Search This Blog

Monday, November 2, 2015

Suami isteri maut kereta rempuh lori di LPT



MARAN 2 Nov. - Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 159.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini awal pagi ini.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi berkata, kejadian pada pukul 12.05 pagi itu berlaku ketika mangsa, Thoo Liang You, 24, dan isterinya, Yap Li Pong, 24, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/suami-isteri-maut-kereta-rempuh-lori-di-lpt-8232-1.153393#sthash.2cumNzIK.dpuf

A321: Pesawat Berkecai Di Udara - Penyiasat


Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 11:25 AM

WADI AL-ZOLOMAT, Mesir: Pesawat komersial milik Rusia yang terhempas di Sinai pada Sabtu didakwa telah berkecai ketika berada di udara, kata penyiasat.
Bagaimanapun Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menggesa pelbagai pihak bersabar menunggu siasatan lengkap dilakukan walaupun kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab menjatuhkan pesawat A-321 itu.
Pegawai Kanan Jawatankuasa Penerbangan Rusia, Viktor Sorochenko berkata," pesawat itu dipercayai berkecai di udara sebelum terhempas di kawasan yang besar."
Bagaimanapun Sorochenko yang juga ketua panel pakar menjelaskan, terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai bagaimana pesawat yang membawa 224 penumpang itu terhempas.
Sebahagian mangsa yang terbunuh dalam kejadian di kawasan pergunungan berkenaan itu kini telah dibawa pulang.
Pada Ahad, pesawat komersial milik Rusia yang membawa 224 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Sharm el-Sheikh ke Saint Petersburg.
Hasil pencarian menemui bangkai pesawat berkenaan di kawasan pergunungan di Sinai - kawasan bergolak yang didiami kumpulan IS.
Rusia sebelum ini aktif melakukan serangan udara terhadap kumpulan IS dan tindakan berkenaan dikatakan sebagai tindakbalas kumpulan tersebut.

Bimbang korban kedua


SHARIFAH HAZIRAH AL-JEFFREY
Bimbang korban kedua

2 NOVEMBER 2015
Bimbang korban kedua Noraina (kiri) menerima kunjungan Fuziah di rumahnya di Taman Impian

KUANTAN – “Jangan ada korban kedua pula lepas ini. Cukuplah keluarga saya saja yang tanggung dugaan ini,” kata Noraina Anang, 42, ibu, Nabil Ariff Shaari, 14, yang lemas di lombong bauksit Ladang Makmur Bukit Goh, kelmarin.

Menurut Noraina, pihak pemaju sepatutnya meletakkan papan tanda amaran selain memagar kawasan lombong berkenaan untuk tujuan keselamatan.

“Saya reda dengan apa yang berlaku, tapi saya harap pihak berkenaan tingkatkan keselamatan supaya tak ada lagi yang berani ke situ.

“Budak-budak memang seronok tengok air lombong dah macam kolam renang. Ini kali kedua dia pergi ke situ dengan kawan-kawan,” katanya.

Pada Rabu lalu, Nabil telah menyelamatkan salah seorang rakannya yang hampir lemas di lombong tersebut, namun takdir menentukan dia menjadi mangsa dua hari selepas itu.

Allahyarham Nabil dikebumikan di sebelah pusara bapanya dekat Tanah Perkuburan Sungai Ular.

“Sebelum ini, dia selalu kata kepada adik beradik yang lain tanah sebelah pusara ayahnya itu adalah tempat dia. Tak sangka pula hajatnya itu termakbul,” katanya yang menerima kunjungan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di rumahnya dekat Taman Impian, semalam.

Sementara itu Fuziah akui kesal dengan kejadian yang menimpa penduduk setempat yang bukan terdedah dengan masalah kesihatan akibat debu lori bauksit, tetapi kejadian-kejadian yang tidak dijangka seperti ini.

“Memang ada kesilapan kanak-kanak itu bermain di kawasan lombong. Tetapi kita harus sedia maklum dengan naluri anak-anak ini yang seronok dan teruja melihat air.

“Jika faktor keselamatan dikuatkuasakan kejadian ini dapat dielak,” katanya.

Justeru itu, beliau yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Bauksit kini dalam proses menghantar petisyen ke Parlimen 25 November ini yang menuntut supaya pengeksportan bauksit dihentikan sementara waktu sehingga satu
undang-undang khusus dapat digubal.

“Kita minta perlombongan ini ditutup sementara kerana kerajaan belum ada kaedah atau cara terbaik untuk atasi pencemaran bahan mineral itu. Hentikan atau tutup semua lesen eksport bauksit di negeri ini.

“Saya harap tiada permintaan dan penawaran bauksit berlaku sementara undang-undang itu dikemas kini sebab  menteri ada kata kita perlu undang-undang yang lebih baik untuk kawal selia isu ini,” katanya.

