Search This Blog

Sunday, September 27, 2015

Kes Gangguan Seksual Gugur, Tegar & Sufi (AF 2015) Pula Bakal Disaman


Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 5:30 AM
Bekas pengurus kepada Tegar, Muhammad Arif Dollah lega tidak akan ada sebarang dakwaan dikenakan terhadapnya selepas kes kononnya dia melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi itu ditutup oleh pihak berkuasa Singapura. Foto Ihsan MUHAMMAD ARIF DOLLAH.

PETALING JAYA: Bekas pengurus kepada Tegar Septian iaitu Muhammad Arif Dollah mendedahkan usaha penyanyi cilik itu untuk menjatuhkannya dengan tuduhan gangguan seksual tidak berhasil apabila pihak polis di Singapura menutup kes berkenaan.

Muhammad Arif, 30, berkata, dia mendapat khabar gembira itu menerusi panggilan telefon pada 18 September lalu dan pihak polis Singapura mengesahkan tidak akan membuat sebarang dakwaan terhadapnya.

"Alhamdulillah dengan rasa syukur selepas enam bulan melalui pelbagai tuduhan dan fitnah saya akhirnya dapat menarik nafas lega kerana siasatan mengenai dakwaan Tegar terhadap saya telah selesai.

"Pihak polis memaklumkan tiada sebarang dakwaan akan diambil terhadap saya dan kes itu telah pun ditutup," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Kata Muhammad Arif lagi, dia dimaklumkan kes berkenaan ditutup selepas tiada bukti kukuh selain kenyataan Tegar sebelum ini tidak konsisten kepada pihak polis.

Tegar (kiri) dan Sufi bersama laporan polis yang dibuat terhadap Muhammad Arif pada Mac lalu. Foto: Berita Harian Singapura
Terdahulu media di Singapura pada hujung Mac lalu melaporkan Muhammad Arif telah ditangkap polis selepas pihak berkuasa negara itu menerima dua laporan berhubung gangguan seksual yang dibuat oleh Tegar dan bekas anak tirinya, Sufi  Rashid.

Sehubungan dengan itu, Muhammad Arif berkata, pada 22 september lalu dia telah pun membuat laporan polis terhadap Tegar berhubung kenyataan palsu diberikan kepada pihak berkuasa itu.

Katanya, biarpun kes berkenaan telah pun ditutup namun dia mengambil keputusan untuk membukanya semula dengan membuat laporan polis bagi mencari kebenaran.

"Saya dinasihatkan supaya berfikir sebelum meneruskan laporan itu kerana Tegar masih kecil dan tidak tahu akan undang-undang di Singapura.

"Tetapi saya tetap teruskan kerana tujuan saya hanya satu untuk melihat sama ada dia akan mengaku disuruh (membuat laporan palsu) atau dia sendiri yang lakukan.

Ariff akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur dan Jakarta dalam masa terdekat. 
"Saya juga difahamkan penyanyi tersebut akan berada di Singapura pada Oktober ini dan saya telah meminta pihak berkuasa untuk segera melakukan siasatan," tegasnya.

Dalam pada itu, Muhammad Arif berkata, dia telah pun melantik peguam untuk memfailkan saman malu terhadap empat individu di atas penyebaran fitnah terhadapnya sebelum ini.

Jelasnya, selain Tegar, tiga individu lain bakal dikenakan saman adalah peserta Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, Nur JM (penulis blog) dan seorang lelaki yang didakwa sebagai dalang kes berkenaan iaitu Ali Najib Baksher.

"Peguam saya akan mengeluarkan notis saman malu terhadap empat individu yang disebut itu dalam masa terdekat ini.

"Saya tidak akan berkrompomi dalam hal ini dan akan tetap memfailkan saman malu terhadap keempat-empat individu berkenaan dan beberapa pihak lain yang sedang dalam pertimbangan.
Tegar  (kiri) dan Muhammad Arif.
"Ini juga bukan soal balas dendam tetapi sekadar ingin menegakkan kebenaran setelah apa mereka lakukan kepada saya sebelum ini," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Arif berkata, dia akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur dan Jakarta dalam masa terdekat bagi menjelaskan butiran lanjut berhubung tindakannya itu selain akan membuat beberapa pendedahan terbaharu berhubung kes tersebut.

"Insya-Allah saya akan berkongsi cerita dengan rakan-rakan media di Malaysia dan Indonesia dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat ini," ujarnya.

Mayat Berkulat Dengan Kesan Tikaman Ditemui


Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 2:59 PM

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan tikaman ditemui dalam kebun kelapa sawit yang terletak di tepi jalan di Jalan Sungai Lembu, di sini malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata mayat lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 8 malam sebelum memaklumkan kepada polis.
"Pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki yang berulat itu telah mati lebih daripada tiga hari sebelum ditemui tanpa sebarang pengenalan diri dan hanya berseluar jeans, berbaju T dan tidak berkasut," katanya di sini, Ahad.
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya dibuang kerana polis tidak menemui sebarang senjata di lokasi kejadian dan juga tiada kesan pergelutan.
Katanya mayat itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat namun pemeriksaan awal ke atas mayat belum dapat disahkan kesan sebenar luka di badannya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. 

