Search This Blog

Thursday, December 10, 2015

Pengarah Syarikat Didakwa Terlibat Penggubahan Wang Haram


Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 1:38 PM

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pembekal ikan koi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas lapan pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram membabitkan RM1.15 juta.
Luke Ram Shori, 53, pengarah syarikat Shori Aquatic Industry Sdn Bhd didakwa memindahkan wang RM1,151,950 yang merupakan hasil aktiviti haram, melalui lapan transaksi berasingan daripada akaun CIMB Islamic Bank Berhad milik syarikat Best Koi ke akaun CIMB Islamic Bank Berhad milik Shori Aquatic Industry Sdn Bhd, iaitu syarikat tertuduh.
Bapa kepada tiga orang anak itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Islamic Bank Behad, Cawangan Sentul Raya antara 14 Nov 2013 dan 18 Jun 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman menawarkan jaminan RM150,000 bagi kesemua pertuduhan atas alasan kes itu membabitkan jumlah wang yang tinggi iaitu lebih RM1.1 juta selain memohon supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Muhammad Nor Izzat Nordin yang mewakili tertuduh, memohon jaminan itu dikurangkan kerana anak guamnya memberi kerjasama sepanjang siasatan dilakukan dan tiada alasan dia akan melarikan diri.
Hakim Sohaini Alias membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 15 Feb depan untuk sebutan semula kes.
Mahkamah juga memerintahkan Luke menyerahkan pasport kepada mahkamah dengan memberi kebebasan untuk tertuduh memohon pasport sekiranya diperlukan.

Suami Dipenjara Empat Bulan Cederakan Isteri


Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 6:26 PM

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya minggu lepas.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas S. Sugendran,26, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 4 Disember lepas.

Surendran didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada C. Umarani, 28 dengan menggunakan pengunci sepit udang motosikal di hadapan kedai serbaneka Maxvalue Ringgit Store Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam Brickfields, di sini pada 8.30 malam, 3 Disember lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal memohon hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimana pun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan menanggung isteri yang tidak bekerja, dua anak dan ibu yang sudah tua.

Lelaki Rugi RM1,320, Cedera Bahu, Kepala Disamun


Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 3:42 PM

KEPALA BATAS: Seorang lelaki bukan sahaja kerugian RM1,320 malah turut cedera di kepala dan bahu kanan selepas disamun dua suspek dalam kejadian di Pongsu Seribu, di sini Khamis lepas.
Sumber berkata mangsa berusia 52 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu semalam ekoran menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya di Hospital Kepala Batas selama lima hari.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa sedang menunggang motosikal seorang diri sebelum dihampiri sebuah motosikal Modenas Kriss dinaiki dua lelaki dan pemboncengnya terus memukul kepala lelaki itu dengan sebatang kayu," katanya di sini, Rabu.
Beliau berkata akibat dipukul, mangsa terjatuh sebelum dia bangun dan cuba melawan bagaimanapun penunggang motosikal terbabit turun dari motosikalnya dan bergelut dengan lelaki berkenaan.
"Dalam masa yang sama pembonceng motosikal yang memukul mangsa itu mengeluarkan sebilah pisau panjang dan menikam bahu kanan lelaki berkenaan sebelum mereka mengambil dompet mangsa," katanya.
Sumber itu berkata dua lelaki itu hanya mengambil wang tunai sebanyak RM1,320 yang berada dalam dompet mangsa dan meninggalkan beg duit terbabit berhampiran tempat kejadian.
Katanya mangsa tidak dapat mengecam dua lelaki berkenaan kerana semasa kejadian kawasan itu gelap dan sunyi.
"Ekoran kejadian itu, mangsa menerima lapan jahitan di kepala sebelah kiri dan lapan jahitan di bahu kanan," katanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam ketika dihubungi berkata kes disiasat menurut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan dua lelaki terbabit giat dijalankan.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Jerat iklan rumah

