Search This Blog

Tuesday, August 11, 2015

29 Terbunuh Akibat Serangan Pengebom Berani Mati


Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 10:16 AM

KUNDUZ: Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh apabila kumpulan Taliban melakukan serangan di utara Afghanistan pada Ahad.
Kementerian Dalam Negeri Afghanistan berkata, dalam serangan Khanabad itu, semua yang terkorban merupakan orang awam.
Taliban sebelum ini turut mengaku bertanggungjawab melakukan serangan di Kabul yang menyaksikan 51 orang terbunuh.
Jumlah kematian itu yang tertinggi dicatatkan di ibu negara berkenaan sejak setahun lalu.
"Insiden di Khanabad berlaku akibat pengebom berani mati yang meletakkan bom di dalam jaket.
"Akibat serangan itu seramai 21 orang awam terbunuh manakala 10 lagi cedera," kata jurucakap kerajaan, Abdul Wadood Wahidi.

Lima Terbunuh Dalam Banjir Di Mali


Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 9:59 AM

BAMAKO: Seramai lima orang disahkan terbunuh manakala beratus lagi terjejas selepas hujan lebat mengakibatkan banjir besar di timur laut Mali.
Hujan lebat itu dikatakan telah menyebabkan banjir di bandar Menaka sebelum lima penduduk maut manakala lebih 400 kediaman terjejas, kata kerajaan dalam satu kenyataan.
Berikutan itu seramai 750 penduduk kini hilang tempat tinggal.
Wakil kerajaan memberitahu, banjir tersebut menyebabkan mangsa gagal mendapatkan makanan dan kerajaan sedia menyalurkannya secepat mungkin.
Sumber makanan dan bantuan lain akan dihantar oleh kerajaan ke Menaka pada Isnin sebelum diedarkan kepada mangsa.

Warga Emas Didakwa Simbah Asid Kepada Remaja


Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 2:09 PM

ALOR SETAR: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kecederaan dengan menyimbah asid kepada seorang remaja, bulan lepas.
Ahmad Taib (gambar) , 65, didakwa menyebabkan kecederaan serius kepada Khairul Izzat Mohd Zaki, 22, kira-kira pukul 5.15 petang pada 25 Julai di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Kuala Kedah dekat sini.

Khairul telah disimbah cecair dipercayai asid yang boleh menyebabkan kecederaan kekal.

Kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda atau sebatan.

Hakim Rusita Md Lazim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Ahmad telah diwakili oleh Lim Wei Yong, manakala pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Ayu Rohaiza Khazali.

Dilaporkan bahawa Ahmad menyimbah asid terhadap mangsa dan beberapa yang lain dalam keadaan marah dalam pertengkaran berkaitan sewa rumah yang tertangguh.

11 Mati Dipijak, Sesak Nafas


Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 12:41 PM
Sebahagian pengunjung kuil yang maut dalam kejadian rempuhan, awal pagi Isnin.

NEW DELHI: Tindakan ribuan penganut Hindu memotong barisan sepanjang enam kilomter (km) dan merempuh masuk ke kuil di timur India untuk beribadah mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh akibat sesak nafas dan dipijak.
Kejadian awal pagi Isnin itu berlaku di kuil Baidyanath Jyotirlinga di Jharkhand selepas pengunjung yang berhimpun di luar rumah ibadat itu sepanjang malam mendengar pintu pagar dibuka.
Akibatnya beberapa penganut yang masih tidur kira-kira satu kilometer dari pintu masuk dipijak orang ramai dalam kejadian antara jam 4 hingga 4.30 pagi itu.
Insiden itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Narendra Modi yang menyatakan kesedihannya kerana kehilangan nyawa rakyatnya menerusi Twitter.
Timbalan Ketua Polis Jharkhand, SN Pradhan berkata, mereka mula berhimpun di luar kompleks yang menempatkan kuil utama dan 21 yang lebih kecil itu sejak awal pagi untuk beribadah pada bulan Shravan.
"Kami menganggarkan 100,000 hingga 150,000 yang berhimpun di sini. Upacara pertama dikendalikan sami sebelum pintu kuil dibuka untuk orang ramai.
“Ramai yang berpusu-pusu mahu ke depan menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut dan ada yang dipijak mati. Setakat ini 11 disahkan mati, tetapi kira-kira 20 lain yang cedera kini dalam keadaan stabil,” kata Pradhan.
Ahli Parlimen Nishikant Dubey berkata, ramai yang berjalan kaki dari jauh semata-mata mahu melakukan ibadat di situ menyebabkan mereka tidak sabar memasuki kompleks kuil sebaik dibenarkan.
“Ada yang berjalan lebih 90km dan tidak sabar untuk berbaris panjang,” katanya.
Rempuhan kerap berlaku ketika keraian agama di India. Bulan lalu, sekurang-kurangnya 27 maut selepas rempuhan di tebing sungai dianggap suci di Rajahmundryu.

