Search This Blog

Saturday, November 14, 2015

Harimau RM50,000

Kota Kinabalu: Seorang lelaki terpaksa membayar denda RM50,000 selepas didapati bersalah memiliki harimau dahan, spesies haiwan dilindungi mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah William Baya berkata, lelaki berkenaan dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam, apabila gagal mengemukakan dokumen pemilikan sah.
“Lelaki ini didakwa memiliki spesies harimau dahan atau Clouded Leapard iaitu haiwan yang dilindungi sepenuhnya mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 tanpa dokumen pemilikan yang sah.
“Hakim Ainul Shahrin Muhammad kemudian menjatuhkan hukuman denda RM50,000 atau penjara 12 bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.
William berkata, harimau dahan haiwan kategori terdedah (vulnerable) mengikut senarai Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN).
“Haiwan ini juga turut disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Lampiran 1 Pemuliharaan Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna (CITES) iaitu tidak boleh diperdagangkan sama ada di dalam atau di luar negara.
“Larangan ini menjadikan harimau dahan tidak boleh diburu kerana populasinya terdedah kepada ancaman kepupusan selain tidak boleh diperdagangkan termasuk melalui laman sosial Facebook dan sebagainya,” katanya.
Menurut Wiiliam, hukuman dikenakan satu amaran kepada individu yang didapati memiliki hidupan liar tanpa lesen supaya menyerahkannya kepada JHL.
“Individu berniat menjual spesies hidupan liar melalui media sosial dinasihat usah berbuat demikian,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 7:34 AM


HARIMAU dahan dilindungi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93012#sthash.q554rWUv.dpuf

Bantu penduduk terjejas banjir lumpur

Bentong: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan penduduk yang terjejas akibat banjir lumpur di kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akan mendapat bantuan dan layanan sewajarnya.
Beliau berkata, hingga kini penduduk yang dipindahkan memperoleh bantuan secukupnya seperti makanan dan penginapan yang selesa.
"Saya akan pastikan mereka dilayan dengan baik dan segala keperluan dipenuhi," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau turut mengarahkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Jabatan Pelindungan Alam Sekitar (JPAS) meninjau kawasan takungan air yang dikatakan menjadi punca banjir lumpur di kawasan kejadian.
"Saya minta pasukan itu lakukan apa yang patut bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2015 @ 5:57 PM


KEADAAN sekitar kuarters Jabatan Perhutanan selepas kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4, Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak berhampiran kawasan rehat Lentang, Bukit Tinggi. FOTO Abdullah Yusof
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92871#sthash.wmKgQPwj.dpuf

Suspek pembunuh direman [VIDEO]

Teluk Intan: Suspek kes pembunuhan kejam seorang lelaki yang dipancung kepalanya di Slim River, diberi kebenaran untuk direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Suspek disyaki melakukan perbuatan itu Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Kampung Batu 4, Slim River, awal pagi, Rabu lalu.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nurul Nadia Abdul Razak yang membenarkan suspek direman sehingga 20 November ini bagi membantu siasatan polis.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek yang memakai baju warna unggu lokap polis kelihatan tenang ketika keluar dari kereta polis sebelum dibawa masuk ke dalam mahkamah pada 10 pagi.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 1:26 PM


FOTO Ravale Savarinathan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93048#sthash.RXJEnwN3.dpuf

Satu dulu, esok buka semua

Bentong: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka kepada semua kenderaan secara berperingkat bermula 2 petang, hari ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pembukaan peringkat pertama membabitkan laluan satu lorong dua hala bagi membolehkan pengguna dari pantai timur ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke pantai timur.
Katanya, laluan kontra itu disediakan bermula di Kilometer 52.4 dan berakhir di Kilometer 50.
"Pembukaan sepenuhnya lorong bagi kedua-dua hala dijangka 2 petang esok," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata, kelewatan untuk membuka semua lorong kedua- dua hala adalah kerana pihak konsesi lebuh raya dalam proses membaik pulih permukaan jalan akibat banjir lumpur.
"Semua pengguna diminta mematuhi papan tanda disediakan dan arahan daripada petugas di tapak.
"Pengguna juga diminta supaya berhati-hati ketika melalui lokasi aliran kontra berkenaan," katanya.
Fadillah berkata, pihak konsesi ANIH Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memantau lokasi kejadian setiap masa demi keselamatan pengguna.
"Pengguna akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan pembukaan laluan ini, " katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 3:33 PM


