Search This Blog

Thursday, October 1, 2015

Pelayan restoran kena samun


WARTAWAN SINAR HARIAN
1 OKTOBER 2015
SUBANG JAYA - Tindakan seorang pelayan restoran memberi tunjuk arah jalan kepada seorang lelaki membawa padah apabila dia disamun berhampiran sebuah bank, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, mangsa dikatakan berkunjung ke bank tersebut untuk memasukkan wang perniagaan restoran milik majikan berjumlah RM3,780.

Mangsa yang berdiri di depan bank tiba-tiba didatangi seorang lelaki memakai jaket hijau dan berpenutup mulut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Lee Swee Meng berkata, lelaki itu menepuk bahu mangsa dan bertanya arah untuk ke satu lokasi.

“Mangsa berpaling untuk membantu tetapi terkejut apabila diacu pisau oleh lelaki terbabit dan diarahkan supaya tak menjerit. Lelaki itu kemudiannya menyuruh mangsa mengekorinya sehingga ke padang permainan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, apabila sampai di padang permainan, lelaki itu terus mengambil sejumlah wang tunai hasil perniagaan restoran dari poket seluar mangsa.

Menurutnya, lelaki itu melarikan diri dan mangsa yang berjalan kaki ke bank berkenaan tidak dicederakan.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Swee Meng berkata, orang ramai perlu lebih berhati-hati ketika berurusan di bank bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa samun.

Suami isteri melecur redah api


WARTAWAN SINAR HARIAN
Suami isteri melecur redah api

1 OKTOBER 2015
Suami isteri melecur redah api Anggota JBPM Parit Buntar berusaha memadamkan api kebakaran melibatkan rumah sewa mangsa di Taman Seri Semarak, Parit Buntar.

PARIT BUNTAR - Pengorbanan sepasang suami isteri warga Kemboja meredah api kebakaran berjaya menyelamatkan anak mereka daripada maut sekalipun kedua-dua mengalami kecederaan dalam kebakaran di rumah sewa di Taman Seri Semarak, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang, Imran Noin, 30-an dan isterinya, Amros Sos, 30, mengalami lecur tahap pertama di bahagian hadapan, belakang, tangan kiri, tangan hadapan serta muka setelah berusaha mengeluarkan anak tunggal mereka yang berada di dalam salah sebuah bilik.

Menurut sumber, berdasarkan penceritaan mangsa, kebakaran dipercayai bermula dalam sebuah bilik apabila tilam terbakar tanpa diketahui puncanya.

Menurutnya, kebakaran tilam itu mula disedari anak tunggal pasangan Kemboja berkenaan yang sedang berada di dalam bilik berkenaan sebelum ia menjerit memanggil kedua ibu bapa yang berada di ruang tamu untuk meminta tolong.

“Isteri mangsa mendakwa api mula marak membakar keseluruhan tilam dan dia mengalami kecederaan melecur di tangan sewaktu menarik keluar anak tunggal mereka.

“Manakala, si suami pula mengalami kecederaan melecur lebih teruk setelah usaha permulaannya untuk mengeluarkan tilam terbakar daripada bilik berkenaan tidak kesampaian.

“Mujur mangsa sempat keluar dari rumah itu meskipun sebahagian tubuh badannya melecur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Parit Buntar, Mohd Nor Amin Abdul Mubin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.01 petang dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

"Dua rumah terjejas di mana salah satunya musnah terbakar 80 peratus, manakala sebuah lagi terbakar hanya di bahagian bumbung.

“Terdapat dua mangsa melecur di mana suami melecur tahap pertama sebanyak 18 peratus di bahagian hadapan, belakang, tangan serta muka.

“Manakala, si isteri turut mengalami lecuran di bahagian tangan, Kedua-duanya dihantar ke Hospital Parit Buntar oleh orang awam,” katanya.

Katanya, kerja pemadaman mengambil masa hampir 30 minit turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Persatuan Bomba Sukarela Parit Buntar dan Persatuan Bomba Sukarela Bagan Serai.

Tertipu pakej umrah murah


WARTAWAN SINAR HARIAN
Tertipu pakej umrah murah

1 OKTOBER 2015
Tertipu pakej umrah murah Mohd Salleh (kiri) menunjukkan laporan polis berhubung penipuan pakej umrah di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, semalam.

PONTIAN - Niatnya untuk menunaikan impian isteri menjejakkan kaki ke Tanah Suci tidak kesampaian apabila pakej umrah yang telah dibayar rupanya indah khabar dari rupa.

Itu yang berlaku kepada Mohd Salleh Arshad, 63, yang mendakwa ditipu sebuah syarikat menawarkan pakej umrah dengan harga rendah.

Lebih malang, bayaran pakej umrah sebanyak RM4,223 yang dijanjikan sejak 2013 itu, masih belum dipulangkan sehingga sekarang.

Menurutnya, syarikat itu menawarkan pakej umrah pada harga sangat rendah selain terdapat ramai ustaz yang bertindak sebagai penasihat syarikat.

“Saya diberitahu tentang syarikat terbabit oleh kenalan. Ramai ustaz jadi penasihat, jadi saya yakin untuk turut serta ambil pakej umrah di situ.

“Hujung tahun 2012, saya bayar RM4,223 untuk pakej umrah isteri (Siti Sakniah Jaafar, 60) dan dijanjikan berlepas pada April 2013,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sehingga tarikh dijanjikan, isterinya tidak dapat ke Tanah Suci, walaupun segala persiapan telah dibuat termasuk mendapatkan suntikan kesihatan.

“Pihak syarikat cakap terpaksa tangguh pakej umrah isteri saya sebab kerja baik pulih di Makkah.

“Dari hari ke hari, saya dan isteri tunggu untuk dapatkan tarikh baharu ke Makkah, tapi sia-sia,” katanya.

Selepas tawar hati dengan pakej umrah terbabit, dia dan isteri bertindak menarik diri dan mahu wang mereka dikembalikan, namun, sehingga kini mereka masih menanti.

“Saya sudah beberapa kali jumpa pihak pengurusan syarikat, tapi mereka minta tempoh sebelum bayaran dibuat.

“Tetapi sampai tarikh dijanjikan, tiada satu sen pun dibayar. Bila saya pergi semula ke pejabat syarikat itu, ia dah ditutup dan difahamkan berpindah ke lokasi baharu,” katanya.

Beliau bersama beberapa mangsa yang mendakwa ditipu syarikat tersebut bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian.

“Duit yang saya bayar pakej umrah itu duit tabungan bersama isteri. Saya minta siasatan dilakukan ke atas syarikat tersebut, bagi mengelakkan lebih ramai orang ditipu,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti mendakwa, dia terpedaya dengan pakej umrah yang begitu murah ditawarkan iaitu RM1,377.

“Saya dijanjikan ke Tanah Suci tahun lepas, tapi pihak syarikat memberitahu pakej umrah terpaksa ditangguhkan. Sehingga sekarang wang yang dijanjikan masih belum dipulangkan,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, siasatan akan dijalankan di bawah akta 420 kanun keseksaan kerana menipu.

