Search This Blog

Monday, September 28, 2015

Kilang buat duit palsu operasi sejak 1949 diserbu


Kilang buat duit palsu operasi sejak 1949 diserbu

28 SEPTEMBER 2015
Kilang buat duit palsu operasi sejak 1949 diserbu Kilang duit palsu ini berjaya beroperasi sejak 1949.

GUANGDONG - CHINA. Polis berjaya menyerbu dua kilang yang menghasilkan wang kertas palsu dianggarkan bernilai 210juta Yuan (RM 144 juta) dan melumpuhkan jenayah wang palsu terbesar yang beroperasi sejak 1949.

Dalam sidang media yang diadakan polis di Huizhou, 29 suspek termasuk ketua kumpulan ditahan manakala empat mesin dan beberapa peralatan membuat wang  palsu turut disita dalam dua operasi serbuan di Huizhou.

Memetik Yangcheng Evening News, kumpulan terbabit akan menjual sekeping duit palsu dengan harga 10 yuan dengan keuntungan sekitar 20juta yuan.

Timbalan Pengarah Biro Keselamatan Awam Huizhou, Gao Weidong berkata, lebih daripada 400 pegawai polis terlibat dalam operasi khas dan seorang pegawai cedera semasa serbuan.

Perjalanan pulang bertukar tragedi, maut dalam nahas



MACQUIED CHEN maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Mambong-Sarig, Padawan, Kuching semalam.


KUCHING – Perjalanan pulang seorang remaja lelaki ke rumah keluarganya di Kampong Mambong di sini selepas berjumpa dengan rakannya bertukar tragedi apabila dia maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Kampung Mambong-Sarig, Padawan awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa, Macquied Chen, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat putus tangan kanan dan kecederaan parah pada beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Ng Ah Lek berkata, semasa kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Kampung Sarig menuju ke kediaman keluarganya di Kampung Mambong di sini.
Bagaimanapun katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave telah bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira yang datang dari arah bertentangan.
"Siasatan awal mendapati, kereta yang datang dari arah Kota Padawan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu bertembung dengan motosikal mangsa," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, akibat perlanggaran itu, mangsa yang masih belum bekerja tercampak beberapa meter di atas bahu jalan berkenaan.
Katanya, pemandu kereta yang berusia 30 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3n1YXrgHg 
Hakcipta terpelihara 

Stesen minyak terbakar kerana seekor labah-labah


SEORANG lelaki terkejut selepas tindakannya yang cuba membunuh seekor labah-labah dengan pemetik api mengundang padah - AGENSI .


MICHIGAN, Amerika Syarikat – Gara-gara cuba membunuh seekor labah-labah, sebuah stesen minyak dan kereta di sini terbakar dalam satu insiden baru-baru ini.
Insiden itu berlaku apabila seorang lelaki melihat labah-labah di keretanya ketika mengisi minyak di stesen minyak berdekatan Detroit, Michigan.
Dia kemudiannya mengambil tindakan dengan cuba membunuh haiwan tersebut menggunakan pemetik api yang menyebabkan kebakaran kecil di keretanya.

KELIHATAN api merebak di sebuah stesen mengisi minyak apabila seorang lelaki cuba membunuh seekor labah-labah menggunakan pemetik api.


Bagaimanapun, kebakaran itu merebak pula ke pam minyak selepas dia cuba untuk memadamkannya dengan alat pemadam api yang terdapat di stesen tersebut.
Lelaki itu kemudian datang semula ke stesen minyak tersebut pada keesokan harinya bagi meminta maaf di atas tindakannya dan disahkan oleh seorang pekerja, Susan Adams.
"Sama ada anda menggunakan telefon atau elektrik statik, satu percikan api kecil sahaja sudah boleh menyebabkan kebakaran di stesen minyak," ujarnya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3n1V7fueP 
Hakcipta terpelihara 

Operasi Cari Tujuh Murid Orang Asli Diperluaskan - TPM


Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 2:45 PM

GUA MUSANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lepas akan  diperluaskan ke bandar-bandar kecil berdekatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kawasan SAR diperluaskan daripada kawasan hutan hingga ke  bandar-bandar kecil kerana pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan berlaku jenayah dan penculikan membabitkan murid berkenaan.
"Kita akan meliputi kawasan pencarian ini ke bandar-bandar kecil berdekatan kerana kita khuatir ada pihak yang melakukan penyembunyian kanak-kanak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat SAR itu dan bertemu ibu bapa tujuh murid berkenaan di Sekolah Kebangsaan Tohoi di sini.
Dalam kejadian itu, enam murid perempuan dan seorang murid lelaki Orang Asli berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan melarikan diri daripada asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran. Mereka pada mulanya dikhuatiri tersesat di hutan.
Turut mengiringi Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ialah Menteri  Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Zarondin Md Amin.

Pelajar politeknik maut kereta terjunam dalam gaung


KUCHING: Seorang pelajar politeknik maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 3.04 meter selepas dipercayai terbabas di Batu 11, Jalan Matang dekat sini, malam tadi.
Menurut pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad, mangsa dikenali Afred Nif Anak Bodui berusia 19 tahun.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan pada 10.30 malam tadi dan tiba di tempat kemalangan pada 11.49 malam.
"Sebaik tiba di lokasi kemalangan, pasukan penyelamat mendapati sebuah kereta jenis Kenari terjunam ke dalam gaung sedalam 3.04 meter.
"Mangsa terhempap keretanya sendiri dan berjaya dikeluarkan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kemalangan," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh polis Padawan.
Operasi itu membabitkan sembilan anggota dari Balai Bomba Petra Jaya diketuai Pegawai Bomba Asmadi Mohd Nawie dengan bantuan empat anggota dari Balai Bomba Batu Lintang bersama kenderaan EMRS, pasukan polis dan ambulans.
- BERNAMA

