Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, sehingga kini polis belum menemui sebarang bukti dan gagal mengenal pasti model sebenar kenderaan tersebut.
“Kenderaaan tersebut mempunyai bentuk yang sama dengan Honda Accord atau Proton Perdana namun belum dapat dipastikan model sebenarnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu polis berkata, kenderaan yang ditemukan itu dipercayai hampir sama dengan model yang digunakan oleh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak kelmarin. - UTUSAN ONLINE