Search This Blog

Tuesday, August 25, 2015

Terpaksa pantau ular sawa


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 OGOS 2015Terpaksa pantau ular sawa
Terpaksa pantau ular sawa Penguatkuasa MDGM menunjukkan ular sawa yang ditangkap.

GUA MUSANG - Seekor ular sawa daripada spesies Python reticulatus atau ular sawa batik berjaya ditangkap di kediaman seorang kakitangan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di Perumahan Penggawa Kampung Pulai, dekat sini, awal pagi semalam.

Reptilia sepanjang 2.56 meter berkenaan ditangkap ketika cuba memasuki reban angsa peliharaan Afandi Mohd Nor, 31, oleh lima anggota Unit Penguatkuasaan MDGM diketuai Penolong Penguat kuasa, Kamarudin Idris.

Afandi ketika ditemui berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 7.30 pagi yang mana dia terdengar bunyi bising dari reban angsa peliharaannya dan bergegas untuk melihat keadaan di situ.

"Sebaik sahaja menjenguk reban angsa, saya ternampak seekor ular sawa cuba membelit angsa peliharaan saya dan terus menghubungi Unit Penguatkuasaan MDGM.

"Saya bimbang ular itu akan menyusup masuk ke dalam rumah dan terpaksa memantau pergerakannya selama beberapa minit," katanya.

Menurutnya, apabila anggota Unit Penguatkuasaan MDGM tiba di lokasi kejadian, dia turut sama membantu untuk menangkap reptilia berkenaan dan usaha tersebut mengambil masa 20 minit.

Sementara itu, Kamarudin memberitahu, ini merupakan kali pertama unit berkenaan mengambil langkah berani untuk menangkap ular sawa walaupun sedar risiko yang dihadapi.

Katanya, mereka menggunakan kaedah penangkapan menggunakan jerat dan apabila ular sawa berkenaan berjaya dimasukkan ke dalam guni, ia diserahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

"Nasib baik kakitangan kita (Afandi) bertindak cepat melaporkan kejadian kepada Unit Penguatkuasaan MDGM. Jika tidak mungkin angsa peliharaannya menjadi mangsa ular sawa itu," katanya.

Dua lelaki nekad serang polis


NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN
25 OGOS 2015Dua lelaki nekad serang polis
Dua lelaki nekad serang polis Peralatan pecah rumah yang dirampas susulan penahanan dua suspek, awal pagi semalam.

KUANTAN - Dua lelaki yang terdesak untuk melepaskan diri selepas dikesan memecah masuk sebuah bangunan kedai di Jalan Wong Ah Jang  di sini, awal pagi semalam bertindak nekad menyerang polis dengan menyemburkan serbuk pemedih mata.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu difahamkan anggota polis terlibat tidak mengalami kecederaan sebaliknya tindakan pantas mereka berjaya menahan suspek yang bersembunyi di atas bumbung bangunan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, susulan penahanan dua suspek berusia 31 dan 35 tahun berasal dari Kampung Sungai Belat dan Jalan Air Putih di sini itu, polis menemui dan merampas pelbagai mesin dan perkakasan disyaki digunakan untuk aktiviti pecah masuk bangunan.

Menurutnya, polis juga turut menemui dan merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan suspek.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Kuantan diketuai Ketua Balai, Asisten Superintendan Abd Rahim Idris ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

“Ketika tiba di lokasi, anggota terlibat menyedari terdapat dua lelaki berada dalam bangunan kedai lalu mereka cuba masuk untuk memberkas suspek,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, anggotanya nyaris tercedera apabila suspek bertindak menyemburkan serbuk pemedih mata dalam cubaan menghalang anggota polis tersebut daripada menahan mereka.

“Bagaimanapun, selepas beberapa minit, pasukan itu berjaya masuk dan menahan suspek ketika sedang  bersembunyi di atas bumbung bangunan,” katanya.

Menurutnya, berikutan penahanan suspek polis menemui satu beg mengandungi mesin pengimpal, satu botol serbuk pemedih mata jenama Nivea Men Cool Kick, mesin pencanai, dua pasang tangga, dua lampu suluh dan pelbagai peralatan lain serta kereta yang
digunakan.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam kegiatan pecah rumah.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan suspek terlibat dalam kes-kes pecah rumah atau bangunan kedai yang lain yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Abdul Aziz berkata, berdasarkan penemuan peralatan yang digunakan, polis tidak menolak kemungkinan suspek bergerak aktif melakukan jenayah itu dan menjadikan premis kedai sebagai sasaran.

“Pada masa yang sama, kita cuba mengenal pasti sekiranya ada pihak lain yang terlibat atau bersubahat termasuk pembeli barangan hasil kegiatan itu,” katanya.

Lelaki Myanmar Dipenjara 10 Bulan, Cabul Ibu Anak Dua


Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 5:59 PM

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur warga Myanmar pada Isnin dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi kesalahan mencabul seorang ibu dua anak, awal bulan ini. 

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membuat keputusan itu selepas Nang Deih Piang, 22, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memeluk dan memegang punggung pembantu akauntan sebuah syarikat swasta itu dengan maksud hendak mencabul kehormatannya. 

Nang didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat pakaian di Jalan San Peng, Dang Wangi, di sini pada pukul 9 malam, 9 Ogos lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu.  

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 23 Ogos. 

Mengikut fakta kes, mangsa yang berusia 24 tahun telah pergi ke pusat pakaian itu bersama-sama dua orang anaknya dan setelah selesai membeli-belah,wanita itu pergi ke keretanya yang diletak di hadapan pusat pakaian itu dan memasukkan barangan yang dibeli ke dalam kereta. 

Tertuduh dengan tiba-tiba telah datang dan memeluk mangsa dari belakang.

Mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan sebelum orang awam datang membantunya. 

Terdahulu, Nang hanya mendiamkan diri ketika diminta membuat rayuan, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhi hukuman berbentuk pengajaran.

Dipenjara Sehari, Denda RM12,750 Kerana Terima Rasuah


Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 2:54 PM

JOHOR BAHARU: Seorang penolong pengurus tabdir di sebuah syarikat swasta dihukum penjara sehari dan didenda RM12,750 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menerima rasuah pada Februari lalu, di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut menetapkan hukuman penjara enam bulan jika Mohamad Jalani Jasman, 54, gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut fakta pertuduhan, Mohamad Jalani didakwa menerima suapan RM2,550 itu daripada kontraktor Syarikat Anip S Enterprise, Sahir Tambol, 38, sebagai dorongan tidak menamatkan kontrak kerja-kerja pemunggahan barang ke dalam kontena Syarikat Delima Oil Product Sdn Bhd.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Sahara Permata, No.1, 1A, 1B, Jalan Perdagangan Damai, Bandar Baru Nusa Damai, Pasir Gudang, di sini pukul 1.18 tengah hari pada 19 Feb.
Tertuduh boleh dihukum denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan dan penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, melalui peguam belanya Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin, tertuduh meminta diringankan hukuman dan denda kerana sudah menyesal dengan perbuatan selain ingin menjimatkan masa, tenaga dan kos dalam mengendalikan perbicaraan kes terbabit.
"Tertuduh sekarang mempunyai tujuh orang anak, tiga daripadanya masih belajar di Institut Pengajian Tinggi. Selepas berlaku kes ini, tertuduh kemungkinan besar tidak bekerja lagi dan ini akan menyebabkan dia mengalami masalah kewangan sementara anak-anaknya pula terganggu pembelajaran.
"Penghakiman juga perlu mengambil kira tertuduh sedang menghidapi masalah sakit jantung dan akan memerlukan rawatan susulan," katanya.
Pendakwaan dikendalikan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ridzuan Abd Malek.