Operasi cari 7 murid Orang Asli diteruskan: TPM


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri) disambut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (dua kiri) dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa untuk lawatan ke Pos Tohoi bagi meninjau secara dekat perkembangan operasi mencari tujuh murid Orang Asli yang hilang. - Foto Zaman Huri Isa
GUA MUSANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat tujuh murid Orang Asli yang hilang di sini, sejak lebih sebulan lalu akan tetap diteruskan.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengesan mereka terbabit.
Katanya, bagi memperkuatkan operasi pasukan mencari, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah satu lagi platun anggota Senoi Prak dari Pasukan Gerakan Am (PGA)
"Kita juga akan memperluaskan kawasan pencarian ke pekan dan bandar kecil di kawasan sekitar.
"Setakat ini saya dapati kawasan pencarian sudah diperluaskan daripada 80 kilometer persegi kepada 140 kilometer persegi," katanya pada program lawatan ke Pos Tohoi bagi meninjau secara dekat perkembangan operasi mencari tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu, di sini sebentar tadi.

Polis tahan 2 lelaki, rampas pistol bersama peluru hidup



GEORGETOWN: Polis menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol bersama lima butir peluru hidup di tempat letak kereta Lebuh Love di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata lelaki yang berusia 30-an dan 40-an itu ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kereta Proton Perdana pada 3.30 pagi yang diekori dan dilaporkan hilang dari Lebuh Muntri.
"Turut dirampas ialah dua paket plastik mengandungi ketulan dadah jenis syabu, beberapa telefon bimbit dan sebilah pisau yang dijadikan kepala tali pinggang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan polis mendapati kedua-dua lelaki terbabit positif dadah.
Sementara itu, Mior Faridalatrash, berkata polis menahan seorang penuntut kolej swasta dan memburu dua lagi lelaki yang disyaki anggota kongsi gelap yang menyerang dua individu pada 8 pagi, 22 September lalu.
Beliau berkata, penuntut kolej berumur 21 tahun itu ditahan di Jalan Air Terjun di sini pada 11 malam dan polis merampas 12 bilah parang yang dipercayai diguna sebagai senjata untuk menyerang mangsa menyebabkan dua individu lelaki berkenaan cedera parah di kepala dan badan.
Siasatan awal polis mendapati serangan itu dipercayai akibat pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap, katanya.
- BERNAMA

Mekanik didakwa bersubahat bunuh Kevin Morais


Oleh Maria Uffa Zulkafeli


TUJUH suspek dihadapkan di Mahkamah Majistret 7, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais. - Foto Aizuddin Saad
PETALING JAYA: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi atas tuduhan bersubahat untuk membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, awal bulan ini.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, A Murugan, 44, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Mengikut pertuduhan, Murugan didakwa bersubahat dengan enam individu lain untuk melakukan perbuatan itu di No 20, Desa Mentari, di sini, di antara jam 9.30 pagi hingga 8 malam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

7 tertuduh hadapi hukuman mati, 30 November sebutan kes


Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

SALAH seorang suspek kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibawa ke Mahkamah Majistret, sebentar tadi. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
KUALA LUMPUR: Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi atas dakwaan membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, 55.
Sementara itu, seorang doktor tentera didakwa di mahkamah sama atas dakwaan bersubahat melakukan kesalahan itu pada 4 September lalu.
Semua tertuduh bagi kesalahan membunuh ialah G Gunasekaran, 43; R Dinishwaran, 23; A Thinesh Kumar, 22; M Vishwanath, 25; S Nimalan, 22 dan S Ravi Chandaran, 34.
Bagi tuduhan bersubahat pula, tertuduh adalah Pakar Patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 52.
Enam tertuduh berkenaan didakwa membunuh Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, Sentul ke No 1, Jalan USJ1/6D, Subang Jaya pada 4 September di antara jam 7 pagi dan 8 malam.
Semua tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Kunaseegaran pula didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 302 Kanun sama, yang turut memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding itu tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes berkenaan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Majistret Siti Radziah Kamarudin menetapkan pada 30 November bagi sebutan kes.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Datuk Abdul Razak Musa. Dhineshwaran diwakili peguam M Manoharan, manakala Kunasegaran diwakili peguam Datuk N Sivananthan. Tertuduh lain tidak diwakili peguam.
TUJUH suspek dihadapkan di Mahkamah Majistret 7, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais. - Foto Aizuddin Saad

3 maut di LPT 2 akibat kemalangan


TIGA terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer 313.7 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), jam 8.50 pagi tadi.
CHUKAI: Tiga terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer 313.7 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), jam 8.50 pagi tadi.
Tiga mangsa yang dipercayai kakitangan sebuah bank dipercayai meninggal di tempat kejadian.
Berdasarkan laporan awal, kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah Toyota Vios yang disyaki dipandu laju dalam keadaan berhujan, sebelum tiba-tiba terbabas dan terbalik.
Tiga kenderaan lain yang datang dari arah yang sama, tidak dapat mengelak kereta itu sebelum merempuhnya

Bekas timbalan menteri ditemui selamat


LALUAN masuk ke kediaman Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan di Jalan Tiajani 2, Bukit Tunku. - Foto Yazit Razali
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, yang dilaporkan hilang di Bukit Tunku di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi ditemui selamat.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy yang mengesahkan perkara itu berkata, Abdullah Fadzil ditemui oleh anak perempuannya di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail pada jam 7.45 malam tadi.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Terdahulu, Isterinya, Datin Seri Sharifah Shahrul Bariah Al- Yahya, 58, ketika dihubungi pada jam 10 malam, berkata suaminya disedari hilang oleh ahli keluarga pada jam 11 pagi selepas beliau didapati keluar dari rumah berkenaan.
Ketika keluar, beliau memakai kemeja hitam, seluar senam dan kasut kulit berwarna coklat.

