Search This Blog

Wednesday, August 26, 2015

Perkhidmatan doktor 'selfie' mungkin ditamatkan - Menteri

RABU, 26 OGOS 2015 @ 5:35 PM



PUTRAJAYA: Doktor wanita yang merakam gambar 'selfie' di sebuah hospital di Johor Baharu, berkemungkinan berhadapan tindakan ditamatkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam. Bagaimanapun, katanya, tindakan terhadap doktor yang berkhidmat kurang dari lima tahun itu akan bergantung kepada hasil siasatan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan. "Tindakan lain ialah digantung kerja atau dikenakan tindakan pentadbiran," katanya mengulas tindakan doktor wanita itu yang merakam gambar selfie sambil menunjukkan isyarat 'peace' dengan pesakit dalam posisi bersalin. Dr Subramaniam berkata, ia perbuatan serius kerana melanggar etika sebagai pengamal perubatan. "Bayangkan hendak menjadi doktor bukan senang kerana perlu mengambil masa bertahun-tahun dan menelan belanja tinggi, tetapi kerana selfie dalam beberapa saat, masa depan bakal gelap," katanya kepada pemberita di kementeriannya di sini hari ini. Perbuatan doktor itu mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang turut mengecam tindakan yang mengaibkan maruah pesakit itu berkata anggota keluarga atau suami pesakit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor berkenaan. Mengulas lanjut, Dr Subramaniam memberi amaran keras kepada pegawai perubatan agar tidak mengulangi perbuatan sama serta mengingatkan bahawa mereka mempunyai etika kerja yang wajib dipatuhi. Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata pihaknya akan membentangkan pindaan Akta Pergigian 1971 di Parlimen pada Oktober ini, bagi mewujudkan bidang kepakaran dalam profesion pergigian. Beliau berkata, tujuan diwujudkan bidang kepakaran pergigian bertujuan untuk memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan di negara ini dan menangani penyalahgunaan gelaran pakar pergigian. "Dengan pindaan akta ini, doktor gigi yang mempunyai kepakaran bidang tertentu seperti rawatan mulut dan gusi serta pembedahan tulang di muka perlu berdaftar di bawah pihak kementerian," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77472

Kereta sapu: Polis trafik keluar 12 saman


26 OGOS 2015


SANDAKAN - Sebanyak 12 saman dikeluarkan ke atas kereta sapu dalam satu operasi di Batu 8 Bandar Sibuga Jaya dekat sini semalam.    

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata saman dikeluarkan di bawah Seksyen 33 Akta Lembaga Pengangkutan Kenderaan Perdagangan 1987 kerana menggunakan kenderaan persendirian sebagai pengangkutan awam tanpa permit yang sah.
   
Beliau berkata di bawah seksyen itu, denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan jika sabit kesalahan.
   
Operasi itu bertujuan membanteras kenderaan persendirian yang dijadikan pengangkutan awam tanpa permit sah dan mengelakkan kereta sapu memonopoli petak letak kenderaan di kawasan itu, katanya di sini hari ini.
   
Zabidi turut mengingatkan orang ramai yang menggunakan kereta sapu bahawa kenderaan itu tidak dilindungi insurans, justeru mengundang risiko sekiranya berlaku kemalangan. - Bernama

Terpedaya syarikat pengendali pakej umrah


SAPINAH AB GHANI
26 OGOS 2015Terpedaya syarikat pengendali pakej umrah
Terpedaya syarikat pengendali pakej umrah Mohd Aidil Afizie (dua, kiri) pada sidang media, semalam.

KOTA BHARU - Mudah terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan syarikat pengendali pakej umrah dan ziarah antara faktor ramai orang awam di negara ini ditipu.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) Malaysia Negeri Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud berkata, harga minimum untuk pakej umrah adalah RM4,900, ia perlu diragui jika ada yang menawarkan di bawah harga ditetapkan.

“Agak mustahil apabila ada pakej ditawarkan di bawah harga ditetapkan (RM4,900), kerana harga tersebut merangkumi segala keperluan diperlukan iaitu tiket penerbangan, penginapan, makan dan minum, bayaran visa dan pasport, mutawif dan pengangkutan.

“Walau bagaimanapun, penipuan juga berlaku terhadap pakej yang lebih mahal, kerana ada kes di mana satu pakej umrah dijual pada harga RM23,000 dan dijanjikan layanan kelas pertama, namun apa yang berlaku sebaliknya,” katanya pada sidang media, di sini.

Mohd Aidil Afizie ditemui media ketika menghadiri kempen kesedaran mengenai penipuan pakej umrah atau ziarah dan hak kepenggunaan kepada orang awam 2015, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Aidil Afizie berkata, orang ramai perlu lebih berhati-hati memilih ejen pelancongan yang akan membawa mereka mengerjakan ibadah di tanah suci bagi mengelak perkara tidak diingini.

“Pelbagai cara mungkin digunakan, jadi untuk mengelak ditipu, teliti terlebih dahulu harga ditawarkan, adakalanya melebihi RM4,900, tetapi ada keperluan yang digugurkan, sama ada bayaran visa, mutawif dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak tertipu dengan tawaran diterima sekalipun dari mereka yang dikenali kerana terdapat juga dalam kalangan pengendali pakej menggunakan individu berpengaruh untuk meraih kepercayaan orang ramai terhadap pakej ditawarkan.

Sementara itu, Mohd Aidil Afizie turut menyeru orang ramai yang ditipu agar melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui tribunal pengguna atau membuat laporan polis bagi membantu proses penyelesaian.

“Kita akan cuba mencari jalan menyelesaikan masalah dihadapi sama ada mendapatkan balik bayaran yang di buat atau mengambil tindakan undang-undang terhadap kesalahan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun sehingga kini tidak ada kes penipuan melibatkan pakej umrah dan ziarah dikesan di negeri ini, walaupun terdapat satu kes dilaporkan tahun lalu.

Mengenai kempen yang diadakan dengan kerjasama KPDNKK, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Mohd Aidil Afizie berkata, ia bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran tentang pentingnya memilih syarikat pengendali umrah yang berlesen dengan KPK.

Penganggur mengaku miliki 90 pil kuda


ROSALWANI CHE SOH
26 OGOS 2015Penganggur mengaku miliki 90 pil kuda
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah dan akan ditahan di penjara jika tidak membayar jaminan.

