Search This Blog

Thursday, November 12, 2015

KM52.4 Lebuhraya KL-Karak Dijangka Tutup Sehingga Sabtu Ini - Polis


Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 8:55 PM

BENTONG: Semua lorong di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka ditutup sehingga Sabtu ini bagi kerja-kerja pembersihan banjir lumpur.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan cuaca dan pengesahan pakar cerun.

"Sekiranya berlaku banjir lumpur kali kedua, kami terpaksa lanjutkan tempoh penutupan lebuh raya berkenaan. Penutupan dibuat sehingga kerja-kerja pembersihan diselesaikan sepenuhnya," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Mansor berharap semua pengguna jalan raya dapat bersabar dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan. Kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada 6.30 petang Rabu menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui. 

Kejadian itu menyebabkan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Orang Ramai Dinasihat Tidak Terperangkap Dengan 'Scam Call' Dari Malawi


Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 11:44 AM
- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat panggilan balas ke nombor tidak dikenali dari Malawi bagi mengelakkan kerugian.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Asmawati Ahmad berkata pada Rabu, mangsa yang membuat panggilan balas ke nombor +265882615012 dan +265882615017 akan menanggung caj panggilan yang tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit.

Dalam satu kenyataan Asmawati berkata, semakan PDRM terhadap panggilan 'missed call' dari nombor berkenaan mendapati ia dibuat dari Malawi, bertujuan memerangkap penerima panggilan.

"Ia diklasifikasikan sebagai 'Harrasment Call Terror' atau 'Scam Call' oleh beberapa laman sesawang antarabangsa," katanya.

Menurut maklumat dari applikasi whatsapp panggilan ke Malawi dikenakan caj tinggi hingga USD150 (RM654.80)

Warga Emas Terima Tujuh Jahitan Akibat Ditetak


Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 5:35 PM

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas menerima tujuh jahitan di kepala akibat ditetak dalam kejadian samun di Felda Keratong 4, Rompin dekat sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata mangsa berusia 65 tahun ditetak kerana tidak mengendahkan amaran empat pencuri yang masuk ke bilik tidurnya supaya tidak membuat bising. 

Dalam kejadian antara pukul 2.30 hingga 3.30 pagi itu, salah seorang suspek menutup muka dengan topeng dan bersenjatakan parang. 

"Suspek dipercayai masuk ke rumah itu dengan memotong empat batang besi tingkap nako rumah itu. Seorang anak mangsa berusia 23 tahun yang tidur di bilik berasing diikat sebelum mereka ke bilik mangsa," katanya semasa dihubungi disini, Khamis.

Muhammad Aidil Roneh berkata suspek kemudiannya menggeledah rumah mangsa dan melarikan wang tunai RM250 dan dua telefon bimbit. 

"Apabila suspek tiada, mangsa keluar mendapatkan bantuan di rumah jirannya yang menghantar mangsa ke Hospital Muadzam Shah," katanya. 

Muhammad Aidil Roneh berkata keadaan mangsa kini stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Roti dan kek berterabur atas LPT2


RAIHAM MOHD SANUSI
Roti dan kek berterabur atas LPT2

12 NOVEMBER 2015
Roti dan kek berterabur atas LPT2 Lori sarat dengan muatan roti dan kek terbabas melanggar sebuah lori lain dalam kemalangan di Kilometer 267.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Cheneh hari ini.
Roti dan kek berterabur atas LPT2

KEMAMAN - Sebuah lori sarat dengan muatan roti dan kek terbabas melanggar sebuah lori lain dalam kemalangan di Kilometer 267.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Cheneh, di sini, menyebabkan kesemua muatan berterabur atas lebuh raya sejauh 10 meter.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 pagi tadi ketika lori muatan roti dan kek dari Kuala Lumpur itu dalam perjalanan menghantar bekalan roti dan kek ke Terengganu.

Insiden yang menggemparkan pengguna LPT2 itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa serta kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori muatan roti dan kek itu yang dipandu seorang lelaki Melayu berusia 39 tahun dan berada di lorong kanan secara tiba-tiba terbabas masuk ke lorong kiri lalu merempuh belakang lori jenis Inocom di depannya.

"Lori roti dan kek itu langgar bahagian belakang sebelah kanan lori Inocom yang tidak membawa muatan dan dinaiki dua lelaki berusia 45 dan 30 tahun mengakibatkan muatan roti dan kek berterabur atas lebuh raya," katanya.

Semakin hari Alvin makin jahat, jijik'


MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Alvin Tan

12 NOVEMBER 2015
Alvin Tan Alvin Tan

SHAH ALAM - Tindakan blogger kontroversi Alvin Tan menggunakan keratan kertas ayat suci al-Quran untuk membuang najisnya adalah satu tindakan yang melampau dan biadap.

Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tindakan itu menunjukkan dia tidak layak untuk hidup dalam masyarakat manusia yang normal.

"Telah lama isu Alvin Tan ini. Semakin hari semakin jahat dan jijik. Nampaknya 'kedajalannya' sudah melampaui batasan yang sepatutnya.

"Dia membakar api kemarahan yang sukar dipadam. Orang seperti ini hanya membangkitkan kebencian antara kaum dan agama.  Ya ALLAH! Ke atas si dia ini tindakan-MU yang selayaknya," tulisnya di laman Facebooknya hari ini.

Alvin yang masih dilihat berbangga dengan statusnya sebagai blogger kontroversi dikatakan semakin berani melakukan penghinaan kerana dia melarikan diri ke luar negara.

Dia kini didakwa berada di Amerika Syarikat (AS).

'Saya dirogol 43,200 kali'


'Saya dirogol 43,200 kali'

12 NOVEMBER 2015
'Saya dirogol 43,200 kali' Karla Jacinto

MEXICO CITY - MEXICO. Seorang wanita mendakwa dirogol oleh 30 lelaki sehari selepas diperdaya oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Karla Jacinto, 23 berkata, 43,200 kali adalah anggaran kasar beliau dirogol dalam tempoh empat tahun.

Laporan CNN mengatakan zaman gelap Karla bermula ketika beliau berusia 12 tahun.

Menurut Karla, beliau berkenalan dengan seorang lelaki berumur 22 tahun dan mula berkongsi nombor telefon.

Mereka kemudian 'bercinta' dan pada satu hari, Karla mengikut lelaki tersebut untuk hidup bersama.

"Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan. Beliau melayan saya dengan baik. Semuanya sangat indah," kata Karla.

Tidak lama kemudian, Karla diperkenalkan kepada 'bapa ayam' sebelum teman lelakinya menghilangkan diri.

Karla kemudian dipaksa bekerja sebagai pelacur di Guadalajara, salah sebuah bandar tersbesar di Mexico.

Ketika berusia 15 tahun, Karla melahirkan seorang bayi perempuan.

Bayi tersebut diambil oleh bapa ayam sebagai cagaran jika Karla melarikan diri.

Karla akhirnya diselamatkan semasa operasi anti-pemerdagangan manusia pada 2008 ketika berusia 16 tahun.

Beliau kini menjadi aktivis yang lantang bersuara menentang aktiviti pemerdagangan manusia.

Karla berkata, sifat masyarakat yang 'tidak berbuat apa-apa' akan menyebabkan ramai lagi kanak-kanak diculik dan dirogol beribu-ribu kali.

"Kanak-kanak yang masih kecil diculik, diumpan dan dirampas dari keluarga mereka.

"Jangan dengar cakap saya sahaja. Anda perlu tahu apa yang terjadi pada saya dan mula membuka mata," tegas Karla.

Karla sudah mengkongsikan kisah hidupnya kepada Pope Francis di Vatican, Julai lepas dan kepada Kongress Amerika Syarikat pada Mai tahun ini.

Jet peribadi hentam rumah, 9 maut


Jet peribadi hentam rumah, 9 maut

12 NOVEMBER 2015
Jet peribadi hentam rumah, 9 maut Anggota bomba tiba di lokasi pesawat berkenaan terhempas selepas menerima panggilan kecemasan penduduk setempat.

OHIO - AMERIKA SYARIKAT. Sekurang-kurangnya sembilan orang dipercayai terbunuh apabila sebuah jet peribadi terhempas dan merempuh sebuah rumah di bandar Akron, Ohio, Amerika Syarikat.

Menurut laporan media tempatan, nahas tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan) kelmarin dan kesemua penumpang termasuk dua juruterbang dalam pesawat itu dipercayai terkorban.

Menurut anggota Polis Peronda Lebuhraya Ohio, Leftenan Bill Haymaker, jet kecil yang boleh memuatkan 10 penumpang itu, terbakar selepas ia terhempas.

"Tiada orang awam yang cedera atau terkorban dalam nahas ini," katanya.

Ketika kejadian, rumah berkenaan tiada penghuni dan punca nahas sedang disiasat. - Daily Mail

Padah bogel ketika Skype


SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
Padah bogel ketika Skype

12 NOVEMBER 2015
Padah bogel ketika Skype Ng (tengah) dan Jimmy (kanan) mengadakan sidang media di Wisma MCA Perak semalam.