Pengusaha pasar mini didenda RM13,000, miliki rokok tanpa duti


SEREMBAN: Seorang pengusaha pasar mini di Senawang, di sini, didenda RM13,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi, selepas mengaku bersalah memiliki rokok putih dan kretek tanpa duti kastam.
Jahubar Ali Ibrahim, 50, yang boleh dihukum penjara 13 bulan jika gagal membayar denda itu, didakwa mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang larangan dan menjual rokok putih serta kretek tanpa duti import.
Tertuduh didakwa memiliki 7,940 batang rokok putih pelbagai jenama dan 468 rokok kretek pelbagai jenama di Pasar Mini Habib Nur di Taman Anggerik, Senawang, pada jam 10.30 pagi, 15 Ogos lalu.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Negeri Sembilan, Zalliza Arip, di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Jumlah kematian akibat rempuhan di Mina meningkat kepada 769




ANTARA mangsa rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis lalu. - foto Reuters
DUBAI: Angka kematian akibat rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis lalu meningkat kepada 769 orang berbanding 717 dilaporkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khalid Al Falih, semalam.
Agensi berita Reuters melaporkan Khalid dalam sidang medianya berkata, jumlah kecederaan disebabkan tragedi terbabit juga meningkat kepada 934 orang.
"Statistik terbaharu mendedahkan jumlah kematian seramai 769. Ia bertambah sebanyak 52 berbanding jumlah kematian dicatatkan sebelum ini.
"Jumlah berkenaan adalah jemaah haji yang meninggal dunia di beberapa hospital di Makkah selepas dirawat akibat cedera dalam rempuhan itu," katanya.
Sementara itu, agensi berita Fars melaporkan kira-kira 300 warga Iran termasuk bekas duta negara itu ke Lubnan, Ghazanfar Roknabadi masih gagal dikesan selepas insiden berkenaan.

Mayat bawah pelepah kelapa


Bukit Mertajam: Seorang pekerja ladang sawit terkejut selepas menemui mayat seorang lelaki yang disembunyikan di bawah pelepah kelapa sawit di sebuah ladang di Jalan Sungai Lembu, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pekerja yang enggan dikenali itu berkata, ketika dia melalui kawasan berkenaan untuk membersihkan ladang dia terhidu bau busuk sebelum melihat sesuatu yang mencurigakan di bawah timbunan pelepah kelapa sawit.


“Saya lihat seperti tulang haiwan dan tidak menyangka ia adalah tangan manusia terkeluar dari timbunan pelepah kelapa sawit itu.

“Tulang berkenaan terjulur keluar dan kelihatan sudah dibaham haiwan liar,” katanya.

Difahamkan, terdapat tujuh kesan tikaman pada mayat mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Menurutnya, dia segera memberitahu rakannya sebelum menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 5.55 petang kelmarin sebelum ke lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai mati di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan kebun kelapa sawit berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80616#sthash.LwmodXnu.dpuf

Penyamun tukar telefon bimbit dengan RM10


Kuala Lumpur: “Ketika menunggu bas, saya didatangi dua lelaki menaiki motosikal meminta saya menyerahkan telefon bimbit,” kata remaja dikenali sebagai, Lam, 16, yang menjadi mangsa cubaan samun di Taman Sri Rampai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi, mangsa yang menunggu bas diugut dicederakan dua lelaki berusia 20-an jika tidak menyerahkan telefon bimbitnya.

Lam berkata, dia terpaksa menyerahkan telefon bimbit Samsung Galaxy S4 kepada dua lelaki itu selepas diugut.

“Bagaimanapun saya merayu kepada dua lelaki berkenaan mengambil wang RM10 dan menyerahkan kembali telefon itu kepada saya.

“Dua lelaki berkenaan akur dan menyerahkan kembali telefon bimbit saya dan mengambil wang RM10 sebelum beredar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80610#sthash.BkiMJA2Z.dpuf

Tiga pemandu nyaris maut dirempuh treler mengundur


Kuantan: Tiga pemandu kereta berdepan detik cemas selepas treler yang diekori mereka mengundur secara tiba-tiba ketika melalui laluan berbukit, di Jalan Bukit Goh, berhampiran Jambatan Sungai Mabok, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, treler berkenaan merempuh tiga kenderaan dipandu mangsa sebelum melintang di tengah jalan dan menghalang laluan di kedua-dua arah sekali gus mengakibatkan kesesakan selama sejam.


Pegawai Turus Trafik negeri Deputi Superintendan Ahmad Nadzri Zainal Abidin berkata, treler yang dipandu Mohd Sahlan Burhanudin, 24, dalam perjalanan dari Bukit Sagu ke Pasir Gudang, Johor.

Beliau berkata, sebaik tiba di laluan mendaki di kawasan kejadian, treler itu berhenti seketika apabila kenderaan di hadapannya memasuki simpang.

Katanya, apabila pemandu mahu meneruskan perjalanan, treler itu mengalami masalah teknikal menyebabkan ia mengundur dan merempuh tiga kenderaan yang mengekorinya.

“Bagaimanapun, Mohd Sahlan tidak cedera, manakala, pemandu Proton Iswara, Proton Satria Neo dan Perodua Myvi itu sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Ahmad Nazri berkata, pihaknya mengambil masa hampir tujuh jam untuk mengalihkan treler berkenaan sebelum lalu lintas pulih seperti biasa.

“Pemandu treler itu disahkan tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah berdasarkan keputusan ujian saringan air kencingnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80613#sthash.WsjNqx4C.dpuf

Tetak kepala penyelia

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my
Alor Setar: Hanya kerana menegur sikap pekerjanya yang ponteng mengundang padah apabila seorang penyelia kilang ditetak dengan parang di kepala di sebuah kilang di Gurun, dekat sini, Khamis lalu.


Dalam kejadian kejadian jam 8.30 malam itu, lelaki berusia 53 tahun berkenaan yang menyedari ketiadaan suspek berusia 35 tahun menghubunginya, namun dia memberi pelbagai alasan.

Menurut sumber, suspek memberitahu ingin berjumpa mangsa dan meminta lelaki itu menunggu di hadapan pintu pagar kilang.

