Search This Blog

Thursday, September 24, 2015

Angka korban meningkat 310 orang


Mina

24 SEPTEMBER 2015
Mina Insiden rempuhan berlaku di Street 223.

KUALA LUMPUR - Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 310 orang, menurut agensi berita Reuters.
 
Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Makkah.
 
Agensi berita itu kali terakhir insiden rempuhan besar seperti itu berlaku pada musim haji 2006 dengan sekurang-kurang 346 jemaah terbunuh.
 
Terdahulu, wartawan Bernama, Mohd Shukri Ishak telah melaporkkan dari Makkah bahawa lebih tiga juta jemaah termasuk lebih 22,000 jemaah Malaysia kini berada di Tanah Suci untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu.
 
Tragedi itu berlaku ketika sejumlah besar jemaah berasak-asak di Jalan 204, di pusat perkhemahan Mina yang merupakan satu daripada dua jalan utama menuju ke kawasan melontar jamrah yang terletak beberapa kilometer ke timur Makkah.
 
Jemaah biasanya akan menginap dalam bandar perkhemahan yang dibahagikan mengikut zon untuk negara-negara beberapa hari sebelum memulakan ibadat melontar pada hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah. - Bernama

Tiada jemaah Malaysia terlibat insiden rempuhan

Tiada jemaah Malaysia terlibat insiden rempuhan
Insiden rempuhan berlaku di Street 223.
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 SEPTEMBER 2015
MINA - ‎ARAB SAUDI . [DIKEMASKINI] Sehingga kini tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden rempuhan yang mengorbankan lebih 300 orang, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, jumlah terkini kematian dalam insiden tersebut adalah 310 orang dan 450 orang cedera.

"Kejadian ini berlaku pada 11.30pagi di persimpangan jalan 204-223 dan bukan di kompleks jamrah untuk melontar.

"Insiden ini berlaku di kawasan perkhemahan negara Arab yang terletak jauh dari khemah Malaysia," katanya dalam satu sidang media khas, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang membuat kiraan jemaah haji yang berada di tanah suci.

"Jemaah haji Malaysia ditetapkan melontar pada 5.30pm dan 8.00pm secara berperingkat. Waktu puncak adalah ketika dhuha dan kejadian berlaku pada masa itu. Kita sudah nasihat jemaah untuk tidak lontar luar jadual," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina]

Beliau turut menggesa orang ramai agar tidak mempercayai laporan di media sosial kerana terdapat maklumat yang tidak sahih.

Katanya, maklumat dari masa ke semasa akan diberitahu kepada media tempatan termasuk pemberitahuan terbaharu jika ada jemaah Malaysia yang terlibat‎.

"Ramai yang risau keadaan jemaah. Jangan risau, teruskan berdoa. Sebarang maklumat boleh hubungi petugas Tabung Haji. Jangan percaya khabar angin," katanya.

Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina


WARTAWAN SINAR HARIAN
Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina

24 SEPTEMBER 2015
Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina Kematian dijangka meningkat. -Foto‎ Jabatan Pertahanan Awam Saudi

MINA - ARAB SAUDI . Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat kepada 220 orang.

Manakala, jumlah umat Islam yang cedera di  Mina adalah 450 orang.

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut.

Jabatan Pertahanan Awam Saudi berkata, lebih 4000 anggota keselamatan diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu jemaah haji yang terbabit dalam rempuhan itu.

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.

150 Maut, 400 Cedera Dalam Rempuhan Di Mina


Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 4:36 PM

DIKEMASKINI
DUBAI: Angka kematian jemaah haji yang terlibat dalam insiden rempuhan di Mina di luar Makkah pada Khamis meningkat kepada 150 orang, kata kementerian pertahanan Arab Saudi menerusi akaun Twitternya.
Laporan mengatakan kira-kira 400 jemaah cedera dalam insiden itu. - Reuters

Seorang rentung, 2 cedera, tongkang minyak sawit terbakar


SANDAKAN: Seorang lelaki rentung, manakala dua lagi cedera selepas sebuah tongkang yang membawa muatan minyak sawit mentah terbakar di Jalan Lai Fook Kim, Batu 8, di sini, tengah hari tadi.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.50 tengah hari tadi dengan kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang kapal.
Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang rentung ditemui di bahagian belakang kapal.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Devi Rashedee Ensoi, berkata tiga jentera bersama 13 anggota bergegas ke lokasi itu sebaik menerima panggilan pada jam 1.34 tengah hari dan kebakaran hanya dapat dipadam sepenuhnya pada jam 2 petang.