Serangan sasar Konsulat AS di Turki

Serangan sasar Konsulat AS di Turki

Konsulat AS di Istanbul menjadi sasaran serangan terbaru di negara tersebut.

ISTANBUL - TURKI. Dua penyerang melepaskan tembakan rambang di Konsulat Amerika Syarikat (AS), di sini, semalam dan bertindak melarikan diri selepas polis melancarkan serangan balas.

Stesen penyiar CNN Turk melaporkan seorang wanita dipercayai turut menjadi suspek dalam kejadian tersebut.

"Tiada kematian dilaporkan dalam insiden itu. Turki telah meningkatkan tahap amaran selepas negara itu melancarkan operasi ketenteraan serentak termasuk serangan udara menyasarkan kumpulan militan IS di Syria dan pejuang Kurdish di utara Iraq," jelas laporan itu lagi.    

Difahamkan, misi diplomatik AS sering menjadi sasaran serangan di Turki sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2013, parti berhaluan kiri, Parti Barisan Revolusi Pembebasan Rakyat (DHKP-C) mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan berani mati di Kedutaan AS di Ankara yang turut meragut nyawa pengawal keselamatan warga tempatan. - Reuters

Ditikam hingga mati di pusat beli-belah Ikea

Ditikam hingga mati di pusat beli-belah Ikea

Sebuah kereta polis di hadapan gedung beli-belah Ikea di Vasteras. - Foto AFP

VASTERAS - SWEDEN. Dua pengunjung ditikam sehingga mati dalam insiden di gedung beli-belah Ikea, tengah bandar Sweden, semalam.

Menurut Ketua Polis Vasteras, Per Agren, dua suspek berjaya ditahan dan salah seorang daripada suspek yang cedera pada mulanya dipercayai sebagai mangsa ketiga.

"Dua lelaki ditahan dan salah seorangnya lahir pada tahun 1992 dan suspek yang cedera lahir pada tahun 1979."

Memetik laporan AFP, mangsa yang maut adalah seorang wanita dan seorang lelaki akibat tikaman pisau pada serangan itu.

Polis berkata, tiada maklumat mengenai motif serangan setakat ini dan insiden ini berlaku di bahagian pameran barangan dapur gedung membeli belah berkenaan.

" Kami masih menyiasat dan apa yang dilihaT setakat ini adalah tiada sebarang hubungan di antara penyerang dan mangsa," kata  Agren dipetik AFP

Wanita dirompak 'teman lelaki'

Wanita dirompak 'teman lelaki'

ZHENJIANG - CHINA. Seorang lelaki bertindak merompak seorang wanita yang baru dikenalinya hanya kerana ingin mendapatkan semula wang yang dibelanjakan semasa temujanji bersama wanita itu.

Sebelum itu, lelaki yang dikenali sebagai Hu ditahan oleh pihak polis selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa dirompak oleh seorang lelaki yang dikenali beberapa hari sebelum itu.

Memetik laporan China News Services, ketika disoal siasat, lelaki tersebut mendakwa dia mengenali wanita ini melalui laman sosial.

Tertarik dengan gambar profil yang digunakan wanita tersebut di laman sosial, lelaki itu kemudiannya mengajak wanita itu bertemu di sebuah restoran.