“Bagaimanapun sebaik suspek tiba, dia terus menyerang mangsa dengan parang dan menetak di kepala selain memukul selama beberapa minit sebelum melarikan diri.

“Tidak cukup dengan itu, seorang ahli keluarga suspek turut datang dan menampar mangsa beberapa kali sebelum beredar,” katanya.

Sumber berkata, akibat kejadian itu mangsa cedera di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, dan menerima beberapa jahitan.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan menerima laporan itu dan suspek kini diburu bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan akibat salah faham berkaitan kerja sehingga suspek menetak mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80615#sthash.ZLo4fB1c.dpuf

Tak dapat selamat rumah


Pasir Puteh: Seorang remaja nekad mempertaruhkan nyawa apabila cuba memadamkan api bagi menyelamatkan rumah keluarganya daripada terbakar dalam kejadian di Kampung Guntong, Wakaf Lanas, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan berani remaja berusia 15 tahun itu tidak berhasil apabila api marak begitu cepat menyebabkan keseluruhan rumah itu musnah dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu.


Wan Nazreen Wan Zahari, 15, berkata, sebelum kejadian, dia dan ibu Mazitah Harun, 57, sedang makan malam di dapur ‘bertemankan’ cahaya lilin selepas kampung mereka terputus bekalan elektrik, manakala ayahnya Wan Zahari Wan Mat, 64, di masjid kira-kira 500 meter dari rumah mereka untuk menunaikan solat Isyak.

Katanya, tiba-tiba ibunya terdengar bunyi letupan kecil dari arah sebuah bilik dan meminta meninjau menggunakan lampu suluh sebelum melihat api pada siling rumah.

“Saya terus bergegas keluar dan meminta ibu menyelamatkan diri sebelum saya memberanikan diri memadamkan api dengan berulang-alik ke bilik air untuk mengambil air dengan menggunakan baldi, namun api marak begitu cepat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.26 malam sebelum ke lokasi kejadian bersama enam anggota dan dua jentera.

“Sebaik tiba, rumah sementara daripada kayu itu didapati sudah 100 peratus musnah terbakar.

“Api berjaya dikawal dan dipadamkan setengah jam kemudian, manakala punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:09 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80617#sthash.FUQzwMK0.dpuf

Rahsia dalam beg

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

izlaily@hmetro.com.my


Johor Bahru: Kecurigaan seorang pemilik bengkel kenderaan terhadap bau busuk membongkar pembunuhan seorang lelaki warga Vietnam yang mayatnya ditemui dalam beg besar di bilik sewanya di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Taman Johor Jaya, kelmarin


Mayat seorang lelaki lberusia 20-an yang masih belum dikenal pasti identiti itu ditemui dengan kesan kelar di badan di dalam bilik sewa berkenaan, jam 2.10 petang dipercayai dibunuh.

Menurut saksi dikenali Max, 31, dia berasa tidak selesa dengan bau busuk dari tingkat atas rumah kedai berkenaan dan memberitahu pemiliknya berusia 40-an supaya menyiasat punca bau itu.

Katanya, sebaik pemilik yang juga majikan kepada si mati membuka bilik sewa itu, dia mendapati bau busuk datang dari sebuah beg, namun tidak berani membukanya.

“Pemilik bilik sewa itu memberanikan diri membuka bagasi itu dan terkejut apabila melihat mayat pekerjanya di dalamnya sebelum memaklumkan penemuan itu kepada polis,” katanya.

Max berkata, mangsa menyewa di bilik berkenaan sejak tiga bulan lalu dan kali terakhir melihatnya pada Selasa lalu ketika menaiki sebuah kereta.

Katanya, sebelum ini, dia juga pernah melihat mangsa bergaduh dengan tiga lelaki senegaranya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan awal mendapati, mayat mangsa mempunyai kesan kelar pada bahagian badannya menggunakan senjata tajam.

“Kita percaya mangsa sudah meninggal dunia kira-kira tiga hingga empat hari yang lalu,” katanya.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui talian hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Polis Seri Alam di talian 07-3864222.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:09 AM

MAYAT lelaki Vietnam ditemui dalam beg (bulatan merah).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80620#sthash.ybAZDC6J.dpuf

Tak balik beli aiskrim

 Oleh Aminuddin Ismail

am@hmetro.com.my


Permaisuri: Seorang ibu tidak menyangka kesungguhan anaknya untuk memakai kain tudung warna putih pada pagi Aidiladha, Khamis lalu membawa petanda remaja itu akan pergi buat selama-lamanya.


Sulida Tadzam, 16, dan adiknya, Mohd Firdaus, 12, maut selepas motosikal mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Guntung, di sini, kelmarin.

Ibu mangsa, Zurina Abdul Rahman, 50, berkata, pada pagi Aidiladha, anaknya mengenakan pakaian baju warna hitam, tetapi tetap mahu mencari kain tudung putih kerana berpendapat kombinasi kedua warna itu amat serasi.

“Arwah memang banyak tudung, tetapi dia tetap mahukan tudung warna putih kerana dakwanya ia sesuai dengan warna pakaiannya. Lama juga arwah mencari tudung itu sebelum menjumpai dan terus memakainya.

“Arwah kelihatan begitu ceria pada pagi Aidiladha itu, malah tiada apa yang pelik ditunjukkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

KEADAAN motosikal mangsa yang terbabit kemalangan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:10 AM
KEADAAN MPV yang terbabit kemalangan.



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80623#sthash.eFVprKdd.dpuf

Kelibat mencurigakan

Oleh Arifin Salleh

am@hmetro.com.my
Alor Gajah: Sebuah rumah kedai setingkat di Taman Sebang Gemilang, Gadek, di sini, yang disita pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak seminggu lalu terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.


Difahamkan kebakaran jam 8 malam kelmarin bermula daripada beberapa longgokan sampah di dalam premis terbabit sebelum orang ramai yang menyedari kejadian menghubungi bomba.

