Search This Blog

Sunday, October 25, 2015

2 beranak maut dalam kemalangan


TELUK INTAN 25 Okt. - Dua beranak terbunuh manakala dua lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 7, Jalan Maharajalela dekat sini malam tadi.
Nahas pada pukul 10 malam itu mengorbankan Nissamuddin Osman, 26, di tempat kejadian manakala ibunya, Norijah Sitin, 63, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, dua lagi yang parah ialah isteri Nissamuddin, Nur Athirah Mohamad Rosle, 19, dan anak saudaranya, Syazatul Hasni Syaharuddin, 13.
Katanya, Nur Athirah yang hamil lima bulan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh manakala Syazatul Hasni menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
``Kemalangan ini membabitkan kereta Perodua Kancil yang dipandu mangsa dengan sebuah Toyota Vios dan Proton Wira,’’ katanya. -UTUSAN ONLINE.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/2-beranak-maut-dalam-kemalangan-1.150334#sthash.ixkCW4Lu.dpuf

2 beranak rentung



TUARAN 25 Okt. - Dua beranak rentung apabila rumah mereka di pekan Tuaran berhampiran Maktab Kem Tuaran di sini musnah dijilat api awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.25 pagi itu, mangsa yang maut ialah Baitin @ Fauziah Bedin, 48, dan anaknya, Habibur Rahman Azhar, 8.

Mayat kedua-dua mangsa, masing-masing ditemukan di dalam bilik tidur dan di hadapan tandas tingkat bawah rumah dua tingkat terbabit.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Afendy K. Ramin ketika dihubungi mengesahkan tentang kejadian itu.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 1.29 pagi. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/2-beranak-rentung-1.150370#sthash.LWCXi2XF.dpuf

Kereta ‘terbang’ sangkut di tiang pagar


Oleh Safuri Kamarudin

am@hmetro.com.my


Baling: Lelaki hanya cedera ringan di kepala walaupun kereta dipandu terbang sebelum tersangkut pada tiang pagar rumah dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada 6 petang ketika mangsa Mohd Khairul Zaini Abd Rahman, 24, dalam perjalanan dari rumahnya ke arah Pekan Baling, di sini.

Mohd Khairul Zaini berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila dia tertekan pedal minyak sebaik menghampiri kawasan selekoh menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lalu terbabas.

"Apabila sampai di kawasan selekoh, saya mahu menekan brek tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan kereta hilang kawalan lalu terbabas.

"Saya jadi panik dan tidak sedar kereta tersangkut. Apabila membuka pintu kereta barulah saya sedar tidak boleh turun kerana tergantung," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana terselamat walaupun terkejut kerana kereta tersangkut di atas tiang pagar setinggi dua meter.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2015 @ 2:47 PM


KERETA tersangkut di atas tiang pagar. FOTO ihsan pembaca

Parlimen Kosovo Kecoh, Pembangkang Lepaskan Gas Pemedih Mata


Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 1:28 PM

PRISTINA: Wakil rakyat pembangkang Kosovo melepaskan gas pemedih mata pada persidangan Parlimen untuk menggagalkan proses pengundian berkaitan Serbia.
Secara tiba-tiba dewan persidangan dipenuhi asap selepas dua kali gas berkenaan dilepaskan seorang Ahli Parlimen pembangkang.
Insiden itu menyebabkan Speaker Parlimen terpaksa menangguhkan sesi itu.
Kata wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, wakil rakyat pembangkang itu dilihat membuka tin gas pemedih mata itu.
Selepas beberapa jam, pihak pembangkang sekali lagi menghalang Parlimen bersidang apabila mengulangi perbuatan sama dan kali ini di dewan perhimpunan.
Susulan insiden itu, seramai 100 anggota polis dibawa masuk untuk memisahkan wakil-wakil rakyat pembangkang daripada ahli parlimen kerajaan dalam suasana penuh tegang.
Tindakan sabotaj itu bagi menghalang dialog dan persetujuan tajaan Kesatuan Eropah dengan Serbia terutamanya berhubung penubuhan majlis perbandaran yang diuruskan penduduk Serb sekali gus memberikan lebih autonomi kepada minoriti Serb di Kosovo. – AFP

