Search This Blog

Tuesday, October 20, 2015

Bot pukat jerut hampir karam di perairan Pulau Sayak, Yan



LOKASI Pulau Syak, Kedah.
ALOR SETAR: Sebuah bot pukat jerut yang dinaiki 30 nelayan hampir karam selepas dipercayai bocor di perairan 44 batu nautika dari Pulau Sayak, Yan, dekat sini, pagi tadi.
Difahamkan, kejadian disedari jam 9.45 pagi tadi ketika semua nelayan sedang menangkap ikan dan mendapati bot kelas C mereka dimasuki air.
Bagaimanapun, semua nelayan diselamatkan sebuah bot lain yang dihubungi menerusi radio.
Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Leftenan Komander Ahmad Kamal Mohd Noor yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden terbabit selepas menerima panggilan daripada seorang pemilik bot.
Beliau berkata, pihaknya kemudian menggerakkan aset bantuan membabitkan sebuah sebuah kapal dan dua bot untuk mengiringi bot berkenaan ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Kedah, dekat sini.
"Bagaimanapun berikutan cuaca buruk dan jerebu, APMM masih dalam operasi mencari bot berkenaan ...namun pihak kami dimaklumkan melalui radio semua nelayan selamat dan mereka sedang ditunda oleh bot lain," katanya sambil menambah bot berkenaan dijangka tiba di Jeti APMM awal pagi ini

Pulau Pinang jadi hab pengeluaran sindiket dadah - Nur Jazlan

SELASA, 20 OKTOBER 2015 @ 5:27 PM
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. - Foto Yazit Razali KUALA LUMPUR: Pulau Pinang kini dikenal pasti menjadi hab pembuatan sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk pasaran di Malaysia. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata trend itu berdasarkan peningkatan nilai hasil rampasan, jumlah penahanan serta serbuan yang dibuat pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri terbabit sejak kebelakangan ini. Beliau berkata, faktor geografi serta laluan perairan Pulau Mutiara turut memainkan peranan penting kepada sindiket terbabit untuk menjadikannya sebagai transit bagi membawa masuk bahan terlarang itu. "Dulu transit saja, ..tapi sekarang sudah jadi hab membuat dan memproses (dadah)," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama delegasi Suruhanjaya Global Mengenai Polisi Dadah dan Majlis Aids Malaysia di bangunan Parlimen, hari ini. Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, memaklumkan draf penuh pindaan Dasar Dadah Negara kini sudah berada di peringkat akhir untuk disiapkan, sebelum ia diteliti Kementerian Dalam Negeri (KDN). Selain merangkumi kaedah rawatan dan pemulihan, dasar itu juga katanya turut melihat aspek penguatkuasaan, pencegahan dan penyelidikan serta kerjasama antara pelbagai jabatan dan agensi termasuk di peringkat antarabangsa.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90390

Ibu muda dakwa doktor cuai


WARTAWAN SINAR HARIAN
Ibu muda dakwa doktor cuai

19 OKTOBER 2015
Ibu muda dakwa doktor cuai Pasangan muda ini tetap akan mengambil tindakan undang-undang kerana mendakwa pihak hospital melakukan kecuaian ketika kelahiran bayi sulung mereka.

SUNGAI PETANI – “Kami akan tetap mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak hospital atas kecuaian yang berlaku agar ianya tidak berulang."

Demikian tegas Norsyazwani Mohd Nasirudin, 25, yang mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor sebuah hospital, di sini apabila kain pembalut luka (gauze) tertinggal di pintu rahimnya menyebabkan dia menanggung kesakitan.

Menurutnya, pihaknya akan meminta nasihat daripada beberapa pihak sebelum mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan.

Dakwanya, selepas melahirkan anak pada jam 2.10 pagi 29 September lalu, Norsyazwani berasa sakit di bahagian perut dan menyangka ia kesan akibat jahitan sehingga sukar untuk bergerak biarpun sudah dibenarkan pulang selepas dua hari kelahiran.

“Namun pada hari ketiga berpantang, saya yang berasa tak selesa di alat sulit terkejut apabila mendapati ada kain gauze keluar bersama darah nifas," katanya.

Norsyazwani berkata, keadaanya lebih teruk pada hari ke-17 berpantang apabila darah secara tiba-tiba keluar terlampau banyak sehingga membuatkan dirinya lemah dan hampir pitam sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

“Apabila ujian imbasan dilakukan, doktor mengesahkan masih terdapat darah beku terkumpul di dalam susulan daripada kain gauze yang tertinggal semasa bersalin,” katanya.

Akibat itu, mangsa sekali lagi ditahan di hospital 15 Oktober lalu bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang darah beku berkenaan.

Sementara itu, suami Norsyazwani, Mohd Shahid Azim Mohd Saufi, 25, berkata, beliau kecewa atas kecuaian yang dilakukan pihak hospital sehingga menyebabkan isterinya terpaksa menanggung kesakitan.

“Selain tertekan dan risau, saya bimbang kesihatan isteri yang terpaksa kembali ke hospital.

“Keadaan ini (tertinggal gauze) membahayakan nyawa dan mengundang risiko terhadap isteri, dalam masa sama terpaksa menguruskan anak yang dibenarkan pulang sepanjang isteri berada di hospital,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian berkenaan, kerjaya dan kewangannya terjejas kerana terpaksa berulang-alik setiap hari ke hospital di Sungai Petani yang jaraknya lebih kurang 20 kilometer dari rumah.

“Saya berharap semuanya lancar selain bersyukur apabila isteri dijangka dibenarkan pulang petang ini (semalam),” katanya.

Beliau bagaimanapun telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani 16 Oktober lalu.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan dalam kenyataannya berkata, pegawainya sedang menyiasat kejadian berkenaan dengan terperinci.

Sami hidup mewah didakwa mencuri


Chi Ding

19 OKTOBER 2015
Chi Ding Chi Ding

HONG KONG - Seorang sami wanita dituduh mencuri dari sebuah biara untuk menyara kehidupan mewahnya.

Menurut Headline Daily, penyata keewangan biara Ting Wai yang berada dibawah pengurusan Chi Ding menunjukkan beliau membelanjakan HKD242,000 (RM131,786.11) untuk hiburan dan HKD7,000 (RM3,811.54) untuk makanan anjing.

Tinjaun wartawan Headline Daily mendapati Ding menggunakan penghawa dingin untuk sebuah bilik yang menempatkan dua anjing jenis German Shepard miliknya.