Penduduk Md Ali Masran, 52, mendakwa sebelum kebakaran, dia melihat kelibat lelaki tidak dikenali dalam keadaan mencurigakan berhampiran premis itu.

Katanya, dia curiga dengan kehadiran individu berkenaan berikutan api dari premis terbabit marak selepas lelaki itu meninggalkan lokasi kejadian dalam keadaan tergesa-gesa.

“Saya berada di luar rumah melihat kelibat lelaki berkenaan berhampiran rumah kedai terbabit seperti melakukan sesuatu.

“Tidak lama kemudian saya lihat percikan api diikuti asap dan ketika itu kebakaran merebak.

“Api marak pantas dan saya dibantu beberapa jiran cuba memadamkan kebakaran, namun usaha memasuki dalam premis terbantut kerana bahang panas dan risau terperangkap,” katanya.

Md Ali berkata, risau kebakaran merebak ke premis bersebelahan orang ramai menghubungi talian kecemasan mendapatkan bantuan bomba.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah Pegawai Bomba Kanan II Suhairi Supian berkata, pihaknya menerima panggilan Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengenai kebakaran jam 8.15 malam.

“Seramai 11 pegawai dan anggota bersama jentera dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran dan api dipadamkan sepenuhnya pada 8.57 malam.

“Penduduk mendakwa api bermula daripada puntung rokok dibuang individu tertentu dan ia menyambar longgokan sampah dalam premis sebelum merebak ke bahagian lain,” katanya.

Suhairi berkata, maklumat itu hanyalah dakwaan daripada penduduk berhampiran dan siasatan lanjut dilakukan untuk mengetahui punca kebakaran itu berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:11 AM

Orang ramai melihat premis yang terbakar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80629#sthash.M01x3hzb.dpuf

Maut balik bertugas


Kuala Lumpur: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang baru habis tugas maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pantai Dalam, semalam.

Dalam kejadian jam 8.55 pagi itu, mangsa, Mohd Hazlan Dius dari Cawangan Unit Tindakan Khas Bukit Aman menunggang motosikal bersendirian selepas tamat tugas menjaga ketenteraman di ibu kota.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari Muzium Negara menghala Bangsar terbabas sebelum melanggar tiang lampu jalan.

Katanya, akibat parah mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:13 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80635#sthash.DhoGq2aL.dpuf

Sekat kenderaan jimat bahan bakar


Kathmandu: Pihak berkuasa Nepal mula mengehadkan pergerakan kenderaan di seluruh negara berikutan kekurangan bahan api selepas penunjuk perasaan yang membantah draf perlembagaan baru menyekat laluan sempadan perdagangan utama negara itu.

Orang ramai hanya dibenarkan memandu selang sehari, bergantung sama ada nombor plat kenderaan bernombor genap ataupun ganjil, akibat sekatan di sempadan India-Nepal sejak malam Jumaat lalu.


Jurucakap kementerian dalam negeri Laxmi Prasad Dhakal berkata: “Kerajaan mengehadkan pergerakan kenderaan di seluruh negara.

“Kami berdepan masalah besar akibat sekatan di selatan negara ini dan cuba menggunakan bahan api yang ada secara berhemah.”

Sekatan itu dibuat di bandar Birgunj, 90 kilometer dari selatan ibu negara yang berfungsi sebagai hab utama untuk kemasukan minyak dan makanan import ke Nepal. Pergerakan kargo melalui sempadan lain juga semakin berkurangan.

Rasa tidak puas hati penunjuk perasaan bermula selepas anggota Parlimen Nepal mencapai persetujuan mengenai rancangan untuk membahagikan negara Himalaya itu kepada tujuh wilayah di bawah piagam yang diguna pakai pada 20 September lalu.

Lebih 40 maut dalam pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan dari masyarakat Madhesi dan Tharu, etnik minoriti negara itu yang mendakwa sempadan wilayah baru itu akan mengehadkan perwakilan politik mereka.

Pengguna jalan raya berbaris panjang untuk mengisi minyak di Kathmandu malah kerajaan turut meminta syarikat penerbangan membawa bahan api sendiri untuk mengisi minyak pesawat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:56 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80716#sthash.NnbsNqUo.dpuf

Godam laman web kerajaan protes hukuman salib


Riyadh: Kumpulan penggodam Anonymous menyerang laman web kerajaan Arab Saudi sebagai bantahan hukuman penyaliban terhadap remaja 17 tahun, Mohammed al-Nimr yang didakwa terbabit dalam aktiviti antikerajaan pada 2012.

Mohammed gagal dalam rayuan terakhirnya di mahkamah di Arab Saudi, awal bulan ini, seterusnya hukuman mati disalib mungkin dilaksanakan bila-bila masa.


Anonymous mendesak Mohammed dibebaskan dan mendakwa dia tidak dibenarkan melantik peguam selain diseksa untuk mendapat pengakuan.

Anonymous mengumumkan memulakan #OpNimr dengan menyerang laman web kerajaan apabila menyekat akses ke Internet.

“Kami berharap anda (pihak berkuasa) mendengar dan membebaskan remaja itu. Anda akan dirawat seperti virus dan kamilah ubatnya,” kata kenyataan itu.

Antara laman web terbabit, kementerian keadilan, kementerian perkhidmatan awam, pentadbiran umum pendidikan, pusat teknologi sektor tentera dan keselamatan serta penerbangan Saudi Airlines.

Setakat ini, semua laman web kecuali Kementerian Keadilan beroperasi semula. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:51 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80708#sthash.F89BH8AC.dpuf

Mahu saman Arab Saudi


Teheran: Iran mahu mengambil tindakan undang-undang antarabangsa terhadap pemimpin Arab Saudi bagi nahas di Mina Khamis lalu yang mengakibatkan 769 maut setakat ini.

Kejadian itu yang meragut nyawa 136 rakyat Iran mempertingkatkan ketegangan antara dua kuasa besar Timur Tengah itu.