FOTO Abdullah Yusof
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93059#sthash.5EK5DUuN.dpuf

Video Apple halau pelajar kulit hitam kini viral

Canberra: Apple memohon maaf kepada sekumpulan enam pelajar kulit hitam berikutan rakaman video yang dianggap perkauman dan kini menjadi viral memaparkan mereka diarah meninggalkan kedainya di Australia kerana bimbang pelajar terbabit akan mencuri sesuatu.
Video kejadian di pusat beli belah Highpoint di Melbourne itu mula muncul Selasa lalu, dengan kakitangan kedai berkenaan berkata pengawal kedai itu bimbang pelajar terbabit akan mencuri.
Menurut Apple, pengurus kedia itu sudah memohon maaf kepada pelajar terbabit serta pengetua sekolah mereka.
Dalam kenyataan hari ini, Apple berkata: “Kami percaya dengan hak persamaan setiap orang tanpa mengira bangsa, umur, jantina, etnik, agama atau kecenderungan seks.
“Ia diamalkan sepenuhnya syarikat kami di seluruh dunia tanpa pengecualian. Kami sudah meneliti kejadian itu dan memohon maaf kepada pelanggan terbabit. Kami akan melakukan apa yang boleh bagi memastikan pelanggan dilayan dengan sewajarnya.”
Pelajar yang merakam kejadian itu, Francis Ose, berkata melalui Facebook: "Memang perkauman - buatkan mereka mohon maaf.”
Pelajar lain yang terbabit, Mohamed Semra, juga melalui Facebook berkata, mereka puas hati dengan penjelasan Apple.
“Apple mohon maaf, jadi kami bertenang. Tidak perlu dilanjutkan lagi,” tulisnya.
Rakaman video itu sudah dilihat lebih 62,000 kali di Facebook. - BBC
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2015 @ 6:03 PM


Petikan daripada rakaman video.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92873#sthash.xbfrj1Cu.dpuf

Bir 'menyamar' Pepsi

Riyadh: Seorang penyeludup ditangkap selepas cuba menyeludup hampir 48,000 tin bir yang dibungkus seperti Pepsi di Al Batha yang bersempadan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pengurus Besar sempadan Al Batha, Abdulrahman Al-Mahna berkata: “Sebuah lori membawa minuman yang sekilas pandang seperti Pepsi itu dihentikan dan diperiksa mengikut prosedur biasa.
“Namun anggota kami berjaya menghidu sesuatu tidak kena. Rupanya tin bir itu ditutup dengan pelekat logo Pepsi.”
Katanya, kaedah itu yang terbaru digunakan penyeludup. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 4:50 AM


MINUMAN keras yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92916#sthash.7GL61eG1.dpuf

Ke tali gantung

Jakarta: Seorang ketua sindiket pengedar dadah dari Hong Kong dihukum mati oleh sebuah mahkamah di sini semalam selepas didapati bersalah memiliki lebih 860 kilogram methamphetamine.
Wong Chi Ping dan anggota sindiketnya ditahan pihak berkuasa di Jakarta pada Januari lalu selepas tiga tahun siasatan dijalankan terhadapnya.
Susulan tangkapan itu pihak berkuasa menemui lebih lebih 860 kilogram methamphetamine, antara rampasan terbesar dadah di Indonesia.
“Ini adalah rampasan dadah terbesar dalam tempoh lima tahun.
“Hukuman berat terhadap pesalah dadah ini adalah langkah pencegahan bagi menghalang sesiapa melakukan kesalahan sama,” kata jurucakap Agensi Narkotik Kebangsaan, Slamet Pribadi.
Hukuman mati di Indonesia biasanya dilaksanakan oleh skuad penembak tepat tentera.
Peguam Chi Ping, Rando Vittoro Hasibuan memberitahu, dia akan merayu keputusan mahkamah itu.
“Kami berharap anak guam kami masih mempunyai peluang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.
“Kami percaya dia tidak sepatutnya dijatuhi hukuman mati,” katanya.
Chi Ping dipercayai menjadi dalang di sebalik sindiket menyeludup methamphetamine dari Hong Kong ke Indonesia.
Menurut laporan media, dadah itu ditemui dalam bekas kopi.
Tidak lama selepas ditangkap, polis mengarahkan Chi Ping dan ahli kumpulannya membakar dadah bernilai AS$73.21 juta (RM321 juta) itu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 4:55 AM