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku salah atas tuduhan memiliki 90 pil kuda di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman terhadap tertuduh, Wahab Mahamed, 41, bagaimanapun ditangguhkan bagi mendapatkan laporan kimia berat sebenar dadah berkenaan.

Dia didakwa memiliki 9 gram (g) dadah jenis metamphetamine di tepi kilang ais di Kampung Tok Bali, Pasir Puteh, pada jam 1.15 pagi, 22 Ogos lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dua hingga lima tahun dan sebat tidak kurang daripada tiga serta tidak lebih daripada sembilan sebatan.

Dalam perkembangan sama, tertuduh juga mengaku pada tuduhan kedua memiliki 0.2 g dadah jenis heroin pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Kes ditetapkan untuk fakta dan hukuman terhadap bapa kepada lima cahaya mata itu 26 Oktober depan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh.

Sementara itu, Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin.

Mayat bayi ditemui dalam plastik hitam


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 OGOS 2015Mayat bayi ditemui dalam plastik hitam
Mayat bayi ditemui dalam plastik hitam Gambar mayat bayi berkenaan dalam plastik hitam yang tersebar di media sosial.

MUADZAM SHAH – Penduduk di sekitar Bandar Muadzam Shah, di sini gempar berikutan penemuan mayat bayi yang dibungkus dalam plastik hitam dalam tandas wanita masjid berkenaan yang ditemui sekitar jam 2.40 petang kelmarin.

Setiausaha Masjid Muadzam Shah, Alwi Husin berkata, pada waktu Zohor beliau menunaikan solat berjemaah di masjid berkenaan, namun ketika itu masih tiada laporan berkaitan dengan penemuan mayat bayi tersebut.

“Sebelum jam 3 petang selepas saya balik ke rumah, seorang kakitangan masjid telefon, memaklumkan kepada saya seorang wanita menemui mayat bayi itu dalam tandas wanita yang dibungkus dengan plastik sampah warna hitam.

“Saya kemudiannya minta supaya wanita berkenaan membuat laporan polis kerana dia yang menjumpainya. Tidak lama selepas laporan dibuat, polis tiba untuk melakukan siasatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, wanita yang menjumpainya itu memberitahu pada mulanya dia membiarkan sahaja bungkusan plastik hitam yang diletak di tepi mangkuk tandas, tetapi berasa curiga lalu mengambil dan membawanya keluar untuk melihat isi kandungannya.

Dalam pada itu, Alwi turut menegaskan pihak masjid memandang serius mengenai kejadian tersebut dan akan cuba membantu siasatan dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan akan menyerahkannya kepada pihak polis.

“Pihak masjid telah melihat rakaman bermula jam 12 tengah hari semalam (kelmarin), namun tidak kelihatan individu yang mencurigakan membawa bungkusan hitam masuk ke tandas. Buat masa ini kami masih dalam proses meneliti rakaman dalam tempoh 48 jam sebelum kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin yang dihubungi mengesahkan kejadian dan mayat bayi itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses bedah siasat.

Kereta curi ditemui di kawasan rekreasi


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 OGOS 2015Kereta curi ditemui di kawasan rekreasi
Kereta curi ditemui di kawasan rekreasi Kereta Suzuki Swift yang ditemui di pusat rekreasi Tasik Pelindung di sini, malam kelmarin.

KUANTAN - Sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Pokok Sena, Kedah ditemui di kawasan rekreasi Tasik Pelindung di sini, malam kelmarin.

Kereta jenis Suzuki Swift berwarna putih itu ditemui anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu kira-kira jam 9.45 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, curiga dengan kenderaan tersebut, anggota terlibat melakukan pemeriksaan dan mendapati kenderaan itu ditinggalkan tanpa berkunci.

Menurutnya, semakan rekod terhadap nombor pendaftaran yang digunakan didapati palsu.

“Pemeriksaan lanjut terhadap nombor casisnya membongkar identiti sebenar kenderaan itu sebagai kenderaan curi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, pihaknya melakukan pemantauan dan intipan selama kira-kira dua jam bagaimanapun tiada kelibat individu mencurigakan tampil di kawasan tersebut.

“Kenderaan tersebut dibawa ke balai dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Terjerat ah long angkara rakan kongsi


MUHAMMAD AFHAM RAMLI
26 OGOS 2015Terjerat ah long angkara rakan kongsi
Terjerat ah long angkara rakan kongsi Pintu kaca di hadapan farmasi ini pecah selepas dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali.

KUALA LUMPUR -  Akibat terlalu percaya pada rakan kongsi, seorang ahli farmasi terpaksa menanggung kerugian ratusan ribuan ringgit apabila rakannya itu menghilangkan diri  selepas meminjam wang dari ah long.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Foong, 32, menyedari dirinya ditipu selepas farmasi yang dibukanya bersama bekas rakan niaganya disimbah cat pada Isnin lalu.

Menurutnya, waktu itu, dia yang berada di rumah kira-kira jam 10.50 malam dimaklumkan tentang kejadian oleh pemilik kedai berhampiran.

“Saya terus bergegas ke premis di bandar Puchong untuk mengetahui kejadian dengan lebih lanjut. Baru saya tahu kejadian itu kerana bekas rakan niaga saya ada meminjam daripada ah long sejumlah wang RM500,000 untuk kegunaannya sendiri.

“Lebih memeranjatkan saya, pinjaman itu menggunakan dokumen milik syarikat, bukannya milik diri sendiri,” katanya kepada pemberita di Wisma MCA, semalam.

Tidak cukup dengan itu, kira-kira jam 8.10 malam, Sabtu lalu, mangsa yang berada dalam farmasinya didatangi seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin pintu hadapannya menggunakan kayu besbol.

Lelaki itu kemudian terus melarikan diri dengan meninggalkan enam keping kertas bersama gambar bekas rakan niaganya itu.

Foong berkata, kertas itu tertulis ayat berbaur ugutan yang mendakwanya seorang penipu  kerana tidak membayar hutang.

Mengulas lanjut berkenaan rakan niaganya dikenali sebagai Koo, 31, Foong berkata, laporan polis dibuat di Balai Bandar Kinrara, Serdang dan kali terakhir bertemu dengan rakannya itu pada Mei lalu.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, kejadian ini adalah sesuatu yang tidak adil berlaku pada mangsa kerana dia tidak tahu apa-apa dan hanya tersepit kerana tindakan bekas rakan niaganya.

“Saya nasihat kepada mana-mana individu yang ingin menjalankan perniagaan, berhati-hati dalam memilih rakan kongsi.