Taufan Patricia Ke Utara Mexico


Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 4:18 PM

MEXICO: Pihak berkuasa lega apabila mendapati taufan Patricia yang membadai perkampungan di pantai Pasifik Mexico, mulai bergerak ke arah utara.
Rumah yang menempatkan 40 keluarga di Kampung Chamela itu dibadai taufan Patricia yang dikategorikan antara lima taufan ganas di Jalisco pada Jumaat.
Kesemua keluarga yang terlibat terselamat selepas mereka dipindahkan ke tempat perlindungan sebelum taufan berkelajuan 20 kilometer sejam itu menuju ke selatan.
"Kami sudah tiada apa-apa. Harta saya lenyap," kata Griselda Hernandez yang melihat keadaan rumahnya tanpa dinding dan bumbung.
Sementara penduduk Chamela hilang hampir kesemua harta mereka, beberapa wilayah lain hanya mengalami kerosakan kecil.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengumumkan tiada kematian dilaporkan.
Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto mengumumkan kerosakan yang dialami adalah kecil daripada yang dijangka selepas melawat Jalisco, Colima dan Nayarit.
"Mungkin amaran itu dibesar-besarkan tetapi lebih baik diingatkan lebih awal," kata Ruben Fregoso, pemilik restoran yang membuka semula perniagaannya.
Tetamu mula mengosongkan hotel di Perto Vallarta sebelum taufan Patricia tiba, sementara ribuan pelancong yang lain dipindahkan ke tempat perlindungan. 

Bapa Mangsa Culik Siar Iklan Bersihkan Nama Pemandu Teksi


Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 1:43 PM
Hanizan Kim Wen (tengah) dan datuk mangsa, Lee Sui (kanan) sebaik dibebaskan selepas didapati tidak terlibat dalam kejadian culik di Kajang baru-baru ini.

PETALING JAYA: Bapa kepada budak lelaki yang diculik di Kajang baru-baru ini menyiarkan iklan untuk membersihkan nama pemandu teksi yang menyelamatkan anaknya.
Menerusi iklan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan, Lee Kim Wen, 31 berkata, beliau dan keluarga yakin pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, tidak terlibat dalam kes culik itu.
Kim Wen juga berterima kasih kepada Hanizan dan berkata beliau terhutang budi kepada pemandu teksi berusia 41 tahun yang membawa pulang anaknya.
Bagaimanapun, beliau juga kesal kerana siasatan kes itu menyebabkan kehidupannya dan Hanizan terjejas.
Kim Wen juga memberitahu beliau mahu memastikan reputasi Hanizan tidak tercalar akibat kejadian itu.
Pada 9 Oktober lalu, budak lelaki itu diculik di luar tadikanya di Sungai Chua, Kajang dan insiden itu dirakam menerusi CCTV.
Bagaimanapun, selepas lapan jam, budak lelaki itu ditemui Hanizan dan dibawa pulang dengan selamat ke kediaman Kim Wen.
Siasatan polis mendapati Hanizan tiada kaitan dengan kes itu dan pemandu teksi itu akan menjadi saksi utama kejadian berkenaan.
Tiga lagi lelaki telah didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik dan menuntut wang tebusan.