WONG dikawal ketat polis ketika dibawa ke Mahkamah Daerah Jakarta Barat semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92924#sthash.oQy8EydS.dpuf

Penghadang Konkrit 300 Meter Dipasang Di Kawasan Tanah Runtuh


Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 5:30 PM
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor (kanan) ketika meninjau lokasi tanah runtuh dan banjir lumpur di Kilometer 52.4, Lentang Bukit Tinggi, Jumaat. -fotoBERNAMA

BENTONG: Anih Berhad akan membina penghadang konkrit sepanjang 300 meter di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang terjejas akibat banjir lumpur, pada Rabu lalu.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata penghadang konkrit itu akan dipasang selewat-lewatnya petang ini.

"Penghadang konkrit akan dipasang di kawasan terjejas sebagai langkah berjaga-jaga kepada pengguna jalan raya yang melalui lebuh raya itu dari Kuantan ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak terjejas Jumaat.

Katanya penghadang berkenaan juga akan bertindak sebagai tembok pertahanan bagi menghalang serpihan seperti batu dan balak yang jatuh dari atas bukit memasuki lebuh raya.

"Bagaimanapun, sebelum pembinaan penghadang itu kita akan mengalihkan serpihan bongkah batu besar dan jika batu itu stabil kita akan kekalkannya di atas bukit.

"Apa yang penting hari ini kita bersihkan longkang di kawasan terjejas supaya air dapat mengalir secara normal dan mempercepat proses pembersihan jalan," katanya.

Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang Rabu menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.

Ia juga menyebabkan 25 penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang terpaksa dipindahkan ke Masjid Lentang.

Wanita Dedah Tragedi Penderaan Seksual 1965


Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 11:36 AM
Sebahagian warga Indonesia yang mengikuti sidang Tribunal Rakyat Indonesia 1965 yang berlangsung di The Hague, Belanda.

TRIBUNAL Rakyat Indonesia 1965 yang kini masuk hari kedua mendengar keterangan saksi yang mendakwa menjadi mangsa penderaan seksual ketika menyertai gerakan di kalangan pemimpin pelajar negara itu.
Sidang yang berlangsung di The Hague, Belanda itu memanggil Tintin Rahayu (bukan nama sebenar) yang mendedahkan bagaimana pihak pemerintah menderanya termasuk menahannya di Penjara Wirogunan, Yogyakarta dan Plantungan yang juga penjara politik wanita di kawasan terpencil Jawa Tengah.
Tintin mengakui dipukul dengan basikal, badannya dibakar dan dipaksa berbogel.
"Apabila dipindahkan ke Wirogunan selepas penderaan seksual itu berlaku, saya tidak dapat makan atau tidur, malahan saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa pun kerana terlalu malu," katanya dengan suara tersekat-sekat.
Ketika dalam tahanan juga, Tintin serta rakan tahanan yang lain dipaksa melakukan kerja berat.
Walaupun berkali-kali memaklumkan tiada kaitan dengan pihak Parti Komunis Indonesia (PKI) atau Gerakan Wanita Indonesia (Gerwani), tetapi pasukan keselamatan tetap mendakwa dia terlibat dengan jenayah yang dilakukan pihak berkenaan.
Tribunal itu mengetengahkan dakwaan bahawa pihak berkuasa Indonesia bertanggungjawab membunuh sehingga sejuta rakyatnya yang dianggap sebagai komunis antara 1965 dan 1966.
Kerajaan Indonesia berdepan sembilan pendakwaan jenayah termasuk pembunuhan beramai-ramai, penyeksaan dan penderaan seksual. Setakat ini, tiada wakil kerajaan yang hadir pada prosiding tribunal itu.
Kerajaan Indonesia tidak mengiktiraf tribunal itu dan Menteri Hal Ehwal Keselamatan, Koordinasi Politik dan Perundangan, Luhut Binsar Panjaitan turut mempersoalkannya sambil menyifatkan ia tidak adil.
Tribunal itu tidak mempunyai kuasa tetapi bermatlamat untuk mendedahkan kebenaran di sebalik kejadian selepas era kolonial itu.

