aktif baru-baru ini selepas kali terakhir meletus pada 2011.
Pegawai di pos pemantau, gunung Bromo, Subhan berkata, aktiviti gunung berapi itu semalam berubah sangat mendadak.
“Aktiviti gunung itu sebelum ini hanya mengeluarkan asap nipis ke udara dan letusan kecil.

“Bagaimanapun, semalam aktiviti gunung ini berubah mendadak dengan menghamburkan debu tebal tinggi ke udara,” katanya.
Menurutnya, pihaknya sudah melaporkan aktiviti gunung berapi itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Kami terus memantau keadaan ini kerana debu tebal yang berada di angkasa boleh mengganggu penerbangan,” jelasnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2015 @ 5:03 AM


GAMBAR menunjukkan gunung Bromo mengeluarkan debu tebal ke udara.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100002#sthash.m8L2h82k.dpuf

23 terbunuh

Peshawar (Pakistan): Sekurang-kurangnya 23 terbunuh manakala lebih 30 cedera apabila bom yang disorokkan dalam beg meletup di pasar yang dipenuhi orang ramai di daerah yang dikuasai puak Syiah, semalam.
Seorang pegawai polis yang enggan dikenali berkata, kejadian di pasar Eidgah di Parachinar itu mengorbankan sekurang-kurangnya 23 kematian dan jumlahnya dijangka meningkat.
Seorang doktor berkata: “Kami menerima 23 mayat dan 30 orang masih dirawat dengan lapan dalam keadaan kritikal. Lebih sedozen yang mengalami cedera ringan sudah dihantar pulang.”
Sementara itu, pegawai pentadbir daerah Kurram, Amjad Ali Khan mengesahkan kejadian itu dan jumlah kematian.

“Letupan berpunca daripada bahan letupan yang disorokkan dalam beg yang ditinggalkan di pasar berkenaan,” katanya.
Rakaman disiarkan televisyen tempatan menunjukkan orang ramai bertempiar lari manakala polis berusaha mengawal keadaan dan menutup laluan ke situ. Ambulans juga dilihat dikejarkan ke kawasan berkenaan.
Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, tetapi kawasan berkenaan banyak melihat pertelingkahan antara puak Syiah dan Sunni.
Jumlah keganasan di Pakistan meningkat pada tahun ini berikutan kebangkitan menentang ekstremis di seluruh negara dengan cara menghalang sumber pergerakan, komunikasi dan dana.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2015 @ 5:03 AM


ORANG ramai mengenal pasti barangan milik mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99998#sthash.4HWtbg3V.dpuf

Maut turun berat badan

Manila: Seorang peserta seni mempertahankan diri campuran (MMA) dari China, Yang Jian Bing meninggal dunia selepas pengsan akibat penyahhidratan serius ketika cuba menurunkan berat badannya.
Yang, 21, dilaporkan cuba menurunkan berat badannya supaya dia layak untuk menyertai kategori berat flyweight dalam pertandingan MMA yang berlangsung di sini.
Penganjur pertandingan itu, One Championship berkata, Yang disahkan meninggal dunia pada Jumaat lalu di sebuah hospital di sini akibat kegagalan jantung dan paru-paru berfungsi.
Dia meninggal dunia beberapa jam sebelum menyertai pertandingan berkenaan.
“Yang dimasukkan ke Hospital San Juan De Dios selepas tiba-tiba pengsan pada pagi Khamis lalu.
“Perlawanan Yang dengan seorang peserta Filipina dibatalkan selepas dia mengalami penyahhidratan serius kerana cuba menurunkan berat badannya,” kata penganjur dalam satu kenyataan.
Kata kenyataan itu, Yang disyaki pengsan akibat mengalami penyahhidratan dan strok haba, serta diberi rawatan intensif di hospital.
Pertandingan itu berlangsung seperti biasa pada Jumaat lalu dan dimulakan dengan acara bertafakur selama satu minit sebagai memperingati Yang.
Laman sesawang One Championship turut digelapkan dan tertera satu mesej: “Yang Jian Bing dalam ingatan (1994-2015)”
Ketua Eksekutif One Championship, Victor Cui dalam satu kenyataan berkata, semua keluarga One Championship bersedih dengan kematian tragik Yang.
“Kami sentiasa bersama keluarga mendiang bagi memberi semua bantuan yang diperlukan mereka bagi menghadapi situasi sukar ini,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2015 @ 5:03 AM