Makmal Dadah Guna Kepakaran Iran Dibongkar


Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 1:23 PM
Peralatan memproses dadah yang dirampas di makmal tersebut.

GEORGE TOWN: Polis membongkar sebuah makmal dadah dan melumpuhkan satu sindiket tempatan yang menggunakan khidmat kepakaran warga Iran dalam serbuan di tiga lokasi di Pulau Pinang.
Dalam serbuan itu, polis turut menahan empat lelaki termasuk dua warga Iran dan seorang wanita, berumur antara 24 dan 58 tahun, serta merampas 324kilogram cecair dadah jenis syabu bernilai RM20 juta serta peralatan dan bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi 10.20 malam Khamis lepas (20 Ogos) dan 12.20 pagi pada Jumaat itu adalah hasil risikan dan intipan JSJN Bukit Aman dengan kerjasama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).
"Pasukan itu menyerbu tiga lokasi di Pulau Pinang, iaitu sebuah rumah kedai di Bukit Mertajam dan diikuti di bahagian pulau iaitu di Jelutong dan George Town.
"Dalam serbuan di Bukit Mertajam, polis menahan tiga lelaki termasuk dua warga Iran berusia 29 dan 27 tahun manakala seorang lagi lelaki ditahan di Jelutong dan wanita berusia 52 tahun ditahan di George Town," katanya dalam sidang akhbar di sini, Ahad.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga 27 Ogos.
Mohd Mokhtar berkata dua warga Iran berkenaan dipercayai sebagai 'roaming chemist', yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain, dan yang dibawa masuk dan diupah sindiket atas kepakaran mereka membuat dadah sintetik.
"Mereka masuk dengan menggunakan pasport yang sah dan kita akan minta pihak Imigresen untuk mengesahkannya," katanya.
Polis turut menyita dua buah kereta, sebuah motosikal, wang tunai dan pelbagai barangan kemas bernilai RM69,400, katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang beroperasi sejak beberapa bulan lepas memproses dadah untuk pasaran tempatan.
Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata sjak Januari hingga 20 Ogos lepas JSJN menjalankan 119,738 tangkapan dadah termasuk 4,537 orang warga asing.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu, polis merampas pelbagai jenis dadah sintetik dan tradisional bernilai RM191 juta.
Dalam tempoh itu, polis turut menyita harta bernilai RM44 juta dan harta yang dilucutkan bernilai RM4.5 juta, katanya.
"Tindakan ini jelas mempamerkan komitmen dan kesungguhan pihak polis bagi membendung masalah dadah negara kepada pengetahuan masyarakat.
"Oleh itu, JSJN mengucapkan terima kasih kepada pihak wartawan atas kerjasama jitu yang secara tidak langsung memberi keyakinan kepada orang ramai untuk turut sama memberi sokongan kepada polis bagi memerangi musuh utama negara ini secara lebih berkesan lagi," katanya.

Lagi Lebih 20 Mayat Mangsa Pemerdagangan Manusia Ditemui


Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 9:23 AM
Kumpulan ketiga 24 jenazah mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang pada 4 Julai lalu. - fotoBERNAMA

WANG KELIAN: Lebih 20 mayat baharu disyaki mangsa pemerdagangan manusia digali keluar dari beberapa kubur lagi di sempadan Malaysia-Thailand dekat sini.
Kira-kira 24 mayat tersebut yang dipercayai etnik Rohingya dan Bangladesh ditemui dari 19 kubur di Bukit Wang Burma.
Mereka dipercayai mati akibat didera atau kekurangan zat makanan.
Sumber berkata beberapa mayat ditanam di dalam kubur yang tidak begitu dalam.

Difahamkan pegawai dari pasukan polis forensik dan Pasukan Gerakan Aman mengeluarkan mayat mangsa selepas penemuan kubur beberapa hari lalu.

Polis di sini enggan memberikan maklumat lanjut sehingga Bukit Aman mengeluarkan kenyataan rasmi.

Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan penemuan tersebut.

"Ketika hujan lebat baru-baru ini, air hujan menghanyutkan tanah dan membawa kepada penemuan mayat tersebut.

"Kami tidak tahu berapa lama mangsa ditanam atau wujud kem transit di sana," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.

Dalam Ops Wawasan Khas yang dijalankan pada 11 Mei Hingga 23 Mei lalu, polis menjumpai 139 kubur yang berselerak di sekitar 28 kem transit yang ditinggalkan sindiket penyeludupan manusia di Bukit Wang Burma dan Bukit Wang Perah.

Mayat 106 mangsa ditemui dan dikebumikan dalam sebuah kubur besar di Kampung Tualang, Pokok Sena dekat Alor Setar.

Warga Myanmar Maut Ditikam Pada Majlis Hari Jadi


Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 8:40 PM

JOHOR BARU: Seorang warga Myanmar maut akibat ditikam rakannya di rumah sewa mereka di Taman Sri Bahagia, Larkin awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, mangsa yang dikenali sebagai Win Ko, 28, dijumpai dalam keadaan berlumuran darah pada kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu.
Beliau berkata, mangsa merupakan pekerja kedai aksesori kereta yang tinggal di bahagian atas rumah kedai berkenaan.
"Win Ko dan beberapa rakannya dikatakan meraikan majlis hari jadi di rumah itu sebelum dia dan seorang rakannya bergaduh di ruang tamu ketika kesemua mereka dalam keadaan mabuk," katanya menerusi satu kenyataan.
Sulaiman berkata, pergaduhan itu kemudian dapat dileraikan namun rakan mangsa itu datang semula ke ruang tamu kira-kira setengah jam kemudian dengan bersenjatakan pisau lalu menikam mangsa.
Sulaiman berkata, mangsa kemudiannya berlari ke tingkat bawah premis itu untuk meminta pertolongan, namun dia rebah sejurus tiba di hadapan kedai aksesori kereta.
Katanya, polis kemudiannya menahan 12 rakyat Myanmar yang berada di rumah itu bagi membantu siasatan. 
Beliau berkata, pihak polis percaya motif utama kejadian adalah berpunca daripada perasaan marah dan mabuk.

Polis Tahan Lima Lelaki Sabit Kes Samun, Tetak Di Setapak


Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 5:51 PM
Polis mencari lelaki yang dikenali Salman bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki dipercayai terbabit dengan kejadian samun dan tetak, di tiga lokasi berhampiran di sekitar Setapak pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata dalam tiga kejadian itu, empat individu mengalami kecederaan di tangan dan kepala akibat ditetak.

Katanya dalam kejadian kira-kira 4.50 pagi, seorang lelaki yang berjalan bersama tiga rakannya cuba disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal namun gagal selepas rakannya menghalang suspek.

"Bagaimanapun, rakannya itu telah ditetak menggunakan parang ketika membantu mangsa dan suspek kemudiannya melarikan diri manakala kunci motosikal suspek telah diambil oleh mangsa. 

"Dua puluh minit kemudian, dua suspek itu bersama empat lagi rakannya kembali semula ke lokasi berkenaan untuk mengambil motosikal namun tidak menemui kunci motosikal.