Lelaki Dipenjara 27 Tahun, 78 Sebatan Menyamar Setiausaha PMO


Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 2:34 PM

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 34 tahun dijatuhi hukuman penjara 27 tahun dan 78 sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin kerana menipu dan menyamar sebagai setiausaha khas dari Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Mohd Ridzuan Alias mengaku bersalah atas semua 79 pertuduhan yang dibacakan kepadanya di bawah Seksyen 419 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menyamar dan menipu.

Dia mengaku mendapatkan wang sejumlah RM535,448 daripada dua individu sebagai dorongan untuk meluluskan projek di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di antara Disember 2013 dan Februari 2015.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias menjatuhkan hukuman itu dan mengarahkan Mohd Ridzuan menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Oktober.

Tambang LRT, Monorail Naik Bermula 2 Disember


Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 4:12 PM

KUALA LUMPUR: Tambang Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorail akan dinaikkan mengikut jarak perjalanan mulai 2 Disember.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata syarikat perkhidmatan rel itu akan mengenakan tambang kepada penumpang mengikut jarak perjalanan mereka.
Dalam sidang media pada Isnin, Azmi mengumumkan tambang baru tiket yang bermula dengan tambang 70 sen mengikut blok jarak perjalanan yang berbeza.
Katanya, tambang ini tidak semestinya dilihat sebagai satu peningkatan berbanding dengan yang telah berkuat kuasa pada Isnin.
Untuk empat kilometer pertama, penumpang LRT akan dikenakan 30 sen perkilometer perjalanan.
Tambah Azmi, lagi jauh penumpang itu pergi, tambang yang dikenakan untuk setiap blok jarak perjalanan akan dikurangkan.
Jarak 4.1 kilometer hingga 9 kilometer, penumpang akan dikenakan tambang 26.4 sen perkilometer. Untuk 9.1 kilometer hingga 14 kilometer, tambang 21.5 sen perkilometer.
Bagi 14.1 kilometer hingga 19 kilometer, tambang menjadi 18 sen perkilometer dan 19.1 kilometer hingga 24 kilometer, 14.4 sen perkilometer.
Untuk perjalanan melebihi 24 kilometer, tambang akan dikenakan sebanyak 10.8 sen perkilometer.
Perjalanan Monorail juga akan menggunakan blok jarak perjalanan dengan penumpang dikenakan 58.8 sen perkilometer untuk empat kilometer pertama dan 37.2 sen perkilometer untuk 4.1 kilometer hingga 9 kilometer blok.
Azmi menambah perjalanan yang akan dikenakan tambang istimewa Sistem.
Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menunjukkan tanda-tanda bahawa tambang LRT dan Monorail akan dinaikkan.
Syed Hamid berkata SPAD telah mendapat kelulusan Kabinet untuk menaikkan tambang.
Pada Julai, Prasarana berkata tambang LRT tidak berubah sejak 2002.
Pagi Isnin, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan tambang Komuter juga akan dinaikkan dari 11 sen per kilometer hingga 15 sen per kilometer mulai 2 Disember.

Lori simen masuk longkang

Oleh Mohd Hilmie Hussin

mohdhilmie@hmetro.com.my


Melaka: Lori simen dipercayai terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang di tepi Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ), berhampiran persimpangan lampu isyarat dari Kandang ke Semabok, di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, pemandunya yang berusia lewat 20-an terselamat dan hanya mengalami cedera ringan di muka.

Akibat kemalangan itu, minyak dan simen dibawa terbabit tumpah memenuhi longkang dan difahamkan kerja pembersihan akan dilakukan pihak kontraktor.

Sementara itu, sepasukan lima pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu ke tempat kejadian dan mereka melakukan kerja memutuskan pendawaian lori terbabit bagi mengelak berlaku kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 3:09 PM

Lori simen yang terbabit kemalangan. FOTO Mohd Hilmie Hussin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90131#sthash.AxSkvOpZ.dpuf

93 terus mencari


Kuala Kubu Bharu: Biarpun tanpa sebarang petunjuk, namun operasi mencari dan menyelamat Guru Besar Sekolah Kebangsaan Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, tetap diteruskan semalam.

Operasi yang masuk hari ke-10 itu dibahagikan kepada enam sektor membabitkan pelbagai agensi keselamatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, lokasi pencarian tertumpu di kawasan sungai, perumahan serta pondok yang berdekatan dengan Kampung Orang Asli Buloh Telur, di sini.

“Sejumlah 93 anggota keselamatan dipecahkan kepada enam sektor yang mana mereka membuat pencarian terperinci di sepanjang 12 anak sungai.

“Kawasan pencarian meliputi lingkungan dua kilometer dan ia dilakukan sehingga jam 6 petang ini (semalam),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 10:05 AM

Supramaniam (kanan) mendengar taklimat operasi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90076#sthash.6ipngtZW.dpuf

Rangkul jasad ibu atas jalan


Kuala Nerus: “Luluh hati saya melihat ibu terbujur di atas jalan, saya merangkul tubuhnya dan membawanya ke klinik Kesihatan berdekatan, tetapi gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia,” kata Mohd Din Sulong, 51, mengenai kemalangan menimpa ibunya, Munoh Mamat, 69.