Malangnya, lelaki berkenaan agak terkejut dengan wajah sebenar wanita itu dan kerana menganggap ia satu penipuan selepas menghabiskan 100 Yuan (RM62.70)  semasa temujanji tersebut, lelaki itu kemudian bertindak merompak wanita itu untuk mendapatkan semula wangnya itu.

Lelaki itu hanya memperoleh 70 Yuan (RM 43.89) daripada wanita itu.

Menurut polis, wanita itu gagal memberi maklumat terperinci mengenai lelaki berkenaan dan turut dikatakan sudah berkahwin.  

Bomba didakwa rogol budak 9 tahun


11 OGOS 2015
John McGinn
John McGinn

GALSGOW - BRITAIN. Seorang anggota bomba dipenjara atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan 9 tahun selepas menyelamatkannya dari kebakaran malah turut mengugut kanak-kanak itu jika melaporkan perbuatannya itu.

John McGinn, berkhidmat sebagai anggota bomba di North Lanarkhire selama 30 tahun.

Pada tahun 1994, dia ditugaskan untuk memadamkan kebakaran di rumah mangsa yang terletak di Bell Shill.

Ibu kepada mangsa dibawa ke hospital kerana mengalami masalah penafasan sementara mangsa dihantar ke rumah nenek mangsa.

John kemudiannya ke rumah mangsa dan berpura-pura untuk bermain permainan King of The Castle sebelum menarik mangsa, menekup mulut dan merogol mangsa.

Mangsa terpaksa merahsiakan perbuatan John McGinn selama dua dekad kerana bimbang dengan ugutan lelaki tersebut.

Mangsa yang kini berusia 30 tahun memberitahu mahkamah, bahawa dia bertindak untuk menghentikan perbuatan lelaki berkenaan, namun lelaki itu kemudian bertindak mengugut untuk membunuh ibunya.

Selepas mempunyai keberanian, wanita itu kemudian bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, John tidak mengaku bersalah dan mendakwa tuduhan tersebut sebagai satu penipuan dan berkata mangsa membuat tuntutan palsu untuk memeras ugutnya.

Tetapi menurut rekod, John McGinn dia telah disabitkan bersalah atas enam tuduhan rogol oleh Mahkamah Tinggi di Glasgow.

John kini disabitkan bersalah dan dipenjarakan.

Rela anak mati elak ‘tercemar’

Dubai: Seorang ayah dilaporkan rela membiarkan anaknya tahun mati lemas daripada diselamatkan dua anggota penyelamat membantu mangsa semata-mata tidak mahu lelaki asing menyentuh gadis itu.
Penolong Pengarah Jabatan Mencari dan Menyelamat Dubai, Leftenan Kolonel Ahmed Burqibah berkata, kejadian itu berlaku di sebuah pantai di Dubai.
“Memang kejadian ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Kami semua terkejut dengan pendirian lelaki itu.
“Keluarga terbabit datang ke pantai untuk berkelah dan anak-anaknya sedang mandi apabila tiba-tiba gadis berkenaan lemas.
“Dua anggota penyelamat yang berada di situ bergegas mahu membantu, tetapi dihalang si ayah yang berkata maruah anaknya akan tercemar jika disentuh dua lelaki yang tidak dikenali itu.
“Malah lelaki itu yang berbadan tegap dan kuat turut bertindak ganas menarik mereka malah menumbuk anggota berkenaan. Katanya dia rela anaknya mati daripada tercemar disentuh lelaki tak dikenali,” katanya.
Katanya, akibatnya mangsa mati lemas.
“Pada hal dia berpeluang hidup kerana dua anggota berkenaan begitu hampir dengannya,” katanya.
Menurutnya, ayah gadis berkenaan ditahan dan didakwa kerana menghalang anggota berkenaan daripada bertugas. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 7:29 AM

DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69450#sthash.oPffk5Xf.dpuf

Rela anak mati elak ‘tercemar’

