Search This Blog

Sunday, October 11, 2015

Lelaki Vietnam Ditahan Dipercayai Suspek Bunuh Di Kampar


Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 6:22 PM

IPOH: Polis menahan seorang lelaki warga Vietnam yangdisyaki suspek utama kes bunuh seorang lelaki warga Myanmar di Taman KekalPengeluaran Makanan (TKPM) Gua Tempurung, Kuala Dipang, Kampar, dekat sini Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Aung Naing, 34, ditahan berhampiran Litar Motorcross Gua Tempurung, Gopeng, kira-kira 8.30 Sabtu malam.

"Suspek memang tinggal bersama mangsa..suspek memang mengaku dia yang membunuh mangsa.

"Pemeriksaan ke atas badan suspek juga mendapati terdapat kesan calar dibahu kiri dan hadapan suspek," katanya di sini pada Ahad.

Ng berkata suspek kini ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Sabtu, seorang lelaki warga Myanmar dijumpai mati di dalam sebuah kontena dalam keadaan kepalanya hampir putus dipercayai akibat ditetak.

Mangsa berumur lingkungan 30-an itu ditemui penyelianya terbaring di atas lantai dengan beberapa kesan luka di leher, pada 7.50 pagi.

Lelaki Vietnam Ditahan Dipercayai Suspek Bunuh Di Kampar


Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 6:22 PM

IPOH: Polis menahan seorang lelaki warga Vietnam yangdisyaki suspek utama kes bunuh seorang lelaki warga Myanmar di Taman KekalPengeluaran Makanan (TKPM) Gua Tempurung, Kuala Dipang, Kampar, dekat sini Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Aung Naing, 34, ditahan berhampiran Litar Motorcross Gua Tempurung, Gopeng, kira-kira 8.30 Sabtu malam.

"Suspek memang tinggal bersama mangsa..suspek memang mengaku dia yang membunuh mangsa.

"Pemeriksaan ke atas badan suspek juga mendapati terdapat kesan calar dibahu kiri dan hadapan suspek," katanya di sini pada Ahad.

Ng berkata suspek kini ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Sabtu, seorang lelaki warga Myanmar dijumpai mati di dalam sebuah kontena dalam keadaan kepalanya hampir putus dipercayai akibat ditetak.

Mangsa berumur lingkungan 30-an itu ditemui penyelianya terbaring di atas lantai dengan beberapa kesan luka di leher, pada 7.50 pagi.

Penculik Silap Sasaran, Lepaskan Mangsa


Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 3:30 PM

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penculik hanya menyedari mereka tersilap sasaran selepas beberapa minit melarikan mangsa dan bertindak mengarahkannya keluar dari kereta.
Mangsa, R.Karunakaran, 59, sedang menyiram pokok bunga di luar rumahnya di Jalan Api-Api 1, Kepong Baru kira-kira pukul 8.30 pagi pada Selasa ketika didekati seorang lelaki.
"Dia bertanya sama ada saya menjual lori yang diletakkan di luar rumah saya tetapi dia berkelakuan pelik, jadi saya cuba melarikan diri.
"Namun, seorang lagi lelaki menarik saya ke belakang lori. Saya cuba untuk melawan tetapi mereka mengacukan parang di leher saya," katanya.
Suspek turut meragut rantai emas di lehernya sebelum menarik mangsa masuk ke dalam sebuah kereta Proton Waja dan meninggalkan kawasan tersebut.
"Mereka beritahu mahu bunuh saya," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini Ahad.
Namun, beberapa minit kemudian, salah seorang penculik menerima panggilan telefon.
"Saya terdengar dia berkata,"Oh kami tersilap sasaran. Lelaki yang sepatutnya diculik tinggal di rumah No.8, rumah saya di alamat No.1," katanya.
Dia berkata penculik tersebut memberhentikan kenderaan dan mengarahkannya keluar sebelum memecut laju.
"Tiga daripada mereka memakai topeng manakala seorang yang mendekati saya tidak memakai topeng," katanya.
Beliau berkata polis sudah memaklumkan semua rumah dengan No.8 di kawasan tersebut supaya lebih berhati-hati.