Buruh Ditahan Miliki Pistol Palsu, Dadah Di George Town


Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 2:30 PM

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol palsu serta sejumlah dadah jenis ganja di sebuah pondok di tepi Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jelutong di sini, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis telah membuat pemerhatian di hadapan sebuah pangsapuri kira-kira pukul 4.50 petang sebelum ternampak lelaki berusia 30 tahun itu dalam keadaan mencurigakan.
"Polis kemudiannya mengekori lelaki yang menunggang motosikal itu sehingga sampai di hadapan pondok di tepi lebuhraya berkenaan sebelum anggota memperkenalkan diri dan membuat pemeriksaan," katanya di sini, Ahad.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol plastik bertulis Sig Sauer P2022 disyaki palsu berwarna hitam yang diselit pada pinggang lelaki itu.
Katanya pemeriksaan dalam jaket hitam dipakainya turut menjumpai sebungkus plastik mengandungi ketulan daun kering disyaki dadah jenis ganja.
Mior Faridalatrash berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai buruh di majlis perbandaraan itu mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk motif dia menyimpan pistol palsu berkenaan dan daripada mana suspek mendapatkan bekalan dadah," katanya.
Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu anggota sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah itu, katanya.
Beliau berkata lelaki yang positif dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.  -- Bernama

Ibu, Anak Rentung, Rumah Papan Musnah


Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 2:41 PM

KOTA KINABALU: Seorang ibu dan anaknya yang berusia lapan tahun terkorban dalam kebakaran yang memusnahkan rumah papan pada awal pagi di Tuaran dekat sini, Ahad.
Mayat rentung wanita berusia 48 tahun yang dikenali sebagai Fauziah dan anak lelakinya, Habiburahman ditemui di dua tempat berbeza di dalam rumah itu.
Pegawai bomba berjaya memadamkan kebakaran pada kira-kira pukul 5 pagi dalam kejadian kira-kira 35 kilometer dari bandar ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd Asnan Led berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.29 pagi dan tiba dilokasi kejadian beberapa minit kemudian.
"Difahamkan ada tiga keluarga tinggal dalam rumah dua tingkat itu dan mangsa tinggal di bahagian atas.
"Mungkin mereka cuba keluar ketika kebakaran berlaku tetapi gagal, bagaimanapun suami Fauziah berjaya menyelamatkan dirinya apabila terjun melalui tingkap yang menyebabkan kakinya patah," katanya.
Mayat kedua-dua mangsa ditemui di bilik dan tandas di tingkat bawah kediaman itu.

Dua Maut, Dua Cedera Parah Dalam Nahas Di Teluk Intan


Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 2:46 PM

IPOH: Dua maut, manakala dua lagi cedera parah apabila  kereta yang dinaiki melanggar dua kenderaan lain di Teluk Intan pada malam Sabtu.
Kemalangan yang melibatkan kereta Perodua Kancil, Toyota Vios dan Proton Wira berlaku kira-kira pukul 10.30 malam di Kilometer 7, Jalan Maharajalela, Batu 4 di Teluk Intan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada pemandu Perodua Kancil yang hilang kawalan selepas memandu melalui jalan licin.
"Dua penumpang yang terselamat tersepit di celah rempuhan itu berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.
"Manakala lelaki yang memandu Toyota Vios dan lima sekeluarga dari Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Dadah Ditemui Dalam Poket Seluar Mangsa Kemalangan


Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 5:27 PM

SETIU: Seorang pegawai perubatan menemui sejumlah dadah pada seorang mangsa kemalangan yang pada mulanya menerima rawatan di Hospital Setiu minggu lepas.
Mangsa berumur lingkungan 30-an yang keretanya dirempuh sebuah motosikal di  Kampung Batu 24, Jalan Sungai Tong.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supertendan Elias Abu Bakar berkata, ketika melakukan pemeriksaan ke atas mangsa, pegawai perubatan berkenaan menemui sembilan botol plastik dipercayai mengandungi dadah jenis heroin seberat 44.37 gram di dalam poket seluar mangsa.
"Suspek yang kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu ditahan reman sehingga Selasa ini untuk siasatan lanjut," katanya.
Sementara itu dua lelaki diberkas dan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM16,000 dirampas daripada mereka di Kampung Seri Aman di sini Khamis lalu.
Elias berkata ditemui 852 biji pil kuda dan ketulan kristal disyaki syabu yang dianggarkan seberat 60.10 gram dalam kereta kedua-dua rakan itu.-- Bernama

