Search This Blog

Wednesday, November 11, 2015

Wanita cuba terjun Jambatan Pulau Pinang

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

am@hmetro.com.my


Georgetown: Wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan bertindak cuba terjun di Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi apabila wanita berusia 47 tahun itu ditemui berada di tebing Jambatan Pulau Pinang menghala ke arah Seberang Perai dan cuba untuk terjun.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Pegawai Bomba Kanan II, Saladdin Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.15 Pagi.

Beliau berkata, sepasukan 19 anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Perak dan Perai bergegas ke lokasi kejadian dan terus memujuk wanita berkenaan.

"Mangsa berjaya diselamatkan dengan menangkap dari arah belakang dan diserahkan kepada Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) untuk pemeriksaan.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 12.14 tengah hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 1:21 PM

WANITA yang cuba terjun diselamatkan anggota bomba. GAMBAR IHSAN BOMBA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92220#sthash.UuTh3gu2.dpuf

350 penduduk dipindahkan di Baling

 Oleh Safuri Kamarudin

am@hmetro.com.my


Baling: Kira-kira 350 penduduk membabitkan 87 keluarga, di sini, dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara setakat 12 tengah hari tadi selepas rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter sejak malam tadi.

Difahamkan, hujan lebat selama dua jam sejak 6 petang semalam menyebabkan air Sungai Ketil melimpah dengan cepat.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, semua mangsa dipindahkan ke Dewan Surau Weng, Surau Kampung Baru, Dewan RISDA Kampung Tanjung Pari, Surau Kampung Seri Ketengga, Dewan Banggol Derom, Dewan UMNO Batu 60, Rumah Mesra Rakyat Kampung Siput, Surau Kampung Lahar, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Lalang dan Kampung Sungai Limau.

Menurutnya, antara kawasan terjejas termasuk Kampung Carok Bendang, Tanjung Pari, Batu 60, Bukit Sebelah, Weng Dalam , Weng Luar, Banggol Derom, Kampung Siput, Lahar, Seri Ketengga, Haji Abas, Kampung Baru dan Kampung Lalang di Mukim Siong.

"Operasi memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara dilakukan oleh bantuan pasukan penyelamat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPAM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta dibantu polis serta RELA.

"Terdapat kejadian penduduk terperangkap sebelum dibawa keluar dengan menggunakan bot," katanya.

Katanya, setakat 12 tengah hari ini keadaan cuaca adalah baik, dan air Sungai Ketil di Pulai berada paras normal iaitu 49.69 meter.

"Jika keadaan bertambah baik mungkin penduduk akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam mengusung mangsa banjir, Esah Abdullah, 95, dari Kampung Kedai, Mukim Titi Teduri untuk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. FOTO Shahrizal Md Noor
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 1:53 PM


KEADAAN rumah yang dinaiki air berikutan hujan lebat. FOTO Shahrizal Md Noor
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92227#sthash.RQq7k9OO.dpuf

Bas hangus dekat sekolah

 Oleh Norizuan Shamsuddin

norizuan@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Bas Rapid KL yang membawa kira-kira 20 penumpang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Tropicana Selatan, Damansara, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, bas yang dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke Taman Sri Mayang terbabit terbakar secara tiba-tiba berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana Selatan.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara, Pegawai Kanan II Mustadar Silong berkata, pemandu dan penumpang bas berkenaan bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Katanya, bomba mengambil masa 17 minit untuk memadamkan kebakaran terbabit.

"Bertindak atas maklumat awam, pihak bomba bersama tujuh anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian dan api dipadamkan sepenuhnya pada 7.47 pagi.

"Kejadian tidak membabitkan mangsa kerana pemandu sempat memberhentikan bas dan mengarahkan penumpang untuk keluar menyelamatkan diri.

"Bas terbabit terbakar sepenuhnya dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 2:37 PM

ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran bas. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92230#sthash.cvlK7XDm.dpuf

Remaja maut dilanggar kereta api

 Oleh Ahmad Ismail

am@hmetro.com.my


Segamat: Remaja lelaki maut dilanggar kereta api penumpang di Taman Perling, Segamat, Johor tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, Azmi Arrifin, 15, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan berdiri di tepi landasan.

Katanya, kereta api penumpang terbabit sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

"Mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 5:34 PM

Mayat mangsa di tempat kejadian. FOTO Ahmad Ismail
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92262#sthash.I31rC2Mc.dpuf

Padah menipu

AP
Beijing: Seramai 254 warga China ditahan di Kemboja dan Indonesia kerana menjalankan kegiatan penipuan melalui telefon serta Internet yang menyasarkan mangsa berbangsa Cina, dihantar pulang semalam untuk menghadapi tuduhan di republik itu, kata Kementerian Keselamatan Awam.

Menurut satu kenyataan di laman sesawang kementerian itu, semua suspek diterbangkan ke Beijing dan tiga bandar lain di China pulang menaiki penerbangan sewa khas.

Mereka disyaki menjalankan lebih 4,000 kes penipuan telefon merentasi sempadan yang menyasarkan mangsa di lebih 20 bandar dan wilayah.

Setakat ini tiada maklumat mengenai ciri-ciri skim penipuan dilakukan, walaupun menurut kementerian berkenaan, kes penipuan seumpama itu antara kategori jenayah yang paling cepat berkembang dan kebanyakannya sukar diselesaikan.

Polis di Kemboja berkata, kumpulan itu menjalankan operasi mereka di rumah sewa di bandar pantai peranginan di Sihanoukville. Sehingga kini, pihak berkuasa masih mencari dalang kegiatan itu.

Mereka berkeupayaan mengeksploitasi pemindahan wang dari jarak selamat, menyembunyikan indentiti dan setiasa mengubah ciri-ciri kegiatan itu untuk terus mengelirukan mangsa serta mengelak dikesan, kata Kementerian Keselamatan Awam China.

