Search This Blog

Saturday, December 12, 2015

Maut motosikal langgar pacuan empat roda

Kemalangan

12 DISEMBER 2015
KOTA KINABALU - Seorang penungang motosikal maut selepas motosikalnya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan KKIP berhampiran kilang Unimekar, Sepanggar di sini petang semalam.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra berkata Azmil Supitol, 28, maut di tempat kejadian selepas terhantuk pada cermin sisi kenderaan berkenaan dan terjatuh ke atas jalan raya. - Bernam
a

Lelaki maut, rakan diikat dipercayai curi lembu

Lelaki maut, rakan diikat dipercayai curi lembu
Seorang lelaki maut, manakala, rakannya pula ditemui diikat kerana dipercayai mencuri lembu. –Foto Sinar Harian oleh NOR AINNA HAMZAH
REMBAU - Seorang lelaki maut, manakala, rakannya pula ditemui diikat tidak jauh dari sebuah kereta di mana kedua-dua mangsa dipercayai dipukul susulan mencuri lembu di Ladang Bukit Bertam Lubok China, di sini, pagi tadi.
Seorang pekerja Ladang Bukit Bertam Lubok China, Ashraf Abd Ghani, 25, berkata, sekitar jam 10.00 pagi dia meronda di kawasan ladang dan mulai berasa pelik apabila ternampak ramai orang berada di suatu kawasan ladang.
Menurutnya, sebaik mendekati kawasan berkenaan dia menyangkakan terdapat lembu yang terbaring di tengah jalan, namun, sebaik turun dari motosikalnya, dia tergamam objek yang dilihatnya itu adalah mayat seorang lelaki.
"Lelaki berkenaan dalam keadaan terlentang. Tidak jauh dari mayat lelaki berkenaan kira-kira 50 meter ada seorang lelaki diikat kedua-dua tangannya.  Saya segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurus dan seterusnya pihak polis,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes berkenaan.
Mayat di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi proses bedah siasat
.

Remaja ditahan jalani latihan ketenteraan di Syria

 Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
11 DISEMBER 2015
KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terlibat dengan kegiatan militan di Syria ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek berasal dari Perak itu ditahan oleh anggota Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia selepas kembali dari Syria melalui Turki.
"Bekas pelajar sebuah kolej di Kaherah, Mesir, direkrut untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria pada pertengahan 2014 selepas berinteraksi melalui Facebook dengan seorang daripada anggota pengganas dari Syria.
"Pada hujung September 2014, anggota pengganas itu mengatur penyusupan masuk suspek ke Syria melalui Turki," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati suspek menyertai satu daripada kumpulan gabungan Al Qaeda di Syria dikenali dengan nama Jund Al Aqsa.
"Suspek menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di beberapa kem kumpulan pengganas di Hamar dan Idlib di Syria," katanya.
Khalid berkata suspek juga didedahkan dengan kemahiran mengendalikan senjata api AK47, Rocket-propelled grenade (RPG), machine gun, senjata anti kereta kebal dan bom tangan.
"Suspek juga terlibat dalam hampir 100 operasi ketenteraan bersama kumpulan itu," katanya.
Beliau berkata suspek ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Bab VIa, kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). - Bernam
a

Remaja maut, motosikal terbabas

Kemalangan
12 DISEMBER 2015

NILAI - Seorang remaja maut setelah motosikal yang ditungganginya hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di KM279.4, Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala ke selatan dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa, Nor Azrul Izzaidy Rosli, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
"Siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikalnya di lorong kecemasan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jalan di kiri lebuh raya itu. Mangsa yang baharu lepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikatakan dalam perjalanan dari Puchong ke kampungnya di Triang, Pahang," katanya ketika dihubungi.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat.
Zaldino berkata, kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernam
a