Tongkang Pasir Rempuh Jambatan


Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 1:48 PM

JOHOR BAHARU: Segelintir pengguna Jambatan Batu Pahat, Jalan Peserai, Batu Pahat di sini merasai gegaran selepas jambatan itu dilanggar sebuah tongkang pasir berukuran hampir 20 meter pada Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid Saif Ab Rahim yang mengesahkan perkara itu, berkata bagaimanapun, kejadian pada pukul 7.30 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pengguna.
Namun, beliau berkata usaha untuk mengenal pasti keretakan pada struktur jambatan akan dijalankan bersama Jabatan Kerja Raya kelak sebaik paras air di Sungai Batu Pahat surut pada pukul 1.45 tengah hari.
"Difahamkan tongkang itu dibawa arus kuat dari kawasan Minyak Beku dan apabila sampai di jambatan tersebut, ia tersangkut di bahagian hujung.
"Kami kini tengah menunggu usaha menarik tongkang dilakukan oleh syarikat tongkang berkenaan dan Jabatan Laut," katanya ketika dihubungi di sini.
Saif berkata setakat pukul 11 pagi ini, jambatan itu masih dilalui kenderaan dengan kehadiran polis untuk memantau kawasan kejadian.
Bomba dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia turut bersedia dengan menempatkan anggota masing-masing bersama sebuah jentera di tempat kejadian.

Bunuh Morais: Tujuh Akan Didakwa Esok


Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 2:00 PM

PETALING JAYA: Tujuh individu dijangka didakwa di dua mahkamah di sini dan Kuala Lumpur pada Isnin berhubung kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Dua daripada tujuh yang berkenaan termasuk seorang doktor tentera akan didakwa kerana bersubahat manakala lima yang lain didakwa bertindak membunuh Morais.

Pendakwaan terhadap lima yang berkenaan akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini, pada 16 September lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

APMM tahan 2 bot nelayan laut dalam tempatan ceroboh zon larangan


DUA buah bot berpangkalan di Pahang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Terengganu kerana menceroboh kawasan menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pulau yang diwartakan di Marang. - Foto Faizul Azlan Razak
KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan laut dalam tempatan yang melakukan aktiviti menangkap ikan di zon larangan perairan Pulau Bidong pada Khamis lalu.
Kedua-dua bot itu yang dikendalikan oleh nelayan warga Thailand, dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 12 batu nautika dari pulau yang diwartakan sebagai kawasan larangan itu.
Pengarah Operasi Daerah Maritim 9, Komander Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata hasil pemeriksaan ke atas kedua bot yang berpangkalan di Kuantan itu pihaknya menahan sembilan kru termasuk dua tekong.
Katanya, bot pertama ditahan kira-kira pukul 10.35 malam dan sejam selepas itu pihaknya menahan sebuah lagi bot yang sedang menjalankan aktiviti menunda ikan.
"Kedua dua bot berkenaan telah ditahan dan dibawa ke jeti APMM di Kuala Terengganu kerana disyaki menceroboh dan menangkap ikan di zon larangan, kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.
"Kita juga menyiasat mereka (tekong dan awak-awak) di bawah Akta Imigresen 1963, iaitu menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di atas bot nelayan tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Simon berkata, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya turut merampas sejumlah ikan dianggarkan sebanyak satu tan metrik bernilai kira-kira RM5,000.
Katanya, pada bulan ini sahaja pihaknya telah menahan tiga bot nelayan tempatan yang menceroboh kawasan zon menangkap ikan yang dilarang.
Beliau, berkata pihaknya memandang serius dalam kes menceroboh zon kawasan larangan menangkap ikan yang mana bukan sahaja menganggu ekosistem malah menutup sumber pencarian nelayan traditional yang lain.
"Tindakan tegas akan diambil ke atas pemilik bot yang gagal menentukan bot mereka mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam lesen," katanya.
Tambahnya orang awam termasuk persatuan dan komuniti nelayan diminta supaya menyalurkan sebarang maklumat pencerobohan kawasan ke Pusat Operasi APMM Kuala Terengganu di talian 09-6224357. -BERNAMA

Bekas imam maut digilis lori berhampiran Masjid Sungai Batu



SEORANG warga emas maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di hadapan masjid Sungai Batu Teluk Kumbar, semalam. - Foto Ihsan pembaca
BALIK PULAU: Bekas imam sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini, maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori, sebelum terjatuh dan digilis kenderaan itu di Jalan Teluk Kumbar-Bayan Lepas, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Lai Fah Hin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa Yahya Said, 78, dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Sungai Batu, tidak jauh dari lokasi kemalangan.
"Kemalangan itu berlaku apabila lori yang membawa muatan pasir dari arah Bayan Lepas menghala Teluk Kumbar bergesel dengan motosikal ditunggang mangsa hingga menyebabkan dia terjatuh," katanya di sini hari ini.
Fah Hin berkata, mangsa digilis lori berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
Katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori berusia 35 tahun itu.
Kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - BERNAMA

Pemandu maut kereta dipandu rempuh pokok




Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut selepas Proton Wira dipandunya terbabas dan merempuh pokok sehingga menyebabkan kenderaannya terlipat dua di Teluk Ramunia, Pengerang di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa Cheng Meng Chan, 24, maut di lokasi kejadian selepas tersepit akibat rempuhan kuat berkenaan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Faizal Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.40 pagi sebelum sebuah jentera bersama lima anggota dikerah ke lokasi kejadian.