Lima beranak hilang kediaman


WARTAWAN SINAR HARIAN
Lima beranak hilang kediaman

29 SEPTEMBER 2015
Lima beranak hilang kediaman Keadaan rumah Normala yang terbakar, malam kelmarin.

ARAU - Seorang guru bersama empat  anaknya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Lorong Alor Langcang, Jejawi di sini, malam kelmarin.

Guru, Normala Abu Seman, 46, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, dia bersama anaknya yang berusia antara 7 hingga 12 tahun sedang berehat sambil menonton televisyen di ruang tamu.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi meletup dari bilik, saya terus pergi melihat di dalam bilik ada percikan api diplag sebelum berlaku  percikan api yang besar.

“Dalam  masa yang sama bekalan elektrik terputus, kami segera keluar menyelamatkan diri, selepas berjaya keluar api semakin marak, saya dan anak-anak hanya mampu melihat rumah saya musnah dalam masa kira-kira 10 minit,” katanya yang merupakan ibu tunggal.

Turut musnah dalam kebakaran itu adalah sebuah kereta Honda Jazz milik Normala.

Menurutnya, kini, dia bersama empat anaknya terpaksa menumpang di rumah saudara terdekat.

Sementara itu, Komander Operasi Bomba, Abu Bakar Abdullah berkata, selepas menerima panggilan pada jam 9.28 malam, seramai 22 anggota termasuk 13 anggota bomba sukarelawan dikejarkan ke tempat kejadian .

Katanya, apabila sampai di lokasi, sebuah rumah dua tingkat berstruktur kayu sepenuhnya sedang terbakar, turut terbakar sebuah kereta Honda Jazz yang disimpan di dalam garaj rumah tersebut.

“Rumah berkeluasan 18 meter x 12 meter itu musnah 100 peratus, punca kebakaran masih disiasat," katanya.

Suami bimbang isteri tak balik


WARTAWAN SINAR HARIAN
Suami bimbang isteri tak balik

1 OKTOBER 2015
Suami bimbang isteri tak balik A’ala menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan Hazizah yang dibuat 20 September lalu.

PADANG SERAI - “Zah baliklah, abang tunggu kepulangan Zah," rayu A’ala Amzah, 70, apabila isterinya, Hazizah Abdullah, 46, tidak pulang ke rumah mereka di Taman Damai, di sini, sejak 10 Ogos lalu.

A'ala berkata, Hazizah yang baru dikahwininya sejak enam bulan lalu disedari hilang selepas tidak pulang dari tempatnya bekerja di Prai.

Menurutnya, kali terakhir dia melihat Hazizah sehari sebelum isterinya itu keluar bekerja kira-kira jam 6.30 pagi.

Bagaimanapun, katanya, pada hari itu isterinya tidak mengejutkannya dan bersalaman dengannya seperti kebiasaan yang dilakukan sebelum ke tempat kerja.

“Setiap hari kebiasaannya kalau nak pergi kerja mesti dia akan salam saya dan beritahu nak pergi kerja. Tapi hari itu saya tidur di ruang tamu dan tak sedar dia keluar.

“Tapi saya tak syak apa-apa, saya fikir mungkin dia bergegas nak pergi tempat kerja. Namun, tiga hari saya tunggu... dia tak balik-balik, telefon pun tidak berjawab
“Saya tengok baju, kasut, tuala, alat solek dia ada... kalau dia rancang nak lari mesti dia bawa semua,” katanya.

Katanya, isteri keduanya itu tinggal sebumbung bersama isteri pertama, anak dan menantunya.

"Hubungan kami sangat baik... nak kata kami bergaduh tak ada pula, semuanya elok saja. Dia pun bersembang elok saja dengan isteri pertama, mereka boleh bergelak sama.

"Itulah yang saya pelik dan bimbang bila dia hilang... takut dia diapa-apakan orang jahat. Lagipun, kerja yang dibuat menyebabkan dia sering bawa wang dalam jumlah agak banyak," katanya.

A'ala berkata, orang ramai yang mengenali Hazizah dan mengetahui lokasinya diminta dapat memaklumkan mengenainya di balai polis berhampiran.

“Sudah letih saya pusing cari di rumah kawan-kawan dia, tapi hampa... kawan-kawan dia cakap mereka dah lama tak jumpa dan dia tak pergi kerja.

“Saya juga ada telefon keluarga dia di kampung di Parit Buntar, Perak tapi mereka juga kata tak nampak Hazizah.

“Zah kata Zah sayang abang...  nak jaga abang sehingga akhir hayat. Kalau abang ada buat silap, baliklah berbincang," katanya.

Maut ketika ambil selfie ekstrim


Audrey R
Audrey R
1 OKTOBER 2015

VOLOGDA - RUSIA. Seorang lelaki maut dalam cubaannya mengambil foto selfie ekstrim di tingkat 9 sebuah bangunan, minggu lepas.

Laporan Dailystar mengatakan Audrey R terjatuh ketika cuba mengambil selfie yang terakhir.

Beliau kemudian dikejarkan ke hospital dan diisytiharkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menurut rakan Audrey, beliau berulang kali melarang Audrey dari melakukan perbuatan bahaya tersebut namun tidak diendahkan.

Sebaliknya, Audrey didakwa bertambah berani dan ketagih mengambil foto selfie di lokasi-lokasi ekstrim.

Audrey juga memuatnaik foto-foto tersebut ke laman instagram menggunakan akaun @drewsssik.

Pihak berkuasa Rusia masih menyiasat kejadian tersebut.

7 terbunuh siri letupan bungkusan pos di selatan China


BANGUNAN yang musnah selepas siri letupan di Liucheng. - Foto AFP
BEIJING: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 55 lain cedera dalam siri letupan bungkusan pos di selatan China.
Media tempatan melaporkan terdapat 17 siri letupan berlaku yang mensasarkan bangunan hospital, pusat beli belah, pasar, bangunan kerajaan termasuk penjara di sekitar bandar Liucheng.
Letupan itu turut memusnahkan sebuah bangunan enam tingkap dan mencetuskan keadaan kucar kacir di sekitar bandar itu.
Kementerian Keselamatan Awam melaporkan letupan itu berpunca daripada bom yang diletakkan di dalam bungkusan pos.
Katanya, kes letupan ini disifatkan sebagai perbuatan jenayah dan menolaknya sebagai perbuatan keganasan. Polis sudah menahan seorang suspek lelaki tempatan berusia 33 tahun yang dikenali sebagai Wei.
Seorang pekerja hotel yang dikenali sebagai Li berkata, dia mendengar beberapa letupan yang sangat kuat dan menyebabkan semua penduduk keluar dari premis perniagaan masing-masing.
"Terdapat begitu banyak letupan yang sangat kuat dan semua orang boleh mendengarnya," katanya.
Agensi berita Xinhua pula melaporkan terdapat sekurang-kurangnya satu lagi letupan terjadi pusat bandar Liuzhou, tidak jauh dari Liucheng. Namun laporan itu tidak menyatakan jumlah mangsa yang terkorban atau tercedera. AP

Stor tilam musnah

Oleh Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Stor penyimpanan tilam di Jalan Kolombang, dekat sini, terbakar, kira-kira jam 5 pagi tadi.

