Search This Blog

Saturday, November 28, 2015

Pihak berkuasa Malaysia ke Thailand bagi soal siasat Justo


28/11/2015 1:20pm

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Malaysia akan ke Thailand pada minggu depan bagi menyoal siasat bekas pekerja PetroSaudi International, Xavier Andre Justo yang ditahan pada 22 Jun lepas di negara tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis Thailand telah memberi kebenaran untuk pihaknya ke sana bagi merakam keterangan Justo.
"Pihak berkuasa Thailand sudah memberi kebenaran untuk pasukan kita ke sana bagi menemu bual Justo serta mengambil bahan bukti yang ada," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kosmo! pada 18 Ogos lalu melaporkan warga Switzerland, Justo dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas dia mengaku cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz3sm6hUrBL 
Hakcipta terpelihara 

Terminum cecair pencuci badan


Minum racun
Gambar Hiasan.
KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas terminum cecair pencuci badan, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, lelaki berusia 25 tahun itu direman pada sebelah pagi bagi membantu siasatan SPRM melibatkan kes rasuah RM15,000 untuk melepaskan suspek curi kereta.
Sumber berkata, semasa kejadian, suspek yang direman hingga Selasa depan, ditahan di sebuah lokap di dalam bangunan Kompleks SPRM Kelantan, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.
“Suspek yang bersendirian dipercayai terminum cecair pencuci badan yang dibekalkan kepadanya.
“Pegawai SPRM yang bertugas terdengar bunyi orang sedang muntah sebelum tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, suspek dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan dilapor stabil.
“Suspek turut memberitahu, dia mendengar suara yang menyuruhnya meminum cecair tersebut untuk membunuh diri,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abdul Aziz Aban mengesahkan kejadian tersebut dan pegawainya telah menanganinya.
“Kejadian itu sempat ditangani oleh pegawai penjaga lokap dan tiada sebarang kecederaan serius," katanya.
Pegawai polis terbabit ditahan jam 5 petang, Selasa lalu di Rantau Panjang selepas menerima rasuah untuk melepaskan suspek yang ditahan.
Difahamkan, suspek meminta wang RM15,000 namun pengadu hanya memberi RM10,000 untuk tujuan tersebut.

Tiga maut akibat kebakaran hutan di Australia


Tiga maut akibat kebakaran hutan di Australia
Penduduk meninjau kediaman mereka yang musnah dalam kebakaran hutan di utara Adelaide. - Foto AFP

ADELAIDE - AUSTRALIA. Angka kematian akibat kebakaran hutan di Australia meningkat kepada tiga orang, menurut pihak berkuasa semalam.
Mangsa terbaharu adalah seorang bomba sukarela yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
"Anggota bomba sukarela berusia 48 tahun itu meninggal dunia ketika memadam kebakaran berhampiran Cessnock di utara Sydney," kata bomba.
Sehingga semalam, kebakaran yang melanda wilayah utara dan barat Australia itu telah memusnahkan kira-kira 35 rumah penduduk.
Kelmarin, dua penduduk dilaporkan terbunuh selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka di Pinery. - AFP

Anggota bomba, isteri maut MPV dirempuh treler


Anggota bomba, isteri maut MPV dirempuh treler

Anggota bomba sedang melakukan operasi menyelamat semalam.
KUALA KRAI - Pasangan suami isteri maut sementara dua anaknya cedera ringan apabila kenderaan MPV diinaiki keluarga itu terlibat kemalangan di Kilometer 95, Jalan Kota Bharu - Gua Musang kira-kira jam 11.45 malam, semalam.
Mangsa, Muhamad Zulkifli Awang, 36, seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng serta isterinya, Shuhada Mat Hassan, 34, maut ditempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah treler dipandu seorang lelaki dari arah Kota Bharu ke Gua Musang menekan brek bagi mengelak melanggar kenderaan dihadapannya yang juga turut menekan brek ketika itu.
Bagaimanapun pemandu berusia 51 tahun itu gagal mengawal lori dipandu lalu memasuki laluan bertentangan seterusnya melanggar kenderaan dipandu Muhamad Zulkifli.

