Search This Blog

Tuesday, November 24, 2015

75 tuduhan, 101 mangsa, RM4j rugi

Kuala Lumpur: Seorang bekas penaung badan bukan kerajaan (NGO) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas 75 tuduhan memperdaya 101 mangsa berhubung skim pelaburan pelancongan dan kayu gaharu membabitkan kerugian hampir RM4 juta, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Baharuddin Mohd Yusoff, 47, yang juga pakar motivasi itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Al Baki.
Dalam prosiding itu, isteri tertuduh yang hamil tujuh bulan, Nor Hashimah Darus, 44, yang sepatutnya dituduh bersama semalam bagaimanapun tidak hadir disebabkan tekanan dan menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Selayang.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya semua mangsa untuk menyerahkan wang tunai antara RM3,800 hingga RM1,003, 800 bagi menyertai skim berkenaan yang keuntungannya tidak wujud.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat syarikat pertubuhan Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia, 51-1 & 51-2, Jalan Bandar Rawang 16, Bandar Rawang antara Januari 2012 hingga Disember 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 6:52 AM


Baharuddin didakwa di Makamah Majistret Selayang, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95267#sthash.jDjV0vQs.dpuf

16 cedera kena tembak

New Orleans: Tembak-menembak yang meletus antara dua kumpulan bertentangan di sini, ketika ratusan orang berkumpul untuk penggambaran satu video muzik menyebabkan 16 orang cedera awal semalam.
Punca kejadian masih belum diketahui.
Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Polis New Orleans Tyler Gamble berkata, tidak ada kematian dilaporkan.
“Setakat ini, hasil maklumat daripada sebahagian mangsa nmenunjukkan , terdapat dua kumpulan bertentangan yang menembak satu sama lain,” kata Gamble.
Ketika ditanya kemungkinan ia membabitkan kumpulan penjenayah, dia berkata, masih terlalu awal untuk mengesahkannya.
Saksi memberitahu polis, kedua-dua kumpulan yang terbabit meninggalkan taman berkenaan selepas kejadian.
Polis berkata, 10 mangsa dibawa ke hospital berhampiran dengan ambulans sementara enam lagi dihantar dengan kereta persendirian.
Menurut Gamble, semua mangsa cedera akibat ditembak secara langsung. Mereka bagaimanapun dilapor dalam keadaan stabil.
Kejadian berlaku jam 6.15 petang (10.15 pagi waktu Malaysia) di taman Bunny Friend. Ratusan orang berkumpul di taman berkenaan untuk penggambaran satu video muzik yang tidak mendapat permit.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 10:55 AM


PEGAWAI mengusung seorang lelaki yang cedera dalam kejadian tembak-menembak di New Orleans, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95405#sthash.1J0x6zqM.dpuf

Badan dua anak dicucuh rokok

Miri: Seorang ibu membuat laporan polis selepas percaya dua daripada tiga anaknya, termasuk seorang bayi didera selepas menemui kesan parut akibat dicucuh dengan puntung rokok pada badan mereka dalam kejadian di Bekenu di sini, kelmarin.
Difahamkan, ibu mangsa berusia 29 tahun mengambil anaknya yang dalam jagaan suami pada 17 Oktober lalu di Tanjung Batu di sini, dan menyedari mereka didera selepas melihat kesan parut pada dada dan tangan anaknya itu sebelum membuat laporan polis kelmarin.
Sumber berkata, dua anak mangsa yang didera itu ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan bayi lelaki berusia tujuh bulan.
Menurutnya, ibu mangsa turut mendedahkan anak perempuannya berusia enam tahun didera secara mental apabila rambutnya dipotong pendek, selain dipercayai turut dipukul.
“Bagaimanapun, ibu mangsa tidak pasti siapa yang melakukan perbuatan dera itu dan berharap suaminya bertanggungjawab terhadap kecuaian itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 8:03 AM


KESAN parut pada tangan mangsa yang dipercayai didera.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95277#sthash.Pjqd6ri8.dpuf

