Search This Blog

Tuesday, September 8, 2015

Bunuh, muatnaik gambar mangsa ke WeChat


Bunuh, muatnaik gambar mangsa ke WeChat

7 SEPTEMBER 2015
Bunuh, muatnaik gambar mangsa ke WeChat Qin memuatnaik gambar mayat mangsa ke laman sosial WeChat.

GUANGXI - CHINA. Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai membunuh teman wanitanya dan kemudian memuatnaik gambar mayat mangsa ke laman sosial WeChat, pada Ahad.

Suspek, Qin memuatnaik gambar mengerikan itu ke laman sosial WeChat miliknya pada Ahad pagi yang telah menarik perhatian pengikutnya di laman itu.

Gambar menunjukkan suspek dan mangsa sedang berbaring di atas katil dengan kapsyen bertulis "Maafkan aku wahai kekasih yang pentingkan diri"

Polis kemudiannya berjaya menahan suspek beberapa jam selepas melakukan jenayah itu, lapor CCTV News.

Polis berkata, Qin bertindak membunuh mangsa selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Remaja 17 tahun dirogol 11 lelaki

7 SEPTEMBER 2015
Rogol Sekadar gambar hiasan

JAIPUR- INDIA. Remaja berusia 17 tahun telah dirogol oleh 11 orang lelaki di sebuah hotel di Jaipur.

Mangsa yang berasal dari Mangolpuri, di bawa ke Jaipur oleh sepasang suami isteri yang dikenali sebagai Rocky dengan alasan untuk menawarkan pekerjaan kepada remaja malang itu.

Pasangan itu kemudiannya meninggalkan remaja tersebut berseorangan di dalam sebuah bilik iaitu lokasi dia dirogol secara berulang kali oleh 11 lelaki termasuk kakitangan hotel terbabit lebih 24 jam sebelum dia berjaya melarikan diri.

Remaja itu berjaya melarikan diri ke Delhi dan kemudiannya membuat laporan polis.

Menurut polis yang dipetik India Today, pihaknya telah berjaya menahan 6 suspek yang mempunyai kaitan dengan kes tersebut dan masih memburu suspek yang lain.