Rumah terbakar, bekas imam terpaksa batal hasrat laksana korban


RAMLI melihat kesan selepas kebakaran di halaman rumahnya di Kampung Patek, Kadok. - Foto Faris Zainuldin

Oleh Nor Amalina Alias

KOTA BHARU: Seorang bekas imam terpaksa membatalkan hasratnya untuk melakukan ibadat korban, esok apabila rumahnya terbakar dalam kejadian di Kampung Patek, Kadok, dekat sini, semalam.
Kebakaran yang berlaku jam 9.15 pagi itu memusnahkan kediaman Ramli Muhammad, 71 dan rumah adiknya, Adilah Said, 58, yang terletak bersebelahan.
Ketika kejadian itu, Ramli sedang membaca al-Quran, manakala isterinya, Siti Rogayah Abdullah, 61, mengemas rumah sebagai persediaan menyambut Aidiladha.
Katanya, dia bercadang mahu melakukan ibadat korban tahun ini, namun terpaksa membatalkan hasrat selepas ditimpa bencana berkenaan dan mereka kini menumpang sementara di Dewan Orang Ramai, yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.
BAHAROM (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Ramli di Kampung Patek, Kadok. - Foto Faris Zainuldin


"Saya ingat nak korban kambing sikit, tapi nampaknya terpaksa batalkan hasrat. Namun, saya bersyukur semua ahli keluarga selamat," katanya yang mendiami rumah itu bersama isteri dan tiga daripada 11 anaknya.
Beliau ditemui ketika menerima kunjungan Naib Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Baharom Abdul Wahab dan ahli POKB, yang turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 bagi meringankan bebannya.

Tayar kereta pecah, suami isteri maut, tiga anak parah

SEPASANG suami isteri maut, manakala tiga anaknya cedera selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 40.6 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), pagi tadi. - Foto ihsan bomba
RABU, 23 SEPTEMBER 2015 @ 7:12 PM

 PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri maut, manakala tiga anaknya cedera selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 40.6 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Nordin Mohd Tahir, 47 dan isterinya, Hasnah Ishak, 47.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati, tayar belakang kereta mangsa tiba-tiba pecah menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaan dan merempuh pembahagi jalan.
Beliau berkata, dua mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan anggota badan.
Katanya, tiga yang lain cedera parah dan seorang lagi mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.
"Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. Tiga mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
"Siasatan mendapati, keadaan jalan kering dan cuaca baik ketika kemalangan berlaku," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Hasrat Lakukan Ibadah Korban Tidak Kesampaian, Suami Isteri Maut


Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 9:20 PM
Keadaan kereta Proton Exora yang mengorbankan sepasang suami isteri di Lebuhraya Elite. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Hajat pasangan suami isteri mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Elite, arah Shah Alam ke Nilai, pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, tiga orang anak pasangan itu cedera, manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kenderaan Proton Exora yang dinaiki keluarga itu terbabas dan merempuh besi pembahagi jalan.
Pasangan itu dikenali sebagai Nordin Mohd Tahir, dan isterinya, Hasnah Ishak, masing-masing berumur 47 tahun, maut di lokasi kejadian.
Mangsa yang cedera dikenali sebagai Alif Asyraf, 21, dan Nur Adriana Athirah, 18, masing-masing mengalami cedera ringan; Alif Amirul Aiman, 15, mengalami cedera parah sementara Nur Aina Aqila, 11, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan selepas tayar belakang kenderaan yang dipandu di lorong tengah pecah dan merempuh besi pembahagi jalan.
"Besi pembahagi jalan tembus ke dalam kenderaan itu dan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian. Semasa kejadian, keluarga mangsa dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju Kuala Pilah," katanya ketika dihubungi Rabu.
Beliau berkata hasil siasatan polis di lebuh raya itu mendapati keadaan tempat kejadian adalah jalan lurus dan permukaan jalan kering.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat manakala tiga yang cedera turut dirawat di hospital sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, abang ipar Nordin, Zainal Abidin Jamal, 55, yang ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Putrajaya berkata mereka sudah berjanji untuk melaksanakan ibadah korban di kampung halaman pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.
"Kami sekeluarga amat rapat dengan keluarga arwah. Salah seorang anaknya pernah tinggal dengan kami sebelum ini. Kehilangan mereka memang amat dirasai," katanya.
Zainal berkata kini keempat-empat anak pasangan itu masih trauma dengan kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa mereka.
Beliau berkata jenazah mangsa akan dikebumikan di Kampung Terusan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Katanya, kali terakhir jumpa Nordin ialah selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.

Lebuh raya sesak

 Oleh Fardy Bungga

fardy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Setakat jam 8.30 malam tadi, aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan yang ditambah dengan beberapa kemalangan ketika orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung sempena Aidiladha.