Warga emas berkenaan maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, di sini, pagi semalam.


Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa dipercayai melintas jalan sebelum dirempuh kenderaan berkenaan menyebabkannya melambung dalam beberapa meter sebelum terjatuh di atas MPV itu.

Mangsa ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya tidak jauh dari lokasi kejadian terbabit.

Mohd Din berkata, sebelum kejadian ibunya bermalam di rumahnya selepas bapanya, Sulong Abd Rahman, 72, ke Mersing, Johor kerana bekerja sebagai nelayan.

“Ibu ada memberitahu saya, dia mahu pulang menjenguk rumahnya kira-kira 500 meter dari kediaman saya.

“Saya katakan kepadanya akan menghantarnya pulang, tetapi memintanya bersarapan sebelum pergi ke rumahnya.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian saya dikejutkan dengan dentuman kuat di luar rumah dan rupa-rupanya ibu sudah keluar rumah.

“Saya seolah-olah terpaku apabila mendapati ibu sendiri yang dirempuh kenderaan tidak jauh dari rumah.

“Ketika itu, ibu masih bernyawa dan membawanya ke Klinik Kesihatan Batu Rakit, tetapi sebaik diperiksa disahkan ibu meninggal dunia,” katanya

Menurutnya, mayat ibunya kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum diserahkan kepada ahli keluarga kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, ibunya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Rakit, di sini, kira-kira jam 5 petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 10:06 AM

KEADAAN kenderaan yang merempuh arwah Munoh.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90078#sthash.1HJeQcc6.dpuf

Lapan ditahan sertai kumpulan pengganas

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kalidevi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Lapan rakyat tempatan yang menyertai dua kumpulan pengganas ditahan Bahagian Counter Terrrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi serentak di Selangor, Perak dan Johor pada 30 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, enam daripada mereka disyaki menyertai Kumpulan Tandzim Al Qaeda Malaysia manakala dua lagi disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS ).

"Semua suspek adalah rakyat Malaysia berusia 22 hingga 36 tahun dan dua suspek yang mempunyai kaitan dengan IS adalah penjawat awam.

"Enam ahli kumpulan Tandzim Al Qaeda Malaysia itu adalah saki baki ahli kumpulan yang masih bersembunyi selepas operasi tangkapan ke atas pemimpin kanannya dijalankan pada Februari 2013," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi.

Menurutnya, semua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA Kesalahan Berkaitan Keganasan dan Akta 574 Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah - Langkah Khas) 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 11:18 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90101#sthash.0EM7BGog.dpuf

Berehat sabung nyawa

 Oleh Rosli Ilham

am@hmetro.com.my


Chukai: Lorong kecemasan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), di sini, terus menjadi tumpuan pemandu berhenti rehat walaupun tindakan mereka itu boleh membahayakan nyawa sendiri dan pengguna lain.


Mereka tidak takut dengan amaran pihak berkuasa akan mengambil tindakan saman kepada pemandu yang berhenti di lorong kecemasan.

Tinjauan di lebuh raya itu dari Kilometter 401 di Ajil hingga ke Kilometer 255 dekat Perasing, di sini, mendapati masih ramai pemandu lori dan kereta berhenti di lorong kecemasan untuk berehat dan menjawab panggilan telefon.

Seorang pengguna LPT2, Agus Hamzah, 49, berkata, dia kecewa ramai pengguna lebuh raya masih berhenti di lorong kecemasan terutamanya pada waktu malam.

Menurutnya, kemalangan lima sekeluarga yang rentung di Kilometer 386.6, dekat Ajil pada Mei lalu dan yang terbaru mengorbankan enam sekeluarga di Kilometer 258.8 dekat Perasing, Kemaman pada 14 Oktober perlu diambil iktibar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 7:27 AM

PEMANDU masih berhenti di lorong kecemasan LPT2.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90011#sthash.pV5Qao2P.dpuf

Suami isteri maut di LPT

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

rnorain@hmetro.com.my

Maran: Suami isteri masing-masing berusia 24 tahun maut selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh belakang treler muatan baja di Kilometer 159.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.05 tengah malam itu, mangsa, Thoo Liang You dan isterinya Yap Li Ping maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumah mereka di Bukit Setongkol, Kuantan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Thoo merempuh bahagian belakang treler membawa muatan baja yang bergerak perlahan di lorong kiri.

"Akibat rempuhan itu kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk dan dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati, Thoo dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk dan tidak menyedari kehadiran treler berkenaan di hadapan kenderaannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 12:40 PM

Kereta dinaiki mangsa. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90109#sthash.xf0UqvSm.dpuf

Keganasan pilihan raya, 11 maut


Keganasan pilihan raya, 11 maut

2 NOVEMBER 2015
Keganasan pilihan raya, 11 maut Seorang penduduk menunaikan tanggungjawab membuang undi di Lahore, kelmarin. - Foto AFP

ISLAMABAD - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam pertempuran antara penyokong parti politik di wilayah selatan Sindh ketika pilihan raya tempatan di Pakistan, kelmarin.

