Search This Blog

Wednesday, December 9, 2015

Wanita jumpa bayi lelaki di belakang rumah

RABU, 9 DISEMBER 2015 @ 7:18 PM

 Oleh Omar Osman bhnews@bh.com.my
Add caption
 BAYI lelaki yang ditemui di Taman Cendana, dekat Bandar Perdana. - Foto Omar Osman

SUNGAI PETANI: Seorang wanita terkejut menemui seorang bayi lelaki dalam keadaan bogel dan masih bertali pusat di tepi longkang belakang rumahnya di Taman Cendana, dekat Bandar Perdana, di sini, tengah hari tadi. Bayi yang dipercayai baru lahir itu ditemui wanita berusia lingkungan 30-an yang hanya ingin dikenali sebagai Mei, selepas menyiasat suara tangisan bayi mencurigakan kira-kira jam 1.15 tengah hari. "Ketika itu saya dan suami sedang berehat di bilik belakang rumah sebelum terdengar suara macam bayi menangis...sebaik membuka pintu, saya terkejut mendapati seorang bayi di tepi longkang dengan dipenuhi darah. "Saya kemudian menjerit memanggil suami dan pada masa yang meminta tolong jiran yang kemudian membawa kain untuk membalut bayi itu," katanya yang kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan itu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan penemuan bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 kanun Keseksaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/103622

Pemilik 3 pesawat tersadai di KLIA kekal misteri

RABU, 9 DISEMBER 2015 @ 7:37 PM

Oleh Magendran Rajagopal magendran@bh.com.my


PESAWAT Boeing 747-200F yang tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor


 SEPANG: Maklumat pemilik tiga pesawat Boeing 747-200F yang tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus menjadi misteri apabila tiada pihak tampil menuntut pesawat berkenaan yang sudah beberapa kali bertukar tangan.   Pangkalan data Boeing menunjukkan, ketiga-tiga pesawat itu mempunyai tanda pendaftaran TF-ARN, TF-ARH, TF-ARM iaitu tanda yang digunakan syarikat pajakan, Air Atlanta Icelandic, tetapi syarikat itu memaklumkan semua pesawat berkenaan sudah dijual pada 2008. Isu pesawat terbabit menarik minat pelbagai pihak apabila Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) mengeluarkan notis dalam ruangan iklan akhbar The Star dan Sin Chew Daily Isnin lalu, selepas gagal mengesan pemilik tiga pesawat komersial terbabit, walaupun memiliki nombor pendafatarannya.   Pengurus Besar Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASB), Zainol Mohd Isa, berkata pesawat berkenaan sudah tersadai di KLIA sejak lebih setahun.   "Pihak kami tidak pasti siapa pemilik pesawat ini sekarang dan siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini terutama bagi melunaskan bayaran meletakkan pesawat mereka di sini (KLIA) dan caj berkaitan.   "Mereka (pemilik) belum membayar sebarang kos tetapi kepada siapa hendak kami hantar bil? Setakat ini, hanya tiga pesawat berkenaan yang tersadai di KLIA," katanya ketika dihubungi semalam.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/103626

3 cedera letupan di hentian bas Moscow

SELASA, 8 DISEMBER 2015 @ 9:40 AM

ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi letupan. - Foto AFP


 MOSCOW: Tiga orang cedera ringan apabila bahan letupan yang diletakkan dalam beg meletup di sebuah hentian bas malam Isnin, kata polis. "Tiga orang mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca dari hentian bas terbabit," lapor agensi berita TASS yang memetik jurucakap polis di sini, Andrey Galiakberov. Maklumat awal mendapati bahan letupan di dalam beg itu dipercayai dibaling sama ada dari sebuah kereta atau bangunan kediaman bersebelahan. "Penyiasatan terhadap kejadian itu sudah dimulakan," katanya. Bahan letupan berkenaan meletup di Pokrovka Road di tengah Moscow. Serpihan kaca bersepah di hentian bas terbabit dan beberapa kereta polis, jentera bomba dan penyelamat serta ambulans turut berada di tempat kejadian. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/103104

Gempa kuat 7.1 magnitud gegar Kepulauan Ambon

RABU, 9 DISEMBER 2015 @ 6:56 PM

SINGAPURA: Gempa kuat 7.1 magnitud melanda Kepulauan Ambon di timur Indonesia, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), petang ini. Setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan dan kecederaan susulan gempa yang pada awalnya dicatatkan berukuran 7.0 magnitud. USGS berkata, gegaran berpusat di kedalaman 75 kilometer (km) di 174km dari timur laut Ambon. - Reuters 

Kali terakhir ke kebun

Bagan Serai: Rutin harian seorang lelaki yang dalam perjalanan ke kebun untuk menjalankan kerja meracun bertukar tragedi apabila mangsa maut dirempuh lori di Kilometer 97, Jalan Ipoh Butterworth, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian jam 8.23 pagi, mangsa, Ahmad Tarmizi Mat Kassim, 57, yang berasal dari Simpang Empat Semanggol, dekat sini, maut di tempat kejadian akibat parah dialami.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Sport dikatakan dirempuh lori ketika keluar dari simpang jalan di lokasi kejadian.
“Siasatan mendapati sewaktu mangsa keluar dari simpang jalan, di situ, lori yang dalam perjalanan dari arah Butterworth menghala Ipoh dikatakan terkejut dengan tindakan mangsa.
“Pemandu lori berusia 49 tahun itu segera menekan brek kenderaan dan cuba mengelak mangsa, namun akibat jarak dekat menyebabkan mangsa dirempuh lori berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Kemalangan itu juga menyebabkan lori berkenaan dikatakan berpusing dan terbalik sehingga menyebabkan pemandunya cedera dan terperangkap pada bahagian pemandu sebelum diselamatkan pasukan penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai,” katanya.
Omar Bakhtiar berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berkenaan kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.
Dalam pada itu, saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Ismail berkata, dia yang berada di kedai makan berhampiran terkejut menyaksikan kemalangan itu.
Menurutnya, dia bersama dua lagi rakannya yang sedang minum di kedai berkenaan segera menghampiri mangsa yang terbabit dalam kemalangan bagi memberikan bantuan.
“Dalam masa yang sama kami menghubungi talian kecemasan bagi memaklumkan kejadian,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 8:43 AM


MAYAT mangsa yang maut di lokasi kejadian bersebelahan lori yang terbalik selepas merempuh mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98885#sthash.9Jz4nQXb.dpuf

Kakak merajuk bawa diri 26 tahun

Kerteh: “Selepas bercerai, kakak merajuk dan sehingga hari ini tiada khabar berita,” kata Zalizah Manaf, 39, yang kehilangan kakaknya sejak 26 tahun lalu.
Zalizah berkata, kakaknya, Zalati Manaf, 48, keluar dari rumah di Kampung Baru Kuala Abang, dekat sini, tanpa menyatakan arah tujuannya selepas beberapa hari bercerai dengan suaminya.
Katanya, kakaknya meninggalkan tiga anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki kepada ibunya, Limah Deraman sebelum keluar dari rumah.
“Ketika itu dia tidak menyatakan kepada ibu termasuk kami lima beradik ke mana arah tujuannya.
“Kami pula tidak cuba menjejaknya kerana beranggapan dia merajuk seketika untuk memujuk hati yang sedih selepas bercerai,” katanya di rumahnya di Perumahan Mampu Milik, di sini, semalam.
Zalizah berkata, sejak kebelakangan ini, dia dan adik-beradik cuba mencari kakaknya di merata tempat, namun menemui jalan buntu.
“Kami berusaha mencarinya kerana sangat rindu dengan kakak. Tiga anaknya juga merindui ibu mereka yang sudah lama tidak bersua,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Zalizah di talian 014-5269371.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 8:56 AM


ZALATI
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98893#sthash.4IqOC0xO.dpuf

Kaya hasil curi kereta mewah

Subang Jaya: Seorang wanita berusia 28 tahun yang mahir mencuri kenderaan mewah dikesan bersembunyi dan tinggal di hotel mewah sejak beberapa bulan lalu.
Suspek wanita itu bagaimanapun ditahan polis bersama empat lelaki dalam dua serbuan berasingan, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Subang Jaya Lee Swee Meng berkata, semua suspek ditahan itu disyaki menganggotai kumpulan pecah rumah dan curi kereta mewah sekitar daerah ini.
Menurutnya, suspek melakukan dua kes jenayah pada 18 dan 22 November lalu di Taman Saujana Puchong serta melarikan sebuah kereta BMW.
“Polis menangkap suspek pertama seorang lelaki berusia 30-an selepas dikesan muncul kembali di Taman Saujana Puchong untuk melakukan kegiatan pecah rumah bersama dua rakannya.
“Bagaimanapun dua suspek lagi melarikan diri. Suspek yang ditahan itu kemudian mendedahkan maklumat berhubung ahli kumpulannya,” katanya.
Berikutan itu, polis menahan teman wanitanya di sebuah hotel bersama sebuah kereta BMW yang dilaporkan dicuri sebelum ini.
“Susulan itu, polis menahan pula seorang lelaki berusia 48 tahun berhampiran Bandar Puteri Puchong pada hari yang sama.
“Pemeriksaan terhadap lelaki terbabit menemui pelbagai ketulan dadah jenis syabu seberat 34 gram dan pil ektasi sebanyak 110 biji di dalam beg sandang suspek,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Swee Meng berkata, siasatan terhadap tiga suspek itu membawa penahanan perancang utama sindiket itu.
Katanya, suspek keempat berusia 40 tahun yang mendalangi kumpulan itu ditahan kelmarin di hadapan sebuah hotel, di sini.
“Pemeriksaan terhadap suspek turut menemui peralatan pecah rumah dan ketulan kristal disyaki syabu seberat dua gram bersama wang tunai pelbagai negara.
“Semua suspek direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457/379 Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 9:33 AM


LEE (lima dari kiri) menunjukkan barangan pecah rumah yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98915#sthash.k9n9Souj.dpuf

Kemalangan kereta api ragut 14 nyawa

Patna: Dua kemalangan kereta api di timur dan utara India meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, kata polis dan pegawai kereta api, semalam.
Dalam kejadian pertama, sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) di lintasan kereta api tanpa pengawal di Jharkhand, timur India, menyebabkan semua 13 orang di dalam kenderaan itu mati.
Jurucakap polis, SN Pradhan berkata, antara yang terbunuh dalam kemalangan yang berlaku lewat tengah malam itu ialah lima kanak-kanak.
Pradhan menjelaskan polis menyiasat dakwaan saksi kejadian yang mengatakan tayar SUV itu tersangkut di landasan dan dirempuh sebelum mangsa dapat menyelamatkan diri.
Dalam kejadian berasingan, dua kereta api bertembung, membunuh seorang pemandu kereta api berkenaan.
Jurucakap kementerian kereta api India, Neeraj Sharma memberitahu, sekurang-kurangnya 50 cedera dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 60 kilometer ke selatan New Delhi itu.
Penglihatan terhad disebabkan pencemaran dan bermulanya musim sejuk mungkin menyumbang kepada kemalangan itu, katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 10:56 AM


ORANG ramai berkerumun untuk melihat sendiri kesan kemalangan kereta api di utara India, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98939#sthash.phJJHSeI.dpuf

Dua Pemandu Lori Maut Kemalangan


Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 5:03 PM

IPOH: Dua pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung di Kilometer 78 Jalan Sitiawan-Taiping, kira-kira 80 kilometer dari sini, Isnin.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harith Kam Abdullah berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi ialah S. Bala, 34, berasal dari Batu 5, Segari dan Ng Chiang Soon, 37, dari Pekan Gurney, Sitiawan.
Kedua-dua mangsa yang cedera parah di badan serta kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, katanya.
Beliau berkata kejadian berlaku apabila lori yang dipandu Ng dalam perjalanan dari Sitiawan ke Taiping dikatakan terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori yang dipandu Bala.
"Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa tersepit dan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa, katanya.