Suspek mempunyai pelbagai identiti palsu untuk memudahkan mereka mendapatkan maklumat peribadi atau mendesak mangsa memindahkan wang ke dalam akaun bank di luar negara.

Rangkaian penipuan sebelum ini membabitkan penyamaran sebagai kakitangan bank, syarikat telekomunikasi, keselamatan sosial dan agensi kesihatan awam, menuntut pembayaran yuran dan baki akaun yang tidak wujud.

Selain itu, ada yang menyamar sebagai polis kononnya menyiasat jenayah seperti penyeludupan dadah serta pengubahan wang haram yang mendesak maklumat peribadi mangsa untuk ‘membersihkan nama mereka.’

Ada juga berpura-pura menawarkan tiket penerbangan dan kereta api dengan kadar murah, pinjaman dengan faedah rendah atau barangan seludup seperti dadah, senjata api dan peralatan pengawasan.

Satu lagi taktik menawarkan kerja palsu, selain mendakwa mangsa menang loteri, kereta, rumah atau kemasukan ke sekolah sebagai umpan.

Suspek yang tiba semalam adalah yang pertama dihantar pulang sejak kempen baru terhadap kegiatan penipuan telefon dilancarkan bulan lalu.

Pasukan polis Kemboja berkata dalam laman sesawang mereka semalam, 168 warga China termasuk 19 wanita dihantar pulang menaiki dua penerbangan sewa khas selepas ditangkap atas tuduhan menggunakan pekhidmatan Internet untuk memeras wang daripada mangsa berbangsa Cina.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 9:57 AM

ANTARA 254 suspek dipercayai terbabit dalam penipuan telefon dan Internet tiba di Shanghai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92156#sthash.3NvwtfKh.dpuf

Joli sakan

 Agensi
Landak, Indonesia: Seorang lelaki yang berjoli sakan selepas wang tunai Rp5.1 bilion (RM1.64 juta) tiba-tiba dimasukkan ke akaunnya kini bakal berdepan tindakan apabila diarahkan memulangkan duit berkenaan.

Suparman, 51, berkata, kejadian berlaku pada 2 Februari lalu apabila dia menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon memberitahu wang berjumlah Rp5.1 bilion didepositkan ke akaunnya.

Terkejut dengan SMS itu dia segera pergi ke mesin pengeluaran automatik (ATM) membuat pengeluaran Rp10 juta (RM3,213) dan memindahkan wang berjumlah Rp100 juta (RM32,142) ke dalam akaun bank rakannya.

Pada 5 Februari, dia membuat sekali lagi pemindahan wang berjumlah Rp100 juta (RM32,142) ke dalam akaun bank rakannya.

Pada hari yang sama dia membuat pengeluaran wang tunai di ATM Rp510 juta (RM163,837).

Dia kemudiannya membuat lagi beberapa pengeluaran menjadikan jumlah keseluruhan wang tunai yang dikeluarkannya berjumlah hampir Rp2.2 bilion (RM706,596).

Beberapa hari selepas itu, Suparman cuba membuat pengeluaran lagi, tetapi malangnya mendapati wang dalam akaunnya sudah tiada lagi.

“Tidak lama selepas itu saya menerima panggilan dari Bank Negara Indonesia (BNI) yang memberitahu wang itu tersilap didepositkan ke akaun saya.

“Paling mengejutkan saya, BNI meminta saya mengembalikan sebahagian wang berkenaan.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menggantikan wang itu yang sudah habis saya belanjakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 9:54 AM

SUPARMAN menunjukkan buku bank dan SMS dalam telefon bimbitnya yang memberitahu wang RM1.64 juta didepositkan ke akaunnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92150#sthash.hChEmKTz.dpuf

Jet Indonesia pintas pesawat ceroboh ruang udara


Balikpapan: Dua jet pejuang jenis Sukhoi SU-27 SKM milik tentera udara Indonesia memintas sebuah pesawat asing yang menceroboh ruang udara negara itu dekat sini kelmarin.

Jurucakap tentera, Andi Gunawan berkata, pesawat satu enjin jenis Cessna itu didapati menceroboh ruang udara Indonesia berhampiran sempadan Malaysia-Filipina.

Katanya, pesawat kecil itu kemudiannya dipaksa mendarat di lapangan terbang Juata di Tarakan, Kalimantan Utara.

“Pesawat ini dikendalikan seorang juruterbang tentera Amerika Syarikat (AS), James Patrick Murphy yang sedang bercuti.

“Juruterbang ini kami tahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, Murphy memberitahu, dia terbang mengikut laluan dari Hawai, Filipina dan menuju ke Singapura.

“Pemeriksaan mendapati Murphy tidak mempunyai kebenaran untuk terbang dalam wilayah Indonesia,” jelasnya.

Menurutnya, Murphy kini sedang berurusan dengan pihak Kedutaan AS bagi mendapatkan permit penerbangannya sebelum dibenarkan terbang semula. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 9:53 AM

MURPHY mengangkat tangan selepas pesawatnya dipaksa mendarat kerana menceroboh ruang udara Indonesia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92148#sthash.iMnN0t8b.dpuf

Ibu Tiri Kanak-Kanak Meninggal Dunia Akibat Didera Dicari Untuk Bantu Siasatan


Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 11:04 AM
- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu isteri pertama seorang lelaki di mana anak tirinya yang berusia dua tahun meninggal dunia disyaki didera.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, polis sedang mencari wanita itu yang dipercayai berada di Melaka.

"Kita berharap dia dapat tampil untuk membantu siasatan," katanya pada Isnin.

Ibu kandung mangsa yang juga isteri kedua kepada lelaki itu, telah ditahan oleh pihak polis pada Sabtu, bersama-sama dengan suami dan rakannya.

