Search This Blog

Thursday, November 19, 2015

Firma guaman Australia tuntut A$10,000 seunit daripada VW


SYDNEY: Firma guaman Maurice Blackburn berkata akan minta ganti rugi kira-kira A$10,000 (RM31,000) daripada Volkswagen AG bagi setiap satu daripada lebih 90,000 unit kenderaan syarikat itu di Australia yang dilengkap peranti pengurang keluaran asap.
Firma guaman itu berkata, ia sedia memfailkan saman berkumpulan di Mahkamah Persekutuan bagi pihak pemilik kenderaan Volkswagen, Audi dan Skoda di Australia. Syarikat guaman itu menjangkakan jumlah tuntutan keseluruhan akan bernilai lebih A$100 juta.
Volkswagen yang terpalit skandal berikutan dakwaan kereta diesel keluarannya dilengkapi peranti menipu jumlah keluaran asap terpaksa membuat panggilan balik serta berdepan beberapa saman berkumpulan. - Reuters

Gempa kuat 7.0 magnitud di Kepulauan Solomon

LONDON: Gempa kuat berukuran 7.0 magnitud melanda Kepulauan Solomon di Pasifik, awal pagi ini, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Gempa berpusat kira-kira 80 kilometer (km) dari Dadali pada kedalaman 10km.
Pusat Amaran Tsunami Pasifikc berkata, berdasarkan data yang diperoleh, gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami di pntai Hawaii. - REUTERS

Bapa Maut Dipukul Anak OKU


Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 1:04 AM

KOTA BAHARU: Seorang lelaki warga emas maut selepas dipukul bertalu-talu oleh anak lelakinya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) menggunakan buluh dan kayu di Kampung Hujung, Repek, Bachok pada Rabu.



Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 71 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

"Akibat serangan itu, sebelah telinga mangsa juga turut terputus dan kita masih menyiasat motif sebenar kejadian kerana suspek dikatakan mempunyai masalah mental.

"Suspek sepatutnya menjalani rawatan mental di hospital namun tidak dihantar oleh keluarganya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, Rabu.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati mangsa diserang ketika baru bangun tidur dan hendak menunaikan solat Subuh.

Mazlan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Mengulas mengenai penemuan serpihan tulang dipercayai rangka manusia di Kampung Pak Keral, Pengkalan Kubor, Tumpat Isnin lepas, Mazlan berkata siasatan awal mendapati kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan kehilangan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada Mei 2013.

"Mengikut laporan yang diterima pihak polis, kedua-dua mangsa ini dikatakan keluar dari rumah kerana mahu ke kedai runcit pada 11 malam.

"Kemungkinan besar kedua-dua mangsa terlibat dalam kemalangan menyebabkan mereka terjatuh ke dalam tali air itu kerana sebelum ini, kami turut menemui rangka motosikal di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA)  terhadap serpihan tulang yang ditemui itu dan telah memanggil anggota keluarga mangsa yang terlibat untuk menjalani ujian sama.

Akhbar pada Rabu melaporkan penemuan serpihan tulang selepas kerja-kerja pembersihan tali air dilakukan di kampung berkenaan.

Kes Bunuh Tapah: Suspek Direman Seminggu Lagi


Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 11:28 AM
Keadaan rumah yang turut menempatkan bengkel di mana empat kejadian bunuh disyaki berlaku.

TAPAH: Polis mendapat perintah tahanan reman baharu untuk tempoh tujuh hari ke atas empat sekeluarga yang disyaki terlibat dalam empat kes bunuh di sini.
Jurucakap polis berkata, suspek akan direman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan kehilangan operator bas pelancong, V. Gunawaty sejak Mac 2014.
Ia adalah reman ke tiga sejak keempat suspek terlibat iaitu mekanik berusia 57 tahun, isterinya yang berusia 54 tahun dan anak lelaki mereka yang berusia 17 dan 20 tahun sejak ditahan pada 26 Oktober di rumah mereka yang juga bengkel di Jalan Pahang di sini di mana pembunuhan itu didakwa berlaku.
Suspek empat sekeluarga itu sebelum ini direman 25 hari bagi membantu siasatan berkaitan dua mangsa, Jasbeer Singh dan Ng Chor Kee, ejen alat ganti yang dilaporkan hilang pada Jun 2014.
Dilaporkan kehilangan Jasbeer yang juga ejen tahan pada Ogos telah membawa kepada rumah usang suspek.
Keempat-empat mangsa dipercayai dipukul hingga mati dan mayat mereka dibakar sebelum abu dibuang ke sungai di belakang rumah suspek.
Setakat ini, polis belum mengesahkan identiti mangsa walaupun ahli keluarga keempat-empat individu yang hilang itu telah tampil memaklumkan kemungkinan mereka dibunuh.
Seorang lagi yang dilaporkan hilang adalah konduktor bas, Ng Ah Leng @ Mohan yang kali terakhir dilihat keluarganya pada akhir 2012.