Pengawal peribadi Mahmoud Ahmadinejad terbunuh di Aleppo, Syria

AHAD, 25 OKTOBER 2015 @ 12:32 PMP

ENGAWAL peribadi bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, Abdollah Baqeri Niyaraki (belakang) terbunuh di Aleppo, utara Syria. - Foto AFP

ALEPPO, Syria: Seorang pengawal peribadi bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad terbunuh di Aleppo, utara Syria, lapor media Tehran. Abdollah Baqeri Niyaraki juga adalah bekas anggota Pengawal Revolusi Iran. Beliau berada di Syria dan berkhidmat sebagai penasihat tentera negara bergolak itu, lapor agensi berita Fars. Berita kematiannya muncul selepas dua lagi anggota tentera Iran berpangkat tinggi, yang juga bertindak sebagai penasihat di selatan negara ini terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak. Kemunculan penasihat tentera Iran merumitkan lagi geopolitik dalam peperangan di Syria, yang menyaksikan peningkatan serangan udara oleh Russia termasuk di sekitar bandar Aleppo, bandar terbesar di Syria. Duta Syria ke Russia, Riad Haddad, yang dipetik oleh media Russia sebagai berkata, akan berlaku pertempuran sengit dalam masa terdekat apabila tentera Syria bersiap sedia untuk merebut kembali bandar itu. Beliau juga mengakui tentera Syria membuat serangan udara ke kawasan itu. "Tentera kita yang dibantu pesawat Russia sedang mengelilingi bandar dan bersedia untuk merampas kawasan berkenaan," kata Haddad dalam satu temu bual dengan laman berita Gazeta.ru, hari ini. - CNN

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91747

Presiden Maldives minta rakyat bertenang selepas polis tahan timbalannya

AHAD, 25 OKTOBER 2015 @ 4:08 PM

MALE, Maldives: Presiden Maldives hari ini merayu supaya rakyat bertenang susulan penahanan naib presiden negara itu yang disyaki berkomplot untuk membunuh Presiden dan menjelaskan keputusan itu dibuat demi kepentingan negara. Presiden Yameen Abdul Gayoom berkata demikian kepada media tempatan mengenai penahanan Ahmed Adeeb semalam sejurus Ahmed pulang dari lawatan rasmi ke China. Polis membawa beliau ke pusat tahanan dari lapangan terbang. Pada insiden 28 September lalu, Yameen tidak cedera apabila bot lajunya meletup ketika dalam perjalanan ke ibu negara dari lapangan terbang selepas menunaikan haji. - AP PRESIDEN Yameen Abdul Gayoom.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91787

2 rentung kebakaran rumah di Tuaran


Oleh Suzianah Jiffar
TUARAN: Dua termasuk seorang kanak-kanak rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Maktab Kem Tuaran di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian itu pada jam 1.25 pagi, mangsa yang maut ialah seorang wanita berusia 48 tahun dan kanak-kanak lelaki lapan tahun.
Mayat kedua-dua mangsa masing-masing ditemui dalam bilik tidur dan di depan tandas tingkat bawah rumah dua tingkat berkenaan.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Afendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.29 pagi.
Katanya, sepasukan anggota bersama dua jentera tiba di lokasi dua minit kemudian sebelum kebakaran dikawal jam 2.22 pagi.