Laporan dari EJ Insight pula menyatakan biara Ting Wai mempunyai aset dan simpanan berjumlah HKD6.74 juta (RM3.66 juta) semasa Ding dilantik menjadi pengerusi pada 2005.

Siasatan mendapati hanya terdapat HKD70,000 (RM381,153.58) dalam simpanan biara berkenaan tahun lepas walaupun didakwa menerima derma HKD3 juta (RM1.63 juta) untuk tempoh sembilan tahun.

Kegiatan Chi Ding terbongkar selepas salah seorang pengarah biara tersebut, Mary Jean Reimer menuduh Ding menggelapkan sejumlah wang.

Pemandu Uber rogol pelanggan didakwa


20 OKTOBER 2015


NEW DELHI - INDIA. Seorang pemandu teksi Uber didakwa hari ini atas empat tuduhan termasuk rogol dan membahayakan nyawa seorang wanita dalam sebuah kejadian Disember lepas.

"Serangan seksual adalah jenayah menjijikkan dan kami lega suspek akan dihukum," kata Presiden Uber India, Amit Jain.

Suspek, Shiv Kumar Yadav didapati bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Yadav bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan akan dijatuhkan hukuman dalam pendengaran kes 23 Oktober nanti.

Menurut CNN, insiden rogol Disember lepas menyaksikan orang ramai membuat bantahan besar-besaran dan perkhidmatan Uber diharamkan.

Selepas enam minggu, Uber dibenarkan beroperasi dengan lesen yang sama seperti perkhidmatan teksi tradisional.

Kejadian tersebut menyebabkan Uber menyediakan sistem keselamatan iaitu butang panik dan siasatan latar belakang pemandu yang lebih teliti.

"Uber sentiasa boleh melakukan yang terbaik dan sebab itu kami sentiasa mencari jalan untuk menjamin keselamatan pelanggan semasa dan selepas perkhidmatan," jelas Jain.

Budak lima tahun maut digigit anjing


Budak lima tahun maut digigit anjing

20 OKTOBER 2015
Budak lima tahun maut digigit anjing Tanner Smith

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut digigit oleh dua ekor anjing di rumah rakan keluarganya di Selatan Texas.

Mangsa, Tanner Smith diserang oleh anjing terbabit pada Ahad petang di sebuah kediaman yang terletak di Vidor," kata jurucakap polis.

Kanak-kanak itu digigit 16 kali termasuk di bahagian arteri lehernya dan di bawa ke hospital di Beaumont, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.

Pihak berkuasa berkata, mangsa bersama ibunya melawat rakan ibunya ketika insiden malang tersebut berlaku.

Ibunya menyangka anaknya itu dipantau oleh suami rakannya itu ketika bermain di halaman rumah.

Namun selepas menyedari suaminya rakannya itu sebenarnya tidak berada di rumah pada ketika itu, dia bergegas mencari Tanner dan kemudian menjumpai kanak-kanak itu terbaring cedera parah akibat digigit oleh anjing peliharaan keluarga itu.

Sementara itu, nenek mangsa, Mellisa Phillips memberitahu Fox 4 News, pemilik anjing itu telah menembak mati salah seekor anjing terbabit sementara seekor lagi anjing dibawa ke pusat kawalan haiwan.

Tambah Mellisa lagi, cucunya itu mengalami masalah jantung dan pernah menjalani tiga pembedahan sebelum ini.

Memetik DailyMail, bedah siasat  akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian kanak-kanak malang itu.

Kanak-kanak 6 tahun tembak mati adik


20 OKTOBER 2015


CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. [VIDEO] Seorang kanak-kanak 3 tahun maut selepas ditembak abangnya yang berusia 6 tahun ketika bermain polis dan perompak, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat, kelmarin.

Kejadian berlaku apabila abangnya memanjat ke atas peti sejuk dan mencapai pistol bapa mereka yang diletakkan di situ sebelum menembak adiknya di bahagian muka.

Kanak-kanak malang itu dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Bapa mereka, Michael Santiago, 25, ditahan atas tuduhan membahayakan kanak-kanak selepas mengaku bahawa pistol itu didapati daripada kumpulan samseng. - Press TV

Tuntut wang loteri

 AP
Bangkok: Seorang wanita menyaman bekas kekasihnya untuk nafkah anak mereka apabila lelaki itu memutuskan hubungan mereka melalui pesanan teks beberapa minggu selepas memenangi hampir 30 juta baht (RM3.5 juta) dalam loteri.

Saowanee Thongwiset, 28, menuntut 10 juta baht (RM1.2 juta) - sepertiga daripada jumlah kemenangan - untuk membesarkan anak lelaki mereka yang baru berusia lapan bulan termasuk untuk pendidikannya, kata peguamnya Theerapon Pochanukul.


Kekasihnya Thammarong Keawsuanjik - pengawal keselamatan kedai baju - memenangi loteri pada 16 September lalu. Pasangan itu tinggal bersama pada masa itu dan menunaikan tiket loteri berkenaan bersama dengan wang dimasukkan dalam akaun lelaki berkenaan.

Beberapa hari kemudian, Thammarong memindahkan 700,000 baht (RM83,000) ke akaun Saowanee dan anak mereka yang diuruskan si ibu.

Bagaimanapun, Isnin lalu Saowanee menerima pesanan teks Thammarong mahu memutuskan hubungan mereka.

Theerapon berkata, Thammarong membeli tanah dengan wang itu dan kini membina rumah di situ.

Selain menuntut sebahagian wang itu, Saowanee turut memfailkan permohonan di Mahkamah Juvana dan Keluarga untuk memaksa Thammarong mendaftarkan bayi itu sebagai anaknya yang sah.

“Saowanee percaya, jika Thammarong jujur dan mahu mereka kekal sebagai keluarga, pasti dia juga dibawa untuk melihat tanah berkenaan selain diajak berbincang mengenainya.

“Sehubungan itu, Saowanee akan meneruskan dengan kes itu melainkan kedua-dua pihak mampu mencapai persetujuan dalam prosiding praperbicaraan pada 30 November,” kata Theerapon.

Thammarong berkata, dia akan memfailkan permohonan hak penjagaan anak mereka bagi membalas tindakan Saowanee membawa kes ke mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2015 @ 8:09 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85990#sthash.zPPMfr3K.dpuf

Suspek ditahan polis


Shah Alam: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian menampar seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah pusat cuci kenderaan di Subang Perdana, Subang, Sabtu lalu, ditahan polis, kelmarin.

