Search This Blog

Saturday, October 24, 2015

Pesara Antara 43 Maut Bas Bertembung Trak


Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 12:18 PM
Kemalangan yang mengorbankan 43 nyawa termasuk sekumpulan pesara dekat Gironde, Jumaat.

PUISSEGUIN: Sekumpulan warga tua dan kanak-kanak antara 43 penumpang yang terkorban apabila bas yang dinaiki bertembung dengan sebuah trak dalam kemalangan di selatan Perancis, Jumaat.
Warga tua di kalangan pesara itu adalah penumpang bas, manakala kanak-kanak berusia tiga tahun itu maut dalam trak.
Pihak berkuasa tempatan memberitahu, bas dan trak terbabit bertembung di satu selekoh dua lorong di kawasan hutan berhampiran Puisseguin di daerah Gironde, kira-kira 60 kilometer dari timur Bordeaux.
Bas berkenaan membawa kira-kira 50 pesara untuk ke daerah Bearn di perkampungan Petit Palais.
Nahas itu berlaku hanya beberapa minit selepas mereka menaiki bas.
Sementara itu, pemandu bas terbabit dilaporkan terselamat selepas berjaya keluar melalui pintu depan ketika nahas berlaku.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, siasatan awal mendapati semua penumpang dalam bas itu adalah warga Perancis.
Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls dijadualkan mengunjungi tempat kejadian. Ia adalah kemalangan jalan raya terburuk di negara itu sejak nahas bas di Burgundy pada Julai 1982 yang mengorbankan 53 orang. - Reuters

Gelandangan Merempat Dalam Pencawang Elektrik


Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 8:00 AM

SIBU: Lima individu yang tidak mempunyai tempat tinggal termasuk empat kanak-kanak terpaksa menggadaikan nyawa mereka apabila menjadikan stesen pencawang elektrik sebagai tempat bermalam.

Tindakan mereka itu ternyata mengejutkan pegawai perkhidmatan utiliti yang menemui mereka di sana.

Tiga daripada mereka yang berusia 10, 11 dan 12 tahun dipercayai menjadikan stesen pencawang elektrik di Island Road itu sebagai rumah mereka sejak sebulan lalu.

Tempat berteduh kanak-kanak dari Kanowit itu kemudiannya disertai oleh seorang lagi remaja berusia 19 tahun dari Pakan.

Penghuni paling lama di stesen pencawang elektrik itu ialah seorang lelaki berusia 23 tahun yang tinggal di sana sejak tiga bulan yang lalu.

Lelaki itu juga berasal dari Pakan.

Ketika ditanya, kanak-kanak berusia 11 tahun itu berkata ibu bapanya bercerai beberapa tahun lalu.

"Selepas itu saya tinggal bersama saudara tetapi tidak dilayan dengan baik. Jadi, saya melarikan diri," katanya.

Sementara itu bagi kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun, dia berkata ibu bapanya telah meninggal dunia.

"Oleh kerana saya tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk hidup, saya akan berkeliaran di sekitar di bandar," katanya.

Kakitangan Syarikat Sesco Bhd dan pegawai polis yang memeriksa stesen pencawang elektrik itu pada Jumaat mendapati gelandangan itu berada dalam keadaan kusut.

Ada di antara mereka pernah ditahan polis kerana melakukan jenayah kecil seperti mencuri.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Martin Koo berkata, polis sedang menyiasat kumpulan gelandangan itu di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

"Kita juga akan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Remaja lemas di lombong Bukit Katak


Oleh Errah Amran

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengusung mayat Muhammad Alif Yusoff, yang dipercayai lemas di sebuah lombong terbiar di Lombong Guar Petai, Bukit Katak, Tasek Gelugor. - Foto NSTP
TASEK GELUGOR: Seorang remaja lelaki mati lemas di tapak bekas kuari di Bukit Katak, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian itu jam 1.05 tengah hari, Muhammad Aliff Yusoff, 13, dipercayai tergelincir ke lombong berkenaan ketika sedang bersiar-siar.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.08 tengah hari.
"Seramai tujuh anggota termasuk penyelia, membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda dan Tasek Gelugor melakukan usaha mencari dan menyelamat.
"Mayat mangsa ditemui kira-kira sejam kemudian dan kini dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat," katanya.
MUHAMMAD Alif Yusoff, 13 dipercayai lemas di sebuah lombong terbiar di Lombong Guar Petai, Bukit Katak, Tasek Gelugor. - Foto NSTP

Naib Presiden Maldives ditahan terbabit komplot bunuh presiden

SABTU, 24 OKTOBER 2015 @ 6:46 PM



NAIB presiden negara itu, Ahmed Adeeb. - Foto EPA
MALE: Pihak berkuasa Maldives hari ini menahan naib presiden negara itu, Ahmed Adeeb atas dakwaan terbabit dengan plot pembunuhan Presiden, Abdulla Yameen, yang terselamat selepas bot laju dinaikinya dibom baru-baru ini.

"Naib Presiden Adheeb ditangkap dan ditahan di Pusat Tahanan Dhoonidhoo. Pertuduhannya: pengkhianatan besar," kata Menteri Dalam Negerinya, Umar Naseer di Twitter.

Adeeb, 33, ditahan di lapangan terbang antarabangsa utama di Maldives pada tengah hari tadi waktu tempatan, selepas dia pulang dari Singapura.

Polis Maldives mengesahkan penahanannya berkaitan dengan satu siasatan insiden letupan atas bot laju dinaiki Yameen pada 28 September lalu.

"Naib Presiden, Ahmed Adeeb ditangkap di bawah waran mahkamah untuk siasatan insiden letupan di atas bot laju presiden," kata polis Maldives di Twitter dan laman web rasmi.

Serangan ke atas bot laju presiden itu berlaku ketika dia hendak mengunjungi bandar Pulau Male selepas pulang dari menunaikan haji di Arab Saudi.

Seorang pemimpin Maldives turut cedera dalam letupan itu namun isteri dan dua yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Beberapa jam sebelum penahanan dramatik itu, Yameen juga telah memecat Ketua Polis negara itu, Hussain Waheed.