Kebakaran masih lagi berlaku sehingga 8 pagi tadi dan operasi memadam kebakaran sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba bagi mengelak api merebak ke kawasan lain.


Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang bersebelahan lokasi kejadian Lijar , 60, berkata, ketika sedang melakukan rondaan dia terhidu bau asap sebelum terkejut apabila mendapati stor penyimpanan tilam bersebelahan tempatnya bekerja sedang terbakar.

"Saya terkejut apabila terhidu bau asap lalu melakukan pemeriksaan dan mendapati stor penyimpanan bersebelahan terbakar lalu memaklumkan kejadian itu kepada majikan saya.

"Ketika itu, beberapa letupan besar kedengaran dan tidak lama selepas itu beberapa jentera bomba tiba untuk memadam kebakaran," katanya ketika ditemui, di lokasi kejadian.

Sementara itu, sebanyak 11 jentera bomba membabitkan seramai 44 anggota dari empat balai bomba dan penyelamat iaitu Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Tuaran berada di lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 8:21 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81494#sthash.DbEv5hWP.dpuf

Jakarta mahu bunuh 6 juta ayam


Jakarta: Kerajaan Indonesia akan membunuh enam juta ayam daging bermula minggu ini sebagai usaha untuk mengurangkan bekalan serta mengatasi kejatuhan harga makanan itu.

Kejatuhan harga ayam itu berpunca daripada beberapa dasar berkaitan makanan yang dibuat pentadbiran Presiden Joko Widodo (Jokowi).


Sejak berkuasa pada tahun lalu, Jokowi mahu Indonesia mengurangkan kebergantungan terhadap makanan diimport bagi melindungi petani dan penternak.

Bagaimanapun, dasar itu memberi kesan kepada harga makanan dan mencetuskan kebimbangan pelabur.

Masalah bermula apabila kerajaan mengurangkan import lembu pada suku tahun ketiga menyebabkan pengguna beralih kepada ayam hingga mendorong harga makanan itu meningkat.

Kenaikan harga berlaku ketika pengeluaran ayam melebihi permintaan hampir 30 peratus.

Harga ayam kini turun mendadak dan harga ayam hidup di ladang ternakan dijual 12 hingga 18 peratus bawah kos pengeluaran.

“Jumlah pengguna lebih rendah berbanding pengeluaran akibat terdapat lebihan bekalan. Satu pengurusan dan kawalan perlu dilakukan,” kata ketua pengarah kementerian perdagangan, Srie Agustina.

Sumber industri memberitahu, kerajaan merancang membunuh enam juta ayam daging bermula minggu ini untuk menstabilkan harga. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:37 AM

SEORANG peniaga memotong ayam untuk seorang pelanggan di Pasar Senen, Jakarta, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81461#sthash.7VwPdRKU.dpuf

Mati berdiri hari bercuti


Padawan: “Keluarga hairan kerana Rosnadi pergi ke kilang pada hari dia bercuti dan ketika mencarinya di kilang, mereka terkejut apabila menemuinya dalam keadaan tersepit di antara forklift dan lori,” kata Hashim Manap, 33.

Hashim adalah kenalan Rosnadi Saimin, 39, yang ditemui mati tersepit di sebuah kilang batu bata di Kilometer 17, Jalan Kuching-Serian di sini, jam 9.30 pagi, semalam.


Menurut Hashim, mayat Rosnadi ditemui ahli keluarga yang pergi ke kilang berkenaan untuk mencarinya kerana bimbang mangsa tidak pulang ke rumah.

“Rosnadi tidak bekerja hari ini (semalam), biasanya dia duduk di rumah berehat tetapi pagi tadi, dia keluar dan memaklumkan mahu ke kilang,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Hashim, selepas lebih dua jam, Rosnadi tidak pulang ke rumah, malah gagal dihubungi. Ia menyebabkan keluarganya membuat keputusan mencarinya di kilang.

“Dari jauh, keluarga ternampak mangsa dalam keadaan berdiri, tetapi apabila dihampiri, mereka terkejut Rosnadi tersepit antara lori dan forklift terbabit dengan mukanya berlumuran darah,” katanya.

Menurut Hashim, tiada pekerja di lokasi berkenaan, malah tiada siapa tahu bagaimana ia berlaku.

“Kakitangan perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke HUS untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil keterangan beberapa rakan sekerja mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 10:11 AM

KAKITANGAN HUS memeriksa mayat Rosnadi sebelum dibawa ke hospital.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81566#sthash.BaD4JTS8.dpuf

Didenda RM7,000 miliki rokok seludup


Port Dickson: Seorang ibu empat anak didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap kesalahan memiliki rokok seludup, Oktober tahun lalu.

Wanita terbabit yang juga pengurus kedai runcit S Kengka Thevi, 33, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret M Mageshwari selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki 233 peket rokok putih dan keretek pelbagai jenama bernilai RM388.80 di sebuah kedai runcit di Batu 1/4, Jalan Melaka, Linggi, jam 11.25 pagi, 27 Oktober 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda maksimum 20 kali nilai barang atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri membuat pemeriksaan di kedai runcit itu menemui 213 peket rokok putih pelbagai jenama serta 20 peket rokok keretek jenama Red Mild yang tidak mempunyai label cukai bernilai RM388.80.

Pendakwaan dilakukan Penolong Pengarah JKDM dari Unit Pendakwaan, Zalliza Arip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika rayuan, Kengka Thevi memohon mahkamah menjatuhkan denda paling minimum kerana menanggung keempat-empat anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 7:42 AM

S Kengka Thevi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81489#sthash.ZZ7Ah2uv.dpuf

Melecur redah api selamat anak


Parit Buntar: Sepasang suami isteri warga Kemboja melecur di beberapa bahagian badan, muka dan tangan dalam usaha menyelamatkan anak perempuannya yang terperangkap dalam bilik dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Seri Semarak, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, tindakan pasangan terbabit, Imran Noin dan isterinya, Amros Sos, masing-masing berusia 30-an menyebabkan Amros melecur di badan, tangan kiri, tangan kanan serta muka, manakala isterinya melecur di tangan.


Sementara anak tunggal pasangan itu berusia lima tahun tidak cedera.

Jiran mangsa yang enggan nama disiarkan berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada tilam yang terbakar di dalam salah sebuah bilik di premis terbabit.

Menurutnya, kebakaran tilam itu mula disedari anak pasangan yang berada di dalam bilik itu sebelum memanggil ibu bapa di ruang tamu bagi mendapatkan bantuan.

“Isteri mangsa memberitahu api mula marak membakar keseluruhan tilam dan dia melecur di tapak tangan ketika hendak menarik anak mereka keluar dari rumah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 7:13 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81477#sthash.6fPevVF1.dpuf

Percutian berakhir di tali gantung



Shah Alam: Kegembiraan dua beranak dari Iran yang mahu bercuti ke negara ini tiga tahun lalu berakhir di tali gantung selepas mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar 2.5 kilogaram dadah methampetamine oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Sebaik hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Ghazali Cha, tertuduh, Parvin Yousef Ilanlou, 57, hanya mampu menangis teresak-esak sambil ditenangkan anaknya, Tayebeh Abbasali Najafi, 36.