Dubai: Seorang ayah dilaporkan rela membiarkan anaknya tahun mati lemas daripada diselamatkan dua anggota penyelamat membantu mangsa semata-mata tidak mahu lelaki asing menyentuh gadis itu.
Penolong Pengarah Jabatan Mencari dan Menyelamat Dubai, Leftenan Kolonel Ahmed Burqibah berkata, kejadian itu berlaku di sebuah pantai di Dubai.
“Memang kejadian ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Kami semua terkejut dengan pendirian lelaki itu.
“Keluarga terbabit datang ke pantai untuk berkelah dan anak-anaknya sedang mandi apabila tiba-tiba gadis berkenaan lemas.
“Dua anggota penyelamat yang berada di situ bergegas mahu membantu, tetapi dihalang si ayah yang berkata maruah anaknya akan tercemar jika disentuh dua lelaki yang tidak dikenali itu.
“Malah lelaki itu yang berbadan tegap dan kuat turut bertindak ganas menarik mereka malah menumbuk anggota berkenaan. Katanya dia rela anaknya mati daripada tercemar disentuh lelaki tak dikenali,” katanya.
Katanya, akibatnya mangsa mati lemas.
“Pada hal dia berpeluang hidup kerana dua anggota berkenaan begitu hampir dengannya,” katanya.
Menurutnya, ayah gadis berkenaan ditahan dan didakwa kerana menghalang anggota berkenaan daripada bertugas. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 7:29 AM

DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69450#sthash.oPffk5Xf.dpuf

Coli penyelamat


Berlin: Seorang wanita panjang umur apabila terselamat daripada mati ditembak selepas peluru yang melantun ke arahnya terkena besi di dalam coli dipakainya.

Ketika kejadian, wanita berusia 41 tahun itu dan suaminya sedang berbasikal di sekitar Mecklenburg-Vorpommern apabila mereka secara tidak sengaja memasuki kawasan memburu babi hutan.

Sewaktu melalui ladang berhampiran bandar Gadebusch, wanita itu secara tiba-tiba merasa sakit di bahagian dada.

Wanita itu memeriksa dadanya dan mendapati dia seperti terkena tembakan. Namun, besi dalam colinya berjaya menepis peluru itu menyebabkan dia hanya mengalami lebam tanpa menembusi badannya.

Suami wanita itu ternampak seorang penembak berusia 53 tahun di ladang berhampiran dan segera memaklumkannya mengenai kejadian menyebabkan acara memburu itu segera ditamatkan.

Wanita itu kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Anggota polis dihantar ke tempat kejadian dengan membawa pengesan logam serta anjing penghidu terlatih untuk mengesan bahan letupan bagi mencari serpihan peluru.

Menurut jurucakap polis André Falke, anggota mereka menemui bangkai babi hutan di kawasan berhampiran. Mereka mengesyaki peluru itu disasarkan kepada haiwan terbabit, kemudian melantun dan terkena mangsa.

Suruhanjaya Jenayah Gadebusch sedang menyiasat kejadian itu sebagai kes cuai yang menyebabkan kecederaan. Siasatan juga dijalankan di kawasan memburu itu sama ada ia diletakkan papan tanda sewajarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 7:26 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69447#sthash.uUn7dBJI.dpuf

Keluarga kaya keji!

Husain Khan Wala, Pakistan: Ibu bapa kanak-kanak yang menjadi mangsa skandal penderaan seksual di Pakistan, menuduh polis gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak kejadian itu.
Kes penderaan di perkampungan Husain Khan Wala, Punjab, itu menjadi tajuk utama akhbar Pakistan semalam dan Perdana Menteri Nawaz Sharif membahaskan isu itu di Parlimen.
Menurut penduduk kampung, satu keluarga yang terkenal di perkampungan itu sudah bertahun-tahun memaksa kanak-kanak melakukan adegan seks untuk dirakam dan rakaman berkenaan kemudian dijual atau digunakan untuk memeras ugut keluarga miskin.
"Saya ke balai polis untuk membuat aduan tetapi polis bukannya mencatatkan (laporan) sebaliknya menahan anak lelaki saya,” kata Shakila Bibi yang anaknya berusia 15 tahun masih dalam penjara.
Jika siasatan mendapati tindakan polis tidak mencukupi atau bersubahat, skandal itu boleh menjejaskan kerajaan wilayah itu yang diperintah adik Perdana Menteri.
Pegawai Polis Daerah Rai Babar memberi jaminan polis akan bertindak tegas.
"Saya memberi jaminan kami mengambil serius perkara ini dan siasatan dilakukan secara adil dan telus," katanya.
Dalam kenyataan semalam, pejabat Perdana Menteri berkata: “Perdana Menteri berasa amat sedih... penjenayah itu akan menerima hukuman paling berat yang boleh.”
Penduduk kampung mendakwa polis tidak mengendahkan aduan mereka walaupun skandal itu membabitkan ratusan kanak-kanak.
Aktivis Mobeen Ghaznavi berkata, ramai kanak-kanak didera dan dia mempunyai 130 rakaman video penderaan itu .
"Orang ramai takut. Mereka diancam dan diugut,” katanya.
Menurut Suraiya Bibi, beberapa wanita di kampung itu menunjukkan kepadanya rakaman video.
“Anak saya dalam dalam video itu. Saya rasa dunia ini runtuh,” katanya.
Menurutnya, rakaman itu menunjukkan kanak-kanak diancam dengan senjata dan mungkin diberi dadah.
“Kanak-kanak semuda lima tahun dipaksa melakukan seks oral," katanya.
Polis sudah menahan tujuh suspek tetapi cuba menjadikan skandal itu tidak seburuk dilaporkan dengan menyatakan ia kemungkinan berlaku akibat pertikaian tanah membawa kepada tuduhan palsu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 5:26 PM


Wanita bersama anak anak mereka yang menjadi mangsa penderaan seksual keluarga berpengaruh. Penduduk kampung mendakwa polis tidak mengendahkan aduan mereka walaupun skandal itu membabitkan ratusan kanak-kanak. - Foto Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69564#sthash.8ZkSbnpA.dpuf

Gempa landa Afghanistan

Kabul: Beberapa jam selepas gempa bumi 6.8 magnitude melanda Kepulauan Soloman di Lautan Pasifik, utara Afghanistan pula digegarkan dengan gempa sekuat 5.9 magnitude petang ini.
Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat, gegaran pada kedalaman 224 kilometer di bawah pergunungan Hindu Kush di utara Afghanistan itu boleh dirasai sehingga ke Kashmir di India.
Gegarannya turut dirasai di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di utara Pakistan dan Punjab di tengah negara itu serta Islamabad.
Pagi tadi, gempa bumi yang melanda Kepulauan Solomon berlaku pada kedalaman 10 kilometer tetapi tiada laporan kerosakan atau kecederaan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 8:32 PM


Kedudukan Kepulauan Solomon. Foto Al-Jazeera
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69578#sthash.JnMhXpVW.dpuf

Banduan terlampau

Malang, Indonesia: Satu pergaduhan tercetus di sebuah penjara di sini kelmarin dipercayai berpunca daripada tindakan seorang tahanan membawa isterinya masuk ke bilik mandi.
Seorang pegawai penjara, Soekarto berkata, kejadian berlaku ketika sembilan banduan yang dipenjara kerana terbabit dalam aktiviti keganasan menerima kunjungan ahli keluarga mereka.
Katanya, seorang banduan yang dikenali sebagai William Maksum membawa isterinya masuk ke kamar mandi ketika waktu melawat hampir tamat.
“Seorang petugas yang menyedari perkara itu mengetuk pintu bilik mandi dan meminta semua banduan kembali ke bilik penjara masing-masing.
“Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan kemarahan Maksum sebelum lelaki itu dan lapan rakannya memukul petugas berkenaan,” katanya.
Ujarnya, beberapa petugas penjara kemudiannya meleraikan pergaduhan itu dan mengiringi semua banduan kembali ke bilik.
“Ketika diiringi beberapa banduan lain yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu bertindak membaling Maksum dan rakannya dengan pelbagai objek.
“Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila Maksum dan rakannya membalas dengan membaling objek kepada banduan lain,” jelasnya.
Tambahnya, akibat kekecohan itu, pihak penjara mengambil keputusan untuk segera memindahkan sembilan banduan berkenaan.
Menurutnya, semua banduan itu dipindahkan ke lima pusat tahanan yang terdapat di Jawa Timur semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 7:41 AM