Kuala Lumpur: Sindiket penipuan cinta Afrika dikesan menggunakan taktik baru dengan berpura-pura mengiklankan rumah sewa melalui laman sosial bagi mendapatkan ‘keldai akaun’.
Mangsa yang berminat menyewa rumah itu diminta menyerahkan nombor akaun bank sebelum wang hasil penipuan dilakukan dipindahkan ke akaun itu.
Dalam kes terbaru, seorang jururawat berusia 22 tahun hampir diperdaya sindiket itu yang menawarkannya pangsapuri untuk disewa pada harga murah.
Mangsa, Charmaine berkata, dia yang akan bekerja di sebuah hospital di Singapura melayari laman web ‘ibilik.com’ untuk mencari bilik sewa di negara republik itu.
Menurutnya, seorang wanita memperkenalkan diri sebagai Chew membalas kiriman e-mel dihantar .
“Dia bersetuju untuk menyewa pangsapuri dengan kadar sewa RM1,513 (SGD500) sebulan.
“Bagaimanapun, wanita itu mendakwa kononnya rumah berkenaan pernah disewa seorang rakyat Malaysia yang masih berhutang dengannya,” katanya.
Dia berkata, wanita itu meminta dia memberikan nombor akaun bank dengan alasan penyewa lama mahu memindahkan wang hutang itu ke akaun bank miliknya.
“Beberapa hari kemudian saya menyedari wang hampir RM5,000 dimasukkan ke akaun bank saya.
“Pemilik rumah itu mengarahkan saya membuat pemindahan semua wang itu termasuk wang deposit rumah sewa menggunakan khidmat ‘moneygram’,” katanya.
Namun dia mula mengesyaki sesuatu tidak kena sebelum membuat laporan polis.
“Saya tambah terkejut apabila dimaklumkan ada mangsa penipuan sindiket cinta Afrika turut membuat laporan polis dengan memberikan nombor akaun bank milik saya.
“Mujur saya menyedari perkara itu. Jika tidak mungkin saya dituduh bersubahat dengan sindiket Afriksa dan ditahan polis,” katanya.
Dia mendakwa, dalang sindiket itu menghubunginya dan mengugut untuk mengambil tindakan jika dia enggan menyerahkan wang itu.
Menurutnya, dia menyerahkan kes terbabit kepada polis untuk melakukan siasatan dan menutup segala akaun bank kerana bimbang dipergunakan sindiket.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, orang ramai dinasihati supaya berhati-hati apabila membuat transaksi menggunakan laman web.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2015 @ 8:47 AM


MANGSA penipuan sindiket warga Afrika membuat aduan di pejabat Biro Aduan Awam MCA.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99130#sthash.7IYoJnM1.dpuf

Suri rumah didakwa bunuh 2 anak


Shok Kian dibawa ke Mahkamah Masjistret 2 (Jenayah), Sungai Petani, semalam kerana didakwa membunuh dua anak lelakinya

SUNGAI PETANI – Seorang suri rumah bakal berdepan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan kerana membunuh dua anak kandungnya berusia dua dan lima tahun di sebuah rumah dekat Taman Wira Indah, di sini.
Tertuduh, Saw Shok Kian, 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret 2 (Jenayah) Sungai Petani, semalam kelihatan tenang dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.
Shok Kian yang tinggal di rumah itu bersama dua anak, Tee Cong Ming, 5, dan Tee Cong Shern, 2, dituduh membunuh kedua-duanya sehingga menyebabkan kematian.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu antara 30 November lalu pada jam lebih kurang 10 malam hingga 1 Disember lalu pada jam lebih kurang jam 3 petang di rumah mereka.
Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Nur Anida Nasir di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun. Akibat perbuatan itu, wanita itu telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Peguam Yayasan Biro Guaman Kebangsaan, Farahdina Che Bakar memohon agar mahkamah membenarkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri berikutan semasa ditangkap, tertuduh turut mengalami kecederaan di dada dan tangan dipercayai dilakukannya sendiri.
Nur Anida kemudian bersetuju berikutan kecederaan yang dialami semasa ditangkap konsisten dengan tindakan yang dipercayai dilakukan sendiri tertuduh kepada dirinya.
Ia juga selaras dengan peruntukan Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah yang membolehkan tertuduh dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan pakar.
Mohd Hadi Hakimi kemudian memutuskan Shok Kian dibenarkan dihantar menjalani pemerhatian di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan selama 30 hari sementara  menunggu bagi mendapatkan laporan kimia, forensik dan toksilogi.
Mahkamah menetapkan 12 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, akhbar ini 2 Disember lalu menyiarkan kematian dua beradik lelaki akibat dikelar di leher dan tangan dipercayai dilakukan oleh Shok Kian.
Kejadian disedari datuk mangsa yang pulang dari berniaga kira-kira jam 3 petang, 1 November lalu
.