YANG
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100004#sthash.HpEhu4x1.dpuf

Anjing liar balas dendam rosakkan kereta

Shijiazhuang (China): Sekumpulan anjing liar bertindak membalas dendam dengan merosakkan kereta milik seorang lelaki yang menghalau haiwan itu dari tempat letak keretanya.
Kejadian berlaku di sebuah apartmen di sini apabila lelaki itu berang selepas mendapati ada sekumpulan anjing liar tidur di tempat letak keretanya.
Lelaki itu kemudian dilaporkan menendang dan menghalau anjing itu dari tempat letak keretanya.
Selepas meletakkan keretanya di parkir itu, lelaki berkenaan terus masuk ke dalam apartmennya.
Bagaimanapun, anjing liar yang dihalau lelaki itu kembali ke tempat letak kereta itu dan terus merosakkan kenderaan berkenaan.
Aksi kumpulan anjing liar mengerumuni kereta Volkswagen berkenaan berjaya dirakam seorang penduduk.
Dalam rakaman itu, seekor anjing dilihat menggigit bahagian badan kereta berkenaan sehingga kemek.
Seekor lagi anjing dilihat mematahkan pengelap cermin dan ada yang mencakar badan kereta itu sehingga calar. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2015 @ 5:04 AM

SEEKOR anjing dilihat menggigit badan kereta hingga kemek.

Helikopter Digunakan Krew MTV Terhempas, Dua Terbunuh


Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2015 11:06 AM

BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila sebuah helikopter yang digunakan oleh krew saluran televisyen MTV terhempas di barat Argentina pada Sabtu.
Menteri Keselamatan Wilayah Mendoza, Gianni Venier berkata, kejadian berlaku di lokasi yang terletak kira-kira 600 kilometer dari ibu negara, Buenos Aires.
"Bangkai pesawat telah ditemui, juruterbang dan jurutera helikopter dilapor terbunuh dalam kejadian itu.
"Tetapi belum dapat disahkan sama ada krew MTV turut berada di dalam pesawat ketika ia terhempas," jelasnya.
Pasukan penyelamat dikatakan menghadapi beberapa kesukaran untuk sampai ke kawasan bangkai pesawat bagi membuat pengesahan.
Kejadian pesawat terhempas melibatkan krew siaran televisyen adalah yang kedua berlaku pada tahun ini di Argentina selepas insiden sama menimpa krew program realiti TV Perancis pada Mac lalu.

Lelaki ditetak anak kenalan

WARTAWAN SINAR HARIAN
tetak

GEORGETOWN - Seorang lelaki warga Bangladesh parah ditetak oleh seorang lelaki yang juga anak kepada kenalannya dalam satu kejadian di Medan Renong, Jalan Tun Syed Barakbah, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, mangsa berusia 45 tahun itu terus dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas mengalami kecederaan serius dan menerima tujuh jahitan di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebaik menerima laporan kejadian berkenaan sepasukan anggota digegaskan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berkenaan bertindak demikian kerana berang apabila mengetahui mangsa menjalinkan hubungan dengan ibunya.
“Siasatan di tempat kejadian menemui sebilah parang yang disyaki digunakan suspek untuk menetak mangsa.
“Malah tidak sampai tujuh jam kejadian berkenaan berlaku polis berjaya memberkas suspek di sebuah rumah pangsa di Sungai Pinang kira-kira jam 3.20 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mior Farid berkata, pemeriksaan polis mendapati suspek yang berusia 24 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit kesalahan jenayah kekerasan.
Katanya, suspek yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan kini direman selama empat hari bagi siasatan lanjut.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan," katanya.

