Search This Blog

Sunday, October 18, 2015

Budak Dua Tahun Mangsa Culik, Rogol Di India


Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 1:01 PM

NEW DELHI: Bagaikan jatuh ditimpa tangga, selepas menjadi mangsa diculik, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dirogol dua penculiknya dalam kejadian di sini, Jumaat.
Pada hari sama, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lima tahun juga dilaporkan menjadi mangsa rogol dalam kejadian berasingan.
Menurut laporan AFP, dua lelaki menculik kanak-kanak berumur dua tahun di Nagloi dan dirogol, sebelum dilepaskan di sebuah taman berdekatan rumah mangsa.
Ketua Polis Delhi Barat, Pushpendra Kumar pemeriksaan doktor mendapati mangsa dirogol sekurang-kurangnya sekali.
Satu operasi memburu suspek kini dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.
Dalam kejadian berasingan, kanak-kanak berumur lima tahun dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Anand Vihar.
"Baju mangsa koyak dan mempunyai kesan darah. Mangsa yang dijumpai orang awam kemudian memberitahu mangsa diserang secara seksual," kata pegawai polis di pekan itu.
Kedua-dua mangsa kini diletakkan di dalam penjagaan rapi.
India mempunyai 36,735 kes rogol ada 2014 dan 2,096 daripada kes tersebut berlaku di Delhi.

Tiga maut babitkan 6 kenderaan


NOOR'AINON MOHAMED YUSOF
Tiga maut babitkan 6 kenderaan

17 OKTOBER 2015
Tiga maut babitkan 6 kenderaan Polis masih menjalankan siasatan dalam nahas yang menyebabkan tiga mangsa maut di Simpang Pulai.

SIMPANG PULAI - Tiga individu maut dalam nahas membabitkan enam kenderaan termasuk sebuah kereta polis di Kilometer 283, Lebuh Raya Utara- Selatan arah Kuala Lumpur di sini, pagi tadi.

Menurut Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai berkata, sebuah jentera yang diketuai Abd Manap Hashim dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 pagi.

"Nahas berlaku membabitkan sebuah motosikal berkuasa tinggi, empat kereta termasuk sebuah kereta polis dan sebuah lori.

"Kemalangan itu melibatkan tujuh mangsa dan tiga daripadanya disahkan maut di tempat kejadian," katanya.

Katanya, empat mangsa lain mendapat kecederaan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Sehingga kini, operasi masih dijalankan dan semua lorong menghala ke Selatan ditutup.

Pihak Plus akan membuka satu lorong di laluan bertentangan bagi memastikan aliran trafik lancar dan pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Persekutuan sebagai jalan alternatif.

Juruteknik cedera ditetak penyamun



Kesan darah di laman rumah mangsa yang cedera ditetak ketika bergelut dengan penjenayah di Seremban kelmarin.


SEREMBAN – Seorang juruteknik ditetak ketika bergelut dengan penjenayah yang cuba memasuki rumahnya di Lavender Heights, Senawang di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 28 tahun cedera pada kedua-dua belah tangan termasuk satu jari kanannya hampir putus akibat terkena parang.
Lelaki itu yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan selama lima jam.
Kakak ipar mangsa yang dikenali sebagai Rozana, 30-an, berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga yang baru tiba di rumah selepas pulang bercuti dari Port Dickson sedang mengangkut beg pakaian dari dalam kenderaan.
“Tiba-tiba emak berlari masuk ke dalam rumah dan menjerit. Sewaktu menjenguk keluar, saya nampak adik ipar (mangsa) sedang bergelut dengan seorang lelaki yang bersenjata dua bilah parang.
“Biarpun adik ipar saya berlumuran darah, suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh tidak berganjak dan teru s menetak bertubi-tubi lebih daripada 10 kali,” katanya ketika ditemui semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3os0Lux6z 
Hakcipta terpelihara 

Ibu muda derita gauze tertinggal dalam alat sulit



GUMPALAN kain pembalut luka yang didakwa tertinggal dalam alat sulit Norsyazwani selepas melahirkan anak sulungnya di sebuah hospital kerajaan pada 29 September lalu.


SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda mendakwa kakitangan di sebuah hospital kerajaan di sini melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kain kasa pembalut luka (gauze) ter­tinggal pada bahagian dalam kemaluannya selepas melahirkan anak sulung pada 29 September lalu.
Mangsa, Norsyazwani Mohd. Nasirudin, 25, mendakwa, dia telah dima­sukkan ke hospital berkenaan dan melahirkan anaknya itu secara normal.
Dia mendakwa sering me­ngalami kesakitan pada celah kelangkang selepas bersalin sebelum menemui gauze tersebut yang tiba-tiba terkeluar daripada kemaluannya selepas pulang ke rumah dua hari kemudian.
“Setiap kali saya mahu duduk atau berdiri saya se­ring berasa sakit pada celah kelangkang beranggapan ia merupakan disebabkan jahitan selepas melahirkan anak,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3os01gB7v 
Hakcipta terpelihara 

Treler rempuh tujuh buah kenderaan


ANGGOTA polis mengangkat salah satu mayat daripada tiga mangsa yang meninggal dunia selepas sebuah treler merempuh tujuh buah kenderaan di Kilometer 283.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tol Simpang Pulai, Ipoh.


IPOH – Tiga lelaki terkorban dan lima lagi cedera selepas sebuah treler membawa muatan simen merempuh tujuh buah kenderaan lain termasuk sebuah kereta polis di Kilometer 283.6 Le­buh Raya Utara-­Selatan arah selatan berhampiran Tol Simpang Pulai di sini semalam.
Dalam kejadian ketika hujan r­enyai-renyai pada pukul 9.30 pagi itu, seorang penunda ken­deraan, Mohd. Fazli Malijan, 38, dan anak bongsunya, Muhammad Shamsul, 15 serta sepupunya, Muhammad Amirul Hakimi Abdullah, 15, yang berada di tepi lebuh raya meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira milik Mohd. Fazli berdiri di tepi lebuh raya bagi menawarkan bantuan kepada pemilik kereta Honda Accord yang terlibat dengan satu lagi kemalangan.
Turut berada di lokasi nahas itu adalah sebuah kereta polis jenis Proton Preve dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh yang dinaiki oleh Sarjan Alias Osman bersama seorang lagi jurugambar yang menyiasat kemalangan me­libatkan kereta tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3orz4DgwX 
Hakcipta terpelihara 

Pengarah SME ditipu pengusaha inap desa


KUANTAN 17 Okt. – Pengarah SME Corp. Terengganu, Muhammad Ibrahim men­dakwa menjadi mangsa penipuan inap desa palsu yang beroperasi di Gambang di sini.
Muhammad berkata, penipuan itu berlaku apabila keluarganya merancang bercuti di Gambang dan mencari inap desa di sekitar kawasan itu menerusi internet.
“Saya berhubung dengan seseorang yang mengatakan dirinya pengusaha inap desa di situ dan meminta membayar wang pendahuluan. Pada 12 Oktober lalu, saya memasukkan wang sebanyak RM140 secara dalam talian melalui akaun Maybank2u kepadanya.
“Pengusaha inap desa itu kemudian memaklumkan kepada saya inap desa tersebut tidak dapat disediakan dise­babkan masalah tidak dapat dielakkan dan berjanji memulangkan wang pendahuluan.
“Namun, sehingga petang semalam pengusaha inap desa itu tidak menjawab panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Saya berasa tertipu dan membuat laporan polis di Balai Polis Gambang semalam,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Muhammad, laporan polis itu dibuat kerana tidak mahu orang lain menjadi mangsa penipuan inap desa palsu terbabit selain berasakan perbuatan sedemikian boleh memburukkan industri atau perniagaan inap desa di kawasan berkenaan.
Di samping itu, katanya, beliau mahu pihak berkuasa bertindak kerana bimbang kegiatan tersebut merebak dan boleh menjadi sindiket penipuan komersial.
“Bukan soal wang pendahuluan yang saya risaukan tetapi saya bimbang orang lain akan menjadi mangsa penipuan inap desa palsu terbabit,” katanya.
Beliau juga berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memantau kegiatan sedemikian kerana boleh menjejaskan pelancongan dalam negara.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pengarah-sme-ditipu-pengusaha-inap-desa-1.147588#sthash.4VVQnDLO.dpuf