Sabun jadi senjata

Louisiana (Amerika Syarikat): Dua banduan didakwa di mahkamah semalam kerana merancang melarikan diri dari penjara menggunakan pistol palsu dibuat daripada sabun dan tisu tandas, minggu lalu.
Troy Benner, 49, berada di Pusat Penahanan Lafourche di Thibodaux, Louisiana, sejak Februari kerana melakukan rompakan bersenjata, manakala Treiston Pierron, 32, sejak Ogos lalu kerana kesalahan sengaja menyebabkan kebakaran.
Sabun yang sepatutnya digunakan untuk membersihkan diri itu sebaliknya diubah suai supaya berwarna hitam, malah nampak amat realistik.
Ia dipercayai menjadi ‘senjata’ mereka untuk melarikan diri dari penjara berkenaan.
Selain itu, Benner mencuri kunci gari milik seorang pegawai penjara yang tidak menyedari kehilangannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 7:51 AM


PISTOL yang dibuat oleh Benner. Gambar kecil, dari kiri Troy Benner dan Treiston Pierron.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95273#sthash.YRNsk6aw.dpuf

18 pendatang Afrika maut dalam kebakaran di Algeria

ALGIERS: Sekurang-kurangnya 18 pendatang Afrika terbunuh manakala 43 yang lain cedera dalam kebakaran di sebuah kem di Algeria, menurut perkhidmatan kecemasan hari ini.
Kebakaran itu berlaku pada waktu malam di sebuah kem di Ouargla, kira-kira 800 kilometer ke tenggara Algiers.
Punca kebakaran dan kewarganegaraan mangsa masih belum dikenal pasti. - AFP

Warga emas ditemui maut dengan 4 kesan torehan




Oleh Siti Azila Alias



ANGGOTA forensik selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian dipercayai kes bunuh di Serdang Raya. - Foto Asyraf Hamzah
SERDANG: Seorang lelaki berusia 75 tahun ditemui mati dengan empat kesan torehan di perut dalam kejadian di rumahnya di Taman Serdang Raya, di sini, tengah hari tadi.
Kejadian jam 1.11 tengah hari itu disedari adik ipar mangsa yang tinggal bersebelahan rumah, yang curiga selepas mangsa tidak menyahut walaupun beberapa kali dipanggil.
Difahamkan, mangsa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lebih sebulan lalu selepas kematian isteri, manakala anaknya berpindah ke tempat lain.
Jurucakap polis berkata, ketika ditemui mangsa dalam keadaan terlentang serta berlumuran darah di hadapan katil di dalam biliknya yang terletak di tingkat atas rumah berkenaan.
Katanya, pemeriksaan pada badan mangsa menemui tiga kesan torehan kecil sepanjang 2.5 sentimeter (satu inci) di bahagian perut sebelah kiri serta satu di tengah perut.
"Menurut jiran, mereka tidak terdengar bunyi bising dari rumah mangsa. Pemeriksaan juga mendapati tiada kesan umpil ditemui, malah keadaan rumah juga tidak berselerak.
"Bagaimanapun, kita terpaksa mendapatkan khidmat pasukan bomba bagi memecahkan pintu hadapan berikutan ia dipalang dengan sebatang besi," katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi menemui sebilah pisau pemotong sayur sepanjang kira-kira 17.5 sentimeter (tujuh inci) di atas katil mangsa, dipercayai digunakan ketika kejadian.
Jurucakap itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa sering dilihat keluar ke kedai membeli barang, namun semalam tidak melihat mangsa.
"Mangsa juga pernah mengadu sakit dada. Sebelum ini, dia kerja sebagai penjual sayur di pasar, tetapi kini diambil alih anaknya selepas dia tidak sihat.
"Semalam ada nampak dia keluar tapi, hari ini tak nampak. Tak sangka pula dia sudah meninggal dunia," katanya.

Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Berhampiran Plaza Tol Ipoh


Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 4:53 PM

IPOH: Dua beranak terbunuh manakala tiga yang lain cedera selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 280.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, Ahad malam.
Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Shaharuddin Wan Omar berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 10.15 malam itu, ialah Mohamad Fadhir Ismail, 35, dan anaknya, Mohamad Adam Faris, 5.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan, dan jenazah mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Wan Shaharuddin berkata isteri mangsa, Noorharzuin Halim, 32, dan anak perempuan mereka iaitu Noor Adalea Fatiha, 1, serta anak saudaranya, Ummi Kalthum Tajuddin, 21, pula cedera dalam insiden itu.
Beliau berkata mereka dibawa ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, dalam kejadian itu, Mohamad Fadhir yang memandu kereta jenis Mitsubishi bersama keluarganya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan.
Wan Shaharuddin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bekas Pegawai JPJ Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Bulanan


Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 1:03 PM
Gambar hiasan

KUANTAN: Seorang bekas Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Muadzam mengaku tidak bersalah atas 19 pertuduhan menerima barang berharga tanpa balasan berjumlah RM12,300 sejak 2012 hingga Sept tahun ini di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, Selasa.
Azhar Ahmed, 51, didakwa menerima suapan berkenaan secara bulanan daripada pengusaha-pengusaha lori yang beroperasi di sekitar Muadzam Shah.
Tertuduh menghadapi tujuh pertuduhan menerima barang berharga daripada Mohd Sufian A Majid berjumlah RM5,600 antara Feb hingga Dis 2012.
Azhar juga didakwa atas empat pertuduhan lagi iaitu menerima barang berharga daripada Tan Lee Eng@ Tang Gee Yong berjumlah RM1,400 antara Julai dan Okt 2012.
Tertuduh turut didakwa atas tiga pertuduhan lagi iaitu menerima barang berharga daripada Rameli Majid berjumlah RM1,800 antara Julai dan Okt 2012.
Lima pertuduhan lagi menerima suapan daripada A.Naganah dan Lin Ten Loi masing-masing berjumlah RM2,400 dan RM1,000 serta RM100 daripada Yap Chia Shiang antara Julai dan September 2015.
Bagi kesemua pertuduhan tersebut, Azhar didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Hakim Habibah Mohamed Yusof menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM21,000 dengan seorang penjamin dan 22 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Shafinaz Shabudin.

Remaja Cedera Ditendang Dalam Kejadian Ragut


Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 12:59 PM
Gambar hiasan.

BUTTERWORTH: Seorang remaja lelaki cedera di kedua-dua lengan, jari tangan serta kedua-dua kaki akibat ditendang ketika sedang menunggang motosikal dalam kejadian ragut di Jalan Permatang Pauh, di sini, Isnin.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa berusia 20 tahun sedang menunggang motosikal sendirian dari Jalan Telaga Air menghala Jalan Permatang Pauh sebelum dihampiri sebuah motosikal.
"Motosikal jenis Yamaha LC warna biru dan putih ditunggang seorang lelaki itu menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum suspek terbabit bertindak meragut rantai leher yang dipakainya.
"Mangsa cuba mengejar suspek bagaimanapun sebuah lagi motosikal jenis Yamaha 125z warna biru yang ditunggang seorang lelaki menghampirinya dan penunggangnya bertindak menendang motosikal remaja itu serta menyebabkan dia terbabas sebelum terjatuh," katanya di sini, Selasa.
Jurucakap polis itu berkata berikutan kecederaan yang dialaminya itu, mangsa mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya sebelum membuat laporan polis.
"Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM3,000 akibat kejadian itu dan motosikalnya turut rosak iaitu calar di beberapa bahagian manakala lampu hadapan pecah," katanya.
Beliau berkata mangsa tidak nampak wajah dua lelaki itu kerana mereka memakai topi kaledar visor penuh dan tidak sempat melihat nombor pendaftaran motosikal mereka kerana kejadian berlaku tidak sampai dua minit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya usaha mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Kepada 381 Orang


Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 1:06 PM

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 381 orang daripada 97 keluarga setakat 10 pagi ini berbanding 365 orang semalam, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahya Madif.
Mangsa terbaharu membabitkan Kampung Parit Abu Hassan di Bagan Serai dengan jumlah dipindahkan seramai sembilan orang daripada dua keluarga dan kesemua mangsa terbabit ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.
Sementara itu, di kawasan Bukit Merah, Batu 38 dan 40, seramai 51 orang daripada 16 keluarga masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau berkata mangsa banjir di daerah Hilir Perak membabitkan Kampung Mesra Batu 7, Changkat Jong, Lorong Mesra, Kampung Batu 9, Teluk Intan, Lorong Kedah serta Kampung Baru Batu 8 kekal 73 orang daripada 20 keluarga dan kesemua mangsa banjir berada di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.
Di Kampung Parit 7, Teluk Intan seramai 29 orang daripada tujuh keluarga pula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Teluk Intan.
Sementara itu, di Pantai Remis mangsa tanah runtuh yang membabitkan 83 orang daripada 22 keluarga dari Kampung Padang Serai, Pengkalan Bharu masih berada di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.
Seramai 66 orang daripada 15 keluarga dari Bagan Serai membabitkan Kampung Matang Tengah, Kampung Air Hitam dan Changkat lobak ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.
Sementara itu, mangsa banjir di Sungai Siput membabitkan Kampung Tok Sirat seramai 52 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat manakala penduduk Kampung Lasah seramai 18 orang daripada empat keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Lasah.
Paras air kekal antara 0.3 meter hingga 1.2 meter di kampung terbabit terutama di kawasan berhampiran sungai, katanya.
Yahya berkata agensi yang terlibat membantu mangsa banjir ialah JBPM, RELA, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Isteri Maut, Suami Parah Digilis Treler


Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 5:43 PM

GEORGE TOWN: Seorang wanita warga emas maut selepas digilis treler di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Azlan Shah, Batu Uban di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa Ching Kim Hiang, 72, yang membonceng motosikal ditunggang suaminya dilaporkan mati di tempat kejadian akibat cedera parah pada badan dan kaki.
Suami mangsa, Yeap Hun Cheng, 78, pula cedera parah akibat kemalangan itu.
Difahamkan pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Desa Relau, dekat sini.
Pegawai Trafik Kontijen Pulau Pinang DSP Tan Boon Hooi berkata kemalangan itu berlaku apabila treler yang dipandu lelaki berusia 35 tahun itu cuba memotong motosikal dinaiki pasangan berkenaan ketika hampir sampai di lampu isyarat terbabit.
"Treler itu dipercayai telah bergesel dengan motosikal berkenaan sebelum pasangan terbabit terjatuh dan diseret kira-kira 53 meter dan digilis kenderaan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini.
Tan berkata semasa kejadian kedua-dua kenderaan itu dari arah yang sama dan menghala ke Bayan Baru.
Katanya pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia ditahan untuk siasatan lanjut termasuk menjalani ujian air kencing.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat manakala suaminya dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut, katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Tan berkata seorang pemandu bas ekspres berusia 40 tahun cedera selepas bas yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di antara pembahagi jalan di susur Jambatan Pulau Pinang menghala ke Bayan Lepas, di sini.
Katanya semasa kemalangan kira-kira pukul 6.20 pagi, bas ekspres yang membawa kira-kira 30 penumpang dari Kuala Lumpur itu sedang menghala ke Terminal Bas Sungai Nibong, di sini.
"Hanya pemandu bas mengalami kecederaan iaitu luka di muka dan hidung manakala semua penumpang tidak cedera. Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan teruk sepanjang dua kilometer," katanya.

Gadis Letupkan Diri, Lapan Termasuk Kanak-Kanak Terbunuh


Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 10:13 AM

KANO, NIGERIA: Lapan orang awam terbunuh selepas seorang wanita yang juga pengebom berani mati bertindak meletupkan diri berhampiran sekumpulan wanita dan kanak-kanak yang baru tiba di bandar Maiduguri, timur laut Nigeria pada Ahad.
Koordinator Agensi Kecemasan Kebangsaan (Nema) Mohammed Kanar berkata letupan itu berlaku ketika kumpulan itu tiba dari Dikwa kira-kira 90 kilometer (56 batu) ke timur laut Nigeria.
Bandar Maiduguri diserang sekali lagi oleh Boko Haram dan serangan itu adalah  ancaman daripada kumpulan militan Negara Islam (IS) setelah mereka diserang oleh tentera Nigeria.
Kanar berkata pengebom berani mati dalam serangan pada Ahad itu berusia antara 20 tahun dan wanita terbabit meletupkan diri apabila sekumpulan wanita dan kanak-kanak itu tiba di 'check point' di bandar Maiduguri.
"IDP (orang kehilangan tempat tinggal) kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sedang berhenti untuk pemeriksaan keselamatan apabila pengebom berani mati itu menyamar sebagai IDP sebelum meletupkan dirinya di antara mereka.
"Lapan orang terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam kejadian itu," katanya kepada AFP.