Suspek kemudian masuk ke kafe siber berhampiran untuk mencari mangsa serta rakan-rakannya bagi mendapatkan semula kunci motosikal tersebut.

"Kebetulan di dalam kafe siber itu terdapat dua orang pelanggan berusia 19 dan 24 tahun...suspek kemudiannya menyamun dan menetak kedua-dua mereka sebelum melarikan telefon bimbit," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Mohamad Roy berkata kumpulan suspek itu kemudiannya keluar daripada kafe siber berkenaan dan menetak seorang lagi mangsa berusia 14 tahun yang kebetulan berada di luar premis berkenaan.

Susulan itu, polis menahan lima daripada enam orang suspek berusia 18 hingga 32 tahun dalam beberapa serbuan di sekitar Danau Kota, Sabtu lepas.

"Hasil soal siasat mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau bersabit samun... kita sedang kesan seorang lagi suspek yang merupakan suspek utama dalam kejadian ini," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek akan dilanjutkan reman sehingga Selasa dan kesdisiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, kerana menyebabkan kecederaan.

Warga Emas Cedera Parah Dilanggar Ketika Sedang Isi Minyak


Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 12:05 PM
Antara paparan skrin yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup milik stesen petrol di Jalan Besar, dekat Kluang.

KLUANG: Seorang warga emas berusia 70 tahun mengalami kecederaan serius selepas dilanggar sebuah kereta semasa sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Besar, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata insiden berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari Ahad.
Mangsa, Mohamad Nasir Manas, dilanggar sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 42 tahun.
"Siasatan awal polis mendapati insiden berlaku apabila pemandu gagal mengawal kereta Perodua Kancil yang dipandunya selepas seliparnya tersekat pada pedal pemecut kereta tersebut.
"Mohamad Nasir patah di bahagian pinggul dan mengalami beberapa kecederaan lain. Dia dihantar ke Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.
Insiden tersebut dirakamkan dalam kamera kitar tertutup stesen minyak berkenaan dan menjadi viral di laman media sosial.

Pramugari Mati Terjatuh Dari Tingkat 4 Kondominium


Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 9:12 AM
Lokasi tempat pramugari tersebut dipercayai jatuh.

KUALA LUMPUR: Seorang pramugari ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium empat blok di Bandar Bukit Jalil di sini.
Dalam kejadian pada Isnin itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata wanita berusia 29 tahun berpakaian lengkap itu ditemui dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah kira-kira pukul 6.30 petang.
"Terdapat kesan kecederaan kritikal di kepala dan badan mangsa. Wanita itu memakai baju dan skirt berwarna hitam ketika ditemui.
"Siasatan awal mendapati dia terjatuh menerusi sebuah tingkap di tingkat empat," katanya.
Chong berkata tiada saksi semasa kejadian yang mungkin berlaku semasa hujan lebat.
"Teman serumah mangsa tidak menyedari apa yang berlaku kerana dia sedang tidur pada masa kejadian.
"Dia berkata mangsa menangis sendirian di dalam biliknya pada pagi Isnin tetapi tidak pasti puncanya," kata Chong.
Chong berkata bilik mangsa juga berada dalam keadaan kucar-kacir dan dompetnya ditinggalkan di atas katil.
"Kami juga menjumpai sebuah buku nota di atas katilnya yang mengandungi seolah-olah nota bunuh diri.
"Tiada unsur jenayah terlibat dalam kematiannya," kata Chong.
Mayat dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Warga tua maut langgar kerbau lintas jalan

SELASA, 25 OGOS 2015 @ 1:18 PM

 IPOH: Seorang warga tua maut apabila motosikalnya merempuh sekumpulan kerbau yang sedang melintas jalan di Kilometer 43, Jalan Ayer Kuning-Teluk Intan dekat Kampar semalam. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supt Wan Jamil Wan Chik, berkata Liyang Kah Chong atau Leong Kah Choi, 80, cedera parah di kepala dan mati ketika dirawat di Hospital Kampar. Beliau berkata, dalam kejadian itu jam 8.15 malam, mangsa dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Taman Eastern, Kampar. "Mangsa tidak dapat menghentikan motosikalnya apabila tiba-tiba sekumpulan kerbau melintas jalan di hadapannya," katanya ketika dihubungi. Dalam satu lagi nahas, seorang penunggang motosikal terbunuh selepas dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang di Kilometer 10, Jalan Sungkai-Besaut dekat Tapah malam tadi. Abdullah Latif Husin, 53, dari Kampung Tiang Bertarah, Sungkai yang cedera parah, meninggal di tempat kejadian. Pemandu kenderaan terbabit menghilangkan diri selepas kemalangan, katanya. Beliau meminta saksi kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di talian 05-2451222 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77184

Pesawat Ringan Terhempas, Empat Pelancong Maut


Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 12:14 PM


EMPAT pelancong warga British maut selepas sebuah pesawat ringan yang membawa mereka bersiar-siar di udara terhempas di kawasan pergunungan di Quebec Canada.

Bangkai pesawat itu dilapor ditemui oleh pasukan payung terjun tentera udara Canada yang membuat pencarian.

Pesawat Air Saguenay itu dilapor baru berlepas selama 20 minit dalam keadaan baik sebelum terhempas.

Naib Presiden Air Saguenay, Jean Tremblay berkata, kesan pesawat itu terhempas agak ngeri, oleh itu mungkin tiada mangsa yang terselamat.

"Pesawat dalam keadaan baik ketika berlepas dan cuaca juga baik. Ia merupakan hari tidak baik untuk kami, ia amat sukar diterima oleh pasukan Air Saguenay," jelasnya.

Amah warga Indonesia bebas tuduhan bunuh majikan

SELASA, 25 OGOS 2015 @ 10:57 AM

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali


PEGUAM Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (kanan) yang mewakili Wilfrida memberitahu mahkamah anak guamnya kini dalam jagaan Hospital Permai, Johor. Turut hadir, calon Presiden pada Pilihan Raya Umum Presiden di Indonesia tahun lalu, Prabowo Subianto Djojohadikusumo di Mahkamah Rayuan, Putrajaya, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan yang membebaskan seorang amah warga Indonesia daripada tuduhan membunuh majikannya lima tahun lalu. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Aziah Ali bersama-sama Datuk Ahmadi Asnawi dan Vernon Ong Lam Kiat membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuannya. Panel turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Willfrida Soik, 24, dihantar ke Hospital Permai hingga mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan. Keputusan menarik balik rayuan itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar. Wilfrida yang diiringi dua jururawat dan seorang anggota polis wanita kelihatan tenang ketika mahkamah membuat keputusan itu Sementara itu peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Wilfrida memberitahu mahkamah anak guamnya kini dalam jagaan Hospital Permai, Johor. Ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Shafee berkata pihaknya akan memfailkan petisyen kepada Sultan Kelantan supaya anak guamnya dibebaskan dan dihantar pulang ke negaranya. Katanya, harapan Wilfrida untuk dibebaskan adalah amat cerah sekali. Wilfrida yang berasal dari Kampung Kolo Ulun, Daerah Belu, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, didakwa membunuh warga tua, Seok Pen di sebuah rumah di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas antara jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari, 7 Disember 2010. Dalam kejadian itu, tertuduh yang baharu bekerja dua minggu di rumah mangsa, didakwa menggunakan senjata tajam menyebabkan kecederaan parah pada muka mangsa sehingga membawa kematian. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Sementara itu calon Presiden pada Pilihan Raya Umum Presiden di Indonesia tahun lalu Prabowo Subianto Djojohadikusumo yang turut hadir mengucapkan terima kasih kepada Muhammad Shafee.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77164

8 maut banjir di Turki

SELASA, 25 OGOS 2015 @ 12:23 AM


ISTANBUL: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang semalam akibat banjir di wilayah timur laut Laut Hitam, Artvin, Turki, menurut pihak berkuasa.