Mohd Roy berkata pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada badan kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata, ibu mangsa dan bapa kandungnya telah bercerai sebelum dia berkahwin dengan suspek yang sudah mempunyai seorang isteri, pada bulan Julai tahun ini.

Mohd Roy berkata, wanita itu dan mangsa tinggal bersama ibu bapanya manakala suami barunya tinggal bersama isteri pertamanya.

Tambahnya, ibu mangsa, bagaimanapun, akan meninggalkan anaknya itu dengan bapa tirinya setiap kali dia keluar pergi berkerja.

Beliau berkata, ibu kepada mangsa masih dalam trauma kerana mengalami keguguran beberapa hari yang lalu.

Polis pertama kali dimaklumkan mengenai kemungkinan berlaku penderaan oleh bapanya yang membuat laporan polis mengenai kematiannya.

Sebelum itu, bapa mangsa yang berusia 28 tahun itu menerima panggilan daripada bekas isterinya, memintanya pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana anak perempuan mereka telah dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 10.25 malam Jumaat.

Apabila bapanya tiba, dia dimaklumkan oleh doktor bahawa anaknya telah meninggal dunia. Bapanya membuat laporan di pondok polis HKL pada pukul 1.08 pagi.

Siasatan mendedahkan bahawa mangsa telah dibawa ke hospital oleh bapa tirinya dan seorang lagi rakan pada pukul 10.13 malam.

Kanak-kanak itu sebelum itu telah bermain di rumah bapa tirinya di Lojing Heights, Wangsa Maju, kira-kira pukul 8.00 malam apabila dia mula muntah. Bedah siasat menunjukkan punca kematian kerana kecederaan parah di kepala akibat trauma.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Zainuddin Ahmad pada Ahad berkata ketiga-tiga suspek - ibu mangsa yang berusia 28 tahun, bapa tiri yang berusia 34 tahun dan rakan berusia 35 tahun itu telah ditangkap di HKL dan ditahan reman selama tujuh hari.

Lelaki Cedera Parah Dipukul, Ditetak Sekumpulan Lelaki


Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 4:06 PM

GEORGE TOWN: Seorang lelaki cedera parah di kedua-dua tangan manakala hidungnya hampir putus selepas dipukul dan ditetak sekumpulan lelaki di hadapan kuil di Hong Seng Estate, di sini awal pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun yang dalam keadaan mabuk dan sedang menunggang motosikal tiba-tiba didatangi enam lelaki sebelum mereka bertindak memukul dan menetaknya.
"Mereka menetak mangsa menggunakan parang sehingga lelaki itu cedera parah di kedua-dua tangan dan hidung juga terkoyak sehingga hampir putus," katanya di sini Khamis.
Beliau berkata beberapa penduduk yang berada di kawasan itu bertindak meleraikan keadaan sebelum lima daripada enam lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki tiga motosikal.
"Seorang daripada mereka tidak sempat melarikan diri dan dipercayai bersembunyi dalam hutan berhampiran. Polis cuba mengesan lelaki itu di situ tetapi gagal," katanya.
Mior Faridalatrash berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini motif serta punca kejadian masih dalam siasatan.
"Usaha mengesan enam lelaki berusia 20 hingga 30 tahun itu sedang dijalankan," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Bas RapidKL Terbakar Di Petaling Jaya


Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 4:43 PM

KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL terbakar di Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada Rabu.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Mustada Silong berkata kejadian berlaku 7.30 pagi ketika kira-kira 20 penumpang berada di dalam bas.
Para penumpang bagaimanapun selamat.
"Kebakaran bermula di bahagian enjin sebelum merebak ke bahagian lain. Namun kebakaran dapat dikawal 20 minit kemudian," katanya.
Jurucakap Prasarana berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di bahagian enjin. - BERNAMA

Cari Pelanggan, Pelacur Dipenjara Lima Bulan


Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 4:50 PM
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu selepas mengaku bersalah mencari pelanggan bagi maksud pelacuran.
Majisret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan Che Roha Hasim, 46, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap Sabtu lepas.
Che Roha didakwa mencari pelanggan bagi maksud persundalan di bawah Stesen Monorel Jalan Thambipillay, Brickfields, di sini, pada 12.35 pagi 7 November lepas.
Dakwaan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar tertuduh insaf, manakala tertuduh memohon hukuman diringankan.
Di mahkamah sama, seorang pekerja swasta, Azrin Dolmala, didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah melakukan pemerasan terhadap seorang penyelia pusat karaoke Muhammad Faizal Mohd Isa, 22, sehingga mendorongnya menyerahkan wang tunai RM540.
Azrin, 30, didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Karaoke Diva, 1Shamelin Mall, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, di sini pukul 3 pagi, 30 Oktober lepas mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. - BERNAMA

Dua Pencuri Pisang Akhirnya Ditahan Polis


Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 6:12 PM
Gambar hiasan.

TANGKAK: Kehilangan pisang yang banyak berlaku di daerah ini akhirnya terjawab apabila polis berjaya menahan dua lelaki bersama pisang yang dicuri mereka pada awal pagi, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Mohd Salleh Abd Razak berkata suspek berumur 34 dan 38 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta pada pukul 4 pagi di Jalan Taman Serom Utama di sini.
"Kedua-dua mereka ditahan dalam sebuah kereta yang dipenuhi dengan 15 tandan pisang jenis berangan dan ketika ditanya memberikan jawapan meragukan dari mana hasil pisang itu diperolehi mereka," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Sungai Mati di sini, Rabu.
Mohd Salleh berkata kedua-dua suspek berasal dari Bukit Gambir di sini dan salah seorang suspek berusia 34 tahun itu mempunyai kesalahan dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan jenayah) dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya seorang lagi suspek berumur 38 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau tetapi kedua-duanya disahkan positif dadah jenis syabu.
"Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu turut menjumpai sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan untuk mencuri pisang berkenaan," katanya.
Beliau berkata kedua-duanya telah ditahan reman sehingga Khamis untuk membantu siasatan yang kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
Menurutnya sepanjang Januari hingga 9 November lalu sebanyak 23 kes kecurian pisang dilaporkan berlaku di daerah ini yang membabitkan kerugian lebih RM20,000.
Katanya kebanyakan kes kecurian pisang berlaku pada waktu malam sehingga awal pagi dan pencuri licik melepaskan diri.
Sehubungan itu beliau meminta kerjasama daripada orang ramai bagi menyalurkan maklumat berhubung setiap kejadian jenayah yang berlaku di kawasan mereka terutama melihat individu mencurigakan seperti di kebun pisang. - BERNAMA