Pajero mengiring ketika Myvi langgar


Keadaan Pajero yang teruk akibat kemalangan dengan Myvi 2 Mei lalu di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke)‎. -Foto Facebook Shafiq Rosli

KUALA LUMPUR - Mahkamah Trafik hari ini diberitahu bahawa kenderaan pacuan empat roda Pajero yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), berada dalam posisi mengiring ke kanan ketika Perodua Myvi berwarna putih melanggarnya.
Ahli kimia di Jabatan Kimia Malaysia, Mohd Amir Husna Nik Alli@Zulkifli berkata, ia berdasarkan analisis pemeriksaan fizikal ke atas kenderaan Pajero yang terlibat dalam kemalangan tragis di Lebuhraya DUKE hingga meragut nyawa tiga beranak pada Mei lepas.
Terdapat kesan cat berwarna putih ditemui melekat pada bahagian bawah Pajero berwarna hitam itu, katanya ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzi.
Beliau berkata demikian pada perbicaraan dua pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 36, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 31, yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa, enam bulan.
Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 6 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Kelang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei lepas.
Ketika pemeriksaan balas, peguam S.N. Seelan, yang mewakili Mohammad Fizal Reza, Mohd Amir Husna, berkata dalam kes kemalangan itu, beliau ditugas melakukan pemeriksaan fizikal pada bahagian luaran kenderaan yang terlibat kemalangan sahaja.
"Mengikut prosedur yang saya jalankan, tiada pemeriksaan dilakukan di bahagian dalam kenderaan (dalam kes kemalangan itu). Saya hanya memeriksa di dalam kenderaan bagi kes yang memerlukannya sahaja," kata ahli kimia yang merupakan saksi kelima pendakwaan.
Siti Noor Aini diwakili peguam Omar Bakhi Ahmad manakala peguam pemerhati C. Leo Camoens turut hadir mewakili keluarga mangsa.
Perbicaraan di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas bersambung esok. - Bernam
a

Remaja 15 tahun reka Koenigsegg Utagera


(Gambar kecil) Jennarong Muengtaweepongsa

BANGKOK - THAILAND. Walaupun Jennarong Muengtaweepongsa baru berusia 15 tahun, beliau sudah menarik perhatian gergasi super car terkenal seperti Koenigsegg, Jaguar dan Aston Martin.
Menurut Carscoops, Muengtaweepongsa mempamerkan model-model kereta hasil rekaan program 3D di Thailand International Motor Expo, baru-baru ini.
Sebelum Koenigsegg Utagera, Muengtaweepongsa sebelum ini pernah mempamerkan hasil reka bentuk 3D untuk Koenigsegg Legera.
Projek Koenigsegg Legera tersebut juga dikatakan antara punca Koenigsegg sendiri mengupah N2A Motors dari California untuk menterjemahkan hasil kerja Muengtaweepongsa dalam bentuk model fizikal.
Laporan juga mengatakan pereka kereta terkenal seperti Giorgetto Giugiaro dari Italdesign Giugiaro dan Walter De Silva juga kagum dengan hasil kerja Muengtaweepongsa
.

Penculik kena belasah cukup-cukup


Jia Jia (kiri)

CHENGDU - CHINA. Seorang lelaki berumur pertengahan tahun teruk dibelasah orang awam selepas dikesan cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan, baru-baru ini.
Menurut laporan Dailystar, saksi mengatakan kanak-kanak tersebut, Jia Jia dibawa lari lelaki berkenaan dan cuba masuk ke dalam sebuah kereta.
Saksi kemudian memberitahu kejadian tersebut kepada seorang peniaga Xiao yang kemudian memberitahu kepada penjaga Jia Jia yang juga seorang peniaga.
Suami Xiao kemudian menahan penculik sebelum orang ramai mula berkumpul dan memukulnya.
Ketika ditanya mengenai kejadian tersebut, ayah Jia Jia memberitahu penculik mahu menjual anaknya untuk wang.
Penculik kini ditahan polis dan siasatan masih dijalankan
.