Bas sekolah terbalik di Kulai, 23 pelajar selamat



Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof


KEADAAN bas yang terbabas di Jalan Seelong, Kulai, pagi tadi.
KULAI: Seramai 23 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senai berdepan detik cemas selepas bas sekolah dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Seelong di sini, pagi tadi. 
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, bas yang dipandu seorang pemandu lelaki itu terbabas sebelum terbalik di hadapan sebuah kilang di jalan berkenaan.
Bagaimanapun, semua penumpang yang juga pelajar SMK Senai itu terselamat dan difahamkan hanya beberapa orang sahaja yang mengalami kecederaan ringan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Mohd Fauzi Awang, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.13 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikerah ke lokasi kejadian.

Insiden Rempuhan Di Mina: Arab Saudi Tolak Kritikan Iran


Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 10:44 AM
Adel al-Jubeir

NEW YORK: Arab Saudi menolak kritikan Iran mengenai cara negara itu mengendalikan jemaah haji berikutan kejadian rempuhan yang berlaku di Mina pada Sabtu lalu.
"Saya percaya rakyat Iran pasti lebih bijak daripada bermain politik dengan tragedi yang menimpa jemaah haji ketika mereka sedang melakukan ibadah suci berkenaan," kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir.
Presiden Iran, Hassan Rouhani yang kini berada bersama Adel di sini telah menuntut Arab Saudi mendedahkan siasatan berikutan kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, Jubeir hanya memberikan pesanan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry bahawa negaranya sedang berada dalam siatuasi getir ketika ini.
"Kerajaan mempunyai sejarah panjang dalam membelanjakan dana besar untuk menjaga keselamatan jemaah haji bagi memastikan mereka berjaya menunaikan ibadah berkenaan.
"Kami akan mendedahkan fakta-fakta apabila semuanya selesai. Kita tidak akan sembunyikan apa-apa," kata Jubei

Seorang Maut, 23 Cedera Bot Berlanggar Di Thailand


Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 6:26 PM
Pasar Terapung di Daerah Amphawa.

BANGKOK: Seorang pelancong wanita dari Hungary terbunuh dan 23 pelancong lain cedera apabila bot yang dinaiki merempuh sebuah bot lain, jelas polis pada Sabtu.

Mangsa berusia 61 tahun meninggal dunia itu selepas bot yang dinaiki berlanggar dengan sebuah lagi bot kosong di daerah Amphawa, wilayah Samut Songkram, kira-kira 80 kilometer dari barat dari kota Bangkok pada petang Jumaat.

Bot tersebut dalam perjalanan membawa rombongan tersebut melihat kelip-kelip di Sungai Mae Klong, berdekatan dengan pasar terapung dan kawasan homestay, jelas pegawai polis Daerah Wattana, Nualsrida kepada AFP.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian otak ," kata pegawai itu.

Tambahnya, salah seorang daripada dua pelancong dari Korea Selatan turut mengalami kecederaan serius.

Manakala dua lagi penumpang yang cedera turut berasal dari Hungary.

Kedutaan Hungary di Bangkok mengesahkan seorang rakyatnya terbunuh dalam kemalangan bot tetapi masih belum mendapat butiran terperinci.

Wanita 'Tunggang' Penyu Ditangkap


Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 9:54 AM

SEORANG wanita ditangkap selepas dia didakwa 'menunggang' seekor penyu di tepi pantai.

Ia susulan sekeping gambar menunjukkan Stephanie Moore duduk di atas penyu dengan aksi seperti menunggang haiwan terancam itu pada Julai lalu hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Aktivis hak asasi haiwan berang apabila haiwan berkenaan dijadikan bahan gurauan dan mendakwa wanita itu mungkin telah menganiaya dan mencederakan reptilia berkenaan.
Stephanie Moore

Amerika Syarikat (AS) mengharamkan ganguan terhadap penyu yang sedang bertelur.

Gambar yang dikongsi di beberapa laman sosial menyebabkan Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida memulakan siasatan.

Polis berkata, Moore adalah salah seorang daripada dua wanita yang ditunjukkan dalam beberapa gambar.

Mereka mungkin menunggang penyu berkenaan di Brevard County, Florida.

Jabatan Polis Melbourne berkata wanita berusia 20 tahun itu telah ditahan.

John Terry Parkir Di Petak OKU


Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 10:38 AM

PEMAIN Chelsea, John Terry sekali lagi dilihat meletakkan kenderaannya di petak parkir khas untuk orang kelainan upaya (OKU).

Beliau yang berpakaian berwarna putih dan biru dilihat kembali ke kenderaan jenis Range Rover bernilai 200 ribu pound selepas keluar daripada sebuah kedai menjual kebab.

Pemain berusia 34 tahun itu pernah melakukan perkara yang sama pada 2008.

Pada ketika itu Terry berjanji bahawa perkara berkenaan tidak akan berulang.

Mayat Lelaki Dalam Bagasi


Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 12:17 PM

JOHOR BARU: Mayat seorang lelaki warganegara Vietnam dipercayai dibunuh, dijumpai di dalam sebuah beg bagasi oleh pemilik premis di sebuah bilik sewa di Jalan Teratai 7, Johor Jaya, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Samad Salleh berkata pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik premis pada pukul 2.10 petang yang mengatakan dirinya telah menjumpai mayat selepas menghidu bau busuk di tingkat satu rumah sewanya.