Bayi perempuan ditemui di tepi jalan

13 DISEMBER 2015

buang bayi

NILAI - Seorang penduduk menemui bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di tepi jalan berhampiran longkang di kawasan perumahan Taman Sri Pelangi, Mantin dekat sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira jam 6.40 pagi ketika wanita berusia 40-an berkenaan sedang berjalan kaki untuk pergi ke tempat kerja.
"Bayi yang diletakkan di atas batu itu dijumpai dalam keadaan sejuk dan hanya dibalut dengan tuala. Setakat ini kita masih belum dapat kenal pasti
bangsa bayi berkenaan.
"Bayi seberat 2.78 kilogram itu berkulit cerah dan tidak ada kesan cedera atau luka. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya di
sini, hari ini.
Menurut Zaldino, bayi itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang tahu mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

Lelaki bakar masjid didakwa

Carl James Dial Jr
Carl James Dial Jr
14 DISEMBER 2015

COACHELLA - CALIFORNIA . Seorang lelaki kulit putih berusia 23 tahun didakwa melakukan jenayah kebencian selepas dia membakar sebuah masjid di selatan California pada Jumaat.
Carl James Dial Jr ditahan kelmarin dan turut menghadapi tuduhan pecah rumah serta perbuatan khianat kerana membakar dengan sengaja Pusat Islam Palm Spring.
Masjid itu terletak kira-kira 120 kilometer dari tempat kejadian tembakan San Bernardino yang meragut 14 nyawa pada 2 Disember lalu.
Sementara itu, Datuk Bandar Coachella, Steven Hernandez menyifatkan serangan ke atas pusat Islam itu sebagai perbuatan vandalisme dan berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan tersebut.
"Ini adalah satu tindakan yang pengecut. Individu seperti ini tiada tempat dalam masyarakat di Coachella," katanya. - CB
S

Didakwa cuba gugur bayi guna penyangkut baju

Didakwa cuba gugur bayi guna penyangkut baju
Anna Yocca
WARTAWAN SINAR HARIAN
TENEESEE - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu didakwa atas tuduhan cuba menggugurkan kandungannya dengan menggunakan penyangkut baju.
Anna Yocca,31, cuba menggugurkan sendiri kandungannya dengan menggunakan penyangkut baju di dalam tab mandi yang dipenuhi air.
Namun Anna mengalami pendarahan teruk sehingga memaksa teman lelakinya membawanya ke hospital, lapor Daily News Journal.
Dia bagaimanapun berjaya melahirkan bayi berkenaan pada usia 24 minggu dengan berat 1.5 paun (0.68kg) di Murfreeboro, Tennessee.
Doktor memberitahu bayi berkenaan memerlukan rawatan sokongan sepanjang hidup kerana mengalami kecederaan kekal.

Hospital terbakar, 23 maut

Hospital terbakar, 23 maut
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam sisa kebakaran di sebuah psikiatri di Voronezh, semalam.
14 DISEMBER 2015

 MOSCOW - RUSIA . Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan dua lagi cedera, kebanyakannya pesakit dalam kebakaran di sebuah hospital psikiatri di Rusia, semalam.
Agensi berita RIA Novosti menyatakan, kebakaran berlaku kira-kira jam 1 pagi (waktu tempatan) di hospital yang terletak di Voronezh, di selatan bandar raya Moscow.
Insiden itu dilaporkan berlaku ketika kebanyakan pesakit sedang nyenyak tidur.
Jurucakap hospital memaklumkan, ketika kejadian terdapat kira-kira 70 pesakit termasuk empat kakitangan hospital berada dalam bangunan terbabit ketika api sedang marak.
"Dua daripada mangsa yang cedera meninggal dunia akibat kecederaan dalam perjalanan ke hospital," katanya.
Sementara itu, bomba memberitahu hospital itu musnah dalam kebakaran tersebut.
Punca kebakaran masih belum jelas, tetapi laporan awal menyatakan insiden berpunca daripada litar pintas. - R
T