Jurucakap polis di daerah Khairpur, Kamran Fazal berkata, kejadian itu berlaku selepas dua kumpulan mewakili parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PMLN) pimpinan Perdana Menteri, Nawaz Sharif dan parti pembangkang yang dipimpin bintang kriket
antarabangsa, Imran Khan bertindak melepaskan tembakan.

Difahamkan, lebih 20 juta penduduk mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya di Punjab manakala kira-kira 4.6 juta lagi terlibat dalam proses pengundian di Sindh.

Dalam insiden berasingan, sekurang-kurangnya empat maut manakala 10 lagi cedera dalam kejadian letupan di landasan kereta api di kawasan Dasht di daerah Mastung, wilayah barat daya, Balochistan. - Press TV

Dadah bernilai RM8,000 berjaya dirampas


AHMAD ISMADI ISMAIL
Dadah RM8,000 dirampas

2 NOVEMBER 2015
Dadah RM8,000 dirampas Antara barangan yang dirampas selepas tertangkapnya dua individu berkenaan.
KUALA LUMPUR - Seorang penjual sayur bersama rakannya diberkas sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Kampung Cempedak Sentul Pasar di sini, Jumaat lalu.

Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, hasil makluman dan risikan, pihaknya memberkas kedua-dua individu yang sedang menaiki sebuah kereta, kira-kira jam 4.30 petang.

“Kita menjumpai sebuah kotak yang di dalamnya terdapat empat ketulan mampat daun kering dipercayai dadah ganja seberat 4,035 gram.

"Kita turut menjumpai satu lagi ketulan mampat daun kering disyaki ganja di bawah tempat duduk pemandu seberat 1,034 gram,” katanya.

Menurutnya, dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM8,000.

“Kedua-dua individu itu berusia 34 dan 33 tahun, salah seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah lampau berhubung kes dadah,” katanya.

Wan Abdullah berkata, ujian urin juga mendapati kedua-dua individu yang ditahan itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Mereka ditahan reman bagi bantu siasatan mengikut 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Anak Muammar Gaddafi hadapi tuduhan bunuh pemain bola sepak


ANAK Muammar Gaddafi, Saadi Gaddafi. - Foto EPA
TROPOLI: Anak Muammar Gaddafi, pemimpin Libya yang digulingkan hadir di mahkamah di sini Ahad untuk berdepan tuduhan membunuh seorang pemain bola sepak dan jenayah lain sebelum revolusi tahun 2011 yang menamatkan pemerintahan bapanya.
Hakim menangguhkan perbicaraan Saadi Gaddafi yang diekstradisi dari Niger tahun lalu sehingga 6 Disember, selepas peguamnya memohon lebih masa untuk memeriksa kes anak guamnya itu serta mendapatkan akses kepada dokumen pendakwaan tentera.
Saadi berpakaian seragam penjara biru, duduk dalam kawasan kurungan di mahkamah. Julai lalu, mahkamah di sini, menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lagi anak Gaddafi iaitu Saif al-Islam dan lapan bekas pegawai rasmi lain kerana jenayah tahun 2011 dalam membendung kebangkitan menentang bapanya yang kemudian dibunuh pemberontak.
Hukuman mati masih belum dilaksanakan walaupun tertuduh termasuk bekas ketua risikan Gaddafi dipenjara. Sejak penangkapannya selepas kebangkitan tahun 2011, Saif ditahan tentera di bandar Zintan, barat Libya lokasi kerajaan pusat tidak mempunyai kawalan.
Ogos lalu, pendakwa raya berkata, mereka menyiasat video menunjukkan pengawal memukul Saadi. Ketulenan video terbabit tidak dapat disahkan.
Sejak kejatuhan Gaddafi, Libya menjadi kacau bilau dengan dua kerajaan bersaing dan sekutu serpihan masing-masing bertempur bagi merebut kepimpinan negara itu yang kaya dengan sumber minyak.
Rundingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih gagal menamatkan krisis terbabit. - Reuters

Nahas Pesawat Rusia: Beberapa Syarikat Penerbangan Enggan Terbang Di Sinai


Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 9:21 PM
Bangkai pesawat penumpang Rusia, Metrojet yang terhempas di Sinai, Mesir pada Sabtu. Foto Reuters

