Paris: Kebakaran sebuah bangunan apartmen di utara Paris hari ini yang mengorbankan lapan orang, termasuk dua kanak-kanak, mungkin disengajakan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74751#sthash.i03YIHV6.dpuf
Lebih 100 anggota bomba mengambil masa beberapa jam untuk mengawal kebakaran itu dan siasatan kini dilakukan polis kerana api bermula dia dua tempat berasingan dalam bangunan itu.
Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Pierre-Henry Brandet, anggota bomba bergegas ke bangunan itu dua kali dengan kali pertama pada jam 2:20 pagi dan berjaya memadamkan kebakaran kecil sebelum dipanggil lagi dua jam kemudian untuk kebakaran kedua yang yang lebih besar.
Lapan mangsa mati ketika mereka cuba melarikan diri melalui tingkap.
Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve, berkata empat lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Kebakaran bermula di tingkat bawah bangunan sebelum merebak ke tingkat lain melalui tangga. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 3:54 PM