Search This Blog

Tuesday, December 1, 2015

Banjir: 600 Penduduk Di Rantau Panjang Putus Hubungan


Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 5:31 PM

PASIR MAS: Kira-kira 600 penduduk di empat kampung di Rantau Panjang di sini, terputus hubungan berikutan limpahan air Sungai Golok sejak Ahad malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Penolong Pegawai Bomba Rahmat Kamaruzzaman berkata empat kampung terbabit ialah Kampung Tersang, Kampung Bongor, Kampung Jawi dan Kampung Putat Tujuh.
"Kampung terbabit terputus hubungan selepas jalan kampung yang menghubungkan dengan jalan utama di Lubok Jong dinaiki air kira-kira satu meter.
"Bagaimanapun, tiada mangsa dipindahkan setakat ini dan keadaan masih terkawal," katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang di sini, Isnin.
Beliau berkata seramai 45 anggota bomba termasuk anggota sukarelawan dan bomba bantuan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi banjir pada kali ini.
Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan terlibat mendapati penduduk mula membuat persiapan dengan memindahkan kereta ke tempat tinggi kerana bimbang air semakin meningkat naik.
Selain itu, penduduk yang tinggal berdekatan dengan Jalan Lubok Jong mula membina titi yang menyambungkan rumah mereka dengan jalan berkenaan supaya senang untuk berpindah.
Seorang penduduk, Jasmin Hasan, 55, dari Kampung Lubok Jong di sini, berkata hujan lebat mula berlaku sejak Jumaat lepas sehingga menyebabkan air di kawasan rumahnya naik sehingga satu meter.
"Bagaimanapun saya masih belum mahu berpindah kerana nak tengok keadaan semasa. Jika air terus naik dan arahan berpindah dikeluarkan, baharu saya akan berpindah," katanya.
Seorang lagi penduduk, Mah Long, 56, berkata banjir di kawasan itu adalah perkara biasa setiap kali berlakunya musim tengkujuh.
Sehingga 4 petang ini, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras bacaan 9.60 meter. Paras bahaya bagi sungai berkenaan adalah 9 meter.
DI SIBU, pusat pemindahan banjir di Sekolah Jenis Kenangsaan Cina (SJKC) Tong Ah di Selangau ditutup pada 9 pagi hari ini selepas banjir yang menjejaskan beberapa sekolah dan rumah panjang semalam, kembali pulih.
Menurut pegawai Pertahanan Awam daerah Sibu Kapten Frankie John, 31 mangsa dari 12 keluarga yang dipindahkan ke pusat berkenaan malam tadi telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
"Ada di antara penduduk yang terjejas tidak bermalam di pusat pemindahan tetapi menumpang di rumah saudara-mara mereka," katanya di sini.

Wanita ditemui mati dalam rumah

ISNIN, 30 NOVEMBER 2015 @ 11:40 PM

 Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my mohd_iskandar@bh.com.my


AMPANG JAYA: Seorang wanita warga tua ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumahnya di Taman Melawati di sini, petang tadi. Mayat mangsa berusia 66 tahun itu ditemui penghuni lain yang menyewa di kediaman wanita terbabit pada jam 6.15 petang sebelum menghubungi polis. Difahamkan, mangsa meninggal dunia akibat ditumbuk beberapa kali di bahagian muka. Ketua Polis Daerah Ampang, Senior Asisten Komisioner Khairuddin Saad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar kejadian itu. "Polis masih menjalankan siasatan dan kita percaya mangsa meninggal dunia akibat dibunuh. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. Katanya, mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/101126
ISNIN, 30 NOVEMBER 2015 @ 10:34 PM

2 kanak-kanak, seorang remaja dikhuatiri lemas KUALA LUMPUR: Dua remaja berusia 12 dan 14 tahun serta seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai berhampiran Kem Perdana Sungai Besi di sini petang tadi. Jurucakap bomba memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi bergegas ke lokasi kejadian. "Usaha mencari dan menyelamat semua mangsa sedang dilakukan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/101123