71 Tangkapan Dalam Operasi Pemerdagangan Manusia Di Perak


Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 12:39 PM

IPOH: Sebanyak 71 tangkapan dilakukan menerusi operasi Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) oleh kontinjen polis Perak dalam tempoh lima tahun.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata polis Perak menjalankan 35 operasi di pelbagai lokasi sepanjang tempoh itu dengan 26 tangkapan tahun ini, 15 tangkapan (2014), tujuh tangkapan (2013), 10 tangkapan (2012) dan 13 tangkapan (2011).
"Antara jenis-jenis tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran adalah mengikut Tatacara dan Kaedah di bawah Seksyen 12, Seksyen 13, Seksyen 14, Seksyen 15 dan Seksyen 15A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
"Tindakan di bawah Seksyen 26A, Seksyen 26B, Seksyen 26C dan Seksyen 26D akta yang sama boleh dikenakan bagi kesalahan penyeludupan migran," katanya menjawab soalan lisan Radzi Zainon (PAS-Sungai Rapat) berhubung tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap kes penyeludupan dan pemerdagangan manusia pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Khamis.
Zambry juga berkata Memorandum Persefahaman Malaysia dan Thailand yang diadakan pada 2010, telah menggariskan suatu bentuk kerjasama antara kedua-dua negara bagi membendung serta membasmi jenayah ini, khususnya bagi negeri yang bersempadan dengan Thailand termasuk Perak.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata kerajaan negeri telah mengadakan program pembangunan usahawan antaranya projek fertigasi dan projek nanas yang telah dirangka bersama Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) di kawasan seluas 16 hektar di Lekir, Manjung.
"Projek ini dijangka bermula awal tahun depan dengan kaedah dan pelaksanaannya melibatkan belia siswazah sebagai peserta," katanya menjawab soalan lisan Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN-Lintang) berkaitan program pembangunan belia di negeri ini.
Shahrul Zaman berkata bagi mencapai objektif membangunkan belia dari sudut modal insan dan ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan negeri tahun ini telah merangka laksana beberapa program berkaitan antaranya kursus kepimpinan organisasi tahap satu dan dua melibatkan 1,280 peserta seluruh negeri dan program bina insan belia dengan 320 peserta.
"Bagi bidang ekonomi pula, antaranya menganjurkan kursus asas keusahawanan dengan penyertaan 30 orang, latihan kemahiran tidak formal dengan penyertaan 330 belia seluruh negeri dan program perantis dengan 80 peserta belia," katanya.- BERNAMA

Pemandu Lori Maut Tertimbus Pasir


Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 12:43 PM

SEREMBAN: Seorang pemandu lori maut tertimbus pasir selepas lori dengan muatan pasir yang dipandunya hilang kawalan ketika menuruni bukit di Jalan Seremban - Jelebu di Bukit Tangga, dekat sini pagi Khamis.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Razali Abd Khadir berkata dalam kejadian lebih kurang jam 9.20 pagi itu, mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Chandran, berusia dalam lingkungan 50-an dalam perjalanan mengangkut pasir dari Jelebu menghala ke Seremban.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lori mangsa mengalami masalah brek menyebabkan lori yang dipandunya terbabas ke bahu jalan ketika menuruni bukit itu.
"Ketika operasi, kami dapati terdapat seorang mangsa yang terperosok di bawah jentera (serta) timbunan pasir dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh enam minit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini Khamis.
Razali berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini bagi tujuan bedah siasat. - BERNAMA

Kempen terbalik

Jakarta: Kementerian Kesihatan Indonesia semalam meminta maaf selepas kesilapan cetakan pada poster yang diedarkan mendakwa virus HIV boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk, berenang dan bersin.
Media sosial di Indonesia penuh dengan kritikan selepas kempen kesedaran mengenai persepsi palsu HIV oleh kementerian itu berlaku sebaliknya.
Dalam kempen itu, kementerian merancang memasang beratus-ratus poster di kereta api komuter dan stesen yang menyatakan HIV tidak menular melalui gigitan nyamuk, berenang dan bersin, dan juga melalui air liur dan peluh.
Bagaimanapun, syarikat pencetakan dilantik membuat kesilapan dengan tidak mencetak perkataan ‘tidak’ pada poster berkenaan.
Poster itu juga tidak mendapat kelulusan akhir pegawai di kementerian dan terus dipasang di stesen dan di dalam kereta api komuter beberapa hari lalu.
Kesilapan itu disedari selepas dikritik pengguna media sosial dan Kementerian Kesihatan bertindak segera menurunkan poster berkenaan.
Pegawai kanan di Kementerian Kesihatan, Muhammad Subuh meminta maaf dan mengaku ia berpunca daripada kesilapan cetakan.
“Kami meminta maaf kepada semua dan poster itu sudah diturunkan dan bakal diganti dengan mesej yang betul,” katanya.
Menurutnya, syarikat pencetakan gagal menunjukkan versi akhir poster itu kepada pihaknya sebelum ia dicetak dan dipamerkan.
Syarikat pencetakan berkenaan juga meminta maaf atas kontroversi berkenaan.
Walaupun dikritik hebat, namun Muhammad berkata, kesilapan itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai mengenai persepsi palsu HIV.
“Ramai yang sedar kesilapan ini dan itu menunjukkan kejayaan dalam kempen kami mengenal punca sebenar jangkitan HIV,” jelasnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 7:10 AM


POSTER yang mengandungi kesilapan cetakan yang digantung di dalam sebuah kereta api komuter di Jakarta.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94147#sthash.1n6AMqud.dpuf