Penolong Jurutera Kanan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Ramli Zekon berkata, bagi arah utara, keadaan trafik dilaporkan perlahan dari Bertam ke Sungai Petani dengan kemalangan di Kilometer 116 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara.

Menurutnya, antara jalan yang turut sesak ialah Rawang ke Sungai Buaya, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Hentian Rehat dan Rawat Tapah, Tapah ke Ipoh Selatan dan Juru ke Permatang Pauh.

"Bagi laluan selatan, kesesakan dilaporkan berlaku di Kilometer 236 PLUS arah utara iaitu Nilai ke Seremban akibat daripada kejadian sebuah kenderaan terbakar.

"Turut mengalami kesesakan jalan dari Simpang Rengam ke Sedenak akibat kemalangan di kilometer 57.7 arah selatan dan Pandan ke Kempas," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Katanya, bagi laluan Timur, kesesakan dilaporkan di Plaza Tol Gombak arah timur dan Bukit Tinggi ke Lentang.

"Aliran trafik dijangka bertambah sehingga jam 12 tengah malam ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 8:57 PM

Keadaan lalu lintas yang sesak menghala Plaza Tol Gombak berikutan warga kota pulang ke Pantai Timur bagi menyambut Aidiladha. - Foto ABDULLAH YUSOF
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79704#sthash.qYytwjVR.dpuf

Pos curian ke Colombia


Shah Alam: Dua ahli kumpulan pecah rumah warga Amerika Latin dicekup polis ketika bersembunyi di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, pada 10 September lalu.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas diekori polis sejak beberapa minggu lalu berdasarkan maklumat diperoleh.


Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai dicuri dan peralatan pecah rumah.

“Hasil siasatan mendapati, suspek melakukan jenayah pecah rumah dengan taktik mengumpil pintu belakang rumah mangsa selain memotong pintu jeriji kediaman,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. di sini, semalam.

Shafien berkata, kumpulan itu dikesan turut melakukan kegiatan jenayah di beberapa daerah lain, namun hanya tiga kes berlaku di Shah Alam sehingga kini.

Katanya, suspek turut disyaki mengirim barang yang dicuri ke Colombia melalui syarikat kurier tempatan selepas pihak berkuasa menemui beberapa salinan slip kiriman pos.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar dan mereka berada di negara ini sejak Januari lalu.

“Suspek direman sehingga Jumaat ini. Polis masih melakukan siasatan sama ada wujud saki baki kumpulan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 6:10 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79848#sthash.OBnFexmS.dpuf

Gerak curiga samun siang

Oleh Amrullah Abdul Karim

hmetroshahalam@hmetro.com.my
Kuala Kubu Bharu: Tiga pencuri tidak sempat menikmati hasil kegiatan selepas dikejar polis sejauh 20 kilometer sehingga ke pekan Hulu Yam Bharu di sini.


Dalam kejadian jam 4.50 petang kelmarin, tiga suspek lelaki berusia antara 31 dan 36 tahun ditahan anggota polis yang menerima maklumat berhubung kes pecah masuk sebuah rumah di Jalan Meranti 5, Bandar Utama Batang Kali di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, kegiatan mencurigakan suspek disedari jiran mangsa sebelum menghubungi polis.

Polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum terserempak kereta dinaiki suspek di kawasan itu.

Anggota polis mengejar suspek sebelum kereta penjenayah terbabas dan merempuh kereta Proton Saga di pekan Hulu Yam Bharu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati dua suspek yang ditangkap mempunyai rekod jenayah lampau manakala seorang lagi penagih dadah.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui lapan telefon bimbit pelbagai jenama, sembilan utas jam tangan, dua komputer riba, 14 alat yang diubah suai untuk tujuan pecah rumah, empat beg dan wang tunai RM1,160.

“Semua barang rampasan itu dipercayai ada kaitan dengan dua kes pecah rumah yang berlaku kelmarin di kawasan Batang Kali. Polis percaya dapat menyelesaikan kes pecah rumah yang dilaporkan di kawasan Hulu Selangor dan Rawang sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, suspek mendapat perintah tahanan reman tujuh hari daripada Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 6:11 AM

KERETA dinaiki tiga penyamun berlanggar dengan kereta pengguna jalan raya lain.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79852#sthash.rk6zlbYA.dpuf

Tamparan RM59,200


Jazan: Seorang jururwat warga asing di Arab Saudi dibayar pampasan SR50,000 (RM59,200) selepas bersetuju menggugurkan kes tehadap seorang lelaki tempatan yang menamparnya di hadapan kakitangan hospital.