"Pemilik premis curiga dengan bau busuk dan terus mencari punca bau itu, lalu menjumpai satu beg bagasi yang mencurigakan dan mendapati di dalamnya adalah mayat yang telah busuk," kata beliau ketika dihubungi di sini, Ahad.

Samad berkata mangsa yang dipercayai telah mati tiga hingga empat hari lepas, terdapat kesan kelar pada bahagian badannya akibat senjata tajam dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Mayat mangsa itu telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu untuk bedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Bunuh).

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222.

Disamun ketika mengisi minyak


SYAMILAH ZULKIFLI
Disamun ketika mengisi minyak
Disamun ketika mengisi minyak Jannah ketika menceritakan kejadian kepada media, semalam.
27 SEPTEMBER 2015


SEREMBAN - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bermotosikal ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Paroi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, penjenayah dianggarkan berusia lingkungan 20-an bertindak mengambil beg mangsa yang diletakkan di atas kerusi penumpang bahagian hadapan keretanya sebelum melarikan diri.

Menceritakan kejadian, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jannah, 23, berkata, ketika dia sedang mengisi minyak, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba berhenti berhampiran keretanya.

“Masa itu saya tak fikir apa-apa sebab ingatkan dia tunggu giliran isi minyak. Jadi saya tak ambil kisah sangat, lagipun ramai orang.

“Tapi tiba-tiba seorang daripada mereka turun dari motosikal dan berdiri betul-betul dekat pintu kereta saya sebelum membuka pintu dan mengambil beg yang diletak atas tempat duduk penumpang,” katanya.

Menurutnya, dia sempat menarik baju dipakai penjenayah berkenaan dan menjerit meminta tolong, namun kejadian berlaku pantas dan suspek berjaya melarikan diri.
Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik kerana tidak dicederakan dan beg yang dilarikan hanya berisi barangan biasa.

“Telefon bimbit saya mereka tak sempat ambil sebab terletak atas kerusi. Nasib baik kad ATM dan yang lain saya letak dalam beg lain," katanya.

Jannah berkata, walaupun dia sudah mengambil langkah keselamatan dengan mengunci pintu ketika turun dari kereta untuk ke kaunter bayaran, namun dia terlupa menguncinya ketika mengisi minyak.

"Bila tengah isi minyak, saya tak kunci sebab ingatkan tak akan jadi apa-apa,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Paroi, di sini.

Mexico bumi merbahaya buat wanita?


Mexico bumi merbahaya buat wanita?
Mexico bumi merbahaya buat wanita? Antara mangsa pembunuhan yang berlaku di Guerrero, Mexico.
26 SEPTEMBER 2015


GUERRERO - MEXICO. Apabila polis menemui mayat ibunya tanpa kepala, Ahilin Quinones tahu bahawa dia telah menjadi anak yatim, sepertimana anak-anak yatim yang tidak terkira banyaknya di Guerrero, Mexico.

Quinones juga tahu bahawa ibunya, Aide Nava telah menjadi salah seorang daripada mangsa culik dan bunuh sindiket dadah yang bermaharajalela di kejiranan Guerrero.

Nava merupakan calon datuk bandar kepada sebuah bandar yang terletak di kawasan pergunungan Mexico, Ahuacuotzingo.

Selepas bersumpah untuk membersihkan bandar itu dari pengaruh kartel dadah dan samseng, Nava telah diculik, dirogol, diseksa dan dipancung.

Pada 11 Mac lalu, kehilangan Nava terjawab apabila kumpulan sindiket dadah yang menculiknya membuang mayatnya di tempat terbuka.

Mayatnya ditutup dengan sehelai kain yang disembur cat yang bertulis “ini yang akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan kami”.

“Polis memberitahu kami bahawa mereka tidak dapat mengenal pasti mayat ibu saya tanpa kepalanya.Saya terpaksa mengecam mayat ibu saya dengan tanda lahir yang ada pada lengannya,” ujar Quinones ketika menceritakan detik hitam itu kepada sebuah portal antarabangsa.

Quinones, 19, telah kehilangan segala-galanya sejak penguasaan kartel dadah berlaku di tempat tinggalnya.

Bapanya yang memegang jawatan sebagai datuk bandar di bandar Fransisco Quiñones, telah dibunuh dengan menggunakan pistol sembilan bulan sebelum pembunuhan ke atas ibunya dilakukan.

Sementara abangnya pula dikatakan telah 'menghilangkan diri' sejak beberapa tahun dahulu, dipercayai diculik oleh kumpulan samseng dadah pada tahun 2012 yang lalu.

Dengan pembunuhan yang dilakukan ke atas ibu dan bapanya, penduduk di kawasan tersebut percaya bahawa Quinones dan kakaknya, Vanessa mungkin menjadi sasaran seterusnya bagi sindiket terbabit.

“Wanita hilang dan mati setiap hari dari tempat ini. Ibu saya hanya seorang di antara beribu-ribu mangsa yang lain,” katanya lagi.

Menurut kajian yang dilakukan oleh National Citizen Femicide Observatory, seramai enam wanita dibunuh di Mexico setiap hari dan hanya satu per empat daripada 3,892 kes pembunuhan pada tahun 2013 disiasat oleh pihak berkuasa.

Secara purata, seramai 14 bagi setiap 100,000 wanita dibunuh setiap tahun di Guerrero, iaitu empat kali lebih tinggi dari negeri lain di negara tersebut.

