Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Pelajar tingkatan lima dirogol sebelum dibunuh


Georgetown: Pelajar perempuan tingkatan lima yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini semalam, dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata suspek berusia 20 tahun itu memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain.


"Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas, mempunyai kunci pendua rumah mangsa dan dipercayai masuk ke dalam rumah itu kira-kira 6 pagi semalam.

"Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan tinggal bersendirian kerana ibu bapanya pulang ke rumah neneknya di Bayan Lepas. Polis sedang siasat bagaimana lelaki itu mendapatkan kunci pendua rumah berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada 7.30 malam.

Zakaria berkata lelaki itu, yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, ditahan di Teluk Kumbar kira-kira dua jam selepas penemuan mayat pelajar itu dan mengaku membunuh mangsa.

Beliau berkata lelaki itu juga menunjukkan kepada polis tempat dia membuang pisau yang didakwa digunakan untuk membunuh mangsa, iaitu dalam sebuah lubang di kawasan pencawang elektrik sekolah tempat dia bekerja.

"Polis menemui dua pisau dibungkus dalam anak tudung putih yang terdapat kesan darah dipercayai milik mangsa dan siasatan mendapati senjata itu diambil di rumah mangsa. Polis turut menemui semula telefon bimbit mangsa yang dibuang di kawasan tempat kerja suspek itu," katanya.

Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu, yang mengenali mangsa sejak awal tahun ini, masuk ke dalam rumah pelajar itu untuk membunuh teman wanitanya kerana marah dan cemburu.

"Mangsa dipercayai dibunuh antara tujuh dan lapan jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.

Zakaria berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan dia kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Jenazah pelajar perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu kira-kira 5 petang ini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 7:34 PM

Suspek dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman pagi tadi. - Foto NSTP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88376#sthash.wj9MEGPI.dpuf

Bumbung rosak bas sangkut di terowong

 Oleh Norizuan Shamsuddin

norizuan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Bas dua tingkat rosak di bahagian bumbung selepas tersangkut ketika cuba memasuki terowong di Jalan Pudu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, bas terbabit dalam perjalanan ke Kajang dan terlepas laluan susur ke Cheras sebelum cuba memasuki terowong menerusi jalan bawah.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritenden S Markandan berkata, bumbung bas terbabit tersangkut di bahagian tembok disebabkan kenderaan terbabit melebihi had ketinggian terowong itu.

Katanya, walaupun terdapat penumpang ketika kejadian tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kejadian ini adalah faktor kecuaian pemandu kerana menggunakan jalan yang tidak boleh dilalui oleh bas dua tingkat. Pemandu terbabit sudah dikenakan tindakan undang-undang di atas kecuaian yang dilakukan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 6:51 PM

BUMBUNG bas rosak selepas tersangkut di terowong. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88365#sthash.fddjnZEd.dpuf

Hilang selepas asrama pekerja terbakar

Oleh Ahmad Ismail

am@hmetro.com.my


Segamat: Lelaki warga Indonesia hilang selepas asrama pekerja kilang papan di Gemas Baru musnah dalam kebakaran malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira 10. 30 malam itu, asrama yang dipercayai menempatkan 15 pekerja asing itu musnah sama sekali.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah, Penolong Penguasa Bomba Herman Amat berkata, bagaimanapun majikan melaporkan seorang pekerjanya hilang dalam kejadian itu.

Katanya, sehubungan itu operasi mencari mangsa di dalam sisa runtuhan kebakaran dijalankan sebaik api dikawal pada jam 3 pagi.

"Usaha mencari lelaki itu turut dibantu oleh anjing pengesan tetapi tidak menemui mayatnya.

"Sehubungan itu kami menyerahkan kes kehilangan lelaki itu kepada pihak polis selepas menasihatkan majikan berbuat demikian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 6:32 PM

ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari lelaki warga Indonesia yang hilang. FOTO Ahmad Ismail
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88363#sthash.byFaE7ax.dpuf

Maut dilanggar kereta api

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

izlaily@Hmetro.com.my


Johor Bahru: Lelaki maut dilanggar kereta api ketika melintas landasan kereta api itu di Kilometer 755.25 berdekatan pusat membeli-belah Danga City Mall, di sini, 12 tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa, R Sundranlogan, 56, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, perut, pinggang serta kedua-dua kaki.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan itu dikatakan berjalan seorang diri untuk melintas landasan kereta api itu.

"Ketika melintas, datang sebuah kereta api ekspres yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Johor Bahru.