Gabenor Artvin, Kemal Cirit dipetik agensi berita DHA sebagai berkata, sekurang-kurangnya tiga daripada kematian itu disebabkan sebuah rumah runtuh di pekan Hopa.

Gambar televisyen menunjukkan keadaan huru-hara ketika air sungai melimpahi tebing dan mengalir deras di jalan raya, memerangkap kereta dan bas. Wilayah Artvin bersempadan dengan Georgia, terkenal dengan paras hujan tinggi dan sering dilanda banjir. - AFP


PENDUDUK melihat banjir di Artvin. Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang. - Foto AP

Jumpa bom zaman Jepun


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 OGOS 2015Jumpa bom zaman Jepun
Jumpa bom zaman Jepun Anggota polis berkumpul dan mengawal keadaan di kawasan bom lama yang dijumpai sebelum memusnahkannya di tempat selamat.
Jumpa bom zaman Jepun

SUNGAI BUAYA - Polis menerima aduan orang ramai berhubung penemuan bom zaman Jepun berhampiran Loji Air Sungai Buaya, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan R Supramaniam mengesahkan, pihaknya menerima panggilan orang ramai berhubung penemuan bom lama itu pada jam 11 pagi.

“Selepas dikenal pasti, bom lama yang ditemui itu merupakan jenis airdrop.

“Pihak Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Selangor terdiri daripada enam pegawai dan seorang pegawai dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor (IPD) pergi sendiri ke tempat kejadian dan sampai di sana pada jam 4.30 petang,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, bom dijumpai merupakan jenis Motta 60mm.

“Ia kemudian berjaya dimusnahkan secara pemasangan kabel jarak jauh lebih kurang 50 meter.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku ketika bom dijumpai dan semasa bom dimusnahkan,” katanya.

Remaja maut motosikal rempuh lembu


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 OGOS 2015Remaja maut motosikal rempuh lembu
Remaja maut motosikal rempuh lembu Rakan mangsa sempat melihat mayat Mohamad Zaki yang maut di tempat kejadian dalam kemalangan itu

SABAK BERNAM – “Saya di sini wakil ‘4valve’ menyeru anak-anak cepat pulang ke tanahair. Di sini saya asyik meranjau (keseorangan) saja. Meh-meh (mari) pulang. Tolong saya di sini.”

Demikian antara pesanan terakhir, Mohamad Zaki Zulkifli, 19, pada status terakhir aplikasi WeChat yang dikemas kini pada jam 7.46 malam kelmarin.

Mohamad Zaki meninggal dunia apabila motosikal jenis Yamaha LC yang ditungganginya itu merempuh seekor lembu di Kilometer 39 Jalan Teluk Intan-Klang iaitu kira-kira empat jam selepas arwah menghantar pesanan terbabit.

Rakan mangsa, Muhammad Syazwan Hassan, 19, berkata, dia menyedari penuntut semester satu Diploma Pengurusan Teknologi Kolej Teknologi Timur itu mengemas kini status aplikasi WeChat, tetapi status itu dipadam selepas arwah dilaporkan meninggal dunia.

“Saya ada baca status WeChat arwah malam semalam (kelmarin). Hari ni status tu dah padam. Saya hampir menitiskan air mata baca status tu kerana masih berat nak terima pemergiannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian kira-kira awal jam 12 tengah malam itu, Mohamad Zaki dari rumahnya di Jalan Taman, Sabak Bernam dalam perjalanan menuju ke sebuah kedai makan di Tebuk Pulai, Sabak melanggar lembu yang tiba-tiba melintas.

Akibat kejadian itu, mangsa tercampak ke hadapan, manakala motosikal yang ditungganginya berada di lorong kanan jalan.

Bagaimanapun, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian bernasib baik apabila tidak dirempuh sebuah kereta jenis Honda Accord yang berada di laluan sama selepas pemandu kereta itu ternampak lembu itu mengelak ke kanan jalan sebelum melanggar motosikal mangsa.

Adik kembar arwah, Mohamad Zaid Zulkifli, 19, berkata, kali terakhir dia terdengar suara arwah abangnya itu menyebut ‘ALLAH’ ketika Mohamad Zaki tidur di dalam bilik, kira-kira jam 8 malam sebelum kejadian.

“Sebaik saya masuk ke bilik, saya pelik sebab dia sebut ALLAH dalam tidur. Saya pun tak hiraukan dan terus bersiap untuk ke kedai makan bersama ayah,” katanya.

Mohamad Zaid yang menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) tergerak hati untuk pulang ke rumah menemui keluarganya, walaupun pada mulanya bercadang untuk pulang pada cuti Hari Kebangsaan minggu depan.

“Hati saya meronta-ronta nak balik juga ke kampung minggu ni (Jumaat lalu). Tak sangka, saya sempat menatap arwah kembar saya buat kali terakhir,” ujarnya.

Bapanya, Zulkifli Mohamed Halid, 54, berkata, kehilangan arwah adalah dugaan kedua kepada keluarganya selepas dia kematian isteri, Raudah Hasbullah, September tahun lalu akibat komplikasi buah pinggang.

“Saya reda. Sekelip mata saja orang saya sayangi pergi tinggalkan kami sekeluarga,” ujarnya.

Zulkifli memberitahu, anak kembar sulung daripada lima beradik itu telah banyak berkorban dalam keluarga apabila terpaksa menangguhkan pengajiannya sejak tiga bulan lalu kerana terpaksa menjaganya yang baharu menjalani pembedahan kaki kanan.

“Kaki kanan saya terpaksa dipotong sebelum Ramadan lalu akibat kencing manis. Arwah dengan rela hati pikul tanggungjawab jaga saya. Saya amat merasai kehilangannya,” ujarnya.

Empat kali lembu kena curi


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 OGOS 2015Empat kali lembu kena curi
Empat kali lembu kena curi Ruzaini menunjukkan lembunya yang mati akibat disuntik ubat pelali.

JELEBU - Sepasang suami isteri hanya sempat menyelamatkan enam ekor lembu miliknya daripada dilarikan selepas terserempak dengan pencuri di sebuah ladang milik persendirian di Simpang Pertang, di sini, awal pagi semalam.

Ruzaini Abd Latip, 47, dan suaminya, Aziz Taib, 52, yang kebetulan baru tiba di ladang itu terkejut apabila mendapati tiga ekor lembunya mati kerana telah disuntik ubat pelali oleh pencuri berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi semalam, Ruzaini dan suaminya bertindak tidak mengejar pencuri berkenaan dan hanya membiarkannya melarikan diri kerana bimbang keselamatan mereka.

Menurut Ruzaini, sejak empat bulan lalu, dia bersama suami terpaksa bermalam di ladang berkenaan bagi mengelakkan insiden kecurian lembu berulang.