Menteri Pertahanannya, Moosa Ali Jaleel turut dipecat 10 hari lalu, manakala pada Khamis lalu, Yameen juga menggugurkan jurucakap utama kerajaannya, Mohamed Shareef dan seorang menteri.

Shareef, yang berlepas ke kawasan berdekatan Sri Lanka tidak lama selepas insiden pada 28 September itu, berkata letupan itu mungkin disebabkan isu mekanikal, namun pihak berkuasa kemudian mengisytiharkan ia sebagai satu percubaan bunuh.

Pihak berkuasa Maldives juga menahan dua anggota keselamatan yang mempunyai akses kepada bot Yameen namun masih belum mendedahkan apa yang menyebabkan letupan itu. -AFP.

11 lelaki, 2 wanita rancang serang pusat perlindungan pelarian


Berlin: Polis di Jerman berjaya mematahkan perancangan sebuah kumpulan haluan kanan untuk menyerang pusat perlindungan pelarian menggunakan pistol, bahan letupan dan kayu besbol.

Seramai 11 lelaki dan dua wanita ditahan dalam serbuan di Bamberg, Jerman, selepas polis memantau mereka sejak setahun lalu.


Polis mengesahkan kumpulan itu bercadang menggunakan letupan termasuk dua mercun ‘bom bola’ seberat 1 kilogram yang diharamkan dalam serangan yang dirancang untuk 31 Oktober ini.

Polis merampas beberapa kilogram mercun haram dan beberapa senjata api, peluru, kayu besbol serta pisau.



Pendakwa Erik Ohlenschlager berkata, kumpulan itu mahu menakutkan peminta suaka dan ‘bom bola’ berkenaan yang disahkan pakar letupan mampu menyebabkan kerosakan teruk termasuk memecahkan tingkap jika dilepaskan berhampiran kediaman peminta suaka berkenaan.

Timbalan Ketua Polis daerah Upper Franconia Werner Mikulasch berkata, ia juga mampu menyebabkan kecederaan atau maut jika diletupkan dalam kawasan tertutup yang kecil seperti bilik atau kereta.

Beberapa suspek yang ditahan anggota parti politik The Right, manakala seorang lagi terbabit dalam penganjuran bantahan di Nuremberg untuk kumpulan yang berkaitan dengan persatuan anti-Islam PEGIDA.

Lima suspek dibebaskan manakala yang lain masih disiasat.

Pihak berkuasa Jerman memberi amaran keganasan terhadap migran semakin meningkat dengan lebih 576 terhadap atau di sekitar tempat perlindungan pelarian tahun ini - hampir tiga kali ganda jumlah direkodkan sepanjang 2014. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 5:07 AM

SENJATA dan bahan letupan dirampas polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87687#sthash.hKZ4obrW.dpuf

Maut pisahkan pasangan hanya selepas 4 hari bersanding



ABDUL Rauf Sarauddin (kiri) diberi peluang menatap wajah arwah isterinya, Siti Fatimah Manja selepas bedah siasat.
TELUK INTAN: Maut memisahkan sepasang pengantin remaja, yang baru empat hari bersanding selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung sebuah pacuan empat roda dalam nahas, di sini, pada Rabu lalu.
Dalam nahas di Kilometer 29, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datoh, kira-kira jam 10.30 malam itu, Siti Fatimah Manja, 18, meninggal dunia beberapa jam selepas kejadian ketika dia dalam rawatan kecemasan di Hospital Teluk Intan (HTI).
Suaminya, Abdul Rauf Saruddin, 19, yang bekerja sebagai jurujual pula cedera parah apabila patah kaki.
Pasangan itu dalam perjalanan dari Bagan Datoh ke Teluk Intan apabila bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.
Kakak mangsa, Siti Hajar, 25, berkata keluarganya baru selesai melangsungkan majlis persandingan buat adiknya dan ipar itu pada Sabtu lalu.
"Mereka dijadualkan akan diraikan dengan majlis persandingan sebelah keluarga lelaki pula pada Ahad ini. Malangnya tidak kesampaian akibat nahas yang menimpa ini," katanya.
Jenazah arwah Fatimah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap, tengah hari semalam.

Kota Banjarmasin Diselimuti Kabut Tebal

Pemerintah Provinsi Kalimantan Tengah menetapkan status Kejadian Luar Biasa (KLB) ISPA akibat kabut asap.

Liputan6.com, Jakarta - Ibukota Provinsi Kalimantan Selatan, Kota Banjarmasin hingga saat ini masih diselimuti kabut asap yang menyebabkan jarak pandang kurang dari 1 kilometer.

"Kondisi kabut asap hari ini jauh lebih pekat dari hari sebelumnya," kata warga kompleks AMD permai, Banjarmasin, Sabtu (24/10/2015).

Akibat kabut asap tebal tersebut, kendaraan roda 2 dan roda 4 yang melintas jalan raya di Kota Banjarmasin harus menyalakan lampu dan berhati-hati demi menghindari kecelakaan.

Sementara itu matahari hingga pukul 09.15 Wita masih terlihat bulat kemerahan dan belum terlihat sinarnya yang terang.

Kepala Badan Lingkungan Hidup Daerah (BLHD) Kota Banjarmasin Hamdi mengakui, kondisi udara di wilayah ibukota provinsi tersebut kini sudah benar-benar tidak sehat.

"Bukan saja karena asap kendaraan bermotor, debu karena padatnya arus lalu-lintas, dan sekarang malah ditambah serbuan asap akibat kebakaran lahan hutan dan semak belukar," kata Hamdi pada Kamis 22 Oktober 2015.

Menurut Hamdi, batas partikel debu udara idealnya 230 miligram per liter, namun saat itu sudah jauh di atas ambang batas, yakni mencapai 500 miligram per liter.