Bayi rentung

Texas (Amerika Syarikat): Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan mati rentung dalam ketuhar akibat permainan yang berakhir tragedi selepas ibunya meninggalkannya bersama tiga beradiknya yang cuma berusia tiga hingga lima tahun.
J’zyra Thompson ditemui maut awal pagi kelmarin di sebuah apartmen di timur laut Houston. Ketika kejadian, bayi itu ditinggalkan bersendirian bersama adik-beradiknya yang lain pada Isnin lalu sementara ibu mereka keluar bekerja.
Sepanjang ketiadaan ibu mereka, tiga kanak-kanak berkenaan mula bermain dengan ketuhar sehingga lewat malam, tetapi keadaan bertukar cemas menyebabkan seseorang menghubungi talian kecemasan.
Pasukan kecemasan yang tiba di tempat kejadian menemui mayat J’zyra berhampiran ketuhar. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada bayi malang itu mati kerana dimasukkan ke dalam ketuhar terbabit atau diletakan di atas dapur gas.
Laporan mengatakan, ibu mereka yang hamil meninggalkan mereka dalam jagaan teman lelakinya sebelum keluar bekerja. Tetapi, ketika kejadian berlaku hanya empat kanak-kanak itu berada di dalam rumah.
Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan apa-apa tuduhan berhubung kes itu.
Nenek bayi malang itu, Gina Dennis ketika ditemu bual berkata:“Dia bayi yang sangat comel. Saya masih belum dapat menerima kenyataan.”
Bapa saudara J’zyra, Jessie Braden berkata: “Saya perlu tahu apa yang berlaku? Apa sebenarnya yang berlaku, supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.”
Sementara itu, seorang jiran di
kompleks apartment itu memberitahu, mereka sering melihat kanak-kanak berkenaan tinggal bersendirian di rumah.
“Hanya memakai lampin, tiada baju, kasut atau apa-apa, di mana ibu dan bapa mereka?” kata Miranda Oneil Johnson.
Sementara itu, akaun GoFundMe ditubuhkan untuk membantu kos pengebumian bayi berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 7:06 AM


J’ZYRA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94139#sthash.ib8Chk6g.dpuf

Dera telan wasabi

Tokyo: Seorang bekas jurulatih dan ahli sukan gusti sumo mengaku mendera pembantunya dengan memukulnya menggunakan kayu pemukul, menyumbat tuala ke dalam mulut dan memaksanya memakan satu bekas penuh berisi wasabi.
Kazuyuki Yamamura, yang pernah mengetuai pemecah rekod gusti sumo dari Mongolia, Hakuho, memberitahu mahkamah Tokyo Isnin lalu bahawa dia berulang kali memukul bekas pembantunya berusia 31 tahun menggunakan pemukul besi atau tukul, lapor akhbar Nikkan Sports.
Menurut laporan itu, Yamamura didakwa menyumbat mulut pembantunya yang berusia 31 tahun dengan tuala serta memukul jari, siku, lutut dan pergelangan kaki menggunakan kayu atau tukul.
Penderaan terhadap lelaki yang bekerja sebagai pemandu dan pembantu peribadinya bermula awal tahun ini dan semakin menjadi-jadi sehingga ada satu ketika dia dipaksa memakan satu bekas penuh berisi wasabi - perencah Jepun yang sangat pedas - dan mencucuk jarum di bawah kukunya.
Dia turut mengancam untuk mencederakan bahagian sulitnya termasuk mengorek biji mata dan mematahkan giginya.
Yamamura dilaporkan bertindak sedemikian selepas menyalahkan lelaki itu kerana melakukan kesilapan ketika membeli barang keperluan untuknya dan tidak bercakap dengan jelas.
Mangsa memberitahu Rangkaian Televisyen Nippon News, dia merasakan “boleh dibunuh bila-bila masa.”
Tambahnya lagi, dia tidak melaporkan perkara berkenaan kepada polis kerana menghormati Hakuko, tetapi mengalah kerana tidak sanggup menanggung penderitaan itu lagi.
Yamamura digugurkan dari sukan itu bulan lalu oleh Persatuan Sumo Jepun berhubung kes terbabit.
Dia yang masih bergabung dengan Hakuho sehingga penyingkirannya dari sumo, diturunkan pangkat sebagai jurulatih selepas sebuah majalah pada 2007 menerbitkan laporan yang mengatakan dia pernah memberitahu perempuan simpanannya mengenai cara mengatur perlawanan membabitkan Hakuho.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 7:04 AM


YAMAMURA (kanan) diiring polis keluar dari mahkamah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94137#sthash.R8UpIG1A.dpuf

Penolong juruterbang digantung kerana ucapan

Jakarta: Syarikat penerbangan tambang murah Indonesia, Lion Air semalam menggantung seorang penolong juruterbang yang membuat ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada seorang pramugari.
Tindakan itu dibuat susulan aduan daripada penumpang mengenai ucapan penolong juruterbang berkenaan ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Denpasar pada 14 November lalu.
Juruterbang berkenaan membuat kejutan kepada seorang pramugari dengan membuat ucapan selamat ulang tahun kelahiran melalui pembesar suara.
Dia juga memberitahu pramugari berkenaan masih bujang dan mencari jodoh.
Pengarah Umum Lion Air, Edward Sirait berkata, penolong juruterbang itu digantung kerana bertindak tidak profesional.
“Penolong juruterbang ini digantung daripada terbang kerana didapati melanggar prosedur pengumuman dengan membuat ucapan selamat ulang tahun kelahiran,” katanya.
Edward juga menafikan laporan yang mendakwa juruterbang itu mabuk selepas penumpang terdengar bunyi mendesah dari pembesar suara pesawat sepanjang penerbangan.
“Mustahil juruterbang mabuk atau memasang pembesar suara sepanjang masa kerana dia perlu sentiasa berkomunikasi dengan menara kawalan,” tegasnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 7:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94145#sthash.r9AFGTS8.dpuf