TRAGEDI pesawat penumpang Rusia yang terhempas di Mesir pada Sabtu menyebabkan beberapa syarikat penerbangan utama mengambil keputusan untuk tidak menggunakan laluan di Sinai yang merupakan lokasi nahas.
Dua syarikat penerbangan terbesar di Eropah antara yang memutuskan perkara itu selepas tragedi mengorbankan seramai 224 orang.
Lufthansa dan Air France-KLM berkata, mereka tidak akan melakukan penerbangan di Semenanjung Sinai sementara menunggu penjelasan berhubung punca nahas.
British Airways berkata, ia akan terus membuat penerbangan merentasi kawasan itu, walaupun akhbar United Kingdom (UK), The Sun pada Ahad mendakwa syarikat itu secara berahsia memberitahu juruterbang untuk tidak terbang rendah di ruang udara Mesir.
Keadaan itu susulan sebuah kumpulan militan yang bergabung dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) di wilayah Sinai, Mesir berkata, ia telah menyebabkan pesawat tersebut 'terhempas' sebagai 'tindak balas ke atas serangan udara Rusia yang mengorbankan ratusan orang Islam di bumi Syria", dan penyebaran dakwaan menerusi video yang menunjukkan sebuah pesawat terbakar.
Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Rusia memberitahu agensi berita Interfax bahawa dakwaan itu "tidak boleh dianggap tepat' apabila pasukan penyiasat Mesir memaklumkan bahawa petunjuk awal melihat masalah teknikal sebagai punca nahas.
Ia turut memaklumkan bahawa pembantu juruterbang bagi penerbangan KFL-9268 itu telah membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan pesawat sebelum berlepas.
Media Rusia melaporkan isteri kepada pembantu juruterbang Sergei Truckahev berkata, suaminya menghubungi anak perempuannya untuk memberitahu bahawa "keadaan teknikal pesawat mengalami masalah". 
Pesawat Airbus A321 yang dikendalikan oleh syarikat Rusia, Kogalymavia di bawah jenama Metrojet terhempas di tengah Sinai semasa penerbangannya dari Sharm el-Sheikh ke St Petersburg pada Sabtu. - Mirror

Kaki Budak Tersepit Di Eskalator Suria KLCC


Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 10:52 PM


Anggota bomba cuba mengeluarkan kaki budak lelaki yang tersepit di eskalator Suria KLCC, malam Ahad. Foto twitter @bombaJPBM

KUALA LUMPUR: Kaki seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tersepit pada eskalator di pusat membeli-belah Suria KLCC, malam Ahad.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat KLCC, Che Shaari Abdullah berkata, kanak-kanak berkenaan berada pada eskalator bersama ibu bapanya di aras dua pusat membeli-belah itu apabila kaki kirinya tersepit di bahagian eskalator pada kira-kira pukul 7.40 malam.
Sepasukan anggota bomba digerakkan untuk membantu kanak-kanak berkenaan, dan mereka terpaksa untuk menggunakan peralatan bagi mengungkil tapak besi bagi mengeluarkan kaki mangsa.
Menurut Che Shaari, anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki budak lelaki berkenaan kurang dari 10 minit.
"Dia (mangsa) memakai kasut. Tetapi anda boleh tersepit di ruang seperti itu sekiranya kaki anda terlalu kecil dan sekiranya anda tidak berhati-hati. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital kerana kakinya cedera.
"Saya menasihatkan ibu bapa yang membawa anak kecil supaya berwaspada dengan anak-anak mereka apabila berada di tempat awam bagi mengelakkan kemalangan seperti ini," kata Che Shaari.

Pihak berkuasa rampas 200 kg estacy


ATIRA HASLI
Pihak berkuasa rampas 200 kg estacy

1 NOVEMBER 2015
Pihak berkuasa rampas 200 kg estacy

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah merampas kira-kira 200 kg adunan pil estacy dan lima kilogram kokain di sebuah makmal haram di Jerantut, Pahang.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi petikan posting di akaun mikro Twitternya, hari ini.

Menurutnya lagi,  15 individu berjaya ditahan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) susulan siasatan dalam kes terbabit.

“Syabas (pasukan) Sting rampas 200 kg adunan pil estacy dan 5kg kokain di makmal haram di Jerantut. 15 orang juga berjaya ditangkap di Lembah Klang dan Jerantut,” katanya seperti yang dipetik menerusi petikan tersebut.

Hujan lebat sebabkan banjir, tanah runtuh

Oleh Siraj Mohd Zaini

am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Hujan lebat sejak petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Puchong, Kajang serta Cheras mengalami tanah runtuh dan banjir kilat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, sejak jam 7 malam, empat mangsa sudah dipindahkan ke dewan berhampiran akibat banjir kilat di Kampung Sri Langkas Tambahan, Puchong.

Menurutnya, pihaknya turut membuat pemantauan banjir di Kampung Jernih, Batu 14, Cheras.

"Bomba menerima maklumat pada jam 7.30 malam mengenai kejadian tanah runtuh di Damai Perdana Kajang namun tiada mangsa dilaporkan.

"Selain itu, sebatang pokok tumbang di Taman Mas Cheras dan sudah dialihkan kira-kira 9 malam ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2015 @ 11:23 PM


Pokok yang tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat. - Foto Ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89908#sthash.7aDvOBCo.dpuf

Cari guru besar sekitar enam anak sungai


Kuala Kubu Bharu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Tamat Keramat, Jashiah Rabu,53, yang hilang sejak 10 hari lalu, ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata pencarian guru besar berkenaan membabitkan enam anak sungai dalam lingkungan dua kilometer radius dari perkampungan Orang Asli kampung itu.


