Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, 7,854 penagih atau 37 peratus daripadanya merupakan penagih berulang.
Katanya, rekod itu juga mencatatkan sebanyak 70 peratus merupakan penagih yang berumur lingkungan 18 hingga 39 tahun.
“Kita juga mendapati terdapat peningkatan sebanyak 35 peratus membabitkan penagih dadah berusia 16 ke 19 tahun apabila tahun lalu merekodkan seramai 1,141 orang berbanding 847 orang tahun sebelumnya.
“Jumlah ini menunjukkan tenaga muda dan belia yang sepatutnya menyumbang dalam pembangunan dan kemajuan negara telah dipersiakan akibat penyalahgunaan dadah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Seminar Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD), di Hotel Syeun di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE