Lelaki yang dikenali sebagai Luo bertindak memanjat tiang elektrik berkenaan selepas dikatakan bergaduh dengan teman wanitanya.
Memetik laporan NetEase, mangsa duduk di atas tiang berkenaan dan kemudian membuat panggilan melalui wayar penghantar sebelum terkena renjatan elektrik sehingga menyebabkan badannya terbakar dan jatuh ke tanah.
Menurut saksi di tempat kejadian, mereka terdengar bunyi letupan selepas terlihat percikan api.
Luo dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun punca pergaduhan pasangan itu masih tidak dapat dipastikan.