Penumpang Cetus Kecoh Cuba Bawa Bom Mainan Dalam Pesawat


Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 8:31 AM
Bom mainan yang dibeli oleh seorang pelancong warga Britain cuba dibawa masuk ke dalam pesawat bagi penerbangan dari Bali ke Doha.

SEBUAH pesawat terpaksa kembali ke terminal lapangan terbang di Bali hanya sejurus beberapa minit sebelum berlepas apabila seorang pelancong warga Britain cuba membawa bom mainan ke dalam pesawat.
Portal Mail Online melaporkan lelaki berkenaan memberitahu para pegawai di Lapangan Antarabangsa Ngurah Rai di Bali, Indonesia bahawa dia membeli barang berkenaan yang kelihatan seperti pemasa yang dilekatkan dengan batang dinamit di sebuah kedai permainan.
Dia membeli permainan itu untuk tujuan parti sambutan Tahun Baru.
Bagaimanapun, dia dimaklumkan bahawa permainan itu tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pesawat Qatar Airlines bagi penerbangan ke Doha.
Dia kemudiannya meninggalkan barangan tersebut sebelum mendaftar masuk seperti biasa.
Bagaimanapun, lelaki itu diarah disoal siasat selepas disedari oleh pengurus besar lapangan terbang ketika pesawat yang dinaikinya sudah dibawa ke landasan untuk persediaan berlepas.
Memetik laporan The Telegraph, penumpang berkenaan ialah Davide Fogli, 46, seorang pereka grafik yang dilahirkan di Turin tetapi merupakan pemegang pasport Britain.
Lelaki tersebut ditahan dan disoal siasat, manakala pegawai penyiasat membuat pemeriksaan di kedai permainan seperti yang didakwa penumpang berkenaan.
Fogli dan temannya akhirnya dilepaskan selepas 24 jam.
Polis memberitahu media: "Kami telah membebaskan mereka.
"Kami mendapati tiada petunjuk yang menjadi sebab-sebab mencurigakan. Dia hanya membeli permainan. Bagaimanapun pihak berkuasa lapangan terbang telah membuat laporan maka kami perlu menjalankan siasatan," katanya.
Pihak berkuasa lapangan terbang mempertingkatkan keselamatan susulan serangan pengganas yang menyasarkan pelancong dari Rusia dan negara-negara Barat.

Universiti Pecat Profesor Amuk Dalam Pesawat

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 10:39 AM


SINGAPURA: Sebuah universiti di wilayah Sichuan di China menamatkan perkhidmatan seorang profesor yang bertindak di luar kawalan di dalam pesawat sebagai cubaan untuk menaik taraf kelas penerbangannya kepada kelas pertama.
Dalam satu kenyataan di akaun rasmi universiti itu di media sosial Weibo pada Selasa, Universiti Ekonomi dan Kewangan Southwestern di Chengdu, wilayah Sichuan mengesahkan bahawa lelaki berkenaan yang dikenal pasti sebagai Lu Yong telah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan sejak Ogos lalu.
Beliau juga merupakan pengarah bagi Pusat Penyelidikan Kewangan Internet di universiti tersebut.
Menurut universiti berkenaan, pihaknya tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan pensyarah yang tidak beretika.
"Kami percaya seseorang profesor seharunys dihormati dari segi moral kerana mereka merupakan pendidik kepada pra pelajar," tambahnya.
Dalam kejadian yang membabitkan pesawat United Airlines, Lu dikatakan mabuk sebelum mengamuk kerana tidak berpuas hati apabila permintaannya untuk menukarkan kelas penerbangan kepada kelas pertama tidak dipedulikan.
Rakaman video yang tersebar secara dalam talian pada 6 Disember lalu menunjukkan pegawai polis cuba untuk menahan Lu dalam pesawat United Airlines sejurus sebelum ia memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Pudong di Shanghai ke New York. – The Straits Times/Asia News Network