IPOH – Gara-gara berbual tanpa seurat benang bersama seorang wanita menerusi aplikasi Skype, seorang pemuda terpaksa menanggung malu apabila videonya disiarkan dalam YouTube dan dimuat naik dalam akaun Facebook milknya sendiri.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ng, 28, berkata, dia juga kini tertekan apabila diugut wanita terbabit.

Ng berkata, pada 9 November lalu dia berbual menerusi Skype bersama seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mayumi Chua.

Dakwanya, wanita terbabit bukan sahaja menggodanya, malah turut berbogel.

“Dia minta ID Skype saya untuk lihat wajah saya. Dia juga buka baju satu persatu dan selepas itu saya tak sedar apa yang berlaku dan terus tertidur," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Wisma MCA Perak, di sini semalam.

Ng berkata, keesokan harinya, Mayumi menghantar mesej kepadanya menerusi Facebook yang mengandungi klip videonya berbogel.

Katanya, wanita itu turut meminta wang sebanyak RM4,000 jika dia tidak mahu klip video tersebut tersebar.

“Saya minta tempoh kerana saya tiada wang sebanyak itu. Dia beri tempoh 30 minit sahaja dan minta RM1,000.

“Tetapi saya dapat tahu video tersebut sudah disebarkan di YouTube dan Facebook saya," katanya.

Menurutnya, bimbang perkara tidak diingini berlaku kepadanya, dia segera membuat laporan polis

Sementara itu, Ketua Biro Pusat Khidmat dan Aduan MCA Perak, Jimmy Loh berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) wajar menyekat penggunaan webcam kerana boleh disalah guna.

Gadis diculik kenalan Wechat


WARTAWAN SINAR HARIAN
Gadis diculik kenalan Wechat

12 NOVEMBER 2015
Gadis diculik kenalan Wechat   Syed Anwar (kanan) dan Faridah (kiri) bersyukur Syarifah Nur Syahidah yang hilang sejak Sabtu lalu ditemui dalam keadaan selamat.
Gadis diculik kenalan Wechat  

TELUK INTAN - Disebabkan terlalu obses, seorang lelaki berusia 21 tahun sanggup melarikan seorang gadis ke rumah neneknya di Ipoh.

Remaja terbabit juga dikatakan mengugut akan menikam mangsa dengan sebilah pisau sekiranya gadis itu enggan mengikut kehendaknya.

Mangsa, Syarifah Nur Syahidah Syed Anwar, 15, dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada Sabtu lalu selepas dia tidak pulang ke kedai bapanya pada jam 11 malam.

Ibu bapa mangsa kemudiannya menyebarkan gambar Syarifah Nur Syahidah di laman sosial bagi mengesan anaknya itu sebelum akhirnya gadis itu dikembalikan ke pangkuan keluarga, petang kelmarin.

Syarifah Nur Syahidah berkata, dalam kejadian Sabtu lalu, dia meminta izin ke kedai serbaneka berhampiran kedai bapanya untuk membeli kad tambah nilai prabayar tetapi malangnya mesin menjual kad tersebut rosak.

"Waktu itu ada kawan sekolah telefon mahu ambil buku yang dipinjamnya berhampiran kedai tersebut.

"Lepas ambil buku, saya nampak lelaki itu juga ada dekat sini dan terus datang ke arah saya sambil acukan sebilah pisau," katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal yang ditunggang dan mengugut mahu menikamnya sekiranya dia tidak mengikut arahan.

"Kerana takut, saya pun ikut naik motor lelaki itu. Dia terus bawa saya ke rumah neneknya di Ipoh dan dikurung di sana.

"Hari Isnin saya ikut dia keluar beli kad tambah nilai dan waktu itu saya cuba larikan diri tapi berjaya ditangkap serta dibawa semula ke rumah neneknya," katanya.

Syarifah Nur Syahidah berkata, dia mengenali lelaki berkenaan sejak enam bulan lalu menerusi aplikasi Wechat.

"Saya anggapnya sebagai kawan saja dan berhubung melalui Wechat sama macam rakan-rakan lain," katanya.

Sementara itu, bapa Syarifah Nur Syahidah, Syed Anwar S. A. Jhan, 45, berkata, dia dan isterinya Faridah Harun, 38, bersyukur kerana anak perempuannya itu ditemui selamat selepas hampir tiga hari hilang.

"Waktu malam anak saya hilang itu, dia ada hantar SMS 'Abah tolong'.

"Hati ayah mana yang tak risau anak hilang. Semalaman saya cari dia yang penat sebab tolong saya berniaga di kedai. Nur Syahidah juga tak jamah sebarang makanan lagi ketika itu," katanya.