Dua ketua pembangkang kekal hukuman gantung

Dhaka: Mahkamah Agung Bangladesh semalam menolak rayuan terakhir dua pemimpin pembangkang terhadap hukuman mati ke atas mereka kerana melakukan kekejaman ketika perang kemerdekaan menentang Pakistan pada 1971 dalam keputusan yang dibimbangi mencetuskan bantahan penyokong mereka.
Setiausaha agung Parti Jamaat-e-Islami, Ali Ahsan Mohammad Mujahid, 67, didapati bersalah atas lima tuduhan termasuk penyeksaan dan pembunuhan golongan intelektual serta Hindu ketika memimpin Al Badr, tentera bantuan askar Pakistan ketika perang untuk keluar dari negara itu.
Bekas ahli parlimen Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) yang diketuai Perdana Menteri Khaleda Zia, Salahuddin Quader Chowdhury, 66, pula didapati bersalah pada Oktober 2013 atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai, penindasan agama, penculikan dan penderaan ketika perang berkenaan.
“Seluruh negara berpuas hati dengan keputusan yang dibuat,” kata Peguam Negara Mahbubey Alam kepada wartawan diluar mahkamah.
Kedua-dua mereka boleh digantung bila-bila masa kecuali mendapat pengampunan daripada presiden.
Mohammad yang juga menteri kebajikan masyarakat dari 2001 hingga 2006 ketika pemerintahan Khaleda menjadi bekas menteri pertama dan orang ketiga dihukum gantung, sementara Chowdhury menjadi ketua BNP yang pertama ke tali gantung melainkan mendapat pengampunan.
“Terpulang kepada mereka sama ada mahu memohon pengampunan atau tidak,” kata peguam bela Khandaker Mahbub Hossain.
Beberapa jam sebelum keputusan itu dibuat, seorang paderi Itali cedera dalam serangan terbaru ke atas rakyat asing di negara itu, yang diakui dilakukan kumpulan Negara Islam (IS).
Namun, kerajaan menolak dakwaan IS itu sebaliknya menyalahkan keganasan yang semakin meningkat berpunca daripada musuh politiknya yang mempunyai kaitan dengan parti-parti Islam.
Perdana Menteri Sheikh Hasina membuka kertas siasatan terhadap jenayah perang itu pada 2010, tetapi dikecam kerana dianggap mempunyai kaitan politik untuk melemahkan kepemimpinan Jamaat-e-Islami.
Dua pemimpin Jamaat menjalani hukuman gantung pada Disember 2013 dan satu lagi pada April. Mereka enggan merayu pengampunan daripada presiden. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 7:00 AM


PENUNJUK perasaan, termasuk ada antara mereka bertempur dalam perang 1971 berhimpun di luar Mahkamah Agung mendesak hukuman gantung dikekalkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94135#sthash.sWAd67df.dpuf

Lelaki bersenam atas lampu isyarat

Suzhou (China): Pengguna jalan raya di bandar ini terkejut selepas melihat seorang lelaki membuat senaman taici di atas palang lampu isyarat baru-baru ini.
Lelaki berusia 51 tahun itu dilihat berdiri dan membuat gerakkan taici di atas palang lampu isyarat di satu persimpangan yang sibuk di bandar ini.
Tindakan lelaki itu menyebabkan keadaan lalu lintas di jalan raya berkenaan sesak teruk selepas ramai pemandu merakamkan aksi itu.
Lelaki itu dilaporkan membuat aksi berbahaya berkenaan selama beberapa minit sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.
Pada mulanya anggota bomba memujuk lelaki itu turun, tetapi dia enggan.
Bagaimanapun, selepas anggota bomba mengeluarkan tangga, lelaki itu akhirnya bersetuju untuk turun dengan menggelungsur di tiang lampu isyarat.
Lelaki itu memberitahu, sebelum kejadian dia mengambil terlalu banyak minuman keras kerana kecewa selepas gagal mencari pekerjaan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 7:11 AM


SEORANG lelaki melakukan senaman taici di atas palang lampu isyarat di Suzhou, China.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94149#sthash.eI0tFSKC.dpuf

