Search This Blog

Saturday, September 5, 2015

Identiti 6 mayat mangsa bot karam dikenal pasti


HUTAN MELINTANG: Identiti enam daripada 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam kelmarin telah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata identiti enam mangsa iaitu empat wanita dan dua lelaki dikenal pasti melalui pengecaman anggota keluarga.
"Lima mayat dikenal pasti melalui pengecaman waris di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala satu mayat lelaki di Hospital Teluk Intan dikenal pasti melalui dokumen pengenalan yang ditemui pada mayat.
"Identiti mayat yang lain masih belum dikenal pasti oleh kerana waris mangsa masih belum tampil serta pihak kedutaan masih mencari identiti mangsa," katanya kepada pemberita di pusat operasi mencari dan menyelamat di Jeti Hutan Melintang di sini hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan, sebahagian besar mangsa berasal dari Acheh, Indonesia.
Mohd Shuhaily juga berkata, operasi pencarian telah diperluaskan kepada 25 batu nautika daripada lokasi kejadian berikutan penemuan sembilan mayat di sekitar kawasan berkenaan sejak dua hari lepas.
"Pasukan mencari dan menyelamat beranggapan bahawa mayat yang masih belum ditemui sudah hanyut disebabkan faktor ombak dan angin," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata bot sepanjang 40 kaki itu hanya boleh membawa 10 hingga 15 penumpang sahaja.
"Hasil soal siasat ke atas mangsa yang terselamat mendapati penumpang yang menaiki bot tersebut sekitar 70 hingga 80 penumpang.
"Siasatan turut mendapati sebilangan mangsa memiliki dokumen perjalanan sah, namun mereka menetap di negara ini melebihi daripada tempoh yang dibenarkan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman secara haram," katanya.
- BERNAMA

Tiga Wanita Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Setapak


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 1:00 PM
Kebakaran tokong Cina yang mengobankan tiga warga emas, awal pagi Sabtu.

KUALA LUMPUR: Tiga wanita warga emas rentung dalam satu kebakaran di sebuah tokong Cina di Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini, awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa berusia 60 hingga 65 tahun ditemui dalam keadaan rentung oleh anggota bomba.
"Mangsa dipercayai terperangkap dan gagal mencari jalan keluar, kesemua mereka adalah warga tempatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.
Polis berkata dua mangsa dipercayai adalah sami di tokong itu, manakala seorang lagi wanita dipercayai rakan mereka.
"Siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula dari bahagian tengah tokong berkenaan," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian.
"Seramai 49 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Wangsa Maju, Hang Tuah dan KLCC telah dihantar ke lokasi kejadian.
"Kita mengambil masa selama satu jam untuk mengawal kebakaran dan berjaya mengawal api dari merebak ke kawasan rumah setinggan yang berada berhampiran tokong berkenaan," katanya.
Azizan berkata pihaknya masih belum mengenalpasti punca kebakaran itu. -- Bernama

Pusat Operasi SAR Bot Karam Beralih Ke Bagan Nakhoda Omar


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 6:46 PM

HUTAN MELINTANG: Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa bot karam di jeti Hutan Melintang ditutup mulai Sabtu dan akan dipindahkan semula ke jeti Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ini kerana mayat lebih banyak ditemui anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Klang, sekali gus memudahkan operasi SAR dilakukan di sana.
"Pusat SAR akan dipindahkan kembali ke Bagan Nakhoda Omar yang dibuka lebih awal sebelum ini dan mayat yang ditemui akan dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat dan proses mengenal pasti identiti mangsa.
"Namun sekiranya mayat yang dijumpai nelayan yang dibawa ke Hutan Melintang, kami serta bomba dan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) bersedia membantu mangsa atau mayat untuk dibawa ke Hospital Sabak Bernam.
"Oleh itu, kesemua operasi bersepadu akan dilakukan di Sabak Bernam," katanya kepada pemberita di pusat SAR di Jeti Hutan Melintang, di sini, Sabtu.
Setakat hari ini, mayat 19 wanita dan lima lelaki ditemui manakala 20 lagi termasuk seorang wanita terselamat, selepas bot yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada pagi Khamis.
Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.
Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh.-- Bernama

Kantin Hospital Baling Terbakar



Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 3:13 PM

ALOR SETAR: Struktur bangunan Kantin Hospital Baling musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu, mengakibatkan kerugian kira-kira RM320,000.

