Search This Blog

Saturday, August 29, 2015

Mayat lelaki terbakar ditemui dalam semak

SABTU, 29 OGOS 2015 @ 12:59 AM

 KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan terbakar dalam semak di Jalan Lama Gombak-Bentong, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata mayat masih belum dikenal pasti identitinya itu ditemui orang awam pada jam 7.50 malam dan memaklumkannya kepada polis. "Mayat terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi. Ali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu, diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78094

Polis lumpuh sindiket perhambaan wanita di KL

JUMAAT, 28 OGOS 2015 @ 10:40 PM

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket perhambaan wanita di sebuah unit kondominium di Jalan Klang Lama di sini, tetapi kebanyakan anggota sindiket yang mengurung pekerja tanpa izin Indonesia itu di dalam sebuah bilik, masih bebas. Tidak semua wanita yang dipaksa bekerja setiap hari tanpa gaji itu dapat diselamatkan. Penolong Pengarah Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran D7C Bukit Aman, ACP Maszely Minhad, berkata dua lelaki diberkas dan sembilan wanita warga Indonesia diselamatkan dalam satu operasi pada Rabu minggu lalu. Polis bertindak hasil maklumat daripada wartawan-wartawan BERNAMA yang dimaklumkan mengenai perkara itu oleh seorang penghuni kondominium Green Park pada malam 19 Ogos itu. Wartawan-wartawan BERNAMA kemudian menemui pihak pengurusan kondominium pada hari berikutnya dan diberitahu bahawa seramai 21 wanita warga Indonesia dikurung di sebuah unit di kondominium itu. Seorang kakitangan pengurusan yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata wanita-wanita itu dibawa keluar setiap hari untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di beberapa buah rumah dan dibawa pulang ke unit kondominium itu pada lewat malam sebelum dikurung. Mereka cuba melarikan diri pada pagi 19 Ogos lepas menggunakan cadar yang diikat bersama sebagai tali untuk turun dari unit itu yang terletak di tingkat 11. Beberapa penghuni kondominium itu ternampak mereka dan memujuk mereka supaya tidak melakukan tindakan berbahaya itu. Namun, wanita berkenaan berkata mereka adalah pendatang tanpa izin yang dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji. Kebanyakan insiden yang berlaku pada hari itu telah dirakamkan menerusi telefon bimbit beberapa penghuni dan pengurus kondominium itu. Pengurus itu kemudian menghubungi polis yang tiba dengan sebuah trak untuk membawa wanita berkenaan ke balai polis Petaling, dan situasi itu turut dirakam. Kira-kira 4 petang pada hari sama, seorang lelaki datang menemui pengurus kondominium itu dan memberi amaran kepadanya supaya tidak melaporkan perkara itu kepada polis. Insiden itu turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV). Namun, pengurus itu terkejut apabila mendapati wanita-wanita yang dibawa oleh polis telah dibawa pulang ke kondominium pada malam itu oleh mereka yang dipercayainya anggota-anggota sindiket. Pada 21 Ogos, pengurus berkenaan membuat laporan polis mengenai apa yang berlaku di kondominium berkenaan pada 19 Ogos. Selepas diberitahu mengenai kejadian itu, beberapa wartawan Bernama yang membawa salinan rakaman, menemui anggota D7C yang berjanji menyiasat dan memaklumkan perkembangan kes itu kepada mereka. Pegawai D7C memulakan siasatan mereka pada malam 21 Ogos. Pada Rabu, mereka mengekori sebuah kenderaan Toyota Unser yang digunakan untuk membawa wanita-wanita itu pada kira-kira 7.30 pagi. Mereka kemudian menahan kenderaan itu berhampiran kondominium berkenaan sebelum menangkap dua lelaki dan menyelamatkan wanita-wanita itu. Maszely berkata, wanita-wanita itu dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk perlindungan selepas Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah perlindungan sementara selama 14 hari kepada mereka. Beberapa mangsa itu memberitahu penghuni kondominium berkenaan bahawa mereka telah dikurung di unit itu selama 16 bulan. Kedua-dua lelaki itu pula direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan. Maszely percaya anggota lain sindiket itu telah melarikan diri dengan membawa wanita-wanita lain yang dikurung mereka. "Kami sedang memburu mereka," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78030

Penumpang kereta, penunggang motosikal maut dirempuh jip

SABTU, 29 OGOS 2015 @ 1:37 PM

JOHOR BAHRU: Seorang penumpang kereta dan penunggang motosikal maut apabila kenderaan mereka dirempuh sebuah jip dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong dekat Batu Pahat, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad, berkata mangsa, Saidi Abd Karim, 55, dari Kampung Parit Mustafa, Parit Sulong meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, Selamat Latif, 32, dari Parit Sentang Batu, Parit Sulong, meninggal dunia di hospital, dua jam kemudian. Beliau berkata, kejadian kira-kira 12.05 tengah malam itu turut menyebabkan isteri Saidi, Fatimah Kamsaton, 54, anak lelakinya, Mohamad Faizi Saidi, 20, anak perempuannya, Nor Fateha Saidi, 19, serta pemandu jip tersebut, Lim Yan Bao, 28, mengalami kecederaan. Ketika dihubungi hari ini, Din berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila jip dari Pekan Parit Sulong menghala Kangkar Senangar tersebut terbabas di kawasan selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan. Beliau berkata jip itu kemudian merempuh kereta yang dipandu Mohamad Faizi dan motosikal tersebut lalu seterusnya terbalik. Katanya, semua yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Kedua-dua mayat turut dibedah siasat di hospital sama. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78150

Murid Orang Asli yang hilang belum ditemui

JUMAAT, 28 OGOS 2015 @ 8:56 PM

 SEKOLAH Kebangsaan Pos Tohoi. - Foto BERNAMA

 GUA MUSANG: Seramai 110 anggota pasukan mencari dan menyelamat terlibat dalam operasi mencari tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran sekolah mereka sejak Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, berkata anggota pasukan itu terdiri daripada pihak polis, Jabatan Relawan Malaysia (RELA), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa). "Penduduk kampung termasuk keluarga murid terbabit turut sama dalam operasi mencari, namun masih belum menemui murid-murid terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, operasi mencari akan diteruskan sehingga semua murid terbabit ditemui. Tujuh murid berkenaan iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun dari kampung pos Tohoi, Gawing, Penat, Sedal, Simpol, Jadil dan Langsat. Semua mereka tinggal di asrama sekolah berkenaan. Mereka dipercayai melarikan diri ke dalam hutan kerana takut diambil tindakan oleh guru mereka selepas mereka mandi di sungai berhampiran sekolah tanpa kebenaran. Seorang guru sekolah terbabit telah membuat laporan polis mengenai kehilangan murid-murid berkenaan pada Selasa lepas. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78010