Bapa Empat Anak Ditembak Lima Kali Meninggal Dunia


Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 6:36 PM

KAJANG: Empat anak kepada seorang lelaki yang ditembak lima kali di depan mata mereka, kini menjadi anak yatim apabila bapa mereka meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.
Kesawan Aramuggam, 28, yang ditembak sebanyak lima kali oleh penyerang tidak dikenali di Semenyih pada Jumaat lalu, meninggal dunia pada Selasa.
Polis kini mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai kes bunuh.

Di bilik mayat Hospital Kajang, bapa Kesawan berkata dia tidak memahami mengapa ada orang yang sanggup membunuh anak lelakinya.

"Dia tidak mempunyai musuh dan tiada berhutang dengan sesiapa. Saya tida tahu mengapa ada orang akan melakukan perkara ini," kata bapanya yang enggan namanya didedahkan.

Kesawan meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas bertarung nyawa selama lima hari.

Menurut bapa Kesawan, kesemua anaknya yang berusia antara setahun hingga tujuh tahun akan dijaga oleh ibu mereka

Mangsa dikatakan sedang membeli alat tulis bersama tiga anaknya di sebuah kedai di Taman Tasik Keruma pada petang Jumaat ketika ditembak.

Polis berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang suspek yang memakai topi keledar memasuki premis tersebut kira-kira pukul 4.14 petang dan mengacukan pistol tepat ke arah mangsa.

Saksi di kedai itu memberitahu pemberita bahawa mereka terdengar lima das tembakan dilepaskan.

Kesawan dilaporkan ditembak di bahagian dada.

Kekecohan itu menyebabkan pemilik kedai dan pekerjanya bersembunyi di bawah meja untuk melindungi diri mereka.

Suspek dilihat membonceng sebuah motosikal yang memecut laju sejurus selepas insiden itu.

Kesemua anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pelajar Kolej Maut Pada Hari Lahir


Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 7:01 PM

BUTTERWORTH: Seorang pelajar kolej maut dalam kemalangan selepas mangsa tercampak dari kereta yang dipandunya ketika melalui Jambatan Pulau Pinang.
Tambah menyedihkan apabila mangsa, Loh Keang Guang maut pada hari lahirnya yang ke-18 pada Rabu.
Rakan mangsa, Chuah Yee Chen, 19, Ng Jun Hong, 19, Jason Teoh, 15 dan Ooi Chia Jie, 19 mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya, begitu juga mayat Keang Guang pula dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.
Mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke Bukit Mertajam.
Timbalan Ketua Polis Trafik Pulau Pinang Superitendan Tan Boon Hooi berkata, kereta yang dinaiki dipercayai melanggar bahagian kiri pembahagi jalan di jambatan itu sebelum hilang kawalan.
"Loh tercampak dari pintu pemandu. Dia jatuh ke kawasan lumpur di bawah jambatan, ketika itu air laut surut," katanya.

Kereta mewah tiada rekod


WARTAWAN SINAR HARIAN
Kereta mewah tiada rekod

11 NOVEMBER 2015
Kereta mewah tiada rekod Polis melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal. - Foto Facebook Trafik KL

KUALA LUMPUR – Polis menahan sebuah kenderaan mewah dalam Ops Sepadu Roda di Jalan Bangsar kelmarin, selepas nombor pendaftaran kenderaan terbabit tiada dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Operasi bermula jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 12 tengah malam di Jalan Bangsar menuju pusat bandar  itu dengan kekuatan seramai 35 pegawai dan anggota terdiri daripada pasukan trafik dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur serta sukarelawan polis.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nadzri Hussien berkata, semakan pada nombor casis kereta jenis BMW 520d itu mendapati bahawa kenderaan terbabit didaftarkan atas nombor pendaftaran hampir sama dengan nombor pendaftaran yang dipamerkan pada kereta.

“Susulan itu, kita menahan seorang lelaki berusia 37 tahun mengikut Seksyen 28 (a) Akta Pengangkutan Jalan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, sebanyak 18 motosikal disita dan 188 saman pelbagai kesalahan lalu lintas.

Menurut Nadzri, daripada 188 saman di keluarkan, sebanyak 32 saman atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mematuhi peraturan, diikuti 29 saman atas kesalahan tiada cermin sisi.

“Saman turut dikeluarkan atas kesalahan tidak mempamerkan pelekat ‘P’ dan ‘L’ pada kenderaan selain tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, serta tidak memasang lampu kenderaan.

“Hasil ujian urin, seramai lima penunggang motosikal didapati positif dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen  45 (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Nelayan nyaris maut bot terbakar


WARTAWAN SINAR HARIAN
Nelayan nyaris maut bot terbakar

11 NOVEMBER 2015
Nelayan nyaris maut bot terbakar Anggota Maritim meninjau keadaan bot berkenaan.

KUALA KEDAH - Empat nelayan warganegara Thailand termasuk seorang tekong nyaris maut apabila bot yang mereka naiki terbakar kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Pulau Segantang, dekat sini.

Pemilik bot, Wong Kheng Wah, 56, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, nelayan berkenaan bertindak terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan diri selepas mendapati kebakaran berkenaan tidak dapat dikawal.