Individu berkenaan yang juga pengurus sebuah syarikat berusia 30-an itu ditahan di sekitar Damansara pada jam 10 malam selepas video tindakan beliau menampar mangsa menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya sudah menahan suspek untuk siasatan terperinci bagi mengetahui punca sebenar kejadian selain mendapat perintah reman selama sehari.

“Daripada laporan awal yang kami terima, mangsa yang bekerja di pusat cucian kenderaan itu ditampar apabila kecuaiannya menyebabkan kenderaan dibawa lelaki berkenaan kotor ketika dicuci di lokasi kejadian.

“Siasatan awal sehingga kini hanya mendapati perkara itu (kecuaian) yang menjadi punca kejadian. Namun, kami akan merakam percakapan lelaki itu untuk mengetahui punca sebenar,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 9:40 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86517#sthash.FvGr06EF.dpuf

‘Jumpa saya bukan pukul’


Subang Jaya: “Kalau tak puas hati hubungi saya, bukan cederakan pekerja sehingga hidung patah untuk selesaikan masalah,” tegas pemilik kedai cuci kereta di Subang Perdana, Haziyatie Abdul Hamid, 30-an, selepas video pekerjanya dibelasah pelanggan disebarkan di laman sosial.

Dalam kejadian jam 6 petang Sabtu lalu, mangsa lelaki warga Bangladesh dibelasah teruk oleh seorang pelanggan kerana dituduh mengotorkan kereta mewah milik suspek.


Akibatnya mangsa berusia 20-an terpaksa dihantar ke Hospital Sungai Buloh akibat retak tulang hidung.

Haziyatie berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang pekerjanya mengadu seorang pelanggan lelaki berusia 30-an memukul mangsa di bahagian muka.

“Saya kemudian segera pergi ke premis mencuci kenderaan dan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat keadaan sebenar.

“Melalui CCTV, saya lihat suspek memarahi pekerja saya kerana mendakwa mangsa mengotorkan kereta mewahnya sebelum menampar pekerja saya itu,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian beredar pergi dari premisnya sebelum muncul kembali beberapa minit kemudian.

“Suspek yang seolah-olah tidak berpuas kemudian memukul semula mangsa berulang kali hingga cedera teruk di hidung.

“Saya kemudian membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Rozi Jidin berkata, suspek sudah ditahan polis di Kampung Baru Subang di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 9:41 AM

VIDEO lelaki menampar pekerja warga Bangladesh menjadi viral.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86519#sthash.X7dZRhzv.dpuf

11 suspek kes rasuah direman

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

sitiaisyah@hmetro.com.my


Putrajaya: Sebelas individu membabitkan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta orang awam ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan projek rumah urut di sekitar Selangor.


Mereka yang ditahan membabitkan seorang pegawai bahagian pelesenan dan sembilan pembantu penguatkuasa PBT serta orang awam yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman menetapkan tempoh tahanan reman berkenaan ke atas semua individu terbabit.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, pegawai bahagian pelesenan serta pembantu penguatkuasa terbabit ditahan di pejabat mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) sekitar 9 pagi, semalam.

Sementara itu, orang awam terbabit ditahan di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur antara 10 pagi hingga 11 pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 1:52 PM

INDIVIDU yang ditahan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya. FOTO Abd Rahim Rahmat
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86592#sthash.qkr0URtT.dpuf

Tiga penyangak, bukan pengawal

Oleh Nabihah Kamal

am@hmetro.com.my


Putrajaya: Polis berjaya menyelesaikan 23 kes curi dalam bangunan kerajaan selepas menahan tiga pengawal keselamatan pada 10 Oktober lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, polis mendapat panggilan sebelum menahan ketiga-tiga lelaki berusia 32 tahun yang bergiat aktif menjalankan aktiviti curi sejak Ogos lalu dengan menyasarkan bangunan kerajaan sekitar Putrajaya.

Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Superintendan Mark Pak Chuai berkata, pihaknya mengepong bangunan kerajaan di Presint 5 selama 9 jam untuk menangkap penjenayah yang bersembunyi di tingkat 10 bangunan berkenaan.

"Hasil tangkapan, kami berjaya merampas 21 telefon bimbit pelbagai jenama, projektor dan beberapa barangan elektronik lain yang dianggarkan bernilai lebih RM50,000.

"Bagaimanapun, tiga suspek ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 4:07 PM

ANTARA barangan yang dirampas polis. FOTO Nabihah Kamal
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86618#sthash.cSKXD1qq.dpuf

Timbus hidup-hidup

 Agensi
Henan (China): Seorang wanita hampir maut ditimbus hidup-hidup selepas samseng yang didakwa diupah kerajaan tempatan memunggah tanah ke atasnya kerana membantah penurapan jalan di kejiranannya.

Menurut Netease, kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu di daerah Fengqiu, wilayah Henan.


Menurut penduduk tempatan, lori tanah yang dipandu Zhao Xuejie itu datang untuk menurap jalan. Bagaimanapun, seorang penduduk tempatan, Sun Qiuying membantah tindakan itu dengan duduk di atas jalan bagi menghalang laluan lori terbabit.

Selepas berlaku perselisihan faham, Zhao yang berang bertindak memunggah kandungan lori yang sarat dengan tanah ke atas Sun.

Gambar yang diperolehi daripada akhbar Legal Evening menunjukkan kejadian itu dan Sun dikatakan tertimbus selama beberapa minit sebelum ahli keluarganya menggalinya keluar.

Sun dilaporkan pengsan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Penduduk di kawasan itu sudah lama berhadapan konflik sama ada mahu menurap jalan atau tidak. Orang ramai mendakwa Zhao diupah kerajaan tempatan untuk menakut-nakutkan Sun supaya berundur. Lori yang digunakan pada masa itu turut didakwa milik kerajaan tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 6:44 AM

AHLI keluarga berusaha mengeluarkan Sun selepas ditimbus.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86117#sthash.22TFuZdA.dpuf

Syarat pelik untuk bakal isteri


Dubai: Seorang lelaki Arab Saudi yang mahu mengahwini wanita tempatan meletakkan syarat pelik supaya isterinya itu tidak mendedahkan kisah peribadi mereka di media sosial.

Akhbar Al Watan melaporkan, syarat itu diterima wanita terbabit.

