Search This Blog

Sunday, November 8, 2015

Gempa bumi gegar Chile


8 NOVEMBER 2015
Chile


Chile

KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan bahagian utara Chile, 643km dari Santiago.

Duta Malaysia ke Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya berkata, gempa bumi itu berlaku antara 3 hingga 4 pagi waktu Chile.

"Rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan semuanya selamat dan dalam keadaan baik kerana kebanyakan mereka tinggal di Santiago yang tidak terjejas banyak daripada gempa," kata beliau menerusi catatan terkini dalam laman Facebook, malam semalam.‎

Lebih 80 gempa bumi telah menggegarkan Chile sejak bulan lepas, kata beliau.

Kuala Lumpur ialah 11 jam lebih awal dari Santiago.

Menurut laporan CNN, gempa bumi itu berlaku dua bulan selepas satu lagi gempa bumi melanda kawasan yang sama.

Gempa bumi paling terbaru melanda kawasan 106km ke barat daya Coquimbo, Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, katanya.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan, CNN melaporkan. - Bernama

Banjir lumpur di Brazil, ragut 17 nyawa


Banjir lumpur di Brazil, ragut 17 nyawa

7 NOVEMBER 2015
Banjir lumpur di Brazil, ragut 17 nyawa Kumpulan sukarelawan menguruskan keperluan untuk mangsa banjir yang dipindahkan ke Arena Mariana. Foto: AFP

RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Sekurang-kurangnya 17 maut dan lebih 50 yang lain cedera selepas sebuah empangan di tapak sisa perlombongan di Brazil pecah, dan melepaskan tanah lumpur beracun ke sebuah kampung berhampiran.

Ketua bomba bandar Mariana, Adao Severino Junior berkata, kejadian yang berlaku di tenggara Minas Gerais itu turut menyebabkan 40 orang lagi dilaporkan masih hilang.

"Kampung Bento Rodrigues terletak berdekatan dengan empangan boleh dikatakan tertimbus sepenuhnya. Semuanya dipenuhi lumpur dan mustahil untuk mangsa terus bertahan dalam keadaan seperti ini," katanya dipetik AFP.

Katanya lagi, kawasan berhampiran yang kebanyakannya dihuni pekerja lombong juga sukar dicapai pasukan pertahanan awam kerana terjejas lumpur.

Pemandu okay


Oleh Fuad Hadinata Yaacob

hadinata@hmetro.com.my
Pelabuhan Klang: Pemandu lori kontena selamat walaupun bahagian 'ekor' kenderaannya merempuh tembok jejambat bertingkat Pelabuhan Klang sehingga terjatuh pada ketinggian kira-kira 10 meter tengah hari ini.


Dalam kejadian 12.30 tengah hari, pemandu berusia 30-an itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Utara dekat sini.

Setibanya di tempat kejadian bahagian 'ekor' lori terbabit yang membawa kontena merempuh tembok sebelum terjatuh dari jejambat berkenaan.



Bagaimanapun, kepala lori tersangkut di jejambat terbabit.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang Pegawai Bomba Kanan II, Shaharman Shahadan, berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.32 tengah hari.

Beliau berkata, enam anggota terbabit dalam operasi berkenaan.

"Pemandu lori hanya mengalami cedera dan tiada mangsa lain terbabit dalam kejadian ini," katanya.

Katanya, pemandu lori berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2015 @ 7:13 PM

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Rupanya hidup

 Agensi
Lahore: Seorang remaja yang disangka mati dalam runtuhan kilang awal minggu lalu di Lahore ditemui hidup selepas terperangkap selama 50 jam.

Remaja dikenali sebagai Shahid itu sebelum ini tersenarai antara mangsa yang hilang dan kini dalam keadaan stabil, kata pegawai kerajaan Mohammad Usman.

Sepupunya Kalim Ullah berkata, keluarganya menerima jenazah yang tidak dapat dikenal pasti kerana mengalami kecederaan teruk sehari sebelumnya sebelum mengadakan majlis pengebumian.

“Kami menyangka ia Shahid kerana memang seperti dia. Kami sekeluarga masih berkabung, namun tiba-tiba wajahnya muncul di televisyen,” katanya.



Bapa saudara Shahid, Allah Ditta turut menyifatkan kejadian itu satu keajaiban dan mereka sekeluarga kini bergegas ke Lahore untuk menemui Shahid.

Mohammad berkata, Shahid merangkak keluar dari runtuhan bangunan tanpa sebarang bantuan dan dalam keadaan segar serta mampu bercakap.

“Dia mengalami sakit kaki, tetapi tiada kecederaan lain,” katanya.

Shahid ditemui hanya beberapa jam selepas pihak berkuasa mengaku harapan semakin tipis untuk menemui mangsa terselamat.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Punjab, Jam Sajjad Hussain berkata, 400 anggota mencari dan menyelamat berjaya menyelamatkan 103 pekerja sejak kejadian Rabu lalu itu.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan berlaku hanya seminggu selepas gempa bumi dengan magnitud 7.5 melanda Pakistan yang mengakibatkan 274 maut serta 75,000 rumah musnah.

Sekurang-kurangnya 26 maut dan 103 cedera dalam kejadian itu.
SHAHID kini dirawat di hospital.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:06 AM
Pasukan penyelamat mencari mangsa dalam runtuhan kilang.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91666#sthash.mcwV034a.dpuf

Bunuh budak 6 tahun

 AFP
Chicago: Dua pegawai polis didakwa atas tuduhan bunuh dan cubaan membunuh selepas menembak mati seorang budak lelaki berusia enam tahun, minggu lalu.

Jeremy Mardis, terbunuh selepas kereta dipandu ayahnya ditembak dua Marshal, Norris Greenhouse serta Derric Stafford. Ayahnya Christ Few yang memandu kenderaan itu turut mengalami cedera parah.

Greenhouse dan Stafford digantung tugas selepas kejadian kejar-mengejar Selasa lalu itu.

Mangsa dilaporkan ditembak beberapa kali.

Ketua Polis Louisiana, Kolonel Michael Edmonson berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya melihat rakaman video kejadian dan ia memang menyayat hati. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan selepas melihatnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:04 AM


GREENHOUSE
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91640#sthash.YFW72Vsc.dpuf