Isteri mengandung 'musnahkan' kereta suami curang


Sedutan rakaman video yang menunjukkan seorang wanita mengandung 'membelasah' kereta milik suaminya.

CEILANDIA - BRAZIL. Seorang wanita dirakam mengamuk dan melepaskan marah ke atas sebuah kereta dipercayai milik suaminya yang didakwa berlaku curang, Sabtu lepas.
Menurut laporan Dailymail, wanita tersebut yang juga sedang mengandung mendakwa ternampak suaminya dengan seorang wanita yang disyaki wanita simpanannya di sebuah restoran.
Wanita tersebut kemudian mula 'membelasah' kereta milik suaminya yang diparkir di luar restoran tersebut.
Video rakaman amatur menunjukkan cermin kereta yang sudah dipecahkan dan keadaan wanita tersebut yang sedang menendang bumbung kereta.
Tak cukup dengan itu, beliau mengambil beberapa batu dan membaling ke arah kereta suaminya.
Orang ramai yang melihat kejadian tersebut menasihatkan wanita tersebut supaya berhenti, namun tidak diendahkan.
Difahamkan, kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada polis dan tiada siasatan yang akan dijalankan
.

Jumpa RM465,602 dalam sungai


Gambar hiasan.

VIENNA - AUSTRIA. Dua lelaki menjumpai €100,000 euro (RM465,602) di sebuah sungai dan berkemungkinan dibenarkan menyimpannya.
Menurut laporan CNN, kejadian berlaku pada 10 pagi Sabtu lepas di sungai Danube.
Jurucakap polis, Patrick Maierhofer memberitahu pihaknya sedang memeriksa rekod kejadian rompakan bank yang berlaku beberapa tahun sebelum ini untuk mengenalpasti asal-usul wang tersebut.
Dua lelaki yang menemui wang berkenaan dibenarkan menyimpannya buat sementara waktu sehingga polis menjalankan siasatan.
Jika pihak polis berjaya mengenalpasti asal usul wang berkenaan, penemu hanya dibenarkan menyimpan sebanyak 5 peratus dari jumlah yang dijumpai.
Manakala mereka dibenarkan memiliki keseluruhan wang tersebut jika polis gagal mengenalpasti punca wang berkenaan selepas tempoh setahun.
Sungai Danube mengalir dari Jerman melalui 10 buah negara dan berakhir di Moldova dan Ukraine
.

Ajal kejar pencuri lori

Petaling Jaya: Tindakan seorang lelaki berusia 35 tahun cuba menahan penjenayah yang melarikan lori milik adiknya bertukar tragedi apabila dia dirempuh suspek hingga mati.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari semalam, mangsa menunggang motosikal dilanggar suspek berhampiran Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas mangsa menyedari lori model Isuzu diletakkan berhampiran kediamannya di PJS 6/3D, Kampung Lindungan di sini, dilarikan suspek.
Katanya, mangsa kemudian meminjam motosikal milik seorang peniaga di kawasan berkenaan untuk mengejar lori itu.
“Lori berkenaan kemudian dilarikan suspek menghala ke Puchong. Setibanya di sebuah stesen minyak, mangsa dipercayai dilanggar lori berkenaan.
“Mangsa cedera parah di kepala sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh anggota keluarga yang turut mengekori penjenayah. Namun mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya.
Menurutnya, pencuri lori itu bagaimanapun ditangkap polis bantuan yang secara kebetulan melihat kejadian itu.
Mohd Zani memaklumkan pemeriksaan terhadap suspek berusia 28 tahun yang ditahan itu mendapati lelaki itu mempunyai lima rekod jenayah lampau.
Katanya, kes itu masih dalam siasatan dan pihaknya menunggu laporan bedah siasat dan keterangan daripada saksi kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2015 @ 7:12 AM