“Pengantin lelaki meletakkan syarat supaya tiada Instagram atau Snapchat dalam kehidupan mereka. Lebih pelik lagi apabila si isteri bersetuju,” kata laporan itu.

Perkara itu turut direkodkan kadi Sheikh Abdul Aziz Al Qarni sebagai satu syarat bagi perkahwinan berkenaan.

“Syaratnya pelik, tetapi memandangkan pengantin perempuan bersetuju, saya pun tiada masalah,” kata Sheikh Abdul Aziz. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 6:45 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86118#sthash.AwjMlNQx.dpuf

Taufan Koppu landa utara Filipina


Manila: Taufan Koppu yang mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di utara Filipina menyebabkan sekurangnya empat terbunuh dan beribu-ribu penduduk dipindahkan, kata pegawai semalam.

Dua penduduk dilaporkan lemas di wilayah Nueva Ecija manakala seorang maut terkena renjatan elektrik di wilayah Tarlac dan seorang terbunuh selepas dihempap pokok tumbang di Manila.


Jabatan kaji cuaca memberitahu, Koppu melemah ketika membadai bandar Casiguran, kira-kira 215 kilometer dari Manila.

Taufan yang membawa angin selaju 210 kilometer sejam berkenaan kini menuju ke barat daya dengan kelajuan lima kilometer sejam.

Sekurang-kurangnya lapan penduduk dilaporkan hilang di wilayah Nueva Ecija selepas sungai melimpah tebing dan menyebabkan beberapa kampung banjir.

“Penduduk meminta bantuan kerana air banjir sedang naik tetapi kami tidak dapat masuk ke kawasan itu ketika ini,” kata anggota pasukan penyelamat, Nigel Lontoc.

Pihak berkuasa berkata, lebih 15,000 penduduk di kawasan yang menjadi laluan taufan itu sudah dipindahkan.

Bagaimanapun, lebih ramai penduduk bakal dipindahkan selepas taufan itu dijangka melanda pulau Luzon yang mempunyai kira-kira 100 juta penduduk. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 6:47 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86122#sthash.Ze0QxzsL.dpuf

Meningkat mendadak

Agensi
Pekanbaru: Beberapa wilayah di Indonesia kembali dilanda jerebu tebal selepas kawasan kebakaran hutan di Sumatera meningkat mendadak semalam.

Ketua Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Pekanbaru, Sugarin memberitahu, sebanyak 813 titik panas yang berpotensi mencetuskan kebakaran hutan dikesan di tujuh wilayah di Sumatera.


Katanya, sehingga jam 5 petang (waktu tempatan) titik panas yang paling banyak dikesan berpusat di Sumatera Selatan dengan 645 titik.

“Wilayah di Jambi dan Riau pula, titik panas meningkat mendadak.

“Di Jambi jumlah titik panas meningkat kepada 70 berbanding sehari sebelum itu hanya satu titik panas dikesan,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 49 titik panas dikesan di Riau dan daripada jumlah itu 39 titik dikesan sudah mencetuskan kebakaran hutan atau belukar.

Jumlah titik panas yang melonjak tiba-tiba itu menyebabkan beberapa wilayah di negara itu kembali dilanda jerebu tebal.

Di Pelalawan yang paling teruk terjejas, jerebu tebal menyebabkan jarak penglihatan di paras 400 meter.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuklah Rengat Indragiri Hulu, Pekanbaru dan Dumai dengan jarak penglihatan di paras antara 600 hingga 800 meter.

Jerebu tebal yang berlanjutan lebih dua bulan itu berpunca daripada pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian.

Keadaan itu menyebabkan negara jiran termasuk Malaysia, Singapura dan sebahagian Thailand dilanda jerebu sehingga menyebabkan sekolah ditutup dan penerbangan tergendala.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 6:49 AM

ASAP tebal dilihat di satu kawasan kebakaran hutan di Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86126#sthash.bgE9NcOq.dpuf

Budak tidak cedera selepas jatuh tingkat lima


Beijing: Seorang budak perempuan berusia dua tahun terselamat dan tidak cedera selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat lima.

Ibu budak itu dipercayai meninggalkan anaknya yang tidur di rumahnya di tingkat lima yang terletak di daerah Nansha di wilayah Guangzhou dekat sini.


Apabila budak itu bangun dia berjalan ke balkoni sebelum memanjat satu tong gas yang diletakkan di tepi dinding balkoni.

Secara tiba-tiba budak itu tergelincir dari ketinggian 20 meter lalu menghempap sebuah kereta sebelum jatuh ke jalan raya.

Kejadian itu menyebabkan bumbung kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan berkenaan kemik.

Seorang jiran dikenali sebagai Wu berkata, dia terkejut apabila mendengar bunyi benda jatuh yang kuat pukul 8 pagi (waktu tempatan).

“Saya terus keluar dari rumah dan terkejut melihat seorang budak perempuan terbaring di atas jalan raya.

“Budak perempuan itu tidak menangis dan dia perlahan-lahan melutut serta cuba berdiri,” katanya.

Selepas beberapa minit, ibu kanak-kanak itu pulang dan terus membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 6:50 AM

GAMBAR menunjukkan budak itu cuba bangun selepas jatuh dari tingkat lima.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86128#sthash.MBcCcdM4.dpuf

Banduan dungu

Agensi
Kentucky (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang melarikan diri untuk mengelak dituduh di mahkamah di Kentucky ditemui selepas mendedahkan lokasinya sendiri di Facebook.

Justin Taulbee, yang berjaya meloloskan diri dari Mahkamah Daerah Braethitt minggu lalu ketika menunggu pendakwaan terhadapnya sepatutnya bersembunyi dan mendiamkan diri.


Sebaliknya, dia memuat naik video ke Facebook, malah turut menyertakan lokasinya di Red River Gorge. Dalam video itu dia mendakwa dibebaskan tanpa dikenakan ikat jamin.

“Seperti diketahui semua, pada 9 Oktober lalu saya dibebaskan dari mahkamah tanpa dikenakan jaminan,” katanya.

Dia kemudian mula bercakap merepek, malah mengutuk mahkamah secara terbuka.

Malangnya, klip video itu dilihat polis dan mereka datang mengambilnya di rumah beberapa hari kemudian untuk menahannya semula.

Anggota polis Kentucky Joe Veenemen berkata: “Sungguh lawak kerana dia bertanya jika ada orang yang mendedahkan lokasinya.