Menurutnya, sebelum ini anaknya itu pernah mengikut adik perempuan remaja tersebut menghadiri satu majlis perkahwinan di Ipoh dan bermalam di sana.

"Saya tak syak apa-apa sebab yang datang minta kebenaran untuk bawa anak saya ke majlis itu adalah perempuan.

"Semasa di balai polis, lelaki itu cakap dia terlalu sayangkan anak saya, tapi anak saya cuma anggap dia kawan biasa," katanya.

Syed Anwar berkata, dia bersyukur kerana sepanjang anaknya dikurung, remaja itu tidak diapa-apakan selain makan minumnya turut dijaga.

Dicekup curi enjin kereta di Hospital Melaka


WARTAWAN SINAR HARIAN
Dicekup curi enjin kereta di Hospital Melaka

12 NOVEMBER 2015
Dicekup curi enjin kereta di Hospital Melaka Lelaki yang ditahan kerana mencuri bahagian enjin kereta di Hospital Melaka, semalam.

BUKIT PALAH - Seorang lelaki ditahan selepas didakwa mencuri bahagian enjin salah sebuah kenderaan yang diletakkan di ruang tingkat dua Hospital Melaka, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, suspek berusia lingkungan 30-an dikatakan mencuri kaberator sebuah kereta jenis Proton Iswara yang diletakkan di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Sheikh Abdul Adzis Sheikh Abdullah berkata, suspek ditangkap polis dan pemilik kenderaan sendiri ketika dia sedang sibuk membuka kaberator tersebut.

“Semasa sedang mengeluarkan enjin tersebut, pemilik kenderaan yang ketika itu sedang menuju ke keretanya melihat suspek sedang mengeluarkan salah satu komponen kenderaannya sebelum  segera memberitahu anggota polis yang berada di hospital tersebut,” katanya di sini, semalam.

Sheikh Abdul Adzis berkata, hasil soal siasat turut mendapati suspek memiliki dua rekod lampau melibatkan dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing suspek positif dadah jenis Menthaphetamin,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Janda berkhalwat dengan suami orang


WARTAWAN SINAR HARIAN
khalwat

12 NOVEMBER 2015
khalwat Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang janda dan pasangannya berstatus suami orang didenda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu atas kesalahan berkhalwat di dalam sebuah rumah, September lalu.

Rahmah Mohamed, 37, dan Roslan Sekri, 34, turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika mereka gagal menjelaskan denda.

Semua keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof selepas pasangan tersebut mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Sebelum itu, mereka berdua mengaku salah telah berkhalwat di dalam sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Gemilang, jam 12.35 tengah malam, pada 14 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai penguatkuasa syariah daerah telah melakukan satu serbuan berwaran ke atas sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Gemilang, di sini.

Sejurus tiba di rumah berkenaan, keadaan jeriji dan pintu utama tertutup rapat serta berkunci dari dalam.

Anggota penguatkuasa mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali, namun, tiada jawapan dan selepas hampir sejam berlalu, anggota terpaksa mengambil keputusan mengumpil jeriji dan memecahkan tombol pintu utama.

Bagaimanapun, pada masa sama, seorang wanita bersama kanak-kanak membuka pintu utama rumah sebelum anggota memperkenalkan diri dengan menunjukkan waran geledah dan meminta izin untuk membuat pemeriksaan di dalam rumah tersebut.

Hasil pemeriksaan, anggota berjaya menemui seorang lelaki sedang bersembunyi dalam longgokan kain di dalam bilik kedua dan hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai hubungan suami isteri sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Ular sawa gergasi tumpas


WARTAWAN SINAR HARIAN
Ular sawa gergasi tumpas

12 NOVEMBER 2015
Ular sawa gergasi tumpas Ular sawa 120 kilogram sepanjang lapan meter yang berjaya ditangkap di Kampung Kelulut, Jom Solat malam kelmarin.

MARANG - Masalah ternakan penduduk terutama ayam yang sering hilang berakhir malah kebimbangan serta tanda tanya terjawab apabila seekor ular sawa gergasi sepanjang lapan meter berjaya ditangkap di Kelulut, malam kelmarin.

Ular sawa seberat 120 kilogram itu berjaya ditangkap sekumpulan empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Marang dalam keadaan kekenyangan selepas menelan beberapa ayam milik penduduk kampung.

Ketua operasi, Koperal Nik Mohd Firdaus Nik Riduan, 26, berkata, pihaknya menerima panggilan selepas penduduk mengadu menemui reptilia tersebut pada jam 10 malam.