Hamdi mengatakan, dengan kondisi udara itu dampaknya mengkhawatirkan terhadap kesehatan. Khususnya berjangkitnya ISPA atau penyakit asma. Karena itu, warga lebih baik tinggal di dalam rumah ketimbang keluar rumah bila tidak ada kegiatan penting.
Kalau memang harus berpergian juga maka dianjurkan menggunakan masker yang standar, agar partikel debu tersebut tidak sampai terhirup ke dalam tubuh. (Ant/Mvi/Ndy)

Sekurang-kurangnya 43 terbunuh nahas bas di Perancis


ANGGOTA forensik membuat siasatan di lokasi nahas yang mengorban 43 orang di selatan Perancis, hari ini. - Foto REUTERS
PUISSEGUIN: Sekurang-kurangnya 41 orang termasuk warga tua yang berada dalam sebuah bas terbunuh apabila kenderaan mereka naiki bertembung dengan sebuah trak dalam satu kemalangan di selatan Perancis, hari ini.
Sementara dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam trak terbabit manakala lapan yang lain cedera.
Mengikut laporan media, kanak-kanak yang maut dalam trak itu berumur kira-kira tiga tahun.
Bas dan trak terbabit bertembung di satu selekoh dua lorong di kawasan hutan berhampiran Puisseguin di daerah Gironde, kira-kira 60 kilometer dari timur Bordeaux, mengikut pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan.
Bas berkenaan membawa kira-kira 50 pesara untuk ke daerah Bearn di perkampungan Petit Palais. Nahas itu berlaku hanya beberapa minit selepas mereka menaiki bas.
Sementara itu, pemandu bas terbabit dilaporkan terselamat selepas dia dapat keluar melalui pintu depan ketika nahas berlaku.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, siasatan awal setakat ini mendapati semua penumpang dalam bas itu adalah warga Perancis.
Presiden Perancis, Francois Hollande, yang kini dalam rangka lawatan ke Athens, Greece, menzahirkan kesedihan dengan tragedi yang berlaku, sementara Perdana Menteri, Manuel Valls dijadualkan mengunjungi tempat kejadian.
Ia adalah kemalangan jalan raya terburuk di Perancis sejak nahas bas di Burgundy pada Julai 1982 yang mengorbankan 53 orang. - Reuters

Dua beradik rentung dalam kebakaran rumah


Oleh Nurul Fhatihah Zakinan


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran di Taman Tanjung Minyak, Melaka. - Foto Rasul Azli Samad
MELAKA: Dua beradik perempuan ditemui rentung dalam keadaan berpelukan selepas rumah mereka di Taman Tanjung Minyak di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mayat Nur Qhalisha, 7, dan adiknya, Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 6, ditemui di bilik tengah rumah berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian, datuk mangsa, Sapiee Mat Dom, 55, berada di kedai makan terletak kira-kira 10 meter dari rumah itu sebelum dimaklumkan rumah anaknya, Rosghazali, 33, terbakar.
"Saya bergegas ke rumah dia (anak) dan lihat dia sedang cuba masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan dua anaknya.
"Saya dan dia cuba untuk masuk ke dalam rumah, namun gagal kerana asap terlalu tebal dan pintu depan juga berkunci dari dalam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan, ibu mangsa tiada di dalam negeri kerana masih bertugas sebagai jururawat di Arab Saudi.
Timbalan Penguasa Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Kamaruzaman Mohd Din, berkata seramai 18 anggota, termasuk dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu dan Jalan Kubu dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 5.38 petang.
"Kita sempat menyelamatkan seorang mangsa iaitu bapa kepada dua kanak-kanak berkenaan yang ditemui dalam keadaan sesak nafas.
"Dua mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui saling berpelukan pada jam 5.55 petang. Kita percaya mereka berada di bawah katil untuk menyelamatkan," katanya.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa keadaan mangsa kebakaran Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, dan Nur Qalesya Balqis Rosghazali, 6, selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Taman Tanjung Minyak, Melaka. - Foto Rasul Azli Samad

Sekurang-kurangnya 43 terbunuh nahas bas di Perancis


ANGGOTA forensik membuat siasatan di lokasi nahas yang mengorban 43 orang di selatan Perancis, hari ini. - Foto REUTERS
PUISSEGUIN: Sekurang-kurangnya 41 orang termasuk warga tua yang berada dalam sebuah bas terbunuh apabila kenderaan mereka naiki bertembung dengan sebuah trak dalam satu kemalangan di selatan Perancis, hari ini.
Sementara dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam trak terbabit manakala lapan yang lain cedera.
Mengikut laporan media, kanak-kanak yang maut dalam trak itu berumur kira-kira tiga tahun.
Bas dan trak terbabit bertembung di satu selekoh dua lorong di kawasan hutan berhampiran Puisseguin di daerah Gironde, kira-kira 60 kilometer dari timur Bordeaux, mengikut pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan.
Bas berkenaan membawa kira-kira 50 pesara untuk ke daerah Bearn di perkampungan Petit Palais. Nahas itu berlaku hanya beberapa minit selepas mereka menaiki bas.
Sementara itu, pemandu bas terbabit dilaporkan terselamat selepas dia dapat keluar melalui pintu depan ketika nahas berlaku.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, siasatan awal setakat ini mendapati semua penumpang dalam bas itu adalah warga Perancis.
Presiden Perancis, Francois Hollande, yang kini dalam rangka lawatan ke Athens, Greece, menzahirkan kesedihan dengan tragedi yang berlaku, sementara Perdana Menteri, Manuel Valls dijadualkan mengunjungi tempat kejadian.
Ia adalah kemalangan jalan raya terburuk di Perancis sejak nahas bas di Burgundy pada Julai 1982 yang mengorbankan 53 orang. - Reuters

[VIDEO] Seksaan 44 saat


Kuala Terengganu: Seorang ibu menangis sebaik melihat rakaman video mengenai anaknya dipercayai didera di pusat asuhan kanak-kanak, di Jalan Bukit Kecil, di sini.

Rakaman 44 saat itu dikatakan dirakamkan pada 15 Oktober. Ibu itu berharap biarlah polis menjalankan siasatan.





Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 10:52 PM

PETIKAN kisah ibu terbabit di akhbar Harian Metro, 23 Oktober
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87602#sthash.ERcZ1mF6.dpuf

Maut motosikal rempuh kerbau

 Oleh Hamzah Osman

am@hmetro.com.my
Langkawi: Lelaki maut selepas motosikal ditunggangi merempuh kerbau dalam kemalangan di Kampung Lawer, Mukim Padang Matsirat, di sini, awal pagi ini.


