Search This Blog

Thursday, August 20, 2015

Lelaki ‘cuba bersih dosa pelacur’ ditangkap

Taipei: Seorang lelaki Kristian fundamentalis memujuk seorang GRO wanita ke dalam bilik hotel sebelum memaksanya berbogel, merompak dan menyerangnya menggunakan pisau, kononnya untuk ‘membersihkan wanita itu daripada dosa.’
Akhbar Liberty Times melaporkan, penganggur berusia 42 tahun itu memberitahu polis, ketika berdoa tiga tahun lalu dia mendengar Tuhan menyuruhnya ‘membersihkan dosa seorang pelacur menggunakan darah.’
Dia terus membeli pisau di pasar raya tempatan dengan harga lebih 200 NTD (RM25) tetapi tidak melaksanakan ‘perintah’ itu sehingga baru-baru ini.
Lelaki dikenali sebagai Shi itu cuba melarikan diri selepas kakitangan hotel yang mendengar jeritan mangsa bergegas membantunya.
Shi yang memberitahu polis dia utusan Tuhan mempunyai rekod sakit mental.
Ketika disoalsiasat, dia berkata fikirannya tidak terganggu, menyebabkan pihak berkuasa mendakwanya atas tuduhan merompak sebelum mencadangkan pendakwa menghantarnya untuk pemeriksaan kesihatan.
Kejadian berlaku bulan lalu di daerah Wanhua, New Taipei City. Bagaimanapun, rakaman kejadian hanya tersebar baru-baru ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Dai terselamat dalam kejadian itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 9:50 AM


GAMBAR yang dipetik daripada rakaman CCTV menunjukkan lelaki berkenaan menyerang mangsanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71743#sthash.XIUP0hqy.dpuf

Pedang siapa besar?

Pittsburgh: Dua lelaki yang cuba menyamun sebuah kedai menggunakan pisau panjang terpaksa melarikan diri dengan tangan kosong apabila penjaga kedai berkenaan mencabar mereka dengan pedang yang lebih besar seperti digunakan pahlawan kuno Cina.
Dalam kejadian Jumaat lalu yang dirakam CCTV kedai berkenaan, dua lelaki bertopeng menyerbu masuk kedai itu sebelum mengeluarkan pisau dan mengarahkan juruwang menyerahkan wang.
Namun, dua lelaki itu kemudian dilihat bergegas berlari keluar dari kedai apabila juruwang berkenaan mengejar mereka sambil memegang pedang besar.
Abang juruwang berkenaan, MC Hydare, berkata” “Saya hanya mahu beritahu mereka (perompak terbabit), jangan buat seperti ini. Kami boleh dapat wang dengan cara lain yang lebih baik, bukan seperti ini.
“Pergi cari kerja.” - BGR.com
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 6:56 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71860#sthash.H8OtYBAK.dpuf

7 maut, 15 hilang pesawat bertembung

Prague: Dua pesawat membawa puluhan peserta payung terjun yang berlatih untuk pertunjukan udara di Slavnica hujung minggu ini, bertembung di udara di barat Slovakia hari ini, menyebabkan tujuh terbunuh manakala 15 lagi masih hilang walaupun sebahagiannya sempat terjun keluar dari pesawat.
Jurucakap bomba Slovakia, Zuzana Farkasova, berkata kemalangan itu berlaku pada jam 7.20 pagi (waktu Slovkia) dekat perkampuangan Cerveny Kamen. Pekerja penyelamat menggunakan helikopter untuk sampai ke lokasi nahas di kawasan pergunungan White Carpathians iaitu sempadan Slovakia dengan Republik Czech.
Menurut pegawai jabatan penerbangan awam Slovakia, Juraj Denes, ada 40 orang dalam dua pesawat L-410 yang bertembung pada ketinggian 1,500 meter dan ramai sempat terjun keluar sebelum pertembungan berlaku.
Stesen televisyen TA3 melaporkan, selain tujuh yang terbunuh, 15 lagi peserta payung terjun masih hilang. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 7:26 PM

Pesawat kedua membawa peserta payung terjun yang berlatih untuk pertunjukan udara, terhempas selepas pertembungan di udara.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71867#sthash.uC5OjSYu.dpuf

Ibu durjana!

CHICAGO: Seorang wanita di Ohio mengakui membunuh tiga anak lelakinya sejak 13 bulan lalu kerana suaminya memberi perhatian lebih kepada kanak-kanak terbabit berbanding anak perempuan mereka.
Menurut polis, Brittany Pilkington, 23, menghubungi 911 kira-kira jam 3 pagi Selasa lalu, melaporkan bayinya yang berusia tiga bulan, Noah, tidak bernafas.
Polis kemudian melakukan siasatan kerana ia adalah kejadian ketiga di rumah berkenaan serta keadaan yang serupa.
Sebelum ini, anak wanita itu, Niall, juga ditemui mati ketika berusia tiga bulan oleh bapanya, Joseph Pilkington, sebaik pulang dari kerja, Julai tahun lalu.
Pada 6 April lalu, bapa berkenaan mendapati anak mereka, Gavin, 4, juga mati.
Brittany Pilkington kini menghadapi tuduhan membunuh selepas dia mengaku membunuh tiga anaknya itu, menekup muka mereka dengan selimut hingga mati kelemasan kerana suaminya memberi perhatian lebih kepada anak lelaki berbanding anak perempuan mereka yang berusia empat tahun.
Selepas kematian Gavin, Noah dan kakaknya dikeluarkan dari rumah itu tetapi dibenar pulang awal minggu ini selepas koroner mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kematian Gavin dan Niall. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 8:32 PM


Brittany Pilkington (kiri) mengaku membunuh anaknya, Gavin (kanan atas) dan Niall (kanan bawah). - Foto AP/CNN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71875#sthash.09b8920S.dpuf

Serah diri kerana dituduh suspek pengeboman

Serah diri kerana dituduh suspek pengeboman

19 OGOS 2015

Serah diri kerana dituduh suspek pengeboman Salah satu perkongsian Sunny Burns pada hari kejadian.

BANGKOK - THAILAND. Seorang model dan pelakon warganegara Australia menyerah diri ke balai polis semalam kerana terdapat pihak menuduhnya sebagai suspek pengeboman kuil, Isnin lepas.

Menurut Straits Times, Sunny Burns, 26, bekerja sebagai pengajar persendirian Bahasa Inggeris telah mengkongsikan gambar selfie pada hari kejadian untuk memaklumkan kepada keluarganya bahawa beliau selamat.

Burns juga mengkongsikan sebuah foto di Instagram yang menunjukkan dirinya berada di kuil Erawan tersebut pada hari kejadian.

Foto tersebut bagaimanapun diambil beberapa hari sebelum kejadian.

Foto-foto tersebut kemudian menjadi viral dan mencuri perhatian wartawan Thailand, Prasitchai Kumbang yang kemudian mengaitkan Burns dengan suspek pengeboman.

Burns kemudian menyerah diri ke balai polis untuk membersihkan namanya.

"Saya bukan pengganas. Saya pelakon yang 'ting-tong'," kata Burns.

Burns juga memaafkan mana-mana pelayar yang mengkongsikan khabar angin tersebut.

"Tetapi, rasa tak sedap bila anda dipanggil sebagai pengganas," tambah Burns dalam perkongsian lain.

Prasitchai kemudian meminta maaf atas isu berkenaan.

Polis Thailand hari ini mendedahkan fotofit lakaran suspek pengeboman kuil Erawan.ARTIKEL BERKAITAN: Polis dedah lakaran suspek bom]