Search This Blog

Monday, November 9, 2015

Wanita maut dua kereta bertembung

 Oleh Mohamad Fahd Rahmat

fahd@hmetro.com.my


Johor Bahru: Wanita berusia 23 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas di satu selekoh dan bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan di Kilometer 34.5 Jalan Johor Bahru menghala Gelang Patah, kira-kira 8.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, mangsa yang bertugas sebagai polis bantuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas Gelang Patah mati serta merta di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan di anggota badan dan dibawa ke Hsopital Kulai untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu dan dua penumpang di kenderaan berasingan mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Siasatan awal telah dijalankan dan mendapati mangsa, Norhidayah Ismail, memandu kereta Honda dalam perjalanan ke Gelang Patah manakala pemandu Proton Wira, Khamis Simin, 41, dalam perjalanan menghala ke Johor Bahru-Pendas.

"Menurut saksi, kereta dipandu mangsa memasuki lorong sebelah kanan dan terus melanggar proton Wira dari arah bertentangan walaupun pemandunya cuba mengelak," katanya ketika dihubungi di sini hari ni.
KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba 
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 4:27 PM
KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91739#sthash.cbqsnU0u.dpuf

Murid tahun 3 mati lemas


ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat mengangkat mayat Muhammad Wafi yang ditemui mati lemas di Sungai Kubang Rotan, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Kegembiraan dua kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mandi di Sungai Kubang Rotan yang terletak berhampiran rumah mereka di Taman Flora, Kuala Sungai di sini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripadanya mati lemas akibat dihanyutkan arus deras kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin itu, mangsa, Muhammad Wafi Abu Bakar, pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan Alor Janggus dikatakan terkapai-kapai dan tenggelam timbul sebanyak dua kali sebelum hilang di dalam sungai.
Rakan mangsa yang turut mandi dikenali sebagai Mohd. Adam Syafiq, 9, bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.
Mayat Muhammad Wafi ditemui oleh anggota bomba tersangkut pada lumpur di dasar sungai dengan kedalaman kira-kira tiga meter berdekatan pokok buluh di tebing sungai.
Lokasi mangsa lemas dan tempat ditemui adalah pada jarak kira-kira 100 meter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3qwZQR8TL 
Hakcipta terpelihara 

Budak dua tahun mati didera




DI salah sebuah unit di Kondominium Lojing Heights inilah seorang kanak-kanak mati selepas dipercayai didera bapa tirinya di Wangsa Maju pada Jumaat lalu.


KUALA LUMPUR – Malang nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun apabila dia dipercayai didera sehingga mati oleh bapa tirinya dalam satu kejadian di Kondominium Lojing Heights 1, Wangsa Maju di sini Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kanak-kanak terbabit dikatakan sedang bermain di rumah bapa tirinya di Seksyen 5 Wangsa Maju sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta di Taman Melati di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, kanak-kanak itu kemudian diarahkan supaya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia pada tengah malam kelmarin di hospital berkenaan.
“Hasil bedah siasat semalam (kelmarin) mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan pada kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3qwZ88FWS 
Hakcipta terpelihara 

Padah percaya rakan Facebook




DUA wanita mendakwa kerugian akibat ditipu individu yang baru dikenali mereka melalui laman Facebook. – Gambar hiasan


JOHOR BAHRU – Gara-gara terlalu mempercayai kenalan yang baru dikenali melalui Facebook, dua wanita terpaksa berputih mata kerugian RM19,300 selepas ditipu baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, kedua-dua wanita terbabit telah diperdaya dua pemilik akaun Facebook yang kononnya mahu menyerahkan sejumlah barangan berharga sebagai tanda persahabatan.
Katanya, mangsa terlibat ialah seorang pembantu tadbir di sebuah universiti awam berusia 40 tahun dan seorang penyelia kedai kasut di sebuah kompleks beli-belah di sini yang berumur 25 tahun.
“Kedua-dua wanita berkenaan telah diperdaya kononnya mereka perlu membantu suspek melunaskan bayaran cukai beberapa jenis barangan seperti komputer riba, telefon bimbit dan beg tangan yang didakwa telah ditahan oleh pihak berkuasa.
“Apabila barangan tersebut berjaya dikeluarkan, suspek mendakwa akan menyerahkannya kepada mangsa sebagai hadiah,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3qwYYwZFS 
Hakcipta terpelihara 

Bayi terberat India 6.7kg




BAYI lelaki yang dilahirkan seberat 6.7kg di bandar Orai, Uttar Pradesh, India. - AGENSI