Dalam kejadian 1.50 pagi, Shafiq Shahari, 20, dari Kampung Batu Ara, terbunuh di tempat kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai makan sebelum kejadian.

“Akibat rempuhan itu, motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam sawah berhampiran,” katanya.

Katanya, jenazah mangsa kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Langkawi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 12:15 PM

FOTO Hamzah Sarah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87801#sthash.DEnfaZlO.dpuf

Sasa yang masih hilang

Oleh Ramli Ibrahim

am@hmetro.com.my


Gua Musang: Hasil ujian DNA ke atas dua lagi mayat dan rangka kanak-kanak yang ditemui di tebing Sungai Perias, dekat Pos Tohoi di sini, sebelum ini, adalah murid Orang Asli, iaitu Linda Rosli, 8, dan Haikal Yaakob, 8.


Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim mengumumkan perkara itu sekali gus menafikan telahan awal mengatakan mayat pertama ditemui adalah Sasa Sobrie, 8.

"Ini adalah spesimen terakhir yang kita hantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan Patologi dan keputusan ujian DNA mengesahkan mayat adalah Linda dan rangka adalah Haikal.

"Bermakna, mangsa yang masih hilang adalah Sasa dan kita akan terus mencarinya sehingga ditemui," katanya dalam sidang media di Pos Tohoi, di sini, petang tadi.

Sebelum ini ahli keluarga Sasa mengesahkan mayat kanak-kanak itu menerusi pengecaman yang dibuat sehari selepas mayatnya ditemui di tebing Sungai Perias dekat Pos Tohoi, 7 Oktober lalu.

Haikal pula didakwa masih hilang berikutan kenyataan kakaknya Norieen, 10, yang memberitahu kanak-kanak itu lemas dan dihanyutkan arus sungai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 6:08 PM

Sasa masih hilang. FOTO arkib NSTP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87559#sthash.o76R93Tk.dpuf

Kerah kereta kebal

Agensi
Ljubljana (Slovenia): Slovenia membawa masuk kereta kebal dan polis antirusuhan untuk mengawal kemasukan puluhan ribu migran yang masuk ke negara itu dari negara jiran, Croatia serta Hungary.

Lebih 12,000 migran masuk ke Slovenia dalam tempoh 24 jam dengan ribuan lagi dijangka tiba.


Mereka sebelum itu menuju ke Hungary - anggota zon bebas visa dalam Kesatuan Eropah (EU) - sebelum negara berkenaan menutup sempadannya dengan Croatia, semalam.

Seorang anggota polis menggunakan pembesar suara didengar meminta orang ramai bertenang dan berkata: “Jika kamu menimbulkan masalah, kami juga akan menimbulkan masalah.”

Lebih 1,000 migran menunggu masuk, sama ada untuk meminta suaka di Austria atau sebagai laluan ke negara EU lain.

Pihak berkuasa Slovenia berkata, mereka tidak mampu menangani lebih 2,500 kemasukan sehari dan menuduh Croatia menghantar terlalu ramai migran.

Slovenia meminta bantuan polis daripada EU untuk menyelaraskan aliran migran dari Croatia, kata Menteri Dalam Negeri Vesna Gyorkos Znidar kepada TV Slovenia. Katanya, migran berkenaan menelan kos £550,000 (RM3.6 juta) sehari.

Sumber Suruhanjaya Eropah (EC) berkata, Austria, Jermany, Itali, Hungary, Republik Czech Slovakia dan Poland semua menawarkan bantuan polis.

Selepas menemui Znidar, pesuruhjaya tinggi migrasi EU, Dimitris Avramopoulos berkata: “EC bersedia sekiranya Slovenia meminta bantuan kewangan kecemasan. Kami sentiasa sedia membantu, Slovenia tidak bersendirian dalam hal ini.”

Croatia juga meminta bantuan antarabangsa dan = memohon sumbangan selimut, khemah musim sejuk serta katil. Lebih 217,000 migran memasuki negara itu sejak pertengahan September lalu.

Lebih 2,000 pelarian dan migran terpaksa menunggu dalam kesejukan di sebuah padang di luar Rigonce di sempadan Croatia sebelum diiring polis ke kem pelarian berhampiran.

Mohammad Labban, 27, pelarian Palestin dari Lubnan berkata: “Saya mahu ke Sweden untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang perbankan serta kewangan. Tetapi sekarang saya rasa seperti mahu pulang saja disebabkan keadaan yang terlalu teruk.”

Migran dan polis bertempur di sempadan Serbia semalam manakala seorang lelaki ditikam di lintasan ke Slovenia.
KERETA kebal dan polis antirusuhan mengawal keadaan. 
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 5:07 AM

MIGRAN berhimpun menunggu bas untuk membawa mereka ke tempat pendaftaran di sempadan Slovenia berhampiran Austria.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87690#sthash.dwmxq6eb.dpuf

40 pelancong warga emas maut


Paris: Sekurang-kurangnya 40 warga emas kebanyakannya pelancong maut selepas bas dinaiki merempuh lori di jalan kampung di barat daya Perancis, semalam.

Punca kejadian berhampiran pekan Puisseguin itu masih tidak diketahui.

Jumlah kematian tinggi disebabkan bas itu terbakar sejurus rempuhan, kata sumber khidmat polis gendarme kebangsaan.

Bas itu membawa pelancong, kebanyakannya warga emas dari bandar berhampiran dalam perjalanan sehari ke lokasi lain di barat daya Perancis.

Bas itu baru bertolak sebelum merempuh lori itu, kata ahli Parlimen Gilles Savary kepada stesen televisyen BFM. Kemalangan itu dianggap paling teruk sejak nahas bas pada 1982 yang menyebabkan 53 termasuk 46 kanak-kanak terbunuh.

