Search This Blog

Saturday, August 22, 2015

Cecair syabu bernilai RM15 juta dirampas


21 OGOS 2015
Cecair syabu bernilai RM15 juta dirampas Akaun Twitter Tan Sri Khalid Abu Bakar.

BUKIT MERTAJAM - Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman membongkar makmal dadah dan merampas cecair syabu bernilai RM15 juta di sebuah rumah di sini awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira 1 pagi itu, lima lelaki termasuk dua warga Iran ditahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter mengesahkan penahanan itu dan berkata pihak polis berjaya merampas 324 kilogram (kg) cecair syabu bernilai lebih RM15 juta.

"Syabas STING @PDRMSIA berjaya bongkar makmal haram di BM Pulau Pinang. Rampas 324 kg cecair syabu bernilai lebih RM15 juta.

"Tangkap lima orang termasuk dua Iran,Go PDRM Go," twitt Khalid.

Sementara itu sumber berkata STING turut merampas sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil kegiatan mengedar dadah oleh anggota sindiket berkenaan.

Katanya sindiket itu dipercayai didalangi warga asing dan cecair berkenaan dibawa masuk dari luar negara.

"Sindiket itu dipercayai berpindah randah dari satu tempat ke tempat bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.

Lima lelaki yang berusia antara 20 hingga 50 tahun kini direman bagi membantu siasatan, katanya dan menambah beberapa lagi anggota sindiket berkenaan
sedang dikesan. - Bernama

Tiga sekawan dituduh cuba rogol berkumpulan


WARTAWAN SINAR HARIAN
21 OGOS 2015
Tiga sekawan dituduh cuba rogol berkumpulan

Tiga sekawan dituduh cuba rogol berkumpulan Tertuduh dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang penuntut sebuah pusat kemahiran, di sini, bersama dua lagi rakannya masing-masing bawah umur dan masih bersekolah berdepan pertuduhan melakukan cubaan rogol dalam kejadian 12 Ogos lalu.

Ketiga-tiga tertuduh masing-masing berusia 18, 17, dan 16 tahun didakwa melakukan percubaan rogol berkumpulan terhadap seorang gadis bawah umur berusia 14 tahun di kawasan belukar di Zon Anggerik, Bandar Amanjaya, antara jam 9.45 malam hingga 2.30 pagi.

Disebabkan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama.

Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun bagi kesalahan mengikut Seksyen 375B.

Manakala bagi Seksyen 511 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara yang tidak lebih daripada setengah tempoh yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hasnurliza Mohd Radzi.

Dalam pada itu, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Shukriah Sulaiman merayu tertuduh diberi jaminan rendah memandangkan masih belajar.

Hakim Vijayalakshmi Muthusamy bagaimanapun membenarkan tertuduh yang masih menuntut itu diberi ikat jamin sebanyak RM8,000, manakala dua lagi dibenarkan ikat jamin RM6,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula 4 Oktober depan.

Pelajar tingkatan satu maut motosikal dilanggar


WARTAWAN SINAR HARIAN
Kemalangan

21 OGOS 2015

Kemalangan

BUKIT MERTAJAM - Seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, di sini maut apabila motosikal yang dinaiki bersama datuknya dilanggar dari belakang oleh pelajar sekolah yang sama  di Jalan Guar Perahu di sini hari ini.

Maisarah Mohd Fitri, 13, yang membonceng motosikal bersama datuknya, Abu Hassan Lazim, 76, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata ketika kejadian pada pukul 6.55 pagi itu, Maisarah dan datuknya dalam perjalanan untuk ke sekolah.

Kedua-dua mereka tidak memakai topi keledar, katanya di sini hari ini. Beliau berkata motosikal mereka yang datang dari arah Kampung Pelet dirempuh motosikal dinaiki dua pelajar lelaki ketika berhenti untuk membelok ke arah pintu masuk sekolah.