"Bagaimanapun mereka  berjaya diselamatkan oleh  beberapa bot nelayan lain yang berada berdekatan lokasi kejadian sebelum turut membantu memadamkan kebakaran.

"Bot berkenaan ditunda ke Jeti Nelayan Kuala Kedah selepas kebakaran dipadamkan," katanya.

Menurutnya, dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM400,000 dan mengesyaki kebakaran berkenaan berkemungkinan berlaku akibat kebocoran papi minyak bot.

Sementara itu, Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Leftenan Madya Maritim Meor Hamzah Badri Shah berkata, bot penyelamat 5 diarahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pemiliknya.

Bagaimanapun katanya,  keempat-empat nelayan berusia antara 30 hingga 50 tahun yang bekerja atas bot berkenaan tidak mengalami kecederaan.

"Saya mengharapkan orang awam memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang Maritim atau kes kecemasan di perairan ini.

"Sebarang aduan mahupun kecemasan boleh dilaporkan ke talian 24 jam Mers dan pusat operasi Pangkalan Maritim Kuala Kedah di talian 04-7621810," katanya.

Lelaki ditemui mati tergantung dalam rumah


WARTAWAN SINAR HARIAN
Lelaki ditemui mati tergantung dalam rumah

11 NOVEMBER 2015
Lelaki ditemui mati tergantung dalam rumah  Orang ramai turut memenuhi perkarangan kediaman mangsa ketika polis sampai untuk membawa mayat mangsa ke hospital.

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui mati tergantung dalam sebuah rumah di Kampung Pulau Belacan, Panchor Kemumin di sini, pagi semalam.

Mangsa berusia 25 tahun ditemui orang awam yang ternampak keadaan mangsa dalam keadaan tergantung.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, dipercayai mangsa mempunyai masalah peribadi dan keluarga.

“Setakat ini tiada unsur jenayah dalam kes terbabit.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Lelaki maut tercampak dari Jambatan P.Pinang


11 NOVEMBER 2015



BUTTERWORTH - Seorang lelaki maut selepas tercampak dari Jambatan Pulau Pinang setelah kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 0.6 jambatan berkenaan menghala ke Perai, di sini awal pagi ini.

Semasa kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa berusia 30-an menaiki kereta itu bersama empat rakannya apabila kenderaan jenis Proton Iswara berkenaan hilang kawalan sehingga terbabas dan melanggar tembok di bahagian kiri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Penguasa Bomba Kanan II Nasir Idris berkata, mangsa yang dipercayai duduk di tempat penumpang hadapan tercampak dari atas jambatan setinggi lima meter menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan parah.

Katanya mayat mangsa dijumpai di kawasan tanah berdekatan laluan pusingan U di bawah jambatan itu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi rakannya hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan," katanya. - Bernama

Lelaki ditetak, hidung hampir putus


11 NOVEMBER 2015

GEORGETOWN - Seorang lelaki cedera parah di kedua-dua tangan manakala hidungnya hampir putus selepas dipukul dan ditetak sekumpulan lelaki di hadapan kuil di Hong Seng Estate, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, dalam‎ kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun yang dalam keadaan mabuk dan sedang menunggang motosikal tiba-tiba didatangi enam lelaki sebelum mereka bertindak memukul dan menetaknya.

"Mereka menetak mangsa menggunakan parang sehingga lelaki itu cedera parah di kedua-dua tangan dan hidung juga terkoyak sehingga hampir putus," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa penduduk yang berada di kawasan itu bertindak meleraikan keadaan sebelum lima daripada enam lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki tiga motosikal.

"Seorang daripada mereka tidak sempat melarikan diri dan dipercayai bersembunyi dalam hutan berhampiran. Polis cuba mengesan lelaki itu di situ tetapi gagal," katanya.

Mior Faridalatrash berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini motif serta punca kejadian masih dalam siasatan.

"Usaha mengesan enam lelaki berusia 20 hingga 30 tahun itu sedang dijalankan," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama

Suami isteri berhadapan detik cemas diacu pisau


Suami isteri berhadapan detik cemas diacu pisau

11 NOVEMBER 2015
Suami isteri berhadapan detik cemas diacu pisau Seorang pegawai syarikat perumahan yang kerugian RM15,000 menunjukkan kain pengikat langsir yang diguna perompak bertopeng dan bersenjatakan pisau untuk mengikat beliau dan isteri, di kediaman mereka di Putrajaya. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Sepasang suami isteri berdepan detik cemas kira-kira 40 minit apabila kediaman mereka di Presint 15 di sini, dimasuki empat perompak bertopeng dan bersenjatakan pisau, awal pagi tadi.

Menurut mangsa yang enggan identitinya dikenali berkata suspek memasuki rumahnya dengan mengumpil pintu belakang, sebelum ke tingkat atas dan menuju ke bilik utama.

"Kejadian berlaku kira-kira 5.30 pagi ketika saya bangun bersiap ke surau di Presint 14 untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.

"Suspek kemudian mengikat tangan dan kaki saya serta isteri menggunakan dawai elektrik dan pengikat langsir sebelum bertanya di mana wang tunai dan barang berharga disimpan," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini.

Mangsa yang berkhidmat di syarikat milik kerajaan berkaitan pembinaan rumah mampu milik, berkata beliau turut merayu kepada perompak terbabit agar tidak mengapa-apakan tiga anaknya yang sedang tidur di bilik bersebelahan.  

Katanya, suspek melarikan wang tunai RM3,000, barang kemas, beberapa jam tangan berjenama dan empat telefon bimbit dengan kerugian dianggar berjumlah RM15,000.