Media Perancis melaporkan, mangsa terselamat berjaya keluar dari kenderaan yang terbakar itu dengan memecahkan tingkap. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 5:05 AM

PASUKAN kecemasan membawa mangsa cedera untuk rawatan lanjut.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87676#sthash.RoKKMEEp.dpuf

Jerebu terburuk landa selatan Thai

Agensi
Bangkok: Selatan Thai dilanda pencemaran udara terburuk dalam tempoh 10 tahun berikutan pembakaran hutan di Indonesia sejak dua bulan lalu.

Keadaan itu bukan saja menyebabkan penduduk berdepan dengan kesukaran bernafas, tetapi juga memaksa penerbangan ditunda di kawasan yang popular dengan pelancong di wilayah berkenaan.


Thailand biasanya terlepas daripada kesan kebakaran di Indonesia yang berlaku setiap tahun.

Bagaimanapun, sejak beberapa minggu lalu, angin yang bertiup dari Sumatera membawa asap kebakaran di wilayah Indonesia itu ke utara.

Pegawai Thai berkata semalam, kualiti udara di tujuh wilayah selatan negara itu kini merosot kepada paras tidak sihat dengan Songkhla mencatatkan pembacaan paling tinggi.

Ia menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa ditunda.

“Ia menjadi krisis sekarang. Ia yang paling buruk dalam masa 10 tahun,” kata Ketua Pejabat Alam Sekitar Songkhla Halem Jemarican.

Menurutnya, faktor utama ialah angin.

“Angin kencang di tempat pembakaran, tetapi apabila tiba di Thailand, angin lemah, menyebabkan jerebu itu statik lebih lama,” katanya.

Pegawai di Lapangan Terbang Hatyai berkata, tiga penerbangan dari Bangkok terpaksa ditunda semalam kerana jerebu selepas satu penerbangan terpaksa diarah mendarat di Surat Thani, kelmarin.

Awal bulan ini, beberapa penerbangan yang penuh dengan pelancong menuju ke pulau peranginan Phuket dan Koh Samui dipaksa berpatah balik.

Pakar berkata keadaan berjerebu sekarang mungkin berpanjangan hingga tahun depan kerana fenomena cuaca El Nino.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 11:19 AM

PELAJAR memakai topeng muka ketika meninggalkan sekolah mereka di daerah Muang, Yala, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87454#sthash.VEAOTYSF.dpuf

Kebakaran hutan di Indonesia makin besar


Putrajaya: Indonesia memohon bantuan luar menangani kebakaran selepas segala usaha memadam kebakaran dan operasi pembenihan awan tidak berhasil, sementara skala kawasan terbakar pula semakin melebar, kata Kaunselor Menteri di Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia Freddy M Panggabean.

Beliau berkata ia diputuskan selepas lebih 22,000 anggota keselamatan bersama 24 pesawat digerakkan bagi memadamkan kebakaran yang mengakibatkan jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara negara jiran itu.


Ditanya mengapa Indonesia mengambil masa sebelum meminta bantuan luar, selepas menghadiri Bicara Persada: Bernafas Dalam Jerebu Sampai Bila? di

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini, Freddy berkata setiap negara mempunyai polisi untuk mengawal bencana secara dalaman terlebih dahulu.

"Ia tidak harus diertikan sebagai Indonesia tidak mahu menerima bantuan luar sebaliknya keputusan itu tentunya dibuat atas keyakinan aset dan keupayaan dalaman yang dimiliki mampu digunakan dalam melaksanakan operasi memadam kebakaran," kata Freddy.

Selain Malaysia, Presiden Indonesia Joko Widodo secara rasmi turut meminta bantuan Singapura, Russia dan Jepun.

Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Malaysia tidak akan mengenakan sebarang bentuk tekanan kepada Indonesia dalam menangani gejala jerebu, Freddy berkata ia membuktikan wujud persefahaman antara dua negara berjiran.

Kenyataan itu juga, jelas beliau, menyerlahkan keyakinan Malaysia terhadap usaha serta tindakan yang sedang dan akan dilakukan kerajaan Indonesia dalam menangani kebakaran hutan yang menyebabkan gejala jerebu. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 9:19 PM

Jerebu teruk kini sampai ke selatan Thailand, termasuk di Narathiwat dalam gambar yang dirakam hari ini. - Foto AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87586#sthash.JL9pzQ9r.dpuf

Aksi romantis tak menjadi


Hubei (China): Seorang lelaki yang berhasrat melamar kekasihnya bertindak diluar jangkaan apabila dengan bangganya memberhentikan kenderaan yang menunda sebuah bot di hadapan hospital.

Dia kemudian masuk ke dalam bot terbabit sambil memegang sejambak bunga dan sambil melaungkan nama kekasihnya berkata: “Saya cintakan kamu! Tolong maafkan saya!” menggunakan mikrofon.

Tidak lama selepas itu, seorang wanita melangkah keluar dari hospital dan memanjat ke atas bot terbabit.

Sambil diperhatikan orang ramai yang berkumpul dan bersorak sambil merakam gambar menggunakan telefon bimbit mereka, lelaki itu mengeluarkan sebentuk cincin dan melamar wanita berkenaan.

Bagaimanapun, suasana romatik itu bertukar menjadi sebaliknya, apabila wanita itu dengan selamba melemparkan cincin terbabit dan kembali ke hospital seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Lelaki itu turut beredar dari tempat kejadian, mungkin untuk mencari ketenangan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 5:08 AM


GAMBAR yang sempat dirakam orang ramai sebelum wanita itu menolak lamaran.

‘Patpong mini’ gulung tikar

 Oleh Nadzreen Shah Mat Salim

am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kawasan pusat pelacuran ‘Patpong mini’ sekitar Jalan Thambypillai, Brickfields di sini, bertukar sepi apabila lebih 10 rumah pelacuran di kawasan itu dimusnahkan polis.


Lokasi itu sejak sekian lama menjadi tumpuan warga asing dan tempatan berikutan ‘bapa ayam’ menawarkan khidmat pelacur semurah RM20.

Kegiatan maksiat itu tambah meriah pada hujung minggu apabila kawasan kedai yang diubah suai menjadi ratusan bilik kecil menyediakan pelacur warga asing kebanyakannya dari Indonesia.