"Polis akan terus berusaha menjejak Jashiah dan berharap menjumpai beliau dalam masa dua atau tiga hari ini," katanya di pusat operasi di sini, hari ini.

Supramaniam berkata operasi SAR itu membabitkan 61 anggota terdiri daripada polis, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Veteran Komando Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk kampung berkenaan.

"Pasukan operasi SAR kini dipecahkan kepada enam kumpulan dalam mengesan mangsa yang hilang, apa yang kami harapkan adalah Jashiah ditemui dalam keadaan selamat," katanya.

Supramaniam berkata sebanyak 30 bungkus bantuan makanan kecemasan (Talian Hayat) berisi biskut, gula-gula, roti, lilin dan mancis ditempatkan di lokasi pencarian yang telah ditanda polis sebelum ini.

"Bungkusan berkenaan akan diletakkan setiap 300 meter bagi membantu Jashiah mendapat bekalan asas," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2015 @ 9:31 PM

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam (tengah) melihat peta Buluh Telor, lokasi operasi pencarian Jashiah Rabu yang hilang sejak Jumaat lalu. - Foto Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89895#sthash.2CDxIqv6.dpuf

Kaki budak tersepit eskalator

Siraj Mohd Zaini

am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur : Kaki seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia lima tahun tersepit pada eskalator tingkat dua pusat beli-belah di KLCC di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa bersama ibu bapanya dipercayai berasal dari Timur Tengah, sedang menuruni eskalator berkenaan bersama pengunjung lain.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 malam dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat KLCC dan Keramat, dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba tiba kira-kira 10 minit kemudian dan kaki kanak-kanak itu dapat dikeluarkan sepenuhnya pada pada jam 8.19 malam," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2015 @ 10:37 PM

Ibu bapa mangsa menenangkan anak mereka sementara menunggu bantuan Bomba tiba. - Foto Ihsan Pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89904#sthash.K3d2UH9e.dpuf

Nasib baik sempat lari


Oleh Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my


Jitra: Empat rumah dan bahagian atas lima rumah kedai musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian kira-kira RM500,000 di Taman Jitra, di sini, malam ini.


Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika kebanyakan penghuni berada dalam rumah tetapi sempat melarikan diri sebaik menyedari kediaman mereka terbakar.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mustaffa Kamal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.40 malam dan dua jentera serta sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra tiba di lokasi jam 8.45 malam.

Beliau berkata, setibanya di lokasi didapati empat rumah separa kayu dan papan, 100 peratus musnah dalam kebakaran itu.

Bagaimanapun, katanya, lima premis terdiri daripada sebuah kedai cermin, dua kedai besi dan dua buah kedai servis kereta hanya terbakar di tingkat atas sahaja.

"Api berjaya dikawal jam 9.16 malam dan dipadam sepenuhnya pada jam 10.30 malam.

"Setakat ini kerugian dianggarkan berjumlah hampir RM500,000 namun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2015 @ 11:37 PM

Keadaan rumah kedai yang terbakar di Jitra menyebabkan kerugian kira-kira RM500,000. - Foto AMRAN HAMID

Mayat tersangkut pada penunjuk jalan


Los Angeles: Seorang pemandu yang keretanya berguling bebeberapa kali dalam satu kemalangan di sebuah lebuh raya di sini tercampak sehingga mayatnya tersangkut di atas papan tanda jalan raya setinggi enam meter.

Peronda Lebuh Raya California Chad Guin berkata, kemalangan berlaku jam 7 pagi (waktu tempatan).


Menurutnya, pegawai terpaksa menggunakan tangga untuk menutup mayat berkenaan sementara menunggu anggota pejabat koroner tiba.

Ia kemudian diturunkan oleh anggota bomba yang turut dipanggil untuk membantu.

Mangsa, dikatakan lelaki berusia 20 tahun, berada seorang diri di dalam kereta berkenaan.

Menurut Guin, sehingga ini pihaknya tidak dapat memastikan punca kemalangan.

Siasatan awal menunjukkan tidak ada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 5:01 AM

Gambar menunjukkan mayat pemandu berkenaan (dalam bulatan) tersangkut pada papan tanda jalan raya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89941#sthash.EfwWRwB1.dpuf

Letupan bot Presiden Maldives bukan kerana bom


Male: Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) berkata, ia tidak menemui sebarang bukti menunjukkan letupan dalam bot yang dinaiki Presiden Maldives berpunca dari bom.

Seorang jurucakap FBI memberitahu demikian kepada The Wall Street Journal, kelmarin.


Menurutnya, agensi Amerika Syarikat itu diminta membantu siasatan kejadian pada 28 September lalu yang menyebabkan isteri Presiden Abdullah Yameen dan dua yang lain cedera ringan.

Abdullah bagaimanapun tidak cedera dalam kejadian yang disifatkan pihak berkuasa Maldives sebagai cubaan untuk membunuhnya.

“Selepas menjalankan siasatan, kami mendapati serpihan akibat letupan itu, yang mulanya disangka saki baki bom, sebenarnya adalah sebahagian badan bot itu,” kata jurucakap berkenaan.