Kandas dikejar empat kereta peronda polis


WARTAWAN SINAR HARIAN
14 NOVEMBER 2015
Kandas dikejar empat kereta peronda polis

 Dadah yang dirampas daripada suspek setelah ditahan selepas kereta dinaiki kandas dikejar empat kereta peronda di sini, awal pagi, kelmarin.

KUANTAN - Seorang lelaki yang memiliki 12 rekod jenayah lampau diberkas selepas kereta yang dinaiki bersama tiga rakan terkandas di Lorong Sri Teruntum selepas dikejar empat kereta peronda polis, awal pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, polis cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta dinaiki empat individu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, terkejut dengan kehadiran polis, pemandunya bertindak memecut kereta melarikan diri menyebabkan hebahan bantuan unit kereta peronda (MPV) dilakukan bagi menahan kenderaan dinaiki suspek.

“Empat kereta peronda yang dikerah berjaya memintas kereta dinaiki suspek di Lorong Seri teruntum selepas mengejarnya selama kira-kira 15 minit,” katanya.

"Seorang suspek berjaya diberkas, manakala tiga lagi rakannya yang berada dalam kereta jenis Proton Wira itu sempat melarikan diri," katanya.

Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan ke atas beg silang milik suspek, polis menemui dan merampas satu paket kecil syabu, empat biji pil eramin 5 dan satu paket kecil berisi dadah disyaki morfin.

"Suspek dibawa balik ke balai untuk siasatan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu  positif dadah jenis amphetamine.

"Semakan rekod jenayah juga mendapati suspek berusia 33 tahun itu memiliki 12 rekod lampau berkait kes dadah dan jenayah," katanya.

Katanya, polis giat mengesan tiga lagi rakan suspek yang berjaya melarikan diri dalam kejadian itu.

Lelaki maut dirempuh kenderaan lain


FAIRUS MOHD
Lelaki maut dirempuh kenderaan lain

13 NOVEMBER 2015
 Kedua-dua buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di jalan Kuantan-Segamat pagi, semalam.
Lelaki maut dirempuh kenderaan lain

PEKAN - Seorang lelaki Orang Asli maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lagi kenderaan lain ketika mahu membelok ke simpang di kilometer 75 Jalan Kuantan-Segamat, semalam.

Dalam kejadian pada jam 9.45 pagi itu, Aziz a/l Jota, 47, yang juga pekerja ladang sawit dari Kampung Putat RPS Iskandar Kemayan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa memandu kereta Proton Iswara bersendirian menghala ke arah Kuantan.

"Ketika tiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Harrier dipandu seorang lelaki dari Putrajaya dari arah sama telah memotong beberapa buah kenderaan lain di hadapannya.

"Secara tiba-tiba, kereta mangsa yang berada di hadapan laluan sama telah mengubah haluan ke kanan untuk masuk ke simpang di sebelah kanan jalan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Jelasnya, berikutan keadaan jarak kedua-dua buah kenderaan terlalu dekat, pemandu Harrier tersebut telah melanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta yang dipandu mangsa.

"Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa tersepit dan maut di dalam kereta manakala pemandu Harrier tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Kes ini masih disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mendapatkan butiran serta maklumat terperinci berkaitan nahas.

Sementara itu, Amran meminta agar pengguna jalan raya terus mengamalkan sikap sabar dan berhemah ketika memandu dan lebih berhati-hati apatah lagi di laluan-laluan yang sememangnya 'terkenal' dengan lokasi kemalangan maut.

Polis tahan pemandu lori rempuh palang tol Bentong


13 NOVEMBER 2015


BENTONG - Gara-gara kurang sabar, seorang pemandu lori merempuh palang Plaza Tol Bentong dan menceroboh laluan KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini, yang masih ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir lumpur Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, dalam kejadian pukul 2.15 petang tadi lelaki yang berasal dari Banting, Selangor itu adalah antara lebih 20 pemandu lori yang ada antaranya sudah dua hari terkandas di situ akibat kejadian banjir lumpur di lebuh raya berkenaan.

"Suspek kemudian secara tiba-tiba bertindak memecut kenderaannya dan melanggar palang Plaza Tol Bentong menghala ke Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, tindakan suspek memakan diri apabila ditahan polis kira-kira 10 minit kemudian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Bentong untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa melakukan perbuatan itu kerana tidak sabar berikutan perlu ke ibu kota untuk membuat penghantaran.

"Dia kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan akan didakwa di mahkamah dalam waktu terdekat," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Mansor menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi arahan pihak berkuasa berhubung penutupan laluan berkenaan untuk keselamatan orang ramai.

"Bagi pemandu lori yang terkandas di plaza tol... jika perlu bantuan, kita boleh memberikan mereka makanan dan minuman.

"Bagaimanapun, mereka perlu mengikut arahan pihak berkuasa kerana ia bagi mengelakkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda," katanya. - Bernama

Pelajar UMP maut kereta jatuh gaung


WARTAWAN SINAR HARIAN
Pelajar UMP maut kereta jatuh gaung

14 NOVEMBER 2015
 Keadaan kereta yang dinaiki mangsa remuk teruk.

ROMPIN - Dua maut termasuk seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas jatuh ke dalam gaung di Kilometer 160 Jalan Kuantan - Seremban sekitar jam 2.30 petang, kelmarin.

Pemandu kenderaan dikenali sebagai Shahrizal Ujang, 29, yang bekerja sebagai konduktor bas dan berasal dari Felda Pasoh 3 manakala penumpang yang turut maut dikenali sebagai Nur Asyikin Abdullah, 22, yang merupakan pelajar UMP yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, mangsa menaiki kereta Proton Saga BLM dan siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Seremban.

“Hasil siasatan awal juga mendapati pemandu dan penumpang dipercayai memakai tali pinggang keledar namun pemandu tidak mempunyai lesen memandu.

“Punca kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas jatuh ke dalam gaung sebelah kiri menuju ke Seremban. Kedua-duanya maut akibat cedera parah di kepala dan mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suami maut, isteri anak parah dalam nahas


14 NOVEMBER 2015



SUNGAI PETANI - Seorang maut manakala dua orang cedera parah selepas kereta Perodua Kancil mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan di Kilometer 41, Jalan Alor Setar-Butterworth dekat sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, yang maut ialah pemandu kereta terbabit Mohd Hafiq Harun, 27, sementara mangsa yang parah isterinya Siti Fatimah Razali, 21, dan anak mereka Muhammad Qawiem Iqfal, 2 tahun.

Mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah Gurun menuju Sungai Petani. - Bernama

Anak dibunuh ketika ibu pergi kelab malam


13 NOVEMBER 2015
Anak dibunuh ketika ibu pergi kelab malam

Anak dibunuh ketika ibu pergi kelab malam Katerra Lewis

ALABAMA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bayi berumur setahun dibunuh selepas ditinggalkan ibunya yang pergi ke kelab malam.‎

Menurut laporan CNN, Kelci Lewis dibunuh oleh seorang kanak-kanak berumur 8 tahun kerana 'tidak berhenti menangis'.