Militan Pancung Kepala Pengembala Berusia 16 Tahun


Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 12:16 PM

TUNIS: Sekumpulan militan mendakwa memancung kepala seorang pengembala muda warga Tunisia bagi pihak kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan menuduh mangsa telah memaklumkan kepada tentera Tunisia mengenai pergerakan mereka di wilayah Sidi Bouzid dalam video yang disiarkan pada Ahad.
Pembunuhan Mabrouk Soltani yang berusia 16 tahun itu mencetuskan kemarahan rakyat Tunisia. Kumpulan itu turut mengarahkan seorang remaja berusia 14 tahun yang juga merupakan pekerja kepada pengembala itu untuk membawa kepala mangsa yang dibungkus dengan plastik kepada keluarganya.
Video yang tidak dikenalpasti kesahihannya itu, mendakwa pengembala muda itu telah memberikan maklumat mengenai tentera IS kepada tentera Tunisia.
"Ini adalah nasib kepada semua orang di bawah perintah zalim Tunisia terhadap Jund al-Khilafa (tentera khalifa)," menurut video yang ditulis dalam bahasa Arab.
Jund al-Khilafa adalah cawangan IS di Tunisia. Video itu juga menunjukkan pengembala itu kelihatan takut dengan menjawab soalan daripada suara yang telah diubah. -AFP

24 Maut Nahas Bas Dengan Kereta


Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 10:34 AM

PUEBLA: Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan 10 lagi cedera selepas bas bertembung dengan sebuah kereta di tengah Mexico sebelum terbakar, kata pengawai kerajaan pada Isnin.
Pegawai penyiasat masih mencari kemungkinan lebih ramai mangsa yang terperangkap dalam kenderaan beberapa jam selepas nahas berlaku berdekatan Pekan Jalpan di Puebla.
Pegawai di pejabat pendakwa raya Puebla berkata, 22 mayat dijumpai dari bas dan dua mayat dari kereta terbabit.
"Bas itu penuh dengan penumpang. Hanya 10 orang yang berjaya melarikan diri melalui cermin kerana pintu bas disekat dengan kenderaan lain," kata pegawai itu.
Gabenor Negeri Veracruz Javier Duarte mengesahkan angka kematian. Bas berkenaan dari negeri Veracruz. -AFP

Harapan temui mangsa hidup tipis


Harapan temui mangsa hidup tipis
Anggota penyelamat membawa mayat pelombong yang ditemui keluar dari kawasan runtuhan. - Foto AFP

YANGON - MYANMAR. Harapan untuk menemui 100 pelombong yang masih hilang dalam keadaan hidup kini semakin pudar dua hari selepas kejadian tanah runtuh melanda penempatan mereka berhampiran lombong jed di utara Myanmar.
Media Global New Light of Myanmar melaporkan, sebanyak 104 mayat telah ditemui pasukan penyelamat setakat kelmarin.
Menurut Reuters, Ketua Jabatan Pentadbiran Bandar Hpakant, Tin Swe Myint berkata, dianggarkan 100 orang masih hilang dan angka kematian dijangka meningkat berikutan usaha mencari dan menyelamat (Sar) yang masih diteruskan.
"Sehingga kini kami masih tidak tahu jumlah sebenar mangsa yang dihempap tanah runtuh kerana kami tidak mempunyai sebarang data mengenai penghuni yang tinggal di situ,"katanya.
Sabtu lalu, kem penempatan sementara pekerja lombong berhampiran dihempap tanah runtuh sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) ketika kebanyakan daripada mereka sedang tidur.

Kuil perang di Jepun meletup


Kuil perang di Jepun meletup
Unit pemusnah bom membawa peralatan khas untuk memeriksa tapak letupan. - Foto AFP

TOKYO - JEPUN. Satu letupan disyaki daripada bahan letupan telah merosakkan kawasan tandas di sebuah kuil perang Yasukuni di Tokyo, Jepun, semalam, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Jurucakap polis memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai letupan kuat sebelum kepulan asap tebal kelihatan di udara berhampiran tandas awam di dalam kuil tersebut.
Menurut AFP, akibat letupan itu, dinding dan siling bilik air berkenaan rosak serta terbakar dan polis turut menemui bateri serta wayar di tempat kejadian.
Susulan kejadian itu, unit khas pemusnah bom bergegas ke lokasi terbabit dan pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada insiden tersebut adalah serangan yang disasarkan.
"Tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu. Kami juga tidak pernah menerima apa-apa ancaman yang berkaitan dengan letupan," menurut salah seorang pegawai kuil berkenaan.
Difahamkan, letupan berlaku ketika pengunjung sedang melawat kuil itu sempena pesta menuai tahunan.