"Mangsa yang berasal dari Simpang Renggam dekat sini ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira lima meter daripada landasan kereta api itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 4:48 PM

Mangsa ditemui tertiarap di tepi landasan kereta api. FOTO ihsan PDRM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88347#sthash.Jl9sAiT1.dpuf

64 terkorban akibat gempa bumi di Afghanistan

PENDUDUK Afghanistan memeriksa sebuah rumah rosak selepas gempa bumi yang kuat melanda di wilayah utara Pakistan. - Foto AFP

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 52 orang termasuk lapan kanak-kanak terbunuh apabila gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Ritcher melanda Afghanistan hari ini, kata pegawai tempatan.
Menurut sumber, 28 meninggal dunia di wilayah utara Pakistan manakala 20 lagi di wilayah barat laut.
Tiga lagi di Gilgit-Baltistan dan seorang di Kashmir.
Sementara itu, di Afghanistan, seramai 12 kanak-kanak dilaporkan terbunuh selepas rempuhan berlaku di sekolah mereka di wilayah Takhar, utara negara itu susulan gempa bumi kuat berkenaan.
"Pelajar bergegas melarikan diri meninggalkan bangunan sekolah di bandar Taluqan menyebabkan berlaku rempuhan," Ketua Jabatan Pelajaran Takhar, Enayat Naweed.
Dua belas pelajar terbunuh manakala 35 lagi cedera, katanya.
Pusat gempa itu terletak di wilayah Hindu Kush, Afghanistan. - AFP

Indonesia kerah 3 kapal perang tangani jerebu

DUA warga Indonesia memadamkan kebakaran di Ogan Ilir, Sumatera Selatan. - Foto AFP
ISNIN, 26 OKTOBER 2015 @ 3:35 PM

 JAKARTA: Indonesia menghantar tiga kapal perang, manakala selebihnya dalam keadaan siap sedia bagi mengagihkan topeng muka, khemah dan bekalan perubatan kepada ribuan penduduk yang terjejas akibat jerebu, kata pegawai tempatan, hari ini.
Hampir dua bulan bencana jerebu, beribu kebakaran dilaporkan akibat aktiviti pertanian di Indonesia yang turut merebak ke Asia Tenggara sehingga memaksa sekolah ditutup dan sektor penerbangan dan beberapa acara antarabangsa dibatalkan.
Tiga kapal perang tiba di Kalimantan - wilayah paling teruk terjejas - membawa kakitangan perubatan, tempat perlindungan, dapur memasak dan topeng muka.
Jurucakap tentera Indonesia, Tatang Sulaiman, berkata rancangan awal untuk membina tempat perlindungan sementara dengan pembersih udara dan tempat tidur jauh dari bandar yang dilanda jerebu.
Kapal perang berkenaan juga boleh bertindak sebagai pusat pemindahan sekiranya diperlukan.
"Kapal perang kami bersedia untuk memindahkan penduduk sama ada ke lokasi pemindahan sementara atau di atas kapal ini. Kami bersedia untuk itu.
"Kumpulan pertama yang akan dipindahkan adalah kanak-kanak dan mereka yang menghidap penyakit pernafasan kronik," katanya.
Tiga lagi kapal sudah dilengkapkan dan bersedia berlayar ke Kalimantan atau Sumatera Selatan, manakala lima lagi bersedia untuk digunakan jika perlu, katanya.
Kerajaan Indonesia sudah menggerakkan 30 pesawat untuk membantu memadam kebakaran dan melakukan pembenihan awan, dengan 22,000 anggota tentera berada di kawasan hutan untuk memadam kebakaran.
Bencana jerebu kali ini disifatkan terburuk dalam tempoh beberapa dekad di rantau ini. - AFP



12 maut kebakaran pusat karaoke Inul


12 maut kebakaran pusat karaoke Inul

25 OKTOBER 2015
12 maut kebakaran pusat karaoke Inul 12 orang terbunuh manakala 71 lagi cedera dalam kebakaran di pusat karaoke tersebut. - Foto Kompas.com

JAKARTA - INDONESIA. Polis mengesahkan 12 orang terbunuh manakala 71 lagi cedera dalam kebakaran di pusat karaoke milik Ratu Dangdut Indonesia, Inul Daratista di Mega Megamas, Manado, Sulawesi Utara awal pagi tadi.

Portal berita tempatan memetik Ketua Polis Daerah Manado, Rio Permana sebagai berkata dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pusat karaoke yang diberi nama Inul Vizta Manadodi yang terletak di tingkat tiga sebuah kompleks sedang padat dengan pengunjung.

Kebanyakan pengunjung dilapor tidak menyedari kebakaran itu kerana mereka asyik berhibur dan hanya melarikan diri setelah ternampak api mula marak.

Bagaimanapun ramai yang terperangkap kerana hanya ada satu sahaja pintu keluar dan menyebabkan ramai yang menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat dua dan tiga.

Kesemua mangsa yang meninggal dan cedera dibawa ke Hospital Kandou Malalayang, Manado.

Kebakaran yang dipercayai akibat litar pintas itu dapat dikawal sepenuhnya pada kira-kira pukul 3.30 pagi.