“Kami terpaksa tidur dalam kereta sebab tak mahu kejadian curi lembu ini berulang. Tapi pada malam semalam, sembilan lembu kami kena sumpit ubat pelali dan cuba dilarikan.

"Nasib baik percubaan itu tidak berjaya. Tiga ekor memang tak dapat nak selamatkan lagi tapi yang enam ekor lagi alhamdulillah selamat sebab kami bagi minum air kelapa, lepas tu potong sikit telinganya," katanya ketika ditemui, semalam.

Tambahnya, tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat lembunya mati dalam keadaan terseksa dan menyifatkan tindakan pencuri itu keterlaluan kerana mahukan keuntungan.

Sinar Harian difahamkan, pasangan suami isteri ini mempunyai sebanyak 162 ekor lembu yang bakal dijual sempena Hari Raya Haji tidak lama lagi.

Aziz berkata, dia sangat kecewa apabila kejadian curi lembu ini sudah masuk kali keempat kali berlaku dalam tahun ini.

“Sebelum ini saya letak lembu dalam kandang, dilarikan pencuri, lepas tu bila dibiarkan meragut dalam ladang, keadaannya sama juga.

“Pemilik ladang ini banyak bantu kami dan dia segera beritahu kami bila nampak ada tindak-tanduk individu yang mencurigakan,” katanya.

Terdahulu, pasangan suami isteri ini telah membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Pertang.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Jelebu, Asisten Superintendan A Yuvaraj mengesahkan kejadian ketika dihubungi.

Budak 6 tahun lemas dalam kolam renang


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 OGOS 2015Baharudin Mustapha
Baharudin Mustapha

PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui mati dipercayai lemas dalam kolam renang di sebuah hotel di Telok Kemang petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa yang berasal dari Melaka dipercayai lemas di dalam kolam kanak-kanak sebelum disedari pengunjung yang yang berada di situ.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, mangsa datang bersama ayah dan tiga lagi adik beradiknya untuk bercuti dan menginap di hotel berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.

"Sekitar jam 5.30 petang, mangsa bersama abangnya berusia 16 tahun turun mandi di kolam bagaimanapun mangsa hanya mandi di kolam renang bahagian kanak-kanak.

“Namun kira-kira 30 minit kemudian terdapat pengunjung lain yang berada di kolam itu menyedari ada kanak-kanak yang lemas. Sebaik sahaja dibawa keluar dari kolam itu, mangsa diberikan bantuan pernafasan (CPR),” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Baharudin berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) oleh kakitangan hotel sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam oleh kakitangan HPD.

“Bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Bayi bertali pusat ditinggalkan tepi jalan


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 OGOS 2015Bayi bertali pusat ditinggalkan tepi jalan
Bayi bertali pusat ditinggalkan tepi jalan Kanak-kanak yang ditemui

PORT DICKSON - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui oleh orang awam di tepi jalan di Felcra Air Hitam Batu 18 Pasir Panjang kira-kira jam 7 malam semalam.

Sumber memberitahu, ketika ditemui bayi berkenaan dalam keadaan bersih, hanya dibaluti dengan kain batik, tidak menangis dan dihurung semut.

Orang awam yang menemui‎ bayi berkenaan kemudian membawanya ke pondok pengawal ladang sebelum menghubungi polis dan dibawa ke Hospital Port Dickson.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Rumah kongsi terbakar


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 OGOS 2015Rumah kongsi terbakar
Rumah kongsi terbakar Rumah kotai yang menjadi tempat kediaman pekerja warga asing di kilang papan dekat Batu 6, Jalan Mawai disini hangus selepas terlibat kebakaran pagi kelmarin.

KOTA TINGGI - Sederet enam pintu rumah kongsi yang menjadi tempat tinggal pekerja warga asing di kilang papan dekat Batu 6, Jalan Mawai di sini hangus selepas terlibat kebakaran pagi kelmarin.

Seramai enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.49 pagi.

Manakala seramai tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar dengan sebuah jentera turut ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.

Ketua Cawangan Siasatan Kebakaran Zon Kota Tinggi, Firdaus Ahmad berkata, ketika kejadian berlaku tiada penghuni yang berada di dalam rumah kotai terbabit.

Menurutnya, bagaimanapun pekerja kilang itu ada balik berehat di rumah tersebut pada jam 9.30 pagi untuk minum pagi sebelum menyambung kerja pada jam 10 pagi.

“Ketika kejadian berlaku tidak ada penghuni dan ekoran struktur rumah terbabit yang 100 peratus kayu telah menyebabkan kebakaran cepat merebak.

“Terdapat dua lagi blok rumah kotai di kawasan tersebut di mana sebuah blok ada enam pintu manakala sebuah lagi empat pintu.

"Sebuah blok yang terletak bersebelahan blok yang terbakar itu hanya terjejas sedikit dibahagian dindingnya selepas berjaya diselamatkan anggota bomba dan penyelamat. Manakala sebuah lagi blok tidak terjejas,” katanya.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian dan anggaran kerugian.

Wanita maut kenderaan terbabas


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 OGOS 2015Wanita maut kenderaan terbabas
Wanita maut kenderaan terbabas Keadaan kenderaan mangsa yang remuk setelah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Plus, semalam.

BATU PAHAT – Seorang wanita maut setelah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terbabas di Kilometer 89.1, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) berhampiran Ayer Hitam, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku jam 4.30 pagi itu, mangsa yang memandu Toyota Fortuner dipercayai hilang kawalan dan merempuh pengadang jalan sebelum terbabas ke dalam parit di lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa, Muslifariha Tapidal, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, punca kemalangan disebabkan sikap pemandu itu sendiri dan bukannya daripada faktor jalan, mahu pun cuaca kerana jalan berada dalam keadaan baik.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat dan kemudiannya dituntut oleh waris. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Ajal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 OGOS 2015Kemalangan
Kemalangan

BATU PAHAT – Seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di persimpangan dekat Kilometer 112, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran dengan Yong Peng, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa, Toh Ren Jie, 16, dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Sport dirempuh dari arah bertentangan dengan SUV jenis Toyota Land Cruiser di hadapan simpang jalan kira-kira jam 8.15 malam.

"Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di badannya, maut di tempat  kejadian," katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat sebelum dituntut keluarganya semalam.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

12 penumpang nyaris maut


KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
25 OGOS 201512 penumpang nyaris maut
12 penumpang nyaris maut Keadaan bas ekspres yang hilang kawalan sebelum terbalik dirempuh Toyota Hilux.


BANDAR BAHARU - Seramai 12 penumpang, termasuk seorang pemandu nyaris maut setelah bas ekspres dinaiki mereka terbalik dan terhumban dalam longkang berhampiran di Kilometer 173 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara kira-kira jam 2 petang, semalam.

Pemandu bas, Khairul Abdullah, 37, berkata, sebuah pacuan empat roda, Toyota Hilux merempuh tayar hadapan sebelah kanan bas yang dipandunya di lorong kenderaan berat.

"Bas dipandu terbabas kesan rempuhan itu dan saya cuba kawal kembali pemanduan. Tapi, Toyota Hilux tu sekali lagi rempuh bas, tapi kali ini di bahagian belakang.

"Rempuhan kedua menyebabkan bas hilang kawalan sebelum terbalik dan masuk longkang," katanya.