Maut dilanggar bas semasa guna hoverboard

13 DISEMBER 2015

Nawaf Al-Tuwayan
Nawaf Al-Tuwayan
LONDON - BRITAIN . Seorang remaja berusia 15 tahun maut dilanggar sebuah bas ketika menggunakan hoverboard, menjadikan ia kes kematian pertama melibatkan peranti tersebut.
Laporan Dailymail berkata, Nawaf Al-Tuwayan dilanggar dan diseret hampir 200 meter ketika bermain hoverboard di Glacier Way Khamis lepas.
Seorang saksi memberitahu polis bahawa mangsa terjatuh sebelum dilanggar dan diseret.
"Saya jerit kepada mangsa, ada bas datang! Tetapi segalanya terlewat," kata Jeffery Mingle.
Menurut Jeffery, beliau kemudian mengejar bas tersebut selama 15 minit untuk menyedarkan pemandu bas tentang apa yang berlaku.
"Pemandu bas langsung tidak tahu yang beliau terlanggar seseorang.
"Saya dan pemandu bas kemudian cuba menarik mangsa dari bawah bas tetapi beliau sudah tidak bernyawa," tambah Jeffery.
Sementara itu, Pengarah Pengangkutan London, Mike Weston menyuarakan rasa simpati terhadap apa yang berlaku.
Kami sangat bersimpati kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang maut dalam kejadian itu," kata Mike dalam satu kenyataan.

Bayi baru lahir rentung, doktor selamatkan diri

14 DISEMBER 2015
Bayi baru lahir rentung
Ambulans yang dinaiki bayi lelaki bersama ibunya terbakar sebelum meletup

 THANE – INDIA. Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan rentung apabila ambulans yang dinaiki bersama ibunya terbakar sebelum meletup pada Khamis lalu, lapor Miror.co.uk.

Memetik laporan media tempatan, doktor dan jururawat yang berada di dalam ambulans itu bertindak melompat keluar dari ambulans sebelum letupan berlaku.
Kedua-duanya dikatakan panik dan melompat keluar selepas melihat percikan api tong gas oksigen.
Letupan yang berlaku di Vartak Nagar, Thane itu juga dilaporkan mencederakan ibu bayi malang itu.
Polis daerah Vartak Nagar telah memfailkan kejadian itu kepada Laporan Kematian Kemalangan dan turut menyiasat tugas doktor dan jururawat yang berada dalam ambulans berkenaan.
Kejadian itu berlaku ketika bayi lelaki dan ibunya itu dalam perjalanan ke hospital Vedant kerana komplikasi.
Ketua Polis, Santosh Kadam memberitahu The Free Press Journal, paramedik itu terjun dari ambulans meninggalkan bayi itu.
Doktor itu menerima 21 peratus kesan terbakar manakala jururawat itu pula tujuh peratus.
Kedua-duanya menerima rawatan di Hospiral Thane Civil.

Tebuk dinding kebas RM250,000



TIGA penjenayah memotong pintu besi stor sebelum menebuk dinding bilik simpanan wang pasar raya Mydin, Seremban dan melarikan wang tunai sebanyak RM250,000 semalam.