200 lukisan Marcos dicari

Manila: Kerajaan Filipina akan melancarkan laman web dalam usaha menjejaki 200 lukisan, termasuk hasil karya Van Gogh, Picasso dan Rembrandt milik bekas wanita pertama Imelda Marcos.
Keluarga bekas diktator negara itu Ferdinand Marcos didakwa mengumpul secara haram harta bernilai ribuan juta dolar. Balunya yang kini berusia 86 tahun dan anggota Kongres menjadi terkenal kerana koleksi terlampau kasut dan barang kemas.
Pakar dari syarikat lelong Christie’s dan Sotheby’s semalam hampir menamatkan penilaian mereka terhadap barang kemas yang dirampas selepas keluarga itu melarikan diri ke Hawaii pada 1986 berikutan revolusi rakyat yang mengakhiri pemerintahan Marcos selama dua dekad.
Andrew de Castro, anggota suruhanjaya yang bertanggungjawab terhadap usaha menjejaki kekayaan yang dikumpul secara haram itu berkata, agensi berkenaan akan melancarkan laman web itu dalam masa terdekat bagi mendapatkan bantuan orang awam untuk mengesan sekurang-kurangnya 200 lukisan.
Bekas ketua agensi itu Andres Bautista berkata tahun lalu, lukisan yang hilang itu, termasuk hasil karya Van Gogh, Rembrandt, Picasso dan Michelangelo.
Satu lukisan yang dilukis Claude Monet dijual pada harga AS$32 juta (RM137 juta) pada 2010 oleh bekas pembantu Marcos Vilma Bautista.
Sementara itu, wartawan semalam dibenarkan melihat dan merakam kerja menilai barang permata oleh pakar Christie’s, termasuk sebentuk berlian merah jambu yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya AS$5 juta (RM21 juta).
Barang kemas itu disimpan di bank pusat di Manila sejak dirampas daripada keluarga Marcos pada 1986.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 6:16 AM


ANTARA set barang kemas milik Imelda yang dinilai oleh syarikat lelong Christie’s dan Sotheby’s di ibu pejabat Bank Filipina di Manila, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96349#sthash.6VaRSN0t.dpuf

PDRM paling `top'

Bangi: Kira-kira 85 peratus iaitu 842 daripada 990 aduan salah laku yang diterima Suruhanjaya Integriti Penguatkuasa (EAIC) untuk empat tahun membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam, berkata pihaknya turut menerima aduan orang ramai berkaitan anggota atau pegawai penguat kuasa agensi lain yang didapati melakukan kesalahan iaitu tidak mengikuti prosedur.
Beliau berkata, PDRM mencatatkan jumlah aduan tertinggi berikutan paling rapat selain sering berurusan dengan orang ramai menyebabkan EAIC kerap menerima maklum balas berkaitan anggota atau pegawai mereka.
"Aduan yang sering kita terima adalah laporan orang ramai tiada tindakan lanjut atau perkembangan siasatan yang dilaksanakan tidak dimaklumkan kepada pengadu sekali gus didapati melanggar standard operasi yang ditetapkan agensi masing-masing.
"EAIC merekodkan 18 aduan diterima pada 2011, 357 untuk 2012, 306 (2013), 309 (2014) dan 262 aduan sehingga Oktober 2015," katanya, dalam sidang media pada Majlis Dialog EAIC bersama badan bukan kerajaan(NGO) dan media, di sini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 3:28 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96419#sthash.zwzQpcfD.dpuf

Pekerja ditemui rentung di dapur

Kinabatangan: Pekerja ladang sawit rentung selepas rumah kongsi mereka musnah dalam kebakaran di Ladang Jaguh Harmoni, Kampung Paris Dua, dekat sini, 3.40 pagi ini.
Marsel Sinus Voda, 47, warga Indonesia, dilaporkan gagal dikesan oleh pengurus ladang sebelum mayatnya ditemui sebaik sahaja api berjaya dipadam anggota bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Rosemidian Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.50 pagi.
Katanya, lima anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, rumah kongsi dua tingkat, 16 pintu sedang terbakar.
"Usaha memadam api sepenuhnya segera dilakukan dan selepas dipadamkan, anggota menemui mayat lelaki di bahagian ruang dapur rumah itu,” katanya.
Rosemidian berkata, mayat mangsa kemudian dibawa keluar sebelum diserahkan kepada polis.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 12:56 PM


IHSAN Bomba dan Penyelamat
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96410#sthash.6bNJZdnj.dpuf