Lori 5 tan jatuh jejambat bulatan Simpang Lima

SABTU, 29 OGOS 2015 @ 10:29 AM

 KLANG: Seorang pemandu lori tersepit selepas kenderaan yang dipandunya terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira lima meter ke bulatan Simpang Lima di sini, pagi tadi. Dalam kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi, lori seberat lima tan berkenaan dipercayai terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah bas dan tiga kereta sebelum ia terhumban ke bawah jejambat berkenaan. Keadaan itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya dari semua arah ke bulatan berkenaan. Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pasukannya menerima panggilan pada jam 8.50 pagi tadi dan kerja mengeluarkan pemandu lori seberat lima tan itu sedang dijalankan. "Pemandu dianggarkan berusia 50-an dan masih tersepit di dalam kenderaan berkenaan," katanya.

SEORANG pemandu lori tersepit selepas kenderaan yang dipandunya terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira lima meter ke bulatan Simpang Lima, Klang, pagi tadi. - Foto ihsan bomba DISYORKAN

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78116

Lebih 20 terbunuh akibat taufan Erika di Dominica

ROSEAU, Dominica: Perdana Menteri Dominica, Roosevelt Skerrit, berkata sekurang-kurangnya 20 penduduk negara itu terbunuh akibat ribut tropika Erika dan menyebabkan kemusnahan besar di negara itu yang terletak di Caribbean.
"Kerosakan yang saya lihat hari ini, saya bimbang, akan menyebabkan proses pembangunan kami terkebelakang selama 20 tahun lagi," kata Skerrit.
"Sudah tentulah kita lebih bimbang dengan angka kehilangan nyawa. Setakat ini kita sahkan 20 warga kita terbunuh dan sejumlah yang masih hilang," katanya.
Skerrit berkata, ribut itu menyebabkan kerosakan besar kepada prasarana penting negara itu termasuk kemudahan awam seperti jalan dan jambatan serta beratus-ratus rumah yang musnah atau sudah tidak selamat untuk didiami.
"Saya sudah menilai kerosakan yang berlaku hari ini (Jumaat). Kerosakan yang berlaku sungguh dahsyat, lebih teruk daripada yang kita jangka," katanya. - AFP
OMBAK membadai di pinggir laut Santo Domingo, Dominica. Ribut tropika Erika menyebabkan kemusnahan besar di negara itu yang terletak di Caribbean. - Foto AFP

Jawatankuasa Khas Ditubuh Bantu Cari Murid Hilang Di Gua Musang


Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2015 10:27 AM

PUTRAJAYA: Satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi membantu usaha mencari dan menyelamat tujuh murid Orang Asli dari asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang, Kelantan yang hilang sejak Ahad lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata jawatankuasa khas itu, yang dipengerusikan Pegawai Pendidikan Dearah Gua Musang Muhammad Zahari Othman, turut melibatkan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang, guru-guru SK Tohoi, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Jawatankuasa khas itu juga akan memantau dan menentukan tindakan yang perlu diambil sehingga semua murid berkenaan ditemui.
"Usaha mencari dan menyelamat turut melibatkan bantuan masyarakat kampung dan ibu bapa murid-murid berkenaan masih berusaha mengesan serta mencari mereka di kawasan itu," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Khair berkata satu bilik gerakan juga disediakan di PPD Gua Musang bagi menyelaras gerak kerja mencari dan menyelamat bersama-sama semua agensi terlibat.
"JPN Kelantan dan PPD Gua Musang telah diarah untuk mengambil semua tindakan perlu dan wajar sehingga kesemua pelajar berkenaan ditemui," katanya.
Menurutnya kementerian amat bimbang tentang keselamatan murid-murid berkenaan memandangkan mereka masih kecil.
Tujuh murid berkenaan iaitu enam perempuan dan seorang lelaki yang berusia antara tujuh dan 11 tahun, berasal dari Kampung Pos Tohoi, Gawing, Penat, Sedal, Simpol, Jadil dan Langsat.
Laporan media menyatakn semua murid berkenaan melarikan diri ke dalam hutan kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka mandi di sungai berhampiran sekolah itu tanpa kebenaran.
Seorang guru sekolah itu membuat laporan polis mengenai kehilangan murid berkenaan pada 2.25 pagi pada Selasa lepas.

Maut rempuh belakang lori


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 OGOS 2015Maut rempuh belakang lori
Maut rempuh belakang lori Mayat mangsa ditutup menggunakan kain putih sebelum dihantar ke Hospital Dungun.

DUNGUN - Seorang juru kimpal berusia 45 tahun maut apabila motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori dalam nahas jalan raya berhampiran lampu isyarat Gong Pasir di Kilometer 77 Jalan Kuala Terengganu menghala ke Kuantan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian lebih kurang jam 6.20 petang itu, mangsa, Syed Mohamad Khaizul Sayed Igbal Hussin, maut  di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, ketika kejadian, mangsa yang tinggal di Taman Rakyat Jaya, menunggang motosikal jenis Modenas CT 100 secara bersendirian.

Menurutnya, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat terbabit, pemandu lori berusia 59 tahun dipercayai memperlahankan kenderaan, bagaimanapun mangsa gagal mengawal motosikal ditungganginya lalu merempuh lori di hadapan.

“Lori terbabit datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan. Berdasarkan keterangan, pemandu lori dikatakan sedang memperlahankan kenderaan, tetapi terkejut apabila terdengar rempuhan kuat di bahagian belakang.

"Dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apabila diperiksa, rupa-rupanya sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki merempuh bahagian belakang lorinya sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Menurut Ahmad Zailani, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak memakai topi keledar dan ketika kejadian, keadaan cuaca baik.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artis upah samseng pukul bekas teman lelaki?


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 OGOS 2015Artis upah samseng pukul bekas teman lelaki?
Artis upah samseng pukul bekas teman lelaki? Foto laporan polis dan mangsa yang didakwa dipukul.