“Anggota yang menahannya memaklumkan lokasinya diketahui kerana dia yang mendedahkannya dalam video yang dimuat naik ke Facebook. Lebih kelakar apabila dia tidak mempercayainya.”

Taulbee menghadapi tuduhan melanggar syarat tempoh percubaan, merompak dan melawan ketika ditangkap.

Dia kini mempunyai tuduhan tambahan, melarikan diri dari tahanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 6:53 AM

TAULBEE
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86132#sthash.CoRiYtvW.dpuf

Selamat kerana tengok filem gengster


Beijing: Seorang remaja mendakwa berjaya meloloskan diri dari sekumpulan penculik walaupun tangan dan kakinya diikat selepas menggunakan aksi ditiru daripada filem gengster.

Xinhua melaporkan budak digelar Yi itu diculik ketika berjalan sendirian pada 24 September lalu di kampungnya, Fuxin.


Yi mendakwa dibawa ke sebuah rumah yang ditinggalkan sebelum tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat.

Kepalanya ditutup beg plastik dan diikat menggunakan pita pelekat, dengan lubang ditebuk untuk memuatkan straw bagi membolehkannya bernafas.

Yi berkata, sebaik mendengar penculiknya meninggalkan lokasi itu, dia terus bangun dan melompat-lompat sehingga berjaya keluar dari situ ke jalan.

Katanya, aksi itu ditiru daripada kisah filem gengster. Seorang penunggang motosikal yang melihatnya berhenti untuk membantu dan menghubungi polis.

Polis berkata, seorang suspek sudah ditahan dalam kes itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 6:55 AM

BUDAK itu menunjukkan cara dia diikat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86134#sthash.eQS6qJNi.dpuf

Ambil kesempatan kahwin kakak menantu


Riyadh: Seorang lelaki berusia 70-an diselar dalam media sosial kerana berkahwin dengan kakak ipar anaknya.

Dalam kejadian seperti sebuah drama televisyen, lelaki itu pergi ke rumah sebuah keluarga di
Al Qunfudha, bandar di wilayah Tihamah, untuk memutuskan pertunangan anak lelakinya, atas desakan dua isterinya.


Ketika berada di rumah berkenaan dan sebelum menyuarakan niat kedatangannya, seorang wanita berusia 30 tahun keluar ke ruang tamu untuk menyajikan minuman.

“Apabila lelaki itu melihatnya, dia bertanyakan kepada bapa wanita itu, sama ada wanita itu tunang anaknya. Tuan rumah itu menjawab, dia kakak tunang anaknya dan baru sahaja menjadi janda,” lapor akhbar Okaz.

Lelaki tua itu serta-merta menukar hajat kedatangannya dan memberitahu tuan rumah bahawa dia datang untuk membincangkan perkahwinan anak lelakinya.

“Dia juga memberitahu dia mahu meminang dan berkahwin dengan wanita yang menyajikan minuman tadi. Tuan rumah itu bersetuju terhadap kedua-dua permintaan itu,” lapor akhbar berkenaan.

Berita mengenai kejadian itu menjadi viral. Ramai pembaca menyifatkan lelaki itu miang.

“Apabila umurnya sudah mencecah 70-an tahun, dia sepatutnya lebih mendekatkan diri kepada Tuhan, bukan mencari isteri lebih muda,” kata seorang pembaca. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 6:50 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86394#sthash.wqdREzqY.dpuf

16 korban Koppu


 0
  0  0 Google +0 Agensi
Santa Rosa: Penduduk di kampung yang dilanda banjir terperangkap di bumbung kediaman mereka semalam, sementara semakin banyak bangkai haiwan terapung di sungai ketika Taufan Koppu menyebabkan hujan lebat berterusan di Filipina, semalam.

Koppu, taufan kedua paling kuat melanda negara itu tahun ini, meragut sekurang-kurangya 16 nyawa dan menyebabkan lebih 60,000 orang berpindah.


Selepas melanda pantai timur Luzon, pulau terbesar Filipina, taufan berkenaan yang bergerak perlahan membawa hujan bersama-samanya di kawasan pertanian paling penting negara itu.

“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini. Ia banjir paling buruk sepanjang hidup saya,” kata petani
Reynaldo Ramos, 68, kepada wartawan ketika dia meredah banjir setinggi paras lutut di Santa Rosa, utara Manila.

Tentera, pasukan penyelamat kerajaan dan sukarelawan yang menggunakan bot getah berusaha membantu penduduk di puluhan kampung, menurut pegawai penyelamat serantau Nigel Lontoc.

“Banjir naik mendadak dan sebahagian penduduk terperangkap di bumbung kediaman mereka,” kata Lontoc.

Menurutnya, pihaknya kekurangan penyelamat dan dia tidak pasti jumlah yang berjaya diselamatkan setakat ini.

“Ribuan penduduk terperangkap. Jumlahnya masih belum pasti,” katanya.

Pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya 16 orang mati akibat Koppu.

Jumlahnya mungkin lebih tinggi kerana keadaan di kampung yang paling teruk terjejas tidak diketahui.

Taufan Koppu dijangka menyebabkan hujan lebat di seluruh Filipina hingga esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 6:55 AM

BEBERAPA penduduk di Santa Rosa, wilayah Neuva Ecija di utara Manila, terpaksa memanjat bumbung rumah mereka selepas banjir melanda kawasan itu, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86405#foto

Roboh 10 gereja

 Reuters
Aceh Singkil: Pihak berkuasa Aceh semalam mula merobohkan beberapa gereja kecil selepas tercetusnya rusuhan antara agama susulan desakan kumpulan Islam yang mendakwa rumah ibadah itu dibina tanpa kebenaran.

Ketegangan masih dirasai di daerah ini selepas kejadian sekumpulan perusuh membakar sebuah gereja dan pergaduhan yang menyebabkan seorang maut pada minggu lalu.


Anggota polis dan tentera dihantar ke kawasan itu untuk mengawal keadaan serta membolehkan ribuan penduduk beragama Kristian yang melarikan diri kembali ke kediaman masing-masing.

Polis menggunakan tukul besi dan kapak untuk merobohkan beberapa gereja yang dibina menggunakan kayu sambil disaksikan penduduk beragama Kristian, ada di antara mereka menitiskan air mata.

“Bersetuju atau tidak, kami tetap meneruskan operasi merobohkan ini,” kata penjaga sebuah gereja yang dirobohkan, Paima Brutu.

Katanya, gereja itu mempunyai 100 pengikut.