SEREMBAN – Tiga penjenayah melarikan wang tunai berjumlah RM250,000 selepas menebuk dinding bilik simpanan wang di pasar raya Mydin di Terminal 2, Era Square di sini semalam. Kejadian yang berlaku pada pukul 1.30 pagi itu bagaimanapun hanya disedari enam jam kemudian oleh seorang pengurus operasi pasar raya berkenaan yang tiba di lokasi tersebut untuk memulakan kerja.
Lelaki itu kemudian menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan mendapati suspek memotong pintu besi stor di pasar raya itu dengan pemotong besi sebelum menebuk dinding bilik simpanan wang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3uGvzRGXq 
Hakcipta terpelihara 

Lima keluarga nyaris maut



Keadaan di belakang rumah penduduk yang rosak teruk selepas dihempap tanah runtuh di Kampung Baru Pekan Salak, Sepang semalam.


SEPANG – Lima buah keluarga nyaris maut apabila bilik dan dapur rumah mereka rosak teruk selepas dihempap tanah runtuh ketika sedang nyenyak tidur di Kampung Baru Pekan Salak di sini semalam.
Kejadian pada pukul 5.30 pagi itu berlaku apabila lereng bukit di belakang rumah menggelongsor selepas berlaku pergerakan tanah akibat hujan lebat di kawasan berkenaan sejak kelmarin.
Seorang penduduk yang sedang tidur dilaporkan cedera ringan selepas terkena serpihan kayu dan batu yang jatuh di dalam biliknya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3uGvqwFjt 
Hakcipta terpelihara 

Penganggur hina kerabat Johor



KENYATAAN menghina kerabat Diraja Johor yang dipercayai dimuat naik seorang lelaki di laman sosial Facebook miliknya.


JOHOR BAHRU – Seorang penganggur ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes menghina kerabat Diraja Johor yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.
Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan polis di rumahnya di Larkin Jaya dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata, penahanan suspek yang tidak bekerja itu susulan satu laporan yang dibuat seorang individu pada 7 Disember lepas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3uGvbdrFq 
Hakcipta terpelihara 

Hasrat cari durian bertukar tragedi




MARUDI – Hasrat tiga remaja lelaki untuk mencari durian di dusun buah keluarga mereka bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas sampan dinaiki terbalik di Sungai Baram dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa, Gary Wang Ding, (gambar kecil), 17, berasal dari Long Kesseh, Baram dikatakan gagal menyelamatkan dirinya selepas dihanyutkan arus deras.
Menurut sumber, dua rakan mangsa pula berjaya menyelamatkan diri apabila mereka sempat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3uGvOOOx6 
Hakcipta terpelihara 

Nasib penganggur pinjam EX5



NOR AZIZIE dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam kerana tidak memulangkan semula motosikal EX5 kepada pemiliknya.


KOTA BHARU – Angan-angan seorang banduan untuk dibebaskan pada Jun tahun depan tidak menjadi kenyataan apabila Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhi hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan tidak memulangkan motosikal yang dipinjam daripada jirannya.
Lebih menyedihkan bagi kesalahan tidak memulangkan motosikal Honda EX5 kepada pemiliknya, Nor Azizie Che Mat, 31, turut dikenakan hukuman dua sebatan.
Majistret Mohd. Firdaus Zainal Abidin menjatuhi hukuman itu terhadap Nor Azizie selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tidak memulangkan motosikal yang dipinjamkan dibacakan ke atasnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3uGvFgZnZ 
Hakcipta terpelihara 

Polis tembak punggung lelaki


LELAKI berusia 43 tahun yang berjaya ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Keluru Jaya, Bekenu, Miri semalam.


MIRI – Seorang lelaki yang mengamuk selama hampir 31 jam akhirnya berjaya ditahan selepas ditembak polis pada punggung kanannya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Keluru Jaya, Bekenu, di sini semalam.
Drama kejadian amuk itu bermula Jumaat lalu apabila ibu suspek berusia 64 tahun membuat laporan di Balai Polis Bekenu di sini selepas anaknya tiba-tiba berkelakuan pelik dan bercakap seorang diri sambil memegang sebilah pisau.
Bimbang dengan keselamatan mereka, ibu serta ahli keluarga suspek berusia 43 tahun itu bertindak keluar dari rumah mereka bagi menyelamatkan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, susulan laporan itu sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri telah dikerahkan ke lokasi kejadian pada pukul 6 pagi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3uGv6HM9C 
Hakcipta terpelihara 

