SELASA, 13 OKTOBER 2015 @ 6:55 PM
KOTA TINGGI: Tiga bom lama ditemui di Jeti Md Long, Tanjung Belungkor dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Rahmat Othman, berkata penemuan bom itu disedari orang awam yang ternampak objek menyerupai bom di kawasan berkenaan.
Katanya, berikutan itu satu laporan polis dibuat penyelia jeti berkenaan di Balai Polis Adela di sini, pada jam 10 pagi.
"Sepasukan polis diketuai Ketua Balai Polis Adela, Sarjan Razali Sabtu kemudian bertindak ke lokasi dan menemui semua bom itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Rahmat berkata, dua daripada bom itu adalah jenis Shell Meriam 105 dengan anggaran berat 20 kilogram (kg) dan satu bom Mortar seberat 1.2kg yang dijumpai dalam jarak 25 meter dari jeti berkenaan.
Katanya, ketiga-tiga bom itu kemudian dipindahkan dan dimusnahkan pada 5.45 petang semalam oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Proses pemusnahan kesemua bom itu kemudian selesai setengah jam kemudian, katanya.
-BERNAMA