Peniaga dihukum gantung edar metamphetamine

Kota Bharu: Seorang peniaga kedai makan warga Thailand berusia 51 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mengedar 76.39 gram dadah jenis methampetamine di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdullah Saofi, 51, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis metamphetamine di sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Pasir Mas, pada jam 7.10 malam, 15 Disember 2006.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 4:16 PM


Abdullah Saofi, 51, (menutup kepala dengan tuala putih) di bawa keluar dari mahkamah hari ini, selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar 76.39 gram dadah methampetamine pada Disember 2006. - Foto ZAMAN HURI ISA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96839#sthash.bSY7w636.dpuf

Dua pekerja kontrak maut, dua parah

Kajang: Dua pekerja kontrak memasang peti sejuk maut manakala dua lagi parah selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar pokok di kilometer 17 Lebuhraya Cheras-Kajang berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Bukit Dukung Kajang, malam semalam.
Dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Reflee Majjaun dan Jimmy Kolok masing-masing berusia 22 tahun.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, mangsa meninggal dunia tempat kejadian akibat parah di kepala.
"Manakala dua lagi mangsa yang parah kini dirawat di Hospital Serdang.
"Kereta yang dinaiki mangsa adalah milik majikan tempat mereka bekerja di Selayang," katanya.
Willey berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 3:53 PM


KENDERAAN terbabas sebelum melanggar pokok. FOTO ihsan Polis
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96835#sthash.kiq1CLHS.dpuf

Mahkamah: Saksi nampak tertuduh ambil telefon

Kuala Lumpur: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa tertuduh kes curi telefon bimbit di Plaza Low Yat pada Julai lalu, telah mengambil telefon bimbit itu dan terus meninggalkan kedai telefon tersebut.
Bekas pekerja Techasia Boutique, See Ming Ho berkata, tertuduh Shahrul Anuar Abdul Aziz, mengambil telefon itu selepas beliau (See) berpusing ke belakang untuk mengambil hadiah percuma bagi pembelian telefon bimbit jenis Lenovo.
See berkata, selepas beliau bersetuju dengan harga diskaun yang ditawarkan tertuduh, beliau kemudian memusingkan badan untuk mengambil hadiah percuma itu, bagaimanapun ketika beliau berpusing semula, beliau melihat tertuduh telah meninggalkan kedai bersama telefon bimbit tersebut.
“Saya nampak dia ambil telefon dan meninggalkan kedai (di tingkat UG) dan saya lihat dia lari ke arah eskalator. Masa tu saya jerit pencuri! pencuri! pencuri! sebanyak tiga kali dan lihat dia terjatuh (sebaik menuruni eskalator ke tingkat bawah, iaitu G),” katanya.
Saksi pertama itu memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama kes Shahrul Anuar, 22, seorang penganggur yang didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang, pada 4.47 petang, 11 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Menceritakan kejadian itu, See, 27, jurujual di kedai telefon Techasia Boutique dan bekerja di situ selama sebulan dari 5 Jun 2015 hingga 13 Julai 2015 berkata selepas itu beliau menjerit meminta tolong.
Beliau kemudiannya bergegas turun ke tingkat G dan melihat pekerja di sebuah kedai telefon lain menahan tertuduh dan tidak berapa lama kemudian pengawal keselamatan di plaza itu datang dan tertuduh dibawa ke bilik pengawal.
“Semasa saya berada di bilik pengawal keselamatan, saya tanya kepada tertuduh, bolehkah serah telefon itu kepada saya, lelaki itu berkata telefon itu tidak ada,” katanya dan menambah dia kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Ketika ditanya oleh seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne mengenai bagaimana dia boleh begitu pasti tertuduh yang mencuri telefon itu, saksi itu berkata kerana dia yang menyerahkan telefon bimbit itu kepada tertuduh dan dia melihat tertuduh beredar dari kedai sambil memegang telefon bimbit itu.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Nur Hayati Don Omar yang mewakili tertuduh, saksi itu berkata dia bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa kedainya terletak di tempat laluan orang ramai namun tidak bersetuju sesiapa sahaja boleh mengambil telefon itu dan beredar dari situ.
Kepada soalan balas peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, saksi itu memberitahu dia tidak tahu di mana telefon bimbit itu berada selepas tertuduh jatuh dari eskalator.
“Saya tidak nampak telefon semasa saya sampai di situ (tempat tertuduh terjatuh).
“Saya nampak tertuduh berlari ke bawah kemudian dia terjatuh dari eskalator, (masa itu) saya nampak tertuduh dengan telefon, cuma (selepas tertuduh jatuh) telefon jatuh ke arah mana saya tak pasti,” katanya yang memberitahu terdapat ramai orang ketika itu.
Selain peguam Nur Hayati dan Abdul Aziz, tertuduh turut diwakili Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dan Mohammad Yahya Zakaria.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor bersambung esok. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 8:24 PM