Motosikal Terbabas, Warga AS Putus Kepala


Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 2:28 PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat putus kepala apabila motosikal berkuasa tingginya terbabas di Jalan Tun Razak menghala Hentian Pekeliling di sini, awal pagi Ahad.
Kejadian yang berlaku kira-kira 2 pagi itu menyebabkan Ernest Edward Chaves, 50, maut di tempat kejadian.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata nahas berlaku apabila motosikal mangsa jenis Harley Davidson dipandu laju dan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.
"Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat minyak di pusat bandar dipercayai dalam perjalan pulang ke rumahnya di Bukit Damansara.
"Tiada unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Noreen mengigau tiap malam, air mata menitis

Noreen mengigau tiap malam, air mata menitis

Noreen Yaacob menerima kunjungan Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin (dua dari kanan) dan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Azam Ismail (tiga dari kanan) ketika menjalani rawatan pemulihan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), hari ini. - Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU - Tiga hari selepas dikeluarkan dari hutan, Noreen Yaacob, 11, yang terselamat setelah 48 hari berada di dalam hutan masih trauma dan sesekali memorinya kembali kepada kisah di belantara itu yang meragut nyawa beberapa rakannya.
 
Ketika ini, setiap malam Noreen bermimpi melihat rakannya Juvina dan Ika yang mati di depan mata dengan cebisan daging mereka mereput dan melekat di celah-celah kayu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dua kanak-kanak kekurangan zat yang serius]
 
Dia tidak dapat melelapkan mata sepanjang 48 hari tinggal di dalam hutan ekoran dikelilingi mayat rakan-rakannya di samping terpaksa menghidu bau busuk, cerita Noreen kepada ibunya, Midah Angah,40.
 
Menurut Midah lagi, Noreen masih mengigau ketika tidur malam dan air matanya menitis di pipi mungkin teringatkan rakannya yang mati di depannya
 
"Noreen takut‎ untuk menghadapi situasi ini kerana seorang demi seorang mati dan hanya dia dan Miksudiar yang masih bertahan. Sukar untuk menerima kenyataan mereka mati depan mati saya termasuk adik, Haikal yang turut dihanyutkan arus," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), hari ini.

Lepas penggal, lelaki jinjing kepala isteri


Lepas penggal, lelaki jinjing kepala isteri

11 OKTOBER 2015
Lepas penggal, lelaki jinjing kepala isteri Keratan video yang menjadi viral.

PUNE - INDIA . Seorang lelaki di bandar barat India, Pune ditahan selepas menjinjing kepala isterinya yang dipenggalnya di sebatang jalan yang sibuk di sini, kata polis.

Lelaki yang berusia 53 tahun yang dikenali sebagai Ramu Chavan ditahan oleh polis trafik selepas menerima puluhan aduan yang menyaksikan kejadian itu.

Polis memberitahun BBC, Ramu mengaku bersalah memenggal kepala isterinya namun tidak mendedahkan motif pembunuhan tersebut.

Polis mengesyaki, lelaki yang bekerja sebagai  pengawal keselamatan di sebuah tapak pembinaan menghidap penyakit mental dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Video lelaki berkenaan berjalan di sekitar bandar dengan menjinjing kepala isterinya tersebar luas di media sosial di India.

Sementara itu, keluarga wanita yang dikenali sebagai Sonubai telah tiba di bandar itu untuk membantu siasatan.

Maut Dihempap Papan Tanda: Hasrat Berkumpul Di Kenduri Kahwin Tak Kesampaian


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 9:50 PM
Jenazah tiga sekeluarga Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, isteri Jamnah Ibrahim, 56, dan anak mereka Nor Juliana Dzulkarnain, 17, disembahyangkan di Masjid Al-Mutaqqin Meru sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya selepas solat Maghrib pada Sabtu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: "Saya terkilan hasrat kami adik-beradik untuk berkumpul pada majlis perkahwinan seorang saudara di Shah Alam pada hari ini (Sabtu) tidak kesampaian."
Itu luahan Zainal Alam Kamaruzzaman, 56, adik kepada Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, yang terbunuh apabila kereta yang dinaikinya dihempap papan tanda selepas struktur itu dilanggar sebuah lori kontena di KM399.6 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Tanjung Malim, pagi Sabtu.
Turut terkorban dalam kejadian 6.35 pagi itu ialah isteri Dzulkarnain,  Jamnah Ibrahim, 56 dan anak perempuan mereka, Nur Juliana, 17.
Menurut Zainal Alam, beliau dimaklumkan mengenai tragedi itu oleh seorang saudara pada majlis perkahwinan berkenaan.
"Saya sungguh terkejut apabila mengetahui bahawa kemalangan itu turut membabitkan isteri dan anak perempuan arwah," kata Zainal Alam, yang juga Pengurus Besar Lebuhraya Klang Selatan (SKVE), ketika dihubungi Bernama
"Saudara saya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi polis yang menjumpai kad kenduri kahwin dalam kereta milik arwah," jelas Zainal Alam.
Katanya, beliau dan Allahyarham Dzulkarnain sudah merancang untuk bertemu sekitar 9 pagi Sabtu untuk menghadiri majlis perkahwinan itu. 
Zainal Alam berkata abangnya, anak kelima daripada 10 beradik, ketika hayatnya begitu mengambil berat dan membantu adik beradik yang lain.
"Selain itu, arwah adalah seorang profesional dan komited dalam menjalankan tugasnya," kata Zainal Alam mengenai arwah abangya yang pernah menjadi Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh.
Jenazah tiga beranak itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat sebelum dibawa ke Masjid Taman Meru Heights Ipoh untuk disolatkan dan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya.