Tahun lepas, media antarabangsa melaporkan seramai 43 orang pelajar lelaki dari Kolej Perguruan Luar Bandar Ayotzinapa hilang di Iguala, Guerrero.

Penculikan besar-besaran tersebut dilakukan oleh sekumpulan ahli kongsi gelap dan menurut laporan rasmi, kumpulan tersebut merampas beberapa buah bas yang dinaiki pelajar-pelajar tersebut.

Pelajar-pelajar itu dilaporkan merancang untuk mengadakan bantahan pada persidangan yang dipimpin oleh isteri datuk bandar Iguala.

Menurut pengasas Organisasi pertahanan perempuan, Wanita Allied for Justice, Maria Luisa Garfias berkata, statistik kehilangan dan pembunuhan wanita pada tahun ini meningkat mendadak melebihi tahun purata pada tahun sebelumnya.

“Penjenayah di negara ini tidak sekalipun cuba untuk menyembunyikan jenayah mereka lagi. Mereka seolah-olah menikmati jenayah yang mereka lakukan,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal itu.

Organisasi tersebut menganggarkansehingga setakat ini, lebih dari 600 wanita di Guerrero telah hilang pada tahun ini dan sebanyak 1,249 kes rogol telah dilaporkan pada tahun 2014.

“Wanita menjadi takut untuk melaporkan jenayah pada pihak berkuasa. Kami ada rekodkan satu kes di mana mangsa rogol melaporkan jenayah itu kepada polis namun akhirnya dilaporkan sebagai orang hilang setelah  cuba mendapatkan keadilan untuk dirinya sendiri.

“Hanya kira-kira 40 peratus daripada mangsa rogol melaporkan jenayah itu dan angka sebenar mungkin diluar jangkaan kita,” katanya lagi.

Akhbar harian Guerrero, Vértice, kerap menerbitkan gambar-gambar grafik pembunuhan hari sebelumnya di halaman belakang media bacaan tersebut.

Menurut editornya, Jorge Pacheco, dia amat terkejut dengan angka kes kematian yang dilaporkan semakin meninggi, setiap hari.

“Kami bukan sahaja terkejut dengan peningkatan angka kematian wanita di negara ini, malah juga dengan cara mereka dibunuh.

“Mereka dibuang dari jambatan, digantung di lebuh raya yang sibuk, dicacatkan sebelum dibunuh dan banyak lagi. Semakin hari, semakin banyak gambar-gambar seperti ini tiba ditangan kami,” katanya.

Terdapat ramai pakar dan kumpulan hak asasi manusia melahirkan kebimbangan terhadap kes pembunuhan wanita yang berada di luar kawalan.

Isarve Cano Vargas, 19, dari bandar Tehuacan, adalah salah seorang mangsa daripada kira-kira 4,000 wanita dan gadis yang diculik dan dibunuh setiap tahun.

Anak perempuan seorang bekas ahli politik itu ditemui mati pada bulan Mei, sebulan selepas dia dilaporkan hilang.

Cano Vargas dibunuh walaupun keluarganya membayar tuntutan wang tebusan kepada penculiknya.

Pada bulan Januari, mayat seorang pelakon Carmen Yarira Noriega Esparza, 27, ditemui mereput dalam sebuah tangki air di blok pangsapuri tempat tinggalnya di bandar Mexico.

Graduan psikologi itu dilaporkan hilang hampir setahun lalu sebelum dia ditemui pada Februari 2014.

Satu lagi kes kematian melibatkan Datuk Bandar Tiquicheo, Maria Santos Gorrostieta, yang diserang ketika menghantar anaknya ke sekolah.

Gorrostieta telah diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata mayatnya ditemui diikat dengan kesan tikaman,dibakar, dan diseksa di tepi jalan di San Juan Tararameo.

Gorrostieta  sebelum ini dilaporkan telah terselamat dari dua percubaan bunuh.

Seorang pelajar sekolah tinggi, Lupita Perez Montes, 17, yang dilihat kali terakhir pada 31 Januari adalah antara 18 gadis muda yang dilapor hilang dari bandar utara Ciudad Juarez dalam tempoh lebih setahun.

Dalam kes melibatkan orang hilang, seorang guru sekolah rendah, Noé Velasquez telah membuat pinjaman sebanyak £ 12,000 (RM79445.59) iaitu lebih tiga kali gaji tahunannya untuk membayar wang tebusan anak perempuannya awal tahun ini.

Anak perempuannya, Jimena Vasquez, yang berusia 18 tahun, hilang pada Mac selepas bertemu seorang lelaki yang dikenali menerusi perbualan dalam talian.

Walaupun dia memberikan wang tebusan penuh kepada penculik, anak perempuannya tidak pernah kembali.

Jimena Velasquez kekal dalam senarai hilang Guerrero negeri.“Saya ada hutang yang banyak, tapi saya akan membayar sepuluh kali ganda jika anak perempuan saya dikembalikan dengan selamat,” katanya.

Maria Velez, 15, dilaporkan hilang di Chilpancingo pada tahun 2010 selepas masuk ke dalam sebuah kereta hitam yang tidak dikenali di luar sekolah.

Insiden tersebut merupakan tragedi hitam kali kedua buat ibunya, Lilia Juare apabila pasangannya, Jesus Moreno hilang pada tahun 2008 dalam modus operandi  yang sama.