Isteri kedua Datuk maut kena tetak


Kes jenayah

IPOH - Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai ditetak dengan parang di bahagian belakang leher dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Taman Lake View, Taiping, malam tadi.
Mangsa berusia 68 tahun yang dipercayai isteri kedua kepada seorang pesara kerajaan bergelar ‘Datuk’ meninggal dunia di lokasi tersebut dalam insiden yang berlaku jam 7.30 malam itu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa bersama suaminya yang berusia 82 tahun berada di rumah dan dikunjungi tetamu, seorang saudara wanita berusia 78 tahun bersama seorang pekerja lelaki berusia 57 tahun.
Menurutnya, sejurus kedua-dua tetamu terbabit berada di dalam rumah, secara tiba-tiba muncul dua lelaki memakai topeng dan topi keledar berpenutup penuh meluru masuk serta bersenjatakan parang.
“Seorang suspek bertindak mengikat Datuk terbabit menggunakan selendang tetamu wanita sementara tetamu lelaki diugut dengan parang diletak ke lehernya.
“Mangsa yang berada bersama dua tetamu dan suaminya itu kemudiannya dibawa ke bilik tidur. Bagaimanapun, selepas beberapa ketika, kedua-dua suspek terus melarikan diri.
“Tetamu lelaki bertindak memeriksa bilik dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui hari ini.
Katanya, siasatan di tempat kejadian telah menemui pisau sepanjang 15 sentimeter disyaki dibuang kedua-dua suspek terbabit.
Tambahnya, barang kemas mangsa yang dibiarkan berselerak di atas katil dan meja solek tidak diusik dan keadaan itu seolah-olah menggambarkan berlaku kejadian samun di rumah berkenaan.
“Hasil soal siasat yang dijalankan kami mendapati suami mangsa dan saudara wanita itu mempunyai hubungan yang tidak baik.
“Selain itu, difahamkan, saudara tersebut mendakwa dia datang ke rumah untuk minta wang perbelanjaan dari Datuk yang dikatakan telah mengabaikan kebajikan dia dan seorang anak yang sedang sakit tenat,” ujarnya.
Harrith Kam berkata, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti keadaan sebenar sama ada kejadian bermotif samun atau konflik keluarga bagaimanapun meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk menghubungi polis.
“Kedua-dua tetamu terbabit kini ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan,” jelasnya.‎
Beliau berkata, kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Datuk yang enggan dikenali itu memberitahu mangsa adalah isteri keduanya dan mereka telah mendirikan rumah tangga sejak 36 tahun lalu.
Menurutnya, mangsa adalah pesara ketua jururawat di sebuah hospital di sini dan mereka hanya menetap berdua di rumah itu.
Katanya, dia mempunyai seorang anak lelaki dengan isteri pertama namun tiada anak dengan mangsa.
“Saya amat sedih apabila menemui isteri dalam keadaan dikelar pada kejadian itu dan berharap agar Tuhan menghukum mereka yang telah melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik HRPB, di sini, hari ini.
Difahamkan, Datuk terbabit sangat aktif dalam bidang kebajikan sehingga hari ini
.

Anonymous beri amaran sasar Donald Trump


Donald Trump

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kumpulan penggodam Anonymous memberi amaran kepada Donald Trump selepas hartawan tersebut menggesa orang Islam dilarang masuk ke Amerika Syarikat (AS).
"Polisi (melarang orang Islam masuk ke AS) akan memberi kesan buruk. Inilah yang militan IS mahukan, supaya orang Islam bersedih dan kemudian senang direkrut masuk ke kumpulan militan," kata Anonymous dalam sebuah video di Youtube, semalam.
Menurut laporan CNN, Anonymous kemudian bertindak menggodam laman web rasmi Trump, 'www.trumptowerny.com', menyebabkan ia gagal berfungsi.
Melalui laman Twitter Anonymous, @YourAnonNews mengumumkan kejayaan serangan siber tersebut dengan tweet "Trump Towers berjaya dijatuhkan sebagai bukti menentang rasis dan kebencian,".
Walau bagaimanapun, pelawat berjaya mengakses semula laman web berkenaan melalui protokol simpanan sementara (cache).
Sementara itu, #OpTrump kini trending di Twitter bersama-sama foto Trump yang diubah oleh netizen, antaranya wajah Trump ditampal ke badan seorang askar Nazi bersama ayat "Operasi Trump #OpTrump kini bermula,"
.