Menurutnya, penumpang sempat berpaut ketika bas hilang kawalan menyebabkan mereka terselamat daripada kecederaan serius apabila bas terbalik.

"Kami terima bantuan orang awam untuk keluarkan penumpang yang terperangkap.

"Saya bersyukur sebab semua penumpang tidak cedera dan semuanya dipindahkan ke bas lain untuk meneruskan perjalanan dari Ipoh ke Butterworth," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, Penolong Bomba Kanan II, Syed Kamarul Hisham Syed Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 2.18 petang sebelum mengerahkan lima anggota dari BBP Serdang ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi turut dibantu 15 lagi anggota dari BBP Parit Buntar dan Bagan Serai.

"Ketika pasukan tiba, semua penumpang bas selamat dikeluarkan hasil bantuan orang awam, termasuk dua mangsa yang menaiki Toyota Hilux.

"Seorang wanita lingkungan 20-an cedera pada kaki dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bantuan unit EMRS BBP Bagan Serai," katanya.

Kesucian diragut kekasih


Wartawan Sinar Harian
25 Ogos 2015

KEMAMAN - Alam percintaan yang disangka indah bertukar menjadi titik hitam bagi seorang remaja perempuan berumur 15 tahun apabila dirogol teman lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Air Jernih, di sini, lebih kurang jam 1 pagi, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa diperkosa di rumah teman lelakinya selepas teman lelakinya itu yang berusia 18 tahun membawa mangsa pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Kemaman, Pemangku Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, perbuatan terkutuk suspek itu kemudian diceritakan mangsa kepada kedua ibu bapanya setelah suspek hantar mangsa pulang ke rumah.

“Berikutan itu keluarga mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Air Jernih pada jam 8.05 pagi dan bertindak daripada laporan yang dibuat pihak polis segera mengambil tindakan.

“Suspek berjaya ditahan lebih kurang jam 11 pagi pada hari sama ketika berada di rumahnya,” katanya.

Katanya, suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Imigresen Kedah usir 66 Pati warga Indonesia


24 OGOS 2015Imigresen Malaysia
Imigresen Malaysia

ALOR SETAR - Sebanyak 66 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia dihantar pulang menerusi Pelabuhan Pasir Gudang, Johor hari ini.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, mereka terdiri daripada 39 lelaki, 26 wanita dan seorang bayi.

Beliau berkata mereka telah selesai menjalani hukuman di penjara Alor Setar, Pokok Sena dan Sungai Petani sebelum ini antara satu hingga enam bulan.

Sementara itu seorang warga Thailand berusia 21 tahun ditahan di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam hari ini, katanya dalam satu kenyataan.  

Lelaki yang berasal dari Pattani itu ditahan selepas pihak Imigresen mendapati cop pada pasportnya adalah palsu. - Bernama

Masih misteri


Bangkok: Identiti suspek yang melancarkan serangan bom dan mengakibatkan 20 orang terbunuh di bandar ini minggu lalu masih lagi misteri walaupun sudah seminggu kejadian berlaku.

Ketua Polis Thailand, Somyot Poompanmuang semalam berkata, pihaknya masih belum dapat menjejak pengebom berkenaan dan tidak pasti suspek masih berada dalam negara ini atau sudah meloloskan diri.

Petunjuk utama yang ada pada polis ketika ini adalah rakaman kamera keselamatan di lokasi kejadian.

Satu rakaman kamera keselamatan di kuil Erawan menunjukkan penyerang meninggalkan beg galasnya sebelum berlalu dari kawasan itu.

Lelaki muda yang memakai baju kuning dan berambut hitam itu dilihat meninggalkan lokasi kejadian dengan membonceng motosikal.

Selain rakaman kamera keselamatan itu tiada petunjuk lain yang boleh membantu pihak berkuasa.

“Ada beberapa kamera keselamatan, tetapi ada yang tidak merakam imej dengan baik dan ada pula yang rosak.

“Ini menyebabkan usaha polis menggunakan imej kamera keselamatan untuk menjejak suspek hanya membuang masa,” katanya kepada wartawan.

Beberapa hari selepas serangan, pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan bercanggah mengenai penampilan suspek, jumlah mereka yang mungkin terbabit dan kemungkinan serangan didalangi militan asing.

“Kamu mahu tahu perkara sebenar?

“Sebenarnya, kami tidak tahu suspek masih berada di Thailand atau tidak.

“Kami hanya mengandaikan suspek masih berada dalam negara ini kerana kami tidak memperoleh sebarang maklumat dia sudah meloloskan diri,” jelasnya.

Kerajaan sebelum ini percaya serangan itu bertujuan menjejaskan industri pelancongan sekali gus melemahkan ekonomi Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 8:14 AM

POLIS Thai masih berusaha memburu lelaki ini yang didakwa dalang serangan minggu lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72785#sthash.a3fhe8PQ.dpuf

Lagi kelakuan buruk penumpang China


Beijing: Kerana mengada-ngada, seorang penumpang penerbangan Kunming Airlines dipenjarakan selama lima hari.

Lelaki dikenali sebagai Fan itu dilaporkan melontar minumannya dan sampah terhadap pramugari dalam penerbangan dari Hangzhou ke Kunming itu semata-mata kerana mereka ‘enggan memenuhi permintaannya,’ lapor Global Times.

Masalah bermula apabila Fan enggan mematikan telefon bimbitnya ketika pesawat bersedia untuk berlepas walaupun berulang kali diminta berbuat demikian.

Fan kemudian menjerit selepas mereka terlepas gilirannya ketika menghidangkan makanan disebabkan dia tidur.

Dia kemudian menumpahkan air dan meminta bantuan pramugari sebelum mendesak wanita itu membantunya menukar seluarnya.

Disebabkan perbuatannya, Fan diiringi keluar dari pesawat sebaik mendarat di Kunming dan ditahan polis.

Dia ditahan lima hari kerana mengganggu ketenteraman awam, tetapi ramai yang mendesak dia dikenakan hukuman lebih tegas kerana melakukan gangguan seksual. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 8:08 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72774#sthash.WFjjYkJu.dpuf

Asmara main kasut roda

Kuala Lumpur: Ambil kesempatan berpelukan sambil bermain kasut roda. Itu antara gelagat tidak senonoh sepasang kekasih yang ditahan sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) disini, semalam.
Dalam operasi ‘Op Cegah Maksiat’ bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi itu, pasangan berusia 24 dan 25 tahun itu adalah antara 45 individu yang ditahan pegawai JAWI sekitar Tasik Titiwangsa di sini.
Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pasangan terbabit sebelum itu dilihat berkelakuan mencurigakan sambil berpegangan tangan dan berpelukan mesra.
Menurutnya, pegawai JAWI kemudian menahan dan menyoal siasat pasangan itu di wakaf di tepi tasik itu ketika mereka sedang berehat selepas penat bermain kasut roda.
“Pasangan itu bagaimanapun menunjukkan rasa tidak berpuas hati dan memberi alasan tidak membuat apa-apa kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 8:04 AM


ANGGOTA penguat kuasa JAWI memeriksa pasangan yang berdua-duaan di Tasik Titiwangsa awal pagi semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72771#sthash.HYylsRRD.dpuf

Mangsa Taufan Gony di Filipina meningkat 26 orang


Manila: Tentera Filipina semalam menghantar bantuan makanan, air dan barangan keperluan lain kepada ribuan keluarga yang meninggalkan kediaman masing-masing ketika taufan melanda wilayah kediaman mereka, minggu lalu.