“Orang-orang yang saya sayang telah diambil dari saya. Saya tidak boleh tahu jika mereka masih hidup atau mati. Hidup saya macam dalam neraka,” katanya.
Guerrero adalah negeri yang sangat penting bagi industri kartel dadah di negara tersebut.

Guerrero adalah kawasan penanaman ganja dan candu popi yang sangat subur.


Menurut laporan, kira-kira 41 hektar ladang-ladang candu popi diusahakan mengelilingi bandar Guerrero.

Cara China kawal wabak anjing gila


Cara China kawal wabak anjing gila
Cara China kawal wabak anjing gila Cara China kawal wabak anjing gila
26 SEPTEMBER 2015


LANZHOU - CHINA. Di negara China, pihak berkuasa sanggup berbuat apa sahaja untuk mengelakkan penularan wabak anjing gila.

Kerajaan memperkenal pelbagai cara untuk mengawal wabak berkenaan termasuk membunuh anjing liar di negara itu.

Semalam, sebuah portal antarabangsa melaporkan pihak pengawal Universiti Lanzhou menanam hidup-hidup anak-anak anjing yang dijumpai di sekitar institut pengajian tersebut.

Menurut pihak universiti, langkah tersebut diambil bagi mengawal penularan wabak anjing gila yang berpotensi menjangkiti pelajar-pelajar universiti berkenaan.

Bagaimanapun sekumpulan pelajar yang mendengar khabar tersebut tidak bersetuju dengan kaedah yang digunakan oleh pengawal-pengawal universiti.

Kumpulan terbabit bergegas ke lokasi anak-anak anjing yang ditanam dan mula melakukan kerja menggali di lokasi tersebut.

Dalam jangka masa singkat, kumpulan terbabit menyelamatkan kesemua anak-anak anjing anjing ditanam.

Awal bulan ini, kerajaan pentadbiran Shandong mengeluarkan amaran untuk membunuh semua anjing yang dipelihara oleh penduduk di daerah tersebut.

Sebuah bandar di Wilayah Yunnan melaporkan lima kematian, menyebabkan kerajaan itu membunuh 5,000 anjing di kawasan tersebut.

225 jemaah Indonesia masih gagal dikesan


Rempuhan Mina
Rempuhan Mina Lebih 700 jemaah haji terkorban dalam insiden rempuhan di Mina.
27 SEPTEMBER 2015


JAKARTA - INDONESIA. Sekurang-kurangnya 225 jemaah haji Indonesia yang terlibat dalam rempuhan di laluan pejalan kaki di Mina dilaporkan masih hilang.

Pegawai penyelaras haji Indonesia, Arsyad Hidayat berkata, sehingga kini pihaknya masih belum mengetahui nasib kesemua jemaah terbabit termasuk jumlah sebenar yang terkorban dalam insiden berkenaan.

Kelmarin, wakil Duta Besar Indonesia di Arab Saudi, Sunarko memaklumkan seramai tiga rakyatnya terkorban dalam kejadian tersebut.

"Ada beberapa alasan jemaah belum kembali ke khemah masing-masing. Misalnya, ada di antara mereka sedang beribadah di Masjidil Haram, tersesat dan sebagainya," kata Arsyad.

Beliau memberitahu, ketika ini seramai enam jemaah haji Indonesia yang cedera dalam rempuhan berkenaan sedang dirawat di hospital dalam Makkah.

Kejadian rempuhan itu tercetus selepas ribuan jemaah berasak-asak di laluan yang menuju ke tempat melontar jamrah.

Setakat ini lebih 700 jemaah dilaporkan terkorban dan kira-kira 800 lagi cedera. - Kompas

Khemah jemaah haji terbakar


Khemah jemaah haji terbakar
Khemah jemaah haji terbakar Kebakaran itu mencetuskan panik dalam kalangan jemaah haji di kawasan berdekatan
27 SEPTEMBER 2015


MAKKAH - Sebuah khemah yang menempatkan beberapa jemaah haji dilaporkan terbakar kelmarin, sehari selepas tragedi rempuhan di Mina yang meragut sekurang-kurangnya 717 nyawa, dan mengakibatkan lebih 800 orang cedera Khamis lalu.

Akhbar al-Youm al-Sabe melaporkan, kebakaran itu berlaku selepas api dipercayai merebak dari dapur dan mencetuskan panik dalam kalangan lapan jemaah haji wanita warga Mesir.

"Mereka sempat lari keluar dan minta tolong. Anggota bomba dengan lapan jentera dikerah ke lokasi kejadian dan kebakaran itu akhirnya dapat dikawal tidak lama kemudian," jelas laporan itu.

Difahamkan, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan. - Press TV

Tragedi Mina: Jemaah Iran `main bedal aje’

Mina: Beberapa saksi melihat insiden rempuhan yang meragut ratusan nyawa berpunca daripada jumlah jemaah yang besar di Jalan 204 sebelum bertembung dengan kumpulan jemaah lain di Jalan 223 yang menghubungkan Jamarat.
Susulan pertembungan itu, kebanyakkan jemaah dilihat panik dan sesak nafas biaroun ramai di antara kumpulan jemaah itu cuba untuk mencari jalan keluar ketika insiden itu berlaku.