Sementara itu Inul yang popular dengan tarian gelek 'gerudi Inul' dipetik dalam laman Instagramnya sebagai berkata kejadian itu memberi peringatan kepadanya untuk mengambil langkah lebih baik pada masa akan datang. - Bernama

Didenda 'karaoke' dalam kereta


Didenda 'karaoke' dalam kereta

26 OKTOBER 2015
Didenda 'karaoke' dalam kereta Aksi wanita itu yang berjaya dirakam. – Foto sumber internet

CHENGDU - CHINA .  Menyanyi di dalam kereta ketika memandu bukanlah perlakuan luar biasa yang sering dilakukan pemandu, namun seorang wanita di China didenda selepas dia 'karaoke' di dalam kereta berjaya dirakam pemandu lain.

Aksi wanita itu yang sedang asyik menyanyi seolah-olah berada di dalam pusat karaoke dengan memegang mikrofon sambil memandu berjaya dirakam oleh pengguna jalan raya.

Memetik Chengdu Evening News, video yang menjadi viral di laman sosial selepas dimuat naik  turut menarik perhatian polis trafik yang kemudiannya mengenal pasti identiti wanita itu.

Wanita itu di saman sebanyak 200Yuan (RM 134) dan 2 mata denda ke atas lesennya.

Menurut undang -undang di China, sekiranya wanita itu dilihat melakukan perbuatan yang sama sebanyak enam kali, lesennya akan dibatalkan dan perlu memohon semula untuk mendapatkan lesen baharu.

Bot karam selepas lihat ikan paus


 Bot karam selepas lihat ikan paus

26 OKTOBER 2015
 Bot karam selepas lihat ikan paus Bot tenggelam menyebabkan lima maut.
TOFINO - KANADA - Lima maut selepas sebuah bot yang digunakan untuk melihat ikan paus tenggelam di perairan Pulau Vancouver British Colombia, barat Kanada semalam.

Bot yang membawa 27 penumpang tenggelam berdekatan Tofino di Pulau Vancouver, menurut pegawai pantai  sambil menambah keadaan laut berada dalam keadaan tenang semasa insiden berlaku.

Pegawai penyelamat berkata, 21 orang berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih hilang.

Kewarganegaraan mangsa bagaimanapun masih belum dipastikan.

Pihak berkuasa kesihatan Pulau Vancouver,  Valerie Wilson memberitahu  AFP, mangsa yang terselamat dibawa ke Hospital Besar Tofino.

Sementara itu, laman web syarikat perkhidmatan bot berkenaan berkata, lawatan melihat ikan paus pada musim ini akan berakhir pada 31 Oktober dan telah beroperasi sejak 30 tahun lalu.

Tofino terkenal dikalangan pelancong untuk melihat ikan paus.

Jumpa mayat jiran tergantung

Oleh Shamsul Munir Safini

shamsulmunir@hmetro.com.my


Nibong Tebal: Lelaki ditemui mati selepas menggantung dirinya di Taman Desa Jejawi, Nibong Tebal,kira-kira 7 pagi tadi.

Dalam kejadian itu mayat mangsa G Puspanathan, 44, ditemui tergantung dari pokok dekat longkang di taman itu.

Mayat mangsa yang tinggal di taman berkenaan itu ditemui jirannya tergantung di dalam longkang.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 3:02 PM

MANGSA ditemui tergantung. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88331#sthash.frhwLXt3.dpuf

Rumah rosak dalam ribut

 Oleh Mohd Rizal Abdullah

mohd.rizal@hmetro.com.my


Tatau: Lebih dari 20 rumah dan bangunan kedai rosak teruk dalam kejadian ribut di Tatau dipercayai berlaku awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada 2 pagi mengakibatkan puluhan rumah di beberapa buah kampung antaranya Kampung Dagang rosak

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Tatau berkata, setakat ini pihaknya masih sedang mengumpul maklumat mengenai jumlah sebenar penduduk yang terlibat dalam kejadian itu.

"Pada awalnya kami menyangka hanya Kampung Dagang terlibat, tetapi turut membabitkan rumah panjang dan beberapa kampung lain di kawasan pedalaman," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan kecederaan dan kemalangan jiwa melainkan kerosakan harta benda.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 2:44 PM


ANTARA bangunan yang rosak akibat ribut. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88329#sthash.0deRXXfO.dpuf

Lori rentung

 Oleh Norizuan Shamsuddin

norizuan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Lori membawa muatan kelapa pandan musnah dalam kebakaran di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada 11.56 pagi itu kerana pemandu lori terbabit sempat keluar menyelamatkan diri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Pegawai Bomba Kanan II Shahril Abdullah berkata, lori satu tan itu dalam perjalanan ke pusat bandar sebelum terbakar.

"Satu jentera bomba bersama lima pegawai dan anggota ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 12.06 tengah hari.