Culik Budak Lelaki: Dua Suspek Ditahan


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 9:13 AM
Pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam menyerahkan kanak-kanak lima tahun yang diculik pada pagi Jumaat kepada bapa saudaranya. -foto AZHAR MAHFOF/The Star

KUALA LUMPUR: Dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang, awal pagi Jumaat telah ditahan.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kedua-dua lelaki itu ditahan dalam satu serbuan di Sungai Chua kira-kira pukul 10.25 malam Jumaat.
Beliau tidak mengulas sama ada dua suspek tersebut ditahan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar tadika kanak-kanak itu.
"Kami ada dua suspek. Kami sedang melakukan siasatan yang terbaik, itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini," katanya.
Sumber berkata kedua-dua lelaki yang ditahan itu positif dadah.
Kanak-kanak itu disatukan semula dengan keluarganya kira-kira pukul 5.38 petang selepas hilang selama lapan jam.
Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam menghantar kanak-kanak itu ke rumah keluarganya di Taman Cahaya di sini.
"Saya menjumpai dia sedang merayau di jalan raya dan saya mengenalinya dari mesej dalam WhatsApp yang tersebar," kata Nizam.

Pemuda Maut Ditembak Di Rumah


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 9:29 AM

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut ditembak dari arah belakang ketika berehat di bawah rumahnya di Kampung Usaha Jaya Batu 3 Jalan Pengkalan dekat sini, Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata terdapat satu kesan tembakan di bahagian tengah dada mangsa yang berusia 29 tahun dan kejadian itu disedari ibunya.
Katanya dalam kejadian 5.43 petang semalam mangsa dan ibunya berada di rumah lama yang terletak di belakang rumah baharu keluarga itu.
"Siasatan awal polis mendapati kawasan rumah lama tersebut di kelilingi pokok kelapa sawit dan semak samun," katanya di sini.
Beliau berkata sebelum kejadian itu, mangsa sedang berehat di bawah rumah manakala ibunya berada di hadapan rumah.
Katanya tidak lama kemudian, ibu mangsa terdengar bunyi satu das tembakan dilepaskan dari arah belakang rumah.
A. Sahak berkata ibu mangsa terus bergegas ke tempat mangsa dan mendapati tangan kiri anaknya berdarah, katanya.
Beliau berkata dengan bantuan penduduk kampung, mangsa dikejarkan ke Hospital Kinabatangan dan disahkan sudah meninggal dunia.
A. Sahak berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan belum ada sebarang tangkapan dilakukan.
Beliau berkata siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif pemuda itu ditembak.

Tiga Maut Kemalangan Di Tanjung Malim


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 10:29 AM

DIKEMASKINI
PETALING JAYA: Dua lelaki dan seorang perempuan yang menaiki sebuah kereta mewah maut dalam kemalangan di Kilometer 399.6 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Tanjung Malim, Perak pagi Sabtu.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa terdiri daripada pemandu dan penumpang kereta berkenaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam mengesahkan insiden tersebut.
Difahamkan, kemalangan maut itu berlaku apabila sebuah lori kontena merempuh tiang papan tanda yang melintang di lebuh raya berkenaan.
Akibat rempuhan berkenaan, palang papan tanda tersebut jatuh dan melintang di atas jalan di kedua-dua laluan.
Kereta yang dipandu mangsa dari arah selatan dikatakan tidak menyedari kewujudan palang besi itu di atas dan merempuhnya sehingga menyebabkan bumbungnya terputus.
Berikutan itu, kedua-dua laluan terhalang dan menyebabkan aliran traik sesak sejauh lebih dua kilometer sebelum laluan alternatif dibuka.
Pemandu dan dua penumpang kereta tersebut meninggal di lokasi kejadian.