Hukuman itu dijatuhkan Ghazali selepas beliau berpuas hati kes melampaui keraguan munasabah pada akhir pendakwaan selain pembelaan yang dikemukakan tertuduh bersifat rekaan semata-mata.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, Tayebeh didakwa mengedar dadah methampetamine seberat 1,297.5 gram (g) di kawasan pintu keluar Pemeriksaan Kastam, Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 25 September 2012.

Parvin pula dituduh mengedar dadah methampetamine seberat 1,245.6 g di tempat dan lokasi sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 7:28 AM

TAYABEH (kiri) dan Parven (kanan) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81479#sthash.y6LTFYyc.dpuf

40 samseng serang 19 pegawai, anggota imigresen


Melaka: “Mereka menyerang pegawai kerajaan sedang bertugas kerana tidak puas hati gara-gara premis mereka diperiksa, tindakan mereka itu amat mendukacitakan,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abu Bakar Sidek Hasan, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian 19 pegawai dan anggota jabatan itu yang dibelasah sekumpulan lebih 40 samseng ketika membuat pemeriksaan di sebuah premis hiburan di Taman Melaka Raya di sini, semalam.

Difahamkan, kekecohan berlaku selepas anggota jabatan itu menyerbu pusat hiburan berkenaan, kira-kira jam 12 tengah malam ketika ramai pelanggan sedang berhibur.

Menurutnya, Jabatan Imigresen negeri melakukan Op Ingkar/Sayang di premis berkenaan selepas mendapat maklumat mengatakan terdapat ramai wanita warga asing bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Katanya, ketika kejadian, anggota jabatan itu berjaya menemui pintu rahsia dipercayai tempat persembunyian wanita terbabit sebelum menahan dan memeriksa 12 daripada mereka iaitu 11 dari Vietnam dan seorang dari China berusia antara 19 hingga 28 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

PENGUAT kuasa imigresen membuat laporan polis di Balai Polis Durian Tunggal, Melaka. Gambar kecil, baju penguat kuasa wanita koyak akibat dikasari samseng ketika bertugas.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 10:02 AM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81563#sthash.8h4JKJft.dpuf

Kenapa la makcik tak baca dulu...


GARA-gara tidak membaca label produk, seorang wanita tidak sengaja memakai 'foam' (buih) polyurethane yang digunakan dalam pembinaan bangunan untuk mendandan rambutnya sehingga rosak.

Gambar wanita pertengahan umur yang dipenuhi buih polyurethane di kepalanya itu, dipercayai diambil di sebuah hospital di timur Eropah menjadi viral, semalam.

Dia kelihatan sedang duduk di ruang menunggu hospital dengan buih polyurethane yang memenuhi kepalanya.

Jika diperhatikan pada gambar itu, terdapat ranting dan daun melekat pada rambutnya menambahkan lagi spekulasi bahawa wanita terbabit mungkin tergesa-gesa keluar untuk ke hospital sehinggakan meredah pokok di kawasan yang dilaluinya.

Buih polyurethane ini selalunya digunakan untuk menampal kebocoran dan mengisi ruang kecil ketika pembinaan.

Sehingga kini, identiti serta lokasi wanita misteri itu masih belum diketahui. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 5:46 PM

GAMBAR yang tersebar di media sosial.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81322#sthash.ZDlX5aJP.dpuf

Pelampau Hindu bunuh petani kerana lembu


Bisara (India): Polis menangkap lapan orang dan masih memburu dua lagi semalam selepas seorang petani Islam dibunuh dan anaknya cedera parah akibat dipukul berikutan khabar angin mendakwa keluarga itu memakan daging lembu.

Penduduk Hindu berang selepas sebuah kuil di sebuah kampung di Bisara, 45 kilometer dari New Delhi mengumumkan keluarga itu menyembelih dan menyimpan daging lembu di rumah mereka.

Majistret daerah Nagendra Pratap Singh berkata, pelampau Hindu itu mengheret Mohammad Akhlaq, 52, dan anaknya keluar dari rumah mereka kelmarin dan memukul mangsa dengan kayu dan batu.

Akhlaq meninggal dunia di hospital berhampiran sementara anaknya dirawat kerana cedera parah.

Sejak Perdana Menteri Narendra Modi berkuasa tahun lalu, pelampau Hindu mendesak India mengharamkan penjualan daging lembu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:26 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81439#sthash.scAAL6Zn.dpuf

Tiga perompak kubur maut


Beijing: Tiga lelaki mati akibat lemas apabila mereka cuba merompak sebuah kubur lama.

Kejadian berlaku di Henan, wilayah di tengah China, yang terkenal kerana kubur purba berisi barangan berharga.


Lima penduduk dilapor memasuki kubur berkenaan berhampiran kampung Chengjiao apabila tiga daripada mereka pengsan kerana tidak cukup udara, menurut kenyataan polis.

Dua rakan mereka menjerit meminta bantuan, tetapi usaha menyelamatkan tiga mangsa itu gagal.

Seorang daripada mereka pengsan ketika usaha menyelamat, tetapi berjaya disedarkan semula sementara lelaki kelima melarikan diri.

Kedua-dua lelaki itu kemudian ditahan atas tuduhan merompak kubur purba.

Polis bagaimanapun tidak menyatakan punca kekurangan udara dalam kubur itu atau sama ada lelaki terbabit berjaya melarikan barangan yang ditanam dalam kubur itu.

Dikenali sebagai pusat peradaban Cina, Henan terkenal kerana barangan purba yang ditanam di beberapa kampung sekitar wilayah itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:33 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81449#sthash.0mibZJkR.dpuf

Pembantu kanan Aquino dituduh rasuah


Manila: Seorang pembantu kanan Presiden Bengino Aquino berdepan dengan siasatan atas tuduhan rasuah, sekali gus menjejaskan reputasi pemimpin Filipina itu yang terkenal sebagai ‘pejuang’ antirasuah.

Penasihat agensi antirasuah Filipina berkata, Setiausaha Bajet Florence ‘Butch’ Abad dan timbalannya Mario Relampagos akan disoal berhubung kes yang berkait dengan pemindahan dana kepada projek kerajaan yang tidak termasuk dalam projek yang diluluskan Kongres.

Aquino berusaha menjadikan perang menentang rasuah sebagai keutamaan pentadbirannya, tetapi berdepan dengan masalah menghapuskan skandal itu yang membabitkan sekutu dan rakannya.

Abad yang bertindak sebagai pengurus kempen Aquino dalam pilihan raya Senat 2007 dan pilihan raya presiden pada 2010, menafikan sebarang salah laku. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:34 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81451#sthash.xBZUzDg3.dpuf

Sejuta kereta di Perancis dilengkapi alat menipu


Paris: Hampir sejuta kenderaan yang dijual di Perancis beberapa tahun lalu dilengkapi dengan alat untuk menipu ujian pencemaran.

Dalam satu kenyataannya, syarikat Volkswagen (VW) di negara itu berkata, 984,064 kereta di Perancis terbabit dalam skandal yang mengejutkan industri automobil.

Kebanyakannya model Volkswagen.