"Siasatan mendapati kanak-kanak tersebut menjadi menyampah selepas bayi berkenaan tidak berhenti menangis," kata leftenan Sean Edward dari Balai Polis Birmingham.

Menurut polis, kanak-kanak tersebut merupakan anak kepada rakan serumah ibu mangsa, Katerra Lewis, 26.

Katerra keluar bersama rakan serumahnya pada jam 11 malam dan 'menugaskan' anak rakannya untuk menjaga bayinya.

Kes tersebut dianggap sebagai pembunuhan dan Katerra bakal didakwa atas kesalahan membunuh.

Sementara itu, pendakwaraya tidak pasti sama ada ibu kanak-kanak berkenaan akan didakwa atau tidak.

"Yang paling menyedihkan adalah Katerra berani meninggalkan bayinya yang berusia setahun di bawah jagaan kanak-kanak," kata pendakwa raya, Mary Russell.

Alabama pula tidak membenarkan kanak-kanak berumur kurang dari 14 tahun dibicarakan.

"Ini adalah hukuman kepada Katerra kerana memilih kelab malam dan tidak menjaga bayinya," tegas Edward.

Dua geng samun bersenjata tumpas


10 ahli Geng Joker Raja, Wan Botak diberkas

SHafien MAMAT (dua dari kiri)  menunjukkan pedang samurai selepas
SHAFIEN MAMAT (dua dari kiri) menunjukkan pedang samurai selepas polis berjaya menumpaskan Geng Joker Raja dalam sidang akhbar di Shah Alam, semalam. utusan/Saharuddin Abdullah
SHAH ALAM 13 Nov. - Dua kumpulan penjenayah, Geng Joker Raja dan Geng Wan Botak yang aktif dalam kegiatan samun bersenjata dan pecah rumah di sekitar daerah ini sejak sebulan lalu akhirnya tumpas dengan tertangkapnya 10 ahlinya, minggu lalu.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kedua-dua kumpulan itu menggunakan taktik sama iaitu menyamun dan menghampiri mangsa pada waktu malam dengan menggunakan senjata.
Bagaimanapun jelasnya, ahli-ahli Geng Joker Raja lebih ganas kerana menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mangsa sekiranya melawan.
“Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 34 tahun melakukan aktiviti jenayah di sekitar Sri Muda dan Shah Alam. Masing-masing suspek mempunyai rekod jenayah kes samun, dadah, curi, cubaan samun dan mendatangkan kecederaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) di sini hari ini.
Menurutnya, penahanan mereka dibuat susulan salah seorang ahli Geng Joker Raja berusia 21 tahun diberkas di Sungai Buloh pada 3 November lalu.
“Ekoran penahanannya, polis berjaya menahan tiga lagi ahli termasuk seorang ketua kumpulan berusia 25 tahun pada hari yang sama, kira-kira pukul 11 malam di Padang Jawa.
“Hasil tangkapan itu, kita per­caya berjaya menyelesaikan se­ku­rang-kurangnya tujuh kes samun dan mencederakan mangsa termasuk dua kes di Sungai Buloh,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Shafien berkata, polis menangkap enam lelaki yang merupakan ahli Geng Wan Botak berusia dalam lingkungan 19 hingga 27 tahun di sekitar Shah Alam, semalam.
Katanya, pihaknya turut menahan pemandu sebuah kereta Proton Satria dalam keadaan mencurigakan pada pukul 1 pagi semalam dan berjaya mengesan lima lagi ahli kumpulan sehingga pukul 5 pagi hari ini.
“Hasil siasatan juga mendapati kereta yang dipandu oleh ahli Geng Wan Botak adalah kenderaan yang dicuri,” katanya.
Beliau menambah, hasil tangkapan itu, polis berjaya merampas empat buah kenderaan curi, kad kredit, parang samurai dan telefon bimbit.
“Kesemua mereka disiasat me­ngikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-geng-samun-bersenjata-tumpas-1.157967#sthash.timmpIns.dpuf