“Ini kerana, setakat ini, kita banyak menerima aduan berhubung kejadian sebegini dan menyebabkan mangsa yang tidak bersalah terpaksa menanggung kerugian,” katanya.

Tukang kayu bebas tuduhan bunuh adik ipar


WARTAWAN SINAR HARIAN
26 OGOS 2015Tukang kayu bebas tuduhan bunuh adik ipar
Tukang kayu bebas tuduhan bunuh adik ipar Kalippan memeluk isterinya sebaik dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan bunuh adik ipar di Mahkamah Tinggi Temerloh di sini, semalam sambil ditemani Ramachelvam (kanan).

TEMERLOH – Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh di sini semalam, melepas dan membebaskan seorang tukang kayu daripada tuduhan membunuh adik iparnya dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Karim Ab Rahman mengeluarkan perintah tersebut selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh S Kalippan, 38.

Terdahulu, tertuduh didakwa membunuh adik iparnya S Panjamoorthy di hadapan sebuah kedai makanan laut di Jalan Bahagia, Triang, kira-kira jam 1 hingga 2.30 pagi pada 16 Februari 2013 dan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Peguam Datuk Ramachelvam memaklumkan, tertuduh dilepas dan dibebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh selepas pihak pendakwaan gagal mengaitkan tertuduh dengan kes tersebut.

Mangsa adalah adik ipar tertuduh ditetak di hadapan kedai makanan laut tersebut selepas berlaku pergaduhan membabitkan tiga individu termasuk mangsa dan tertuduh.

Ramachelvam berkata, salah seorang lagi individu yang dikaitkan dengan kes tersebut terlibat  dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkannya koma.

Menurutnya, pihak pendakwaan hanya menggunakan keterangan bertulis yang diberikan kepada polis semasa siasatan daripada individu terbabit dan dikemukakan di mahkamah  amun keterangan itu tidak mampu mengaitkan tertuduh dengan pembunuhan tersebut.

“Mahkamah juga tidak memanggil tertuduh untuk membela diri sebaliknya melepas dan membebaskannya daripada tuduhan tersebut,” katanya.

Tertuduh ketika ditemui di luar mahkamah berasa lega dengan keputusan tersebut sambil berterima kasih kepada peguam yang mengendalikan kesnya.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa.

Rumah dihempap pokok


WARTAWAN SINAR HARIAN
26 OGOS 2015Rumah dihempap pokok
Nazman (kiri) ketika meninjau keadaan rumah pasangan warga emas terbabit petang semalam.

KUALA KRAI - Warna emas dari Taman Kuala Krai dekat sini terkejut melihat rumah didiami sejak 31 tahun lalu, rosak teruk dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang, malam Ahad lalu.

Sinar Harian difahamkan bahagian bawah pokok ini diserang anai-anai menyebabkan ia mudah tumbang ketika angin kencang.

Nik Esah Talib, 62, berkata, kebiasaannya dia dan suami, Awang Awang Noh,  80, berada di rumah pada waktu berkenaan.

“Kami bernasib baik kerana ketika kejadian, kami berada di rumah sebelah.

“Tiba-tiba dengar bunyi kuat kat luar rumah,” katanya  semalam.

Berikutan kejadian, sebahagian besar bumbung rumah terbabit rosak dan perlu digantikan dengan yang baharu.

“Makcik tak bekerja, pakcik pun dah uzur, jadi kami berharap ada pihak akan bantu membaik pulih rumah ini.

“Barang dalam rumah pula terpaksa kena alih, sebab sekarang cuaca tak menentu...asyik hujan saja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Iberahim dan juga Adun Guchil, Mohd Roslan Puteh turut melakukan lawatan bagi melihat keadaan kediaman pasangan terbabit.

Kereta bertembung, dua maut di Batu Pahat


26 OGOS 2015Kemalangan
 Kemalangan

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila dua kereta bertembung di Batu 3 Jalan Yong Peng, dekat Batu Pahat semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata mereka yang maut  dikenali sebagai Mohd Rizal Mohd Radin, 35, dan Lim Tong Hain @ Lim Tong Haw,62, manakala mangsa yang cedera pula adalah Tan Kean Joo, 28.

Kemalangan kira-kira jam 7.15 malam itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu Mohd Rizal dari arah Ayer Hitam menuju ke Yong Peng, hilang kawalan selepas melalui kawasan yang baru ditaburkan dengan batu kerikil untuk kerja penurapan.

Ia menyebabkan kereta Mohd Rizal terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

"Pertembungan mengakibatkan Mohd Rizal dan rakan (penumpang depan) mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta Toyota itu pula cedera," katanya yang dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan polis menyifatkan kejadian berpunca akibat kecuaian mangsa sendiri. - Bernama

Kerani Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Jerutan Di Leher


Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 11:38 PM

JOHOR BAHARU:  Seorang kerani wanita syarikat kurier ditemui mati dengan kesan jerutan di leher, dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Desa, dekat Kluang, Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata S.Chintra, 31, ditemui mati oleh bapa dan sepupunya dengan keadaan separuh pinggangnya tertiarap di dalam tab mandi di bilik air rumah berkenaan.

"Menurut saksi, wanita itu dikatakan keluar dari pejabatnya pada waktu makan tengah hari dan gagal pulang semula ke pejabat.

"Kira-kira 3.30 petang, sepupu mangsa telah menghubunginya menerusi panggilan telefon, namun tiada percakapan melalui panggilan yang dijawab itu sebelum panggilan berkenaan terputus," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata sepupu mangsa yang mengesyaki sesuatu berlaku itu bertindak menghubungi bapa mangsa sebelum mereka pergi ke rumah tersebut dan mendapati pintu rumah terbabit terbuka.

Katanya sebaik memasuki rumah itu, mereka mendapati pintu bilik utama berkunci dan mangsa kemudian ditemui di dalam bilik air selepas pintu tersebut dipecahkan. Mohamad berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital itu.

Beliau berkata siasatan mendapati bilik mangsa agak berselerak dan dipercayai berlaku pergelutan antaranya dan suspek.

Katanya pemeriksaan menemui sebentuk loket emas milik mangsa di dalam bilik di tepi katil manakala antara barang milik mangsa yang hilang adalah dua telefon bimbit, beberapa barangan kemas serta satu kunci kereta jenis Perodua Myvi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan setakat ini dipercayai bermotifkan cemburu dan dendam, kata Mohamad.