Bagaimanapun, ia juga termasuk kereta Skoda dan Seat yang sebahagian daripada kumpulan VW.

Kerajaan Perancis mendesak supaya siasatan dijalankan di seluruh Eropah selepas syarikat pembuat kereta Jerman itu mengaku ia melengkapkan kereta dengan perisian canggih yang mematikan kawalan pencemaran secara sulit apabila kereta itu dipandu dan memasangnya apabila ia mengesan kereta itu menjalani ujian pencemaran. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:35 AM

GAMBAR hiasan, kereta Volkswagen.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81455#sthash.0A7RYibm.dpuf

6 korban bom surat

 Agensi
Beijing: Enam orang terbunuh apabila 15 bom surat meletup di selatan China.

Media milik kerajaan melaporkan, letupan berlaku di lebih 10 lokasi, termasuk pejabat kerajaan, sebelum cuti kebangsaan di negara itu yang bermula hari ini.


Agensi berita Xinhua melaporkan, puluhan mangsa cedera apabila bahan letupan yang dimasukkan dalam bungkusan surat ekspres meletup.

Akhbar tempatan Nanguo Morning News melaporkan, letupan berlaku di sekurang-kurangnya 13 lokasi di Guanxi, wilayah pedalaman China.

Ia termasuk di sebuah penjara, pejabat kerajaan dan di pusat beli-belah.

Stesen televisyen CCTV memetik seorang pegawai kanan polis sebagai berkata, letupan berpunca daripada pelbagai jenis bahan letupan. Kejadian itu dikategorikan sebagai perbuatan jenayah.

Gambar yang beredar di Internet menunjukkan sebuah bangunan hampir runtuh kesan daripada letupan itu.

Saksi juga mendakwa melihat beberapa kenderaan di jalan raya musnah.

“Siasatan awal menunjukan bahan letupan itu disembunyikan di dalam bungkusan penghantaran ekspres,” lapor Xinhua.

Perbuatan mengebom pejabat kerajaan tempatan dan kawasan awam pernah berlaku di China, membabitkan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:36 AM

GAMBAR yang tersebar di Internet menunjukkan kesan satu daripada letupan di Guanxi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81458#sthash.hWFkoDlV.dpuf

Jumlah jemaah maut terus meningkat


Jakarta: Jumlah jemaah haji Indonesia yang maut dalam tragedi rempuhan di Mina pada minggu lalu meningkat kepada 57 orang semalam.

Ketua Kementerian Agama Indonesia di Arab Saudi, Arsyad Hidayat berkata, jumlah itu mungkin bertambah kerana ada lima kontena berisi mayat masih belum dibuka.


Menurutnya, mangsa yang baru ditemui itu dikenal pasti melalui cap jari kerana keadaan fizikal yang mereput.

“Bagi mempercepatkan usaha mengenal pasti mangsa, kementerian menubuhkan tiga pasukan mencari yang bekerja sepanjang masa,” katanya.

Tragedi rempuhan pada 24 September lalu itu menyebabkan lebih 760 jemaah haji maut dan kira-kira 800 lagi cedera.

“Sejak Isnin lalu pihak berkuasa Arab Saudi menguruskan pengebumian mangsa yang dikenal pasti oleh wakil negara masing-masing,” jelasnya.

Menurutnya, daripada laporan terbaru terdapat 78 lagi jemaah haji Indonesia yang hilang sejak tragedi berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:37 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81459#sthash.21cVA0ZX.dpuf

Pelarian Rohingya dakwa dirogol


Banda Aceh: Polis Indonesia semalam menyiasat dakwaan beberapa pelarian wanita Rohingya dirogol sekumpulan lelaki tempatan ketika keluar dari kem penempatan mereka.

Siasatan dijalankan sehari selepas pelarian Rohingya membuat bantahan terhadap kejadian itu dengan beramai-ramai meninggalkan kem berkenaan.


Beratus-ratus pelarian Rohingya dari Myanmar ditempatkan di kem itu selepas kapal yang dinaiki mereka hanyut ke wilayah Aceh pada Mei lalu.

Polis berkata, empat wanita Rohingya berusia 14 hingga 28 tahun mendakwa diserang sekumpulan lelaki pada pagi Isnin lalu selepas keluar dari kem penempatan di Blang Ado, barat Aceh.

Berita mengenai serangan itu menyebabkan beratus-ratus pelarian meninggalkan kem berkenaan, tetapi mereka kembali semula selepas dipujuk sukarelawan.

Kemarahan kembali memuncak apabila sebuah ambulans tiba bagi membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Beberapa pelarian cuba menghalang ambulans itu dan ada yang membaling batu,” kata seorang petugas.

Jurucakap polis, Triarsono Anang berkata, mangsa dibawa ke hospital dan polis menunggu laporan doktor sebelum memburu suspek.

“Kami masih dalam proses menyiasat dan mengumpul bukti.

“Kami masih belum menyoal siasat sesiapa kerana masih menunggu keputusan pemeriksaan doktor,” jelasnya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:38 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81462#sthash.3xnZ18Wo.dpuf

SPAD Sita Sembilan Kenderaan Uber, GrabCar


Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 9:39 PM
Che Hasni melihat salah satu kenderaan yang disita.

PETALING JAYA: Sembilan buah kenderaan telah disita oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu operasi anti teksi-haram, Rabu.

Ketua Penguatkuasa, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata lapan daripadanya adalah daripada GrabCar manakala sebuah kereta daripada Uber.

Beliau berkata, dengan sembilan buah kereta yang telah disita, SPAD telah merampas 43 buah kenderaan daripada Uber dan 89 kenderaan GrabCar setakat ini.

Che Hasni berkata sebanyak 145 kereta yang dinaiki secara perkongsian telah ditahan oleh SPAD sejak operasi anti teksi-haram bermula pada Oktober tahun lalu.

Ini juga termasuk kereta-kereta yang digunakan oleh Blacklane dan EasyTaxi.

Operasi pada Rabu turut menyaksikan seramai lapan pemandu ditangkap kerana tidak menggunakan meter.

Walaupun aplikasi Uber dan GrabCar tidak menyalahi undang-undang di sini, pemandunya yang tidak mempunyai lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) adalah melanggar undang-undang.

"Tanpa lesen ini, ia menyalahi undang-undang," kata Che Hasni.

Jabatan Imigresen Sarawak Tahan 29 PATI


Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 12:38 PM
Gambar hiasan.

KUCHING: Seramai 27 warga Indonesia serta masing-masing satu warga China dan Bangladesh ditahan dalam operasi bersama Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam dua serbuan sekitar sini pada Rabu.
Menurut kenyataan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Sarawak, dalam serbuan pertama di sebuah tapak pembinaan di Jalan Sultan Tengah, daripada 47 pendatang yang diperiksa 14 didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen..
Enam daripada mereka didapati bekerja tanpa permit sah, enam lagi melakukan kesalahan tinggal lebih lama dari tempoh dibenarkan dan dua lagi gagal mengemukakan dokumen perjalanan mahupun pengenalan diri yang sah untuk berada di Malaysia.
Sementara itu dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Batu Kawa pula, daripada 21 pendatang yang diperiksa, 13 warga Indonesia dan masing-masing satu warga China dan Bangladesh ditahan.
Sembilan daripada warga Indonesia itu dan seorang warga China didapati bekerja tanpa permit sah manakala empat lagi warga Indonesia didapati tinggal lebih tempoh yang dibenarkan.
Seorang warga Bangladesh pula gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah untuk berada negara ini.
Menurut kenyataan itu, kesemua pendatang berkenaan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian, untuk siasatan.