UTTAR PRADESH, India – Seorang ibu di sini melahirkan seorang bayi terberat di negara ini dengan timbangan 6.7 kilogram (kg).
Firdous Khatun, 36, melahirkan anak yang kesembilan itu di Hospital Ram Kalawati di bandar Orai di Uttar Pradesh.
Bayi bersaiz besar itu turut mengejutkan doktor apabila dilahirkan secara normal dalam masa hanya 15 minit.
Doktor juga mengesahkan bayi itu adalah bayi terberat pernah dilahirkan di India dan disifatkan sebagai ajaib.
Firdous yang memiliki berat badan 78kg sebelum ini melahirkan kesemua lapan anaknya di rumah dan mereka memiliki berat normal sekitar 3.6kg.
“Walaupun dia mempunyai masalah pernafasan pada awalnya, kedua-dua bayi dan ibunya kini berada dalam keadaan baik. Anehnya, ibu itu tidak menghidap diabetes yang memberi risiko obesiti kepada bayi baharu lahir.
“Kita tidak tahu mengapa bayi itu begitu besar, namun dia sihat dan semua adalah baik,” ujar doktor yang membantu proses kelahiran ber­kenaan, Dr. Anjana Gupta.
Bayi itu kini dirujuk ke Hospital Vatsalya dan diawasi di Unit Rawatan Kanak-Kanak.
Bulan lalu, seorang wanita dari negeri Rajasthan di barat India melahirkan bayi seorang lelaki terberat di negara itu dengan berat 6kg melalui pembedahan.
Rekod bayi terberat di dunia berdasarkan Guinness World Records dipegang oleh seorang bayi lelaki seberat 10.2kg yang dilahirkan di Aversa, Itali pada September 1955. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3qwX181oL 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki bogel kejutkan dua beranak


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Dua beranak terkejut dengan tindakan tidak senonoh seorang lelaki me­lakukan onani di lorong belakang rumah mereka di Pandan Perdana, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 12.22 tengah malam itu, perbuatan melampau warga tempatan ber­usia lingkungan 30-an itu disedari penghuni rumah terbabit selepas melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di situ.
Ketika kejadian, penghuni rumah berusia 17 tahun bersama ibunya sedang berehat sebelum menyedari pergerakan meragukan di lorong belakang rumah mereka.
Mereka bertindak memeriksa CCTV dan terkejut kerana terdapat seorang lelaki dalam keadaan bogel sedang mengintai menerusi tingkap di belakang rumah sambil melakukan onani.
Lelaki tersebut panik dan me­larikan diri selepas disergah ibu remaja berkenaan.
Difahamkan, lelaki terbabit dipercayai merupakan salah seorang penduduk di kawasan perumahan tersebut selepas beberapa jiran mangsa melihat rakaman CCTV itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, ahli keluarga ter­babit sudah membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.
Menurut beliau, pihak polis kini sedang mengesan suspek untuk membantu siasatan.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-bogel-kejutkan-dua-beranak-1.156457#sthash.o7K77abW.dpuf

Mayat lelaki ditemukan terapung 
di Kampung Sungai Duri


PEKAN 8 Nov. – Mayat seorang lelaki dipercayai penuntut sebuah institusi kemahiran di Kuantan yang terjun ke dalam sungai dari jambatan Temerloh dekat sini lima hari lalu, ditemukan di jeti Kampung Sungai Duri di sini hari ini iaitu kira-kira 100 kilometer dari lokasi kejadian.
Mayat itu ditemukan terapung oleh seorang nelayan ketika mahu turun ke sungai menangkap ikan kira-kira pukul 1 petang.
Pemangku Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Amran Sidek berkata, siasatan awal mempercayai mayat itu adalah seorang remaja yang disyaki terjun ke dalam sungai dari jambatan Temerloh pada 3 November lalu.
“Panggilan diterima daripada orang awam kira-kira pukul 1.50 petang yang memaklumkan tentang penemuan mayat tersebut.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kami sedang menunggu waris membuat pengecaman,” katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang Selasa lalu, seorang remaja yang memakai kain pelekat dan berbaju lengan pendek dipercayai bertindak nekad terjun dari jambatan Temerloh.
Difahamkan sejurus terjatuh ke dalam sungai, mangsa kelihatan terkapai-kapai meminta tolong sebelum hilang dibawa arus Sungai Pahang itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mayat-lelaki-ditemukan-terapung-8232-di-kampung-sungai-duri-1.156462#sthash.lMDOTTU4.dpuf

Dua perompak rogol pembantu taska ditangkap


KUCHING 8 Nov. – Tindakan pantas polis menjejaki dua perompak yang memecah masuk sebuah taska di Taman Monah sebelum merogol seorang pembantu taska berusia 19 tahun pada Jumaat lalu membuahkan hasil dengan kejayaan penangkapan mereka hari ini.
Dev Kumar
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, suspek pertama yang berusia 20 tahun ditahan bersama seorang lelaki berusia 47 tahun di Petrajaya pada pukul 11.30 pagi.
“Susulan penahanan itu, suspek kedua yang berusia 21 tahun ditahan di Santubong pada pukul 3.45 petang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Pada Jumaat lalu, dua lelaki telah memecah masuk ke dalam taska berkenaan sekitar pukul 1 pagi dan melarikan telefon bimbit, rantai emas, pemain cakera optik dan sebuah televisyen.
Pembantu taska yang tidur di premis itu diacukan pisau dan dirogol bergilir-gilir oleh kedua-dua suspek sebelum melarikan diri.
Mengulas lanjut, Dev membe­ritahu, lelaki berusia 47 tahun yang ditangkap bersama suspek pertama masih lagi ditahan bagi membantu siasatan.
“Suspek utama yang berusia 20 tahun itu merupakan pencuri tegar dan pernah ditangkap beberapa kali bagi kesalahan pecah rumah dan curi,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-perompak-rogol-pembantu-taska-ditangkap-1.156455#sthash.m88tpZLz.dpuf