Lelaki maut kena renjatan elektrik


Mayat mangsa dituntut di Hospital Kemaman pada jam 12 tengah malam untuk disemadikan di Selangor. Gambar kecil: Adi Putera.KEMAMAN - “Ketika arwah menggelupur, saya baling kotak ke arahnya untuk alihkan tangannya yang terpegang besi kotak agihan kuasa elektrik sebelum dia rebah,” kata pekerja syarikat pemasangan alatan telekomunikasi yang melihat rakan sekerjanya, Adi Putera Zakaria, 28, maut terkena renjatan elektrik.
Insiden itu berlaku ketika mereka berdua bersama seorang lagi rakan baru selesai menyiapkan kerja di sebuah pencawang baharu milik sebuah syarikat telekomunikasi di Kampung Bukit Kukuran, Kemasik, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Ihram Mohd Razif, 34, berkata, semasa kejadian dia dan mangsa sedang melakukan kerja pemasangan di atas pencawang pada ketinggian hanya 1.5 meter dari tanah, manakala seorang lagi rakan mereka berada lebih tinggi.
“Kejadian berlaku dalam sekelip mata saja. Dalam keadaan panik itu saya hanya sempat baling kotak ke arahnya untuk putuskan aliran elektrik,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kemaman.
Mangsa yang masih bujang dan menetap di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor bersama dua rakan setugasnya memulakan kerja di pencawang itu sejak 14 November lalu. Mereka bertiga yang bekerja dengan syarikat yang beribu pejabat di Klang, Selangor menginap di hotel sebaik tiba di daerah ini.
“Hari ini (kelmarin) dah masuk hari keempat kami buat kerja di sini, malah beberapa minit sebelum kejadian renjatan berlaku, semua kerja kami dah siapkan sepenuhnya, cuma semasa nak turun dari pencawang, tangan kanan arwah terpegang besi kotak agihan kuasa elektrik,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian disebabkan renjatan arus elektrik.
Katanya, semasa mangsa menggelupur dalam keadaan berdiri dan satu lagi tangan mangsa iaitu tangan kiri terpegang pagar besi.
“Dari pemeriksaan dibuat mangsa melecur di kedua-dua tapak tangan dan belakang badan serta ada dua tompok kesan hitam pada bahu kirinya,” katanya.
Mayat mangsa dituntut kira-kira jam 12 tengah malam dan dibawa pulang ke rumahnya di Selangor untuk dikebumikan.

Bekas sarjan kena penjara 20 tahun


Bekas sarjan kena penjara 20 tahun
Tertuduh (kanan) dikawal polis keluar dari mahkamah dan akan dihantar menjalani hukuman di Penjara Pengkalan Chepa.
KOTA BHARU – “Saya nak tertuduh mati.” Itu luahan isteri arwah di mahkamah tinggi di sini, semalam, kepada tertuduh yang menyebabkan kematian suaminya dalam tragedi letupan bom di Perumahan JPN Kok Seraya Chabang Empat, Tumpat, dua tahun lalu.
Dayang Idayu Mohd Nawi, 28, berkata demikian ketika memberi keterangan impak sebelum Hakim, Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap bekas sarjan tentera, Che Rosli Che Daud, 31.
Dayang meluahkan rasa hibanya kerana kehilangan suami, Mohd Yusrizal Mat Zain, 34, yang maut terkena letupan bom buatan sendiri selepas mengambil satu bungkusan yang diletakkan di atas kereta iparnya di hadapan rumah mertua antara jam 10 dan 11 pagi, 11 Ogos 2013.
“Hidup saya susah sebab terpaksa jaga anak yang masih kecil seorang diri. Arwah suami tidak bersalah, namun sebab kejadian itu, anak saya tidak kenal bapanya dan pendapatan kami juga terjejas.
“Saya nak tertuduh mati juga supaya keluarga dia dapat rasa apa yang saya rasa, tetapi saya tetap menghormati keputusan mahkamah. Saya takkan maafkan dia sampai mati atas kesengsaraan yang saya lalui selepas suami meninggal,” katanya.
Terdahulu, Peguam, Datuk Syukri Mohamed merayu bagi pihak tertuduh supaya hukuman diringankan.
Ketika kejadian, dia berusia 28 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata berusia dua, empat dan enam tahun.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ainul Wardah Shahidan, bagaimanapun memohon hukuman setimpal dengan hujah tertuduh mempunyai kepakaran membuat letupan dan mengetahui bahan itu boleh membawa maut.
“Akibat cemburu, tertuduh bertindak keterlaluan dan melulu. Perbuatan tertuduh kejam melihat kepada keadaan fizikal si mati yang menyedihkan. Mohon hukuman yang dapat memberi pengajaran kerana bimbang tertuduh akan mengulangi kepada sasaran sebenar yang masih hidup,” katanya.
Azman dalam keputusannya berkata, perbuatan tertuduh sangat berani tanpa mengambil kira risiko dan dia bernasib baik kerana tuduhan asal iaitu membunuh dipinda serta dihukum selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan yang dikemukakan.
“Kematian mangsa sangat tragis kerana berlaku pada Syawal di hadapan keluarganya. Nasi sudah menjadi bubur dan tujuan hukuman patut memberi kesan kepada tertuduh dan orang lain. Tidak boleh hanya hukuman ‘gigitan semut’ (ringan),” katanya.
Sinar Harian pada 12 Ogos 2013 melaporkan seorang  kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut selepas bungkusan yang diletakkan di atas kenderaan pelbagai guna jenis Naza Citra milik iparnya meletup.
Mangsa melecur seluruh badan dengan kedua-dua tangan putus dan perut pula terburai.

Rangka ada kaitan dua remaja hilang 2013


ADILA SHARINNI WAHID
Rangka ada kaitan dua remaja hilang 2013

18 NOVEMBER 2015
Rangka ada kaitan dua remaja hilang 2013 Keratan akhbar Sinar Harian.

KOTA BHARU – Dua rangka manusia yang ditemui di tali air Kampung Pak Keral, Tumpat, malam Isnin lalu dipercayai ada kaitan dengan kes orang hilang yang dilaporkan pada 2013.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan awal polis menjurus kepada kes kehilangan dua remaja perempuan itu, namun ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) tetap dijalankan bagi mengesahkan identiti rangka terbabit.