Rakyatnya yang masih hilang termasuk bekas duta besar ke Lubnan, dua wartawan dan seorang penganalisis politik manakala bekas duta ke Slovenia antara yang maut.

Peguam Negara Iran Ebrahim Raisi berkata: “Pendakwaan boleh dikemukan bagi kejadian mengikut undang-undang antarabangsa.

“Pihak berkuasa Arab Saudi menyekat laluan digunakan jemaah untuk membolehkan konvoi diraja melalui kawasan itu.

“Ini mengakibatkan jemaah daripada kelompok berbeza bertembung.

“Kami akan membawa kes ini kepada mahkamah serta organisasi antarabangsa untuk mendapatkan keadilan.”

Arab Saudi tegas menafikan dakwaan Iran itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:51 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80706#sthash.rQIr41Jj.dpuf

Dua remaja bakar masjid London


London: Dua remaja lelaki ditahan kerana disyaki menyebabkan kebakaran di masjid terbesar Eropah di London, kelmarin.

Lebih 70 bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Baital Futuh di Morden pada tengah hari Sabtu itu (wakut tempatan).


Seorang lelaki berusia 40-an dibawa ke hospital untuk rawatan selepas menghidu asap tebal.

Polis berkata, remaja berusia 14 dan 16 tahun itu ditahan untuk siasatan.

Jurucakap masjid Farooq Aftab berkata, tiada kecederaan teruk disebabkan masjid sempat dikosongkan.

“Mujur kejadian tidak berlaku pada hari yang sibuk.

Kebakaran bermula sekitar 11.30 pagi dan ia masih disiasat bomba.

“Buat masa ini kami masih belum pasti apa sebenarnya berlaku,” katanya.

Masjid bernilai £15 juta (RM100 juta) itu mampu memuatkan sehingga 10,000 orang dibuka pada 2003. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:41 AM

ASAP tebal dapat dilihat dari jauh dalam kebakaran itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80701#sthash.NtpMvWbw.dpuf

Pramugari buat duit sampingan


Riyadh: Seorang pramugari dipecat selepas ditemui mengadakan seks bersama penumpang di dalam tandas sebuah pesawat milik syarikat dari Timur Tengah ketika penerbangan.

Wanita itu mengaku menggoda penumpang lain ketika penerbangan dalam usaha membuat wang sampingan, malah dilaporkan meraih keuntungan lebih AS$1 juta (RM4.4 juta) dengan cara itu sejak dua tahun lalu.

Media memetik sumber penerbangan berkata, penumpang terbabit mengaku digoda pramugari berkenaan untuk mengadakan seks dengan bayaran AS$2,000 (RM8,800).

Jumlah itu juga dilaporkan bayaran dikenakan bagi setiap pelanggan.

Laporan itu tidak menamakan syarikat penerbangan terbabit, tetapi mendakwa pramugari berkenaan dipecat sebelum dihantar pulang ke negara asalnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:51 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80707#sthash.9xbwyTdu.dpuf

Dibelot rakan

 Agensi
Hong Kong: Seorang perogol fidofilia yang melarikan diri dari Britain sehari sebelum perbicaraannya kerana menyerang remaja bawah umur ditahan di Hong Kong semalam selepas masuk dalam perangkap polis.

Pekerja teknologi maklumat Joseph Tsang, 31, melarikan diri sejak pertengahan Ogos lalu dan ditahan pegawai Interpol selepas diumpan keluar dari persembunyian untuk menemui seorang remaja perempuan, Jumaat lalu.


Tsang - peluncur ais, malah pernah menyertai program televisyen Dancing On Ice - mendakwa melarikan diri dari Britain selepas menyamar sebagai wanita menggunakan pasport kakaknya, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai sistem keselamatan di Lapangan Terbang Heathrow.

Dia memberitahu rakan sekolahnya Alex O’Neill yang menetap di Hong Kong, bahawa dia dalam ketakutan, malah menutup mukanya dengan topi sepanjang penerbangan.

Tsang mula berbalas pesanan dalam Facebook dengan O’Neill dan teman wanitanya, Stephanie Velenzuela, sebaik melarikan diri.

Mereka kemudian melawat Tsang di tempat persembunyiannya sebelum memutuskan untuk menghubungi media Britain bagi mencari jalan untuk menangkapnya.

Perangkap disusun sebaik perintah ekstradisi diluluskan di Hong Kong dan Tsang diajak keluar untuk menemui seorang gadis oleh Stephanie sebelum terus ditahan polis.

Tsang didapati bersalah secara in absentia (tanpa kehadirannya) dalam prosiding di Britain atas kesalahan merogol gadis berusia 14 dan 15 tahun serta merakamkan gambar lucah kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:56 AM

TSANG (tengah) ditahan polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80718#sthash.C33rsnVv.dpuf

Suami ‘mental’ bunuh isteri tolak seks


Uttar Pradesh: Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15 tahun semata-mata kerana wanita itu enggan melakukan seks, kemudian hanya duduk di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya.

Rajiv Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya Meenu Sharma.


Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah Bareilly.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk di sebelah. Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang banyak” kata pegawai polis Santosh Kumar.

Sebelum itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya.

Menurut polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu, dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kemaluan isterinya sehingga menyebabkan kematian.

“Walaupun dia mengaku menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.

Menurut sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi berjumpa seseorang di bandar.

Selepas ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah kelmarin. Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari.

Sementara itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian berlaku. Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:54 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80712#sthash.0sg7NfFS.dpuf

Lelaki Nepal ditemui lemas


Oleh Azma Razana
Bukit Mertajam: Lelaki warga Nepal ditemui lemas di Empangan Mengkuang, di sini, 6 petang tadi.

Difahamkan, mangsa tergelincir ke dalam empangan berkenaan sebelum disedari rakannya.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.15 petang sebelum tiba 15 minit kemudian.

