JUMAAT, 16 OKTOBER 2015 @ 4:50 PM
SHAH ALAM: Polis menahan seorang pemandu lori dan menemui semula sebuah jengkaut bernilai RM80,000 yang dilaporkan hilang di Kilometer 11.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala Subang Jaya di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam. Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata jengkaut itu dicuri dari sebuah tapak pembinaan berhampiran lokasi ia ditemui kira-kira jam 7 malam semalam. "Makluman awal diperolehi daripada pihak PLUS (PLUS Malaysia Berhad) menyatakan terdapat sebuah lori yang membawa jentera berat (jengkaut) terbalik di Kilometer 11.5 Lebuhraya NKVE pada jam 9.20 malam tadi. "Namun selepas diperiksa, kita mendapati jengkaut itu sebenarnya dilarikan oleh empat lelaki berusia lingkungan 20-an dan 30-an dari kawasan tapak pembinaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, berikutan kes itu polis kemudian menahan pemandu lori berusia 43 tahun dan merampas lori serta jengkaut yang ditemui. Katanya, susulan penahanan itu polis kini giat mengesan empat suspek yang menjadi dalang melarikan jengkaut berkenaan. Beliau berkata, pemandu lori itu direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89441