“Pada Mei, 2013, ada satu kejadian dua orang dilaporkan hilang selepas keluar rumah dengan menaiki motosikal untuk ke kedai runcit pada jam 11 malam.

“Mereka tiba-tiba hilang dan berkemungkinan berlaku kemalangan hingga masuk ke tali air tersebut, bagaimanapun itu hanya siasatan awal dan memerlukan bukti DNA,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini.

Menurutnya, motosikal mereka sudah ditemui lebih awal, namun tiada saksi yang nampak kejadian mereka jatuh dalam tali air sebelum rangka yang bertaburan itu ditemui pekerja pembersihan yang mengorek tali air sebagai persiapan menghadapi banjir.

Pada jam 7 malam, 16 November lalu, penduduk digemparkan dengan penemuan serpihan tulang serta korset yang terangkat bersama rumput ketika kerja menggali dengan menggunakan jengkaut. Pada mulanya disangka tulang binatang sebelum mendapati ia seperti tangan manusia lalu menghubungi polis.

Semalam, keluarga salah seorang mangsa hilang memberitahu masih awal untuk mengaitkan serpihan tulang itu milik Nur Zalila Ibrahim, 12, yang didakwa dilarikan seorang wanita berperwatakan lelaki dipanggil Along, dua tahun lalu.

Darah ibu mangsa, Rokiah Awang, 46, juga diambil untuk dilakukan ujian DNA yang akan diketahui sedikit masa lagi. Keluarga itu juga mengesahkan motosikal jenis Honda EX-5 berwarna merah yang ditemui di dasar tali air tidak jauh dari tempat penemuan rangka pada Ogos lalu adalah milik mereka.

Mulut disumbat kain tudung


MUHAMMAD AFHAM RAMLI
Mulut disumbat kain tudung

19 NOVEMBER 2015
Mulut disumbat kain tudung Antara barang yang ditemui bagi membantu siasatan. Gambar kanan: Senjata yang dipercayai digunakan suspek.

PUTRAJAYA - Seorang Penolong Juruaudit berdepan detik mencemaskan apabila dia diikat ketika disamun di dalam rumahnya di Presint 5, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 5.50 petang berlaku ketika mangsa yang baru pulang ke rumahnya berasa curiga selepas mendapati pintu pagar masih bermangga, namun pintu utama didapati telah rosak dan tidak berkunci.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kemudian, mangsa, seorang wanita berusia 26 tahun yang bertugas di sebuah kementerian di Putrajaya masuk ke dalam rumah dan tiba-tiba diterkam dari arah belakang oleh seorang lelaki.

Menurutnya, suspek bertindak mengikat tangan mangsa menggunakan wayar.

"Lebih teruk lagi, suspek berusia lewat 30-an itu mengarahkan mangsa untuk diam sambil mengacukan pisau panjang kira-kira enam inci.

"Suspek turut membuka tudung mangsa dan terus menyumbat mulutnya dengan menggunakan kain tudung tersebut," katanya.

Beliau berkata, bagi mengelakkan mangsa menjerit, suspek bertindak mengikat mulut mangsa menggunakan pita pelekat yang dililitkan di sekeliling kepala mangsa.

Katanya lagi, apabila sedar keadaan agak selamat, suspek kemudian menyelongkar rumah tersebut yang berada di tingkat 15 kira-kira 10 minit sebelum melarikan diri.

Tambahnya, tidak beberapa lama kemudian, kejadian tersebut disedari rakan serumahnya yang baru pulang.

"Mangsa telah periksa rumahnya dan dapati wang tunai RM400, dua butir cincin, seutas gelang emas dan tiga telefon bimbit hilang," katanya.

Rosly berkata, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, usaha menjejak suspek giat dijalankan berdasarkan beberapa petunjuk dan rakaman percakapan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Pemuda dihukum mati bunuh rakan serumah


WARTAWAN SINAR HARIAN
18 NOVEMBER 2015

TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pemuda selepas disabitkan kesalahan membunuh rakan serumah akibat perselisihan faham dua tahun lalu.

Tertuduh Muhammad Faizal Dzulkifli, 25, yang bekerja sebagai peniaga lembu didapati bersalah membunuh rakan serumahnya Mohamad Borhan Md Radzali, 18, di sebuah rumah disewa mereka di Taman Bahagia antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi 10 Jun 2013.

Hakim Datuk Abd Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas tertuduh dan pihak pembelaan tidak dapat menimbulkan keraguan ke atas dakwaan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan keterangan sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak 2014, tertuduh mengaku bersama beberapa yang lain memukul mangsa akibat perselisihan faham.

Bagaimanapun tidak ada sebarang senjata digunakan dalam perkelahian itu kecuali siku dan lutut.

Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh tertuduh sendiri tetapi koma beberapa hari akibat kecederaan parah pada otak dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Tertuduh diwakili Ahmad Nizam Hamid manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustafa.

Ahmad Nizam berkata, pihaknya Akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

Seramai 13 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan manakala hanya seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri memberi keterangan di mahkamah.