4 terbunuh kereta rempuh penonton perarakan di Oklahoma

AHAD, 25 OKTOBER 2015 @ 12:27 PM WASHINGTON: Empat terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dua tahun apabila sebuah kereta yang dipandu laju merempuh orang ramai yang sedang menyaksikan satu perarakan di Oklahoma, pada Sabtu. Pemandu berusia 25 tahun yang dikenal pasti oleh anggota polis sebagai Adacia Avery Chambers, kemudian ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan nahas pada majlis perarakan menyambut kepulangan pasukan Oklahoma State University (OSU). Mengikut maklumat dikeluarkan polis di bandar Stillwater, seramai 44 orang turut cedera, lapan daripadanya dalam keadaan kritikal akibat rempuhan kereta itu. "Oklahoma State University dikejutkan dengan tragedi hari ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban atau cedera," kata Presiden OSU, Burns Hargis dalam satu kenyataan. "Kami terkejut dan kecewa dengan tragedi yang dasyat ini. Perarakan Oklahoma State University adalah acara yang paling sihat dan cara ia dicemari seperti itu tidak boleh diterima." Jabatan Polis Stillwater berkata, kanak-kanak berkenaan meninggal dunia di hospital manakala tiga lagi terbunuh di tempat kejadian. - AFP

 TERIA Frank meletakkan tanda tangan di tempat khas bagi mengenang nahas di bandar Stillwater. - Foto AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91745

12 terbunuh kebakaran karaoke di Sulawesi


AHAD, 25 OKTOBER 2015 @ 4:23 PM



MANADO, Indonesia: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam kebakaran membabitkan sebuah pusat karaoke yang padat dengan pengunjung di Kepulauan Sulawesi, di sini, awal pagi tadi. Saksi berkata, kebakaran bermula jam 1 pagi di tingkat dua sebuah bangunan tiga tingkat apabila beratus pengunjung memenuhi pusat hiburan yang terletak di Manado, ibu negeri wilayah Sulawesi Utara. Ketua Polis Manado, Kolonel Rio Permana, berkata 12 mangsa yang terkorban di Kelab Inul Vizta Karaoke terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita dan semua mereka adalah warga tempatan. Kebanyakan mereka meninggal dunia akibat sesak nafas berbanding luka melecur. Sementara itu, 32 lagi mangsa yang cedera dirawat di hospital berhampiran. Beliau berkata, polis masih menyiasat punca kebakaran itu yang dapat dikawal sepenuhnya bomba beberapa jam kemudian.

SEKURANG-kurangnya 12 orang terbunuh dalam kebakaran membabitkan sebuah pusat karaoke yang padat dengan pengunjung di Kepulauan Sulawesi. - Foto ihsan Detik.com Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91793

Mahkamah Sesyen tetapkan 9 November pengurusan kes Kamal Hisham

JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 9 November depan untuk pengurusan kes peguam Kamal Hisham Ja'afar yang mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa sebagai pengarah syarikat.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh baharu itu bagi membolehkan pihak pembelaan mendapatkan dokumen lengkap daripada pihak pendakwaan.
Pada prosiding hari ini, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Azies Han Mohd Fadzil berkata terdapat dokumen yang diperlukan dalam kes itu yang belum diperoleh pihaknya.
"Sepatutnya hari ini adalah untuk menyerahkan dokumen lengkap, namun, terdapat dokumen yang belum dirampas dan dokumen itu perlu bagi kes ini.
"Mohon tarikh 9 November untuk melengkapkan dokumen dan tarikh baharu bagi pengurusan kes ini," katanya.
Kamal Hisham, 45, yang kini ditahan di Pusat Tahanan Ayer Molek, di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 8 September lalu.
Dia dituduh menyalah guna kedudukannya sebagai Pengarah Syarikat Southern Ads Sdn Bhd berhubung penyewaan ruang niaga di JB Sentral, di sini, antara 2009 dan 2011 mengikut Akta Syarikat 1965.
Kamal Hisham diwakili peguam Mohd Ashram Zakaria dan Datuk Hanif Hassan.
Ahli keluarga beliau turut hadir di mahkamah hari ini bagi mengikuti prosiding berkenaan.
Prosiding pengurusan kes itu sebelum ini dilakukan 11 Oktober lalu, namun, hakim sebelum ini, Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh baharu hari ini kerana pihak pendakwaan masih menunggu baki 10 peratus lagi dokumen yang akan diterima daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor sebelum diserahkan kepada pembelaan.
- BERNAMA

2 beranak maut nahas tiga kenderaan di Teluk Intan


Oleh Ravale Savarinathan

KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Maharajalela, di sini, malam tadi. - Foto ihsan bomba
TELUK INTAN: Dua beranak maut manakala dua yang lain parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 7, Jalan Maharajalela, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu kira-kira jam 10.30 malam, kenderaan yang terbabit dalam kemalangan adalah Toyota Vios, Perodua Kancil dan Proton Wira.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata mangsa yang maut adalah Nissamuddin Osman, 26, dan ibunya Norijah Sitin, 63.
Katanya, isteri mangsa Nur Athirah Mohamad Rosle, 19, yang mengandung lima bulan dan anak saudaranya Syazatul Hasni Syaharuddin, 13, pula parah.
Mohd Shuhaily berkata, Nissamuddin maut di tempat kejadian manakala ibunya meninggal dunia di hospital dan isteri mangsa dalam keadaan stabil.
"Semua mangsa berkenaan menaiki kereta Perodua Kancil manakala pemandu kereta Toyota Vios serta pemandu dan empat penumpang Proton Wira tidak cedera.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di hospital sama," katanya.
Katanya, polis menahan seorang lelaki yang juga pemandu Toyota Vios berusia 29 untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
ANGGOTA bomba membantu nahas yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Maharajalela, di sini, malam tadi. - Foto ihsan bomba

4 terbunuh kereta rempuh penonton perarakan di Oklahoma

WASHINGTON: Empat terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dua tahun apabila sebuah kereta yang dipandu laju merempuh orang ramai yang sedang menyaksikan satu perarakan di Oklahoma, pada Sabtu.
Pemandu berusia 25 tahun yang dikenal pasti oleh anggota polis sebagai Adacia Avery Chambers, kemudian ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan nahas pada majlis perarakan menyambut kepulangan pasukan Oklahoma State University (OSU).
Mengikut maklumat dikeluarkan polis di bandar Stillwater, seramai 44 orang turut cedera, lapan daripadanya dalam keadaan kritikal akibat rempuhan kereta itu.
"Oklahoma State University dikejutkan dengan tragedi hari ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban atau cedera," kata Presiden OSU, Burns Hargis dalam satu kenyataan.
"Kami terkejut dan kecewa dengan tragedi yang dasyat ini. Perarakan Oklahoma State University adalah acara yang paling sihat dan cara ia dicemari seperti itu tidak boleh diterima."
Jabatan Polis Stillwater berkata, kanak-kanak berkenaan meninggal dunia di hospital manakala tiga lagi terbunuh di tempat kejadian. - AFP
TERIA Frank meletakkan tanda tangan di tempat khas bagi mengenang nahas di bandar Stillwater. - Foto AP

Jerebu Mulai Melanda Jakarta


Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 12:17 PM

JAKARTA: Jerebu akibat kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan kini mula melanda sekitar ibu negara Indonesia ini.
Bagaimanapun, ia belum sampai ke peringkat serius.
Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BPNB) Sutopo Purwo berkata keadaan itu dikesan menerusi pengawasan seharian.
"Pemantauan menerusi satelit Himawari menunjukkan asap yang ditiup angin berada di Laut Jawa dan sebahagian Jakarta terjejas," katanya.
Asap kebakaran dari Sumatera dan Kalimantan sebelum ini tersebar luas hingga menjejaskan kualiti udara di Malaysia, Filipina, Singapura dan selatan Thai, selain di kedua-dua wilayah itu.
Sementara itu, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Luhut Binsar Pandjaitan berkata, kerajaan Indonesia sudah menyediakan kapal perang untuk memindahkan mangsa jerebu di Kalimantan dan Sumatera.
Katanya, enam kapal perang milik tentera dan dua milik syarikat kerajaan kemungkinan besar digunakan untuk menempatkan kanak-kanak dan bayi dari kawasan dilanda jerebu akan disediakan jika keadaan memaksa.
Luhut berkata demikian selepas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Presiden Joko Widodo (Jokowi).
Dia juga berkata, Indonesia akan meminta bantuan beberapa negara lagi untuk mengatasi masalah itu.
“Kami akan menghubungi Kanada, Amerika Syarikat dan Perancis untuk mendapatkan bantuan pesawat pemadam api,” kata Luhut.
Menurutnya, setakat ini tiga pesawat digunakan untuk memadamkan kebakaran iaitu BE-200, Pelican dan Air Tractor.