Mahkamah di Jazan, wilayah di selatan Arab Saudi, memberi tempoh kepada lelaki berusia 39 tahun itu untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Dia menawarkan pampasan sebanyak SR50,000) dan jururawat itu bersetuju menggugurkan kes berkenaan,” lapor akhbar Al Watan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 6:13 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79853#sthash.7KZbA1pY.dpuf

Anak parah hilang ibu ayah

 Oleh Mohd Husni Mohd Noor

mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Suami isteri maut manakala tiga anaknya parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 40.6 lebuh raya ELITE pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Nordin Mohd Tahir, 47 dan isterinya, Hasnah Ishak, 47.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati, tayar belakang kereta mangsa tiba-tiba pecah menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaan dan merempuh pembahagi jalan.

Beliau berkata, dua mangsa maut serta merta di lokasi kejadian akibat cedera di kepala dan anggota badan manakala tiga yang lain mengalami cedera dan seorang lagi mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.

"Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat manakala, tiga mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Siasatan mendapati, keadaan jalan kering dan cuaca baik ketika kemalangan berlaku," katanya.

Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan kes di siasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 7:11 PM

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79673#sthash.kodD1g4g.dpuf

Suspek pecah rumah ditahan

 Oleh Amrullah Abdul Karim

am@hmetro.com.my


Kuala Kubu Bharu: Tiga lelaki suspek kes pecah rumah diberkas anggota polis ketika cuba melarikan diri di simpang tiga Hulu Yam Bharu-Batang Kali dekat sini petang semalam.


Tangkapan dibuat susulan maklumat daripada orang awam yang melihat dua suspek memecah masuk rumah di Jalan Meranti 5, Bandar Utama Batang Kali pada 4.50 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R Supramaniam berkata, bertindak atas maklumat itu anggota MPV dikerah ke lokasi kejadian.

"Anggota MPV bertembung dengan kereta dinaiki suspek dan mengejar kereta itu.

"Kereta suspek terbabas dan melanggar kereta lain serta berjaya diberkas," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati dua suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau dan penagih dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 7:52 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79690#sthash.m1LKPim9.dpuf

Wanita cemas diculik ah long



Sulaiman (kiri) menunjukkan antara kenderaan curi yang dirampas pada sidang akhbar di Balai Polis Majidee, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang wanita melalui detik cemas selama dua jam apabila diculik oleh sekumpulan lelaki dipercayai ah long sewaktu berurusan untuk menyelesaikan pinjamannya pada Isnin lepas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kumpulan lelaki terbabit turut mengugut mahu menyebarkan gambar bogel
mangsa jika dia enggan membayar kembali wang yang dipinjamnya dua tahun lalu.
Sebelum kejadian itu, mangsa yang berumur 47 tahun berjumpa dengan salah seorang ah long itu dalam sebuah kereta untuk menandatangani dokumen pinjaman wang.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa merupakan seorang peniaga difahamkan telah meminjam wang sebanyak RM2,000 daripada ah long berkenaan dua tahun lalu.
Menurut beliau, mangsa telah dipaksa membayar kembali wang pinjaman tersebut sebanyak RM7,000 dalam tempoh terdekat.
“Bagaimanapun ketika perjumpaan itu secara tiba-tiba dua lelaki lain yang turut berada di dalam kenderaan terbabit menutup mata mangsa dengan kain sebelum membawa mangsa ke sebuah rumah di Taman Sri Tebrau di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3mbPZvh6V 
Hakcipta terpelihara 

Polis buru empat pelesit rempit


Kenderaan Proton Exora yang rosak dilanggar pelumba haram di Lebuh Raya Kesas kelmarin.


SHAH ALAM – Polis masih memburu empat penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) awal pagi kelmarin.
Empat suspek berkenaan merupakan antara lima penunggang motosikal yang dipercayai berlumba di lebuh raya tersebut sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan dalam kejadian pukul 5.15 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, seorang daripada lima penunggang itu yang berusia 26 tahun kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana patah tangan selepas gagal mengawal motosikal dan terjatuh.
“Polis akan merekod ketera­ngan mangsa apabila dia disahkan dalam keadaan stabil oleh doktor.
“Saya sahkan tiada penunggang yang maut dalam kejadian itu manakala gambar yang tersebar (dalam laman sosial) serta menunjukkan penunggang cedera parah dan maut di tempat kejadian adalah gambar daripada kes berlainan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3mbPTOrR3 
Hakcipta terpelihara 