Kenyataan FBI itu menimbulkan persoalan mengenai tindakan kerajaan Abdullah menangkap Naib Presiden Ahmed Adeeb, hampir sebulan selepas kejadian atas tuduhan terbabit dalam cubaan membunuhnya itu.

Penahanan Ahmed menyusuli beberapa pemecatan pegawai kerajaan, termasuk menteri pertahanan.

Maldives berdepan dengan kritikan antarabangsa berhubung penahanan Mohamed Nasheed, presiden pertama negara itu yang dipilih secara demokratik Mac lalu selepas perbicaraan tergesa-gesa.

Selain FBI, Maldives turut meminta bantuan India, Arab Saudi, Australia untuk menyiasat kejadian itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 5:02 AM

GAMBAR fail yang dirakam pada 28 September lalu menunjukkan bot laju membawa Presiden Abdullah selepas berlaku letupan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89955#sthash.rkvWeIsu.dpuf

Makanan, nota buat guru hilang


Khairul menunjukkan ‘Talian Hayat’ yang digunakan bagi mencari Jashiah yang hilang sejak sepuluh hari lalu.


Hulu Selangor – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak 10 hari lepas ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, pencarian guru besar berkenaan akan melibatkan enam anak su­ngai dalam lingkungan dua kilometer radius dari perkampungan Orang Asli kampung itu.
“Polis akan terus berusaha menjejak Jashiah dan berharap menjumpai wanita itu dalam masa dua atau tiga hari ini,” kata beliau ketika ditemui di pusat operasi di sini semalam.
Menurut beliau, operasi SAR itu melibatkan 61 anggota terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Veteran Komando Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk kampung berkenaan.
“Pasukan operasi SAR kini dipecahkan kepada enam kumpulan dalam mengesan mangsa yang hilang, apa yang kami harapkan adalah Jashiah ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.
Supramaniam berkata, dalam operasi sama sebanyak 30 bungkus bantuan makanan kecemasan (Talian Hayat) berisi biskut, gula-gula, roti, lilin dan mancis akan ditempatkan di lokasi pencarian yang telah ditanda oleh polis sebelum ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3qHUlrlQK 
Hakcipta terpelihara 

Polis buru Mokbiey, Nija kes pukul di Wakaf Mek Zainab



Mazlan menunjukkan gambar Nija (kiri) dan Mokbiey yang dicari polis untuk membantu siasatan kes pukul dan cabul kehormatan seorang wanita di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan dua wanita untuk membantu siasatan berhubung rakaman video kes pukul seorang wa­nita berusia 22 tahun di Wakaf Mek Zainab di sini yang viral di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, wanita pertama dikenal pasti sebagai, Put­ri Nor Shasha Sharmila Zamri atau Mokbiey beralamat di Pengkalan Baru, Beris Kubur Besar, Bachok.
“Wanita kedua ialah Nur Asniza Che Abdul Azizi atau Nija menetap di Kampung Budi, Tawang, Bachok. Kita percaya kedua-dua mereka ini masih bersembunyi di sekitar Kelantan.
“Walaupun kita me­nganggap kes tersebut sebagai selesai, namun pihak polis giat mengesan kedua-dua wanita berkenaan untuk melengkapkan siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3qHUHwb00 
Hakcipta terpelihara 

Tahanan reman disambung 7 hari


Pengawal keselamatan dibawa ke Mahkamah Majistret George Town semalam.


GEORGE TOWN – Tempoh tahanan reman seorang pengawal keselamatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh dan rogol seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini disambung selama tujuh hari lagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, tahanan reman suspek berkenaan berakhir semalam dan polis berjaya mendapatkan perintah sambung reman selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 8 November depan bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.
Menurutnya, pihak polis percaya dapat melengkapkan siasatan kes itu dalam tempoh berkenaan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Ketua Unit Perundangan untuk tindakan selanjutnya.
Suspek yang juga bekas teman lelaki mangsa dibawa ke Mahkamah George Town semalam dan Pendaftar Mahkamah, Rehah Ismail membenarkan polis menyambung reman suspek selama tujuh hari lagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3qHUMCFQu 
Hakcipta terpelihara 