Tinjauan wartawan Harian Metro, semalam mendapati, kawasan itu sunyi sepi berikutan semua ‘rumah ayam’ berkenaan menutup operasi.

Malah difahamkan kebanyakan ‘bapa ayam’ di kawasan itu terpaksa ‘gulung tikar’ apabila lokasi itu terus digempur polis sejak sebulan lalu.



Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 6:58 AM

KAWASAN aktiviti pelacuran di Jalan Thambypillai, Brickfields yang lengang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87796#sthash.IjjJEKCx.dpuf

Tayang pistol pada pelanggan

 Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

azimfitri@mediaprima.com.my


Kuala Lumpur: Jual dadah sambil menayang pistol pada pelanggan. Itu antara perangai pelik seorang pengedar dadah yang dikesan kerana aktif menjual dadah sekitar ibu kota.


Suspek berusia 49 tahun itu dikesan memilik pistol bersama kelopak mengandungi lapan peluru hidup selain satu pistol angin.

Tindakan jenayah suspek bagaimanapun berjaya ditumpaskan selepas suspek diberkas polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang kelmarin.

Ketua JSJN Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, suspek yang bekerja sebagai broker tanah itu ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 18 gram, lapan pil ecstasy dan lima pil Eramin 5.

Menurutnya, susulan penahanan itu, suspek membawa polis ke kondominium mewah disewa di Wangsa Maju, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 6:57 AM

ANTARA barangan yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87794#sthash.yhzLEG9K.dpuf

Wanita jadian

Agensi
Chengdu, China: Seorang lelaki ditahan polis selepas menyamar sebagai wanita untuk merompak lelaki berhidung belang yang ditemuinya di laman sosial.

Lelaki dikenali sebagai Tan itu dipercayai memperdaya beberapa lelaki untuk bertemu di hotel sebelum merompak mereka.

Tan, 48, yang bekerja sebagai pendandan rambut itu kemudian meletakkan dadah dalam minuman mangsa sebelum melarikan wang dan barangan berharga lain.

Polis mula memburu Tan selepas seorang mangsanya dikenali sebagai Zhang membuat laporan polis mendakwa dia dirompak wanita yang dikenalinya di laman sosial.

Zhang yang berusia dalam lingkungan 20-an mendakwa dia berkenalan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Black Rose’ di laman sosial.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 6:56 AM

TAN memakai pakaian wanita dan menunjukkan bilik hotel yang digunakan untuk merompak mangsanya. Gambar kanan, Tan ketika menyamar sebagai perempuan untuk memperdayakan mangsanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87790#sthash.xGHN7cwO.dpuf

Tuduhan minta habuan seks palsu


Tuduhan minta habuan seks palsu

24 OKTOBER 2015
Tuduhan minta habuan seks palsu Perdana Menteri India Narendra Modi menyerahkan bantuan perumahan yang dibiayai kerajaan kepada salah seorang mangsa terjejas perang. - Foto AFP

NEW DELHI - INDIA . Siasatan Palang Merah terhadap dakwaan seorang balu perang yang mendakwa terdapat kakitangan di Sri Lanka menuntut seks sebagai balasan untuk mendapatkan geran perumahan dari Kerajaan India tidak menemui sebarang bukti.

Persatuan Palang Merah Sri Lanka (SLRCS) memulakan siasatan pada awal Oktober, selepas menerima aduan bertulis daripada seorang wanita menuduh pegawai teknikal meminta habuan seks sebagai pertukaran untuk menyegerakan geran bagi membina semula rumahnya.

Pengurus Komunikasi Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC), Mahieash Johnney berkata, barisan panel telah menyoal siasat pengadu dan 15 yang lain, tetapi tiada bukti kukuh untuk menyokong aduan tersebut.

"Ketika siasatan dijalankan, panel mendapati bukti bahawa terdapat perbalahan dalaman yang membawa kepada dakwaan palsu ini," katanya.

Menurutnya, dakwaan palsu boleh merosakkan reputasi dan kerja keras kakitangan serta menjejaskan pembiayaan penderma untuk lebih 60,000 keluarga yang masih memerlukan rumah.

Sepanjang 26 tahun perang saudara di Lautan India yang berakhir pada Mei 2009, puluhan ribu orang terbunuh, manakala ratusan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal dan banyak infrastruktur turut musnah. - Reuters

Suami isteri rugi RM300,000 rumah terbakar


Kebakaran

23 OKTOBER 2015
Kebakaran

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri kerugian RM300,000 selepas rumah teres setingkat yang didiami mereka di Kampung Parit Ghani, Simpang Renggam dekat sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Kebakaran kira-kira pukul 9 pagi itu turut meranapkan sebuah kedai runcit dan bengkel motosikal yang diusahakan pasangan itu, masing-masing sejak dua dan 13 tahun lalu.  

Pemilik rumah berkenaan, Juriah Senin, 30, berkata, dia dan suami menyedari kebakaran itu sebaik dihubungi kakak iparnya ketika keluar membeli barangan runcit di pasar berdekatan.

Selepas menerima perkhabaran, pasangan itu bergegas pulang ke rumah dan mendapati api sedang marak hingga menyukarkan keduanya menyelamatkan barangan.

"Orang kampung hanya sempat menyelamatkan barang kedai runcit manakala barangan rumah musnah kesemuanya.  

"Di bengkel pula, sebanyak 17 motosikal pelanggan yang dihantar ke situ untuk dibaiki turut hangus ketika ia (bengkel) dijilat api," katanya yang dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Juriah berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana kesemua dokumen penting dan anak-anak dibawa bersamanya ketika kejadian berlaku.

Laporan polis mengenai kebakaran telah dibuat di Balai Polis Simpang Renggam sejurus api berjaya dipadamkan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rengit, Hamid Misran berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.04 pagi dan kemudian menghantar sebuah jentera bersama sembilan anggota ke tempat kejadian.

"Kami mengambil masa lebih daripada sejam untuk memadamkan kebakaran dan operasi tamat sepenuhnya pada 11.05 pagi.