“Sebaik kami tiba, ular sawa gergasi itu bersembunyi dalam reban ayam. Ketika itu, berdasarkan lingkaran lilitannya, kami percaya ia reptilia paling besar pernah dilaporkan ditemui penduduk pada tahun ini.

“Selepas didekati, kami dapati ular tersebut dalam keadaan kekenyangan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat JPAM Marang, semalam.

Menurutnya, dia bersama tiga lagi anggota mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan ular itu dari dalam reban ayam ke kawasan lapang sebelum berjaya memasukkannya ke dalam sangkar khas yang disediakan.

Menurutnya, dengan penangkapan ular sawa itu, penduduk Kampung Kelulut kini tidak perlu lagi bimbang kehilangan haiwan ternakan.

Difahamkan, reptilia itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri tidak lama lagi.

Pasangan kekasih ditemui mati di hotel


WARTAWAN SINAR HARIAN
mayat

12 NOVEMBER 2015
mayat Gambar hiasan
KLANG – Dua warga asing dipercayai sepasang kekasih ditemui mati di bilik sebuah hotel di Klang Sentral dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, kejadian disedari seorang petugas hotel tersebut yang curiga berikutan pasangan terbabit sepatutnya sudah melapor keluar.

Menurut sumber, kira-kira jam 1 petang, petugas hotel berusia lingkungan 20-an itu melakukan pemeriksaan di bilik berkenaan mendapati dua mangsa masing-masing berada di bilik air dan atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa lelaki berada di bilik air manakala mangsa wanita terbaring di katil.

“Kedua-dua mangsa berusia 34 dan 32 tahun ditemui masih dalam keadaan berpakaian,” katanya.

Sumber berkata, semakan mendapati mangsa lelaki warga Nepal manakala wanita warga Bangladesh.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Deputi Superintendan Fazidah Mohd Yusoff mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Jet peribadi hentam rumah, 9 maut


12 NOVEMBER 2015

Jet peribadi hentam rumah, 9 maut

Jet peribadi hentam rumah, 9 maut Anggota bomba tiba di lokasi pesawat berkenaan terhempas selepas menerima panggilan kecemasan penduduk setempat.
OHIO - AMERIKA SYARIKAT. Sekurang-kurangnya sembilan orang dipercayai terbunuh apabila sebuah jet peribadi terhempas dan merempuh sebuah rumah di bandar Akron, Ohio, Amerika Syarikat.

Menurut laporan media tempatan, nahas tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan) kelmarin dan kesemua penumpang termasuk dua juruterbang dalam pesawat itu dipercayai terkorban.

Menurut anggota Polis Peronda Lebuhraya Ohio, Leftenan Bill Haymaker, jet kecil yang boleh memuatkan 10 penumpang itu, terbakar selepas ia terhempas.

"Tiada orang awam yang cedera atau terkorban dalam nahas ini," katanya.

Ketika kejadian, rumah berkenaan tiada penghuni dan punca nahas sedang disiasat. - Daily Mail

Kalimantan masih dilitupi asap


12 NOVEMBER 2015

Kalimantan masih dilitupi asap

Kalimantan masih dilitupi asap Imej terbaharu dari satelit Nasa menunjukkan ratusan titik panas dikesan di Kalimantan.
JAKARTA - INDONESIA. Imej satelit dirakam Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) milik Amerika syarikat menunjukkan wilayah Kalimantan dan beberapa kawasan lain di Indonesia masih dilitupi asap tebal akibat kebakaran hutan.

Nasa turut mengesan ratusan titik panas baharu yang berpotensi menyebabkan kebakaran dan menyebarkan asap ke kawasan lebih luas.

Kesan kebakaran di republik berkenaan telah menyebabkan jerebu teruk di negara jiran Malaysia, Singapura dan Thailand.

Setakat ini, kebakaran hutan Indonesia telah menghasilkan kira-kira 1.6 juta tan karbon dioksida.

Angka tersebut empat kali ganda pelepasan karbon dioksida tahunan yang dihasilkan Australia. - Detik.com

Presiden Tanzania pecat pengarah hospital


12 NOVEMBER 2015John Magufuli
John Magufuli John Magufuli
DAAR ES SALAAM - TANZANIA. Presiden Tanzania, John Magufuli memecat pengarah sebuah hospital utama di negara itu selepas mendapati seorang pesakit dibiarkan tidur di lantai hospital.

Perkara itu terbongkar selepas Magufuli melakukan lawatan mengejut di Hospital Nasional Muhimbili.

Semasa lawatan tersebut, Magufuli terkejut selepas mendapati pesakit berkenaan bukan sahaja dibiarkan tidur di atas lantai malah tidak diberikan rawatan yang sepatutnya.