"PDRM turut membantu mengawal lalu lintas berikutan terdapat tumpahan diesel dari tangki lori terbabit dan kita sudah membersihkan tumpahan itu. Bagaimanapun, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 4:04 PM

Lori bawa kelapa pandan musnah terbakar. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88340#sthash.0vzlMG1D.dpuf

Jumpa dadah RM136,000 dalam kereta

Oleh Nur Saliawati Salberi

nursaliawati@mediaprima.com.my


Melaka: Sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Tengah merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM136,000 hasil serbuan di dua lokasi berasingan di Melaka Raya dan Tengkera, Melaka Tengah, bermula 12.30 tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya menahan tiga individu termasuk wanita warga asing sebelum menemui sejumlah dadah antaranya dipercayai ecstasy, Eramin5 dan heroin di dalam kereta dinaiki suspek.

"Susulan tangkapan tiga suspek berkenaan berusia 27 hingga 50 tahun itu membawa kepada penemuan sejumlah lagi dadah di dalam kereta di lokasi kedua.

"Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 30 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Semakan juga dijalankan untuk mengetahui jika suspek memiliki rekod jenayah lampau.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 3:53 PM

SHAIKH Abdul Adzis (dua kanan) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Hatim Ab Manan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88336#sthash.BK2CvPLT.dpuf

3 kapal perang tiba di Kalimantan


Jakarta: Tiga kapal perang sudah tiba di Kalimantan dengan membawa keperluan perubatan termasuk kakitangan perubatan, khemah, peralatan memasak dan topeng hidung serta bersedia melakukan pemindahan penduduk jika keadaan memerlukan.

Jurucakap tentera Indonesia, Tatang Sulaiman, berkata pihaknya akan membina tempat perlindungan sementara dilengkapi penulen air jauh dari kawasan jerebu.


“Kapal kami juga bersedia memindahkan penduduk sama ada ke penempatan sementara atau di atas kapal.

“Kanak-kanak dan mereka yang menderita masalah pernafasan diberi keutamaan untuk dipindahkan,” katanya.

Tiga lagi kapal bersiap sedia sama ada ke Kalimantan atau Sumatera Selatan dengan lima lagi boleh digerakkan bila-bila masa.

Kapal berkenaan yang mempunyai 344 katil, boleh membawa sehingga 2,000 orang dan menunggu arahan kerajaan jika peududuk perlu dipindahkan.

Jurucakap agensi bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, berkata 10 orang mati di Kalimantan dan Sumatera sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat kebakaran hutan itu, sebahagiannya ketika memadam kebakaran manakala yang lain akibat masalah pernafasan.

Jumlah itu tidak termasuk tujuh pendaki yang terbunuh dalam kebakaran hutan di Jawa minggu lalu.

Agensi itu menganggarkan 43 juta orang terjejas akibat jerebu dengan setengah juga mengalami penyakit masalah pernafasan dan menurut Nugroho, jumlahnya mungkin lebih besar kerana tidak semua yang terjejas mendapatkan rawatan.

Menurut Kementerian Perhutanan Indonesia menyatakan lebih 1.7 juta hektar hutan terbakar di enam wilayah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 3:56 PM

Jerebu tebal yang menyelubungi Riau, antara kawasan paling teruk terjejas selain Palangkaraya. - Foto liputan6.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88338#sthash.XIrn9Dze.dpuf

Buruh kontrak maut ditikam

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

izlaily@hmetro.com.my


Johor Bahru: Buruh kontrak maut selepas ditikam di pinggang dipercayai menggunakan pisau kecil oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran di kawasan rumah setinggan, Jalan Kebun Teh Lama di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.50 malam itu, mangsa, Sahral Asmara, 56, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa ditikam menggunakan senjata tajam disyaki pisau kecil di bahagian pinggang sebelah kanan.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian itu berpunca akibat pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek yang dikatakan hanya kerana sepasang selipar yang terkena najis anjing.

"Suspek kemudian masuk ke dalam rumah dan terus menikam mangsa sebelum melarikan diri, manakala mangsa sempat meminta pertolongan jiran yang seterusnya membawanya ke hospital," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 12:26 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88311#sthash.LLbDtLIk.dpuf

5 budak, 2 bayi antara 28 PATI ditahan

 Oleh Zaid Salim28 PATI

am@hmetro.com.my


Kuala Nerus: Lima kanak-kanak berusia 5 hingga 13 tahun dan dua bayi lelaki masing-masing berusia satu tahun antara 28 PATI yang ditahan dalam Ops Ikrar di sekitar daerah ini dan Kuala Terengganu malam hingga pagi tadi.


Operasi diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Terengganu, Ahmad Salihin Salleh bermula 9 malam dan berakhir 3 pagi membabitkan seramai 17 pegawai dan anggota.

Ahmad Salihin berkata, enam rumah sewa dan dua rumah kongsi diperiksa pihaknya.

"Hasilnya, kami memeriksa 62 pekerja asing dan 28 daripada mereka termasuk bayi serta kanak-kanak membabitkan warga Kemboja, Bangladesh, Iran dan Myanmar yang berusia setahun hingga 60 tahun ditahan.