Mangsa yang maut dikenali pasti sebagai bekas Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh, Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, Jamnah Ibrahim, 56 dan anak perempuan mereka, Nor Juliana Dzulkarnain, 17.

Supramaniam berkata ketiga-tiga mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu treler akan ditahan sementara menunggu keputusan ujian air kencing.

Saksi kejadian diminta menghubungi talian hotline polis di 03-20529999 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Kes Culik Kajang: Empat Ditahan, Wang Tebusan Ditemui


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 11:10 AM

SHAH ALAM: Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kajang pada Jumaat.
Empat suspek termasuk seorang pemandu teksi yang menghantar mangsa pulang ke rumah, ditahan kurang 24 jam selepas kejadian itu menjadi viral di media sosial.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata polis turut menjumpai semula wang tebusan berjumlah RM300,000.
Kanak-kanak itu kembali ke pangkuan keluarganya selepas diculik selama lapan jam dan kehilangannya menjadi viral di laman media sosial.
Mangsa dilaporkan diculik dihadapan ibunya yang ketika itu mahu mengambil kanak-kanak itu di depan tadika di Sungai Chua, Kajang.

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Pokok Getah Tumbang


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 3:06 PM

TASEK GELUGOR: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebatang pokok getah yang tumbang dan merintangi jalan dekat selekoh di Jalan Ara Kuda, di sini, awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam berkata dalam kejadian 6.50 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun yang tinggal tidak jauh dari lokasi kemalangan dalam perjalanan ke kedai untuk membeli sarapan.
"Mangsa yang menunggang sendirian maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.
Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.01 pagi dan apabila tiba di tempat kejadian, didapati sebatang pokok getah tumbang melintangi jalan dan terdapat seorang mangsa lelaki serta sebuah motosikal di situ.
"Mayat dikeluarkan dari kawasan pokok tumbang sebelum diserahkan kepada polis dan anggotanya kemudian melakukan kerja memotong dan mengalihkan pokok hingga selesai," katanya.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli, 43, berkata pokok itu dipercayai tumbang awal pagi Sabtu ekoran hujan lebat sejak malam Jumaat mungkin tidak nampak pokok yang tumbang itu berikutan keadaan gelap di kawasan berkenaan. - BERNAMA

Empat Termasuk Pengantin Baharu Maut Dalam Kemalangan


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 7:57 PM

BESUT: Empat termasuk seorang pengantin baharu lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di KM93, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Renek, Jerteh di sini pada pukul 2.20 petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata, mangsa yang maut ialah pengantin, Muhamad Norizan Mohd Noor, 20; ibu mertuanya Rozila Jusoh, 42; dan dua adik iparnya Norma Mohd Zaki, 15; dan Muhammad Haikal Zaki, 2.
Seorang lagi mangsa yang juga pengantin perempuan Noraliza Zaki, 18, cedera parah di kaki serta tangan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Ketika kejadian, kelima-lima anggota keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Setiu sebelum kenderaan jenis Perodua Viva itu terbabas setelah melanggar sebuah kereta sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu gagal mengelak lalu merempuh secara berhadapan dengan Perodua Viva yang dipandu Muhamad Norizan," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.
Kesemua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital sama.
Sementara itu, abang pengantin lelaki, Mohamad Nazri, 29, berkata adiknya meminjam keretanya untuk menjemput pengantin perempuan dan keluarganya untuk majlis menyambut menantu di kediamannya di Kampung Gong Terap, Setiu.
Katanya, majlis nikah adiknya itu diadakan pada malam Rabu lepas di rumah pengantin perempuan di Kampung Chetok, Pasir Mas, Kelantan.
"Ketika dalam perjalanan pulang, arwah adik ada menghubungi saya bertanyakan tentang persiapan majlis kenduri di rumah bagi menyambut kedatangan adik ipar saya ke kampung kami," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Besut.
Menurut Mohamad Nazri, tidak lama selepas itu beliau terkejut apabila dimaklumkan oleh rakannya bahawa telah terlihat keretanya terbabit dalam kemalangan.
Suami Rozila, Zaki Abdullah, 45 berkata beliau reda dengan pemergian isteri dan dua anaknya serta menantunya yang belum sempat dikenali dengan lebih dekat.