Kejadian berlaku pukul 4.25 pagi ketika tiga pekerja kantin sedang memasak bagi menyediakan makanan untuk dijual di situ.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail menerusi satu kenyataan berkata, salah seorang pekerja kantin itu cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal berikutan apinya terlalu marak.

"Semua pekerja itu sempat keluar dari kantin dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku.

"Maklumat awal bomba mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran gas memasak dan kerugian dianggarkan berjumlah RM320,000 yang melibatkan kemusnahan bangunan dan peralatan memasak," katanya.

Menurut Dr Norhizan, bangunan kantin yang sudah berusia 20 tahun itu terletak bersebelahan tandas awam dan tidak bersambung dengan bangunan lain.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba, Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira 12 minit untuk memadam kebakaran.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.26 pagi sebelum tiba empat minit kemudian. Kebakaran menyebabkan 80 peratus daripada struktur bangunan itu terbakar," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Bot Karam: Saksi Kejadian Nampak Mangsa Terkapai-Kapai



Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 4:00 PM
Anggota pasukan penyelamat mendaratkan tujuh lagi mayat tragedi bot karam perairan Sabak Bernam yang baru dijumpai ke markas utama operasi Mencari dan Menyelamat di Perhentian Feri Ladang Sungei Bernam, Jumaat.

HUTAN MELINTANG: Seorang nelayan yang turut membantu menyelamatkan mangsa bot karam di Tanjung Sauh, perairan Sabak Bernam pada Khamis lepas, berkata dia terkejut apabila melihat begitu banyak mangsa sedang terkapai-kapai di permukaan air.
Heng Lee Hua, 45, yang ketika itu mahu pulang ke Jeti Hutan Melintang selepas menangkap ikan, berkata dia juga nampak seorang wanita berpaut pada mayat seorang daripada mangsa tragedi itu untuk mengelak daripada lemas.
"Keadaan mangsa ketika itu sudah agak lemah serta tidak bermaya. Pada mulanya, saya bersama rakan yang lain hanya nampak seorang mangsa, namun terkejut apabila terdapat banyak lagi mangsa.
"Dalam keadaan kelam kabut, kami menaikkan kesemua mangsa sama ada hidup atau mati ke atas bot," katanya ketika ditemui pemberita di pusat operasi mencari dan menyelamat di Jeti Hutan Melintang di sini, Sabtu.
Lee Hua berkata, dia kemudiannya menghubungi pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) untuk memaklumkan tentang kejadian tersebut.
Setakat hari ini, mayat 19 wanita dan lima lelaki ditemui manakala 20 lagi termasuk seorang wanita terselamat, selepas bot yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada Khamis pagi.
Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.
Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh.
Lee Hua berkata, kejadian itu merupakan pertama kali dialaminya sejak dia menjadi nelayan lebih 20 tahun lepas.
"Walaupun penat, kami bangga dapat membantu mereka yang terselamat dalam tragedi itu," katanya.-- Bernama

28 Jam Bertarung Nyawa Di Laut Sebelum Diselamatkan


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 9:00 AM
Anggota pasukan penyelamat membawa seorang mangsa yang terselamat ke Markas Utama Mencari dan Menyelamat (SAR) di UP Berhad, Perhentian Feri Ladang Sungai Bernam, Hutam Melintang, Jumaat. -fotoBERNAMA

HUTAN MELINTANG: Seorang lelaki warga Indonesia terpaksa bertarung nyawa di laut selama 28 jam sebelum diselamatkan.

Lelaki itu sedang menaiki bot sesak menuju ke Tanjung Balai di Sumatera, Indonesia, apabila ia karam pada Khamis.

Laksamana Pertama Maritim Daerah Klang, Mohd Aliyas Hamdan berkata sebuah kapal nelayan ternampak lelaki itu terapung kira-kira pukul 12.15 tengahari Jumaat, kira-kira lima batu nautika dari lokasi bot itu terbalik.

"Kita telah memberikan pertolongan cemas kepadanya di atas kapal nelayan sebelum membawanya ke jeti di sini.

"Ketika membawanya ke daratan, kapal nelayan yang sama menemui dua lagi mayat, kedua-duanya lelaki," katanya kepada pemberita di Jeti Melintang Hutan, Jumaat.

Beliau berkata mangsa yang terselamat itu berada dalam keadaan sangat lemah dan telah dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan.