"Kesemuanya ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan serta Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

"PATI terbabit kemudiannya dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Ajil, Kuala Berang sementara menunggu tindakan lanjut," katanya.

ANTARA PATI yang diperiksa Jabatan Imigresen dalam Ops Ikrar di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Foto Zaid Salim

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 12:41 PM

ANTARA PATI yang diperiksa Jabatan Imigresen dalam Ops Ikrar di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Foto Zaid Salim
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88313#sthash.1kAeDWlB.dpuf

Bekas pengurus kanan jualan didenda RM14,000 palsukan invois


26/10/2015 2:58pm

JOHOR BAHRU - Seorang bekas pengurus kanan jualan Sibu Island Resort dijatuhi hukuman denda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memalsukan dua invois proforma bagi membuat tuntutan kepada pelanggan resort berkenaan, tahun lepas.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhi hukuman denda RM7,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Shazil Fuad Ibrahim, 34, atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda setiap pertuduhan itu serta mengarahkannya membayar kos pendakwaan RM250, bagi setiap pertuduhan terbabit.
Bagi tuduhan pertama, Mohd Shazil Fuad didakwa memalsukan invois proforma bertarikh 21 Mac 2014 berjumlah RM43,010 di Sibu Island Resort, Mersing antara 22 dan 24 Mac 2014.
Ia dibuat dengan niat hendak menyebabkan wakil Persatuan Kelab Jet Ski Johor, Rosli Ghazali @ Md Sahad melepaskan wang tunai RM43,010 yang menunjukkan jumlah bayaran ke atas persatuan itu bagi menjalankan program ekspedisi kerja amal di resort berkenaan, dan dengan niat hendak melakukan penipuan bahawa dokumen invois proforma yang sama diterima oleh Bahagian Kewangan Sibu Island Resort, sedangkan nilai asalnya berjumlah RM35,230.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa memalsukan invois proforma bertarikh 27 Mac 2014 berjumlah RM119,200 di Pejabat Sibu Island Resort Sdn Bhd, di Jalan Abdullah Ibrahim, di sini, antara 23 dan 27 Mac 2014. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz3pf3qYZIQ 
Hakcipta terpelihara 

11 kenderaan hilang ditemui semula


26/10/2015 3:05pm

BESUT - Empat buah kereta yang dilaporkan hilang di Lembah Klang dan tujuh buah motosikal yang dicuri sekitar Jerteh tahun ini ditemui semula bulan ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritenden Khaled Che Lah berkata, kesemua kereta berkenaan ditemui ekoran tangkapan seorang suspek yang merupakan penagih dadah berusia 30 tahun pada 19 Oktober lepas.
"Dua buah Perodua Kelisa, sebuah Perodua Viva dan sebuah Proton Wira itu ditemui di sebuah kawasan semak belakang Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut sehari selepas penangkapan suspek," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, berikutan penahanan enam penagih berumur antara 18 hingga 30 tahun di sebuah kampung dekat Jerteh telah membawa kepada penemuan kesemua motosikal berkenaan yang dilaporkan hilang awal bulan lalu.
"Empat darinya hanya tinggal rangka yang dijumpai dalam sebuah tali air dekat Kampung Air Terjun oleh pasukan penyelam polis manakala tiga lagi dirampas daripada individu yang membelinya," katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz3pf3bDJwQ 
Hakcipta terpelihara 

Suami isteri maut kereta jatuh langgar tembok tingkat lima


26/10/2015 3:34pm


Keadaan kereta yang remuh yang mengorbankan pasangan suami isteri itu malam tadi.


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri maut apabila kereta yang dipandu suami jatuh menjunam selepas dipercayai melanggar tembok di tempat letak kereta di tingkat lima sebuah bangunan di Taman Duta di sini malam tadi.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur S. Markandan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.13 malam itu, kereta Perodua Kenari itu terjatuh di atas pagar besi kawasan bangunan itu.
Katanya, Paul William Nunis, 71, pesara Telekom Malaysia dan isterinya Mary Nunis Nee Mary, 71, pesara Tenaga National Berhad maut di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati suami isteri berkenaan hadir satu majlis reunion di tempat berkenaan.
"Kereta berkenaan dipercayai telah hilang kawalan dan terus melanggar tembok bangunan tempat letak kereta," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan kereta dipandu mangsa jatuh dalam keadaan terbalik manakala tiang pagar telah menembusi bahagian dalam kereta.
"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz3pf3LbBuS 
Hakcipta terpelihara 