SEORANG wanita mendakwa seorang artis wanita telah mengupah beberapa lelaki untuk memukul teman lelakinya yang juga merupakan bekas teman lelaki artis tersebut.

Menerusi laman Instagram seorang wanita mengatakan sedang membuat laporan polis berikutan kejadian itu.

"Do report polis now (sedang buat laporan polis sekarang). Kau tunggu nasib kau. Kau yang datang serang kami lepas tu hantar 40 orang pukul BF (teman lelaki) aku. Kau memang takkan selamat la betina," kata wanita berkenaan.

Bersama-sama perkongsian tersebut, sebuah foto yang menunjukkan seorang lelaki lelaki bertatu membuat laporan polis juga dimuatnaik.

Kejadian tersebut kini viral di laman sosial di mana netizen berteka-teki siapakah artis wanita yang didakwa mengupah kaki pukul berkenaan.

22 pelajar terselamat, asrama tahfiz rentung


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 OGOS 201522 pelajar terselamat, asrama tahfiz rentung
22 pelajar terselamat, asrama tahfiz rentung Antara barangan yang dapat diselamatkan dalam kebakaran.

GELANG PATAH - Seramai 22 pelajar Madrasah Tahfiz Az-Zahra tinggal sehelai sepinggang selepas asrama mereka di Jalan Pak Imam, Kampung Ladang, di sini musnah dalam kebakaran, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi.

Pengerusi madrasah itu, Ayub Embong berkata, ketika kejadian kesemua pelajar berumur tujuh hingga 14 tahun tiada di lokasi kejadian kerana menunaikan solat subuh di masjid kira-kira dua kilometer dari asrama berkenaan.

Terjun tingkap selamatkan diri


WARTAWAN SINAR HARIAN
29 OGOS 2015Terjun tingkap selamatkan diri
Terjun tingkap selamatkan diri Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran.


TUMPAT - Tindakan pantas seorang  pemuda terjun tingkap  bersama anak saudaranya menyelamatkan mereka  dalam kebakaran di Kampung Kutan Sungai, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Wan Mohd Syamil Wan Derahman, 28, bersama dua anak saudaranya dikenali Darwish, 9 dan adiknya Darnish, 5, nyaris terperangkap dalam kebakaran itu apabila tidak dapat keluar melalui pintu utama kerana asap tebal.

Dalam keadaan panik dan tidak tahan dengan bahang panas itu, Wan Mohd Syamil nekad terjun melalui tingkap.

“Mujur tingkap tak tinggi, dapatlah saya keluar menyelamatkan diri bersama Darwish,” katanya.

Menceritakan detik cemas itu, Wan Mohd Syamil berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di bilik dekat ruang dapur, manakala dua anak saudaranya itu tidur di bilik tidur ruang tamu.

Katanya, Darwish datang kejutkannya daripada tidur dan dalam keadaan mamai itu, dia bangun melihat apa yang berlaku kerana anak saudaranya memberitahu ada api di dalam bilik tidurnya.

“Saya lihat biliknya sudah marak terbakar, manakala asap tebal menyelubungi setiap ruang di dalam rumah,” katanya.

Wan Mohd Syamil berkata, tanpa berlengah dia terus keluar bersama Darwish melalui tingkap dan terlupa untuk menyelamatkan seorang lagi anak saudaranya.

Katanya, selepas turun ke tanah, Darwish memberitahu adiknya masih tidur di dalam bilik tersebut. “Tanpa peduli bahaya, saya terus masuk semula ke dalam rumah untuk cuba menyelamatkan Darnish.

“Beberapa kali  saya memanggil namanya tapi dia tidak keluar, bahang panas semakin kuat terasa tetapi saya masih belum menjumpainya ketika itu,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa minit dia mendengar suara anak saudaranya yang sedang bersembunyi di bawah rumah dekat tangga.

“Saya terus keluar dari rumah dalam keadaan api yang semakin marak dan menarik Darnish ke tempat selamat.

"Kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda berikutan api cepat marak membakar rumah kayu dan separa konkrit ini," katanya.

Ketika kejadian, ibu bapa mangsa, Rahimah Yaakob, 60, dan suaminya, Wan Derahman Wan Daud, 60, bersama ibu bapa Darwish tiada di rumah kerana berniaga di sebuah restoran kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Raja Arisan Raja Semail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.51 petang dan tiga jentera ke lokasi dengan kekuatan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung serta Kot Darulnaim.        

“Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Gadis diperdaya 'taukeh lombong'


JAMILAH HAMZAH
29 OGOS 2015Gadis diperdaya 'taukeh lombong'
Gadis diperdaya 'taukeh lombong' Pintu gerbang Pusat Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim.

KULIM - Seorang remaja berumur 19 tahun yang berhasrat mendapatkan pekerjaan baru bergaji lumayan diperdaya lelaki berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Datuk Mansor oleh penduduk kampung.

Mangsa yang berasal dari Sungai Karangan, dipercayai mengenali Datuk Mansor menerusi aplikasi Wechat dan disebabkan terdesak untuk menukar pekerjaan, dia termakan tipu muslihat lelaki itu sehingga bersetuju bertemu suspek di Pusat Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim.

Mangsa bersendirian berjumpa suspek jam 4 petang dengan menaiki motosikal untuk melihat lombong bijih timah yang kononnya bakal menjadi tempat kerja baharunya kelak.

Bagaimanapun, kira-kira jam 8.30 malam, seorang ahli keluarga mangsa menerima SMS daripada mangsa memaklumkan dia diculik dan berada di dalam hutan.

“Dia SMS saya dua kali, mula-mula pukul 7 malam, beritahu dia ada di rumah kawannya dan kali kedua dia SMS pukul 8.30 malam memaklumkan dia diculik dan berada dalam hutan di Lata Sedim.

"Saya segera buat laporan polis dan meminta rakan-rakan untuk bersama mencari mangsa di sana,” kata ahli keluarga mangsa yang tidak mahu namanya disiarkan.

Seorang anggota Skuad Penyelamat Sedim, Johari Ibrahim, 44, berkata sebaik diberitahu pegawai Rela mengenai kehilangan seorang gadis, dia bergegas menuju ke kawasan Lata Air Riau.

“Saya bersama beberapa pemuda kampung masuk ke situ, tapi kami tidak temui sesiapa.