Dua lagi disyaki subahat ditahan

Kuala Lumpur: Dua pegawai kanan polis ditahan berhubung kes pecah amanah RM1.5 juta membabitkan kontrak ubah suai dan baik pulih Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sebelum ini, tujuh individu termasuk seorang pegawai kanan PDRM ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pecah amanah.
Turut ditahan pegawai bawahan dan juga kontraktor yang dipercayai bersekongkol dengan kegiatan pecah amanah itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata mereka ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan dan pihaknya memberi jaminan tiada sebarang kompromi ke atas mereka yang terbabit.
"Saya sahkan dua lagi pegawai kanan polis ditahan bantu siasatan. PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan menyalahi undang-undang," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 12:19 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96404#sthash.I2oKG3FE.dpuf

Didakwa ceroboh Rumah Putih

Washington: Seorang lelaki yang menceroboh Rumah Putih dengan memanjat pagarnya kelmarin sehingga menyebabkan rumah agam kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS) itu terpaksa ditutup kini berdepan tuduhan jenayah.
Lelaki terbabit yang dikenal pasti sebagai Joseph Caputo memanjat pagar di bahagian utara Rumah Putih pada jam 2.45 petang (waktu tempatan) Hari Kesyukuran, tetapi berjaya ditangkap tidak lama selepas itu, kata Perkhidmatan Rahsia AS dalam dalam satu kenyataan.
Ia bagaimanapun, tidak mengemukakan butiran lanjut mengenai suspek.
Rumah Putih terpaksa ditutup bagi membolehkan Perkhidmatan Rahsia membuat pemeriksaan keselamatan di premis berkenaan, malah jalan berhampiran turut ditutup, lapor ABC News dan Washington Post.
Kejadian itu berlaku ketika AS meningkatkan kawalan keselamatan susulan serangan 13 November lalu di Paris yang mengakibatkan 130 terbunuh.
Ketika kejadian, Presiden Barack Obama berada di dalam Rumah Putih menyambut perayaan berkenaan.
Beberapa jam sebelumnya gambar disiarkan jurugambar rasmi Rumah Putih di Internet menunjukkan Obama membuat panggilan telefon kepada pegawai kanan tentera AS.
Kejadian itu adalah yang ketiga Rumah Putih diceroboh walaupun Perkhidmatan Perisikan mengambil pelbagai langkah meningkatkan keselamatan di situ. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 6:21 AM


GAMBAR diambil orang awam menunjukkan Caputo memanjat pagar di Rumah Putih ketika Obama sekeluarga menyambut Hari Kesyukuran di dalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96357#sthash.XGTXVZlJ.dpuf

Indonesia paling ramai

Cyberjaya: Seramai 290 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan Ops Bersepadu Membanteras PATI di Bukit Damar, di sini, awal pagi ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk, Nur Jazlan Mohamed, berkata mereka ditahan selepas penguat kuasa Jabatan Imigresen (JIM) dengan kerjasama Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengadakan pemeriksaan terhadap 1,163 warga asing di lokasi penempatan itu.
Beliau berkata, pada serbuan itu, jumlah tangkapan PATI paling tinggi adalah dari Indonesia 142, Bangladesh (105), Myanmar (22), Vietnam (16), Nepal (tiga), India dan Pakistan masing-masing seorang.
"Pada masa sama, 9,429 operasi sudah dijalankan di seluruh negara dan daripada operasi itu, 53,330 PATI yang sudah ditahan iaitu bermula Januari hingga 25 November.
“Selain itu, 694 majikan ditahan manakala 34 sindiket dihapuskan," katanya pada sidang media.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 4:18 PM


FOTO Mohd Fadli Hamzah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96425#sthash.vdYOKpH0.dpuf

Yatim piatu sekelip mata

Kuala Krai: Dua beradik yatim piatu apabila ayah dan ibu mereka maut selepas MPV mereka bertembung dengan treler tanpa muatan di KM95 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat Laloh, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata MPV keluarga terbabit dari Gua Musang dan bertembung dengan treler yang dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbalik dan menjunam ke dalam gaung di sebelah kanan jalan (arah Gua Musang).
“Pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, mereka yang maut adalah Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Gebeng, Kuantan, Pahang, Muhamad Zulkifli Awang, 36, dan ibu mereka, Shuhada Mat Hassan, 34.
“Kedua-dua anak arwah, masing-masing berusia enam dan empat tahun, dirawat di HKK (Hospital Kuala Krai)," katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 2:02 PM