Ops Mardof cekup sembilan awak-awak


Ops Mardof cekup sembilan awak-awak
Mohd Aliyas (kiri) bersalaman dengan Azlisha selepas majlis penutupan Ops Mardof di Maritim Daerah Klang, semalam.

KLANG - Keasyikan awak-awak warga Indonesia mengaut untung menangkap ikan di Perairan Selangor memakan diri selepas dicekup Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Klang dalam Ops Mardof.
Operasi selama empat hari bermula Jumaat lalu membabitkan kerjasama daripada Jabatan Perikanan Negeri Selangor (JPNS).
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Aliyas Hamdan berkata, dengan kerjasama yang dibuat ini, pihaknya memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang laut terutama melibatkan Akta Perikanan di sekitar Perairan Selangor.
Menurutnya, dengan kekuatan seramai 70 keanggotaan, operasi pada hari kedua berjaya mengesan dua buah bot nelayan tempatan kelas C dalam keadaan mencurigakan sedang leka menangkap ikan.
“Dua pemeriksaan dibuat pada jam 12.12 tengah hari dan jam 12.45 tengah hari, di mana masing-masing berada di jarak kedudukan 20 batu nautika,” katanya dalam sidang media selepas majlis penutup operasi bersepadu, semalam.
Mohd Aliyas berkata, semakan mendapati kesemua awak-awak warga Indonesia ini bekerja dengan pemilik bot tersebut warga tempatan.
Menurutnya, semakan lanjut mendedahkan mereka ini didapati melanggar syarat lesen selain berada di Malaysia secara menyalahi undang-undang.
"Kesemua awak-awak berusia lingkungan 26 hingga 49 tahun ini direman selama 14 hari untuk disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985, " katanya.
Beliau berkata, sebanyak 24 buah bot nelayan diperiksa sepanjang tempoh empat hari operasi berkenaan dijalankan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan, Azlisha Ab Aziz berkata, pihaknya menyambut baik dengan kerjasama yang dijalankan ini dan berharap akan diadakan dari semasa ke semasa sebagai lambang mengeratkan hubungan antara dua agensi kerajaan.

Taktik menyorok dalam tong ais gagal


Taktik menyorok dalam tong ais gagal
Sebahagian warga Vietnam yang ditahan ketika memukat di perairan Pulau Tulai, Pulau Tioman selepas gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.
TIOMAN - Taktik bersembunyi dan menyorok di dalam tong ais oleh beberapa kru dua buah bot bukan warganegara gagal apabila Maritim berjaya menemui mereka ketika melakukan rondaan di perairan Pulau Tulai, pagi kelmarin.
Pemangku Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim (DM) 8, Komander Maritim Mohd Sulhan Zainun, berkata, pemeriksaan dibuat mendapati dua bot berkenaan adalah milik warga tempatan dan menggaji pekerja asing tanpa permit sah.
“Ketika penahanan dibuat, kedua bot itu yang terdiri daripada warga Vietnam sedang melakukan aktiviti memukat antara jam 10 pagi sehingga 11 pagi di lokasi kira-kira 17.2 batu nautika timur laut Pulau Tulai.
“Ketika pemeriksaan, anggota mengesan enam warga Vietnam bersembunyi di dalam tong ais di salah sebuah bot yang ditahan.
"Kesemua yang ditahan berjumlah 24 orang dan berusia antara 20 dan  34 tahun,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua bot berkenaan dan kesemua warga Vietnam yang ditahan diserahkan kepada pegawai penyiasat DM8 untuk siasatan lanjut.
"Kes ini disiasat mengikut Akta Perikanan serta Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan pasport," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pihaknya akan sentiasa gigih melaksanakan misi rondaan di perairan negara 24 jam setiap hari bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan dan penangkapan ikan secara salah berlaku dalam perairan Malaysia.