Kualiti Udara Di Singapura Cecah Tahap 'Sangat Tidak Sihat'


Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 5:34 PM

SINGAPURA: Keadaan jerebu di Singapura semakin buruk dengan indeks standard pencemaran udara (PSI) tiga jam meningkat ke tahap 'sangat tidak sihat', dan mencecah paras 203 pada 3 petang.

Bacaan PSI 24 jam adalah 125 hingga 165 iaitu dalam lingkungan tidak sihat.
Bacaan 101 hingga 200 menandakan kualiti udara tidak sihat; 201 hingga 300 sangat tidak sihat; dan lebih 300 berbahaya.

Hujan disertai petir diramal berlaku hari ini terutamanya di utara, timur dan barat Singapura pada lewat tengah hari.

Keadaan berjerebu di pulau republik ini akan berterusan hari ini dengan PSI 24 jam dijangka berada dalam lingkungan tidak sihat dan sangat tidak sihat, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan Singapura.

Indonesia Perlu Tiga Tahun Tangani Isu Kebakaran Hutan, Jerebu - Jokowi


Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 9:17 PM
Jokowi ketika meninjau kebakaran hutan di Selatan Sumatera, baru-baru ini.

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo berkata, beliau memerlukan masa untuk menangani masalah kebakaran hutan yang menjejaskan kehidupan rakyatnya akibat jerebu.
"Bagaimanapun, sekurang-kurang tiga tahun diperlukan untuk menampakkan hasil daripada usaha bagi menangani masalah kebakaran setiap tahun kerana ia bukannya sesuatu yang boleh diatasi secepat mungkin," katanya menerusi temubual eksklusif bersama BBC.
Lebih 3,700 anggota tentera, hampir 8,000 pegawai polis serta empat pesawat bom air dikerah untuk mengawal kebakaran hutan di negara itu.
Singapura turut menawarkan bantuan tetapi setakat ini Indonesia belum bersedia menerimanya, begitu juga Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga sedia menghulurkan bantuan.
Indonesia sedang membina terusan dan takungan air dalam hutan khusus untuk bekalan air di kawasan titik panas, kata presiden yang dikenali sebagai Jokowi itu selepas mengadakan lawatan ke Kalimantan bagi meninjau kemusnahan akibat kebakaran hutan minggu lalu.
Beliau menambah, undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kejadian itu juga dikuatkuasakan.
Pada Selasa, Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti yang menghadiri mesyuarat Menteri Asean di Kuala Lumpur memaklumkan, sebanyak 210 kes kebakaran hutan dicatatkan di Kalimantan dan Sumatera, manakala 40 dijangka akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.
"Kamu akan lihat hasilnya nanti dan dalam masa tiga tahun ia dapat ditangani," kata Jokowi.

Jerebu Landa Tiga Negara Dijangka Berterusan Pertengahan Bulan Ini - Pakar


Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 11:45 AM
Keadaan jerebu di Riau, Indonesia.

SINGAPURA: Masalah jerebu yang melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura dijangka menjadi bertambah buruk dengan berlaku cuaca kering ekoran fenomena El Nino, kata pakar kaji cuaca antarabangsa Jason Nicholls.
Beliau berkata El Nino akan mengehadkan kehadiran hujan untuk membersihkan atmosfera di samping ia akan meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran hutan.
"El Nino dijangka sampai waktu puncak sekitar Disember dan Januari sebelum ia menjadi lemah," katanya.
Nicholls berkata dengan keadaan yang tidak banyak berubah, jerebu dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan bulan ini.
"Peladang yang suka membakar ladang mereka dan asap yang dihasilkan daripada pembakaran terbuka itu merupakan punca berlakunya jerebu. Untuk mengatasi masalah ini, pembakaran terbuka perlu dilarang," katanya.
Mengenai pembenihan awan, beliau berkata ia hanya mempunyai kesan minimum kerana tidak semestinya ia menghasilkan hujan setip kali dilakukan untuk membantu menghapuskan jerebu.

Letupan Bom Korbankan Tujuh Nyawa Di China


Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 12:50 PM
Sebahagian bangunan yang musnah di daerah Liucheng akibat letupan yang meletus pada Rabu.

BEIJING: Letupan bom di lebih 10 kawasan di selatan wilayah Guangxi mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh nyawa dan lebih 50 yang lain cedera.
Letupan bahan api itu berlaku di beberapa lokasi di bandar Liuzhou turut memusnahkan bangunan hospital, pusat membeli-belah, stesen bas, penjara dan kemudahan kerajaan.
Polis mengenal pasti lelaki warga tempatan berusia 33 tahun sebagai suspek siri letupan yang bermula pada pukul 3.15 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.
Agensi Berita rasmi China, Xinhua melaporkan semua mangsa terkorban di lokasi kejadian.
"Antara 40 hingga 50 orang dibawa untuk mendapatkan rawatan di sini," kata kakitangan hospital kepada Kyodo News.
Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun belum mendedahkan motif kejadian yang berlaku sehari sebelum sambutan ulang tahun ke-66 People Republic of China serta bermulanya cuti sempena Hari Kebangsaan negara itu.
Guangxi adalah wilayah autonomi bersempadan dengan Vietnam mempunyai populasi etnik minoriti dan menjadi laluan utama untuk kaum Uyghur meninggalkan China secara tidak sah.

Bogel untuk paksa beli iPhone 6s


Bogel untuk paksa beli iPhone 6s

30 SEPTEMBER 2015
Bogel untuk paksa beli iPhone 6s Sedutan video rakaman amatur yang tersebar di laman sosial

SEORANG wanita sanggup berbogel dalam usahanya memaksa teman lelaki membelikannya telefon pintar, iPhone 6s.

Melalui sebuah video rakaman amatur yang tersebar di laman sosial, wanita tersebut dilihat gagal meyakinkan teman lelakinya untuk membelikan telefon berkenaan.

Wanita kemudian mula menanggalkan pakaiannya sambil menjerit di hadapan puluhan orang awam.

Teman lelaki wanita berkenaan bagaimanapun tidak melayan permintaan wanita terbabit dan mula mengutip pakaiannya dan berlalu pergi.

Laporan Mirror UK mengatakan kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kompleks membeli-belah di China.

Video tersebut juga dimuatnaik ke laman Youtube pada 20 September lepas dan menarik lebih 1 juta penonton.

Pemilik asal dakwa ditipu.

Pemilik asal dakwa turut dianiaya
Abdul Hamid menunjukkan surat perjanjian sewa pajakan tanah miliknya selama 25 tahun kepada sebuah syarikat tempatan.
GUNUNG SEMANGGOL – Pemilik asal tanah projek kolam ikan arowana mengesahkan, tanahnya di Kampung Tebuk Panchur, di sini dipajak selama 25 tahun dengan nilai tahunan RM48,000.