Abu Hassan dan dua pelajar lelaki berusia 17 tahun itu cedera ringan. Mayat Maisarah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. - Bernama

Polis Thailand cari wanita berbaju hitam


LYDIA
22 OGOS 2015
Polis Thailand cari wanita berbaju hitam

Polis Thailand cari wanita berbaju hitam Polis berkawal semasa upacara keagamaan di hadapan kuil Erawan, semalam. - Foto AFP

BANGKOK - THAILAND. Polis Thailand sedang mencari seorang wanita berbaju hitam, yang dilihat duduk di sebuah bangku berdekatan suspek pengeboman maut di Bangkok, Isnin lalu.

Kelmarin, dua lelaki yang dikenal pasti sebagai suspek insiden pengeboman di kuil Erawan berhampiran persimpangan Ratchaprasong tampil menyerah diri kepada polis.

Bagaimanapun, polis mengesahkan mereka tidak terlibat dalam serangan itu.

"Saya minta dia (wanita berbaju hitam) tampil dan beri kerjasama kepada pihak polis," kata, jurucakap polis, Prawut Thavornsiri.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha menyifatkan serangan bom yang meragut 20 nyawa termasuk lapan warga asing itu, adalah paling buruk pernah berlaku dalam sejarah negara itu, menurut laporan CNN.

Tongkang terbakar, empat cedera

Sandakan: Empat lelaki cedera selepas tongkang mereka terbakar berdekatan kawasan penyimpanan minyak di Kampung Gas, Jalan Batu Sapi, dekat sini, 6 pagi, hari ini.
Tiga daripadanya melecur manakala seorang lagi patah kaki dan kini sedang dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.
Penolong Kanan Satu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan, Devi Rashedee Engsoi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan, jam 6.20 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama 14 anggota penyelamat.
"Sejurus tiba di lokasi kejadian didapati sebuah tongkang mengangkut petrol sedang terbakar.
"Anggota bomba kemudian melakukan pemadaman tiga aliran air dan satu aliran buih. Langkah diambil berikutan kebakaran mula merebak ke kawasan pelabuhan penyimpanan minyak kapal," katanya.
Sehingga ini, katanya, tiada mangsa yang dilaporkan meninggal dunia dan 335 tong berisi minyak petrol berada di atas Ponton masih dapat dikawal.
"Usaha pemadaman sepenuhnya masih dijalankan sehingga kini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 1:33 PM


BOMBA berusaha memadamkan kebakaran tongkang bermuatan petrol di Kampung Gas Jalan Batu Sapi, Sandakan. IHSAN JBPM Sabah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72282#sthash.Ds8pHgVJ.dpuf

Penghantar surat maut kemalangan

 Oleh Mohd Hilmie Hussin

am@hmetro.com.my
Melaka: Lelaki penghantar surat berusia 20 tahun maut di tempat kejadian, dekat Stadium Hang Jebat, Melaka, di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), 4 pagi tadi.

Difahamkan, Mohammad Aizunedan Samsudin dari Batu Berendam, maut di tempat kejadian apabila motosikalnya dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dan berlanggar dengan sebuah lagi ditunggang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Bagaimanapun, remaja terbabit hanya mengalami patah tangan dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Tengah Asisten Superintendan Yahya Manan berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk menjalani proses bedah siasat, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:06 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72299#sthash.QJ1XbA18.dpuf

Barang Perancis ‘tulen’

Kuala Lumpur: Barangan mewah dijual didakwa dibawa khas dari Perancis, namun hakikatnya ia barangan palsu diseludup dari negara jiran.
Itu antara taktik penipuan giat dilakukan lima peniaga barangan tiruan jenama terkenal di sekitar Jalan Gelugor, di sini.
Kegiatan itu dibongkar selepas sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur melakukan serbuan di lima premis itu jam 2 petang semalam.
Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, serbuan dijalankan hasil aduan dan kerjasama wakil pemilik cap dagang yang sah.
“Dalam serbuan ini, KPDNKK merampas 11,187 unit pelbagai produk jenama terkenal antaranya skaf, kerongsang dan minyak wangi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:39 AM


ANGGOTA penguat kuasa memeriksa barangan hiasan tiruan yang dirampas di Jalan Gelugor, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72269#sthash.kDUw2TKz.dpuf