12 maut, polis bertempur dengan penunjuk perasaan di Nepal

ISNIN, 24 OGOS 2015 @ 11:17 PM

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk lima anggota polis terbunuh apabila polis bertempur dengan penunjuk perasaan di Tikapur, di barat Nepal, kira-kira 800 kilometer di barat Kathmandu, hari ini. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Bamdev Gautaum berkata, dalam sidang Parlimen pada Isnin, beberapa perusuh yang tidak terkawal dan penjenayah menyerang polis atas nama bantahan di Tikapur menyebabkan beberapa orang termasuk beberapa anggota polis terbunuh. "Ia satu tindakan jenayah untuk menyerang polis dengan senjata berbahaya dan kami semua mengutuk tindakan ini," katanya. Bagaimanapun, penunjuk perasaan mendakwa pertempuran tercetus apabila polis melepaskan tembakan ke arah mereka yang mengadakan protes secara aman. "Polis bertanggungjawab terhadap insiden itu kerana melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang membuat bantahan secara aman," kata anggota Parlimen Ram Janam Chaudhari, yang bersimpati dengan penunjuk perasaan, ketika ditemuramah menerusi telefon. Anggota polis yang terbunuh dalam insiden itu ialah superintenden Laxman Neupane, inspektor Balaram Bista dan tiga konstabel iaitu Ram Bihari Chaudhari, Lokendra Chand dan Keshav Bohara. Penunjuk perasaan terdiri daripada penduduk etnik Tharu yang menuntut wilayah autonomi untuk masyarakat etnik Tharu di barat Nepal. Tetapi kerajaan dan tiga parti utama menentang pemberian autonomi kepada penduduk etnik Tharu. Kerajaan telah mengisytiharkan perintah berkurung untuk tempoh tidak ditentukan selepas insiden tersebut dan mengharamkan rapat umum dan perhimpunan di Tikapur dan kawasan bersebelahan. - BERNAMA

POLIS bertempur dengan penunjuk perasaan di Tikapur, di barat Nepal. - Foto ihsan http://www.dcnepalonline.com/ DISYORKAN

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77049

8 maut banjir di Turki

SELASA, 25 OGOS 2015 @ 12:23 AM

 ISTANBUL: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang semalam akibat banjir di wilayah timur laut Laut Hitam, Artvin, Turki, menurut pihak berkuasa. Gabenor Artvin, Kemal Cirit dipetik agensi berita DHA sebagai berkata, sekurang-kurangnya tiga daripada kematian itu disebabkan sebuah rumah runtuh di pekan Hopa. Gambar televisyen menunjukkan keadaan huru-hara ketika air sungai melimpahi tebing dan mengalir deras di jalan raya, memerangkap kereta dan bas. Wilayah Artvin bersempadan dengan Georgia, terkenal dengan paras hujan tinggi dan sering dilanda banjir. - AFP


PENDUDUK melihat banjir di Artvin. Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang. - Foto AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77106

Bayi, Anggota Polis Maut Ditembak


Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 9:24 AM

LILLE, Perancis: Seorang anggota polis dan bayi antara empat mangsa yang ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol di kem gipsi di utara negara berkenaan pada Selasa.
Dalam kejadian di bandar Roye itu, tiga orang termasuk suspek turut mengalami kecederaan.
Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve memberitahu pemberita, tiga orang termasuk seorang bayi, seorang lelaki dan wanita telah ditembak mati dengan kejam.
"Seorang anggota polis yang mengalami kecederaan serius akibat ditembak telah meninggal dunia selepas itu.
"Seorang lagi anggota polis dan kanak-kanak berusia tiga tahun turut dilaporkan mengalami kecederaan serius dan sedang dirawat," jelasnya.
Saksi memberitahu, suspek yang berada dalam keadaan mabuk bertindak menembak anggota polis berkenaan yang hadir ke situ untuk melakukan siasatan.
Suspek juga kini berada dalam serius selepas mengalami kecederaan parah akibat pergelutan.

Penyerang kereta api laju Perancis berdepan dakwaan keganasan

RABU, 26 OGOS 2015 @ 8:01 AM

KENDERAAN polis yang dipercayai membawa Ayoub El Khazzani, meninggalkan mahkamah di Paris, hari ini. - Foto Reuters PARIS: Lelaki warga Maghribi yang menjadi suspek menyerang sebuah kereta api kelajuan tinggi di Perancis minggu lalu akan didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba melakukan pembunuhan dengan cara keganasan. Ayoub El Khazzani, 25, yang dikenakan tahanan reman, juga didakwa atas kesalahan memiliki senjata api serta menyertai pertubuhan pengganas dengan niat merancang atau melakukan jenayah. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77350

Warga Colombia tinggalkan Venezuela selepas program penghantaran pulang

RABU, 26 OGOS 2015 @ 9:04 AM

ANGGOTA polis Colombia membantu penduduk merentas Sungai Tachira dari Venezuela, sempadan yang memisahkan San Antonio del Tachira, Venezuela dari Villa del Rosario, Colombia. - Foto AP


CUCUTA, Colombia: Beratus-ratus warga Colombia meninggalkan Venezuela bersama harta benda mereka bagi mengelakkan dihantar pulang dengan tangan kosong seperti lebih 1,000 rakan senegara yang sudah dihantar pulang berikutan krisis sempadan kedua-dua negara yang semakin memuncak. Ramai warga Colombia dilihat menggendong peti ais dan tilam merentas denai meninggalkan negeri Tachira, pulang ke negara asal mereka dengan meranduk sungai yang menjadi sempadan kedua-dua negara. "Kami bergerak sekitar jam 3 pagi sehelai sepinggang. Kami akan kembali ambil barang sebelum mereka usir kami pulang," kata Rosana Morena, 25, seorang daripada warga Colombia berkenaan. Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, mengarahkan pintu sempadan antara Tachira dengan Norte de Santander, Colombia ditutup minggu lalu berikutan serangan kumpulan tidak dikenali terhadap pos kawalan tentera. Arahan penutupan sebelum ini adalah untuk 72 jam, tetapi kemudian dilanjutkan hingga ke suatu tarikh diberitahu kelak kerana kerajaan Venezuela menuduh negara jiran menyerang ekonomi negara itu. Kenyataan itu ditujukan kepada kegiatan penyeludupan besar-besaran pelbagai produk barangan dan makanan Venezuela yang murah kerana subsidi kerajaan. Venezuela sudah lama menggunakan hasil minyak untuk memberi subsidi besar kepada produk dan barangan, sehinggakan produk seperti beras dan tisu umpamanya hampir 10 kali ganda lebih murah berbanding di Colombia. Bagaimanapun, kini dengan harga minyak rendah, kerajaan perlu mengetatkan kawalan terhadap barangan berkenaan yang dikatakan semakin berkurangan di pasaran tempatan, dipercayai kerana diseludup keluar. - AFP