Katanya, mereka juga menerima laporan bahawa tujuh lagi mayat telah ditemui dan usaha sedang dilakukan untuk membawanya ke darat.

"Ketujuh-tujuh mayat itu terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki.

"Ini menjadikan jumlah yang ditemui sekarang adalah 44 orang dan 24 telah terkorban," kata Mohd Aliyas.

Mayat-mayat telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainon di Ipoh untuk bedah siasat.

Di Klang, 19 mangsa yang terselamat sebelum itu telah dikeluarkan perintah reman oleh Mahkamah Majistret di Kuala Selangor.

Mereka akan berada di bawah tahanan polis selama 14 hari sementara menunggu siasatan.

Sumber berkata, siasatan juga sedang dijalankan untuk menentukan sama ada tekong kapal adalah di kalangan 19 yang ditahan.

Mohd Aliyas berkata, tujuh buah kapal, empat bot dan empat pesawat termasuk satu dari Tentera Udara terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Agensi-agensi lain yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat termasuklah Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela.

Lelaki Dengan Kesan Terbakar Ditemui Di Gurun


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 1:03 PM

ALOR SETAR: Seorang lelaki dengan kesan terbakar dari paras pinggang ke atas ditemui orang awam di tepi jalan di hadapan kilang Perwaja Steel, Gurun, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, laporan berhubung lelaki terbabit yang berumur pertengahan 30-an itu diterima Polis Pondok Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani pada 2.05 pagi ini.
Polis masih menyiasat latar belakang mangsa yang terbakar 35 peratus dan masih tidak sedarkan diri, katanya dalam kenyataan, Sabtu.

Tujuh lagi mayat mangsa ditemui petang ini


Tujuh lagi mayat mangsa ditemui petang ini
 Anggota pasukan penyelamat memindahkan tujuh lagi mayat tragedi bot karam perairan Sabak Bernam yang baru dijumpai ke markas utama operasi Mencari dan Menyelamat di Perhentian Feri Ladang Sungei Bernam hari ini.
 - Foto Bernama
4 SEPTEMBER 2015


HUTAN MELINTANG - Tujuh lagi mayat mangsa bot karam di perairan Sabak Bernam ditemui petang ini, menjadikan jumlah terkini mereka yang terkorban dalam tragedi itu sebanyak 24 orang yang kesemuanya dipercayai warga Indonesia.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Mohd Aliyas Hamdan berkata, mayat enam wanita dan seorang lelaki itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat, kira-kira dua jam selepas penemuan tiga mayat tengah hari tadi.

Beliau berkata, kesemua mayat tiba di Jeti Hutan Melintang kira-kira 5.15 petang.

"Kesemua mayat ditemui di sekitar kawasan operasi mencari dan menyelamat. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Aliyas berkata, pihaknya memperluaskan kawasan operasi mencari dan menyelamat kepada 550 kilometer persegi, melibatkan sebanyak tujuh kapal termasuk tiga buah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Bot-bot kecil daripada agensi penguatkuasa yang terlibat antaranya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta bomba membantu kita untuk mencari dan menyelamat mangsa di kawasan pesisir pantai," katanya.

Setakat ini, mayat 19 wanita dan lima lelaki ditemui manakala 20 lagi termasuk seorang wanita terselamat, selepas bot yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada Khamis pagi.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa akan dihentikan pada 7 malam ini, dan disambung semula pagi esok.

Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.

Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh. - Bernama

Lelaki kurang siuman bakar masjid


HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Lelaki kurang siuman bakar masjid
Abd Rahman (tengah) menunjukkan bahagian Masjid Mukim Apa-apa yang dibakar oleh lelaki kurang siuman. – Foto Sinar Harian
4 SEPTEMBER 2015


PASIR MAS - Penduduk di Kampung Apa-apa di sini gempar apabila masjid di mukim tersebut dibakar oleh seorang lelaki kurang siuman kira-kira jam 3 pagi tadi.

Bagaimanapun kebakaran itu hanya melibatkan ruang luar di hadapan pintu masuk masjid berkenaan.

Kejadian itu disedari oleh pasangan suami isteri warga emas yang tinggal bersebelahan dengan masjid.

Hasanah Syeikh Ahmad, 70, berkata, ketika sedang nyenyak tidur dia dikejutkan dengan bunyi bising seperti cermin pecah.

"Makcik serta suami bangun dan keluar rumah untuk tengok apa yang berlaku kerana bunyi tersebut datang dari luar.