Akibat cinta: Pekerja Bangladesh ditetak anak kekasih


PULAU PINANG 13 Dis. – Akibat tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibunya sedang bercinta dengan seorang lelaki Bangladesh, seorang penganggur bertindak lu­ar batasan apabila menetak warga asing berkenaan.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam tadi di Medan Renong, Padang Kota di sini, suspek yang berusia 24 tahun dikatakan pergi ke tempat berkenaan untuk berjumpa mangsa yang sedang makan.
Menurut sumber polis, setiba­nya di tempat kejadian, suspek te­rus menyerang mangsa yang juga seorang pekerja kontrak.
“Lelaki Bangladesh itu cuba melarikan diri, namun terjatuh dan menyebabkan suspek me­netak mangsa dengan parang yang dibawa di bahagian kepala,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalalathrash Wahid berkata, suspek ditahan polis kira-kira lima jam selepas itu di sebuah rumah pangsa di Sungai Pinang.
Katanya, mangsa pula dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan menerima tujuh jahitan di bahagian kepala serta dilaporkan dalam keadaan stabil.
“Suspek telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan dan berdasarkan rekod lelaki itu mempunyai satu kesalahan berkaitan kekerasan,” katanya.
Beliau memberitahu, kes ber­kenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/akibat-cinta-pekerja-bangladesh-ditetak-anak-kekasih-1.168854#sthash.5Vv8X0gq.dpuf

Pemuda sertai Al-Qaeda 
rancang aktiviti keganasan?


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Polis tidak menolak kemungkinan pemuda berusia 19 tahun yang ditahan kerana mempunyai kaitan dengan pengganas Al-Qaeda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lalu, mampu melakukan tindakan keganasan yang mengejutkan dunia di negara ini.
Sumber berkata, pemuda yang ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman itu dianggap begitu berbahaya kerana mempunyai kepakaran khusus dalam aktiviti keganasan.
Kata sumber, pemuda terbabit boleh diibaratkan sebagai lone wolf kerana mampu bertindak bersendirian tanpa bantuan daripada anggota pengganas lain.
“Polis sedang menyiasat apa motif sebenar kepulangan remaja lelaki itu setelah dia ‘berguru’ bersama kumpulan gabungan Al-Qaeda di negara bergolak.
“Setakat ini, polis difahamkan dia kembali ke negara ini kerana dokumen perjalanannya telah tamat tempoh tetapi adalah tidak mustahil dia merancang untuk melakukan perkara di luar jangkaan malah mengejutkan ramai pihak di negara ini,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan pemuda terbabit sekembalinya dari Syria melalui Turki.
Suspek dikesan menyertai kumpulan gabungan Al-Qaeda dan telah menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di beberapa buah kem kumpulan pengganas di Hamar dan Idlib, di negara terbabit.
Sepanjang latihan ketenteraan itu, suspek telah didedahkan dengan kemahiran me­ngendalikan senjata api seperti AK47, senjata anti kereta kebal, bom pelancar roket (RPG), me­singan dan bom tangan malah pernah terlibat dalam 100 operasi ketenteraan bersama-sama kumpulan Jund Al Aqsa di Sy­ria.
Sementara itu, menurut sumber, penglibatan suspek sebenarnya telah dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak sekian lama dan hasil perkongsian risikan dengan negara luar.
“Polis mengetahui dia akan pulang selepas berada bersama kumpulan militan di negara bergolak dan akan masuk melalui pintu yang sah,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pemuda-sertai-al-qaeda-8232-rancang-aktiviti-keganasan-1.168442#sthash.Ozkivaix.dpuf

