Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, suspek berusia 20-an itu diberkas di bandar ini berdasarkan siasatan dan selepas pengecaman dibuat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid tersebut.
“Kita menahan suspek bersama seorang lelaki namun melepaskan rakannya kerana siasatan mendapati dia tidak terlibat, dan kita memburu seorang lagi suspek.
“Ini kerana siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan tersebut bersama seorang lelaki lain yang juga berusia lingkungan 20-an,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 5.40 pagi itu, mangsa yang juga peniaga membawa wang berjumlah RM13,000 untuk dimasukkan ke dalam bank selepas solat subuh di masjid tersebut.
Menerusi rakaman CCTV, suspek dilihat memasuki pekarangan masjid dan memakai kopiah sebelum meninggalkan kopiah itu dan memakai topi untuk memasuki ruang solat wanita.
Lelaki itu kemudian dilihat meninjau kawasan solat wanita sebelum menunggu jemaah sujud lalu dengan pantas melarikan beg tangan yang dipercayai diletak di depan mangsa.
Bagaimanapun, gelagatnya itu berjaya dirakam CCTV hingga viral di beberapa laman sosial.
Azman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Penolong Tadbir masjid berkenaan, Farhan Afif Hussin berkata, pihaknya memasang CCTV sejak beberapa tahun lalu berikutan kes mencuri wang tabung masjid tersebut.
“Sejak memasang CCTV, memasang selak pada pintu dan mengupah pengawal keselamatan pada waktu malam, masjid ini tidak lagi berdepan masalah kecurian hinggalah 12 September lalu.
“Kami bersimpati dengan mang­sa yang juga peniaga kerana difahamkan dia mahu memasukkan wang ke dalam bank selepas solat berjemaah, namun berharap tiada jemaah lain membawa wang dalam jumlah besar selepas ini untuk mengelak kejadian sama ber­ulang,” katany