Remaja terlibat plot keganasan


Polis menahan salah seorang remaja kerana didakwa terlibat dalam plot keganasan. - Foto: AFP

SYDNEY - AUSTRALIA . Dua remaja lelaki berusia 15 tahun dan 20an ditahan di rumah mereka kerana dituduh terlibat dalam plot keganasan yang menyasarkan bangunan kerajaan, di Sydney, Australia.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia, Michael Phelan berkata, tiga lagi rakan mereka yang lain kini berada di penjara atas dakwaan sama.
Tangkapan dua suspek itu dibuat berdasarkan bukti yang dikumpul semasa serbuan awal pagi hujung tahun lalu, di mana 15 orang telah ditahan dan didakwa kerana merancang penculikan serta pembunuhan orang awam.
"Tangkapan ini bukan plot baharu, tetapi ia berkaitan dengan operasi tahun lalu di mana bukti baru ditemui. Disember lalu, kami merampas beberapa dokumen yang jelas menyatakan rancangan untuk menyerang beberapa bangunan kerajaan," katanya.
Difahamkan, remaja 15 tahun itu telah diletakkan di bawah pengawasan selama lebih setahun bermula ketika dia berusia 14 tahun, dan dituduh membekalkan senjata kepada ahli kumpulan lain. - Agens
i

Lelaki mengaku Jesus sambil berbogel, serang polis


Rakaman menunjukkanseorang lelaki bogel ditahan polis
SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang lelaki ditahan selepas berbogel dan menyerang polis dalam sebuah kejadian serangan, Selasa lalu.
Tak cukup dengan itu, lelaki berumur 44 tahun berkenaan juga menjerit 'Hallelujah' dan mengaku dirinya Jesus Christ.
Menurut laporan Dailymail, kejadian serangan tersebut berlaku 8.45 pagi di Dudley Street dan dirakam oleh seorang pekedai.
Dalam rakaman tersebut, polis yang cuba menahan lelaki berkenaan telah ditampar dan ditumbuk di bahagian mulut.
Polis kemudian membawa lelaki tersebut ke hospital Banktown untuk pemeriksaan sebelum dilepaskan.

Polis didakwa merogol dipenjara 263 tahun


Daniel Holtzclaw

OKLAHOMA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bekas anggota polis yang menghadapi 18 tuduhan termasuk mencabul, merogol dan merogol diluar tabii dijatuhkan hukuman penjara 263 tahun, semalam.
Laporan Dailymail mengatakan Daniel Holtzclaw, 29 sebelum ini juga menghadapai 36 tuduhan mencabul 13 wanita kulit hitam, seorang remaja perempuan dan seorang warga emas ketika sedang bertugas sebagai anggota polis.
Balai polis Oklahoma, stesen di mana Daniel bertugas sebelum ini menyuarakan kelegaan mereka terhadap keputusan mahkamah.
Pegawai polis, Bill Citty bangga dengan usaha para pendakwa dan detektif yang terlibat dalam kes tersebut.
Bill juga memberitahu kes tersebut adalah yang paling teruk sepanjang tempoh empat dekad beliau bertugas di balai polis Oklahoma.
Waris kepada mangsa serangan Daniel dilaporkan berkumpul di luar mahkamah dan bersorak sambil menyanyikan lagi 'Selamat Hari Jadi' selepas hakim menjatuhkan hukuman.
Hukuman penjara terhadap Daniel bermula pada Januari 2016
.

Hartawan Hong Kong dilaporkan hilang


Guo Guangchang

HONG KONG - CHINA. Bilionair dan pengarah Fosun Group, Guo Guangchang dilaporkan hilang semalam.
Menurut laporan CNN Money, perkara tersebut didedahkan oleh laman web Caixin, sebuah laman bisnes yang berpengaruh.
Segala aktiviti berkaitan anak syarikat Fosun International dan Fosun Pharmaceutical tergendala hari ini.
Fosun Group merupakan antara pemain utama dalam bidang hartanah dan baru-baru ini membeli rangkaian kelab resort, Club Med.
Fosun juga mempunyai pegangan kukuh dalam Cirque du Soleil dan telah membeli bangunan pencakar langit, One Chase Manhattan Plaza di NEw York pada 2013.
Guangchang dianggarkan bernilai USD7 bilion oleh Forbes dan kehilanggannya kini dikaitkan pula dengan kehilangan beberapa kakitangan kerajaan dan para esekutif.
Antaranya melibatkan syarikat broker terbesar China, Citic Securities apabila mendedahkan dua orang esekutifnya.
November lepas, seorang CEO Guotai Junan, Yim Fung dilaporkan hilang masih gagal ditemui sehingga kini
.