Dalam pada itu, lebih banyak mayat ditemui di kawasan tanah runtuh, kata pegawai bantuan bencana.

Lebih 30,000 penduduk di utara Filipina dipindahkan kerana banjir dan tanah runtuh sementara hampir 1,000 rumah musnah selepas Taufan Goni membadai kawasan berkenaan.

Pegawai bencana berkata, 26 orang terbunuh, kebanyakannya akibat tanah runtuh.

Setiausaha Kebajikan Sosial Dinky Soliman berkata, helikopter dikerah menghantar makanan untuk lebih 1,000 keluarga di lapan kampung di Ilocos Sur.

Empat mayat ditemui di celah tanah runtuh di kawasan pergunungan Cordillera. Usaha mencari lebih 12 lagi mangsa masih dilakukan.

Purata 20 taufan melanda Filipina setiap tahun.

Pada 2013, Haiyan, taufan terkuat pernah membadai negara itu, melanda tengah Filipina, menyebabkan lebih 6,300 orang terbunuh. -Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 8:11 AM

ANGGOTA pasukan penyelamat mencari pelombong dan keluarga mereka yang dikatakan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Benguet, utara Filipina, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72776#sthash.qyXDaDQy.dpuf

Simbah asid kerana cemburu


Phnom Penh: Seorang suri rumah dihukum penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di sini semalam selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang wanita dalam satu serangan asid yang berpunca daripada perasaan cemburu.

Sroeun Nann, 40, yang bekerja di kilang pakaian ditahan Mac lalu selepas menyerang seorang pengawal keselamatan, Meas Vanny dengan asid.

Meas, 20, yang melecur teruk di muka dan badan, meninggal dunia selepas dua minggu dirawat di hospital.

Ketika dibicarakan, Sroeun Nann mengaku menyerang wanita itu kerana marah selepas mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

Hakim Mahkamah Phnom Penh, Nou Veasna menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Sroeun Nann kerana membunuh mangsa dengan sengaja menggunakan asid.

Serangan menggunakan asid untuk membalas dendam sering berlaku di Kemboja.

Cecair itu mudah didapati dan murah serta penyerang juga jarang dibawa ke muka pengadilan.

Pada Jun lalu, seorang wanita berusia 25 tahun ditahan kerana menyimbah asid terhadap adiknya yang berusia 17 tahun selepas mendapati mangsa dan suaminya menjalinkan hubungan sulit. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 8:11 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72777#sthash.McLP0mqx.dpuf

Lima kenderaan berlanggar

 Oleh Hamzah Osman

am@hmetro.com.my

Langkawi: Dua beradik cedera di kepala selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah lori di Jalan Kelibang-Padang Matsirat, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mereka yang juga penumpang salah sebuah kereta dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Langkawi (HL).

Ketua Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku apabila sebuah lori tiga tan yang datang dari arah Kuah ke Padang Matsirat hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah kereta.

"Akibat rempuhan itu, kereta terbabit hilang kawalan sebelum melanggar pula kereta di hadapannya diikuti dua lagi kereta mengalami kemalangan sama.

"Dalam kemalangan itu, dua penumpang kereta cedera di kepala, manakala pemandu lima kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 10:09 PM

Keadaan tiga kereta yang rosak selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kelibang-Padang Matsirat, Langkawi, pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72750#sthash.yUst0Krb.dpuf

Lelaki rentung dalam MPV

Oleh Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my


Pendang: Seorang lelaki ditemui rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 68.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Pendang, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 5 petang, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan memandu seorang diri dari arah Sungai Petani menghala ke Alor Setar.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamalluddin Mat Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.12 petang berhubung kebakaran membabitkan kenderaan terbabit.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi pada 5.29 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, kami dapati api sedang marak dan cuba memadam kebakaran sebelum menemui satu mayat dalam keadaan rentung di tempat duduk penumpang depan.

"Usaha mengeluarkan mayat itu berjaya dilakukan dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi tindakan lanjut," katanya.

Katanya, operasi tamat pada 7 malam dan kenderaan MPV berkenaan musnah 100 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 7:29 PM

Keadaan MPV yang musnah terbakar dalam kemalangan. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72748#sthash.kTIiHPjl.dpuf

Suami isteri cedera bergelut penjenayah

Oleh Hazsyah Abdul Rahman
Sandakan: Pasangan suami isteri cedera selepas bergelut dengan seorang lelaki yang tidak dikenali apabila keretanya dipercayai cuba dilarikan penjenayah terbabit dalam kejadian di Taman Indah Jaya, Batu Empat, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian, kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa lelaki berusia 40-an cedera di dada, tapak tangan, bibir dan luka di dagu, manakala isterinya cedera dibahagian kaki dipercayai akibat senjata tajam yang digunakan oleh suspek.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa wanita berada di dalam kereta untuk menghantar anaknya ke tempat pengasuhnya sebelum didatangi seorang lelaki bersenjata pisau.

"Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong lalu suaminya meluru keluar sebelum tercetus pergelutan antara pasangan itu dengan suspek.

"Beberapa jiran mangsa yang melihat situasi itu cuba membantu tetapi suspek terus bertindak melarikan diri," katanya.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis masih menyiasat motif sebenar kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 5:04 PM

FOTO Hazsyah Abdul Rahman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72740#sthash.vEGjQ1t1.dpuf

Ajal dua sahabat

 Oleh Asrizal Aris

am@hmetro.com.my


Tapah : Dua penuntut kolej berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 1 Jalan Tapah - Cameron Highlands, berhampiran Taman Bunga Raya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kedua-dua rakan terbabit yang menaiki motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dikatakan dalam perjalan dari arah Cameron Highlands menuju ke Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Nazrul Irwan Nazri, 19, penunggang motosikal dan berasal dari Taman Seri Langkap Jalan Chui Chak, Langkap, Teluk Intan, manakala rakannya yang membonceng adalah Mohamad Nor Amri Zamri, 19, berasal dari Bandar Jengka, Pahang.

"Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa dua-dua adalah pelajar Kolej ATC Academy, Seksyen 16 Shah Alam, Selangor dan menjalani latihan industri di Syarikat Sediabena Sdn Bhd, Tapah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 6:00 PM

FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72742#sthash.NFNvTKcE.dpuf

Rumput palsu pun nak curi...


23 OGOS 2015
Rumput palsu pun nak curi...
Rumput palsu pun nak curi... Rumput palsu yang dicuri dari rumah pesara, Mair Ingman di Wales, kelmarin.

WREXHAM - WALES. Seorang pesara tidak mampu berkata-kata selepas menyedari rumput palsu yang menghiasai laman rumahnya telah dibawa lari, malam kelmarin.

Menurut Wales Online, Mair Ingman kerugian sebanyak USD3,296 (RM13,776.62) selepas rumput palsu berukuran 90 kaki persegi miliknya dicuri.

"Saya buka tingkap (pada waktu pagi) dan nampak banyak pasir dibuang di hadapan rumah saya," katanya kepada wartawan.

"Saya fikirkan, orang buang pasir di halaman rumah saya, kerana tak mungkin orang akan curi rumput palsu.

"Kemudian baru saya sedar (rumput palsu) betul-betul dicuri," katanya kecewa.

Menurut Ingman, perhiasan rumput palsu berkenaan merupakan sebuah hadiah yang diterimanya November tahun lalu.

