Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, lelaki berusia 42 tahun tersebut meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gunung di sini selepas mengalami kecede­raan serius akibat ditembak.
Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki itu dikatakan membuat pusingan U untuk berpatah balik selepas melihat satu sekatan jalan raya.
“Anggota polis yang bertugas melakukan sekatan jalan telah mengejar kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu lelaki itu dan ketika dalam perjalanan suspek telah melanggar seorang kanak-kanak.
“Selepas memberhentikan kenderaan, lelaki itu dipercayai telah memegang parang menghalakan ke arah anggota polis berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Sumber itu memberitahu, anggota polis berkenaan telah memberi amaran supaya lelaki itu meletakkan parang tetapi tidak diendahkan.
“Anggota polis itu dikatakan terpaksa melepaskan tembakan kerana lelaki itu menyerangnya,” katanya.
Ketua polis negeri dijangka mengadakan sidang akhbar me­ngenai kejadian itu, esok.