APMM Tahan Dua Kapal Pindah Minyak Secara Haram


Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 11:25 AM

JOHOR BARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal asing kerana melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, pada Sabtu.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata kedua-dua kapal itu ditahan di kedudukan 2.2 batu nautika tenggara Tanjung Ayam, pada 12.30 tengah hari.

"Semasa ditahan, kapal MT Chelsea II yang berdaftar di Singapura didapati sedang memindahkan 45.543 tan metrik minyak jenis Marine Gas Oil (MGO) ke kapal MV Lu Rong Yuan Yu 978 yang berdaftar di Shidao, China," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Amran berkata MT Chelsea II membawa lapan kru rakyat Indonesia, Myanmar dan Singapura manakala MV Lu Rong Yuan Yu 978 membawa 17 kru rakyat China dengan kesemua kru kedua-dua kapal terbabit berumur 35 hingga 54 tahun.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua kapal itu gagal mengemukakan dokumen atau permit berkaitan melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal.

"Kedua-dua kapal itu juga melakukan kesalahan lain seperti gagal melaporkan ketibaan kapal dalam perairan Malaysia dan gagal membayar dius api," katanya.

Menurut Amran, tiga kru kapal MT Chelsea II dan dua kru kapal MV Lu Rong Yuan Yu 978 dibawa ke Pejabat Maritim Daerah Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 49 1B(1)(k) dan Seksyen 49 1B(I)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran dan berlabuh tanpa kebenaran tanpa memaklumkan kepada Pengarah Laut serta  Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 kerana gagal membayar dius api.

Budak 18 Bulan Terselamat Selepas Lebih Lapan Jam Terapung Di Laut


Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 11:50 AM
Muhammed Hassan ketika diselamatkan Gurman selepas terapung lebih lapan jam.

TURKI: Tindakan nelayan Turki berpatah balik ke kawasan bot terbalik di Laut Aegean berbaloi apabila terlihat kelibat seorang kanak-kanak lelaki terapung-apung di situ.
Hanya bergantung kepada jaket keselamatan, budak lelaki berusia 18 tahun itu dipercayai telah lebih lapan jam berada di laut selepas bot yang dinaiki bersama 15 pelarian Syria lain terbalik dan tenggelam di pesisir pantai Kusadasi berdekatan Izmir di sini.
"Bayi itu mungkin sudah terlalu lama terapung di laut, sebaik menemuinya saya menarik bayi itu dan dapati ia budak lelaki dan mengalami hipotermia," kata nelayan berkenaan, Cenal Gurman.
Gurman bertindak pantas dengan menggantung bayi yang dikenali sebagai Muhammed Hassan itu terbalik iaitu kaki di atas dan kepala bawah untuk mengeluarkan air pada paru-paru dan perutnya.
Nelayan berusia 48 tahun itu kemudiannya membaluti tubuh bayi itu dengan selimut sebelum menyerahkannya kepada Pengawal Pantai Turki yang tiba untuk menyelamatkan pelarian berkenaan.
Muhammed kemudiannya dikejarkan ke hospital sebelum dibenarkan pulang beberapa jam kemudian.
"Saya gembira dapat menyelamatkan 16 nyawa dan harap kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya.
Media Turki juga merakamkan saat di mana Muhammed disatukan dengan keluarganya, termasuk ibu, Lorin Halef.
Menurut Halef, 23, mereka berasal dari Kobane, Syria dan merancang untuk kembali ke negara asal.
Bot dinaiki Hasan bersama pelarian lain yang menuju ke Greece dilaporkan terbalik Rabu lalu.
Lokasi Hasan diselamatkan itu tidak jauh dari pantai di mana jasad si kecil, Aylan Kurdi, 3 ditemui bulan lalu.
Aylan dan abangnya, Galip Kurdi, 5 adalah antara pelarian yang mati lemas selepas bot mereka karam dan ditemui hanyut di pantai Bodrum, Turki.