FBI Siasat Wang AS$28,000 Dimasukkan Ke Akaun Penyerang California


Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 10:11 AM

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang mentiasat wang berjumlah AS$28,000 (RM119,532) yang didepositkan ke dalam akaun pasangan suami isteri yang menembak mati 14 orang dalam satu insiden tembakan rambang di California minggu lalu.
Menurut sumber, wang berkenaan dipercayai dimasukkan oleh seorang peminjam secara dalam talian kira-kira dua minggu sebelum insiden serangan.
Tambah sumber, polis menyiasat perkara itu sebagai tindakan keganasan.
Menerusi satu pendedahan, tindakan suspek pertama, Syed Rizwan Farook, 28, mengambil wang berkenaan dari perkhidmatan pinjaman yang berpangkalan di San Francisco telah membawa kepada petunjuk baharu dalam siasatan berhubung insiden.
FBI menyifatkan Farook dan isterinya, Tashfeen Malik, 29, sebagai pasangan yang radikal oleh ideologi extremis.
Seramai 14 orang terbunuh dan 21 yang lain cedera dalam insiden tembakan rambang di California. Pasangan itu bagaimanapun ditembak mati beberapa jam dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan polis. - Reuters

Pencuri Dibaham Buaya Semasa Sembunyi Dari Polis


Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 11:29 AM
Matthew Riggins, 22, maut dibaham buaya dipercayai selepas menyembunyikan diri daripada pihak polis di sebuah tasik.

SEORANG pencuri maut dibaham buaya dipercayai berlaku semasa menyembunyikan diri daripada pihak polis di sebuah tasik.
Portal Mirror melaporkan Matthew Riggins menyembunyikan diri daripada pihak polis di sebuah tasik di Barefoot, Florida selepas cubaannya memecah masuk rumah-rumah.
Dia menghubungi teman wanitanya dan memaklumkan mengenai pihak polis sedang memburunya.
Bagaimanapun, dia dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah keesokan harinya.
Mayatnya kemudian ditemui di sebuah tasik tetapi pasukan penyelamat hampir diserang oleh seekor buaya semasa hendak mengangkat mayat Riggins.
Bahagian tangan dan kaki Riggins ditemui di dalam perut haiwan berkenaan.
Bercakap kepada Bay News, seorang penduduk, Laura Farris berkata: "Dia bersembunyi di tempat yang salah."
Pada malam kejadian, Riggins memberitahu teman wanitanya mengenai rancangan untuk memecah masuk rumah.
Dia bagaimanapun tidak pulang ke rumah dan siasatan dibuat sebagai orang hilang.
Mayatnya dijumpai 10 hari kemudian.

Jualan senjata api meningkat di AS


Ramai penduduk AS mahu memiliki senjata api sebagai langkah untuk melindungi keselamatan mereka.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kebanyakan penduduk di Amerika Syarikat (AS)  kini mula menyimpan senjata api di rumah selepas insiden amukan tembakan di San Bernardino pada minggu lalu.
Jualan senjata api dilaporkan meningkat secara mendadak selepas kebanyakan pelanggan mahu mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang dengan insiden serangan susulan.
Pengurus Range, Guns & Safes yang beroperasi di Atlanta, Georgia, Ray Peters berkata, ramai penduduk melihat pistol dan senapang itu sebagai keperluan untuk melindungi keselamatan keluarga mereka.
Sebelum ini, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) melaporkan jualan senjata api meningkat pada tahun ini selepas Washington mencatat kejadian amukan tembakan paling tinggi berbanding negara lain. 
Dalam perkembangan lain, hasil siasatan awal FBI mendapati kedua-dua penyerang, Syed Farook dan Tashfeen Malik yang menembak mati 14 orang di California itu pernah terlibat dalam kegiatan radikal. 
Penolong Pengarahnya, David Bowdich mengukuhkan hipotesis beliau bahawa kejadian tembakan itu dicetuskan oleh kumpulan IS.
Menurutnya, FBI masih meneruskan siasatan untuk mengetahui sama ada pasangan itu yang ditembak mati pihak berkuasa, Rabu lalu ada kaitan dengan IS selepas polis turut menemui lima senjata api bersama ribuan peluru dan bahan letupan untuk membuat bom paip di kediaman mereka.
"Saya mahu menjelaskan bahawa kami belum menemui sebarang bukti menunjukkan serangan itu dirancang dari luar AS. Kami mungkin akan menemui jawapan atau sebaliknya," jelasnya lagi. - Press T
V

Potong kemaluan sendiri kerana kekasih


Rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki memotong alat kemaluannya sendiri.