BAHAGIAN hadapan lori yang remuk.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99099#sthash.IXMZ3rxo.dpuf

Sembunyi bawah lantai bot

Lumut : Seorang wanita serta tujuh lelaki warga Indonesia pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menaiki bot nelayan dicekup Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kira-kira 53 batu nautika di barat daya Pulau Pangkor, dekat Lumut jam 1.40 petang semalam.
Mereka berusia 30 hingga 40-an ditahan berikutan rondaan dijalankan Kapal Maritim (KM) Nyalau diketuai Leftenan Maritim Khairul Faizal Mohd Asli mengesan kedudukan bot nelayan itu dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Penguatkuasaan Maritim Daerah 3 Lumut Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, pihaknya turut menahan seorang tekong dan lima awak-awak bot berkenaan dipercayai bersubahat membawa warga asing itu pulang ke negara asal.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran pihak maritim, bot nelayan itu cuba melarikan diri ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia sebelum berjaya dipintas.
"Pemeriksaan dalam bot berkenaan mendapati warga asing bertindak bersembunyi di dalam bilik enjin bot itu.
"Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke negara asal dan dipindahkan dari tongkang ke bot nelayan itu di tengah laut dengan bayaran sekitar RM300 seorang," katanya pada sidang media di sini.
Menurut Zulinda, semua warga asing diserahkan kepada pihak Imigresen manakala bot berkenaan dibawa ke Jeti di Pusat Tahanan Vessel, Kampung Baru, di sini untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 4:24 PM

Bot nelayan yang ditahan APMM dekat Pulau Pangkor kerana cuba menyeludup keluar pendatang Indonesia. - Foto NOOR HIDAYAH TANZIZI
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99039#sthash.hGcWYJ2Q.dpuf

Dua rumah musnah terbakar

Bukit Mertajam: Dua rumah dua tingkat hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Siam, Kebun Sireh di sini, petang ini.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.18 dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Katanya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.43 petang dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menurutnya, pihaknya masih menyiasat punca dan jumlah kerugian kejadian berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 6:32 PM


Keadaan rumah di Kampung Siam, Kebun Sireh, Bukit Mertajam yang hampir musnah sepenuhnya. - Foto AMIR IRSYAD OMAR
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99062#sthash.9eCKh0Q0.dpuf

40 polis buru Mohammed Firzal

Klang: Lebih 40 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan Sungai Buloh ditugaskan memburu tahanan yang meloloskan diri di Paya Jaras, Sungai Buloh, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek dikenali sebagai Mohammed Firzal Azizan, 34, yang melarikan diri dengan tangan masih bergari serta memakai baju lokap, dipercayai masih berada di sekitar kawasan berkenaan berikutan
Beliau berkata, pihaknya meningkatkan operasi memburu suspek yang mempunyai 29 rekod jenayah itu dengan menambah keluasan pencarian daripada dua kilometer (km) persegi kepada empat km persegi.

"Usaha mencari suspek giat dilakukan dan kami meminta mereka yang ternampak lelaki mencurigakan supaya menghubungi polis," katanya.
Mohd Yusoff kesal dengan tindakan sesetengah pihak meviralkan berita kononnya tahanan berkenaan sudah berjaya ditahan semalam.
"Tindakan itu mengganggu operasi memburu suspek kerana penduduk tidak mengambil perhatian terhadap kes ini seterusnya memudahkan penjenayah menyembunyikan diri," katanya.
Lelaki berkenaan dibawa ke Paya Jaras untuk mengesan seorang lagi rakannya yang dipercayai tinggal di kawasan itu dan ketika berada dalam van dikawal seorang anggota polis, dia meloloskan diri keluar dari van serta bergelut dengan anggota polis sebelum melarikan diri.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 6:37 PM


Mohammed Firzal Azizan yang sedang diburu selepas melarikan diri daripada tahanan polis di Paya Jaras. - Foto Ihsan PDRM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99064#sthash.QWfB066J.dpuf

Mayat sangkut di perangkap sampah

Kuala Lumpur: Mayat seorang warga emas ditemui di perangkap sampah Sungai Batu berhampiran Bangunan Kompleks Batu, Jalan Ipoh, petang tadi, selepas dipercayai terjun ke dalam sungai itu di Taman Bamboo.
Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan terjun ke dalam sungai dari jambatan di lokasi kejadian sebelum dia dihanyutkan arus.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.50 petang dari seorang saksi memberitahu lelaki berkenaan terjun dari jambatan di Taman Bambu.