“Kira-kira 14 penduduk kampung kemudian meneruskan pencarian dan meredah semak melalui jalan simen di tapak lombong bijih timah lama dekat Kelian Along,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Johari, berbekalkan tiga lampu suluh, dia dan rakan-rakannya terus menjejaki suspek ke trek mendaki Gunung Inas, sejauh enam kilometer ke tengah rimba.

“Ketika di situ, kami terserempak suspek yang sedang menuruni bukit dengan menunggang motosikal.

Apabila disoal mengenai mangsa, suspek memaklumkan dia sedang mencari jalan keluar untuk meminta bantuan penduduk kampung mencari mangsa yang melarikan diri," katanya.

Bagaimanapun, setelah didesak, suspek akhirnya bersetuju menunjukkan jalan ke tempat dia membawa mangsa di kawasan Gunung Inas.

“Kami tiba di sebatang banir kayu buruk berbentuk seperti tempurung, dan di dalamnya boleh muat tiga hingga empat orang. Lantai banir dilapik plastik merah selain ada beberapa batang lilin.

“Saya tanya mana budak perempuan itu, dia cakap budak perempuan itu sudah larikan diri,” katanya.

Kecekapan dan pengalaman skuad penyelamat serta penduduk kampung akhirnya berjaya menemui gadis tersebut yang tersandar lemah di sebatang pokok berhampiran Paya Cherok Kelian kira-kira jam 11.30 malam.

“Kami melaung nama gadis itu, dan hanya terdengar sekali saja dia sahut. Ketika ditemui, mangsa sedang bersandar pada pokok dan kelihatan tidak bermaya," katanya.

Sementara itu, penduduk kampung, Mustakim Mohd Zani, 25, yang membonceng suspek untuk dibawa ke trak polis berkata suspek sering masuk ke rimba tersebut beberapa minggu lalu untuk membina tempat berehat.

“Saya pernah jumpa suspek sebelum ini, dan bertanya, dia kata masuk ke hutan buat pondok untuk berehat. Dia memang selalu ke hutan tapi tak sangka dia bawa lari anak dara orang.

“Sebelum ini pun memang ada kes libatkan dia bawa lari anak dara dan kanak -kanak tapi tak sampai ke dalam hutan, hanya kaki bukit.

Dia juga pernah beritahu akan buat perkara sama sampai tujuh kali kerana percaya angka itu bertuah baginya," kata Mustakim.

Dalam pada itu, pegawai bomba Mohd Hafiz Suhaimi berkata pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa yang dibantu penduduk setempat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan beberapa anggota Rela yang bertugas pada jam 1 pagi sebelum mangsa dibawa oleh ambulans untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad mengesahkan kejadian dan berkata suspek mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan menipu, mencuri dan mencabul.

“Hasil soal siasat, mangsa menceritakan dia diugut suspek dengan menggunakan parang dan dipaksa mengikut suspek sampai ke dalam hutan sebelum dicabul.
“Mangsa yang tidak tahan diperlakukan begitu bertindak memadamkan lilin sebelum melarikan diri ke dalam hutan.

"Dengan menggunakan telefon bimbit yang dibawa, mangsa sempat mengirim SMS kepada keluarganya dan menelefon talian kecemasan 999," katanya.

Pesawat Israel bedil tengah Gaza


28 OGOS 2015Pesawat Israel bedil tengah Gaza
Pesawat Israel bedil tengah Gaza Pihak berkuasa Palestin memeriksa kesan kemusnahan susulan serangan udara yang dilancarkan Israel ke atas selatan Genting Gaza pada 27 Mei lalu.

GENTING GAZA - GAZA . Rejim Zionis bertindak membedil wilayah Gaza kononnya sebagai respons terhadap roket yang dilancarkan ke selatan Israel.

Menurut saksi, serangan terbaharu itu menyasarkan kemudahan pembuatan senjata Hamas yang terletak di tengah Genting Gaza.

Bagaimanapun, tiada kematian atau kemusnahan dilaporkan dalam kejadian itu.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel memaklumkan serangan udara itu dilancarkan beberapa jam selepas roket dibedil di kawasan lapang di Majlis Wilayah Eshkol.

Pada awal bulan lalu, satu serangan balas telah dilancarkan ke Genting Gaza dan turut mencederakan dua anggota Hamas. - Press TV

Lebih 100 militan IS terbunuh di Iraq


28 OGOS 2015Lebih 100 militan IS terbunuh di Iraq
Lebih 100 militan IS terbunuh di Iraq Seorang anggota tentera Iraq berlindung di belakang meriam semasa pertempuran dengan IS di Anbar. - Foto: AFP

BAGHDAD - IRAQ . Sekurang-kurangnya 130 anggota kumpulan militan IS terbunuh dalam beberapa operasi yang dilancarkan tentera Iraq dengan sokongan kuasa udara di wilayah barat dan utara Anbar serta Kirkuk, di negara itu.

18 maut dan 20 lagi cedera selepas jet pejuang Iraq membedil kedudukan kumpulan tersebut di wilayah Albu Shajal.

Puluhan kenderaan termasuk empat trak dipenuhi senjata berat mesingan turut musnah dalam serangan.

Dalam serangan di bandar Khalidiya, terletak kira-kira 83 kilometer dari barat ibu negara, 13 lagi militan maut. Manakala, 40 terbunuh dan 45 cedera dalam pertempuran pasukan keselamatan dengan kumpulan terbabit di bandar Daduq.

Polis dan anggota unit Mobilisasi Popular disokong jet pejuang Iraq turut menyasarkan pangkalan kumpulan di bandar yang kaya dengan minyak di Baiji, sekali gus mengorbankan 50 militan.

Bahagian utara dan barat Iraq dibelenggu keganasan sejak kumpulan terbabit memulakan kempen keganasan di negara itu pada Jun tahun lalu. - Press TV

Puluhan mayat pendatang ditemui dalam trak


29 OGOS 2015Puluhan mayat pendatang ditemui dalam trak
Puluhan mayat pendatang ditemui dalam trak

VIENNA - AUSTRIA. Sekurang-kurangnya 71 mayat pendatang yang sudah reput ditemui dalam sebuah trak yang ditinggalkan di lebuh raya Austria, dekat sempadan Hungary.

Menurut pihak berkuasa Austria, jumlah tersebut melebihi daripada anggaran awal antara 20 hingga 50 mayat.