IHSAN Bomba dan Penyelamat
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96415#sthash.2lDlQ3uc.dpuf

Polis mengesan adik Kevin Morais


28/11/2015 12:52pm

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan adik kepada Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais, Charles Morais yang melarikan diri dan keluar dari negara ini melalui Johor Bahru selepas mendakwa beliau mempunyai bukti mengenai kes yang disiasat oleh abangnya sebelum mati dibunuh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, tindakan Charles disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
"Kita sedang mengesan lokasi sebenar beliau berada dan tindakannya yang melarikan diri itu boleh dianggap sebagai pengecut.
"Beliau dikesan melarikan diri melalui Johor Bahru pada pukul 1.30 pagi Khamis lalu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.
Katanya, pihaknya akan memanggil peguam yang mewakili Charles, Americk Sidhu bagi membantu siasatan.
"Jika benar ada maklumat, kita perlu kemukakan dan bukannya sorok begini," jelasnya.
Bagaimanapun, Khalid enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan berhubung isu itu yang dikeluarkan oleh adik bongsu Kevin, Datuk Richard Morais.
"Jika ada keperluan, kita akan memanggil beliau untuk bantu siasatan," katanya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Charles mendedahkan akuan sumpah mendakwa kononnya kematian abangnya ada kaitan dengan konspirasi melibatkan pemimpin tertentu. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz3sm123NhG 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki Nepal maut langgar lari


28/11/2015 1:38pm

Mangsa warga Nepal, Bir Bahadur Thapa.


MELAKA - Seorang lelaki warga Nepal maut dipercayai akibat langgar lari dalam kejadian Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) berhampiran Balai Panjang di sini awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Bir Bahadur Thapa hendak melintas jalan sebelum dia dilanggar sebuah kenderaan.
Difahamkan, impak kejadian menyebabkan mangsa tercampak ke seberang jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu serta jenis kenderaan yang melanggar mangsa tidak dapat dipastikan kerana dipercayai telah melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdulllah memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz3sm07a2ip 
Hakcipta terpelihara 

Dua lelaki maut lori simen hilang kawalan


KUALA LUMPUR: Dua lelaki maut selepas lori simen yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas di Jalan 5 Chan Sow Lin, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Nasarun Lajahmurah, 31, dan Ahmad Syazwan Mustafa, 27, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian berlaku pada pukul 2 pagi ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Jalan Chan Sow Lin menghala ke Jalan Tun Razak.
"Lori yang dipandu Nasarun telah melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu sebelum lori mereka terbalik. Keadaan itu menyebabkan Nasarun tercampak keluar dan Ahmad Syazwan tersepit di tempat duduk kenderaan itu," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 2.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
"Seramai 12 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Tun Razak dihantar ke lokasi kejadian," katanya. BERNAMA

Sijil, Transkrip UTM Palsu, Ketua Jabatan Fasiliti KLIA Didakwa


Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 4:09 PM

KUALA LUMPUR: Seorang ketua jabatan fasiliti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan menipu Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) berhubung salinan sijil dan transkrip palsu, tahun lepas.

Faizal Noh, 40, didakwa menipu pihak LJM dengan mengemukakan salinan Sijil Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dan transkrip keputusan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor yang mana tertuduh tahu bahawa salinan sijil dan transkrip tersebut adalah palsu.

Bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 17, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Sultan Salahuddin di sini, pada 3 April 2014 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff menawarkan Faizal diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin namun, peguam A. Krishnaveni yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh menanggung isteri dan anak-anaknya.


Majistret Saifulakmal Said membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,600 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Dis depan untuk sebutan semula kes.

Tiada Senyuman Berkilau Bagi Pencuri Ubat Gigi


Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 6:10 PM

KUALA LUMPUR: Tiada lagi kilauan senyuman daripada seorang pekerja restoran yang mencuri 30 kotak ubat gigi dari sebuah mini market.

Muhammad Azlan Ibrahim mengaku bersalah mencuri 23 kotak ubat gigi jenama Darlie dan tujuh jenama Colgate bernilai RM140.40 dari Hospi Mart di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Lelaki berusia 22 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun atau denda dan sebatan bagi kesalahan berikutnya.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Nur Aminatul Mardiah Md Nor bertanya kepadanya: "Mengapa kamu mencuri Colgate (ubat gigi)?"