Katanya, seramai 11 anggota JBPM dari Balai Bomba Perai dan Bukit Mertajam memulakan operasi mencari mangsa dan menemuinya 30 minit kemudian.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 11:13 PM


Dua pemandu terlibat kemalangan dicari


WARTAWAN SINAR HARIAN
Dua pemandu terlibat kemalangan dicari

27 SEPTEMBER 2015
Dua pemandu terlibat kemalangan dicari Orang ramai turut membantu mengalihkan kenderaan terlibat yang masuk ke bahagian kaki lima Hotel Panorama.

TAIPING – Polis sedang mengesan dua pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota berhadapan Hotel Panorama, di sini, Rabu lalu.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu melibatkan kereta jenis Proton Savy dan Toyota Vios hingga menyebabkan salah satu kereta terbabas masuk ke bahagian kaki lima hotel.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, selepas insiden itu, kedua-dua pemandu berkenaan tidak berada di tempat kejadian.

“Ketika ini usaha mengesan kedua-dua pemandu terbabit sedang dilakukan dan dalam kejadian  itu, dipercayai kereta jenis Proton Savy telah memberikan isyarat untuk membelok ke kiri menuju ke Jalan Tupai.

“Bagaimanapun, semasa membelok, tiba-tiba sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios yang datang dari arah belakang telah mencelah ke sebelah kiri lalu menyebabkan kedua-duanya bergesel.

“Akibat pergeselan itu, Toyota Vios itu hilang kawalan dan terbabas sehingga masuk ke bahagian kaki lima hotel, sementara sebuah lagi kereta terbabas sehingga masuk ke Jalan Tupai,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Adik, kakak temui ajal serentak


WARTAWAN SINAR HARIAN
Adik, kakak temui ajal serentak

28 SEPTEMBER 2015
Adik, kakak temui ajal serentak Mayat mangsa terbaring di atas jalan raya sebelum dibawa ke hospital.

SETIU - Hasrat seorang murid tahun enam SK Guntung Luar dekat bandar Permaisuri di sini, untuk menikmati aiskrim yang dibeli kakaknya tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang diboncengnya dirempuh sebuah kereta.

Lebih menyayat hati, kakaknya yang menunggang motosikal itu turut terkorban dalam kejadian di Kilometer 79 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Guntung di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Sulida Tadzam, 16, pelajar tingkatan empat SMK Saujana dan adiknya Mohd Firdaus, 12, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan selepas motosikal jenis Honda EX5 dinaiki mereka dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream.

Ibu mangsa, Zurina Abdul Rahman, 50, berkata, hatinya sebak apabila melihat sendiri dua anaknya  maut serentak dan berada dalam keadaan terbaring di tempat kejadian kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Menurutnya, setengah jam sebelum kejadian, dia melihat anak bongsunya itu gembira apabila mengetahui kakaknya mahu membeli aiskrim untuknya.

“Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang setelah selesai beli aiskrim di kedai dekat pekan Guntung, kira-kira satu kilometer dari rumah.

“Saya turut hiba kerana kedua-dua arwah tak sempat jamah aiskrim yang dibeli, setelah mendapati aiskrim itu masih ada dalam raga motosikal,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Grebar di sini.

Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana kemalangan itu berlaku dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.


Mahu pakai tudung putih

Zurina berkata, dia tidak menyangka Sulida yang beria-ia mahu memakai tudung putih pada pagi pertama Hari Raya Aidiladha Khamis lalu membawa petanda anaknya itu akan pergi buat selama-lamanya.

Katanya, pada pagi hari raya itu, Sulida mahu mengenakan baju hitam dan dipadankan dengan tudung berwarna agar kelihatan serasi.

“Dia memang banyak tudung, tapi tetap mahu pakai tudung putih sebab katanya sesuai dengan bajunya warna hitam.

“Sulida dan adiknya begitu ceria pada pagi hari raya,” katanya sambil memberitahu Sulida, anak kedua bongsu (anak kesembilan) daripada 10 beradik sangat rapat dengan adiknya itu, malah dengan abang dan kakaknya yang lain.

Kata Zurina, walaupun Sulida sudah biasa ke kedai berhampiran, namun pada hari kejadian perasaannya agak bimbang mengenai keselamatan anaknya disebabkan jumlah kenderaan agak banyak di jalan raya kerana musim perayaan.

“Walaupun amat sedih kehilangan dua anak sekelip mata, tapi saya reda dan anggap semua ni ujian daripada ALLAH,” katanya.


Rasa tak sedap hati

Bapa tiri mangsa, Abdullah Yusof, 47, berkata, pada hari kejadian dia berada di tempat kerjanya di sebuah bengkel kereta di Kampung Tok Dor, Jabi.

Menurutnya, belum sempat memulakan tugasannya pada hari itu, dia diberitahu tentang nahas membabitkan anaknya.

“Pada pagi hari kejadian saya dah rasa tak sedap hati dan serba salah sebelum hendak memulakan kerja.

“Rupa-rupanya ada kejadian buruk berlaku terhadap mereka yang saya anggap seperti anak sendiri.

“Saya kahwin dengan Zurina ketika Mohd Firdaus berumur 7 tahun selepas kematian bapa mereka,” katanya.

Jenazah dua beradik itu disemadikan di dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Masjid Kampung Guntung kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Kuala Terengganu-Kota Bharu dirempuh MPV yang dipandu lelaki berusia 26 tahun dari arah sama.

“Motosikal mangsa rosak teruk di bahagian sisi sebelah kanan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Sejurus selepas kemalangan pemandu kereta tersebut menghilangkan diri dengan meninggalkan kenderaannya di tempat kejadian, namun tampil membuat laporan polis di Balai Polis Trafik pada malam kejadian (kelmarin),” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rumah terbakar ketika elektrik terputus


WARTAWAN SINAR HARIAN
Rumah terbakar ketika elektrik terputus

28 SEPTEMBER 2015
Rumah terbakar ketika elektrik terputus Keadaan rumah jenis sementara yang terbakar di Kampung Guntung, malam kelmarin.