Pemilik tanah, Abdul Hamid Salleh, 62, berkata, bagaimanapun pemilik syarikat berkenaan gagal menunaikan pembayaran sewa pajakan tanah miliknya sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, apabila perjanjian pajakan dimeterai pada 2010, syarikat itu membayar sewa pajakan tanah selama tiga tahun, namun tidak lagi menyelesaikannya sejak dua tahun lalu.

“Saya bertanyakan kepada pemilik syarikat punca kegagalan membayar sewa pajakan, namun jawapan diberikan tidak masuk akal, termasuk memaklumkan perjanjian sewa pajakan terbatal jika dia tidak melunaskannya selama lima tahun berturut-turut.

“Kami sekeluarga berasa teraniaya dengan perbuatan tidak bertanggungjawab syarikat itu dan bersedia mengambil tindakan undang-undang bagi membatalkan perjanjian sewa pajakan dibuat,” katanya.

Sementara itu, Pengurus kolam Arowana2U.com, Zamzul Hisyam Lazim sewaktu dihubungi berkata, syarikat pelaburan berasaskan arowana masih beroperasi, namun kini dijalankan pada tahap kritikal.

Menurutnya, susulan kejatuhan teruk harga pasaran arowana selain peningkatan kos bahan makan ikan dan penyelenggaraan kolam, pihaknya kini mengalami masalah kekurangan dana dalam menampung kos penternakan ikan milik pelabur.

“Kini, pihak syarikat berbincang dengan beberapa pengusaha arowana lain untuk mengambil alih sebahagian kolam seliaan kami bagi menampung kos penyelenggaraan baki kolam yang menempatkan arowana milik pelabur-pelabur.

“Pihak syarikat turut menafikan dakwaan kami mengelak daripada bersemuka dengan pelabur, cuma mencari waktu yang sesuai untuk bertemu mereka sekali gus memberi opsyen penyelesaian terbaik bagi setiap pelaburan dibuat,” katanya.

Zamzul Hisyam turut mendakwa tidak tahu-menahu dengan tindakan pihak syarikat menutup operasi ibu pejabat syarikat itu yang terletak di Kuala Lumpur sejak setahun dan menegaskan dia berperanan hanya sebagai penyelia kolam arowana di sini.

“Saya difahamkan pihak syarikat akan berjumpa dengan setiap pelabur dalam kadar segera bagi memberi penjelasan sebenar status pelaburan mereka sekali gus mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, lebih 40 pelabur sebuah skim pelaburan arowana ditawarkan sebuah syarikat di Bukit Merah, menyatakan kekesalan apabila kempunan menerima laba pelaburan sebagaimana dijanjikan sejak empat tahun lalu.

Lebih menyedihkan, kesemua pelabur kini bingung memikirkan status pelaburan mereka setelah pemilik syarikat itu didakwa gagal memberi maklum balas selain enggan bersemuka sejak setahun lalu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tertipu lebih RM10 juta ]


Ambil kesempatan wujud skim cepat kaya

Fenomena sambutan luar biasa masyarakat negara ini terhadap industri arowana bermula 2008 menyebabkan wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab y memperalatkan industri itu untuk perlaksanaan skim pelaburan cepat kaya.

Setiausaha Persatuan Penternak Arowana Malaysia Utara, Sahibol Anwar Arba’e berkata, industri penternakan arowana mula menjadi buah mulut orang ramai setelah harga pasaran ikan itu berada pada kadar tinggi.

Menurutnya, pada waktu itu, industri arowana mempunyai peminat ramai, malah permintaan untuk pasaran eksportnya pada ketika itu amat tinggi di seluruh dunia.

“Bayangkan, harga pasaran bagi seekor Malaysian Gold Arowana Highback  sekitar RM10,000 hingga RM11,000, malah mampu dijual pada harga mencecah RM14,000.

“Kini, industri penternakan arowana mengalami kejatuhan harga pasaran ikan yang merudum teruk, bahkan harga pasaran bagi seekor ikan spesies sama dijual tidak sampai RM5,000,” katanya.

Sahibol Anwar berkata, persatuan tidak menafikan hampir keseluruhan pengusaha arowana di Kampung Tebuk Panchur, di sini menawarkan peluang pelaburan berasaskan penternakan arowana kepada pelabur tempatan yang berminat.

Bagaimanapun, pihaknya menegaskan skim pelaburan ditawarkan berasaskan terma dan syarat perniagaan yang munasabah, selain tidak pernah menawarkan kadar pulangan keuntungan yang tetap.

“Bagi syarikat yang menawarkan peluang pelaburan yang sah, setiap pelabur berminat akan dimaklumkan kaedah wang mereka dilaburkan syarikat dan bagaimana mereka akan peroleh keuntungan daripada pelaburan dibuat secara terperinci.

“Kebiasaannya sistem pelaburan dibuat menerusi sistem pawah, di mana setiap pelabur akan membeli arowana induk untuk dijaga pihak syarikat," katanya.

Beliau berkata, apabila arowana itu mula bertelur dan menghasilkan anak ikan berukuran empat inci, anak ikan tersebut dijual dan hasil keuntungan jualan akan dibahagi dua antara pelabur dan syarikat,” katanya.

Sahibol berkata, pihaknya kesal dengan sikap segelintir syarikat pengusaha arowana yang mencemarkan industri penternakan ikan itu dengan penawaran skim pelaburan yang tidak  berasas.

Bot karam, puluhan dikhuatiri lemas


Bot karam, puluhan dikhuatiri lemas

30 SEPTEMBER 2015
Bot karam, puluhan dikhuatiri lemas Beberapa lelaki cuba menyelamatkan penumpang bot karam di Sungat Ganges di Allahabad, Mei lalu. Foto: AFP

NEW DELHI - INDIA. Puluhan penumpang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki yang membawa kira-kira 200 orang karam di Assam di timur laut India.

Pegawai polis tempatan berkata, bot bermotor itu dilaporkan tenggelam di Sungai Kolohi berhampiran bandar Gauhati, kelmarin.

Menurut sumber, ia dipercayai terbalik selepas merempuh jambatan berikutan enjinnya gagal berfungsi ketika ia berada di tengah-tengah sungai.

Sementara itu, pegawai polis serantau, Lankeshwar Sarma memberitahu, kebanyakan penumpang berjaya diselamatkan penduduk kampung.

"Kira 20 hingga 30 lagi penumpang masih hilang. Terdapat kira-kira puluhan yang lain dilaporkan masih terperangkap di bawah dek apabila bot terbalik secara tiba-tiba," katanya.

Pada 2012, seramai 108 orang terbunuh selepas sebuah feri karam akibat cuaca buruk di negeri sama. - Press TV

Suami isteri disamun ‘polis’


WARTAWAN SINAR HARIAN
30 SEPTEMBER 2015


AMPANG – Berwatakkan lagak sebagai anggota polis, dua lelaki berjaya menipu pasangan suami isteri warga Indonesia yang mendakwa pasangan terbabit kononnya tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Kejadian kira-kira jam 11.45 malam kelmarin, berlaku ketika suspek yang menaiki kereta Proton Preve warna putih datang ke rumah yang disewa pasangan terbabit di Kampung Pandan, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, dua lelaki yang menyamar polis itu kemudian membawa suami isteri tersebut menaiki kereta.