Mangsa yang berusia 38 tahun berharap agar pihak polis dapat meningkatkan rondaan keselamatan di kawasan perumahannya memandangkan sudah lima kes samun berlaku di kawasan berkenaan, sejak awal tahun ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama

Ibu ditemui mati, polis tahan anak


SITI ZUBAIDAH MAT ISA
Ibu maut cuba leraikan pergaduhan adik-beradik

10 NOVEMBER 2015
Ibu maut cuba leraikan pergaduhan adik-beradik Keadaan dalam rumah mangsa ketika kejadian.
CHERAS - Seorang warga emas ditemui maut selepas pihak berkuasa memecah masuk rumahnya petang tadi.

Kejadian berlaku di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Permaisuri Cheras kira-kira jam 3 petang, tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa seorang warga emas berusia 63 tahun dikenali sebagai Wan Yah Wan Mat, berasal dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

“Berdasarkan maklumat awal kejadian, berlakunya limpahan air yang keluar dari pintu utama rumah berkenaan membuatkan kejadian berkenaan di ketahui.

“Pintu rumah berkenaan berkunci memaksa anggota bomba bertindak memecahkan pintu tersebut untuk memasuki premis itu dan mereka menemui tiga individu termasuk mangsa yang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu,” katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan ke atas mangsa, terdapat kesan lebam pada kedua belah mata dan mulut.

“Manakala bibir, mulut serta belakang kepala mangsa terdapat kesan bengkak. Ekoran kejadian itu, polis menahan dua anak kepada mangsa bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek lelaki dan wanita masih menuntut di universiti. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak menerima panggilan kecemasan pada jam 2.38 petang mengatakan berlakunya cubaan membunuh diri.

Katanya, berdasarkan laporan awal yang diterima, pintu rumah berkunci dan cubaan anggota berinteraksi dengan mangsa bagaimanapun tidak berjawab.

“Anggota kemudiannya bertindak memecahkan pintu dan menemui tiga individu termasuk mangsa," katanya.

Rusia yakin pesawat dibom


Rusia yakin pesawat dibom

11 NOVEMBER 2015
Rusia yakin pesawat dibom Pasukan penyiasat Mesir memeriksa serpihan bangkai pesawat Metro Jet yang terhempas di Sinai.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tindakan Amerika Syarikat (AS) memintas komunikasi Rusia menunjukkan negara itu percaya bahawa pesawat yang terhempas di Semenanjung Sinai, 31 Oktober lalu, dan mengorbankan kesemua 224 penumpang telah dibom.

Pintasan itu adalah sebahagian daripada bahan bukti yang mendorong pegawai AS untuk mengesyaki terdapat bahan letupan ditanam dalam pesawat Metro Jet sejurus selepas Airbus A321 berlepas dari bandar Sharm al-Sheikh.

Setakat ini, Mesir dan Rusia masih belum mengumumkan punca nahas secara rasmi namun kedua-dua negara menolak dakwaan awal AS serta penilaian Britain minggu lalu yang mengatakan ia disebabkan serangan bom.

Menurut Reuters, beberapa hari selepas nahas, sumber kerajaan AS dan Britain memberitahu perbualan komunikasi yang di pintas menunjukkan pesawat dibom.

Kumpulan militan IS didakwa bertanggungjawab bagi nahas tersebut dan ia dianggap sebagai balas dendam kerana campur tangan ketenteraan Rusia dalam perang saudara di Syria.

Lelaki menyamar wanita masuk spa ditahan


Lelaki menyamar wanita masuk spa ditahan

11 NOVEMBER 2015
Lelaki menyamar wanita masuk spa ditahan Spa Sakinoyu - Foto Internet

WAKAYAMA - JEPUN. Seorang lelaki warga China di tahan oleh pihak berkuasa selepas taktiknya dengan menyamar menjadi wanita untuk mengintai di sebuah spa terkenal di sini berjaya dikesan.

Xia Liang, 36, ditahan di Spa Sakinoyu iaitu sebuah spa yang mempunyai kolam air panas di persisir laut  di Wakayama, barat Jepun.

Menurut jurucakap polis bandar Shirahama, lelaki berkenaan menyamar menjadi wanita dengan berpakaian tradisional Jepun, Kimono berwarna merah serta berambut panjang.

"Malah lelaki berkenaan turut mengenakan gincu serta membuat rawatan kuku di situ," katanya dipetik AP.

Bagaimanapun, dua orang pengunjung spa berkenaan menyedari perkara itu selepas melihat seorang pengunjung yang berkelakuan pelik memasuki ruang persalinan pakaian dan kemudian mengambil gambar 'selfie'.

Tambah polis itu lagi, Xia yang berkunjung ke Jepun selama enam hari bersama seorang wanita ditahan atas tuduhan menceroboh dan hasil pemeriksaan di telefon bimbit lelaki itu bagaimanapun tidak menjumpai gambar wanita yang diambilnya di spa itu.

"Biasanya, apabila perkara-perkara ini berlaku, ia mempunyai unsur-unsur lucah walaupun ini mungkin agak berbeza,'ujarnya.

Sementara itu, lelaki berkenaan mendakwa dia melakukan perbuatan itu hanya untuk melihat pemandangan dari kolam mandi wanita yang dikatakan menarik walaupun mengetahui lelaki tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut.

Dalang pemerdagangan manusia didakwa


Dalang pemerdagangan manusia didakwa

11 NOVEMBER 2015
Dalang pemerdagangan manusia didakwa Jeneral Manas Kongpan (tengah) antara mereka yang dihadapkan ke mahkamah Bangkok semalam. - Foto AFP

BANGKOK - THAILAND. Seorang pegawai tentera berpangkat jeneral antara 88 orang yang dihadapkan ke mahkamah Bangkok semalam, kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Thailand.

Jeneral Manas Kongpan didakwa menjadi individu penting dalam kegiatan pemerdagangan manusia melibatkan etnik Rohingya.

Selain, Manas sekurang-kurangnya empat lagi pegawai tentera didakwa terlibat dalam aktiviti tersebut di samping beberapa tokoh perniagaan dan ahli politik.

Menurut Reuters, penangkapan mereka hasil tindakan tegas pihak berkuasa Thailand terhadap sindiket pemerdagangan manusia, susulan penemuan kubur mengandungi 30 mayat dekat sebuah kem pemerdagangan manusia di dalam hutan terpencil di kawasan sempadan Thailand-Malaysia pada Mei lalu.

Bagaimanapun kumpulan-kumpulan hak asasi manusia mempersoalkan komitmen Thailand untuk membanteras kegiatan pemerdagangan manusia setelah seorang pegawai kanan polis yang menyiasat kegiatan itu meletak jawatan hujung minggu lalu.

Mejar Jeneral Paween Pongsirin yang mengetuai siasatan itu bertindak demikian setelah beliau hendak dipindahkan ke bahagian selatan Thailand.

Operasi Mencari Guru Besar Hilang Ditangguh


Diterbitkan: Selasa, 10 November 2015 2:59 PM
Jashiah Rabu

PETALING JAYA: Pihak berkuasa kini menangguh usaha carian guru besar hilang, Jashiah Rabu di hutan simpan Bukit Kutu.

Keputusan ini dibuat selepas operasi selama lebih dua minggu tidak memberikan sebarang hasil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Abdul Rahman Yahya Zikri berkata para pegawai telah mencari setiap inci hutan simpan itu di mana Jashiah dikatakan hilang.

Beliau menambah tidak ada bukti yang telah ditemui mencadangkan berada berada di kawasan itu.

"Kita tidak tahu sama ada dia berada di sana atau tidak. Kita tidak menemui apa-apa yang dapat menyokong petunjuk bahawa dia mungkin telah meninggal dunia atau berada di kawasan lain," kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata tidak ada perkembangan baru sejak usaha mencari dan menyelamat bermula.

"Jika terdapat sebarang maklumat baru tentang di mana dia berada, kita akan memulakan semula carian," kata Abdul Rahman.

Beliau berkata antara 80 hingga 100 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk tempatan telah mengerah keringat melakukan trekking di kawasan hutan simpan di tujuh sektor yang luas untuk mencari Jashiah.

Guru besar SK Taman Keramat Satu berusia 53 tahun itu dilihat meninggalkan rumahnya di Taman Seri Seruling pada 23 Oktober.

Beliau dilaporkan menuju ke hutan simpan itu dan telah mendaki sejauh kira-kira 10km sebelum hilang.

Buaya 363kg berkeliaran di pusat membeli belah


Buaya 363kg berkeliaran di pusat membeli belah

10 NOVEMBER 2015
Buaya 363kg berkeliaran di pusat membeli belah Buaya 363kg berkeliaran di pusat membeli belah.

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Penduduk sekitar Sugar Land gempar selepas seekor buaya dengan berat 363 kilogram ditemui berkeliaran di luar sebuah pusat membeli belah di sini.

Buaya tersebut yang ditemui oleh pekerja di pusat membeli belah berkenaan dipercayai datang dari sungai berhampiran.

Seorang pakar haiwan itu, Christy Kroboth dipanggil untuk membantu menangkap buaya itu.

Pakar buaya, Christy Kroboth telah dipanggil untuk membantu menundukkan Godzilla dan menangkapnya.

Christy berkata, sebaik saja buaya itu ditangkap, sebuah forklift terpaksa digunakan untuk mengangkat buaya itu ke dalam sebuah trak.

"Buaya itu mempunyai kecacatan buta di sebelah mata dan hanya mempunyai penglihatan yang terhad dan dihantar ke pusat penjagaan buaya di sana,' katanya dipetik AP.

Lelaki maut troli pasaraya berlanggar


Lelaki maut troli pasaraya berlanggar

10 NOVEMBER 2015
Lelaki maut troli pasaraya berlanggar Gambar hiasan

SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang lelaki warga Sweden maut sementara seorang lagi cedera parah selepas troli pasaraya yang dinaiki mereka melanggar sebuah kereta di sini.

Polis berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 28 tahun menaiki troli berkenaan menuruni kawasan berbukit di kawasan pinggir bandar Randwick pada tengah malam apabila dilanggar sebuah kereta.

Mangsa yang baru tiba di bandar itu kini sedang dirawat di hospital dan berkemungkinan akan dikenakan tindakan.

"Kelajuan troli berkenaan mencecah 80km sejam. Kedua lelaki yang berada di dalam troli tercampak keluar.

"Malangya seperti yang kita ketahui bagaimana sukar untuk mengawal troli pasaraya, pemandu kereta berusia 45 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serta bebas dari pengaruh dadah dan alkohol," kata Detektif Superitendan, Gavin Dengate memberitahu media tempatan yang dipetik BBC.

Benam bot penceroboh

 Oleh Helmy Abd Rahman

helmy_rahman@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Malaysia mungkin mengambil langkah tegas termasuk menenggelamkan bot nelayan asing yang ditangkap kerana menceroboh perairan negara ini.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan juga mengkaji pelbagai kemungkinan lain bagi menangani perkara itu.

“Kerajaan juga menguatkuasa undang-undang terhadap pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing.

“Jika mungkin mengambil langkah seperti Indonesia untuk menenggelamkan bot nelayan asing yang masuk dan merompak hasil laut kita,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Fiesta Perikanan 2015 di pekarangan Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Terengganu Nawi Mohamad dan Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Abd Khalil Abdul Karim.

Ahmad Shabery berkata, kerajaan juga mengkaji dasar berkaitan pemberian lesen kepada pengusaha bot laut dalam.

Menurutnya, terdapat sebilangan daripada pengusaha didapati ‘ali baba’ lesen mereka kepada rakyat asing yang tidak mendaratkan hasil laut ke Malaysia.