"Kebakaran disyaki berpunca daripada litar pintas dan kerugian pula dianggarkan sebanyak RM300,000," katanya. - Bernama

Tauke bengkel disamun


WARTAWAN SINAR HARIAN
Tauke bengkel disamun

24 OKTOBER 2015
Tauke bengkel disamun Gunasekaran (kiri) membantu Ah Yong melakonkan semula bagaimana kejadian dia diserang salah seorang daripada enam perompak.

SENAWANG - Seorang pemilik bengkel kenderaan di Taman Industri Ringan Senawang, di sini menghadapi saat mencemaskan apabila dia diserang enam lelaki bersenjatakan parang.

Dalam kejadian 11 Oktober lalu, Ah Yong, 55, kerugian kira-kira RM2,000 apabila wang tunai dan barangan dalam bengkel berkenaan dilarikan.

Menurut Ah Yong, ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, dia sedang membaiki sebuah kereta dalam bengkelnya seorang diri.

Bagaimanapun, tiba-tiba datang enam lelaki menaiki tiga motosikal berhenti di hadapan kedainya, lalu menyerbu masuk dengan parang di tangan.

“Tiga daripada mereka mengeledah dalam kedai dan mengambil beberapa barang bengkel sebelum memaksa saya mengeluarkan wang.

“Dalam keadaan takut saya terus menyerahkan semua duit yang ada lebih kurang RM1,000 lebih, termasuk telefon bimbit.

“Selepas dapat duit dan mengambil beberapa barang, mereka terus pergi,” katanya ketika ditemui di bengkelnya, semalam.

Sementara itu, Adun Senawang, P.Gunasekaran yang melawat bengkel Ah Yong semalam memohon pihak berkuasa membuat rondaan lebih kerap di kawasan tersebut.

"Kejadian ini bukan pertama kali berlaku. Sebelum pernah berlaku kes samun," katanya

Sasa Sobrie masih belum ditemui


WARTAWAN SINAR HARIAN
Sasa Sobrie masih belum ditemui

24 OKTOBER 2015
Sasa Sobrie masih belum ditemui Semasa lawatannya ke Pos Tohoi, Mazlan turut menghulurkan sumbangan kepada pasukan mencari dan menyelamat sebagai penghargaan ke atas usaha berterusan mereka mencari seorang lagi murid Orang Asli yang masih hilang.

GUA MUSANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, mengesahkan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas satu lagi mayat dan rangka manusia yang ditemui di Sungai Perias, berhampiran Pos Tohoi, dekat sini, ialah Haikal Yaakob, 8, dan Linda Rosli, 8.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pengesahan itu sekali gus mengesahkan seorang lagi mangsa yang gagal ditemui ialah Sasa Sobrie, 8, walaupun pada peringkat awal pengecaman dibuat, bapa Sasa, Sobrie Latip, 25, menyatakan mayat pertama ditemui adalah anaknya.

Menurut Mazlan, pengecaman awal oleh Sobrie tidak boleh diambil kira dan keputusan tepat adalah melalui keputusan ujian DNA daripada Pejabat Kimia Petaling Jaya, Selangor, yang diterima pagi semalam.

"Bapa Sasa perlu terima hakikat anaknya belum ditemui dan usaha mencari masih diteruskan membabitkan 178 anggota dari pelbagai agensi.

"Kita telah terima keputusan ujian DNA bagi dua rangka manusia dan dua mayat. Terpulang kepada keluarga mangsa untuk buat tuntutan," katanya kepada pemberita semasa melawat Pos Tohoi, semalam.

Minggu lepas, polis mengesahkan keputusan ujian DNA menunjukkan salah satu mayat ialah Ika Ayel, 9, manakala satu lagi rangka manusia ditemui merupakan Juvina David, 7, namun pihak keluarga kedua-dua mangsa belum menuntut mayat mereka di Hospital Gua Musang.

Dalam pada itu, Mazlan memberitahu, pihaknya menerima banyak maklumat terbaru mengenai kehilangan Sasa dan akan dikongsi bersama pasukan mencari bagi membantu usaha mengesan mangsa.

Katanya, maklumat berkenaan diperoleh daripada Mirsudiar Aluj, 11, serta Noreen Yaakob, 10, iaitu dua mangsa yang ditemui selamat dan masih menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

"Kita sedang menganalisis semua maklumat diterima termasuk semasa kejadian dan saya akan maklumkan semua tugas baharu gerakan mencari nanti. Kita yakin ia boleh memberi kesan positif.

"Apa pun, tugasan mencari masih tertumpu di Sungai Perias dan Sungai Nenggiri tetapi pasukan mencari terpaksa menghadapi sedikit cabaran berikutan keadaan air sungai cetek sehingga menyukarkan pergerakan bot," katanya.

Sebanyak 27 kawasan tidak sihat


Jerebu

24 OKTOBER 2015
Jerebu Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR - Sejumlah 27 kawasan direkodkan sebagai tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dicatatkan di kawasan Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah iaitu 142 setakat 10 malam tadi.
   
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain yang merekod bacaan IPU tidak sihat ialah Seberang Jaya 2, Perai (141) dan USM, Pulau Pinang (132), Kuala Selangor (128), Pelabuhan Kelang (126), Langkawi, Seri Manjung (124), Perlis dan Perai, Pulau Pinang (122), Alor Setar (121).
 
Shah Alam (119), SMK Tanjung Chat, Kota Baharu, SK Jalan Pegoh, Ipoh (115), Kota Tinggi, Johor (110), Tanjung Malim, Banting (108), Sri Aman, Petaling Jaya, Putrajaya (107), Batu Muda, Kuala Lumpur (106) Nilai (105), Bukit Rambai, Melaka (103), Seremban (102) dan Tanah Merah, Kelantan (100).
 
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
 
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.  - Bernama

Indonesia sedia pindah penduduk




AP - ANGGOTA tentera Indonesia tiba untuk membantu memadamkan kebakaran hutan di Palembang, Sumatera Selatan kelmarin.