"Mayat mangsa yang tinggal di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, ditemui terdampar di penghadang sampah dan mayatnya dikeluarkan anggota bomba untuk di bawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur.
"Bagaimanapun, motif lelaki itu bertindak demikian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi petang tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 6:47 PM


Mayat lelaki ditemui di di perangkap sampah Sungai Batu. - Foto Nabihah Kamal
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99068#sthash.S5u4hK1q.dpuf

Vape bercampur dadah merebak



Sebahagian cecair vape bercampur ganja yang dirampas dalam serbuan dan tangkapan di Banting, Ampang dan Kelana Jaya pada Isnin lalu.


KUALA LUMPUR – Penang­kapan tujuh individu termasuk seorang pelajar universiti awam yang disyaki dalam kegiatan memproses dan menjual cecair vape me­ngandungi ganja di Selangor pada Isnin lalu membongkar mengenai kegiatan sindiket itu yang kini sudah merebak di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, penangkapan suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 26 hingga 39 tahun menjadi titik mula usaha polis mengekang ketagihan dadah menerusi cecair vape.
Menurut beliau, polis akan terus melakukan tangkapan ke atas suspek-suspek lain yang terlibat memproses cecair vape mengandungi dadah dan dijual kepada penghisap rokok elektronik.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3trvBAjEs 
Hakcipta terpelihara 

Lupus ubat-ubatan ikut suka hati


Sebahagian ubat-ubatan yang ditemui di pinggir jalan.


GOMBAK – Penemuan ribuan kotak berisi ubat-ubatan yang sudah tamat tarikh luput bertaburan di kawasan Hutan Simpan Ulu Gombak di jalan lama Gombak-Bentong di sini mencetuskan pelbagai tanda tanya.
Siapakah yang tergamak mela­kukan perbuatan tersebut? Kenapa ubat-ubatan itu dibuang begitu saja dan adakah itu cara yang be­tul untuk melupuskan bahan buangan farmaseutikal di negara ini?
Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut semalam menemui banyak kotak berisi pelbagai jenis ubat yang sudah tamat tarikh luput. Ia bersepah di tepi jalan dan di dalam kawasan hutan simpan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3truivUBX 
Hakcipta terpelihara 

Dua sahabat dapat ‘nyawa’



MOHD. PAUZI (kanan) dan Rosli diiringi polis ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Dua sahabat um­pama diberi nyawa kedua selepas terlepas daripada hukuman mati kerana tuduhan mengedar dadah seberat 614.82 gram oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hakim Tuan Ahmad Bache menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 13 tahun dan 11 tahun serta 10 sebatan terhadap Mohd. Pauzi Mohd. Nor, 28, dan Rosli Mat Ali, 25, selepas mereka me­ngaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki dadah jenis syabu seberat 614.82 gram.
Terdahulu, Tuan Ahmad dalam keputusannya berkata, mahkamah meneliti hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan serta melihat fakta kes selain turut mengambil kira hukuman terhadap kes sama sebelum ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3truMgqML 
Hakcipta terpelihara 

Penipu hartanah dijel, sebat


Mazrin (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta semalam.