Susulan penemuan mengejutkan itu, polis menahan tiga suspek disyaki anggota sindiket penyeludupan manusia.

Semalam, menurut laporan AFP, polis mengesahkan antara mayat yang ditemui adalah lapan wanita termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi.

Canselor Jerman, Angela Merkel, yang hadir pada sidang kemuncak bersama pemimpin Balkan bagi membincangkan krisis pendatang di Vienna berkata, beliau terkejut terhadap berita yang “mengerikan” itu.

““Ini adalah amaran supaya kita mengatasi isu pendatang ini dengan pantas dan dengan semangat Eropah, bermakna semangat solidariti dan mencari penyelesaian,” kata Merkel.

Dua beranak maut

Kuala Selangor: Dua beranak maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler di Kilometer 10.5, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur berhampiran Taman Kasawari, Bukit Rotan di sini.
Dalam kejadian jam 7 petang kelmarin, mangsa, R Ramaie, 78, yang berada di tempat duduk belakang kereta maut akibat cedera parah.
Manakala anak mangsa yang berada di bahagian penumpang hadapan, P Tamil Chelvi, 53, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan menerima rawatan kecemasan di Hospital Tanjong Karang.

Difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Kasawari dari Bestari Jaya.
Sumber berkata, kereta itu dipandu seorang lagi mangsa, R Raman, 51, sebelum kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar treler yang diletakkan di bahu jalan.
Berikutan pelanggaran itu, kereta itu melintang di jalan raya sebelum dirempuh sebuah lagi kereta model Perodua Kancil dari arah sama.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Muhd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 10:21 AM


ANGGOTA bomba tiba di tempat kemalangan maut melibatkan sebuah kereta melanggar treler dibahu jalan di taman Kasawari Bukit Rotan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73302#sthash.K5Mu4t86.dpuf

Pegawai kanan ditahan SPRM


Kota Bharu: Pegawai kanan sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu bagi membantu siasatan berhubung penerimaan suapan antara RM70,000 hingga RM80,000.

Suapan dipercayai diterima daripada kontraktor yang membangunkan projek lebuh raya rakyat di kawasan Hutan Simpan di Ulu Sat, Machang hingga menyumbang kepada kegiatan pembalakan haram.

Turut ditahan dan disoal siasat adalah sembilan kakitangan Jabatan Perhutanan Machang dan seorang kontraktor yang disyaki menerima imbuhan sekitar RM700 hingga RM10,000 seorang.

Penahanan itu susulan laporan media berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa menerusi surat terbukanya mengatakan berlaku pembalakan di luar kawasan hutan berkenaan disebabkan ada pihak mengubah pelan asal yang diluluskan kerajaan negeri.

Dilaporkan, kira-kira lima kawasan terbabit dengan pembalakan haram di sekitar projek pembinaan lebuh raya itu dan kawasan rehat dan rawat (R&R).

Sumber SPRM berkata, pihaknya menahan reman pegawai kanan syarikat milik kerajaan negeri itu yang dipertanggungjawabkan untuk projek lebuh raya berkenaan hingga Isnin ini.

“Sebuah kereta mewah milik pegawai kanan itu juga disita SPRM untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 6:51 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73433#sthash.FgcXslDL.dpuf

Wanita Thailand dihukum gantung


Georgetown: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, memerintahkan seorang wanita warga Thailand digantung sampai mati selepas disabit bersalah menyeludup dadah jenis kokain ke negara ini, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal membuktikan Chonmanee Laphathanawat, 30, dipaksa menyeludup dadah terbabit oleh rakannya dari Brazil.

Nordin berkata, pihaknya merumuskan bahawa cerita disampaikan tertuduh yang menggambarkan dia dipaksa berbuat demikian adalah rekaan semata-mata.

Selain itu, beliau berkata, pihak pembelaan gagal membuktikan wujud komunikasi antara tertuduh dengan rakannya dari Brazil dalam telefon bimbit miliknya.

"Tertuduh tidak membuat laporan berhubung insiden dia dipaksa menelan dadah terbabit kepada mana-mana pihak berkuasa di beberapa negara dilawatinya sebelum tiba di Malaysia, walaupun ketika itu dia berseorangan.

"Dia hanya memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sejurus ditahan dan disoal siasat selepas berkelakuan mencurigakan.

"Ini bertentangan dengan dakwaan tertuduh mengatakan dia dipaksa berbuat demikian. Tujuan sebenar tertuduh bukan mahu bawa balik berlian dari Brazil ke Thailand," katanya, di sini, semalam.

Chonmanee dituduh menyeludup dadah jenis kokain seberat 869.1 gram di LTAPP, jam 5.10 petang pada 13 Februari 2013.

Tertuduh didakwa menelan 78 ketulan berbentuk bujur selain dua lagi ketulan sama dimasukkan ke kemaluannya sebelum keseluruhan ketulan terbabit berjaya dikeluarkan sejurus dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 7:25 AM

Pengakhiran lawan arus

Melaka: “Saya menggigil kerana hampir bertembung, ternyata Allah SWT panjangkan umur saya. Jika bertembung, pasti saya yang meninggal dunia dan bukan pemandu kereta di belakang saya,” kata peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 45, semalam.
Man yang memandu Proton Gen2 hampir bertembung Peugeot dipandu wanita secara melawan arus di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Peugeot terbabit bertembung Proton Wira di laluan sama berhampiran Masjid Negeri di Bukit Palah di sini, jam 1 pagi.
Kemalangan menyebabkan pemandu Proton Wira, Husin Nasiri, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala serta tulang belakang manakala rakannya, Muhammad Afiq Syazani Abd Hasi, 23, patah kaki kanan. Pemandu Peugeot itu pula cedera.
Terdahulu, sebelum kejadian, Man yang selesai berniaga di Bukit Katil dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Malim.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 10:07 AM


DUA kenderaan remuk selepas terbabit nahas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73526#sthash.IhjcrOBI.dpuf

Bapa tunjuk anu didenda


Seremban: Seorang bapa tiga anak didenda RM2,700 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam di atas pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada murid sekolah, minggu lalu.

Tertuduh, Zolkipli Juhari, 54, yang memakai baju lokap jingga membuat pengakuan terbabit sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Alau’ddin Baharom.