MERSIN - TURKI. Seorang penjaja makanan bertindak memotong kemaluannya sendiri selepas bertengkar dengan teman wanitanya melalui telefon.
Melalui rakaman CCTV, seorang lelaki berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai HB memotong alat sulitnya dengan pisau pencukur di sebuah jalan di daerah Yansehir, Mersin.
Seorang saksi berkata, lelaki berkenaan memotong alat sulitnya dengan pisau pencukur sehingga terputus selepas bertekak dengan kekasihnya melalui telefon.
Polis peronda dan pejalan kaki yang berada di lokasi kejadian turut cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan.
Memetik Mirror.uk, lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Universiti Fakulti Perubatan Mersin dan berjaya mencantumkan semula alat sulit lelaki tersebut namun menurut doktor yang merawatnya, bahagian sulit lelaki berkenaan rosak teruk dan berkemungkinan tidak dapat diselamatkan
.

Meletus selepas 110 tahun


Momotombo

PADA 
Isnin minggu lalu, sebuah gunung berapi di Nicaragua meletus buat kali pertamanya dalam tempoh 110 tahun selepas letusan terakhir pada tahun 1905.
Momotombo adalah stratovolcano berbentuk kon (gunung berapi berbentuk kon yang terdiri daripada lapisan lava dan abu) berhampiran Leon, Nicaragua.
Momotombo telah menunjukkan aktiviti seismik kecil sejak lebih 10 tahun lalu, tetapi tetap tenang sepanjang tempoh itu.
Difahamkan, Momotombo terbentuk sejak lebih 4,500 tahun yang lalu. Sebelum letusan ini, ia berdiri pada ketinggian 1,297 meter.
Menurut Institusi Program Letupan Gunung Berapi Global, Momotombo mempunyai tempoh amat aktif dalam penghujung tahun 1800 an, dengan letusan 10 letusan disahkan antara tahun 1849 hingga 1905.
Ia juga meletus beberapa kali pada tahun 1600 an dan 1700 an. Pada 1610, letusan memusnahkan tapak asal pecan Leon.
Selepas letusan terakhir pada 1905, ia ‘tidur seketika’ selama lebih 100 tahun. - Livescienc
e

Disangka persembahan, rupanya betul-betul ditikam



MIAMI - AMERIKA SYARIKAT. Orang ramai yang mengunjungi pameran seni Basel di pantai Miami pada Sabtu menyangka tindakan seorang wanita menikam pengunjung sebagai persembahan seni.
Laporan WSVN mengatakan Siyuan Zhao, 24 telah menikam seorang pengunjung wanita di bahagian leher ketika orang ramai menikmati pameran.
Orang ramai menyangka darah yang keluar dari leher mangsa adalah palsu dan tidak mempedulikan kejadian tersebut.
"Mereka (pengunjung) langsung tidak menyangka ianya satu kejadian jenayah sebenar. Keadaan ketika kejadian adalah tenang dan orang ramai berbual-bual," kata saksi, Gregg Hill.
Zhao ditahan sejurus selepas kejadian dan polis juga menemui sebuah pisau jenis Acto yang sering digunakan untuk tujuan seni.
"Saya perlu bunuh dia dan dua lagi individu! Saya perlu lihat mereka mati!," Zhao dipetik sebagai berkata
.

Berjudi sampai tak sedar diserbu

Kulim: Tiga puluh individu termasuk lapan wanita ditahan ketika sedang bermain judi belangkas di bawah khemah di Padang Serai, di sini, lewat petang semalam.
Serbuan dilakukan sepasukan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar diketuai Inspektor Noor Azman Adnan, pada kira-kira 6 petang.
Dalam serbuan itu, RM29,000 tunai bersama peralatan judi dirampas bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata beberapa individu bermain judi cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.
Menurutnya, pihaknya menahan 22 lelaki dan lapan wanita berusia 18 hingga 72 tahun untuk siasatan.
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga khemah, empat kipas angin, enam lampu, kerusi, meja, dadu dan cip pelbagai warna untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurutnya, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 72(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 2:45 AM


IHSAN Polis Diraja Malaysia
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98841#sthash.SwiBKBor.dpuf

Gunung Bromo diletak pada tahap 3

Jakarta: Gunung berapi Bromo di Jawa Timur diletakkan pada status berjaga-jaga tahap 3 dan penduduk dinasihatkan bersiap-sedia sekiranya letusan berlaku, kata Badan Bantuan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) kelmarin.
Pegawai BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, walaupun gunung berapi itu diletakkan pada tahap 3 tetapi penduduk dinasihatkan supaya tidak panik.
Katanya, Bromo mengeluarkan bunyi kuat dari dalam kawah dan mengeluarkan debu nipis ke udara.
“Kami terus memantau gunung berapi ini dan sentiasa bersedia sekiranya sebarang letusan berlaku,” ujarnya.

Menurutnya, selain Bromo, gunung Raung dan gunung Semeru juga menunjukkan peningkatan aktiviti dan diletakkan pada tahap 2.
“Gunung Raung diletakkan pada tahap 2 sejak 24 Ogos lalu selepas mula menunjukkan tanda-tanda aktif.
“Daripada laporan akhir yang diterima terdapat gegaran berterusan di gunung berkenaan,” jelasnya.
Tambahnya, gegaran juga dikesan di gunung Semeru sejak diletakkan pada tahap 2 pada 2 Mei lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 7:55 AM


BROMO muntahkan debu, semalam.

Lelaki bunuh 16 wanita ditahan

Bogota: Pihak berkuasa Colombia semalam berkata, ia mula menyiasat kematian kira-kira 16 orang yang dipercayai dibunuh lelaki sama.
Menurut polis, mereka menemui sembilan mayat wanita selepas menangkap lelaki yang digelar ‘Raksasa Monserrate.’
Lelaki yang nama sebenarnya Fredy Armando Valencia, 34, mengaku membunuh tujuh lagi wanita dan menanam mayat mangsa di sekitar Gunung Monserrate di Bogota yang juga kawasan tarikan pelancong Colombia.
Pakar forensik semalam dikerah ke kawasan itu untuk mencari lebih banyak mayat. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 5:08 AM


PENYIASAT mengusung mayat seorang mangsa di kaki Gunung Monserrate di Bogota.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98377#sthash.DPTePHlO.dpuf

1,000 rumah setinggan musnah

Mumbai: Kebakaran besar berpunca daripada letupan beberapa tong gas melanda sebuah kawasan setinggan yang sesak di sini, semalam, menyebabkan seorang terbunuh dan memusnahkan kira-kira 1,000 rumah.
Rakaman video dan gambar yang dimuat naik di Twitter menunjukkan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara Kandivali selepas lebih 12 tong gas meletup hampir serentak.
“Kira-kira 1,000 rumah musnah,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai Dhananjay Kulkarni.
Menurutnya seorang terbunuh tetapi mangsa, termasuk jantinanya tidak mungkin dapat dicam kerana rentung sama sekali.
Kulkarni berkata, angka kematian mungkin meningkat.
Ketua bomba Mumbai Prabhat Rahangdale berkata, antara 15 hingga 20 tong gas meletup di timur Kandivali, kawasan seinggan di utara bandar raya Mumbai.
“Dua wanita melecur antara 40 dan 42 peratus sementara empat lelaki cedera ringan,” katanya.
Menurut Rahangdale, 16 kereta bomba dikerah ke kawasan itu selepas pihaknya menerima laporan sejurus selepas jam 12.30 tengah hari (3 petang waktu Malaysia).
Kebakaran semalam adalah bencana buruk terbaru di Mumbai tahun ini.
Jun lalu, tujuh orang mati selepas mereka terperangkap dalam lif di tingkat atas sebuah bangunan.
Sebelum itu, empat pegawai kanan bomba bandar itu terbunuh dalam kebakaran satu lagi bangunan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 7:41 AM