Pekerja swasta maut terkena renjatan elektrik


RAIHAM MOHD SANUSI
18 NOVEMBER 2015
Pekerja swasta maut terkena renjatan elektrik

Pekerja swasta maut terkena renjatan elektrik Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Gambar kecil: Adi Putera.

KEMAMAN - "Ketika arwah menggelupur, saya baling kotak ke arahnya untuk alihkan tangannya yang terpegang besi kotak agihan kuasa elektrik sebelum dirinya rebah," kata  pekerja syarikat pemasangan alatan telekomunikasi yang melihat rakan sekerjanya, Adi Putera Zakaria, 28, maut terkena renjatan elektrik.

Insiden itu berlaku ketika mereka berdua bersama seorang lagi rakan baharu siap menyudahkan kerja di sebuah pencawang baharu milik Digi di Kampung Bukit Kukuran, Kemasik, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Ihram Mohd Razif, 34, berkata, semasa kejadian dia dan mangsa sedang melakukan kerja pemasangan di atas pencawang pada ketinggian hanya 1.5 meter dari tanah manakala seorang lagi rakan mereka berada lebih tinggi.

"Kejadian berlaku dalam sekelip mata sahaja. Dalam keadaan panik itu saya hanya dapat baling kotak ke arahnya untuk putuskan aliran elektrik," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kemaman untuk menuntut jenazah mangsa.

Mangsa yang masih bujang dan menetap di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor bersama dua rakan setugasnya memulakan kerja di pencawang itu sejak 14 November lalu.

Banjir di India, 70 maut


19 NOVEMBER 2015

Banjir di India, 70 maut

Banjir di India, 70 maut Anggota Tindakan Bencana Kebangsaan (NDRF) India menyelamatkan mangsa semasa operasi bantuan di pinggir Chennai, India. - Foto AFP

NEW DELHI - INDIA. Lebih 70 orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian banjir akibat hujan lebat sejak minggu lalu di Tamil Nadu, dekat selatan India.

Meskipun tiada jumlah rasmi kemalangan jiwa dicatatkan setakat ini, namun media tempatan melaporkan angka kematian mencecah 71 orang.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan India memberitahu, sehingga kini lebih 7,000 penduduk berjaya diselamatkan dengan beberapa helikopter penyelamat bertindak menjatuhkan air, makanan dan perubatan kepada mangsa yang terkandas di kawasan banjir.

"Walaupun hujan turun lebat kelmarin, tetapi penduduk diberi amaran bahawa hujan akan terus turun dalam beberapa hari akan datang," menurutnya.

Difahamkan, beberapa tasik dan takungan air di Chennai dan bandar berhampiran di Kancheepuram turut melimpah sekali gus menenggelamkan banyak kawasan. - Press TV

Curi abu mayat, minta tebusan waris simati


Curi abu mayat, minta tebusan waris simati

19 NOVEMBER 2015
Curi abu mayat, minta tebusan waris simati Lokasi tanah perkuburan yang menjadi sasaran penjenayah.

HENAN - CHINA.  Sekumpulan penjenayah bertindak mencuri abu mayat di sebuah tanah perkuburan disini dan kemudian meminta wang tebusan daripada saudara si mati jika mahu mendapatkan semula abu berkenaan.

‎Menurut salah seorang mangsa, Liu, dia dihubungi pihak pengurusan tanah perkuburan Xinjiang memberitahu abu mayat suaminya telah dicuri.

Semasa tiba di kubur suaminya itu, Liu mendapati kubur suaminya itu telah digali dan ditinggalkan dalam keadaan berselerak.

Menerusi panggilan ke nombor telefon yang ditinggalkan oleh perompak di kubur suaminya itu, Lui berkata, penjenayah terbabit meminta wang untuk memulangkan semula abu berkenaan.

"Penjenayah terbabit memintanya untuk memberikan wang lebih 10 ribu Yuan untuk mendapatkan semula abu berkenaan," katanya dipetik CCTVNews.

Sementara itu, pihak pengurusan tanah perkuburan berkata, penjenayah tersebut berpengalaman dalam melakukan jenayah tersebut.

Mangsa lain yang hanya dikenali sebagai Fan berkata, walaupun dia telah memberikan penjenayah berkenaan 20,000 Yuan seperti yang diminta, namun dia tidak memperoleh semula abu mayat salah seorang keluarganya.

"Saya tidak mendapat semula abu, sebaliknya mereka meminta wang yang lebih banyak," katanya.

‎Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, kumpulan penjenayah terbabit berkemungkinan melakukan jenayah di  beberapa negeri dan akan menggali kubur yang bersesuaian.

"Polis Henan telah menjalankan siasatan untuk mencari penjenayah yang berkemungkinan berada dibeberapa lokasi di sekitar China," ujarnya.

Zara pecat pekerja halang wanita bertudung


Tudung

18 NOVEMBER 2015
Tudung Gambar Hiasan.
JENAMA pakaian dan aksesori Sepanyol, Zara memecat dua pekerjanya semalam selepas video mereka menghalang seorang wanita bertudung masuk ke premis berkenaan tersebar di media sosial.

"Mentaliti sebegini tidak digunapakai oleh Zara dan tiada arahan diberikan berhubung larangan sebegini," kata Ketua Rangkaian Zara Perancis, Jean Jacques Salaun.

Jean Jacques berkata, pegawal keselamatan di Zara cawangan Plaisir, Barat Paris meminta seorang pelanggan wanita untuk membuka tudung sebelum memasuki premis berkenaan.