FOTO Arkib NSTP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96868#sthash.HEisXQW8.dpuf

Tanah runtuh di Sungai Lembing

Kuantan: Hujan lebat yang turun awal pagi semalam menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan tapak letak kereta di sebuah chalet di Sungai Lembing hingga mengakibatkan dua buah kenderaan mengalami kerosakan.
Ketua Balai Polis Sungai Lembing SM Harsat Yaakob berkata kejadian berlaku kira-kira sejam selepas hujan lebat, antara jam 2 pagi hingga 6 pagi.
“Kedua-dua kenderaan jenis pacuan empat roda itu dilapor menggelongsor ke lereng bukit dan mengalami kerosakan kecil.
“Sebuah daripadanya adalah milik pengunjung manakala sebuah lagi kepunyaan pemilik chalet. Kedua-duanya ditarik ke atas jam 11 pagi,” ” katanya.
Beliau berkata mujur kenderaan tersebut tidak terjatuh ke bawah lereng bukit kerana pemiliknya sebelum ini membina konkrit penahan hakisan di tepi lereng tersebut. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 5:04 PM


FOTO Arkib NSTP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96848#sthash.maPuKY6p.dpuf

Mengaku bersalah rogol adik ipar

Seremban: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap dua pertuduhan merogol adik iparnya berusia 11 tahun.
Lelaki berusia 35 tahun itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim N Kanageswari. 
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di sebuah rumah di Port Dickson, dekat sini, pada 1 September dan 23 November lalu.
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 
Mahkamah menetapkan 30 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum.
Media Metro pada 25 November lalu, melaporkan, seorang lelaki yang baru sebulan berkahwin dengan remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun, ditahan kerana merogol adik iparnya berusia 11 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 4:29 PM


Penganggur menghadapi dua pertuduhan merogol adik ipar berusia 11 tahun, dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban. - Foto WAN NUR AMIRAH WAN MOHAMED REDZA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96845#sthash.OE6ZgfiK.dpuf

Geng pecah rumah, curi motosikal dicekup

Shah Alam: Lebih 20 kes pecah rumah dan curi motosikal berjaya diselesaikan selepas dua kumpulan penjenayah ditahan dalam beberapa tangkapan berasingan sejak Selasa lalu di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dua kumpulan terbabit dikenali sebagai Geng Jeeva Rimba Jaya dan Geng Ahmad dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu di sekitar daerah itu.
"Polis berjaya menahan tiga lelaki berusia 18 hingga 26 tahun serta wanita warga Indonesia berusia 39 tahun pada Selasa lalu yang membawa kepada penemuan komponen motosikal yang sudah dileraikan disembunyikan di pangsapuri dekat sini dan kumpulan ini dikenali sebagai Geng Jeeva Rimba Jaya.
"Pada Jumaat lalu, kita menahan tiga lelaki berusia 23 hingga 29 tahun yang dikenali sebagai Geng Ahmad selepas dipercayai terbabit dalam lebih 10 kes pecah rumah di sekitar Seksyen 16 di sini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, hari ini.
Shafien berkata, nilai rampasan dianggarkan RM80,000 membabitkan puluhan motosikal, barangan elektrik, tong gas dan juga wang tunai.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 4:27 PM


SHAFIEN (tengah) menunjukkan antara barang rampasan selepas polis menahan geng pecah rumah minggu lalu. FOTO Na'imah Mohamed
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96843#sthash.fMldHWx1.dpuf