Ahli perniagaan wanita rugi RM126,000 ditipu Love Scam


26/10/2015 3:52pm

GEORGE TOWN - Seorang ahli perniagaan wanita di sini mendakwa ditipu sindiket 'love scam' yang didalangi rakyat asing menyebabkan dia kerugian RM126,000.
Wanita berusia 32 tahun yang telah berkahwin itu mendakwa berkenalan dengan seorang 'lelaki kacak' menerusi laman sosial Facebook yang mengarahkan dia untuk memasukkan wang ke dalam dua akaun bank tempatan untuk membolehkan dia menuntut hadiah pemberian lelaki terbabit.
Pemangku Ketua Wanita Gerakan Pulau Pinang Hartini Tan Abdullah berkata, wanita berkenaan mengenali lelaki terbabit Julai lepas dan mula memasukkan wang selepas mendapat panggilan daripada anggota sindiket berkenaan bagi mendapatkan hadiah yang dihantar kepadanya.
"Seseorang yang mendakwa dari sebuah jabatan kerajaan memberitahu mangsa yang dia perlu membayar sejumlah wang jika hendak mendapatkan bungkusan hadiah mengandungi wang tunai, emas dan minyak wangi itu.
"Mangsa yang mahukan hadiah itu kemudiannya memasukkan RM126,000 menerusi 19 transaksi ke dalam dua akuan milik orang tempatan sebelum menyedari dia ditipu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 5 Oktober lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz3pf2qqIDE 
Hakcipta terpelihara 

Pengawal keselamatan direman kes bunuh pelajar sekolah


26/10/2015 4:06pm


SUSPEK menunjukkan lokasi dua bilah pisau disembunyikan. Foto: Bernama


BALIK PULAU - Seorang pengawal keselamatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh bekas kekasihnya di flat Bandar Baru Teluk Kumbar di sini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini.
Penahanan suspek Melayu berusia 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.


ANGGOTA Forensik mengukur pisau yang ditemui disembunyikan di sebuah sekolah, dipercayai digunakan untuk membunuh.





Malam tadi, suspek dikatakan telah menunjukkan lokasi pembuangan pisau dan telefon bimbit mangsa di dalam longkang sebuah sekolah di Bayan Lepas.
Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui bapanya dengan kesan kelar di leher di dalam sebuah bilik tidur rumahnya kira-kira pukul 7.30.malam. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz3pf2dcBCv 
Hakcipta terpelihara 

Mayat 4 kanak-kanak Orang Asli dikebumikan bersebelahan


Oleh Ramli Ibrahim 


ORANG ramai menunggu untuk empat keranda mayat mangsa Orang Asli yang hilang lebih sebulan dikebumikan di Kampung Penad, Gua Musang. - Foto ihsan RELA Gua Musang
GUA MUSANG: Empat mayat, termasuk dua rangka murid Orang Asli yang ditemui di Sungai Perias selepas dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu, dikebumikan di Kampung Penad, Pos Tohoi, dekat sini, petang tadi.
Terdahulu, mayat mangsa dituntut keluarga di Hospital Gua Musang (HGM) kira-kira jam 10 pagi sebelum dibawa menaiki empat kenderaan pacuan empat roda (4WD) ke kampung berkenaan.
Semua mangsa dikebumikan bersebelahan antara satu sama lain kira-kira jam 2 petang.
Identiti mangsa yang disahkan menerusi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ialah Linda Rosli, 8; Haikal Yaakob, 8; Ika Ayel, 9 dan Juvina David, 7.
Suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah mayat HGM ketika waris menuntut mayat, berikutan sudah lama menunggu untuk menyempurnakan jasad anak mereka.
Turut berada di tempat menuntut mayat dan mengiringi ke kubur ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Nisra Nisran Ramlan dan Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya.
Midah Angah, 40, ibu kepada Noreen Yaakob, 10, kanak-kanak yang ditemui selamat dalam hutan Pos Tohoi bersama rakannya, Mirsudiar Aluj, 11, bergegas ke HGM untuk menuntut mayat anaknya, Haikal, selepas dimaklumkan menerusi ujian DNA.
"Saya tidak sangka antara rangka yang ditemui adalah anak sendiri," katanya yang meninggalkan sementara Noreen yang masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu bagi menyempurnakan urusan pengebumian Haikal.
Sementara itu, Ayel Ajid, 46, reda dengan pemergian Ika.
"Rasa sedih tetap ada walaupun semuanya sudah disempurnakan," katanya.
Bapa Juvina, David Muasam, 32, berkata semua mangsa adalah rakan karib dan tinggal sekampung,
Mengakui lebih tenang selepas menuntut jasad anaknya, beliau tetap sedih mengenangkan nasib Juvina.
"Hampir setiap malam kami tidak lena tidur teringatkan Juvina, tetapi kini semuanya sudah berakhir. Kami terima apa yang berlaku dan mengambil iktibar untuk mengawasi anak lain," katanya.
Bapa Linda, Rosli Aik, 31, berkata keluarganya lega kerana semuanya kini sudah berakhir.
"Kami merancang sejak awal untuk mengebumikan mereka di Kampung Penad," katanya.
ANGGOTA RELA bersama penduduk kampung mengusung mayat empat Orang Asli yang hilang lebih sebulan untuk dikebumikan di Kampung Penad, Gua Musang. - Foto ihsan RELA Gua Musang
ANGGOTA RELA bersama penduduk kampung mengusung mayat empat Orang Asli yang hilang lebih sebulan untuk dikebumikan di Kampung Penad, Gua Musang. - Foto ihsan RELA Gua Musang