“Kedua-dua mangsa dibawa pusing-pusing di kawasan tersebut kira-kira 30 minit sebelum dilepaskan berhampiran kawasan rumah sewa mereka selepas suspek memperoleh wang RM400.

“Kemudian, curiga dengan insiden yang menimpa pasangan suami isteri tersebut, pemilik rumah berusia 59 tahun bertindak membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, hasil maklumat dan laporan yang dibuat, sepasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berjaya menahan dua lelaki berusia 22 dan 28 tahun tersebut dalam serbuan berasingan, kira-kira jam 5 dan 6 pagi, semalam.

Pihaknya telah merampas sepucuk pistol, beg galas yang mengandungi kelopak berisi lapan butir peluru, salinan surat kebenaran membawa dan menggunakan senjata dan peluru, wang tunai RM150, dua buah telefon bimbit serta Proton Preve.

“Senjata api yang dirampas adalah milik syarikat salah seorang suspek yang didaftarkan di atas namanya.

Dua lelaki tersebut direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Keluarga dirompak kru punggah barang


Keluarga dirompak kru punggah barang

30 SEPTEMBER 2015
Keluarga dirompak kru punggah barang Becky Szenk, 22 dan pasangannya Mark Higgins di rumah mereka yang kini kosong.

WEST MIDLANDS - ENGLAND. Sebuah pasangan berputih mata selepas kru pemunggah barang yang sepatutnya membantu proses pemindahan rumah telah membawa lari semua barangan mereka.

Menurut Dailymail, Becky Szenk, 22 dan pasangannya Mark Higgins kerugian lebih 10,000 pound (RM15,174.50) dalam kejadian Jumaat lepas.

"Kami sudah tidak mempunyai apa-apa," kat Becky di rumahnya yang kini kosong tanpa perabot atau apa-apa peralatan dan perhiasan.

Becky memberitahu kru pemunggah tersebut ditempah melalui laman sosial Facebook.

"Untuk kami, ini adalah pengajaran yang paling berharga. Saya harap orang ramai akan berhati-hati dengan orang yang mereka temui di laman sosial," saran Becky.

katanya, kejadian tersebut berlaku dengan sangat pantas dimana kru pemunggah tersebut mendakwa 'mempunyai banyak tempahan' pada hari tersebut.

"Mereka memunggah barang dengan pantas. Saya fikir mereka cuma betul-betul profesional.

"Tetapi sebaik sahaja mereka pergi, kami tidak berjumpa dengan mereka lagi," jelas Becky.

Menurut jurucakap polis, kru pemunggah tersebut sepatutnya membantu pasangan berkenaan memindahkan barang dari Bilston ke Walsall.

Pihak berkuasa kini menyiasat kejadian tersebut.

Lelaki Kashmir mohon ampun


Shabir diiringi dua pegawai polis dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di Jalan Duta semalam bagi menghadapi pertuduhan menampar Imam II Masjid Negara.


KUALA LUMPUR – “Saya berasa bersalah. Saya mahu berjumpa dengan imam, saya mahu minta ampun. Bolehkah anda panggil imam datang ke sini (mahkamah)? Saya berasa sangat bersalah.”
Begitulah luahan lelaki warga India, Shabir Ahmad Khan, 31, yang menampar Imam II Masjid Negara, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat di masjid tersebut dua minggu lalu.
Shabir yang memakai baju biru berbelang dan berseluar jean dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam. Dia dilihat beberapa kali menepuk pipinya sendiri selain kerap memandang ke lantai ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Lelaki yang berasal dari Kashmir, India itu berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu mencederakan imam, mengganggu perjalanan solat Jumaat dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas lawatan sosial.
Mengikut pertuduhan, Shabir didakwa menyebabkan kece­deraan terhadap imam Mohd. Zuhairee, 39, di Masjid Negara, Jalan Perdana, Dang Wangi di sini pada pukul 1.30 petang 18 September lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Shabir yang bekerja sebagai pemandu peribadi itu juga didakwa dengan sengaja mengganggu perjalanan solat Jumaat di tempat dan waktu yang sama.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3nGqgHioM 
Hakcipta terpelihara 

Jururawat tikam penyamun sasa



INILAH lokasi pemandu kereta sapu mengambil Fatimah di Jalan Panglima Abdullah, Semporna sebelum cuba menyamun mangsa Isnin lalu.


SEMPORNA – Seorang jururawat di sini bertindak nekad apabila merampas pisau rambo lalu menikam perut seorang pemandu kende­raan sapu yang cuba menyamunnya di dalam kenderaan di Jalan Kampung Keramat dekat sini Isnin lalu.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Fatimah Tampugau, 23, bagaimanapun mengalami cedera ringan di jari tangan kanan selain kerugian RM1,000.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja di sebuah klinik swasta di Jalan Pang­lima Abdullah menggunakan perkhid­matan kereta sapu jenis Perodua Kancil untuk pulang ke rumah di Kampung Panji di sini.
Katanya, bagaimanapun suspek berusia 20-an dan berbadan sasa itu memberitahu ingin mengambil rakannya di sebuah kawasan dikenali Century Darat.
“Sebaik tiba di Jalan Kampung Keramat, suspek telah mengeluarkan sebilah pisau rambo sepanjang 30 sentimeter sebelum meletakkan di paha mangsa.
“Secara tiba-tiba, mangsa telah merampas pisau tersebut dan menikam perut suspek dan berlaku pergelutan yang menyebabkan mangsa mengalami kece­deraan pada jari tangan kanan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3nGqOnhi7 
Hakcipta terpelihara 

Ribut terburuk sejak 20 tahun lalu



KEADAAN bumbung SMK Tanah Merah 2 yang rosak teruk akibat dilanda ribut di Tanah Merah.


TANAH MERAH – Kira-kira 30 buah rumah di beberapa kawasan di sekitar Kampung Banggol, dekat sini kelmarin mengalami kerosakan selepas dilanda ribut seakan-akan puting beliung selama 10 minit dalam kejadian petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, cuaca hujan beserta ribut bukan sahaja merosakkan rumah kediaman penduduk malah turut mengakibatkan sebahagian bumbung beberapa sekolah serta kedai diterbangkan angin.
Antara kawasan terlibat ialah Taman Adabi, Lorong Wira, Lorong Tok Janggut, Lorong Permai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1, SMK Tanah Merah 2 dan Sekolah Kebangsaan Sri Suria.
Seorang mangsa, Habibah Ahmad, 68, berkata, ketika keja­dian dia hanya tinggal bersendirian di rumah dan tidak mampu berbuat apa-apa selain bersembunyi di bahagian dapur sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran.
“Ketika kejadian, angin begitu kuat dan saya boleh nampak bumbung rumah terangkat sebelum diterbangkan angin malah tingkap rumah juga tercabut.
“Oleh kerana terlalu takut, saya hanya bersembunyi di dapur dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sambil melaungkan takbir sekuat hati,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3nGq7NLZO 
Hakcipta terpelihara