SEORANG wanita menangis selepas kediamannya turut musnah dalam kebakaran itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98568#sthash.k4xlR21K.dpuf

Banjir di England masih buruk

London: Perdana Menteri Britain semalam mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa darurat bagi membincangkan banjir teruk yang melanda barat laut England hingga menyebabkan ribuan rumah terputus bekalan elektrik untuk hari kedua.
Selepas negara itu dibadai ribut dan hujan lebat pada Sabtu dan Ahad lalu dan menyaksikan tentera dikerah untuk membantu penduduk yang terjejas, Agensi Alam Sekitar Britain berkata, amaran darurat di 80 kawasan masih berkuatkuasa dengan 46 daripadanya serius.
Penduduk di barat laut yang juga terjejas teruk dalam banjir pada 2009 dan 2005 menyelar kerajaan kerana lambat bertindak menghulurkan bantuan.
Bagaimanapun, Ketua Agensi Alam Sekitar James Bevan menyifatkan kejadian itu sebagai ‘tidak diduga.’ - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 7:45 AM


PASUKAN penyelamat menggunakan kayak untuk membantu orang ramai yang terperangkap dalam banjir di Warwick, Carlisle, England, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98574#sthash.FGKj0ZIt.dpuf

Shah Jaszle dakwa diperangkap


PETALING JAYA – Pelakon Shah Jaszle membe­ritahu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini semalam dia mengesyaki serbuan khalwat yang dilakukan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada dua tahun lalu merupakan perangkap yang didala­ngi oleh Farah Nurizzati Salleh.
Dia yang mula dikenali dengan drama Asmara itu berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan salah seorang anggota penguat kuasa JAIS pada malam kejadian, serbuan tersebut dilakukan selepas menerima aduan yang dipercayai dibuat oleh Farah Nurizzati sendiri.
“Saya dimaklumkan ­aduan pertama dibuat pada pukul 11 malam (15 Mei 2013) sedangkan saya hanya memasuki rumah Farah Nurizzati pada pukul 3.15 pagi (16 Mei 2013) untuk mengambil pakaian yang akan digunakan untuk penggambaran drama pada keesokkan pagi­nya.
“Saya juga mempunyai bukti kiriman pesanan ringkas (SMS) yang menunjukkan Farah Nurizzati mengharapkan pertunangan saya (dengan Redzwani Pu­teri) terputus berikutan kejadian khalwat ber­kenaan,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3tm85w1RI 
Hakcipta terpelihara 

Ibu didakwa bunuh dua anak



SHOK KIAN (tengah) dikawal oleh anggota polis ketika hadir di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan membunuh dua orang anaknya semalam.


SUNGAI PETANI – Seorang ibu berusia 35 tahun yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh dua anak lelakinya Jumaat lalu, diperintahkan untuk menjalani pemeriksaan psi­kiatri.
Majistret Mohd. Hadi Hakimi Harun memerintahkan tertuduh, Saw Shok Kian, 35, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama 30 hari untuk pemerhatian.
Ini susulan permohonan dikemukakan peguam mewaki­li tertuduh daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Farahdina Che Bakar dan Timbalan Pendakwa Raya, Nur
Anida Nasir menyokong permohonan itu.
Shok Kian didakwa membunuh dua anaknya, Tee Cong Ming, 5, dan Tee Chong Sern, 2, antara pukul 10 malam, 30 November hingga pukul 3 petang, 1 Disember lalu di sebuah rumah di Taman Wira Indah di sini.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3tm6EUCVT 
Hakcipta terpelihara