"Walaupun saya terkejut ianya hilang, saya juga takut jika mereka (pencuri) kembali," jelas Ingman.

Polis kemudian datang ke rumah Ingman dan mengambil foto kesan tapak kaki yang terdapat pada pasir tersebut.

Siasatan masih dijalankan.

Loji kimia meletup, 1 maut


24 OGOS 2015
Loji kimia meletup, 1 maut
Loji kimia meletup, 1 maut Kebakaran di loji kimia di timur China, kelmarin, berlaku 10 hari selepas insiden letupan gudang di Tianjin yang meragut 121 nyawa.

BEIJING - CHINA. Satu maut dan sembilan yang lain cedera dalam kejadian sebuah loji kimia meletup di timur China, kelmarin, lapor media kerajaan.

Kejadian itu menyusul 10 hari selepas letupan gudang penyimpanan bahan-bahan berbahaya di Tianjin yang meragut 121 nyawa.

Agensi berita Xinhua dipetik sebagai berkata, insiden berkenaan berlaku di sebuah kilang di daerah Huantai berhampiran bandar Zibo di wilayah Shandong.

Laporan itu menambah, kilang berkenaan adalah anak syarikat Kumpulan Runxing Shangdong dan menghasilkan bahan kimia termasuk adiponitrile, sejenis bahan kimia yang mudah terbakar terutamanya digunakan dalam pengeluaran nilon.

Difahamkan, anggota dan jentera bomba dari bandar berdekatan dikerah membantu memadamkan kebakaran.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. - AFP

Angka kematian taufan Goni meningkat


24 OGOS 2015
Angka kematian taufan Goni meningkat
Angka kematian taufan Goni meningkat Penduduk meredah banjir dan hujan lebat di daerah Bacnotan yang turut terkena tempias taufan Goni.

MANILA - FILIPINA. Angka kematian akibat taufan Goni yang membadai bahagian utara Filipina meningkat kepada 10 orang, manakala ribuan lagi penduduk melarikan diri ke kawasan tanah tinggi.

Taufan Goni yang membawa angin kencang berkelajuan 195 kilometer sejam (km/j) turut menyebabkan tanah runtuh dan banjir.

Media tempatan melaporkan, hampir 13,000 penduduk telah dipindahkan, manakala 13 jadual penerbangan domestik turut dibatalkan.

"Di bahagian utara pula, hampir 1,000 penduduk terjejas akibat banjir dan tanah runtuh," kata Pengarah Eksekutif Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Alexander Pama.

Sementara itu, Taiwan mengambil langkah berjaga-jaga dan tentera dikerah bersiap sedia bagi membantu penduduk selepas Goni diramal membadai negara itu, awal hari ini. - CNA

Lagi mangsa dirodok lembu




25 OGOS 2015
Lagi mangsa dirodok lembu
Lagi mangsa dirodok lembu Seorang penonton acara larian lembu melompat di belakang penghalang bagi mengelak dirodok lembu jantan di bandar Duenas. - Foto AFP

MADRID - SEPANYOL . Seorang lelaki, kelmarin menjadi korban terbaru akibat ditanduk lembu, sekali gus menjadi mangsa ke-10 yang maut dalam acara larian lembu jantan di Sepanyol setakat ini.

Jurucakap polis memaklumkan mangsa berusia lewat 40-an itu ditanduk beberapa kali dalam acara yang diadakan di bandar timur laut Borriol pada Sabtu lalu.

"Mangsa meninggal dunia di hospital. Susulan daripada insiden itu, penganjur festival telah membatalkan acara tersebut," katanya.

Minggu lalu, seramai empat lelaki terbunuh selepas dirodok lembu jantan dalam acara berasingan di empat bandar. - AFP

Arab Saudi ambil langkah tangani wabak Mers


25 OGOS 2015Mekah
Mekah Pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan musim haji pada kali ini bebas Mers.

RIYADH - ARAB SAUDI . Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan mereka telah mengambil segala langkah sewajarnya untuk mengawal penyebaran virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers), di sini, selain menempatkan sistem pengawasan epidemiologi di Makkah dan Madinah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Abdulaziz bin Saeed bersama Penolong Timbalan Menteri bagi Pencegahan Penyakit, Abdullah M Asiri memaklumkan ia adalah musim haji kali keempat yang tidak merekodkan sebarang kes jangkitan virus berbahaya tersebut.

"Kami telah menempatkan pakar khas bagi penyakit berjangkit di kesemua hospital di Riyadh untuk memantau perkembangan Mers. Selain itu, sebanyak tiga makmal telah dibuka di Makkah, Mina, Arafah dan Madinah sempena musim haji kali ini," jelas Abdulaziz.  

Menurutnya, pembukaan makmal itu membolehkan keputusan ujian ke atas sampel disyaki Mers diperoleh dalam tempoh lapan jam.

"Jika terdapat mana-mana kes yang disahkan positif Mers, pesakit terbabit akan diasingkan bagi mengelakkan penyebaran virus tersebut dalam kalangan jemaah haji," katanya.

Difahamkan, lebih 5,700 sampel telah diuji sebagai sebahagian daripada proses pengesanan untuk memantau individu yang berpotensi dijangkiti Mers.

Pada Sabtu lalu, sebanyak tujuh kes baharu dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 1,141 kes sejak ia pertama kali dikenal pasti pada Jun 2012. - Arab News 

Polis Thai tangkap jurugambar bawa jaket kalis peluru



ANTHONY dilihat berada dalam penjara semalam selepas dia ditahan kerana membawa topi keledar dan jaket kalis peluru semasa mahu menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand pada hari sebelumnya.


BANGKOK – Seorang jurugambar Hong Kong menyatakan semalam bahawa dia telah ditahan di Thailand kerana membawa topi keledar dan jaket kalis peluru semasa membuat liputan situasi selepas serangan bom di Kuil Erawan, Bangkok pada minggu lalu.
Jurugambar kumpulan media Initiun, Anthony Kwan Hok Chun ditahan polis semasa mahu menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok petang kelmarin.
“Masih menunggu di balai polis lapangan terbang. Saya cuma tahu saya akan dibawa ke mahkamah,” katanya melalui mesej kepada agensi berita AFP pagi semalam.
Media antarabangsa berpusu-pusu mengunjungi Thailand selepas serangan bom pada Isnin lalu. Tragedi di tengah Bangkok itu menyebabkan 20 orang terbunuh dan ramai lagi cedera.
Belum ada tangkapan dibuat setakat ini dengan pasukan polis berusaha untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan itu yang turut menjejaskan industri pelancongan Thailand.
Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) mengkritik penahanan Anthony selepas mereka dimaklumkan jurugambar itu akan didakwa di sebuah mahkamah tentera.
“Dia didakwa membawa senjata haram dan boleh dipenjarakan sehingga lima tahun. Anthony dibicarakan di sebuah mahkamah tentera. Topi keledar dan jaket kalis peluru tidak boleh dianggap sebagai senjata berbahaya,” kata FCCT melalui satu kenyataan.
Peralatan perlindungan asas yang biasa digunakan petugas media di seluruh dunia seperti topeng gas, jaket kalis peluru dan topi keledar perlu dilesenkan kerana diklasifikasi sebagai senjata di bawah Akta Kawalan Senjata Thailand. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3jm3iahha 
Hakcipta terpelihara