"Apabila membuka pintu kami lihat api sedang marak membakar kawasan hadapan masuk ke masjid.

"Tanpa berlengah makcik dan suami cuba memadamkan api tersebut daripada terus merebak dengan menggunakan air yang diisi di dalam baldi," katanya.

Menurutnya, dia dan suami, Yamin Ismail, 80, mengambil masa lebih satu jam setengah untuk memadamkan api yang membakar karpet, almari serta kipas dan dinding bahagian hadapan pintu masuk masjid.

Hasanah berkata, orang kampung yang tinggal berhampiran turut keluar memadamkan kebakaran tersebut bersama mereka.

Sementara itu, Bilal Masjid Mukim Apa-apa, Abd Rahman Mohamad berkata, kejadian tersebut diketahuinya apabila diberitahu penduduk kampung yang datang mengejutkannya di rumah.

"Mujurlah penduduk yang tinggal berhampiran masjid bertindak cepat dan kebakaran dapat dipadamkan daripada terus merebak ke bahagian lain.

"Ini bukan kejadian yang pertama berlaku di masjid ini di mana beberapa hari sebelumnya lelaki kurang siuman itu pernah merosakkan harta benda masjid termasuk membuang naskhah al-Quran, sejadah serta karpet," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun lelaki yang berusia 30an itu berjaya ditahan polis kira-kira jam 9 pagi tadi dan dia mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Akibat kebakaran itu masjid berkenaan mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM10,000.

'Lihat tangan melambai di tengah laut'


WARTAWAN SINAR HARIAN
 ‎'Lihat tangan melambai di tengah laut'
CHENG SENG
5 SEPTEMBER 2015

HUTAN MELINTANG - “Saya terkejut melihat tangan seseorang melambai-lambai kepada kami di tengah lautan ketika menarik jaring ikan,” kata nelayan, Kee Cheng Seng, 53, ketika ditemui di Jeti Hutan Melintang di sini, semalam.

Penemuan sekumpulan warga asing terapung oleh nelayan di Perairan Selat Melaka itu membongkar kejadian bot karam yang dinaiki mangsa, kelmarin.

Menurutnya, dia bersama tiga krew yang lain bertindak pantas menyelamatkan lelaki yang ketika itu dalam keadaan lemah sambil meminta pertolongan untuk selamatkan rakan-rakannya yang lain.

“Dia hanya berpaut pada sekeping papan dengan tangannya lemah melambai-lambai meminta pertolongan. Nasib baik kami dapat melihat sebelum dia dihanyutkan lebih jauh.

“Kami berinya air dan makanan setelah melihat dia dalam keadaan lemah kerana terlalu lama terapung. Dia hanya terbaring sempat memberitahu bot dinaiknya pecah,” katanya.

Katanya, mengetahui ada yang mengalami nasib yang sama, dia meninggalkan kerja menangkap ikan dengan terus mengemudi di kawasan berhampiran untuk menyelamatkan mereka yang lain.

“Kami terkejut masih ramai yang terapung di tengah lautan sama ada yang masih hidup dan sudah mati. Kami tengok ada antara mereka berpaut pada botol kosong, beg pakaian dan serpihan papan kapal yang pecah. Mayat-mayat pula terapung sana sini di tengah lautan," katanya.

Lelaki maut kena renjatan elektrik


WARTAWAN SINAR HARIAN
Kemalangan maut

5 SEPTEMBER 2015
Gambar hiasan

MARAN - Seorang lelaki lingkungan usia 30-an maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan di sungai salah sebuah tanah rancangan Felda Jengka, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa keluar untuk menangkap ikan di sungai berkenaan bersama seorang saudara lelaki dan seorang rakan.

Mangsa dikatakan pengsan selepas terkena renjatan elektrik daripada generator yang digunakan mereka dan rakan bertindak menghubungi adik mangsa bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Mangsa kemudian segera dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum disahkan meninggal dunia akibat renjatan elektrik.

Bot Bawa 20 Pati Dikesan Dekat Pulau Angsa


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 9:10 AM
Laksamana Mohd Aliyas Hamdan

HUTAN MELINTANG:  Walaupun usaha mencari dan menyelamat mangsa bot karam di Sabak Bernam sedang dijalankan, bot lain yang membawa kira-kira 20 pendatang asing tanpa izin (Pati) dikesan berhampiran Pulau Angsa.