KUALA LUMPUR – Tembelang seorang lelaki yang giat melakukan penipuan dalam penjualan di laman web perdagangan atas talian, www.mudah.com mendapat balasan setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Mazrin Abd. Aziz, 29, didapati bersalah atas dua pertuduhan memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang deposit melibatkan transaksi keseluruhan berjumlah RM30,000 bagi urusan penukaran hak milik sebuah rumah beralamat di 23, Jalan Mutiara 4/4, Taman Selayang Mutiara, Batu Caves, Sela­ngor yang tidak dapat diwujudkan pada tahun lalu.
Rumah teres setingkat yang kononnya mahu dijual pada harga RM280,000 tersebut bukan milik tertuduh dan pemilik asal iaitu Khairul Amar Amin pula tidak mengetahui premisnya telah diiklankan di dalam laman web berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3tru1BrmK 
Hakcipta terpelihara 

Kasino mini belakang rumah




Rahimi (dua dari kiri ) menunjukkan peralatan perjudian yang dirampas polis pada sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Taktik sekumpulan 30 kaki judi termasuk seorang wanita warga emas berusia 82 tahun yang menjadikan kawasan belakang sebuah rumah kosong di Jalan Tokong, Padang Serai, Kulim di sini sebagai kasino mini terbongkar selepas diserbu polis kelmarin.
Serbuan kira-kira pukul 6 petang itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim diketuai Inspektor Noor Azman Adnan.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (Risik/Operasi) negeri, Superintendan Rahimi Raais berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3trtbbIEs 
Hakcipta terpelihara 

Bayi ditinggalkan tepi longkang



Bayi malang ini ditemui di tepi longkang di Taman Cendana, Sungai Petani dalam keadaan tanpa seurat benang semalam.


SUNGAI PETANI – Seorang suri rumah me_nemui seorang bayi lelaki ditinggalkan tepi longkang di Lorong Cendana 5/1, Taman Cendana, dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Oo Pek Yen, 42, terkejut sebaik terlihat bayi lelaki tersebut yang di­tinggalkan tanpa seurat benang pada tubuhnya.
“Kira-kira pukul 12.45 tengah hari, anjing liar yang biasanya senyap di belakang rumah tiba-tiba membuat bising menyebabkan anak saya terjaga daripada tidur. Saya menjenguk ke luar dapur tetapi tidak ternampak apa-apa.
“Sehinggalah saya ke dapur untuk menyediakan makanan yang mana saya terdengar tangisan bayi. Ketika itu saya ternampak bayi berkenaan dalam keadaan tertiarap,” katanya kepada pemberita di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3trtCX8YM 
Hakcipta terpelihara 

Bekas PM Australia hina Islam




SYDNEY – Bekas perdana menteri Australia, Tony Abbott (gambar) semalam menyatakan, ‘bukan semua peradaban di dunia setara’ dan Barat wajar mengisytiharkan keunggulannya berbanding Islam yang disifatkannya sebagai satu ‘masalah besar’.
Abbot digulingkan oleh Malcolm Turnbull dalam satu rampasan kuasa dalaman Parti Liberal pada September lalu tetapi masih aktif berpolitik. Beliau menggesa Barat supaya “bersedia untuk mengisytiharkan keunggulan peradaban kita berban­ding budaya (Islam) yang membenarkan pembunuhan manusia atas nama Tuhan”.
Pemimpin yang taat pada ajaran Katholik itu turut meminta rakyat Australia agar berhenti daripada berasa rendah diri kerana pegangan mereka.
“Kita tidak boleh terus menafikan masalah besar yang ada pada Islam. Islam tidak pernah mempunyai versi Zaman Pencerahan atau Pembaharuan atau me­nerima idea pluralisme dan pe­ngasingan gereja dengan negara,” kata Abbott dalam komentarnya yang disiarkan oleh akhbar Sydney Daily Telegraph.
Abbott yang dilatih menjadi paderi sebelum menceburi politik dan pernah digelar ‘Rahib Gila’ menambah, rakyat Australia perlu berhenti daripada berasa rendah diri tentang pegangan mereka yang menjadikan negara itu bebas, adil dan makmur sama seperti negara-negara lain di Bumi ini.
Komennya senada dengan ke­nyataan pendahulu senarai calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Do­nald Trump yang mencetuskan kemarahan di seluruh dunia kera­na menggesa agar orang Islam dila­rang daripada memasuki AS.
Ketua pembangkang daripada Parti Buruh, Bill Shorten mengecam komen Abbott sebagai ‘langsung tidak membantu’.
“Bahasa kesat yang digunakan boleh menjejaskan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang seimbang dan saling menghormati,” katanya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3trrqcIDJ 
Hakcipta terpelihara