Alau’ddin turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, Zolkipli didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan tidak senonoh dengan cara menunjukkan kemaluannya kepada dua murid perempuan berusia 12 tahun di depan sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini, jam 7 pagi, 21 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, dua murid tahun enam sekolah itu berjumpa guru disiplin memaklumkan seorang lelaki yang bermotosikal menunjukkan kemaluannya di depan sekolah.

Tertuduh yang diwakili Ardelliza Izmayanti Shafie merayu kepada mahkamah meringankan hukuman kerana insaf dan sudah menerima balasan dibuang kerja selepas ditahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 9:57 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73512#sthash.JhFLjaWm.dpuf

Letup gagal bayar along

Subang Jaya: Gagal membayar hutang ceti haram (along) dipercayai menjadi punca sebuah rumah di USJ 11 di sini, dibaling bom buatan sendiri oleh individu tidak dikenali.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, sebuah kereta model Proton Persona dan siling rumah berkenaan rosak teruk akibat letupan kuat itu.
Seorang saksi kejadian yang tinggal berhampiran rumah dijadikan sasaran itu berkata, letupan kuat berlaku ketika dia sedang menonton televisyen.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Liew, 30-an, berkata, bunyi letupan itu sangat kuat sehingga menggegarkan rumahnya.
“Saya segera keluar rumah untuk melihat apa yang terjadi sebelum mendapati asap berkepul di rumah jiran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 9:59 AM
KEADAAN kenderaan dan rumah yang rosak akibat terkena bahan letupan di sini,semalam.

Nasib baik 52 tahun

 Oleh Mohd Hhilmie Hussin

mohdhilmie@hmetro.com.my
Melaka: “Kamu terselamat daripada dikenakan sebatan kerana faktor usia,” kata Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan kepada pengawal keselamatan berusia 52 tahun yang mengaku bersalah menetak bekas isterinya berkali-kali dipercayai akibat berebut hak penjagaan anak.

Mengikut pertuduhan, Ramli Ujang, 52, dari Kampung Permatang Sebatu, Merlimau, di sini, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan pisau pemotong daging terhadap Siti Maheran Berahat, 41, pada jam 1.35 pagi di Lorong Paya Goyang 10, Kampung Tedong di sini, pada 16 Ogos lalu.

Sebaik tuduhan terhadapnya dibacakan, Ramli tunduk sebelum mengaku bersalah di hadapan Amran mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika kesalahan.

Harian Metro 18 Ogos lalu melaporkan wanita parah ditetak bekas suaminya.

Mengikut fakta kes, tertuduh dengan mangsa bercerai pada 2010 dan dikurniakan tiga anak dan tertuduh diberi hak penjagaan ke atas ketiga-tiga anak lelakinya.

Pada 13 Ogos lalu, tiga hari sebelum kejadian, mangsa yang sudah bernikah dengan lelaki lain datang ke rumah tertuduh untuk bertemu anak-anaknya, masing-masing berusia 13, tujuh dan empat tahun di Jalan Paya Goyang 2, Kampung Tedong, Merlimau, dan mangsa turut tidur di rumah itu.

Pada 16 Ogos, suami mangsa menghubungi wanita itu memintanya membawa anak pulang ke rumah dan tinggal bersama mereka, namun perbualan itu didengari tertuduh hingga menimbulkan rasa marah kerana menganggap mangsa mahu melarikan anak-anaknya.

Akibat kemarahan itu, tertuduh memaksa mangsa dan tiga anaknya menaiki motosikal menuju ke kebun sawit berdekatan.

Selepas lima minit perjalanan, tertuduh memberhentikan motosikal dan selepas semua mereka turun dari motosikal, tertuduh tiba-tiba menetak mangsa menggunakan pisau dan kejadian itu dilihat sendiri anak mangsa yang cuba menahan tertuduh daripada terus menetak ibu mereka sebelum mangsa mengarahkan anak-anaknya menyelamatkan diri dan mendapatkan bantuan.

Anak sulung mangsa kemudian membawa dua adiknya meninggalkan tempat itu menaiki motosikal tertuduh sebelum terserempak dengan bapa tiri mereka dan meminta bantuan.

Susulan itu, mereka segera membuat laporan di Balai Polis Merlimau sebelum sepasukan anggota polis dibantu Unit K9 menemui mangsa dalam keadaan cedera parah lalu dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Tertuduh kemudian diberkas pada 17 Ogos lalu.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah dikenakan hukuman ringan kerana masih menanggung anak-anaknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Iffa Sirhu Samsudin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukan serius.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Amran memerintahkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam tahun bermula tarikh ditangkap, namun terlepas hukuman sebat kerana faktor usia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2015 @ 5:20 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73796#sthash.98ZhGDmY.dpuf

Cedera di bahu


Kuala Terengganu: Seorang lelaki cedera di bahu kanan selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di Jalan Hiliran di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.15 malam ketika mangsa berusia 28 tahun dan sudah berkahwin mahu mengambil kad televisyen berbayar dalam pacuan empat roda Toyota Hilux miliknya.

Bagaimanapun, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Chendering di sini, dipercayai terserempak dengan dua lelaki tidak dikenali berhampiran kenderaannya sebelum berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan suspek menembaknya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, mangsa bersama keluarganya sebelum itu menikmati makan malam sebelum bapa mangsa memintanya mengambil kad berkenaan.

Menurutnya, ketika mahu pergi ke arah kenderaannya terletak kira-kira 50 meter dari kedainya, mangsa dipercayai terserempak dengan dua suspek yang kemungkinan mahu mencuri kenderaan berkenaan.

Katanya, dipercayai berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum ibu bapa mangsa yang terkejut mendengar bunyi tembakan bergegas keluar dan mendapati mangsa terbaring di depan kedai sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

“Dua suspek itu dipercayai melarikan diri menaiki Toyota Wish putih,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2015 @ 5:19 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73791#sthash.CuwNDlcd.dpuf

Kepala bayi tertinggal dalam rahim

Shahjahanpur (India): Seorang wanita mati selepas doktor meninggalkan kepala bayi yang dilahirkannya di dalam rahimnya selepas menarik keluar bayi itu.
Geeta Devi, 32, dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan di Shahjahanpur, Uttar Pradesh, utara India Sabtu lalu selepas mengalami kesakitan kerana hendak bersalin.
Bagaimanapun, dia mati beberapa jam kemudian selepas doktor menarik bayi perempuan yang dilahirkannya hingga menyebabkan kepala bayi itu terputus di dalam rahimnya.
Lebih buruk lagi, Geeta dibiarkan kesakitan dan dihantar ke sebuah hospital lain dengan kepala bayinya masih di dalam rahimnya.
Di hospital di Bareilly, doktor berjaya mengeluarkan kepala bayi itu, tetapi gagal menyelamatkan nyawa wanita berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 8:27 AM


HEMANT menggendong mayat bayinya. Gambar kecil, Geeta Devi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73215#sthash.knPQQMtk.dpuf

Jumlah mangsa panahan petir tinggi


Kuala Lumpur: Bilangan mangsa panahan petir di negara ini boleh dikatakan agak tinggi dengan jumlah 230 orang dalam tempoh tujuh tahun lalu berbanding negara lain.