Cungkil mata untuk usir syaitan

Jeneral Pinedo (Argentina): Seorang remaja diperkosa sekumpulan lelaki sebelum kakaknya mencungkil matanya dalam satu upacara ‘mengusir syaitan.’
Mangsa yang berusia 16 tahun kini dalam keadaan tenat di hospital selepas kejadian itu.
Keluarganya mengaku mereka sendiri yang merancangnya kerana percaya mangsa dirasuk.
Selepas diperkosa secara bergilir-gilir, remaja berkenaan dibaringkan dan kakaknya mencungkil kedua-dua matanya.
Polis menahan si kakak yang mendakwa seorang paderi tempatan mengarahkannya untuk mencungkil mata mangsa sebagai cara untuk mengusir syaitan yang sering dilihat adiknya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:36 AM


GADIS berkenaan selepas matanya dicungkil. (Gambar kecil) Gadis yang didakwa dirasuk syaitan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72267#sthash.FciirNpI.dpuf

Bayi Dan Budak Berusia Setahun Maut Dalam Kemalangan


Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 4:27 PM

KOTA TINGGI: Bayi berusia empat bulan antara tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori tangki di Jalan Kota Tinggi-Desaru di sini, Sabtu.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Abd Rahim An Rani berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.35 tengah hari sebelum sebuah jentera dan lima anggota bomba tiba di lokasi kejadian, Felda Air Tawar 2.
"Bayi berusia empat bulan, kanak-kanak perempuan berusia setahun dan lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala seorang wanita berusia 22 tahun pula mengalami kecederaan serius.
"Ketika kami tiba di lokasi itu, tiada orang di dalam lori tangki berkenaan. Kami percaya pemandunya telah meninggalkan lokasi tersebut," katanya.
Wanita yang cedera telah dihantar ke hospital di Kota Tinggi untuk rawatan lanjut.

‘Inilah dendam aku’

Ipoh: Seorang wanita warga emas cedera di kepala akibat dipukul selain ditumbuk bertubi-tubi oleh penjenayah yang menceroboh rumah anaknya ketika mangsa nyenyak tidur di Kampung Tersusun Tasek, Bercham, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi, mangsa Zainun Abas, 86, yang berseorangan tidur di bilik anaknya Noresah Ahmad Badarudin, 57, sebelum tiba-tiba terkejut apabila belakang kepalanya diketuk objek keras. Badan mangsa kemudian ditumbuk hingga berdarah.
Menurutnya, ketika kejadian anaknya bekerja syif malam di sebuah hospital di sini, dan dia tidak merasa perkara mencurigakan sebelum kejadian.
Katanya, dia terjaga pada jam 2 pagi untuk minum sebelum tidur semula di bilik anaknya.
“Lailahaillallah, hantu ke ni? Itu yang terkeluar dari mulut selepas melihat kelibat lembaga di depan mata, namun dibalas ‘Diam! Jangan cakap lagi kalau tak aku bunuh, inilah dendam aku’ sebelum badan saya ditumbuk sekuat hati.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:45 AM


ROSNAH menemani ibunya yang cedera selepas diserang penyamun di rumahnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72273#sthash.8Hjs4iZu.dpuf

Seorang Daripada Tiga Anggota Tentera Terlibat Kemalangan Meninggal Dunia


Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 1:50 PM
Sebuah trak tentera terbabas selepas cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta di Jalan Gambang berhampiran Universiti Malaysia Pahang (UMP) petang Jumaat. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Seorang daripada tiga anggota tentera yang  cedera selepas trak mereka terbalik di Jalan Kuantan-Gambang berhampiran Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini petang Jumaat, meninggal dunia, pada sebelah malam.

Megat Irwanizam Ibrahim, 27, yang merupakan pemandu trak dari Kem Batu 10 Markas Tentera Darat Kuantan di sini, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 9.15 malam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata, dua rakan mangsa yang dilaporkan parah iaitu Mohd Azmi Mohd Jamil, 31, dan Mohd Razali Aziz, 40, masih dirawat di hospital sama.

Dalam kemalangan pada 3.50 petang semalam, trak yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan itu dikatakan bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi dari arah yang sama yang dipercayai bertindak menukar haluan secara tiba-tiba.