Seorang jemaah haji yang juga saksi kejadian, Abdulmunim Al-Safwan berkata, sebahagian besar jemaah yang terkorban adalah golongan tua yang berjalan untuk melontar jamrah.
Menurutnya, jemaah golongan tua berkenaan cuma untuk mengikuti kumpulan besar terbabit, namun berlaku kekecohan disusuli dengan insiden rempuhan itu.
Saksi lain insiden itu turut menjelaskan bahawa insiden rempuhan terbabit berlaku akibat jemaah haji dari Iran yang melalui Jalan Al-Arab enggan berpatah balik mengikut panduan jadual pihak berkuasa Arab Saudi. -Arab News
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 12:37 PM


ANTARA beberapa petik rakaman penduduk dan jemaah haji yang dikatakan punca rempuhan itu, Khamis lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80312#sthash.brjki8wY.dpuf

Tragedi Mina: proses mencari bermula


Mina: Wakil dari Pakistan, Mesir, Iran dan beberapa negara lain sudah memulakan tugas bagi mengenalpasti rakyat mereka yang menjadi mangsa insiden rempuhan pada pagi Khamis lalu.

Dalam insiden rempuhan itu, 717 jemaah terkorban manakala lebih 800 yang lain mengalami kecederaan.


Jenazah jemaah yang terkorban dibawa ke bahagian forensik hospital di daerah Muaisam berhampiran Mina.

Bagi tujuan pengecaman, pihak berkuasa Arab Saudi sudah mengambil cap jari mangsa dan rekod berkenaan akan dipadankan dengan maklumat Jabatan Imigresen Arab Saudi.

Sehingga ini, hampir 300 rakyat Pakistan dilaporkan hilang, namun jumlah sebenar masih belum diketahui.

Jurucakap sukarelawan haji Pakistan memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengumpul maklumat berhubung kehilangan jemaah negara terbabit.

"Kami masih mengumpul maklumat berkaitan kehilangan rakyat kami dan ia termasuk kerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi.

"Tidak bermakna jemaah yang hilang itu terkorban dalan insiden rempuhan terbabit, kami masih mengumpul maklumat lanjut," katanya. - Arab News

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 1:25 PM

WARIS jemaah menunjukkan foto saudara perempuannya yang masih hilang selepas tragedi rempuhan, 25 September. FOTO AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80316#sthash.tru5uknZ.dpuf

Haji2015: dapur jemaah Mesir terbakar

Mina: Tiada jemaah haji Malaysia terbabit dalam kebakaran di khemah penempatan jemaah haji Mesir, di sini, yang berlaku pada lewat petang semalam.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata punca kebakaran dipercayai bermula dari sebuah dapur berdekatan perkhemahan itu.

“Tabung Haji ingin memaklumkan tiada jemaah haji Malaysia terbabit dalam kebakaran itu.
“Semua ahli keluarga jemaah haji di Malaysia tidak perlu risau kerana semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Pada Khamis lalu, jemaah haji di sini dikejutkan dengan kejadian rempuhan yang mengorbankan lebih 717 nyawa dan lebih 800 lagi mengalami kecederaan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 2:30 PM


VIDEO PressTV News
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80322#sthash.QGnxPKYW.dpuf

Pamer RM28, minta RM60

 Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

azimfitri@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Lelaki warga Australia kerugian kira-kira RM4,000 selepas dibelasah pemandu teksi di Bandar Menjalara, Kepong, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira 2 pagi, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan menaiki teksi itu dari Taman Tun Dr Ismail untuk pulang ke hotelnya di Kepong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata suspek kemudian meminta mangsa membayar RM60 sebaik tiba di hotel.

Bagaimanapun, katanya, jumlah itu enggan dibayar mangsa kerana bacaan meter teksi menunjukkan RM28.

"Mangsa hanya bayar RM30. Bagaimanapun, suspek berusia lingkungan 30-an bertindak keluar daripada teksinya dan membelasah mangsa menggunakan kayu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang juga seorang tentera udara turut mengalami kecederaan di mata kiri selain RM1,000 dan jam tangan berharga RM3,000 dirampas suspek.

Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 4:43 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80326#sthash.r8Hj5wR6.dpuf

Ajal selepas solat

 Oleh Hadzlihady Hassan

hadzlihady@hmetro.com.my
Bayan Lepas: Penunggang maut selepas digilis lori pasir dalam kemalangan berhampiran Masjid Sungai Batu, Jalan Teluk Kumbar, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan 1.45 petang itu, Yahya Said, 78, dikatakan baru pulang dari menunaikan solat di masjid terbabit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin, berkata siastan mendapati lori terbabit dari Bayan Lepas menuju Balik Pulau.

"Lori yang dipandu lelaki berusia 35 tahun itu bergesel dengan motosikal mangsa di laluan sama.

"Mangsa terjatuh ke bawah lori sebelum tubuhnya digilis dan meninggal dunia di lokasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 7:07 PM

IHSAN pembaca Harian Metro
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80330#sthash.jovQ00Ke.dpuf

Jumpa mayat ditikam tujuh kali

 Oleh Hadzlihady Hassan

hadzlihady@hmetro.com.my
Bukit Mertajam: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam ladang kelapa sawit di Machang Bubok, di sini, malam tadi.

Menurut sumber, mayat terbabit ditemui dengan sekurang-kurangnya tujuh kesan tikaman di badan.