Suami isteri maut kereta terjunam dari parkir



Oleh Siti Azila Alias 


SEPASANG suami isteri, Paul William Nunis dan isterinya, Mary Nunis Née Mary Rodrigues, maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh tembok konkrit dan terjunam dari tingkat lima tempat letak kereta bertingkat di Kondominium Duta Vista, di ibu kota. - Foto Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan dinaiki merempuh tembok konkrit dan terjunam dari tingkat lima tempat letak kereta bertingkat di Kondominium Duta Vista, di sini, malam semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Paul William Nunis dan isterinya, Mary Nunis Née Mary Rodrigues, masing-masing berusia 71 tahun.
William adalah pesara Telekom Malaysia (TM), manakala isterinya pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 8.13 malam ketika pasangan berkenaan mahu bergerak pulang selepas menghadiri satu majlis perjumpaan bulanan di situ.
Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markhandan, berkata William yang meletakkan kenderaannya jenis Perodua Kenari di luar masuk ke tempat letak kereta di tingkat lima untuk mengambil isterinya,
"Selepas mengambil isterinya, mangsa (William) memandu semula untuk keluar dari tempat itu. Bagaimanapun, sebaik menghampiri selekoh tempat letak kereta itu, kereta dipandu William hilang kawalan lalu melanggar tembok konkrit di tempat letak kereta berkenaan dan terjunam ke dalam belukar.
"Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya.
Beliau berkata, mayat pasangan berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat pada jam 8 pagi ini.

4 maut, 47 cedera, kereta rempuh penonton

ORANG ramai membantu mangsa kemalangan yang membabitkan sebuah kereta terbabas lalu merempuh sekumpulan penonton yang menyaksikan perarakan di Oklahoma State University, Sabtu lalu. - Foto REUTERS
ISNIN, 26 OKTOBER 2015 @ 12:26 AM<

STILLWATER: Empat orang terbunuh, manakala 47 lagi cedera apabila sebuah kereta terbabas merempuh sekumpulan penonton yang menyaksikan perarakan di Oklahoma State University, Sabtu lalu.
Mangsa yang maut adalah seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan tiga dewasa, yang dikenal pasti sebagai sebagai Nakita Prabhakar, 23, dari Edmond, Oklahoma; Bonnie Jean Stone, 65 dan Marvin Lyle Stone, 65.
Kemalangan yang dikatakan berpunca daripada Adacia Avery Chambers, 25, yang disyaki mabuk itu juga menyebabkan 11 kanak-kanak berusia antara satu tahun dan 13 tahun serta 36 dewasa, cedera.
Chambers yang memandu kereta Hyundai Elantra kelabu merempuh sekumpulan penonton. Polis masih menunggu keputusan ujian darah suspek. - REUTERS

100 cedera feri bertembung

HONG KONG: Kira-kira 100 orang cedera apabila sebuah feri dari Macau ke bandar ini bertembung dengan objek tidak dikenal pasti, semalam.
Mangsa yang cedera dihantar ke lima hospital di sekitar bandar ini untuk mendapatkan rawatan.
Kumpulan media tempatan RTHK berkata, enam orang cedera parah dalam kemalangan itu.
Pegawai polis memberitahu, kemalangan berlaku kira-kira jam 6.50 petang waktu tempatan, berhampiran pulau Lantau dan punca nahas sedang disiasat. - REUTERS
FERI berkelajuan tinggi dari Macau berlabuh selepas bertembung dengan objek yang tidak dikenali di Hong Kong, semalam. - Foto AP

Mayat pelajar Tingkatan 5 ditemui dengan kesan kelar

INTAN Suraya ditemui dengan kesan kelar di leher di rumah pangsa keluarganya di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.
ISNIN, 26 OKTOBER 2015 @ 10:07 AM

GEORGETOWN: Mayat seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima ditemui dengan kesan kelar di leher di rumah pangsa keluarganya di Bandar Baru Teluk Kumbar, dekat sini malam tadi.
Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar dekat sini ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada kira-kira jam 7.30 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad, berkata semasa bapa mangsa yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu pulang ke rumah mereka, beliau memanggil anaknya itu, namun tidak disahut.
Katanya, bapa mangsa terus ke bilik anak sulungnya itu dan didapati mangsa dalam keadaan berselimut di atas katil dan selepas menyelak selimut berkenaan, beliau mendapati anaknya itu sudah tidak bernyawa.
"Mangsa masih lengkap berpakaian dan kita percaya ada kesan pergelutan berdasarkan keadaan bilik berkenaan. Polis masih menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini malam tadi.
ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang pelajar, Intan Suraya (gambar kecil) di Bandar Baru Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang, malam tadi. - Foto Mikail Ong
Siti Nor Salawati berkata polis turut menjumpai bantal peluk yang terdapat kesan darah di ruang tamu rumah berkenaan.
"Siasatan juga mendapati tiada kesan pecah pada mana-mana pintu atau tingkap rumah dan tiada sebarang senjata ditemui dalam bilik mangsa atau rumah berkenaan," katanya.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an dipercayai teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan dan menjumpai dua bilah pisau dipercayai telah dibuang bersama telefon bimbit kepunyaan mangsa di Bayan Lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman hari ini, katanya.
Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata kali terakhir mangsa berhubung dengan ibu bapanya ialah menerusi khidmat pesanan ringkas pada kira-kira jam 12 tengah hari, meminta supaya dihantarkan makanan. - BERNAMA