Penjaga tandas terkejut jumpa bayi perempuan


KUANTAN 13 Nov. – Seorang penjaga tandas terkejut menemukan seorang bayi perempuan yang masih hidup ketika sedang membersihkan kemudahan itu di Terminal Sentral Kuantan di sini hari ini.
BAYI yang ditinggalkan di Terminal Sentral Kuantan, Pahang, semalam. WHATSAPP
Sasani Besar, 52, menemukan bayi itu selepas memeriksa satu daripada pintu tandas wanita dan terkejut melihatnya yang ditinggalkan dengan hanya diselimuti kain batik kira-kira pukul 12.40 tengah hari.
Katanya, sebelum menjumpai bayi tersebut, dia menyedari kehadiran seorang gadis yang memasuki tandas awam berkenaan dengan mengendong sesuatu di dalam kain batik.
“Tidak lama kemudian, gadis itu dilihat keluar dari tandas tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa. Saya masuk bersama seorang lagi rakan untuk membersihkan tandas dan menjumpai bayi perempuan ini,” katanya ketika di sini.
Menurut Sasani, dia seterusnya memanggil seorang pemandu teksi yang kebetulan berada berdekatan dengan tandas untuk membawa bayi itu keluar dan meletakkannya di pejabat mereka.
“Seorang daripada pemandu teksi menghubungi polis untuk tindakan susulan. Saya percaya bayi itu baru dilahirkan walaupun sudah hilang kesan darah daripada badan tetapi masih terdapat cecair putih menyerupai selaput di kepalanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penjaga-tandas-terkejut-jumpa-bayi-perempuan-1.158127#sthash.VhNurH0A.dpuf

Kepala mangsa dipancung, dibawa 230km


Suspek ditangkap semasa cuba tanam kepala
ASLIZA MUSA  |  14 November 2015 1:33 AM




TANJUNG MALIM 13 Nov. - Seorang lelaki sanggup ber­kereta sejauh 230 kilometer sambil membawa kepala seorang lelaki untuk ditanam berhampiran rumahnya di Gerik selepas dipercayai memancung leher mangsa di Slim River hari ini.
Perbuatan ngeri suspek berusia 35 tahun itu mula dikesan ekoran penemuan mayat seorang lelaki tanpa kepala di dalam longkang di Jalan Kampung Batu 4, Jalan Persekutuan di Slim River dekat sini pada sebelah pagi.
Ketua Polis daerah, Superintenden Ahmad Mat Isa berkata, mayat lelaki itu dijumpai orang awam pada pukul 2.10 pagi.
Katanya, sebelum mayat mangsa ditemukan, pihaknya menemukan kesan darah di atas permukaan jalan di bahagian kiri arah selatan Jalan Persekutuan menghala ke Slim River.
“Siasatan di tempat kejadian oleh pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri berjaya menemukan identiti lelaki tersebut. Mangsa ialah K. Ganesan, berusia 50 tahun beralamat di Taman Slim Indah, Slim River dan bekerja di kedai besi buruk,” katanya.
Ujar Ahmad, susulan penemuan mayat mangsa, polis berusaha mengesan suspek dan berjaya menahan sebuah lori yang digunakan suspek di kawasan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng.
Bagaimanapun, katanya, suspek tidak berada di lokasi tersebut dipercayai meninggalkan lori itu kerana bertukar syif kerja.
“Polis akhirnya berjaya menahan suspek ketika dia menyiapkan cangkul untuk mengorek lubang bagi menanam kepala mangsa di kawasan berdekatan rumahnya di Gerik.
“Polis turut menemukan kepala mangsa yang hendak ditanam oleh suspek. Suspek membawa kepala mangsa dari Ipoh ke Gerik menggunakan kereta yang dipandunya sendiri melalui Jalan Persekutuan dari Slim River ke Gerik,” katanya.
Menurut beliau, pemeriksaan pada badan mangsa juga mendapati kesan kecederaan pada bahagian lengan kanan lelaki itu.
Tambah beliau, mayat mangsa dan kepalanya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kepala-mangsa-dipancung-dibawa-230km-1.158152#sthash.tRNJ1aQ0.dpuf