Pengarah Kajian Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir berkata, penemuan itu adalah berdasarkan kajian yang dilakukannya sejak 2008 sehingga dua minggu lalu dan ia dibentangkan menerusi satu mesyuarat khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengenai petir di Zambia, baru-baru ini.

Katanya, jumlah mangsa terbabit sama ada maut atau mengalami kecederaan adalah disebabkan keadaan di Malaysia lebih banyak terdedah kepada panahan petir.

“Kajian yang dibentangkan itu melihat terdapat 230 mangsa petir dalam tempoh tujuh tahun dan sudah tentu ia dianggap tinggi. Apa yang dapat dilihat juga, berdasarkan kes yang dilaporkan berlaku di negara ini juga terdapat beberapa insiden membabitkan lebih daripada seorang.

“Ia sekali gus menyumbang kepada peningkatan bilangan mangsa akibat panahan petir. Jika kita ambil contoh di Amerika Syarikat (AS), nisbah kematian mangsa akibat panahan petir ialah 0.6 per satu juta penduduk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2015 @ 5:17 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73774#sthash.LycPUyG7.dpuf

Ejek-mengejek bertukar gaduh


Penampang: Pada mulanya hanyalah sekadar ejek-mengejek, sebelum ia merebak hingga tidak terkawal dengan seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah sekolah, di sini, dibelasah empat rakan sekelasnya dengan rakaman video pergaduhan berkenaan menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Video berdurasi 24 saat itu menyaksikan, mangsa sedang duduk di dalam kelasnya lalu didatangi seorang lelaki dipercayai rakan sekelasnya sebelum memukul mangsa.

Beberapa rakan suspek yang masih memakai seragam sekolah dan kemeja-T turut memukul dan menyepak mangsa hingga menyebabkannya rebah.

Selepas kejadian itu, mangsa membuat aduan kepada guru di sekolah berkenaan sebelum pihak sekolah membuat laporan kepada Pegawai Pendidikan Daerah Penampang mengenai kejadian itu.

Difahamkan, mangsa hanya lebam dan luka di siku akibat dibelasah empat pelajar lelaki yang juga rakan sekelasnya.

Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Mojuntin Ebin berkata, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu di sebuah sekolah menengah di daerah ini, namun ia sudah diselesaikan membabitkan kedua-dua ibu bapa pelajar berkenaan sebelum ia menjadi viral dalam media sosial.

“Sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengetua sekolah terbabit, kita terus mengambil tindakan dengan memanggil semua pelajar terbabit dan ibu bapa mereka.

“Keempat-empat pelajar lelaki yang terbabit dalam pergaduhan itu sudah digantung sekolah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, perkara ini sudah diselesaikan sebelum ia menjadi viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp dan keempat-empat pelajar terbabit juga diarahkan supaya menghadiri sesi kaunseling.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan teruk dan hanya lebam dan luka di siku.

“Siasatan awal mendapati, pergaduhan itu tercetus ketika pertukaran kelas dan dipercayai berlaku ejek-mengejek sebelum mangsa dibelasah oleh empat rakan sekolah namun kita masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai supaya tidak memperbesarkan perkara ini disebabkan ia sudah diselesaikan dan pelajar terbabit sudah diambil tindakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2015 @ 5:17 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73776#sthash.KYdg3yJd.dpuf

3 lelaki pukul pengawal HRPZ II direman empat hari


Tiga lelaki yang ditahan kelmarin berhubung kes pukul pengawal keselamatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Rabu lalu, direman empat hari bermula.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, penahanan mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, semua yang ditahan berusia 20-an hingga 40-an.

“Kita perlu menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca kejadian,” katanya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2015 @ 5:18 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73779#sthash.Z3mAXQO1.dpuf

Bergelut sebelum ditembak

Kuala Terengganu: “Saya dengar bunyi letupan sebanyak tiga kali. Saya ingat orang bermain mercun tetapi rupa-rupanya ia bunyi tembakan,” kata saksi kejadian tembakan membabitkan seorang lelaki berusia 28 tahun di Jalan Hiliran di sini, kelmarin.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Foo, 69, berkata, sebelum kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Wong Ze Chow, 20-an, dikatakan memasuki kedainya terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya untuk membeli air pada jam 9.10 malam.
Menurutnya, mangsa yang juga anak kepada pemilik kedai menjual barangan elektrik itu tidak lama berada di kedainya sebelum keluar semula.
“Tidak lama selepas dia keluar dari kedai, saya dikejutkan dengan bunyi letupan, tetapi tidak menghiraukan bunyi itu kerana menyangka orang bermain mercun.
“Bagaimanapun, perasaan ingin melihat sendiri selepas pelik dengan bunyi itu membuatkan saya keluar dan terkejut melihat Wong terbaring di depan kedai bapanya,” kata peniaga runcit itu yang lebih 30 tahun berniaga di kawasan berkenaan.
Katanya, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik sudah berkahwin dan dia mengenalinya sejak kecil dan seorang yang baik serta menghormati orang tua.
“Sama ada dia mempunyai musuh atau masalah peribadi berkaitan kerjanya atau sebab lain, saya tidak tahu tetapi apa yang saya tahu dia seorang yang baik,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan rumah kedai berkenaan, namun tidak pasti sama ada tembakan itu dilakukan dua lelaki terbabit atau orang lain.
Dalam kejadian jam 9.15 malam, mangsa cedera di bahu kanan selepas terkena beberapa das tembakan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahurah (HSNZ) di sini, untuk rawatan lanjut oleh keluarganya.
Siasatan polis mendapati mangsa dipercayai bergelut sebelum ditembak dua penjenayah dipercayai cuba melarikan pacuan empat roda Toyota Hilux milik mangsa yang diletakkan kira-kira 50 meter dari kedainya.
Mangsa dipercayai terserempak dengan penjenayah terbabit ketika dalam perjalanan ke kenderaannya untuk mengambil kad televisyen berbayar yang ditinggalkan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2015 @ 5:20 AM


ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian tembak di Jalan Hiliran.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73795#sthash.NYS8te1T.dpuf

Amah terlepas,majikan maut

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop dan Mohammad Hairi Azmi Tham

am@hmetro.com.my
Kuala Kangsar: “Semoga mereka menerima balasan setimpal dengan perbuatan kejam itu,” kata Azreena Abd Jamek, anak kepada Allahyarham Hindun Abdul Halim, 74, yang ditemui mati tertiarap di dapur dengan tangan terikat serta mulut ditutup menggunakan kain selepas rumahnya dipecah masuk dua penyamun dalam kejadian di Padang Asam, Padang Rengas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Hindun berada di rumah bersama pembantu rumah berusia 20 tahun serta dua cucunya masing-masing berumur enam dan tujuh tahun sebelum dua lelaki bersenjatakan pisau menceroboh.

Azreena, 33, berkata, tujuh individu tinggal di kediaman itu, namun pada hari kejadian, hanya empat saja yang ada disebabkan dia dan suami bekerja.

Menurutnya, dia menerima berita itu jam 4 petang ketika di pejabat sebelum bergegas pulang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Deputi Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, suspek menutup mulut serta mengikat tangan semua mangsa menggunakan kain sebelum menggeledah rumah berkenaan.

Katanya, ketika kedua-dua suspek menggeledah bilik di rumah itu, pembantu rumah mengambil kesempatan membuka ikatan dan melarikan diri bagi mendapatkan bantuan.

Menurutnya, sebaik pulang, pembantu rumah itu menemui Hindun dalam keadaan tertiarap sebelum pemeriksaan mendapati mangsa sudah tidak lagi bernyawa.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai lemas selepas pemeriksaan ke atas tubuh tidak menemui kesan luka atau cedera

“Polis melakukan siasatan bagi mengenal pasti jumlah kerugian serta mengesan suspek yang memasuki rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, jenazah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2015 @ 5:20 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73797#sthash.UFnzwJY0.dpuf

‘Anonymouslah’ sangat!

Kuala Lumpur: Tiga individu dipercayai terbabit dalam memuat naik klip video dilaman YouTube bertajuk ‘We Will Blast Malaysia’ berjaya ditahan dalam beberapa serbuan di Johor Bahru, semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan penahanan berkenaan berkata, semua mereka berusia 18 hingga 21 tahun diberkas hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selepas mereka mengancam untuk menggodam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan peribadi milik individu terbabit untuk siasatan lanjut. Semua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.
Difahamkan, semua mereka yang dipercayai pelajar memuat naik video berdurasi satu minit 28 saat itu menggunakan nama Anonymous Malaysia dengan memaparkan insiden letupan bom di Bangkok Thailand baru -baru ini dan mendakwa akan membuat tindakan sama di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius perkara itu kerana ia berupa ancaman kepada negara dan orang ramai.
“Kami tidak akan berkompromi dengan segala bentuk ancaman yang dilakukan pihak tertentu untuk menggugat keselamatan dan ketenteraman negara ini.
“Ia satu ancaman yang kita tidak pernah pandang remeh dan akan bertindak serta mengenal pasti pihak berkenaan. Kami sedang siasat ancaman itu dan pihak yang melakukan ancaman. Kita sudah melakukannya,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.
Perasmian disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar.
Turut mencemar duli Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad.
Pada masa sama, Khalid mengecam tindakan individu tertentu termasuk pengamal undang-undang yang memberi kenyataan bahawa menyertai perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa adalah hak rakyat.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2015 @ 5:21 AM

TIGA individu guna nama Anonymous Malaysia ditahan dalam serbuan di Johor Bahru, semalam.

Lahir anak di tepi jalan

Bintulu: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan di tepi jalan di pusat Komersial Parkcity, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 7 pagi, wanita berusia 30-an yang dipercayai kurang siuman selamat melahirkan bayi perempuan dengan bantuan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan.
Sumber berkata, jeritan wanita itu yang dalam kesakitan melahirkan bayi menarik perhatian beberapa pekerja am yang berada di lokasi kejadian.
"Mereka segera memberi bantuan kepada wanita itu sehingga melahirkan bayi perempuan.
"Orang ramai yang turut menyaksikan kejadian itu menghubungi talian kecemasan dan wanita bersama bayinya dihantar ke untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 4:58 PM


BAYI dan ibunya itu dalam keadaan stabil.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73649#sthash.XF3kYss8.dpuf

Ditemui mati dalam parit

Bagan Serai : Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan kepala terendam di dalam air parit manakala satu kaki mangsa tersangkut pada tiang kayu di tebingnya di Batu 8, di sini, pagi tadi.
Mangsa H Yoe Wan, 46, ditemui jam 9 pagi oleh seorang pemancing yang terkejut melihat mayat berkenaan di dalam parit di hadapan rumah seorang penduduk.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berikutan penemuan mayat itu.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan pihak polis masih menanti keputusan pihak hospital bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 3:17 PM


KEADAAN mangsa yang ditemui dalam parit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73637#sthash.xxAbqRy3.dpuf

Pemuda ditemui lemas

Dungun: Seorang pemuda berusia 20 tahun ditemui lemas, manakala rakannya berjaya diselamatkan ketika mandi di Sungai Lubuk Kanjat, Talong, di sini, dalam kejadian 9 pagi tadi.
Mohd Norhaziem Ghazali, 20, pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Mizan, Dungun lemas ketika mandi bersama lima rakannya di Sungai terbabit.
Sahabatnya, Mohd Faris Che Azimi, 20, yang turut lemas berjaya diselamatkan rakan mereka.
Ketika kejadian, kedua mangsa bersama tiga lagi rakan mereka, M Jamil Mamat, 30; Amir, 21, dan Azhan, 22, mandi di situ sebelum menyertai pertandingan bolasepak tujuh sebelah yang dianjurkan sebuah pertubuhan di kampung itu.
Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh penduduk kampung yang melancarkan gerakan mencari sebelum jenazahnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat..
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 3:31 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73639#sthash.A4r0gZ7K.dpuf