"Kejadian itu berlaku kira-kira 30 hingga 40 batu nautika dari sini.

"Bot kami mengejar dan menahan 20 orang pada pukul 5.30 pagi, " kata Laksamana Pertama Maritim Daerah Klang, Mohd Aliyas Hamdan.

Pihak berkuasa menahan 16 lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak yang masing-masing berumur dua dan empat tahun.

Semua mereka telah dibawa ke ibu pejabat di Klang untuk siasatan.

Mohd Aliyas berkata pasukan APMM yang berasingan juga menahan lima nelayan Indonesia dekat Pulau Angsa kerana menceroboh ke dalam perairan Malaysia pada Khamis kira-kira pukul 8 malam.

Mohd Aliyas berkata APMM masih aktif dengan tugasnya walaupun sebahagian besar daripada asetnya terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat kira-kira 30 warga Indonesia yang masih hilang di laut.

Bot Karam: Dua Lagi Mayat Ditemui


Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 5:13 PM

HUTAN MELINTANG: Dua lagi mayat lelaki mangsa bot karam di perairan Sabak Bernam ditemui pada Jumaat, menjadikan jumlah terkini mereka yang terkorban dalam tragedi itu adalah 17 orang yang semuanya dipercayai warga Indonesia.
Menurut Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dua mayat ditemui terapung pada 1.15 tengah hari dan 2.35 petang.Katanya seorang lagi mangsa lelaki yang terselamat ditemui anggota APMM kira-kira lima batu nautika dari perairan Sabak Bernam pada 1.15 tengah hari.
"Mangsa hanyut lebih 36 jam dan ditemui dalam keadaan lemah serta tidak bermaya.
"Dua mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat manakala mangsa yang selamat dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut," katanya.
Setakat ini, mayat 13 wanita dan empat lelaki ditemui manakala 20 lagi termasuk seorang wanita terselamat selepas bot yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada Khamis pagi.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini sehingga 7 malam ini.
Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.
Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh

Lelaki jatuh tebing selepas bergambar

Lelaki jatuh tebing selepas bergambar

ZHENJIANG - CHINA . Seorang lelaki maut terjatuh dari ketinggian 30 meter selepas bergambar di tebing sebuah air terjun di Zhunji iaitu lokasi terakhir dia dilihat.
Mayat lelaki yang masih belum dikenalpasti identitinya itu ditemui oleh orang awam berhampiran Air Terjun Longmen berhampiran Pergunungan Dongbai, Zhunji, Wilayah Zhenjiang, lapor Qianjiang Evening News.
Polis turut menemui sebuah telefon bimbit serta kayu selfie bersebelahan mayatnya.
Hasil pemeriksaan di telefon bimbit mangsa, polis menemui beberapa keping gambar mangsa yang diambil dari atas gunung tersebut.
Siasatan awal polis mendapati, lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30 an, pergi ke gunung berkenaan berseorangan berselfie berdekatan air terjun sebelum terjatuh.
Polis bagaimanapun menolak unsur jenayah dan punca kematiannya adalah disebabkan tergelincir dari tebing ketika mengambil gambar.
Kawasan Air Terjun Longmen terkenal dengan tebing yang curam dan berbahaya
.

Cari rumah ke rumah

Gua Musang: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini, turut mengguna pakai kaedah pencarian rumah ke rumah.

Difahamkan, ada kira-kira 10 lagi perkampungan masyarakat suku kaum Temiar itu selain Pos Tohoi termasuk Kampung Gawin dan Penad yang menempatkan rumah kanak-kanak berkenaan.
Dengan kekuatan anggota penyelamat lebih 200 orang dan aset ketenteraan termasuk helikopter serta anjing pengesan, pencarian kini diperluaskan ke 80 kilometer persegi.
Komander Operasi yang juga Ketua Polis Daerah Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, sebelum ini, pihaknya sudah membuat pemeriksaan di rumah berkenaan, namun kini diperluaskan lagi.
“Mulai esok (hari ini) kami akan membuat kajian lapangan menerusi udara untuk mengenal pasti latitud dan logitud kedudukan rumah di dalam hutan.