Angkara hutang abang RM60,000, rumah adik diserang ah long


Bahagian hadapan rumah mangsa yang terbakar setelah dibaling dengan
Bahagian hadapan rumah mangsa yang terbakar setelah dibaling dengan molotov cocktail pada pukul 4 pagi di Sibu, Sarawak, semalam.
SIBU 8 Nov. – Angkara hutang seba­nyak RM60,000 masih tidak dilunaskan, rumah seorang wanita berusia lingkungan 30 tahun dilontar dengan molotov cocktail dipercayai dilakukan ah long semalam.
Menurut sumber, kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi itu adalah kali kedua, selepas kejadian pertama pada pagi Jumaat lalu.
Katanya, dalam kejadian Jumaat lalu, molotov cocktail yang dilontar menyebabkan kasut-kasut yang diletakkan di luar rumah terbakar.
“Kejadian lebih buruk berlaku pagi semalam apabila hampir separuh kawasan luar rumah terbakar, namun mangsa cepat bertindak memadamkan kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api.
“Ketika kejadian, mangsa tinggal bersama dua anaknya, manakala suaminya sedang bertugas di luar kawasan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambahnya, kejadian itu juga disedari jiran mangsa selepas mendengar bunyi letupan dan terlihat melalui tingkap terdapat sebuah motosikal yang lalu di depan pagar rumah mangsa.
“Mangsa tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak ah long tempat abang mangsa membuat pinjaman wang.
“Apabila abang mangsa gagal dikesan, ah long menjadikan adik­nya itu sebagai sasaran. Difahamkan abang mangsa telah melarikan diri ke Indonesia,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Polis dae­rah, Asisten Komisioner Mohd. Kamal Kordi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes masih dalam siasatan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/angkara-hutang-abang-rm60-000-rumah-adik-diserang-ah-long-1.156448#sthash.h3QWgudp.dpuf

USAHA MENYELAMAT DITERUSKAN


Memasuki hari kelima insiden kilang plastik runtuh di bandar Lahore, Pakistan, usaha mencari dan menyelamat diteruskan ketika angka korban meningkat kepada 44 orang.
Usaha tersebut diteruskan, menyaksikan kira-kira 40 peratus serpihan bangunan itu telah dipindahkan walaupun peluang untuk menemukan mangsa yang terselamat semakin tipis selepas hanya tiga pekerja sahaja yang ditemukan masih hidup.
Kelmarin, pasukan penyelamat berjaya menemukan seorang remaja lelaki yang masih hidup walaupun terperangkap di bawah runtuhan selama lebih 50 jam sehingga anggota keluarganya menyangka yang dia telah meninggal dunia.
Sehingga kini, sebanyak 41 mayat ditemukan di bawah runtuhan, manakala tiga lagi mangsa meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/usaha-menyelamat-diteruskan-1.156432#sthash.pCm4BwRP.dpuf

Bayi gigit 
ular kapak hingga mati


Sangka reptilia berbisa sebagai mainan

09 November 2015 12:42 AM






RIO DE JANEIRO 8 Nov. - Seorang bayi berusia 17 bulan bernasib baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas bertindak berani menggigit kepala seekor ular kapak sehingga menyebabkan reptilia itu mati, baru-baru ini.
Menurut laman web odditycentral.com, kejadian berlaku ketika Lorenzo, sedang bermain dengan anjing peliharaan di laman rumahnya, di bandar Mostardas, Rio Grande do Sul, sebelum didatangi seekor ular berbisa tersebut.
Ibunya, Jaine Ferreira Figueira, yang ketika itu melakukan kerja-kerja di dalam rumah terdengar Lorenzo menangis sebelum meluru ke arahnya.
Dia kemudian terkejut selepas mendapati, seekor ular berada di mulut Lorenzo, sementara pakaian anaknya dipenuhi darah.
Figueira bersama suaminya, Lucier bergegas ke hospital yang terletak kira-kira 175 kilometer dari rumah untuk merawat anaknya.
Bagaimanapun, pasangan itu bernasib baik selepas doktor mendapati tiada kesan patukan ular pada tubuh anaknya.
“Kemungkinan bayi ini terlalu takut, jadi saya fikir dia mahu mempertahankan diri atau mungkin dia merasakan ular itu mainan,” ujar Dr. Gilmar Carteri yang merawatnya di Hospital Sao Liuz.
Pasangan Figuira dan Lucier pada mulanya menganggap, binatang berbisa itu dibunuh oleh anjing peliharaan mereka, namun doktor mengesahkan ular berkenaan mati selepas digigit oleh anaknya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-gigit-8232-ular-kapak-hingga-mati-1.156417#sthash.FEnobWYD.dpuf