“Mereka (nelayan asing) masuk ke perairan kita dan ada yang mengibarkan Jalur Gemilang pada bot mereka, tetapi tidak mendaratkan ikan dan hasil laut ke negara ini, sebaliknya bawa balik ke negara masing-masing.

“Terdapat juga nelayan yang mendaratkan hasil diperoleh ke negara yang mampu membayar lebih banyak disebabkan nilai matawang lebih baik berbanding Malaysia sejak kebelakangan ini,” katanya.

Di majlis sama, Ahmad Shabery turut melancarkan penubuhan sukarelawan perikanan atau nama singkatannya SUPER peringkat negeri.

Menurutnya, SUPER ditubuhkan bertujuan untuk menangani isu atau cabaran yang berkaitan sumber perikanan.

“Ahli SUPER yang dilantik kini mencecah 5,000 orang terdiri golongan nelayan di seluruh negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2015 @ 8:22 AM

AHMAD Shabery (tengah) berkomunikasi dengan sukarelawan melalui radio komunikasi pada Fiesta Perikanan 2015, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91855#sthash.WU5k3XRr.dpuf

50 terbunuh dalam pertempuran di Yaman


Kaherah: Lebih 50 orang terbunuh dalam pertempuran di Yaman sejak dua hari lalu, menurut sumber perubatan dan penduduk.

Di Taiz, sumber perubatan berkata, 29 orang mati, termasuk lapan orang awam dalam pertempuran untuk menguasai bandar raya ketiga terbesar negara itu.


Petugas bantuan berkata, pertempuran yang berlaku sejak beberapa hari lalu menyebabkan bekalan makanan tidak dapat disalurkan kepada penduduk, memaksa ribuan orang kelaparan.

Pertempuran dii Damt, daerah di wilayah Dhalea di selatan negara itu pula mengorbankan 30 orang.

Sekurang-kurangnya 5,600 orang terbunuh dalam perang yang meletus sejak Mac lalu.

Konflik itu membabitkan pemberontak Houthi dan unit tentera yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh dengan kumpulan bersenjata yang menyokong Presiden Abed
Rabbo Mansour Hadi yang mendapat bantuan pakatan Arab.

Dalam pada itu, beberapa penduduk berkata, Houthi dan sekutunya menguasai daerah Damt dan sebahagian daerah Qabbayta selepas pejuang anti-Houthi berundur dari kedudukan mereka.

Segala usaha untuk mengakhiri sengketa bersenjata di Yaman gagal sebelum ia dapat dilaksanakan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2015 @ 6:50 AM

SEKUMPULAN aktivis memainkan peranan sebagai mangsa serangan udara, baring di atas tanah dengan darah palsu pada pakaian mereka ketika menunjuk perasaan membantah serangan udara pakatan Arab
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91808#sthash.tVpMBEZW.dpuf

Pusat latihan polis Jordan diserang




REUTERS - RAJA Abdullah Jordan (dua dari kanan) melawat salah seorang mangsa yang cedera selepas kejadian tembakan di sebuah pusat latihan polis tajaan Amerika Syarikat di Amman kelmarin.


AMMAN – Seorang anggota polis Jordan menembak mati dua tenaga pengajar dari Amerika Syarikat (AS), seorang warga Afrika Selatan dan dua rakan sekerjanya di sebuah pusat latihan polis kelmarin sebelum dia ditembak mati, kata pihak berkuasa.
Jurucakap kerajaan, Mohammed Momani berkata, suspek turut mencederakan dua lagi tenaga pengajar dari AS, empat warga Jordan dan seorang warga Lebanon ketika serangan di Pusat Latihan Poplis Antarabangsa Jordan (JIPTC) itu.
Penyerang ditembak mati oleh rakan sekerjanya di JIPTC di daerah Al-Muwaqqar, 30 kilometer ke timur Amman, jelas Mohammed yang juga Menteri Penerangan dalam satu kenyataan akhbar.
Washington memaklumkan kedua-dua warga AS yang terbunuh itu merupakan kakitangan kontrak di JIPTC daripada syarikat swasta, DynCorp yang diupah Jabatan Negara AS untuk melatih anggota ke­selamatan Palestin.
“Kami mengambil serius terhadap apa yang berlaku dan kami akan be­kerjasama dengan pihak berkuasa Jordan untuk menyiasat apa yang berlaku,” kata Presiden AS, Barack Obama sebelum pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Satu sumber rapat dengan keluarga penyerang mengenal pasti suspek sebagai kapten polis, Anwar Abu Zeid.
JIPTC ditubuhkan untuk melatih beribu-ribu anggota polis Iraq, Pa­lestin dan Afghanistan, malah pada awal tahun ini, Jordan mengumumkan bekas pemberontak Libya juga akan dilatih di pusat latihan tersebut. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3r8JNrZap 
Hakcipta terpelihara 

Panggil bomba potong cincin




Anggota bomba berusaha memotong cincin yang melekat pada jari manis seorang suri rumah di Institut Jantung HUS, Kota Samarahan kelmarin.


KOTA SAMARAHAN – Seorang suri rumah terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam di Institut Jantung, Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini selepas sebentuk cincin emas pada jari manis tangan kirinya tersekat dan gagal dikeluarkan kelmarin.
Azan Fauzi, 42, pergi ke pusat rawatan pesakit luar di hospital berkenaan pada pukul 3 petang untuk mengeluarkan cincin emas yang tidak dapat ditanggalkannya sejak dua hari lalu.
Lebih parah apabila jari manisnya juga mula membengkak dan usaha untuk mengeluarkan cincin tersebut oleh kakitangan di Institut Jantung HUS selama lebih setengah jam menemui jalan buntu.
Berikutan itu, kakitangan hospital berkenaan terpaksa menghubungi pihak bomba dan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, seramai tiga anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan bergegas ke Institut Jantung HUS selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 petang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3r8IPTwEL 
Hakcipta terpelihara