"Ia untuk wang poket saya. Ini kesalahan pertama saya," katanya meminta supaya hukuman diringankan.

Nur Aminatul kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman 10 hari penjara dari tarikh tangkap dan membayar denda RM250 dan jika gagal dia perlu menjalani hukuman penjara selama 15 hari.

Muhammad Azlan menarik nafas lega sambil mengangguk dan menutup mukanya dengan tangan sebelum mengucapkan terima kasih kepada majistret.

Timbalan Pendakwa Raya R. Siamalah bertindak bagi pihak pendakwaan.

Lapan pam sedut air banjir

Kuala Selangor: Sebahagian penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah ini mula pulang ke kediaman masing-masing berikutan banjir mulai surut, semalam.
Walaupun hujan, air semakin surut kerana kerja mengepam air dan pembersihan parit dijalankan secara berterusan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.
Pegawai Daerah Kuala Selangor merangkap Pengerusi Bencana Daerah Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, pihaknya menjangkakan banjir di daerah ini pulih dalam masa terdekat terutama di kawasan Parit Mahang.
“Lapan pam air yang ditempatkan di beberapa kawasan serta kerja pembersihan parit oleh JPS masih beroperasi diteruskan sehingga banjir pulih sepenuhnya.
“Jumlah mangsa yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sehingga jam 6 petang tadi (semalam) kini seramai 378 orang membabitkan 90 keluarga,” katanya ketika dihubungi.
Shamsul berkata, pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang mencatatkan seramai 207 orang daripada 49 keluarga manakala di Balai Raya Kampung Bukit Cherakah seramai 17 mangsa membabitkan lima keluarga.
Beliau berkata, seramai 33 mangsa membabitkan lapan keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Bukit Hijau dan Balai Raya Kampung Bukit Kuching seramai 56 orang daripada 10 keluarga.
Menurutnya, di Surau Ladang Tuan Mee menempatkan seramai 28 orang daripada sembilan keluarga sementara Balai Raya Kampung Asahan mempunyai seramai 37 mangsa membabitkan sembilan keluarga.
“Semua mangsa dibenarkan pulang selepas mendapat pengesahan daripada pihak keselamatan bahawa kawasan berkenaan selamat didiami semula,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, banjir kilat berlaku di dua kawasan di Klang dan satu di Kuala Langat berikutan hujan lebat kira-kira jam 6 petang, semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, banjir kilat berlaku di Taman Sentosa Klang, Taman Maznah Klang dan Kampung Orang Asli Paya Rumput Kuala Langat.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2015 @ 10:11 AM

PENDUDUK dibantu anggota bomba membawa pulang barang bantuan yang diterima di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Parit Mahang selepas air mulai surut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96147#foto

Masjid dipanah petir

Shah Alam: “Ketika kejadian, seramai 23 pelajar tahfiz dapat rasa gegaran sangat kuat seakan-akan gempa kecil yang melanda di pekarangan masjid,” kata Azmi Daud, 46.
Beliau yang juga Imam Masjid Lama Al-Falah, Sri Muda, Seksyen 25, dekat sini, menceritakan kejadian masjid itu dipanah petir, petang kelmarin.
Kejadian kira-kira 4.30 petang itu mengakibatkan siling di bahagian ruangan solat utama masjid rosak teruk berikutan kebakaran kecil disebabkan petir yang menyambar.
Beliau berkata, kejadian menyebabkan hampir keseluruhan struktur siling musnah hingga bekalan elektrik terputus dan kerugian kira-kira RM50,000.
Azmi berkata, bunyi dentuman guruh sangat kuat sebanyak tiga kali sebelum kilat menyambar siling masjid hingga 23 pelajar Madrasah Tahfiz al-Quran Wa Attalim Al Islamiah dalam sesi pembelajaran di bilik sebelah terkejut.
Beliau berkata, insiden menyebabkan ada di antara pelajar yang trauma, namun bersyukur kerana tiada sesiapa di ruang solat berkenaan ketika kejadian.
“Apabila mendengar bunyi yang kuat, pelajar terus berlari ke dalam masjid dan melihat siling di ruang solat terbakar. Mereka bertindak pantas menyimbah air memadamkan kebakaran berkenaan bagi mengelak daripada terus merebak ke bahagian lain.
“Ini dugaan kedua terbesar yang pernah berlaku, pembinaan semula asrama yang terbakar Jun tahun lalu masih terbengkalai akibat kekurangan dana RM500,000 lagi,” katanya ketika ditemui semalam.
Azmi berkata, buat sementara, solat jemaah dilakukan di ruang solat di bahagian luar sementara menunggu bekalan elektrik disambung semula dan selamat untuk digunakan.
Dia mengakui kejadian itu menimbulkan kegusaran ditambah dengan masalah asrama sementara yang didiami pelajar tahfiz ketika ini juga diancam tidak selamat.
“Asrama yang mereka huni buat sementara waktu ini adalah bangunan tambahan yang sudah usang dan tidak kukuh, selain tidak selesa, ia juga tidak selamat dan runtuhan boleh berlaku pada bila-bila masa.
“Oleh itu, bantuan orang ramai diperlukan untuk membaik pulih semula bekalan elektrik dalam masa terdekat sebelum pelajar tahfiz masuk semula daripada bercuti,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 6:44 AM