Magufuli turut mendapati mesin utama imbasan MRI di hospital terbabit tidak berfungsi.

"Pemecatan ini adalah mesej jelas dari presiden bahawa masa telah berubah. Presiden cemas dan sedih dengan perkhidmatan perubatan terutamanya pesakit yang terpaksa tidur di atas lantai," kata Ketua Setiausaha Pejabat Presiden, Ombeni Sefue.

Magufuli yang dilantik presiden minggu lalu menggantikan Jakaya Kikwete kini di bawah tekanan untuk mengatasi rasuah dan memastikan pertumbuhan ekonomi bagi penduduk miskin. - Tempo

Empat kenderaan terperangkap, tiada kemalangan jiwa

Kota Kinabalu: Kementerian Kerja Raya mengesahkan empat kenderaan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Karak dekat Lentang- Bukit Tinggi malam tadi, namun tidak membabitkan kemalangan jiwa.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya ada menerima laporan awal mengenai kejadian itu dan kenderaan berkenaan sudah dialihkan pihak berkuasa.
Katanya, jalan ditutup sepenuhnya akibat kesan runtuhan besar
"Semua pengguna dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif seperti diarahkan pihak berkuasa," katanya pada sidang media ketika Majlis Malam Media KKR, di sini, sebentar tadi.
Fadillah berkata, pihaknya akan menghantar pasukan forensik untuk menilai tahap kerosakan laluan berkenaan.
"Pergerakan tanah dilaporkan masih berlaku dan pakar berkaitan akan melakukan siasatan segera.
"Kami mahu memastikan tiada lagi pergerakan dan keadaan cerun stabil, supaya pengguna dapat melaluinya dengan selamat," katanya.
Menurut Fadillah, kerja pembersihan akan dilakukan segera dan dijangka dapat diselesaikan pagi esok.
"Pengguna akan dimaklumkan mengenai perkara ini dari semasa ke semasa.
"Apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah laluan ini selamat untuk dibuka semula kepada orang ramai," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 10:52 PM


Suasana tempat kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Karak malam tadi. FOTO ihsan JPAM KL
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92320#sthash.QR3zhkmW.dpuf

25 dipindahkan [VIDEO]

Bentong: Seramai 25 daripada 40 penghuni Kuarters Perhutanan Pahang terperangkap dalam banjir lumpur susulan kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang- Bukit Tinggi, di sini, petang tadi.
Bagaimanapun, mereka selamat dan dipindahkan ke Masjid Lentang buat sementara waktu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Morni Mamat berkata, kerja pembersihan giat dijalankan di kawasan runtuhan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 2:06 AM


Jentera berat digunakan untuk membersih kawasan runtuhan. FOTO Sairien Nafis
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92338#sthash.1qCcqKej.dpuf

Selamatkan diri dan ayah [VIDEO]

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan bersama bapanya terselamat selepas segera keluar dari kereta Mini Cooper yang hanyut dibawa arus deras banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak petang tadi.
Dalam kejadian 7.05 malam itu, pemandu Mini Cooper, Naimran Yunus, 37, dan bapanya berusia 62 tahun terpaksa lari meninggalkan kereta dinaiki sejauh kira-kira 50 meter ke tempat yang selamat.
Katanya, ketika kejadian, sebuah lori tangki yang berada di hadapannya turut terbabas akibat jalan licin ekoran jalan berkenaan sudah dipenuhi lumpur.
"Arus banjir lumpur yang turun dari bukit menolak kenderaan saya tersasar ke tepi jalan sebelum bahagian depan kereta termasuk ke dalam longkang.
"Bimbang arus banjir menjadi lebih deras, saya terus membawa bapa keluar dari kereta," katanya ketika ditemui, malam tadi.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu trak tunda petugas lebuh raya membantu mengeluarkan keretanya dari longkang dan bersyukur dia serta bapanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 2:44 AM


Naimran melihat keadaan keretanya yang dihanyutkan arus deras banjir lumpur. FOTO fardy Bungga.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92344#sthash.x7IFEnhN.dpuf

Budak bunuh bayi

 Agensi
Atlanta: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun didakwa atas tuduhan membunuh dengan menyerang kejam seorang bayi selepas ibu mangsa meninggalkan mereka bersendirian di rumah untuk mengunjungi kelab malam.

Pihak berkuasa mengumumkan akan mendakwa budak lelaki terbabit, yang identitinya tidak didedahkan, selepas hampir sebulan kematian bayi berusia setahun, Kelci Lewis yang ditemui tidak sedarkan diri pada 11 Oktober lalu.