Remaja 14 tahun 'mahu ditembak polis'


Gambar Hiasan

NEW JERSEY - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja berusia 14 tahun ditemui bersembunyi di halaman sebuah sekolah bersama sepucuk pistol palsu dan berharap 'ditembak polis'.
Menurut laporan AFP, tindakan remaja tersebut menyebabkan sekolah J Harold Van Zant Elementary School dikepung polis, Isnin lepas.
Kejadian bermula selepas dua keluarga ternampak remaja tersebut bersama senjata palsu berkenaan di gelanggang bola keranjang sekolah berkenaan.
Dua anggota polis kemudian datang dan menahan remaja tersebut sebelum membawanya ke sebuah institusi mental.
Menurut kenyataan polis, remaja tersebut memberitahu beliau berharap ditembak mati oleh polis.
Penyiasat pula berpendapat remaja tersebut tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada pelajar, guru dan penduduk kawasan tersebut.
Remaja tersebut bagaimanapun bakal didakwa atas tuduhan menceroboh dan ugutan berbaur keganasan
.

Lelaki rompak kedai tanpa jejak kaki


Sedutan rakaman CCTV rompakan di Mitcham, Britan September lepas

MITCHAM - LONDON. Seorang lelaki dirakam merompak sebuah kedai serbaneka dan lari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan menggunakan hoverboard.
CNN menyiarkan sebuah rakaman CCTV kejadian September lepas selepas pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk mengecam suspek, semalam.
Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki kulit hitam dirakam memasuki sebuah kedai mengunakan hoverboard dan merompak minuman tenaga Lucozade sebelum melarikan diri menggunakan peranti yang sama.
Difahamkan, rompakan tersebut merupakan antara sebab kerajaan Britain mengharamkan penggunaan hoverboard di jalan-jalan awam pada Oktober.
Ogos lepas, selebriti Wiz Khalifa dirakam digari oleh polis kerana menggunakan hoverboard di sebuah lapangan terbang.
New York, Amerika Syarikat juga mengharamkan penggunan hoverboard di kawasan-kawasan awam
.

Ditembak 18 kali ketika membeli pakaian anak


Isteri Arnold Peralta, Vanessa Oliva dirakam menangis disamping mayat suaminya.

LA CEIBA - HONDURAS. Seorang pemain bolasepak yang ditembak mati di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah, semalam dilaporkan ditembak sebanyak 18 kali.
Menurut Dailymail, pemain kelab bola Scottish club Rangers dan pasukan kebangsaan Honduras, Arnold Peralta baru sahaja membeli pakaian untuk bayi perempuannya.
Rakaman terbaru yang disiarkan oleh media Honduras menunjukkan isteri Arnold, Vanessa Oliva menangis di sisi mayat suaminya yang ditembak berhadapan dengan keretanya, sebuah Porsche Cayenne.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak ditembak mati]
Saksi kejadian tersebut memberitahu pembunuh menemui Arnold tanpa berlaku sebarang perbualan dan menembak mangsa sebanyak 18 kali di badan dan kepala.
Ketua Polis Honduras, Leonel Sauceda mengatakan terdapat dua suspek yang dicari polis.
Polis juga menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana barang peribadi seperti dompet dan lain-lain ditemui pada mayat mangsa
.

Suspek cabul dibelasah hingga lembik


Sedutan rakaman menunjukkan seorang ahli tinju (kanan) membelasah suspek cabul kanak-kanak

AFRIKA SELATAN - JOHANNESBURG. Akibat tidak sabar menunggu keputusan mahkamah, seorang ahli tinju bertindak membelasah seorang suspek kes cabul kanak-kanak, baru-baru ini.
Menurut Dailystar, suspek tersebut dibelasah sehingga tidak bermaya oleh waris mangsa seorang kanak-kanak perempuan yang mendakwa dicabul oleh suspek.
Dalam satu rakaman video, peninju menumbuk dan menendang suspek sambil rakannya bersorak dan menjerit "pukul lagi,"
Tak cukup dengan itu, peninju itu juga membuat ugutan untuk merogol isteri suspek jika suspek disabitkan kesalahan mencabul anak perempuannya.
Polis yang menyiasat rakaman video tersebut bagaimanapun belum membuat keputusan untuk mendakwa peninju berkenaan atas tuduhan ugutan
.