Mangsa banjir di Perak meningkat b'banding semalam


Gambar hiasan
IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 381 orang daripada 97 keluarga setakat 10 pagi ini berbanding 365 orang semalam, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Yahya Madif. 
Mangsa terbaharu membabitkan Kampung Parit Abu Hassan di Bagan Serai dengan jumlah dipindahkan seramai sembilan orang daripada dua keluarga dan kesemua mangsa terbabit ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.
Sementara itu, di kawasan Bukit Merah, Batu 38 dan 40, seramai 51 orang daripada 16 keluarga masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mangsa banjir di daerah Hilir Perak membabitkan Kampung Mesra Batu 7, Changkat Jong, Lorong Mesra, Kampung Batu 9, Teluk Intan, Lorong Kedah serta Kampung Baru Batu 8 kekal 73 orang daripada 20 keluarga dan kesemua mangsa banjir berada di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.
Di Kampung Parit 7, Teluk Intan seramai 29 orang daripada tujuh keluarga pula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Teluk Intan.
Sementara itu, di Pantai Remis mangsa tanah runtuh yang membabitkan 83 orang daripada 22 keluarga dari Kampung Padang Serai, Pengkalan Bharu masih berada di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.
Seramai 66 orang daripada 15 keluarga dari Bagan Serai membabitkan Kampung Matang Tengah, Kampung Air Hitam dan Changkat lobak ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.
Sementara itu, mangsa banjir di Sungai Siput membabitkan Kampung Tok Sirat seramai 52 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat manakala penduduk Kampung Lasah seramai 18 orang daripada empat keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Lasah.
Paras air kekal antara 0.3 meter hingga 1.2 meter di kampung terbabit terutama di kawasan berhampiran sungai, katanya.
Yahya berkata, agensi yang terlibat membantu mangsa banjir ialah JBPM, Rela, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama 

Penjual ikan rogol anak rakan


Penjual ikan rogol anak rakan

KOTA BHARU – Seorang penjual ikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas tuduhan merogol anak rakannya yang bersekolah di tingkatan satu.
Tertuduh yang berasal dari Kampung Kuala Besar Badang, Kota Bharu  didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Kampung Banggol pada jam 2.30 petang, 5 November lalu.
Dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.
Tuduhan dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noorhaslinda Che Seman. Susulan penafian tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Mariah Omar memohon tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes dan tidak mencadangkan jaminan.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 29 Disember depan untuk pendengaran laporan perubatan mangsa, sementara tertuduh akan ditahan di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kerana jaminan tidak dibenarkan.
Tertuduh yang berpendapatan RM200 seminggu terbabit hadir ke mahkamah sambil ditemani ahli keluarganya.
Dia diwakili peguam, Ahmad Nuri Abdul Rahman.

Dua maut, tiga cedera kereta hilang kawalan


Dua maut, tiga cedera kereta hilang kawalan
Keadaan kenderaan yang terbabas akibat hilang kawalan. - Foto Sinar Harian

IPOH - Dua maut manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki lima sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Kilometer 280.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Ipoh Selatan, di sini, malam tadi.
Mangsa, Mohamad Fadhir Ismail, 35, dan anak sulungnya, Mohamad Adam Faris Mohamad Fadhir, 5, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Noorharzuin Halim, 32, anak perempuan, Noor Adalea Fatiha Mohamad Fadhir, setahun, dan anak saudara, Ummi Kalthum binti Tajuddin, 21, turut cedera dalam kemalangan itu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, dalam kemalangan jam 10.15 malam itu, kereta jenis Mitsubishi Airtrek dipandu Mohamad Fadhir dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala ke Gombak dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang besi kiri jalan.
Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan Mohamad Fadhir dan Mohamad Adam Faris yang duduk di tempat duduk bahagian penumpang sebelah Kanan maut di tempat kejadian.
"Tiga yang lain mengalami kecederaan di bahu, muka dan kepala," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasatan dan mangsa cedera turut dirawat di hospital sama.

Sebutan kes bunuh anak tiri,10 Disember ini


Sebutan kes bunuh anak tiri,10 Disember ini
Siti Zabrina diiring polis ketika keluar dari Mahkamah Majistret Port Dickson.

PORT DICKSON - Mahkamah Majistret di sini, menetapkan 10 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang operator pengeluaran yang menghadapi tuduhan membunuh anak tirinya, Ogos lalu.
Majistret M Mageshwary menetapkan tarikh itu terhadap Siti Zabrina Adin, 39, bagi pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.
Siti Zabrina dalam keadaan bergari dan memakai pakaian lokap hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwaan, Inspektor Mohd Nuralhafiz Alias.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nur Damia Amani Mohd Azam, 5, di rumah di Lorong Makmur 6, Taman Lukut Makmur, Lukut, antara 3.30 petang hingga 5.15 petang, pada 7 Ogos lalu.
Dia didakwa Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pada 20 Ogos lalu, tertuduh dihadapkan ke mahkamah sama atas tuduhan terbabit, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.