Suami isteri maut dalam nahas



ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam satu kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuh Raya Elite, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi pembahagi jalan di Kilometer 40.6 Lebuh Raya Elite di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, dua orang anak kepada pasangan tersebut cedera ringan, seorang parah manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasangan tersebut Nordin Mohd Tahir dan isteri, Hasnah Ishak masing-masing berumur 47 tahun meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kece­deraan parah pada kepala.
Mangsa yang cedera ringan adalah Alif Asyraf dan Nur Adriana Athirah masing-masing berumur 21 dan 18 tahun manakala mangsa yang cedera parah, Alif Amirul Aiman, 15.
Seorang lagi anak mangsa, Nur Aina Aqila, 11, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 10.40 pagi semalam mengenai kemalangan maut itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3mbPLks8H 
Hakcipta terpelihara 

Usahawan wanita dipukul, dibogelkan ah long


JOHOR BAHRU 23 Sept. – Sindiket ah long bertindak ganas apabila mela­rikan seorang peniaga wanita ke sebuah rumah, memukul dan membogelkannya sebelum mengambil gambar untuk dijadikan bahan ugutan sekiranya gagal melangsaikan hutangnya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian pukul 2 petang pada 14 September lalu, mangsa yang berusia 47 tahun bertemu seorang lelaki di dalam sebuah kereta bagi menandatangani dokumen pinjaman wang.
Katanya, tiba-tiba dia didatangi dua lelaki yang bertindak menutup matanya dengan kain dan mangsa dibawa ke sebuah rumah teres yang disewa salah seorang suspek di Taman Sri Tebrau di sini.
“Mangsa dilempang dan dipukul dengan penyapu oleh seorang lelaki dan perempuan. Telefon bimbit mangsa dirampas dan mangsa ditelanjangkan serta diugut gambar bogelnya akan dimuat naik di laman sosial.
“Bagaimanapun, mangsa dilepas­kan selepas berjanji akan melunas hutang berkenaan dalam kadar segera dan membuat laporan polis sehari selepas itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sulaiman berkata, mangsa membuat pinjaman wang sejumlah RM2,000 daripada ah long pada 2012 dan terpaksa membayar balik pinjaman termasuk bunga sebanyak RM7,000.
Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah menangkap empat individu berusia 17 hingga 32 tahun di sebuah pejabat peminjam wang berlesen di Jalan Tebrau.
“Siasatan awal mendapati kese­mua suspek yang ditahan mengaku berada di tempat kejadian dan seorang daripadanya mengaku membawa lari mangsa dari tempat kejadian.
“Kita akan meneruskan usaha me­ngesan rakan jenayah yang ma­sih bebas,” katanya kes disiasat me­ngikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan tanpa bersenjata api.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/usahawan-wanita-dipukul-dibogelkan-ah-long-1.139442#sthash.qSq4eVaF.dpuf

10 mangsa kren tumbang belum dikenal pasti

jemaah haji berjalan berhampiran kren yang tumbang di Masjidilharam
Jemaah haji berjalan berhampiran kren yang tumbang di Masjidilharam pada 12 September lalu, sehari selepas kejadian yang meragut 109 nyawa. REUTERS
24 September 2015 12:34 AM
Menurut portal arabnews.com yang memetik akhbar harian, Al-Madinah berkata, jumlah jemaah yang terkorban dalam nahas itu ialah 109 orang, dengan 92 mayat telah dikenal pasti dan 89 mayat lagi dibenarkan untuk urusan pengebumian.
Tiga mayat belum diserahkan, manakala lapan lagi mayat berada dalam keadaan tidak sempurna dan sukar dikenal pasti.
Jemaah dari India merupakan yang paling ramai terkorban iaitu 13 orang, diikuti jemaah dari Pakistan seramai 12 orang, katanya.
Menurut akhbar tersebut, daripada 92 mayat yang dikenal pasti 24 adalah jemaah wanita dan 68 lagi adalah jemaah lelaki.
Sementara itu, jurucakap Pertahanan Awam Mekah, Briged Abdullah Al-Harthi kelmarin mengumumkan pasukannya menemukan dua lagi mayat di bawah runtuhan selepas membuka sebahagian daripada kren yang tumbang untuk dibawa keluar dari kawasan Masjidilharam.
“Dua mayat itu adalah rakyat Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jemaah yang terkorban ialah 109 orang,” ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya berdepan cabaran untuk mengenal pasti sebahagian daripada mayat kerana mayat mereka berada dalam keadaan tidak sempurna.
“Kami menggunakan cap jari untuk mengenal pasti mayat mangsa,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak mayat berada di bawah runtuhan yang diakibatkan oleh kren tumbang itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/10-mangsa-kren-tumbang-belum-dikenal-pasti-1.139477#sthash.yJnbTpQS.dpuf