SEORANG lelaki menggendong peti sejuk merentas Sungai Tachira di sempadan Venezuela-Colombia, yang berdekatan dengan perkampungan Villa del Rosario. Beratus-ratus warga Colombia meninggalkan Venezuela bersama harta benda mereka bagi mengelak dihantar pulang dengan tangan kosong seperti lebih 1,000 rakan senegara yang sudah dihantar pulang berikutan krisis sempadan kedua-dua negara yang semakin memuncak. - Foto Reuters DISYORKAN

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77370

Taufan Goni badai Jepun


26 OGOS 2015Taufan Goni badai Jepun
 Taufan Goni badai Jepun Tentera Udara Filipina (PAF) memunggah bekalan bantuan kepada penduduk kampung di wilayah Ilocus sur. - Foto AFP

TOKYO - JEPUN. Sekurangnya-kurangnya 13 orang cedera dan lebih 100,000 penduduk di pulau utama Honshu diarahkan berpindah selepas Taufan Goni membadai Laut Jepun, semalam.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, ribut kuat yang meragut 26 nyawa di Filipina itu mula memasuki barat daya Kumanto pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) dengan membawa angin sehingga 198 kilometer sejam.

Selain itu, ribut kuat juga menyebabkan kerosakan pada bangunan dan kenderaan, selain memaksa pengusaha kereta api serantau menghentikan operasi dan penerbangan domestik serta antarabangsa dibatalkan.

Kira-kira 425,000 isi rumah di Kyushu turut mengalami gangguan bekalan elektrik sekitar pukul 10 pagi, menurut jurucakap Kyushu Electric.

Minggu lalu, Goni melanda bahagian utara Filipina, memusnahkan hampir 1,000 rumah dan memaksa lebih 12,000 penduduk berpindah untuk menyelamatkan diri. - AFP

Mengadu sesak nafas sebelum meninggal

Melaka: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika menerima rawatan di hospital Melaka, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa Atiqah Salihah Mohd Said yang juga pelajar tahun empat dibawa ke hospital oleh ibunya selepas mangsa mengadu sukar untuk bernafas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, hasil daripada pemeriksaan oleh pegawai perubatan bertugas polis mendapati dia dijangkiti kuman di bahagian paru-paru.
"Mangsa kemudian tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal awal pagi tadi.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kematian diklafikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 4:55 PM

IBU: mangsa ditenangkan bapanya ketika menunggu proses bedah siasat anak mereka selesai.

Warga emas maut langgar kerbau


IPOH: Warga emas maut apabila motosikalnya merempuh sekumpulan kerbau yang sedang melintas jalan di Kilometer 43, Jalan Ayer Kuning-Teluk Intan dekat Kampar semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, Liyang Kah Chong atau Leong Kah Choi, 80, cedera di kepala dan mati ketika dirawat di Hospital Kampar.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada 8.15 malam ketika mangsa dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Taman Eastern, Kampar.

"Mangsa tidak dapat menghentikan motosikalnya apabila tiba-tiba sekumpulan kerbau melintas jalan di hadapannya," katanya ketika dihubungi.

Dalam satu lagi nahas, penunggang motosikal terbunuh selepas dirempuh kenderaan dari arah belakang di Kilometer 10, Jalan Sungkai-Besaut dekat Tapah malam tadi.

Abdullah Latif Husin, 53, dari Kampung Tiang Bertarah, Sungkai yang cedera parah meninggal di tempat kejadian.

Pemandu kenderaan terbabit menghilangkan diri selepas kemalangan, katanya.

Beliau meminta saksi kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di talian 05-2451222 atau balai polis berhampiran. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 1:37 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72926#sthash.N7IhAS9U.dpuf

Parah di kepala, patah kaki kiri

Jasin: Seorang krew penerbitan parah di kepala dan patah kaki kiri, manakala empat rakannya cedera ringan selepas van dinaiki terbalik di Kilometer 191, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini, jam 5 petang tadi.
Jurucakap polis berkata, mangsa berusia 60 tahun bersama empat kru penerbitan rancangan dokumentari dari arah Kuala Lumpur ke Johor Baru untuk pengambaran rancangan sebuah stesen televisyen tempatan.
Mangsa yang duduk di kerusi penumpang hadapan tercampak keluar selepas van dipandu rakannya melanggar sebuah lori dari arah sama sebelum terbalik.
Mangsa parah di kepala dan patah kaki kiri manakala empat rakannya cedera ringan dan mereka dikejarkan ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 6:40 PM


FOTO Arifin Salleh
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72958#sthash.zkSEJMQ2.dpuf

Wanita mati dijerut

Kluang: Seorang wanita berusia 31 tahun dijumpai mati dengan kesan jerutan di leher selain kepala tersembam dalam baldi kira-kira 3 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih giat dijalankan.
Menurut Mohamad, kejadian dipercayai berlaku antara 12 tengah hari hingga 3 petang ketika mangsa berehat di rumahnya di Taman Desa, di sini.
"Hasil siasatan awal, dua suspek terbabit dalam kejadian ini namun kedua-duanya masih bebas.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu untuk mengenal pasti suspek," katanya.
Mohamad berkata, pihaknya percaya, motif kejadian adalah dendam dan cemburu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 10:02 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72960#sthash.XgA64C96.dpuf

Kemboja rampas 1.5 tan ganja

Phnom Penh: Polis Kemboja berjaya mematahkan cubaan menyeludup hampir 1.5 tan dadah jenis ganja bernilai lebih AS$7 juta (RM29.46 juta) yang dibungkus dalam bungkusan kopi.
Ketua pejabat antidadah, Khieu Samon berkata, dadah seberat 1,487 kilogram itu dirampas dalam beberapa serbuan di sini pada Jumaat lalu.
Menurutnya, tiga lelaki warga tempatan turut ditahan dalam operasi berkenaan.
“Dadah ini dibungkus dalam beg kopi dengan jenama Dao dan diseludup masuk ke Kemboja melalui Laos.
“Sindiket ini merancang menyeludup dadah ini ke negara ketiga kerana harganya lebih tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 7:45 AM