Pekerja feri cedera dibelasah 11 penumpang


SEKUMPULAN penumpang membelasah pekerja feri yang meminta mereka beredar kerana feri hendak merapati pelabuhan di Pulau Pinang, kelmarin.
PULAU PINANG 13 Nov. – Gara-gara menegur sekumpulan penumpang supaya beredar kerana feri hendak merapat di pelabuhan, seorang pekerja lelaki diserang bertubi-tubi sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam, mangsa yang berusia 38 tahun ketika itu hendak membuka pintu deck bahagian bawah feri dan mengarahkan 11 orang lelaki yang berada di situ supaya kembali ke kenderaan masing-masing.
Menurut sumber, salah seorang lelaki berkenaan tidak berpuas hati dan terus bertindak menolak mangsa sehingga terkena badan seorang lagi lelaki lain dalam kumpulan sama.
“Lelaki itu yang berang kemudian memukul pekerja itu sebelum rakan-rakannya yang lain turut berbuat demikian sehingga mangsa terpaksa melarikan diri ke bilik rehat,” katanya di sini hari ini.
Katanya, kesemua suspek kemudian mengejar mangsa sehingga ke bilik berkenaan dan ada yang turut membawa topi keledar sebagai senjata untuk memukul mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalalthrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, serangan berkenaan menyebabkan mangsa yang berasal dari Seberang Perai Selatan cedera pada bahagian muka selain patah tulang rusuk kiri.
“Ketika mangsa diserang, orang awam dan krew lain yang bertugas tidak berani membantu kerana suspek bertindak agresif,” katanya.
Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati suspek menggunakan kereta Perodua Alza dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pekerja-feri-cedera-dibelasah-11-penumpang-1.158154#sthash.idelaFoC.dpuf

Pemandu lori direman bantu siasatan penemuan mayat tanpa kepala


TELUK INTAN 14 Nov. - Seorang pemandu lori ditahan reman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki berusia 50 tahun yang mayatnya ditemukan tanpa kepala di dalam longkang di Jalan Kampung Batu 4, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Slim River semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu yang ditahan pukul 3 petang semalam, dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Nadia Abdul Razak bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pemandu-lori-direman-bantu-siasatan-penemuan-mayat-tanpa-kepala-1.158199#sthash.t2oVjbKP.dpuf

Mangsa kejadian serangan bersenjata di Paris mencecah 153 orang


PARIS 14 Nov.- Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian serangan bersenjata di sini semalam, setakat ini mencecah 153 orang, kata pihak berkuasa Perancis.
Daripada jumlah itu, 112 terkorban di Bataclan, menurut Kementerian Dalam Negeri.
Menurut Pejabat Pendakwa Raya Paris, lima suspek telah ‘dineutralkan’.
Namun, maksud ayat tersebut tidak jelas. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mangsa-kejadian-serangan-bersenjata-di-paris-mencecah-153-orang-1.158195#sthash.xlbelPrA.dpuf

Lebih 140 maut dalam serangan di Paris, Presiden isytihar darurat


PARIS 14 Nov. - Lebih 140 orang dipercayai maut dalam kejadian serangan serentak di beberapa lokasi di bandar raya ini pada Jumaat malam termasuk letupan di luar Stadium Nasional.
Menurut polis, kebanyakan korban berlaku di Dewan Konsert Bataclan di tengah bandar raya ini yang meragut lebih 100 nyawa penonton dan dua penyerang selepas mereka menawan tebusan.
Tindakan kumpulan bersenjata dan pengebom yang menyerang restoran, bar dan dewan konsert di beberapa lokasi itu menyebabkan Presiden Perancis, Francois Hollande mengisytiharkan darurat di kawasan Paris. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lebih-140-maut-dalam-serangan-di-paris-presiden-isytihar-darurat-1.158191#sthash.C2kyDGFx.dpuf