WAJAH murid hilang dipapar untuk memudahkan mencari.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75415#sthash.qmeoNbN7.dpuf

Tiba-tiba ustaz muncul

Bukit Mertajam: “Ketika buntu memikirkan nasib kami, tiba-tiba datang seorang ustaz menghulurkan bantuan,” kata Rohani Abdullah (bukan nama sebenar), 26, yang tidur di pondok kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, di sini, tiga hari selepas dihalau keluar dari bilik sewa.
Menurutnya, dia tekejut didatangi seorang lelaki yang menegurnya jam 1 pagi kelmarin selepas melihat dia, anak dan adik lelakinya, tidur di pondok rehat berkenaan.
“Ketika itu, suami tiada bersama kerana berjumpa rakan untuk meminjam wang dan meninggalkan kami di pondok rehat berkenaan sebelum seorang lelaki tiba-tiba memberi salam kepada saya.
“Sebaik membuka mata, saya lihat dia membawa minyak angin dan menyerahkannya kepada saya untuk disapu pada kaki anak kerana digigit nyamuk,” katanya ketika ditemui di Surau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:34 AM


BUKAN nama sebenar, Fahmi (kiri) dan Rohani bersama anak mereka, Adam tinggal sementara di surau PERKIM.

Tiga wanita rentung dalam bilik air

Kuala Lumpur: Tiga sami wanita berusia 60-an ditemui rentung dalam kebakaran tokong di Air Panas, Setapak di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai terperangkap sebelum ditemui mati di dalam bilik air tokong berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.11 pagi dan mengerahkan sembilan jentera bersama 49 anggota termasuk pegawai dari empat balai bomba ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi sembilan minit kemudian, api membakar lebih 60 peratus daripada keseluruhan bangunan tokong berkenaan.
“€œBeberapa rumah setinggan di kawasan berhampirantokong berkenaan turut terbakar.
"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian,"katanya ketika dihubungi, pagi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 10:23 AM


Anggota forensik bomba melakukan siasatan di tempat kejadian. Antara mangsa yang rentung (gambar kecil). FOTO ihsan bomba

Sindiket curi kenderaan tumpas

Shah Alam: Polis Selangor menumpaskan satu sindiket curi kenderaan dengan tertangkapnya tiga lelaki dan merampas empat kereta di Taman Seri Gombak, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek berusia 31 hingga 36 tahun di tahan di depan sebuah rumah kira-kira jam 1.15 petang.
Menurutnya, polis merampas empat kereta yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 di mana nombor enjin dan chasis sudah diganggu.
"Siasatan awal mendapati suspek terbabit dengan 10 kes curi kenderaan sekitar Gombak dan Selayang.
"Kereta yang dicuri suspek akan dijual atau dileraikan komponennya," katanya dalam sidang media di IPK Selangor, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 12:26 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75203#sthash.CW0uQ1Id.dpuf

Bekas banduan aktif menyamun ditahan

Kapar: Bekas banduan yang aktif dalam kes jenayah samun dan mencuri kenderaan di sekitar Selangor ditahan polis pada 20 Ogos lalu.
Suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan di Taman Eng Ann, di sini, kira-kira jam 7 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Nor Omar Sappi berkata, soal siasat terhadap suspek mendapati dia terbabit dalam beberapa kes samun dan curi kenderaan selain mempunyai rekod jenayah lampau.
"Susulan itu kami merampas sembilan kenderaan dan lapan daripadanya adalah dicuri.
"Suspek kini direman dan kita masih memburu saki baki ahli kumpulannya," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 12:25 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75201#sthash.qeSLBGa0.dpuf

Lima GRO kena cekup

Oleh Mohd Hasbi Sidek
Kapar: Lima pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam serbuan di dua premis pusat hiburan di sekitar Klang, di sini malam tadi.

Operasi yang bermula jam 11 malam itu diketuai Pegawai Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara Mohd Anuar Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Nor Omar Sappi berkata, dalam pemeriksaan di dua premis berkenaan pihaknya menahan lima warga asing berusia 20 hingga 30-an dipercayai GRO.

"Mereka terdiri daripada dua warga China dan tiga dari Vietnam.

"Kelima-limanya ditahan kerana tiada permit kerja yang sah.