"Hasil siasatan mendapati kepala mangsa ditutup plastik hitam dan kemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum dibuang dalam ladang kelapa sawit itu.

"Pemeriksaan mendapati mangsa kemungkinan dibunuh sejak tiga hari lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor mengesahkan kes dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 11:19 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80347#sthash.3ZlWzarb.dpuf

Sesak setiap masa

 Oleh Icka S Hassan

hmetroshahalam@hmetro.com.my
Shah Alam : “Kami semakin tertekan dan sudah hilang sabar dan berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera,” kata Mohd Azmanizam Baharon, 38, seorang penduduk di Saujana Utama di sini, yang mendakwa terpaksa menempuh kesesakan luar biasa di sepanjang Persiaran Mokhtar Dahari di sini, sejak beberapa tahun lalu.


Difahamkan, keadaan itu terpaksa ditempuh 30,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan termasuk Puncak Perdana, Puncak Alam serta kawasan sekitar sejak 11 tahun lalu menggunakan laluan berkenaan untuk ke Kuala Lumpur, Klang, Sungai Buloh serta lebuh raya utama.

Menurutnya, masalah kesesakan lalu lintas teruk di kawasan itu bukan saja berlaku pada waktu puncak, sebaliknya hampir setiap masa termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.

“Bayangkan satu setengah jam dan kadangkala lebih daripada itu kami terpaksa menghadap kesesakan setiap hari hingga terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga apabila hanya tiba di rumah sekitar jam 8.30 malam setiap hari.

“Keadaan bertambah kritikal pada waktu persekolahan apabila kami terpaksa berlumba menggunakan laluan ini dengan bas dan van sekolah,” katanya.

Katanya, laluan sepanjang 12 kilometer itu hanya mempunyai dua hala serta tidak cukup lebar, sekali gus memberi kesan kepada perjalanan ambulans atau kenderaan yang terdesak untuk segera tiba ke lokasi jika berlaku kecemasan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

LALUAN Persiaran Mokhtar Dahari sentiasa sesak.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 5:13 AM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80462#sthash.C8Tx60RQ.dpuf

Ancaman Rabies

Oleh Nazri Abu Bakar

am@hmetro.com.my
Melaka: Kemunculan kumpulan anjing liar di beberapa kawasan tumpuan awam termasuk taman perumahan dan kawasan perindustrian di negeri ini membimbangkan kerana boleh mengancam keselamatan orang ramai terutama pelajar sekolah.

Menurut penduduk, keadaan itu jika tidak dibanteras boleh mengundang bahaya terutama dalam kalangan anak kecil yang bermain di kawasan persekitaran yang sepatutnya selamat.

Kebimbangan penduduk terhadap kehadiran haiwan liar yang boleh mengancam nyawa itu berasas kerana banyak haiwan liar itu yang berkeliaran bukan saja garang dan agresif yang boleh bertindak luar jangkaan, malah berisiko mendapat penyakit berbahaya seperti penyakit anjing gila jika digigit.

Bagi Saifurizan Zulkeflee, 35, kehadiran kumpulan anjing liar yang berkeliaran di kawasan kejiranannya boleh memudaratkan jika tidak diberi perhatian kerana haiwan itu boleh menerkam dan menggigit mangsanya.

Menurutnya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku berikutan kebanjiran haiwan liar itu termasuk mendedahkan orang ramai kepada wabak penyakit anjing liar yang sedang menular sekarang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 5:37 AM

ANTARA kelibat anjing liar yang berkeliaran di kawasan awam dekat Cheng, Melaka.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80478#sthash.tzGD8YPb.dpuf

Luar kawalan manusia


Mina: Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh berkata, kejadian rempuhan di Mina menyebabkan lebih 700 jemaah haji maut adalah di luar kawalan manusia.

Kejadian rempuhan pada Khamis lalu menyebabkan lebih 800 lagi cedera itu dianggap antara tragedi terburuk ketika musim haji.


Ramai pihak terutama jemaah Iran mengkritik langkah keselamatan dan pengurusan jemaah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Bagaimanapun, Sheikh Abdul Aziz memberitahu Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Nayef bahawa beliau tidak dipertanggungjawabkan dalam tragedi berkenaan.

“Untuk perkara yang di luar kawalan manusia, anda tidak boleh dipersalahkan.

“Nasib dan takdir tidak boleh dielakkan,” katanya yang dipetik agensi berita rasmi Saudi, SPA.

Sheikh Abdul Aziz berkata demikian ketika pertemuan dengan putera itu yang juga Menteri Dalam Negeri kelmarin.

Mohammed mempengerusikan jawatankuasa haji dan mengarahkan siasatan menyeluruh tragedi rempuhan ketika ibadat melontar di jamrah.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz mengarahkan operasi perjalanan haji dikaji semula.

Sekurang-kurangnya 131 jemaah Iran dilaporkan maut dalam tragedi rempuhan itu.

Mangsa yang maut termasuk dari India, Pakistan, Turki, Mesir dan Indonesia.

Rempuhan itu tragedi kedua yang berlaku pada musim haji tahun ini selepas kejadian kren tumbang di Masjidilharam pada 11 September lalu yang meragut nyawa lebih 100 jemaah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 5:03 AM

SEORANG petugas memerhatikan skrin kamera keselamatan yang dipasang di Makkah dan Mina bagi mengawasi pergerakan jemaah haji.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80434#sthash.yju30kRS.dpuf