“Sudah beberapa kali kami memohon permit untuk bangunan ini,” jelasnya.

Keputusan itu dibuat selepas satu pertemuan kelmarin yang disertai pemimpin politik dan agama tempatan, termasuk Kristian yang bersetuju untuk menutup rumah ibadah berkenaan.

Penduduk Islam termasuk kumpulan Barisan Pelindung Islam menuntut 10 gereja di daerah itu ditutup.

“Sebelum ini, penduduk di sini tinggal dengan aman dan tiada tekanan untuk menutup gereja ini,” kata ketua kampung Siompin, Genti Brutu selepas tiga gereja di kawasan itu ditutup.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 6:58 AM

SEORANG anggota keselamatan terbabit dalam operasi merobohkan gereja di Aceh Singkil, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86409#sthash.JeQjSHw4.dpuf

Seorang maut, dua cedera kemalangan


Oleh DJ Dolasoh

am@hmetro.com.my


Gerik : Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori 3 tan di Kilometer 38 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Tasik Banding di sini, 9.10 pagi tadi.

Jurucakap Bomba Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.16 pagi sebelum sepasukan anggota bersama satu jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 40-an yang memandu kereta maut di tempat kejadian dan penumpang tempat duduk depan kereta terbabit yang cedera berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

"Anggota bertindak memotong tali pinggang keledar bagi mengeluarkan mangsa yang maut di tempat duduk pemandu kereta menggunakan pisau RT3 dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Penumpang depan kereta dan pemandu lori yang cedera pula diberikan rawatan oleh pasukan paramedik," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Meor Mohd Mohd Tahir tamat pada 10.50 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 4:40 PM


KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan bomba

Ahli Parlimen Subang Didakwa Kerana Menghasut


Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 3:13 PM

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut pada perhimpunan #KitaLawan di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini Mac lepas.
Sivarasa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Tertuduh didakwa menyebut beberapa perkataan menghasut dengan mengkritik badan kehakiman dalam kes membabitkan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di perkarangan KLCC, pada pukul 5.20 petang, 7 Mac lepas.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud menawarkan jaminan RM2,000 dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan passport kepada mahkamah.
Bagaimanapun peguam M.Puravalen yang mewakili Sivarasa membantah permohonan itu dengan alasan bahawa tiada kemungkinan untuk tertuduh melarikan diri kerana anak guamnya merupakan individu yang dikenali termasuk merupakan anggota Parlimen.
Mohd Masri kemudian mencadangkan mahkamah menetapkan seorang penjamin untuk menjamin tertuduh sekiranya tertuduh tidak perlu menyerahkan passport kepada mahkamah.
"Saya percaya tidak ada sebab untuk YB (Sivarasa) lari ke mana-mana, tapi kalau YB tak dapat datang (ke mahkamah), ada sebab tertentu untuk orang lain menjawab, orang terdekat dengan YB boleh menjawab," hujahnya.
Hakim Azman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin daripada anggota keluarga terdekat dan menetapkan 19 Nov untuk sebutan semula kes.
Sivarasa merupakan individu kesembilan yang didakwa berhubung perhimpunan #KitaLawan.
Pada 8 Sept lalu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan tujuh lagi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyertai protes jalanan #KitaLawan pada 28 Mac lepas..
Sivarasa sepatutnya telah didakwa sebelum ini iaitu pada 8 Sept bersama Maria Chin dan tujuh yang lain namun beliau telah mendapat cuti sakit selama enam minggu kerana menjalani satu pembedahan.

Terdapat Persamaan Ketara Antara Novel Aku Bohsia Dengan Filem Arahan Syamsul


Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 9:30 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin diberitahu bahawa terdapat persamaan ketara antara novel "Aku Bohsia" dengan filem "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam", yang dilakonkan dan diarahkan oleh Syamsul Yusof terutama dari segi plot (jalan cerita), tema, watak dan mesej.
Penulis novel, Elias Idris, 63, memberitahu persamaan itu tidak mungkin berlaku secara kebetulan apabila terdapat babak-babak di dalam filem berkenaan sama dengan jalan cerita dalam novel yang diterbitkan pada Mac 1995.
"Pada asasnya, kebanyakan idea yang dibawa oleh filem "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam" tidak lari daripada yang terdapat dalam novel "Aku Bohsia".
"Perbezaan cuma terdapat pada daya kreativiti dan imaginasi penulis skrip dan pengarah filem mengubah persembahan untuk menampakkan kelainannya," katanya ketika membaca pernyataan saksi dalam perbicaraan kes samannya terhadap pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, bapanya Datuk Yusof Haslam dan syarikat mereka berhubung dakwaan plagiat.
Elias menamakan Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Md Yusof, 31, sebagai defendan pertama manakala Md Yusof Md Aslam (Yusof Haslam), 61, sebagai penerbit filem berkenaan, defendan kedua dan syarikat Skop Production Sdn Bhd, defendan ketiga.
Mereka diwakili peguamAizul Rohan Anuar.
Elias berkata antara persamaan itu ialah babak ayah merogol anak sendiri, persamaan dari segi kecurangan, watak kecurangan seorang isteri, tukang hantar pelacur, ayah pemabuk dan kaki rogol serta adegan rogol.
Ketika ditanya peguam M. Kumar mengenai perasaannya selepas menonton filem itu, Elias berkata dia berasa sedih dan terhina apabila hasil karya sasteranya ditiru dan diangkat ke filem tanpa pengetahuan dan keizinan daripadanya selain  tiada catatan penghargaan atau pemakluman yang mengiringi penerbitannya.
Katanya, dia juga tidak boleh berdiam diri apabila mendapati haknya diceroboh sehingga mendorongnya menulis surat kepada Syamsul untuk mengadakan satu pertemuan berhubung pencerobohan dan peniruan itu namun tiada jawapan daripada defendan pertama itu.
"Pada 26 Oktober 2013, sekali lagi surat dihantar dengan menyatakan beberapa persamaan utama yang nyata antara cerita filem dan kandungan novel berkenaan namun masih tiada jawapan," katanya.
Elias berkata dia terus membuat susulan terhadap surat tersebut dan akhirnya dengan bantuan Megat Farieq, bagi pihaknya, satu pertemuan telah diaturkan di pejabat Skop Productions Sdn Bhd, pada awal Disember 2013.
Menurutnya, selepas setengah jam tiba di pejabat itu, barulah dia dapat menemui Yusof di bilik pejabatnya.
"Dia (Yusof) tetap menafikan peniruan, sebaliknya dia menekankan bahawa mereka ada panel skrip sendiri, cerita ditulis anaknya dengan idea asal milik anaknya malah jika ada persamaan, ia cuma kebetulan yang tidak dapat dielakkan.
"Malah dia tidak tahu pun ada sebuah novel dengan plot, tema, mesej dan watak seperti yang dimaksudkan. Pertemuan itu diakhiri dengan dia memberitahu jika saya berhasrat untuk saman mereka, sila teruskan," katanya.
Elias memfailkan saman terhadap Syamsul, Yusof dan syarikat Skop Production Sdn Bhd pada 24 Nov tahun lepas kerana didakwa meniru novel Elias itu dalam filem "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam" yang diterbitkan pada 2009.
Menerusi pernyataan tuntutannya, Elias mendakwa beliau menulis novel itu pada 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita serta merupakan pemilik hak cipta terpelihara karya itu.
Sehubungan itu, beliau menuntut satu deklarasi bahawa kesemua defendan telah melanggar hak cipta terpelihara plaintif sebagai penulis asal, memohon injunksi untuk melarang defendan menyiarkan semula filem itu dan satu perintah ganti rugi serta faedah.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datin Azizah Nawawi bersambung pada Selasa. - BERNAMA