AZMI menunjukkan siling pecah selepas dipanah petir, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96373#sthash.O0mZs2QL.dpuf

Mata terbelah dua kerana dron

London: Seorang budak lelaki berusia 18 bulan hilang penglihatan sebelah matanya selepas rakan ayahnya gagal mengawal doron yang dikendalikannya.
Bebola mata Oscar Webb terbelah dua akibat terkena bilah kipas dron milik Simon Evans.
“Saya bermain dron itu selama seminit, tetapi ketika mahu mendaratkannya alat itu terlanggar pokok dan mula berputar.
“Tiba-tiba saya terdengar kawan saya menjerit. Saya terkejut melihat begitu banyak darah dan anaknya terbaring menangis di atas rumput,” kata Evans.
Ibu Oscar, Amy Roberts berkata, dia melihat mata anaknya ketika dalam ambulans untuk ke hospital.
“Saya tidak akan melupakan apa yang dilihat. Bahagian bawah matanya terkopak dan mengerikan,” katanya.
Oscar memerlukan pembedahan lanjut sebelum boleh menggunakan mata palsu.
Keluarganya memaafkan Evans kerana memahami ia hanya kemalangan, namun lelaki itu sendiri sudah tidak sanggup memandang dron berkenaan.
Pakar perunding pembedahan okuloplastik dan orbital Faye Mellington, berkata, mata kanak-kanak itu rosak teruk dan kemungkinan untuk pulih amat tipis. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 6:19 AM


AMY menunjukkan kecederaan mata Oscar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96353#sthash.n8Wf9skw.dpuf

Didakwa ceroboh Rumah Putih

Washington: Seorang lelaki yang menceroboh Rumah Putih dengan memanjat pagarnya kelmarin sehingga menyebabkan rumah agam kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS) itu terpaksa ditutup kini berdepan tuduhan jenayah.
Lelaki terbabit yang dikenal pasti sebagai Joseph Caputo memanjat pagar di bahagian utara Rumah Putih pada jam 2.45 petang (waktu tempatan) Hari Kesyukuran, tetapi berjaya ditangkap tidak lama selepas itu, kata Perkhidmatan Rahsia AS dalam dalam satu kenyataan.
Ia bagaimanapun, tidak mengemukakan butiran lanjut mengenai suspek.
Rumah Putih terpaksa ditutup bagi membolehkan Perkhidmatan Rahsia membuat pemeriksaan keselamatan di premis berkenaan, malah jalan berhampiran turut ditutup, lapor ABC News dan Washington Post.
Kejadian itu berlaku ketika AS meningkatkan kawalan keselamatan susulan serangan 13 November lalu di Paris yang mengakibatkan 130 terbunuh.
Ketika kejadian, Presiden Barack Obama berada di dalam Rumah Putih menyambut perayaan berkenaan.
Beberapa jam sebelumnya gambar disiarkan jurugambar rasmi Rumah Putih di Internet menunjukkan Obama membuat panggilan telefon kepada pegawai kanan tentera AS.
Kejadian itu adalah yang ketiga Rumah Putih diceroboh walaupun Perkhidmatan Perisikan mengambil pelbagai langkah meningkatkan keselamatan di situ. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 6:21 AM


GAMBAR diambil orang awam menunjukkan Caputo memanjat pagar di Rumah Putih ketika Obama sekeluarga menyambut Hari Kesyukuran di dalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96357#sthash.pQ9knfmS.dpuf