Penyiasat percaya budak lelaki itu bertindak ganas apabila bayi berkenaan tidak berhenti menangis, kata jurucakap polis Leftenan Sean Edwards pada sidang akhbar semalam, sehari selepas ibu bayi perempuan itu, Katerra Lewis, menyerah diri dan didakwa menyebabkan kematian anaknya tanpa niat membunuh.

Ketika kejadian 10 Oktober lalu itu, Katerra dan rakannya keluar sehingga lewat malam dengan meninggalkan enam kanak-kanak yang semuanya berusia tidak lebih lapan tahun di rumah apabila bayinya mula menangis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 7:13 AM

KATERRA dan Kelci.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92367#sthash.8Ayox3RP.dpuf

Israel dalang bunuh Yasser – Jawatankuasa siasatan Palestin




DUa wanita berarak di bandar Ramallah, Tebing Barat sambil memegang potret Yasser sempena ulang tahun ke-11 kematiannya kelmarin.


RAMALLAH, Wilayah Palestin – Ketua pasukan Palestin yang menyiasat kematian Yasser Arafat kelmarin sekali lagi menuduh Israel membunuh pemimpin Palestin itu di sebuah hospital di Paris.
Tuduhan itu dibuat pada ulang tahun ke-11 kematian Yasser dan dua bulan selepas panel hakim Perancis menutup siasatan berhubung dakwaan beliau dibunuh tanpa membuat sebarang pendakwaan.
“Jawatankuasa Ikuiri telah dapat mengenal pasti pembunuh bekas presiden Yasser Arafat.
“Israel bertanggunjawab membunuhnya,” kata ketua jawatankuasa berkenaan yang ditubuhkan pada 2009, Tawfiq Tirawi tanpa mengulas lanjut.
Yasser meninggal dunia di Hospital Tentera Percy dekat Paris ketika berusia 75 tahun pada November 2004 selepas mengadu sakit perut semasa berada di ibu pejabatnya di bandar Ramallah, Tebing Barat.
Balunya, Suha membuat aduan kepada sebuah mahkamah di Perancis pada 2012 dengan mendakwa suaminya dibunuh sekali gus mencetuskan satu siasatan.
Pada tahun sama, kubur Yasser di Ramallah digali semula selama beberapa jam untuk membolehkan pa­sukan penyiasat Perancis, Switzerland dan Rusia mengambil 60 sampel.
Ramai rakyat Palestin percaya bahawa Israel meracun Yasser dan jawatankuasa sama pernah me­nuduh Rejim Zionis membunuhnya sebelum ini tetapi dinafikan oleh Israel. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3rEBN4Fdg 
Hakcipta terpelihara 

Jet perniagaan rempuh bangunan di Ohio




SEORANG lelaki merakam gambar ketika anggota bomba memadamkan kebakaran yang berlaku selepas sebuah pesawat melanggar bangunan pangsapuri di Akron, Ohio kelmarin.


AKRON, Ohio – Sebuah jet perniagaan yang menurut pemiliknya, membawa sembilan orang merempuh sebuah bangunan apartmen kelmarin dan menyebabkan perabot di kediaman sekitarnya bergegar akibat letupan kuat.
Pihak berkuasa masih belum mengesahkan bilangan penumpang dan kru di dalam pesawat itu tetapi mengesahkan sekurang-kurangnya dua kematian dengan tiada mangsa yang terselamat.
“Pasukan penyiasat berusaha untuk mengenal pasti bilangan penumpang dan kru yang dibawa jet 10 tempat duduk, Hawker H25 itu tetapi mengesahkan dua kematian pada awalnya.
“Tiada penghuni di dalam bangunan apartmen tersebut atau sebuah lagi kediaman yang terbakar,” kata jurucakap Jabatan Bomba Akron, Leftenan Sierjie Lash.
Pemilik pesawat itu, Augusto Lewkowicz pula berkata, dua juruterbang dan tujuh penumpang berada dalam penerbangan tersebut.
Jet itu yang berlepas dari Dayton, dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Akron Fulton, kira-kira 3.2 kilometer dari lokasi ia terhempas.
“Pesawat itu melanggar wayar utiliti semasa terbang rendah lalu terbakar dan berkecai selepas merempuh bangun­an apartmen itu.
“Jet itu kemudian me­langgar sebuah tembok berhampiran bangunan itu yang menyebabkan sebuah rumah lain turut terbakar,” kata pegawai polis Ohio, Leftenan Bill Haymaker.
Rempuhan menyebabkan bahagian hadapan bangunan dua tingkat itu musnah. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3rEB58RVm 
Hakcipta terpelihara 

Mahkamah sokong kru Lufthansa mogok


Sekumpulan pramugari Lufthansa memegang sepanduk ketika mengadakan mogok di Lapangan Terbang Duesseldorf, Jerman pada Jumaat lalu.