Utusan Melayu Diperintah Bayar Ganti Rugi Kepada Anwar


Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 10:37 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah yang dimenangi bekas ketua pembangkang itu dua tahun lepas.
Saman itu berhubung dua artikel yang diterbitkan syarikat penerbitan itu membabitkan temu bual Anwar dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng memerintahkan Utusan dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak selaku defendan membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk, masing-masing sebanyak RM100,000 kepada Anwar selaku plaintif.
Mahkamah juga memerintahkan kos guaman sebanyak RM8,000 dibayar oleh defendan.
Hue ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah mendapati artikel yang diterbitkan defendan dibuat dengan berniat jahat dan defendan telah gagal membuktikan pembelaan justifikasi dalam kes saman itu.
Pada 21 Januari 2013, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham membenarkan tuntutan saman Anwar dengan memutuskan dua artikel yang diterbitkan Utusan Melayu pada 17 Jan 2012 berhubung temu bual Anwar dengan BBC, adalah fitnah.
Anwar memfailkan saman fitnah itu pada 10 Januari 2012 bagi menuntut ganti rugi RM50 juta atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel di muka depan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 17 Januari tahun sama, berhubung temu bual beliau dengan BBC.
Beliau mendakwa pernyataan fitnah itu seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin Muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Anwar yang diwakili peguam N.Surendran dan Latheefa Koya hadir pada prosiding pada Isnin.
Peguam Muhammad Asmirul Asraf Fadli yang mewakili kedua-dua defendan ketika ditemui pemberita berkata beliau akan mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guam sama ada untuk membuat rayuan berhubung keputusan pada Isnin. - BERNAMA

Rasuah Lesen Rumah Urut: Pegawai, Penguatkuasa PBT Ditahan SPRM


Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 1:30 PM

PUTRAJAYA: Seorang pegawai pelesenan dan sembilan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor antara 11 yang direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah lesen projek rumah urut di kawasan Lembah Klang.
Seorang orang awam yang dikatakan bertindak sebagai orang tengah antara penguatkuasa dan pemilik rumah urut turut direman selama lima hari bagi membantu siasatan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan perintah reman itu yang dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, bermula Selasa terhadap kesemua lelaki berumur antara 30-an hingga 50-an.
Menurut pegawai SPRM, perintah reman itu bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima rasuah.
Katanya kesemua suspek ditahan di pejabat mereka pada pukul 9 pagi semalam ketika sedang bertugas.
Orang tengah terbabit yang juga disyaki mempunyai rumah urut sendiri, ditahan di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi Isnin.
Menurut pegawai SPRM, penahanan kesemua suspek berdasarkan hasil risikan selama hampir setahun, dengan nilai suapan disyaki antara RM200 hingga RM30,000.
Semua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pemandu Lori Dituduh Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun


Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 2:42 PM

KUALA PILAH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada Selasa atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada November tahun lepas.
Tertuduh, Ahmad Affifuddin Ismail, 30, yang bekerja sebagai pemandu lori, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Mengikut pertuduhan, dia dituduh merogol kanak-kanak itu yang merupakan murid sekolah rendah di daerah Jempol, di sebuah rumah di Kampung Batu Bakar, Bahau.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri memohon tertuduh tidak diikat jamin memandangkan keseriusan kes merogol kanak-kanak berusia 11 tahun dan tangkapan tertuduh mengambil masa lama kerana melarikan diri.
Tertuduh yang diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Seremban, memohon agar dia dibenarkan diikat jamin atas budi bicara mahkamah.
Hakim Sazlina membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali pada setiap bulan serta melarang tertuduh mendekati mangsa atau keluarga mangsa sehingga kes selesai.
Mahkamah kemudian menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes.

LPT2 Ragut Dua Lagi Nyawa


Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 1:27 PM

KEMAMAN: Dua beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 273.9 berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini Sabtu malam.
Dalam insiden kira-kira pukul 11.30 malam itu, Hasan Abd Wahab, 53, dan anak sulungnya Hanis Shazwani Hasan, 21, terbunuh di tempat kejadian.
Isterinya Sarimah Abdul Gulam, 51, dan anak bongsu mereka Hanis Shazizatul Hasan, 14, hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan badan.
Nahas itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu Hasan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan di susur keluar plaza tol tersebut menyebabkan mereka sekeluarga tersepit di tempat duduk kereta.
Menurut adik ipar mangsa Mohd Amin Gulam, 46, ketika kejadian, mangsa sekeluarga dipercayai dalam perjalanan pulang dari rumah adik ipar mereka di Kampung Ibok ke kediaman mereka di Felda Neram 2 Bandar Baru Cheneh.
Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh bergegas ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut. 
Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.-- Bernama

Rakyat Malaysia Didakwa Import Dadah Ke Melbourne


Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 3:57 PM

MELBOURNE: Seorang rakyat Malaysia kini berada dalam tahanan selepas didakwa mengimport dua liter cecair methamphetamine ke Melbourne.

Tze Thong Too, 24, ditahan di pinggir bandar Fitzroy di sini pada Khamis dalam satu operasi bersama melibatkan Polis Victoria, Polis Persekutuan dan pegawai Australian Border Force (ABF), demikian menurut laporan Australian Associated Press.