"Turut ditahan dua lelaki tempatan di kedua-dua premis itu untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 12:08 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75194#sthash.uXKqEYMF.dpuf

14 PATI kena cekup

Kuala Nerus: Jabatan Imigresen berjaya menahan 14 PATI dalam sekatan jalan raya yang diadakan di Kilometer 30 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Lingai, di sini, pagi tadi.
Kesemua yang ditahan dalam sekatan jalan raya bermula jam 10 malam hingga 2 pagi itu terdiri daripada sembilan warga Thailand termasuk dua wanita.
Turut ditahan dua lelaki warga Indonesia dan masing-masing seorang dari Vietnam, Myanmar dan Sri Lanka.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Terengganu Ahmad Salihin Salleh berkata, PATI terbabit berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Menurutnya, mereka itu dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan bas ekspres serta van selepas masuk ke negara ini menerusi sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 3:40 PM

'Sedia beri kelonggaran untuk pulang'

Hutan Melintang : Kerajaan sedia memberikan pengampunan dan kelonggaran kepada semua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih ada di negara ini untuk pulang ke negara masing-masing melalui saluran sah dan sudah ditetapkan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PATI yang berhasrat untuk bekerja semula di negara ini juga boleh memohon mengikut kaedah yang sudah ditetapkan dan dokumen akan dikeluarkan mengikut syarat yang ditetapkan.
Menurutnya, kerajaan memberi amaran dan tindakan keras kepada tekong bot, ejen atau majikan yang mahu menakutkan PATI untuk pulang ke negara asal akan berdepan tindakan tegas.
"Mereka yang memangsakan PATI ini akan dikenakan tindakan undang-undang yang berat melalui Akta Antipemerdagangan Orang.
"Jangan fikir tentang wang ringgit tetapi fikir tentang nyawa manusia..jangan fikir wang ringgit boleh beli nyawa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Operasi Menyelamat (SAR) tragedi bot karam di Hentian Feri Ladang Sungai Bernam di sini.
Ahmad Zahid turut meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat dan mendengar penerangan daripada pasukan keselamatan operasi mencari dan menyelamat bagi mangsa bot karam.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 1:18 PM

FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli

Bot karam: Dua lagi mayat ditemui, seorang selamat

Hutan Melintang : Dua lagi mayat mangsa bot karam dan seorang yang terselamat, ketiga-tiganya lelaki, ditemui hari ini dan dibawa oleh pasukan keselamatan ke Jeti Ladang Sungai Bernam, di sini pada 3.10 petang tadi.
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata, ketiga-tiga mangsa itu ditemui kira-kira 5 batu nautika oleh pasukan mencari dan menyelamat di perairan Sabak Bernam.
“Mangsa terkini yang terselamat adalah seorang lelaki yang ditemui nelayan kira-kira 12 tengah hari tadi dalam keadaan terapung dan keletihan.
Mangsa dipindahkan dari bot nelayan ke bot KM Malawali untuk diberikan rawatan kecemasan. Dua mayat turut dinaikkan ke darat sebentar tadi,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini 37 mangsa sudah ditemui sejak hari pertama operasi mencari dan menyelamat semalam.
“Mangsa yang selamat 20 orang, manakala 17 lagi terkorban,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 4:31 PM

Mangsa yang selamat diberi rawatan dan mayat yang ditemui dibawa menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (gambar kecil).

Dah 24 mayat ditemui

Hutan Melintang : Tujuh lagi mayat mangsa bot karam terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki ditemui dan dibawa oleh pasukan keselamatan di Jeti Ladang Sungai Bernam, di sini, pada 5.15 petang tadi.
Semua mayat berkenaan dibawa oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM Nyalau dan dibawa ke tepi jeti menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berikutan keadaan air yang cetek.
Semua mayat itu ditemui berdekatan antara satu sama lain lebih enam batu nautika dari lokasi bot berkenaan dilaporkan karam.
Dengan penemuan mayat berkenaan, sehingga kini 24 mayat sudah ditemui.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 5:59 PM

Anggota bomba dan JPAM mengusung satu daripada tujuh mayat yang ditemui petang tadi.

Lemas terjatuh dalam sungai

Melaka: Seorang lelaki lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Krubong berhampiran tempat pelupusan sampah, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 11 pagi itu, mayat mangsa yang berusia 22 tahun itu ditemui pada kedalaman dua meter di dasar sungai berkenaan berhampiran lokasi dia terjatuh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Penolong Kanan Penguasa Bomba Wan Azlan Wan Abdul Jalil berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.52 pagi, dua jentera bomba dari BBP Ayer Keroh dan BBP Jalan Kubu bersama seorang pegawai dan enam anggota ke lokasi kejadian.
"Mayat mangsa ditemui kira-kira 15 minit selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi dibedah siasat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 5:48 PM

Mangsa yang ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Krubong, pagi tadi. FOTO ihsan bomba