Mayat mangsa lemas tersangkut pokok

Johor Bahru: Mayat lelaki berusia 30-an ditemui lemas di Pulau Kukup, Pontian di sini, petang tadi.
Sumber bomba dan penyelamat berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui tersangkut pada pokok di kawasan berkenaan pada jam 6.38 petang.
Katanya sebuah jentera bersama lima anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Ayob Kamisan, bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 5.24 petang.
"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati terdapat mangsa lemas.
"Mangsa diambil anggota bomba menggunakan bot amfibia jenis 'Gator Tail' yang boleh menyusuri kawasan berlumpur," katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 8:56 PM


Mayat lelaki yang ditemui di di Pulau Kukup, Pontian, petang tadi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96874#sthash.64PPPhue.dpuf

Meniti batang pokok sebelum terjatuh

Hulu Terengganu: Seorang pemuda berusia 28 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Rahmat, Kuala Berang, di sini, 5 petang tadi.
Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Noor Ali dikejarkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Penolong Penguasa Bomba Ahmad Shah Mohd Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira 5.15 petang dan bergegas ke tempat kejadian.
“Berdasarkan maklumat awal mangsa ialah penduduk kampung itu dikenali sebagai Mohd Ridwan Zulkifli," katanya.
Menurutnya, mangsa yang dipercayai mengalami masalah mental dikatakan berjalan di atas batang pokok tumbang sebelum terjatuh ke dalam sungai.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 10:22 PM


Anggota bomba menjalankan operasi mencari mangsa. - Foto ZAID SALIM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96883#sthash.jUbHVrR3.dpuf

OKU lemas di Pantai Lido

Johor Bahru: Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir dari tebing pantai dalam kejadian di Pantai Lido di sini, malam ini.
Sumber bomba dan penyelamat berkata, usaha mengesan mangsa yang hilang sejurus pihaknya menerima panggilan jam 9.18 malam.
Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Rohaizat Hamdandi bantu enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.
"Pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi jam 9.33 malam untuk mengesan mangsa yang hilang.
"Operasi tidak dapat diteruskan disebabkan air surut dan tidak dapat menurunkan bot penyelamat," katanya.
Operasi mencari mangsa yang hilang diteruskan esok.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 11:38 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96888#sthash.HksQOG30.dpuf

Wanita warga emas mati ditumbuk

Ampang Jaya: Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumahnya di Taman Melawati petang tadi. 
Mayat mangsa berusia 66 tahun itu ditemui penghuni lain yang menyewa di kediaman wanita terbabit pada jam 6.15 petang sebelum menghubungi polis.
Difahamkan, mangsa meninggal dunia akibat ditumbuk beberapa kali di bahagian muka.
Ketua Polis Daerah Ampang, Senior Asisten Komisioner Khairuddin Saad, yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi, memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif kejadian.
"Polis masih menjalankan siasatan dan kita percaya mangsa meninggal dunia akibat dibunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Katanya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 11:41 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96890#sthash.ERYTAnbv.dpuf

Seorang ibu nyaris ke tali gantung



SAY LEIN (kanan) menutup muka dengan baju ketika dibawa keluar dari mahkamah setelah dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara atas kesalahan memiliki dadah di Mahkamah Tinggi, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang ibu kepada dua anak hampir berdepan hukuman mati apabila didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine pada 5 Januari tahun lalu selepas terpedaya de­ngan kata-kata cinta seorang ‘Awang Hitam’.
Tertuduh, Long Say Lein, 57, yang bekerja sebagai pembersih di sebuah hotel di Singapura bagaimanapun boleh menarik nafas lega apabila pertuduhan terhadap dirinya ditukar daripada mengedar kepada memiliki dadah.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak selepas pihak pendakwaan mendapati, wujud keraguan munasabah berhubung pendakwaan kes terhadap tertuduh.
Tertuduh kemudian dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan memiliki dadah jenis me­thamphetamine seberat 2,259.70 gram.
Say Lein mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa.
Dalam hujah pembelaan, tertuduh mendakwa, dia diminta suaminya iaitu seorang lelaki Nigeria untuk mengambil satu beg komputer riba daripada seorang individu tidak dikenali di Singapura sebelum membawanya melepasi tambak ke negeri ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3t1HS1JFW 
Hakcipta terpelihara 

Duit pusaka RM7.5 juta lesap




Bangunan pusat beli-belah Garden Mall di Mid Valley, lokasi seorang daripada dua suspek sindiket penipuan ditahan kelmarin.