ABF mengesan penghantaran itu, yang datang dari Hong Kong dan China, dan menahan lelaki tersebut yang memiliki 680g kristal methamphetamine, kata polis.

Sebuah restoran di Fitzroy dan pangsapuri di bandar Melbourne digeledah berikutan penangkapan lelaki itu.

Tze didakwa mengimport dadah terkawal dalam kuantiti komersial dan ditahan reman sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Melbourne untuk sesi pendengaran pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sementara itu, seorang rakyat Malaysia berusia 31 tahun ditahan di pangsapuri berkenaan kerana visanya telah tamat tempoh dan dibawa ke Pusat Tahanan Imigresen Maribyrnong.

Lelaki Pukul Pekerja Cuci Kereta Warga Bangladesh Direman


Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 3:41 PM

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan yang bertindak menampar seorang pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana Sabtu lepas, direman dua hari bermula Isnin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Rozi Jidin berkata suspek ditahan pada kira-kira 10 malam tadi di kawasan Kampung Baru Subang, dekat sini.

Beliau berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

"Penahanan ini susulan daripada laporan oleh majikan pekerja warga asing berkenaan di Balai Polis Brickfields tengah hari semalam (Ahad)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya polis masih menyiasat punca kejadian dan menunggu laporan perubatan mangsa untuk tindakan lanjut.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada pukul 12.45 tengah hari itu tersebar di laman sosial yang memaparkan mangsa dipukul di bahagian muka dan perkara itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Cucu Bunuh Nenek Tak Beri Wang Beli Dadah


Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 8:16 PM

KOTA KINABALU: Akibat enggan memenuhi kemahuan cucu yang meminta wang untuk membeli dadah, seorang nenek di sini maut ditikam bertubi-tubi oleh cucunya itu.
Mallina Udin, 75, mati di tempat kejadian dengan 12 kesan tikaman pada tubuhnya dipercayai oleh suspek yang juga seorang penagih dadah tegar menggunakan senjata tajam yang kemudian ditembak mati polis.
Ketika dijumpai mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan ditutup dengan kain sejadah serta diletakkan Surah Yassin di dadanya.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata kejadian berlaku di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lok Urai di Pulau Gaya di sini, malam Ahad.
"Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada orang awam kira-kira 7.10 malam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, Isnin.
Katanya ketika polis tiba di lokasi, suspek berada berdekatan dengan mangsa sambil memegang sebilah parang dan gergaji serta berada dalam keadaan agresif.
Chandra berkata polis mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit memujuk suspek menyerah diri namun dia bertindak agresif sehingga memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri.
Suspek berumur 27 tahun yang terkena tembakan di badan, tangan dan kaki mati di tempat kejadian.
Menurut Chandra mangsa dan suspek tinggal serumah bersama lima orang lagi yang dipercayai telah melarikan diri meninggalkan mangsa dan suspek selepas kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Lima Pendaki Rentung Di Gunung Lawu


Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 2:17 PM

SURABAYA: Terperangkap dalam kebakaran hutan ketika mendaki Gunung Lawu dekat sini mengakibatkan lima pendaki rentung, manakala seorang lagi cedera parah.
Pasukan penyelamat yang bergegas ke lokasi menemui mayat tiga pendaki wanita dan dua lelaki yang rentung itu.
Maklumat berhubung kejadian itu diperoleh daripada seorang pendaki yang berjaya menyelamatkan diri dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Pasukan penyelamat turut menemui seorang lagi pendaki yang hampir 50 peratus badannya terbakar di kaki gunung berkenaan.
Jurucakap pasukan penyelamat, Agung Lewis berkata, pihaknya turut  menemui 13 lagi pendaki dan berjaya membawa kumpulan itu keluar.
“Kumpulan 13 pendaki ini tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Identiti lima mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti,” katanya.
Sementara itu, seorang pegawai penyelamat, Hendrik memberitahu, semua pendaki itu tidak mendaftar dengan pihak berkuasa sebelum mendaki gunung berkenaan.
“Aktiviti mendaki gunung ini ditutup sejak Jumaat lalu akibat cuaca buruk dan kebakaran hutan,” jelasnya.
Kebakaran hutan di gunung itu tercetus lebih sebulan lalu dan sehingga kini masih belum dapat dipadamkan. 

Suspek Rogol Budak Dua Tahun Pernah Cuba Liwat Sepupu Mangsa


Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 1:45 PM
Rakaman CCTV menunjukkan suspek kes rogol kanak-kanak dua tahun di Nangloi, Jumaat.

NEW DELHI: Salah seorang lelaki yang ditahan kerana didakwa merogol kanak-kanak berusia dua tahun dikatakan pernah cuba untuk meliwat sepupu mangsanya.
Perkara itu didedahkan ibu mangsa yang mengenal pasti suspek kejadian di Nangloi dekat sini.
"Suspek dikenal pasti sebagai remaja berusia 16 tahun yang sering bermain dengan mangsa dan pernah cuba meliwat anak kepada kakak iparnya beberapa bulan lalu.
"Bagaimanapun tiada laporan polis dibuat keluarga berkenaan berhubung kejadian itu," kata pegawai penyiasat kes berkenaan kepada Mail Today.
Susulan maklumat yang diperoleh, pasukan polis menahan suspek utama di kawasan Nihal Vihar ketika remaja itu sedang berkeliaran di kejiranan itu.
"Pasukan penyiasat memperoleh rakaman CCTV dari kawasan berhampiran kejadian mangsa dirogol dan kelibat suspek jelas dalam rakaman itu," kata sumber.
Pada Jumaat, mangsa telah diculik di kediamannya sebelum dirogol hingga mengakibatkan kecederaan pada badan dan kemaluannya.
Ketika ini mangsa yang masih menerima rawatan di hospital berdekatan stabil dan telah memberi keterangan kepada polis.
Sementara itu, soal siasat terhadap suspek pula mendapati, seorang lelaki dikatakan meminta remaja itu menculik kanak-kanak itu sebelum dia dibawa ke taman dan dirogol secara bergilir.
Kejadian itu mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk tempatan dan juga pejuang hak kemanusian kanak-kanak.
Malahan, ada yang menyerang suspek ketika bawa polis ke ke hospital untuk menjalani ujian kesihatan sebagai langkah mandatori untuk kes rogol.