Sindiket dadah ekstasi tumpas

Khalid Abu Bakar

Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses pil ekstasi terbesar di negara ini dan merampas 200 kilogram adunan dadah tersebut berikutan tertangkapnya 15 individu termasuk dua wanita warga asing dalam beberapa serbuan di Jerantut, Pahang dan di Lembah Klang hari ini.
Kejayaan itu adalah hasil risikan dan tindakan pantas Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.
Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 4 pagi, polis menyerbu sebuah banglo di Jerantut yang dijadikan makmal memproses pil ekstasi serta stor simpanan dadah tersebut.
Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Haris Wong Abdullah ketika dihubungi berkata, dalam operasi tersebut, seorang warga China yang dipercayai ‘raja dadah’ telah berjaya diberkas.
Menurut beliau, turut dirampas ialah dadah jenis kokain seberat lima kilogram serta pelbagai jenis perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan dadah jenis ekstasi di makmal terbabit.
“Dalam serbuan itu juga, kita telah menahan enam individu yang merupakan ahli anggota terbabit.
“Susulan itu, kita seterusnya berjaya membuat sembilan lagi tangkapan di beberapa lokasi antaranya Genting Highlands, Shah Alam dan di beberapa lagi lokasi di ibu negara petang ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Haris memberitahu, nilai rampasan kesemua dadah itu masih dalam siasatan pihaknya.
“Dengan penangkapan kesemua suspek, polis percaya berjaya menumpaskan satu sindiket memproses pil ekstasi untuk edaran pusat hiburan di sekitar Lembah Klang.
“Semua suspek kini telah ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Haris menegaskan satu sidang akhbar akan dibuat dalam masa terdekat untuk memaklumkan tangkapan itu secara terperinci.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya di laman sosial Twitter hari ini turut mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut.
“Syabas STING @PDRMsia rampas 200 kg adunan pil ekstasi dan 5kg kokain di makmal haram di Jerantut. Tangkap 15 di Lembah Klang dan Jerantut. Go PDRM Go,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sindiket-dadah-ekstasi-tumpas-1.153327#sthash.IPWHmR9h.dpuf

Parah dihempap sofa

Kerusi terjatuh dari ketinggian 30 meter terkena mangsa

Lokasi kejadian seorang pejalan kaki cedera parah selepas sebuah

Lokasi kejadian seorang pejalan kaki cedera parah selepas sebuah sofa terjatuh dari ketinggian 30 meter di Hotel Swiss Centre di Leicester Square, London, Jumaat lalu. Agensi
LONDON 1 Nov. - Malang tidak berbau apabila seorang pejalan kaki cedera parah di kepala dan muka­nya kelihatan seolah-olah ‘terbelah’ selepas sebuah sofa tidak semena-mena jatuh menjunam dari sebuah penthouse di London, kelmarin.
Mangsa yang dipercayai berusia awal 20-an ketika itu sedang berjalan melintasi bangunan Hotel Swiss Centre di Leicester Square, London apabila sofa tersebut secara tiba-tiba menjunam dari tingkat sembilan kira-kira setinggi 30 meter lalu jatuh menghempap kepalanya.
Mirror UK melaporkan, mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri selepas tersepit hanya mampu menjerit kesakitan.
Seorang saksi di tempat kejadian itu berkata, wajah mangsa bukan sahaja seperti terbelah, malah cedera parah di kepala.
“Sofa tersebut seolah-olah terbang dan jatuh ke atas kepala pejalan kaki itu.
“Mangsa menjerit kesakitan apatah lagi ketika itu hujan renyai-renyai. Air hujan mengenai wajahnya,” kata saksi tersebut kepada akhbar The Sun.
Lelaki itu yang dikejarkan ke hospital di timur London menggunakan helikopter kini berada dalam kea­daan kritikal.­
Penthouse tersebut yang dipercayai terletak di tingkat sembilan bangunan hotel mewah itu disewa sebanyak 9,533 pound (RM63,200) sebulan.
Ketika ini, pihak berkuasa masih belum dapat mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut yang menggemparkan warga London.
Sementara itu, pengurusan hotel yang mengesahkan kemalangan tersebut mendakwa, perabot yang jatuh adalah dimiliki oleh pemilik persendirian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/parah-dihempap-sofa-1.153211#sthash.HvQTWosb.dpuf

Menyamar sebelum larikan kereta di pusat servis


BUKIT MERTAJAM 1 Nov. – Dua lelaki bertindak licik dengan menyamar sebagai pekerja kepada seorang pemilik kereta mewah sebelum melarikan kenderaan Volkswagen di pusat servis di Lorong IKS, Bukit Tengah di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu ke pusat servis berkenaan dengan menaiki sebuah kereta jenis sama dan bertemu dengan penyelia di tempat letak kenderaan pusat servis terbabit.
Menurut sumber, kedua-dua lelaki berkenaan memaklumkan kononnya majikan mereka tidak sempat mengambil kenderaan yang dihantar ke pusat servis itu dan mengarahkan mereka mengambilnya.
“Sebelum menyerahkan kunci kereta itu, penyelia pusat servis berkenaan memaklumkan bayaran penyelenggaraan masih belum dilunaskan.
“Bagaimanapun salah seorang daripada lelaki terbabit memberitahu bayaran telah dijelaskan kepada penyelia yang bertugas pada sebelah pagi,” katanya kepada pemberita di sini.
Menurut sumber itu, selepas menyerahkan kunci, penyelia berkenaan kemudian menghubungi pemilik kenderaan tersebut untuk memaklumkan perkara berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, penyelia terbabit terkejut selepas diberitahu pemilik berkenaan tidak mengarahkan sesiapa mengambil kenderaannya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/menyamar-sebelum-larikan-kereta-di-pusat-servis-1.153278#sthash.dDiGRcpb.dpuf