SEORANG anggota polis memeriksa bungkusan ganja yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72980#sthash.DIYqKfiV.dpuf

Perut memboyot layan syabu

Alor Setar: Seorang wanita sarat mengandung yang dijangka melahirkan bayinya kelmarin, dikesan masih sempat mengambil dadah syabu dengan alasan untuk menghilangkan tekanan apabila ditemui dalam keadaan khayal ketika serbuan di sebuah rumah di Kampung Ulu, Kuala Kedah, di sini, semalam.
Wanita berusia 32 tahun yang sepatutnya melahirkan anak keenam itu ditahan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar/Pokok Sena bersama sepupunya berusia 27 tahun yang juga hamil tujuh bulan serta ibunya berusia 48 tahun.
Dalam serbuan jam 3 petang, sepasukan anggota AADK menyerbu rumah berkenaan dan mendapati ketiga-tiga mereka disyaki khayal sambil berehat kerana dipercayai baru selesai mengambil dadah berkenaan.
Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiganya positif dadah methaphetamine.
Wanita terbabit yang mempunyai lima anak mengaku mengambil dadah selepas berpisah dengan bekas suaminya enam tahun lalu.
Katanya, dia mula mengambil syabu sejak bekerja di pelantar nelayan di Kuala Kedah, di sini, dan turut menjalin hubungan dengan penagih dadah sebelum hamil luar nikah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 8:12 AM


SURIA Azlina (dua dari kiri) bersama pegawai AADK menahan tiga wanita bersaudara dipercayai penagih dadah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73000#sthash.tSQLCgM9.dpuf

Kementerian tiada tolak ansur


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap doktor yang merakam gambar ketika pesakit wanita dalam posisi terkangkang sebelum menjadi viral hingga mencetuskan kemarahan awam sejak semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat perkara itu dan tindakan serta-merta diambil kepada pengamal perubatan itu jika dakwaan berkenaan benar.

“Kita mengenal pasti hospital dan pegawai perubatan terbabit, tindakan tegas diambil selepas selesai siasatan,” katanya dalam komen di laman sosial Facebook milik Kak Long Di Sini.

Tindakan pengamal perubatan mengambil gambar kontroversi itu mungkin menyebabkan dia berdepan tindakan tatatertib oleh Kementerian Kesihatan.

Sejak semalam, sekeping gambar memaparkan doktor menunjukkan isyarat ‘peace’ sambil merakam keadaan pesakit wanita yang ketika itu dalam posisi terkangkang dipercayai mahu bersalin menjadi viral di laman sosial sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Gambar itu dimuat naik pengguna Facebook bernama Kak Long Di Sini menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap doktor berkenaan.

Carian Harian Metro mendapati gambar itu dipercayai dirakam di hospital di Johor Bahru.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 10:39 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72875#sthash.ytYcx3Qp.dpuf

Dah ingat mati

Kluang: “Sebaik digilis, saya terus bangun tanpa menyedari paha kanan saya patah,” kata warga emas Mohamad Nasir Manas, 70, yang parah dirempuh kereta Perodua Kancil yang hilang kawalan di stesen minyak di Jalan Besar, di sini, tengah hari kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mohamad Nasir mengisi petrol ke dalam kereta Proton Iswara di stesen minyak terbabit.
Katanya, sebelum itu dia dan isteri Saerah Hassan, 58, baru menghantar pulang tiga cucu ke rumah di Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin, di sini, selepas mengambil mereka di sekolah.
“Selepas menghantar mereka pulang, saya dan isteri keluar semula ke bandar Kluang untuk membeli barang dapur.
“Ketika dalam perjalanan saya menyedari minyak kereta hampir habis dan berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisinya,” katanya.
Mohammad Nasir berkata, ketika menutup tangki minyak dan bersedia masuk ke dalam kereta, tiba-tiba Perodua Kancil merempuh belakang keretanya.
“Akibat rempuhan itu, kereta saya bergerak 10 meter ke hadapan dan saya terjatuh sebelum digilis dan diseret kira-kira dua meter menyebabkan patah tulang paha, tulang siku terkeluar dan cedera di rusuk kiri.
“Ketika digilis saya ingat akan mati, tetapi sejurus kejadian saya terus bangun tanpa menyedari paha kanan patah,” katanya yang dibawa seorang lelaki ke Hospital Pakar Kluang Utama, di sini, untuk rawatan.
Sementara itu, Saerah yang berada di dalam kereta pada mulanya tidak mengetahui kejadian sebelum mendengar suami menjerit menyebabkannya terkejut.
“Pada mulanya saya ingat dia menjerit selepas kereta dirempuh menyebabkan ia bergerak ke hadapan, tetapi sebaik keluar dari kenderaan saya lihat dia terbaring berlumuran darah,” katanya.
Kejadian dirakam kamera litar tertutup stesen minyak itu memaparkan wanita berumur 40 tahun gagal mengawal kenderaan selepas selipar dipakainya tersekat pada pedal minyak.
Berdasarkan rakaman video yang viral di Facebook, wanita itu masuk ke dalam kenderaan sejurus selesai mengisi minyak, namun gagal mengawalnya ketika kenderaan mula bergerak.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 10:43 AM

MOHAMAD Nasir menerima rawatan.

Sempat sambar anak tidur

Klang: “Mujur saya sempat membawa lari anak perempuan berusia lima tahun yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu rumah yang terbakar,” kata mangsa, Azwina Sari, 41, yang baru mengalami keguguran bayi dikandung.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam, kediaman mangsa terletak di Lorong Haji Bohari, Kampung Delek Kiri di sini, musnah dijilat api.
Kebakaran dipercayai bermula di sebuah bilik di kediaman itu sebelum merebak dengan pantas dan memusnahkan keseluruhan rumah.
Azwina berkata, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah sebelum terdengar jeritan jiran memaklumkan melihat api menjulang dari rumahnya.
“Sebelum kejadian, televisyen di ruang tamu kediaman terpadam mendadak. Saya menyangka bekalan elektrik terputus.
“Dalam keadaan cemas, jiran itu sempat bertanya di mana anak perempuan saya, Murmazwin Balqis Mazlan berada,” katanya.
Dia kemudian bergegas menyelamatkan anaknya itu yang masih lena tidur di ruang tamu kediaman. Saya segera mendukung dan membawanya keluar dari rumah.
“Api merebak dengan cepat dan saya tidak sempat menyelamatkan barang di dalam rumah termasuk dokumen penting,” katanya.
Katanya, walaupun tinggal sehelai sepinggang namun bersyukur kerana beliau dan anaknya sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu Penyelaras Operasi Pegawai Bomba dan Penyelamat Kanan II Mohd Shafiee Abdul Rawop berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 7:59 AM


ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di Lorong Haji Bohari, Kampung Delek Kiri, Klang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72768#sthash.VYCVxwY7.dpuf

Lelaki lagak pelanggan samun RM600


Seorang lelaki berpura-pura menyamar pelanggan sebelum menyamun pasar raya di Seksyen 20 di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, suspek dikatakan masuk ke dalam premis dan berpura-pura membeli minuman dalam tin.