JAKARTA – Indonesia akan memindahkan lebih ramai penduduk susulan jerebu tebal akibat pembakaran hutan terus menyelubungi kepulauan berkenaan, kata pihak berkuasa kelmarin.
Pada satu sidang akhbar pemerintah, Menteri Hal Ehwal Politik Undang-Undang Dan Keselamatan, Luhut Pandjaitan berkata, tindakan segera perlu bagi menangani situasi jerebu ekoran hujan diramalkan tidak akan turun sehingga Disember ini.
Beliau berkata, operasi memadamkan kebakaran dari udara juga kurang berkesan ekoran masih terdapat api di bawah tanah di kawasan hutan gambut.
Menurutnya, susulan satu mesyuarat peringkat tinggi yang disertai oleh beberapa menteri dan pegawai, pemerintah merancang memindahkan bayi serta kanak-kanak dari kawasan yang paling teruk terjejas jerebu di Sumatera dan Kalimantan menggunakan kapal-kapal tentera.
“Perlu ada tindakan besar-besaran untuk menangani krisis ini.
“Ini ialah usaha kemanusiaan, kita memikirkan tentang anak-anak kita. Kita akan memindahkan mereka ke tempat-tempat lebih selama. Kita tidak boleh menunggu lagi,” kata Luhut.
Kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan itu berpunca daripada kaedah tebang dan bakar yang digunakan untuk membersihkan hutan serta tanah gambut bagi tujuan pertanian.
Sementara itu, pemerintah akan terus memantau tahap pencemaran udara sebagai persediaan bagi pemindahan tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3pQqHzN9e 
Hakcipta terpelihara 

Kes bunuh pertama di Palau sejak 30 tahun


KOROR, Palau – Negara kecil Palau di Lautan Pasifik menimbang untuk mengetatkan lagi undang-undang pemilikan senjata selepas pulau itu merekodkan pembunuhan pertama dalam tempoh 30 tahun.
Presiden Palau, Tommy Remengesau berkata, kematian seorang penduduk, Kenneth Koshiba menggemparkan negara itu yang dihuni 21,000 penduduk. Palau terkenal kerana memiliki lokasi menyelam antara yang terbaik di dunia.
“Saya amat terkejut dan malangnya, keganasan menjadi jalan penyelesaian,” kata Remengesau pada satu sidang akhbar mengenai pembunuhan itu yang berlaku awal bulan ini.
Mayat Koshiba ditemui di sebatang jalan raya berhampiran sebuah stesen mi­nyak di sini pada 11 Oktober lalu.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa yang berusia 31 tahun telah ditembak berulang kali menggunakan selaras senapang angin.
Beberapa butir peluru turut ditemui terbenam pada jantung dan tulang belakangnya.
Polis kemudian menahan tiga lelaki iaitu Nicholas Kloulubak, Clifton Kloulubak dan Michael Williams berhubung pembunuhan itu.
Kesemua mereka didakwa kerana membunuh dengan niat.
Pihak berkuasa Palau melaksanakan kawalan ketat ke atas senjata api dengan hanya pasukan tentera dan polis dibenarkan memilikinya.
Bagaimanapun, senapang angin yang digunakan untuk membunuh Koshiba adalah senjata yang biasa digunakan dalam aktiviti berburu dan sukan.
Susulan pembunuhan itu, Senator Palau, Hokkons Baules mengemukakan cadangan supaya semua senapang angin perlu didaftarkan dan melarang mereka yang berusia bawah 25 tahun daripada memilikinya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3pQqAObn9 
Hakcipta terpelihara 

42 maut, bas bertembung lori di Perancis


AFP - SEORANG petugas kecemasan mengiringi mangsa nahas jalan raya di Puisseguin, Perancis semalam.


BORDEAUX – Sekurang-kurang­nya 42 orang, kebanyakannya warga emas maut apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori sebelum terbakar di barat daya Perancis dalam kemalangan terburuk di negara itu sejak tiga dekad lalu.
Ramai mangsa mati dalam kebakaran itu termasuk pemandu lori berkenaan, demikian menurut beberapa pegawai bomba dan pihak berkuasa tempatan.
Stesen-stesen televisyen Perancis menyiarkan imej bas itu yang rentung dan terbakar sepenuhnya.
“Saya melihat asap berkepul-kepul,” kata seorang penduduk tempatan, Yvette Seguy kepada stesen te­levisyen i-Tele sambil menambah, kemalangan ngeri itu berlaku di sebuah selekoh berbahaya di kawasan luar bandar.
Kedua-dua kenderaan bertembung secara berdepan dekat kampung Puisseguin, utara bandar raya Bordeaux. Ia merupakan kemalangan terburuk di Perancis sejak 1982.
“Kerajaan Perancis akan digerakkan sepenuhnya susulan tragedi ini. Kita bersedih dengan apa yang berlaku,” ujar Presiden Perancis, Francois Hollande yang berada di Athens, Greece untuk lawatan rasmi.
Bas yang membawa 49 penum­pang dan seorang pemandu itu bergerak pagi semalam dari sebuah kampung dekat lokasi kemalangan untuk membawa rombongan warga emas keluar untuk satu lawatan.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3pQpy4QqP 
Hakcipta terpelihara 

Majlis persandingan diganti tahlil



Abdul Rauf yang sedang mendapatkan rawatan tidak dapat menahan sebak semasa melihat jenazah isterinya di Hospital Teluk Intan kelmarin.


TELUK INTAN – Seorang pekerja pasar raya tidak mampu menahan kesedihan apabila impiannya untuk mengadakan majlis persandingan di se­belah pihaknya Sabtu depan tidak kesampaian selepas isterinya yang sedang hamil maut selepas terbabit dalam kemala­ngan di Kilometer 29, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datoh di sini Rabu lalu.
Dalam kejadian pukul 10.15 malam itu, Abdul Rauf Saruddin, 19, bersama isterinya, Siti Fatimah Manja, 18, sedang dalam perjalanan menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dari arah Bagan Datoh menuju ke Hutan Melintang.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, motosikal yang ditunggang Abdul Rauf kemudian bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan.
“Rempuhan mengakibatkan penunggang motosikal patah kaki kanan manakala pembonceng yang merupakan isterinya disahkan mening­gal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan kelmarin,” katanya ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3pQpP3sqA 
Hakcipta terpelihara