Wang simpanan pasar raya RM250,000 dilarikan


SEREMBAN 13 Dis. – Tiga penjenayah melarikan wang tunai berjumlah RM250,000 selepas memecah masuk bilik penyimpanan wang di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Kejadian pada pukul 1.30 pagi itu bagaimanapun hanya disedari enam jam kemudian oleh seorang pengurus operasi pasar raya berkenaan yang tiba di lokasi tersebut untuk memulakan kerja.
Lelaki itu kemudian menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan mendapati suspek memotong pintu besi stor di pasar raya itu dengan pemotong besi sebelum menebuk dinding bilik simpanan wang.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian, perbuatan itu dilakukan oleh tiga lelaki. Ketiga-tiga suspek memakai sarung tangan dan menutup muka dengan kain bagi mengelak wajah mereka dikenal pasti.
“Polis turut menemukan beberapa barangan antaranya pemutar skru, pemotong besi dan dua batang kayu penyodok yang ditinggalkan oleh kumpulan penjenayah di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut Muhamad Zaki, siasatan lanjut termasuk merakam keterangan pekerja pasar raya tersebut sedang dilakukan.
Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian itu.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wang-simpanan-pasar-raya-rm250-000-dilarikan-1.168760#sthash.nsCgHOVY.dpuf

Dua kem 
IS rekrut 
kanak-kanak


KUALA LUMPUR 13 Dis. - Pihak polis hari ini mendedahkan kewujudan dua kem kumpulan militan Negara Islam (IS) yang merekrut kanak-kanak di Syria khusus untuk warga Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia serta sebuah lagi untuk warga Kazakhstan.
AyOb Khan
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kanak-kanak seawal umur dua tahun telah dibawa ke kem-kem tersebut untuk dilatih sebagai pelapis kepada perjuangan mereka.
Kata beliau, kem untuk warga Asia Tenggara yang menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa perantara itu menumpukan kepada usaha-usaha mendedahkan kanak-kanak dengan asas penggunaan senjata serta menerapkan mereka dengan doktrin kumpulan militan berkenaan.
“Kem ini telah beroperasi dua hingga tiga tahun lepas. Mereka ini terdiri daripada anak-anak anggota IS sendiri yang dilatih sejak mereka mula berjalan. Kanak-kanak ini telah dilatih untuk cekap dalam penggunaan senjata bagi mempertahankan diri.
“Kita tidak menolak kemungkinan kem-kem ini diperkembangkan ke lain-lain negara. Tetapi di Malaysia, saya rasa sukar mereka hendak membuat kem ini di sini, kemungkinan itu tipis,” katanya kepada pemberita selepas menjadi pembentang dalam Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan anjuran Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) di sini hari ini.
Terdahulu, ketika membentangkan kertas kerjanya, Ayob Khan berkata, ancaman fahaman militan di rantau ini bermula dengan perkembangan ideologi salafi jihadi berdasarkan pandangan-pandangan Ibnu Taimiyah dan tokoh-tokoh sealirannya yang ekstrem.
Beliau turut menyiarkan klip video tentang operasi kedua-dua kem tersebut dalam merekrut kanak-kanak termasuk babak kanak-kanak tersebut melafazkan sumpah setia kepada pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi.
Kata beliau, antara pandangan yang diguna pakai golongan militan itu ialah demokrasi dan Perlembagaan adalah perkara yang syirik dan wajib diperangi.
Melalui penemuan buku-buku milik anggota-anggota IS yang ditangkap, beliau memberitahu, sumber bacaan itu telah menjustifikasikan tindakan keganasan demi merealisasikan matlamat kumpulan tersebut.
Sehubungan itu, katanya, polis akan sentiasa peka terhadap proses keluar masuk rakyat Malaysia ke negara-negara terbabit.
“Kita tidak akan melepaskan walau seorang pun. Kita tidak akan kompromi dalam soal ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-kem-8232-is-rekrut-8232-kanak-kanak-1.168801#sthash.JUGIStIA.dpuf