Ketua Polis Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek berjalan ke kaunter bayaran sebelum memberi wang syiling kepada juruwang.

Menurutnya, suspek meminta juruwang mengira jumlah wang syiling berkenaan.

“Suspek mengambil kesempatan masuk ke bahagian dalam kaunter bayaran dan merentap peti simpanan tunai berisi wang tunai RM600.

“Suspek juga merampas kad tambah nilai yang dianggarkan berjumlah RM2,500 sebelum melarikan diri menggunakan kereta Toyota Vios yang berada di depan premis,” katanya.

Shafien berkata, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan bagi mendapatkan gambaran susuk fizikal suspek.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) dan operasi memburu suspek giat dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 8:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72995#sthash.AXK5vo5Y.dpuf

Tertekan ugutan gambar bogel ‘super impose’


Seorang lelaki berusia 32 tahun hidup dalam keadaan tertekan selepas wajahnya disunting dengan menggabungkan badan lelaki lain dalam keadaan berbogel sebelum diugut untuk disebarkan sekiranya gagal menyerahkan wang.

Dalam kejadian jam 2 petang Khamis lalu, mangsa yang bekerja sendiri terkejut apabila satu akaun Facebook (Fb) tidak dikenali dengan nama ‘Keyshin Yeo’, menghantar gambar mangsa dipercayai menggunakan teknik ‘super impose’.

Sumber berkata, suspek mengugut menyebarkan gambar mangsa sekiranya dia gagal menyerahkan wang, namun mangsa yang mengesyaki suspek cuba menipunya, mengabaikan mesej itu.

“Suspek yang berang berikutan mesejnya tidak berbalas, menghantar satu klip video lucah melalui khidmat pesanan Fb dan video berkenaan juga disunting dengan menampakkan wajah mangsa,” katanya.

Menurut sumber itu, suspek memaklumkan akan menyebarkan klip video lucah itu kepada keluarga dan rakannya sekiranya enggan menyerahkan wang dikehendaki.

“Bimbang dengan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jelapang dan mahu ia disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 8:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72996#sthash.tTpcgYFa.dpuf

Amah bebas tuduhan bunuh majikan


Putrajaya: Mahkamah Rayuan, semalam, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan amah Indonesia, Wilfrida Siok, 24, dari tuduhan membunuh majikannya, lima tahun lalu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu selepas pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar menarik balik rayuan mereka.

Turut bersidang bersama Datuk Ahmadi Asnawi dan Hakim Vernon Ong Lam Kiat.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang mengarahkan Wilfrida dihantar ke Hospital Permai, Johor sehingga mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan.

Pada 6 April 2014, Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan, melepas dan membebaskan Wilfrida daripada dakwaan membunuh majikannya selepas memutuskan wanita itu tidak siuman.

Wanita dari Kampung Kolo Ulun, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, didakwa membunuh Yeap Seok Pen, 60, di sebuah rumah di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas antara jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari, pada 7 Disember 2010.

Dalam kejadian itu, tertuduh yang baru bekerja dua minggu di rumah mangsa, didakwa menggunakan senjata tajam menyebabkan kecederaan parah pada muka mangsa sehingga membawa kematian.

Wilfrida yang hadir dengan diiringi oleh dua jururawat dan anggota polis, kelihatan tenang ketika keputusan itu dibacakan.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Wilfrida ketika ditemui berkata, pihaknya akan memfailkan petisyen kepada Sultan Kelantan supaya anak guamnya dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asalnya.

Turut hadir, calon Presiden pada Pilihan Raya Umum Presiden di Indonesia tahun lalu, Prabowo Subianto Djojohadikusumo.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 8:21 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73006#sthash.5gpTT6xr.dpuf

Mahkamah Bangladesh haramkan penyiaran filem Rana Plaza


Dhaka: Mahkamah Tinggi Bangladesh memerintahkan penyiaran filem mengenai pekerja kilang yang terselamat 17 hari selepas kilang pakaian runtuh dua tahun lalu diharamkan selama enam bulan.

Panel dua hakim mengeluarkan perintah itu terhadap filem Rana Plaza selepas petisyen difailkan mendakwa ia mengandungi babak mengerikan dan ganas yang mampu memberi kesan negatif terhadap pekerja industri pakaian negara itu.

Mahkamah turut memberi tempoh empat minggu kepada lembaga penapisan filem negara itu menjelaskan kenapa sijil penyiaran filem itu tidak patut dibatalkan.

Pempetisyen, Sirajul Islam Rony yang juga ketua kesatuan pekerja berkata, dia membuat permohonan itu kepada mahkamah kerana penerbit filem enggan membuang babak mengerikan seperti diarahkan mahkamah, Mac lalu.

Pengarah filem, Nazrul Islam Khan bagaimanapun menegaskan kisah benar Reshma Begum itu menunjukkan semangat kentalnya ketika berdepan tragedi.

Kejadian 24 April 2013 itu meragut 1,135 nyawa. Ribuan lagi diselamatkan dalam runtuhan kompleks yang dibina secara haram itu. Lima kilangnya membekalkan pakaian kepada syarikat antarabangsa.

Reshma terselamat kerana sempat lari ke tingkat bawah tanah sebaik merasakan bangunan itu bergegar.

Dia terperangkap dalam ruang udara kecil dan menemui makanan serta botol minuman bagi membolehkannya terus hidup sehingga ditemui 17 hari kemudian.

Reshma kini bekerja di sebuah hotel dimiliki rangkaian antarabangsa.