4 maut selepas bot karam di Vancouver

ANGGOTA penyelamat menunggu ketibaan mangsa di jeti dekat Tofino. - Foto Reuters
ISNIN, 26 OKTOBER 2015 @ 12:10 PM

VANCOUVER, British Columbia: Sekurang-kurangnya empat maut selepas bot digunakan untuk melihat ikan paus yang membawa 27 penumpang karam di Pulau Vancouver, kata pihak berkuasa Kanada, lewat malam tadi.
Pusat Penyelarasan Penyelamat Bersama mengesahkan bot berkenaan membuat panggilan kecemasan sebelum jam 4 petang pada Ahad, ketika berada berhampiran Tofino, British Columbia.
Jurucakap Perkhidmatan Kesihatan Kecemasan British Columbia, Jenn Hamilton, berkata empat penumpang disahkan mati.
"Kematian itu tidak lama selepas kejadian berkenaan," katanya.
Hamilton berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian termasuk kewarganegaraan mangsa. - AP

Pengawal direman bantu siasatan kes bunuh pelajar

SEORANG pengawal keselamatan direman tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar perempuan di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi. - Foto Rudy Syareme Sheriffudin
ISNIN, 26 OKTOBER 2015 @ 11:19 AM
Oleh Siti Sofia Md Nasir

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini mengarahkan seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar perempuan di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.
Pengawal berumur 20an dan bertugas di sebuah sekolah di Bayan Lepas itu, dipercayai menjadi suspek utama kes pembunuhan berkenaan.
Majistret Muhammad Najib Ismail membenarkan permohonan pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut menahan suspek yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian jam 7.30 malam tadi, seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun ditemui mati oleh bapanya di kediaman mereka di Bandar Baru Teluk Kumbar, dengan kesan kelar di leher.
Suspek yang juga kenalan mangsa ditahan polis beberapa jam kemudian bersama pisau yang dipercayai digunakan untuk dalam kes itu.

Maut ditikam gara-gara selipar




Oleh S Anand Kumar

JOHOR BAHRU: Seorang buruh warga Indonesia maut selepas ditikam di pinggang kanan, di sebuah kawasan setinggan di Jalan Kebun Teh Lama di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa Sahral Asmara, 56, disahkan meninggal dunia akibat parah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata mangsa ditikam menggunakan senjata tajam disyaki pisau kecil.
Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian itu mungkin berpunca daripada tindakan mangsa menegur suspek berusia 42 tahun kerana memakai selipar miliknya dan memijak najis anjing.
"Suspek kemudian masuk ke dalam rumah dan terus menikam mangsa sebelum melarikan diri, " katanya.

26 termasuk pemberontak Kurdis terbunuh di Turki

MAJLIS pengebumian askar Turki yang terkorban dalam pertempuran di wilayah Daglica. - Sumber todayszaman.com
ISNIN, 26 OKTOBER 2015 @ 12:39 PM
TURKI: Seramai empat askar Turki dan kira-kira 20 pemberontak Kurdis terbunuh dalam siri pertempuran di tenggara, Turki, kata pasukan keselamatan, semalam.
Kebanyakan pertempuran di kawasan pergunungan wilayah Daglica berhampiran dengan sempadan Iraq.
Pertempuran turut membabitkan penggunaan helikopter, walaupun Parti Pekerja Kurdistan (PKK) berikrar menghentikan sementara apa juga bentuk serangan menjelang pilihan raya Turki pada 1 November ini.
Ikrar itu dilihat sebagai usaha membantu Parti Demokrasi Rakyat pro-Kurdis (HDP) meningkatkan sokongan dalam pilihan raya.- AFP

Terkini: Kira-kira 150 terkorban akibat gempa bumi



KEADAAN rumah yang musnah akibat gempa buni yang mengegarkan Afghanistan. - Foto AP
ISLAMABAD: Gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud mengakibatkan kira-kira 150 orang terkorban di Pakistan dan negara jiran, Afghanistan, kata pegawai.
Pihak berkuasa tempatan dan wilayah di Pakistan melaporkan angka kematian ialah kira-kira 118 orang manakala 31 orang disahkan maut di Afghanistan. - AFP