Kecuaian Akibatkan Lelaki 60 Tahun Terperangkap Dalam Runtuhan Rumah


Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 12:07 PM

KECUAIAN pegawai kerajaan mengakibatkan seorang warga emas cedera parah apabila terperangkap dalam runtuhan rumah yang dirobohkan di kawasan Alwal, Hyderabad.
Sebaik rumah itu dirobohkan pihak berkuasa tempatan, orang ramai menyedari ada yang terperangkap apabila kedengaran suara lelaki itu menjerit meminta tolong.
Berikutan insiden itu, keadaan menjadi tegang antara penduduk setempat dan pegawai yang menyelia kerja-kerja meroboh bangunan untuk membanteras rumah haram di situ.
Lelaki itu mengalami kecederaan serius dan dirawat di hospital tempatan pada Sabtu.
Susulan itu juga, orang ramai membuat aduan mengenai sikap cuai pegawai berkenaan.
Polis berkata, kes akan difailkan selepas lelaki yang tercedera itu memberikan kenyataannya.

Wanita Diserang, Dirompak Dalam Lif Kondominium


Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 8:28 PM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditendang, diheret dan dirompak oleh dua lelaki di dalam lif di sebuah kondominium di Setapak pada minggu lalu.
Insiden tersebut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang kini menjadi viral di media sosial.
Mangsa berusia 24 tahun itu mengalami lebam di kesemua bahagian badan dan dua giginya patah.
Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim dalam perjalanan pulang ke kediamannya di tingkat lapan di kondominium Setapak Prima apabila dua lelaki mengekorinya sehingga ke dalam lif pada kira-kira pukul 11.40 malam, 17 Oktober lalu.
Menerusi rakaman CCTV, dua lelaki sedang berbual antara satu sama lain dengan salah seorangnya berdiri di belakang Lim di dalam lif dan menekan butang tingkat lapan hanya selepas beberapa saat lif naik ke atas.
Beberapa saat sebelum pintu dibuka, seorang suspek memberi isyarat dengan menganggukkan kepala kepada rakannya sebelum Lim ditolak ke dinding lif.
Mangsa cuba bertindak balas tetapi keadaan menjadi lebih buruk apabila seorang lagi suspek menarik rambutnya dan mengheretnya keluar dari lif.
Lim cuba untuk mencapai pintu lif tetapi ditendang oleh kedua-dua suspek beberapa kali.
Pintu lif kemudiannya dibuka dan menunjukkan seorang suspek sedang mengira wang tunai manakala seorang lagi memegang beg tangan Lim.
Kaki Lim boleh dilihat dengan dirinya berada di dalam keadaan tidak bermaya terbaring di lantai.
Kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan dua kereta. Menerusi pemeriksaan polis mendapati kedua-dua nombor kenderaan yang dinaiki suspek adalah palsu.
Lim yang bercakap kepada pemberita pada sidang media MCA Wangsa Maju berkata, serangan tersebut mengakibatkan dua giginya patah, cedera di dagu dan badan.
Mangsa turut kerugian RM8,000 termasuk dua telefon pintar dan kunci kereta.
China Press melaporkan bahawa serangan itu menyaksikan beberapa pengikat zip hitam ditemui di lantai di lokasi kejadian.
Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yew Teong Look percaya pengikat zip itu digunakan suspek untuk mengikat mangsa.
"Ia mungkin kerja sindiket. Kita telah menyerahkan maklumat kepada polis dan kita mendapatkan perkembangan berhubung kes ini," katanya seperti yang dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, polis telah mengeluarkan lakaran wajah atau 'fotofit' kedua-dua suspek dan sedang memburu mereka.