KUALA LUMPUR – Seorang gadis warga China yang terpedaya dengan sindiket penipuan urus niaga import dan eksport pelbagai barang­an, berputih mata apabila wang diwarisi daripada keluarga­nya bernilai RM7.5 juta lesap ditipu ahli sindiket itu.
Mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai penasihat kewangan sebuah syarikat di negaranya tertipu dengan projek yang tidak wujud ditawarkan oleh dua lelaki berketurunan Cina rakyat tempatan berusia 57 dan 34 tahun.
Mengikut laporan dibuat mang­sa pada 10 November lalu, gadis itu mengenali kedua-dua suspek pada Julai 2014 menerusi laman sosial sebelum terpe­daya de­ngan bisnes kononnya berkaitan urus niaga import dan eksport barangan.
“Walaupun hanya berkenalan menerusi alam maya, gadis itu terus membuat bayaran pertama sebanyak RM500,000 menggunakan bank draf kepada salah seorang suspek bagi menyertai bisnes yang juga ditunjukkan menerusi laman sosial pada Ogos tahun lalu,” kata satu sumber polis kepada Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3t1HDUdWs 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki Pakistan edar dadah syabu dihukum mati


SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Pakistan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah syabu seberat 590 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman berpuas hati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah ke atas tertuduh, Muhammad Bilal Abdul Jabbar, 28.
Muhammad Bilal, pekerja syarikat perkhidmatan membaiki te­lefon bimbit di Pakistan, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tuntutan bagasi F, Balai Ketibaan Antarabangsa, Aras 3, Bangunan Terminal Utama, KLIA, pada pukul 10.10 pagi, 11 Ogos, 2012. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3t1GmG2bD 
Hakcipta terpelihara 

Rizalman mengaku bersalah


INILAH bangunan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand yang terletak di Wellington tempat Rizalman bekerja.


WELLINGTON – Bekas pembantu staf di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Pegawai Waran Dua, Muhammad Rizalman Ismail, 39, mengaku bersalah semalam di hadapan hakim David Collins atas tuduhan serangan seksual terhadap Tania Bil­lingsley, 21.
Rizalman yang pernah diekstradisi ke New Zealand selepas meninggalkan negara itu di bawah imuniti diplomatik sebelum ini me­ngaku tidak bersalah atas tuduhan memecah masuk dan me­nyerang dengan niat untuk merogol.
Akibat perbuatan tidak senonoh itu, Rizalman kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun. Mahkamah New Zealand dija­dualkan mendengar hujah berhubung fakta yang masih dalam pertikaian pada Jumaat ini sebelum hukuman dijatuhkan.
Menurut ringkasan pihak polis, kes itu tercetus selepas mangsa yang berusia 21 tahun sedang menonton filem seorang diri di dalam bilik tidurnya pada 9 Mei tahun lepas apabila Rizalman memasuki rumah yang tidak berkunci.
Pada ketika itu, Rizalman dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju sahaja.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3t1GWvYwl 
Hakcipta terpelihara 

Trump enggan tarik balik tuduh orang Islam sokong serangan 9/11



REUTERS - Trump (kiri) menarik seorang penyokongnya Terry Silliman (kanan) yang menggayakan watak seirasnya semasa berkempen di Carolina Selatan pada 24 November lalu.