Penyamun larikan 300 kabel elektrik


PULAU PINANG 17 Okt. – Dua pekerja kontrak warga Bangladesh berdepan detik cemas selepas diikat menggunakan kabel elektrik oleh sekumpulan lapan penyamun bersenjatakan parang di tapak projek Orchard Villa di Bayan Lepas, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, kesemua suspek yang menutup muka menggunakan kain datang ke stor yang didiami mangsa dengan menaiki sebuah lori.
Menurut sumber, suspek dipercayai terdiri daripada lelaki warga tempatan dan warga asing itu kemudiannya melarikan kira-kira 300 gulung kabel yang dianggarkan bernilai RM50,000.
“Mangsa menghubungi majikan dan memaklumkan perkara terbabit sebelum membuat laporan di balai polis berdekatan,” katanya.
Menurutnya, polis sedang mengenal pasti kesemua suspek terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penyamun-larikan-300-kabel-elektrik-1.147601#sthash.f2iMowsO.dpuf

Suspek rogol budak 11 tahun diberkas


JEMPOL 17 Okt. – Lelaki yang disyaki merogol seorang budak perempuan berusia 11 tahun sehingga dia melahirkan bayi lelaki pada 5 Ogos lalu ditahan polis di rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Hamzah Alias berkata, suspek yang berusia 30 tahun itu ditahan pada pagi Khamis lalu.
“Polis mengambil masa untuk menahan suspek kerana dia sering berpindah-randah untuk mengelak daripada ditangkap.
“Suspek sebelum ini tinggal menyewa berhampiran kediaman keluarga mangsa dekat pekan Bahau dan menyembunyikan diri apabila mengetahui polis mencarinya selepas mangsa melahirkan bayi.
“Dia ditahan reman bermula semalam sehingga Khamis depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sini hari ini.
Jelasnya, walaupun bayi lelaki itu meninggal dunia lapan hari selepas dilahirkan akibat ‘inflamasi’ usus namun pihak polis tidak pernah berhenti untuk mengesan suspek.
Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang budak darjah lima melahirkan bayi di sebuah klinik swasta dekat pekan Bahau apabila mengadu sakit perut pada 5 Ogos lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suspek-rogol-budak-11-tahun-diberkas-1.147602#sthash.7u930HSC.dpuf

Pekerja pembinaan mati dikelar


BEGINILAH keadaan jenazah Afham Maarat yang dipercayai dibunuh
BEGINILAH keadaan jenazah Afham Maarat yang dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Kampung Sejijak, Jalan Matang-Batu Kawa, Kuching, Sarawak, kelmarin.
KUCHING 17 Okt. – Seorang pekerja pembinaan ditemukan mati de­ngan beberapa kesan kelar pada leher dan tangan di sebuah rumah di Kampung Sejijak, Jalan Matang-Batu Kawa, semalam.
Mayat, Afham Maarat, 27, ber­asal dari Kampung Meranek, Kota Samarahan ditemukan majikannya yang pergi ke rumah yang sedang dalam proses ubah suai oleh mangsa kira-kira pada pukul 9.30 malam.
Ketua Polis daerah, Superintenden Ng Ah Lek berkata, mang­sa yang baru menimang seorang cahaya mata baru-baru ini tidak dapat dihubungi oleh majikannya beberapa jam sebelum mayatnya ditemukan.
Menurutnya, bimbang dengan keselamatan mangsa, majikannya bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat pekerjanya dalam keadaan meniarap dan berlumuran darah.
“Terkejut melihat keadaan mang­sa, majikannya kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Siasatan awal mendapati terdapat kesan luka di leher dan tangan mangsa dipercayai dikelar dengan menggunakan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ah Lek membe­ritahu, mangsa dikatakan baru dua bulan bekerja dan tinggal seorang diri di situ (rumah tempat kejadian).
Jelasnya, mangsa dikatakan dilihat kali terakhir di sebuah surau berhampiran pada pukul 4 petang sebelum balik ke tempat kerja.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih dalam siasatan.
“Buat masa ini, polis giat memburu suspek yang masih bebas. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pekerja-pembinaan-mati-dikelar-1.147610#sthash.3gh6xi0l.dpuf