"Pemandu kereta Perodua Myvi, Phua EE Lyn, 19, seorang pelajar Metro Kolej Kuala Lumpur yang turut terlibat dalam kemalangan itu hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu.

Beliau berkata, mayat mangsa akan dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengkebumian.

Ajal lima beranak

Papar: Lima beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik ke laluan bertentangan dalam kemalangan di Kilometer 40 Jalan Kimanis-Keningau, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, kelima-lima mangsa iaitu pemandu, Nur Fitriati Sukarno, 28, Eka Sudarmono Sukarno, 37, Dwi Rahmahyanti Sukarno, Triana Nur Khasanah Sukarno, dan ibu mereka, Supiati Mohd Salleh, 53, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang lagi penumpang berusia dua tahun iaitu Muhammad Hamizan Khaidir agak parah dan kini masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Geogre Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki semua mangsa dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kimanis.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu Nur Fitriati hilang kawalan, terbabas sebelum terbalik ke laluan bertentangan.
"Pemandu dan empat penumpang di dalam kenderaan terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.
Katanya, semua jasad mangsa sudah dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 10:58 AM


IHSAN pembaca Harian Metro
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72275#sthash.YrrsvJLi.dpuf

Empat terbunuh, seorang cedera

Kota Tinggi: Bayi perempuan berusia empat bulan antara empat maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Desaru, di sini, tengah hari ini.
Kejadian kira-kira 12 tengah hari itu turut mengakibatkan wanita berusia 22 tahun cedera selepas kenderaan dinaiki itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki.
Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat, pada 12.35 tengah hari.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan maut membabitkan lori tangki dengan kereta. Bagaimanapun, dua lelaki yang menaiki lori itu gagal dikesan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 3:04 PM


IHSAN Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72291#sthash.1SIiA8sg.dpuf

Bos menjerit jari tersepit

Bachok: “Kami mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan jarinya yang tersepit seperti tuang minyak dan sabun, namun gagal,” kata Mohd Syafiq Mazlan, menceritakan kejadian majikannya tersepit jari kelingking kanan pada enjin Perodua Kancil di sebuah premis mencuci kenderaan di Kampung Baru Hujung, Repek, di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Razali Mat Zin, 32, terpaksa menanggung kesakitan selama dua jam sebelum menerima bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok.
Mohd Syafiq, 18, berkata, sebelum kejadian, majikannya membantu menyelenggara kereta pelanggan sebaik dia selesai mencuci.
“Saya mahu tengok enjin yang dicuci serta minta bantuan bos (mangsa) kerana alami sedikit kesukaran.
“Namun, tidak lama kemudian saya dengar dia menjerit dan beritahu jarinya tersepit. Saya ingat dia bergurau pada mulanya.
“Memang terkejut apabila jarinya benar-benar tersepit dan susah dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di tempat mencuci kereta itu, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:15 AM


RAZALI tanggung sakit dua jam sebelum dibantu anggota bomba.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72259#sthash.qeRKgcHv.dpuf

Udang palsu pula dijual

Beijing: Boleh dikatakan setiap hari ada saja barangan pengguna palsu dikeluarkan usahawan di China.
Yang terbaru, udang segar palsu.
Media tempatan kelmarin melaporkan, wujud taktik kotor dilakukan penjual udang di pasar di negara itu supaya barangan dagangan mereka kelihatan segar dan gemuk.
Untuk menghasilkan udang seperti itu, pedagang dikatakan menambahkan gelatin ke dalam badan undang berkenaan.
Seorang penduduk di Whenzhou baru-baru ini menunjukkan udang yang dibelinya didapati lebih banyak berisi gelatin daripada isi udang.
Dia menyebarkan perbuatan pedagang itu dan memuat naik gambar udang yang dibelinya di laman sosial Weibo.
Gambar berkenaan menunjukkan isi udang itu seperti jeli walaupun kulitnya asli.
Tindakannya mendorong agensi pemeriksaan ubat, makanan dan minuman China melancarkan serbuan dan pemeriksaan di beberapa pasar di seluruh China. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:07 AM


UDANG yang sudah disumbat dengan gelatin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72213#sthash.Frvmv0dZ.dpuf