Lelaki Pakai Burka Rompak Wanita Di Surau Ditahan


Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 9:27 AM
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan seorang lelaki yang berpakaian burka hitam untuk mencuri barang kepunyaan wanita di dalam sebuah surau di pusat membeli belah Bukit Bintang.
Suspek ditahan kira-kira pukul 8.30 malam Khamis selepas seorang polis bantuan wanita menyedari perbuatannya itu.
Dia ditangkap selepas berlaku pergelutan kecil dengan anggota polis bantuan tersebut.
Difahamkan, ketika mangsa wanita sedang menunaikan solat, suspek merompak beberapa barang berharga seperti kad ATM dan telefon bimbit dari beg tangan mangsa serta telekung.
Suspek bertindak menyimpan barangan tersebut di dalam beg tangan berwarna coklat yang disorokkan di dalam burka.
Ketua Polis Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata seorang polis bantuan wanita yang bertugas di luar surau tersebut menyedari wanita berpakaian burka itu berkelakuan pelik.
Polis bantuan itu mendekati suspek dan meminta dia menunjukkan kad pengenalan dirinya.
"Namun dia tidak berbuat demikian, sebaliknya melarikan diri. Polis bantuan tersebut bersama dengan beberapa anggota yang lain mengejar suspek.
"Berlaku pergelutan kecil dan polis bantuan menyedari suspek sebenarnya lelaki yang memakai burka," kata Zainol.
Polis bantuan itu berjaya menahan suspek yang mengalami kesan kecederaan di kepalanya.
Dia kemudiannya dibawa ke balai polis Tun HS Lee.
Zainol berkata polis bantuan turut merampas sebuah beg tangan jenama Coach dari suspek dan menjumpai beberapa barang yang dicuri dari surau.
Antaranya, kad ATM, wang tunai sebanyak RM846, satu MyKad, sepasangan cermin mata, kunci, beg H&M dan satu telekung berwarna putih.

Turki Berkabung, Letupan Ragut 95 Nyawa


Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 9:00 AM
Mangsa yang cedera sedang menunggu rawatan.

TURKI memulakan tempoh berkabung selama tiga hari pada Ahad selepas dua insiden letupan berlaku semasa perhimpunan aman anti kerajaan di Angkara yang menggorbankan 95 nyawa pada Sabtu.
Insiden berdarah itu turut mencederakan 245 orang dengan 48 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Rakaman televisyen menunjukkan keadaan cemas di sekitar kawasan dan beberapa mayat bergelimpangan di atas jalan raya.
Kerajaan menyifatkan serangan tersebut sebagai 'tindakan pengganas' dan menolak dakwaan bahawa mereka sepatutnya dipersalahkan atas insiden tersebut.
"Kami mengesyaki terdapat kaitan pengganas," kata seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali.
Berikutan serangan berkenaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membatalkan lawatan ke Istanbul.
Pada lewat malam Sabtu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghubungi Erdogan dan mengucapkan takziah serta bersimpati terhadap mereka yang terkorban dan cedera dalam insiden itu.
Letupan yang belum diketahui punca itu dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati.
Perhimpunan itu dilakukan bagi membantah konflik yang timbul antara kerajaan dengan militan Kurdish yang tinggal di tenggara negara itu.

86 Maut Letupan Pada Perhimpunan Aman Di Turki


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 5:39 PM

DIKEMASKINI
ANKARA: Sekurang-kurangnya 86 orang terbunuh selepas dua letupan berlaku semasa perhimpunan aman anti kerajaan di Ankara pada Sabtu, lapor agensi berita AFP.
Menteri Kesihatan, Mehmet Muezzinoglu memberitahu pemberita di Ankara bahawa seramai 62 orang maut di tempat kejadian manakala 24 lagi meninggal dunia ketika dihantar ke hospital.
Beliau berkata, 186 orang lagi cedera dalam serangan itu.
Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 10.05 pagi ketika ratusan peserta perhimpunan sedang berarak dan tiba di persimpangan jalan di ibu negara Turki itu.
Kerajaan negara itu percaya letupan berkenaan merupakan angkara serangan pengganas.
"Kami mengesyaki terdapat kaitan pengganas," kata seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali.
Berikutan serangan berkenaan Presiden Turki, Erdogan membatalkan lawatan ke Istanbul.
Letupan yang belum diketahui punca itu dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati.
Perhimpunan itu dilakukan bagi membantah konflik yang timbul antara kerajaan dengan militan Kurdish yang tinggal di tenggara negara itu.