Undang-undang Perancis hanya mengharamkan pemakaian burka atau niqab namun tidak termasuk pengharaman terhadap pemakaian tudung.

Syarikat Sepanyol itu mengesahkan memecat pengurus dan pengawal keselamatan cawangan berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku pada minggu semasa ketegangan selepas serangan di Perancis.

Video aksi pegawai keselamatan itu mula viral di media sosial yang mendorong pelanggan beragama Islam menyatakan boikot kepada jenama tersebut.

"Menghormati kepelbagaian adalah tiang asas di mana Inditex (syarikat induk Zara) telah ditubuhkan, dengan lebih daripada 140,000 pekerja di seluruh dunia yang mewakili pelbagai budaya dan agama," kata Zara dalam satu kenyataan.

Datuk Bandar Chittor dibunuh


Datuk Bandar Chittor dibunuh

18 NOVEMBER 2015
Datuk Bandar Chittor dibunuh

ANSHRA PRADESH - INDIA. Datuk Bandar Chittor dibunuh oleh penyerang yang tidak dikenali di pejabatnya.

Katara Anuradha ditembak dan ditikam oleh sekurang-kurangnya tiga lelaki berpakaian burka, lapor media India dipetik polis.

Walaubagaimanapun, motif pembunuhan masih tidak didedahkan.

Sementara itu, suami mangsa yang juga berada bersamanya ketika kejadian di Pejabat Perbadanan Perbandaran Chittor berada dalam keadaan kritikal akibat tikaman dan terkena peluru.

Pegawai kanan polis G Srinivas memberitahu akhbar Indian Express, pihaknya melihat dari pelbagai sudut termasuk musuh lama dan baru.

Memetik laporan BBC, penyerang melarikan diri selepas serangan itu, walaubagaimanapun ada laporan mengatakan dua orang kemudian menyerah diri kepada polis.

Keselamatan telah diperketatkan di Chittoor dan polis turut menutup sempadan dengan negara jiran Tamil Nadu dalam usaha untuk mencari pembunuh.

Kepala Ted Fen ditemui dalam karung





KOTA KINABALU – Satu kepala dipercayai milik Bernard Then Ted Fen, 39, yang dilaporkan ditembak mati oleh pihak pengganas Abu Sayyaf sebelum dipenggal kepala ditemui di Jalan Marina berhampiran bangunan majlis perbandaran di Pulau Jolo kelmarin.
Kepala itu ditemui kira-kira pukul 8.30 malam dalam sebuah karung oleh pekerja pembersihan.
Ketua Polis Jolo, Superintendan Major Junpikar Sitin berkata, turut ditemui dalam karung berkenaan adalah nota tertera nama mangsa.
“Nota itu tertera nama yang tidak dikenali atau tidak biasa didengar.
“Oleh itu, saya memaklumkan perkara berkenaan kepada pakar forensik Filipina sebelum mengambil kepala berkenaan untuk pemeriksaan lanjut dan ujian asid deoksiribonukliek (DNA),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3rstuPAoQ 
Hakcipta terpelihara 

Shahira minta jaga anak tunggal


ANITA memangku anak tunggal Allahyarham Nurul Shahira di Kampung Permatang Pasir, Muar semalam.


MUAR – Mangsa pembunuhan kejam, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, pernah menghantar mesej meminta ibu saudaranya menjaga anak lelakinya yang berusia 11 bulan sebelum kejadian berdarah berlaku.
Menurut ibu saudaranya, Anita Abdul Aziz, 42, dia amat sedih dengan pemergian Allahyarham kerana tidak menyangka mesej melalui WhatsApp itu menjadi kenyataan dan merupakan wasiat ter­akhir Nurul Shahira.
Katanya, Allahyarham memintanya menjaga anak tunggal kerana pe­ngasuh sedia ada di Bukit Pasir di sini tidak lagi dapat menjaga anaknya bermula bulan depan.
“Kalau ikutkan Allahyarham, saya diminta menjaga anaknya bermula Disember ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Pasir di sini semalam.
Sementara itu, ibu mangsa, Hayati Abdul Aziz, 56, memberitahu, ketika Nurul Shahira dalam pantang selepas melahirkan anak lela­kinya itu, Allahyarham pernah berpesan supaya Anita menjaga anaknya.
“Pada masa itu, saya sangka anak saya bergurau tetapi sekarang ini, barulah saya faham maksudnya,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3rstmsN2a 
Hakcipta terpelihara 

Budak dilanggar Toyota Wish



salbiah (belakang, kiri) melihat lokasi kejadian seorang murid maut dalam kemalangan di hadapan SA Bertam Hulu di Jalan Bertam Hulu, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika pulang dari Sekolah Agama (SA) Bertam Hulu di Jalan Bertam Hulu di sini pada Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Muhammad Aniq Norazian, 7, yang berjalan di bahu jalan dipercayai secara tiba-tiba ke tengah jalan raya yang dilalui MPV jenis Toyota Wish.
Akibatnya, pemandu kenderaan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan dari Bertam Hulu menuju ke lampu isyarat Paya Mas itu gagal mengelak lalu melanggar mangsa.
Muhammad Aniq yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia kira-kira enam jam kemudian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3rstdtPJc 
Hakcipta terpelihara