PASIR PUTEH - “Dua tiga kali saya berulang alik ke bilik air untuk memadamkan api tapi tetap gagal kerana api marak dengan cepat,” kata Wan Nazreen Wan Zahari, 15, yang berusaha menyelamatkan rumah keluarganya dalam kebakaran di Kampung Guntung di sini, malam kelmarin.

Wan Nazreen berkata, kejadian itu berlaku ketika kampung itu terputus bekalan elektrik.

Menurutnya, ketika itu dia bersama ibunya, Mazitah Harun, 57, sedang makan malam di ruang dapur dengan hanya diterangi cahaya lilin.

“Ibu meminta saya memeriksa apa yang berlaku selepas terdengar letusan kecil dari bilik, saya segera ke bilik itu dan terkejut mendapati api sedang menyala pada siling rumah.

“Saya cepat-cepat keluar dari bilik dan meminta ibu saya menyelamatkan diri, saya memberanikan diri menyimbah air dengan menggunakan baldi tapi tidak berjaya,” katanya.

Wan Nazreen bakal menduduki Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) bulan depan bagaimanapun bersyukur kerana anggota keluarganya terselamat.

Ketika kejadian katanya, bapanya, Wan Zahari Wan Mat, 64, tiada di rumah kerana berada di masjid, kira-kira 500 meter dari rumah mereka untuk menunaikan solat Isyak.

Sementara itu sepupu Nazreen, Mohd Zul Zani Zahari, 32, berkata, ketika kejadian, dia baru hendak menidurkan tiga anaknya sebelum terdengar bunyi seperti mercun.

Katanya, dia bersama ayahnya, Zahari Hamid, 68 serta ibunya, Asiah Harun, 62, berasa tidak sedap hati dan cuba meninjau untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Mohd Zul Zani terkejut mendapati rumah bapa saudaranya di belakang rumanya terbakar dan balik ke rumah semula menyelamatkan ibunya yang tidak sihat kerana jarak rumahnya dengan rumah itu hanya dua meter.

Kejadian itu menarik perhatian Adun Limbongan, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah yang mengunjungi mangsa malam kelmarin dan menyampaikan sumbangan Tabung Serambi Mekah pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, lima anggota dengan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 9.26 malam.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal dalam masa 35 minit sebelum operasi ditamatkan jam 10.39 malam.

“Ketika kami tiba di lokasi, rumah jenis sementara terbakar keseluruhannya, tiada kecederaan dan kehilangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan sementara anggaran kerugian adalah RM85,000,” katanya.

Mayat wanita terapung ditemui


27 SEPTEMBER 2015


KOTA TINGGI - Mayat seorang wanita terapung dengan keadaan perutnya kembung dijumpai orang awam di hujung Sungai Kampung Makam, dekat sini, pagi semalam.
 
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa yang‎ dipercayai lemas itu, ditemui orang awam dalam keadaan berpakaian lengkap pada pukul 10.35 pagi.
 
Mangsa dikenali sebagai Khadijah Abu Bakar, 49, beralamat di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, di sini, kata beliau dalam satu kenyataan di sini.
 
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kota Tinggi dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat lemas," kata beliau.
 
Rahmat berkata identiti mangsa disahkan oleh suaminya, Abdul Asid Etae, warganegara Thailand.

"Pengecaman dibuat berdasarkan pakaian, seutas rantai kaki serta skaf rambut warna biru yang dipakai mangsa," kata beliau.
 
Hasil siasatan juga mendapati mangsa ada sejarah dan rekod sakit mental.
 
Kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut, kata Rahmat.  - Bernama

Bekas timbalan menteri dilapor hilang


WARTAWAN SINAR HARIAN
27 SEPTEMBER 2015Bekas timbalan menteri dilapor hilang
Bekas timbalan menteri dilapor hilang

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, dilaporkan hilang di Bukit Tunku di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Perkara itu disahkan isterinya, Datin Seri Sharifah Shahrul Bariah kepada Berita Harian.

Abdullah, 70, yang juga bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menghidap demensia, kali terakhir dilihat keluar dari kediaman adik iparnya di Tijani di sini, dengan memakai kemeja hitam, seluar senam dan kasut kulit berwarna coklat.

Jemaah Malaysia terkorban dalam rempuhan


WARTAWAN SINAR HARIAN
Zulkifly Samad

28 SEPTEMBER 2015
Zulkifly Samad

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) semalam mengesahkan seorang jemaah Malaysia, Zulkifly Samad, 50, terkorban dalam tragedi rempuhan di Mina, Khamis lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu, mangsa tersebut yang berasal dari Johor dikenal pasti berdasarkan semakan TH.

Katanya, pasukan perubatan TH membuat tinjauan di rumah mayat Moaissim semalam menemui satu jenazah yang disahkan rakyat Malaysia dalam keadaan sempurna.

Menurutnya, pasukan perubatan TH mengesahkan jenazah melalui identifikasi yang ada pada jenazah berkenaan.

"Di sini pihak Tabung Haji mengesahkan jenazah itu adalah Zulkifly Samad," katanya dalam kenyataan dikeluarkan dari Makkah, malam tadi.

Sebelum ini, TH pada makluman awal mengesahkan tiada jemaah haji yang terbabit dalam rempuhan itu.

Makluman awal ini berdasarkan pengesahan daripada waris dan maklumat awal dari penempatan jemaah haji.‎

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi berkata, pihak TH menerima laporan daripada isteri mangsa, Suriahanim Abd Hamid, 40, bahawa suaminya tidak pulang ke khemah.

Selepas menerima laporan itu, Asyraf Wajdi berkata, petugas haji memulakan usaha mencari jemaah terbabit di sekitar Kompleks Jamarat dan hospital berdekatan di Mina yang dikategorikan tersasar.

Katanya, dalam laporannya, Suriahanim mengakui suaminya tidak bersama jemaah TH dari Muzdalifah kerana bercadang untuk berjalan kaki mengikut Sunnah Rasulullah SAW ke Mina.