WASHINGTON – Pendahulu pencalonan Parti Republikan untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin enggan menarik balik dakwaan bahawa beliau melihat orang Islam di New Jersey bersorak ketika menonton serangan ke atas AS pada 11 September 2001 (9/11) walaupun tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya.
Bilionair hartanah yang angkuh itu menerima banyak kecaman selepas menyatakan pada awal bulan ini bahawa orang Arab dan umat Islam di AS meraikan serangan pengganas itu.
“Kejadian itu berlaku 14 tahun lalu tetapi saya melihatnya di televisyen, saya lihat rakamannya dan ramai orang turut menontonnya.
“Saya menerima beratus-ratus panggilan telefon ke pertubuhan Trump. Mereka menyatakan ‘Saya melihatnya. Mereka (orang Islam) menari di tengah jalan raya’,” kata Trump dalam rancangan bual bicara Meet the Press terbitan saluran televisyen NBC.
Beberapa hari selepas tragedi 11 September, polis dan media AS me­nyangkal khabar angin bahawa terdapat golongan tertentu meraikan keganasan itu di bumbung-bumbung kediaman di Bandar Jersey.
Trump bagaimanapun berkeras tidak akan menarik balik tuduhannya.
“Saya melihatnya. Begitu ramai yang melihatnya, jadi kenapa saya perlu menarik balik kenyataan ini? Saya tidak akan menarik balik kata-kata saya,” katanya.
Trump memetik sebuah artikel terbitan akhbar The Washington Post ketika itu yang menyatakan pihak berkuasa telah menahan ‘sebilangan’ individu yang kononnya dilihat bersorak di jalan-jalan raya di New Jersey.
Artikel itu bagaimanapun tidak me­nyatakan sama ada kumpulan yang bersorak itu terdiri daripada orang Islam. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3t1FscQ1S 
Hakcipta terpelihara 

Edar pil kuda: Pasangan 
suami isteri ditahan


MIT EMONG (tengah) menunjukkan pil kuda yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah dalam sidang akhbar di Kota Bharu, Kelantan, semalam. Utusan/Firdaus Hassan
KOTA BHARU 30 Nov. – Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai pengedar pil kuda di bandar ini selepas menyerbu rumah mereka di Kampung Kijang Badang, di sini semalam.
Serbuan pada pukul 2.30 petang dilakukan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan selepas me­lakukan intipan ke atas suspek selama dua bulan.
Ketua JSJN Kelantan, Superintenden Mit Emong berkata, ketika serbuan, hanya si isteri yang ber­usia 29 tahun berada di rumah.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan tiga bungkusan kertas surat khabar mengandungi 506 biji pil kuda yang disimpan di atas almari di bahagian ruang tamu.
“Sebanyak tiga bungkusan kertas akhbar yang mengandungi 594 biji pil kuda lagi ditemukan di bawah tempat duduk sebuah motosikal jenis Suzuki di garaj rumah.
“Keseluruhannya kita menemukan sebanyak 1,100 pil dengan anggaran berat kasar 110 gram dan bernilai RM27,500. Dalam serbuan ini, kita turut merampas kereta Proton Wira suspek,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mit berkata, selepas wanita itu ditahan, suaminya yang ber­usia 38 tahun dan bekerja sebagai kelindan lori menyerah diri di pejabat JSJN Kelantan pada pukul 7 petang hari sama.
“Suami mengaku bekalan dadah tersebut adalah miliknya. Siasatan lanjut mendapati lelaki ini mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan kesalahan dadah. Dia juga didapati positif dadah jenis amphetamine.
“Mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Mit dalam pada itu berkata, polis percaya pasangan suami isteri yang mempunyai tiga anak itu terlibat dalam satu rangkaian pengedaran dadah di sekitar Kota Bharu dan usaha memburu ahli sindiket terbabit sedang giat dijalankan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/edar-pil-kuda-pasangan-8232-suami-isteri-ditahan-1.164152#sthash.TMzdt1lV.dpuf

Wanita warga emas mati dibunuh


KUALA LUMPUR 1 Dis.- Mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan 11, Taman Melawati di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, mangsa, Saharah Sutan Muda, 66, dijumpai penghuni lain yang menyewa di rumah mangsa.
Difahamkan, mangsa meninggal dunia akibat ditumbuk beberapa kali dibahagian muka.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Senior Assisten Komisioner Khairuddin Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, terdapat kesan darah di bahagian luar rumah mangsa sebelum wanita tersebut ditemukan terbaring di dalam sebuah bilik di rumah teres dua tingkat itu oleh seorang saksi yang juga penyewa rumah berkenaan.
"Saksi mendapati pintu rumah terbuka dan barang-barang di bilik mangsa berselerak dipercayai angkara suspek.
"Motif kejadian masih dalam sisatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wanita-warga-emas-mati-dibunuh-1.164298#sthash.NeM5ThQu.dpuf