BERLIN – Sebuah mahkamah Jerman memberi lampu hijau lewat kelmarin kepada kru kabin syarikat penerbangan terbesar di negara itu, Lufthansa untuk meneruskan mogok mereka.
Mahkamah Buruh di Darmstadt menolak rayuan pengurusan Lufthansa untuk mengharamkan mogok anjuran kesatuan pramugari UFO itu yang menyaksikan hampir 2,000 penerbangan dibatalkan sejak pada Jumaat lepas.
Mahkamah sama turut menolak hujah Lufthansa bahawa alasan kesatuan berkenaan untuk mogok adalah ‘terlalu kabur’ dan bercanggah dengan undang-undang buruh Jerman.
Kesatuan sekerja UFO mengalu-alukan keputusan itu di laman webnya dan meminta mogok berkenaan diteruskan hingga esok melibatkan semua penerbangan dari lapangan terbesar di Jerman, Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt di samping lapangan terbang di Munich dan Dusseldorf.
Terdahulu, Lufthansa mengumumkan pembatalan sebanyak 930 penerbangan keluar masuk di tiga buah lapangan terbang berkenaan melibatkan kira-kira 100,000 penumpang.
Syarikat penerbangan itu telah membatalkan sebanyak 929 penerbangannya pada Isnin lepas yang menyebabkan 113,000 penumpang terkandas dan memotong 136 lagi penerbangan kelmarin melibatkan 27,300 penumpang.
Lufthansa membuat tawaran baharu untuk meningkatkan bonus dan faedah persaraan kepada UFO pada Isnin lalu tetapi kesatuan sekerja itu menolaknya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3rEAl4xV3 
Hakcipta terpelihara 

Baling dilanda banjir kali kedua




Anggota bomba memindahkan mangsa banjir kali kedua di Kampung Batu 60, Tanjung Pari, Baling kelmarin.


BALING – Lebih 300 penduduk di sembilan buah kampung di daerah ini terjejas selepas rumah mereka ditenggelami banjir buat kali kedua akibat limpahan Sungai Ketil berikutan hujan lebat selama lebih dua jam petang kelmarin.
Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Surau, Kampung Baru, Kampung Tanjung, Kampung Sri Ketengga, Tanjung Pari, Kampung Lahar dan Kampung Bonggol Derum.
Daripada jumlah penduduk tersebut, sebanyak 130 penduduk daripada 130 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan.
Pusat pemindahan yang dibuka sehingga pukul 5.30 petang semalam ialah Dewan Risda Kampung Tanjung, Surau Kampung Sri Ketengga, Dewan Bonggol Derum, Dewan Rumah Mesra Rakyat, Dewan Charok Sikin dan Dewan Batu 48.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, banjir tersebut berlaku disebabkan hujan berterusan selama dua jam sejak pukul 6 petang kelmarin sehingga mengakibatkan air Su­ngai Ketil melimpah.
“Petang ini (semalam), berlaku hujan lebat di kawasan terlibat dan dijangka beberapa mangsa banjir yang telah pulang ke rumah masing-masing kerana air semakin surut akan berpindah semula ke pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3rEANzDHg 
Hakcipta terpelihara 

Penjenayah Babun perogol bersiri




SUSPEK yang digelar Babun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau pada 6 November lalu kerana membunuh Intan Suraya.


GEORGE TOWN – Seorang kerani wanita yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta di negeri ini dikatakan turut menjadi mangsa rogol seorang pengawal keselamatan yang dikenali dengan panggilan Babun dalam kejadian di rumah mangsa di Teluk Kumbar, Bayan Lepas di sini pada 8 Oktober lalu.
Dalam kejadian pada lewat malam itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai menjadi mangsa nafsu serakah suspek, Tarmizi Yaakob, 20, yang sebelum ini dituduh membunuh bekas kekasihnya, Intan Suraya Mawardi, 17, pada 25 Oktober lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ne­geri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, kejadian rogol membabitkan seorang kerani tersebut berlaku sebelum kejadian bunuh Intan Suraya yang ditemui mati dengan kesan kelar pada lehernya bulan lalu.
Menurut Zakaria, selain terlibat dalam ke­jadian pembunuhan re­maja perempuan tersebut, suspek juga didakwa pernah merogol kerani wanita berdasarkan pengakuan suspek dan laporan polis yang dibuat kerani berkenaan bersama ibunya selepas kejadian berlaku.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3rE9qOZac 
Hakcipta terpelihara