Kejadian itu mencetuskan kritikan di luar dan dalam negara dengan beberapa syarikat terkemuka turut membantu Bangladesh memperbaiki sektor itu untuk memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 7:41 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72971#sthash.vEnlFqh1.dpuf

Lori gas meletup

Herat (Afghanistan): Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk kanak-kanak maut dalam beberapa letupan di tempat simpanan gas yang mencetuskan kebakaran besar di kem pelarian berhampiran.
Masih tidak jelas sama ada kejadian tengah malam Selasa itu akibat kemalangan atau serangan militan.
Jurucakap polis Herat Abdul Rauf Ahmadi berkata: “Lori membawa gas meletup yang turut mencetuskan letupan di loji simpanan gas berhampiran. Akibatnya 11 terbunuh dan cedera.”
Api yang marak merebak ke kem pelarian berhampiran, di mana kebanyakan kematian berlaku.
Jurucakap gabenor Herat, Ihasanullah Hayat mengesahkan jumlah kematian dan berkata ramai mangsa adalah kanak-kanak.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 7:44 AM


Seorang ibu meratapi kematian anaknya dalam letupan itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72978#sthash.vAixSQ9r.dpuf

Seret sampai mati


Johannesburg: Lapan bekas polis Afrika Selatan semalam didapati bersalah membunuh seorang lelaki warga Mozambique selepas mengheret mangsa di belakang van polis mereka, dua tahun lalu.

Mangsa, Mido Macia, 27, yang juga pemandu teksi maut ketika dalam tahanan polis pada Februari 2013 selepas ditahan kerana meletakkan kenderaan pada arah bertentangan.

Saksi merakamkan Macia dipukul sebelum tangannya digari pada bahagian belakang van polis dan diseret ratusan meter di Daveyton, timur Johannesburg.

Dia ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dalam lokap tempat dia ditahan tidak lama selepas itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Pretoria Bert Bam semalam menolak dakwaan tertuduh bahawa Macia melawan ketika ditahan dan memukul seorang daripada mereka.

Pemandu van mendakwa memecut dari situ untuk melarikan diri daripada orang ramai tanpa mengetahui Macia diheret di belakang kenderaan.

Bagaimanapun, Bam berkata, dia menerima hujah pendakwa bahawa anggota terbabit mahu ‘mengajar’ Macia kerana memaki mereka ketika ditahan.

“Penahanan Macia atas kesalahan lalu lintas yang kecil tidak sah, bererti dia berhak melawan tindakan itu,” katanya.

Menurutnya, laporan bedah siasat jelas menunjukkan mangsa cedera di kepala selain luka dan lebam pada badannya yang menyokong dakwaan dia dipukul lagi di dalam lokap.

“Kecederaan dialaminya teruk termasuk akibat pukulan dengan objek tumpul.

“Dengan mempertimbangkan semua ini, jelas mangsa dipukul dalam lokap,” katanya.

Dia menetapkan 22 September depan untuk hukuman.

Semua tertuduh - yang dipecat bersama ketua balai tidak lama selepas kejadian - berdepan hukuman minimum penjara 15 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 7:38 AM
DISYORKAN

Saksi mula beri keterangan



GAMBAR kenangan Fairuz Nizam (duduk kiri) bersama isterinya, Nova Safitri yang memangku Nur Firuza Annisa dan dua lagi anak mereka iaitu Nur Firuza Amira (depan kiri) dan Nur Firuza Aqila (kanan).


KUALA LUMPUR – Saksi pertama perbicaraan kes dua pemandu Myvi yang didakwa menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) awal Mei lalu membe­ritahu Mahkamah Majistret Trafik di sini semalam bahawa maklumat awal kejadian tersebut melibatkan tiga buah kenderaan.
Saksi tersebut, Korperal Ahmad Fauzi Taha, 47, yang bertugas di Balai Polis Trafik Tun H. S. Lee berkata, beliau diberitahu kemala­ngan melibatkan dua buah kereta Pe­rodua Myvi dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero Sport.
Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh Lans Korperal Zulkifli dari bilik gerakan balai berkenaan berdasarkan maklumat daripada Lans Korperal Amir yang berada di tempat kejadian.
Menuru beliau, Zulkif­li turut memaklumkan bahawa hanya mayat pemandu Pajero berada di tempat kejadian manakala isteri mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumupur (HKL). Bayi mereka yang berusia enam bulan dibawa ke hospital sama oleh orang awam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3jrufWCZN 
Hakcipta terpelihara 

Terpedaya tawaran pakej murah



SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan 2015 peringkat negeri anjuran KPK di Pantai Cahaya Bulan Resort, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan pakej umrah murah yag ditawarkan oleh syarikat pengendali tidak berdaftar bagi mengelakkan sebarang penipuan.
Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) negeri Kelantan, Mohd. Aidil Afizie Daud berkata, sehingga April 2014 terdapat seba­nyak 91 kes jemaah haji dan umrah dilaporkan menjadi mangsa penipuan daripada syarikat tidak berdaftar di seluruh negara.
“Orang ramai perlu berwaspada dengan penipuan yang semakin berleluasa. Sepatutnya mereka yang mahu mengerjakan umrah perlu membayar RM4,900 bagi tempoh selama 12 hari 10 malam.
“Bagaimanapun, ramai yang ambil keputusan terburu-buru dan tidak membuat semakan sama ada syarikat terbabit berdaftar atau tidak selepas ditawarkan pakej yang lebih rendah,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3jruXkMQZ 
Hakcipta terpelihara 

Maut pada hari jadi anak



Orang ramai cuba membantu mengeluarkan mayat Kamal Isham yang tersepit setelah kereta dipandunya merempuh sebatang pokok kesinai di Kilometer 18.2, Jalan Kangar-Padang Besar, Kangar semalam.


KANGAR – Hasrat seorang guru untuk menyambut hari jadi anak keduanya petang semalam tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 18.2, Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran Empangan Timah Tasoh di sini.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Rizani Che Ismail berkata, dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Kamal Isham Mahadir, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kece­deraan parah pada kepala dan dada.
“Kemalangan dipercayai akibat kegagalan mangsa mengawal kereta jenis Honda City yang dipandunya sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok kesinai besar.
“Mayat guru Bahasa Melayu dan Sejarah Sekolah Kebangsaan (SK) Mata Ayer, Padang Besar itu tersepit namun berjaya dikeluarkan sepasukan anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk bedah siasat,” katanya di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3jruPmGvd 
Hakcipta terpelihara