KERETA perisai keluar dari penjara Malang dengan membawa banduan yang dipindahkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69460#sthash.Bonjzyla.dpuf

Bekas ketua gerila Timor Leste ditembak mati

Dili (Timor Leste): Bekas ketua gerila di Timor Leste mati dibunuh dalam satu pertempuran dengan pihak berkuasa kelmarin.
Seorang jurucakap kerajaan berkata, Mauk Moruk terbunuh ketika cuba ditangkap dalam satu operasi oleh polis dan tentera di bandar Fatulia di wilayah Harare.
“Setiap usaha dibuat ketika operasi bagi mengelak kesan seperti ini.
“Malangnya, pihak berkuasa gagal mengelakkan pertempuran dan berbalas serangan,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan semalam.
Terdapat dua lagi mangsa yang maut dan beberapa orang cedera tetapi jurucakap itu tidak mendedahkan identiti mereka.
“Kerajaan juga meminta rakyat supaya bertenang,” jelasnya.
Moruk menentang pemerintahan bekas Presiden dan juga Perdana Menteri, Xanana Gusmao.
Gusmao adalah wira Timor Leste kerana berjaya membawa negara itu merdeka daripada Indonesia pada 2002.
Pihak berkuasa memburu Moruk selepas kumpulannya melancarkan beberapa serangan terhadap polis termasuk pada 8 Mac lalu yang menyebabkan empat anggota polis cedera. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 7:40 AM


MORUK
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69458#sthash.XoLqrRXe.dpuf

Penyerang balai polis mati ditembak

Istanbul: Dua penyerang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis Turki selepas kejadian letupan bom di sebuah balai polis di kawasan Sultanbeyli, Istanbul, menyebabkan 10 cedera, petang ini.
Menurut agensi berita Dogan, Ibu Pejabat Polis Istanbul mengesahkan dalam satu kenyataan tiga anggota polis dan tujuh orang awam cedera dalam letupan itu.
Dalam satu lagi kejadian, polis Turki menahan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam serangan terhadap bangunan Konsulat Amerika Syarikat di Instanbul.
Menurut laporan stesen televisyen NTV, dua penyerang, seorang lelaki dan seorang wanita melepaskan tembakan terhadap kedutaan itu tetapi melarikan diri selepas polis membalas tembakan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 3:11 PM


Letupan menyebabkan kebakaran dan meruntuhkan sebahagian bangunan tiga tingkat yang menempatkan balai polis di Sultanbeyli, Istanbul. - Foto AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69551#sthash.GCe93e3u.dpuf

Gari lapan sekeluarga sebelum tembak

Houston: Seorang lelaki yang mempunyai sejarah jenayah ganas didakwa membunuh beberapa jam selepas dia menembak mati dengan kejam satu pasangan suami isteri serta enam anak mereka dipercayai ada kaitan dengan perbalahan antara dia dengan wanita berkenaan, semalam.
Menurut jurucakap polis, Sarjan Craig Clopton, mangsa digari sebelum ditembak oleh David Conley, 48, dan ada mangsa yang ditembak beberapa kali.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Dewayne Jackson, 50, isterinya Valerie Jackson, 40, serta anak mereka Nathaniel, 13, Dewayne, 10, Honesty, 11, Caleb, 9, Trinity, 7, dan Jonah, 6.
Nathaniel dipercayai anak Conley hasil hubungan sulitnya dengan Valerie Jackson.
Timbalan Ketua Polis Houston Tim Cannon berkata: “Motif pembunuh ada kaitan berikutan perbalahannya dengan Valerie, bekas pasagannya.”
Polis mengetahui kejadian itu selepas selepas seorang saudara Valerie menghubungi polis supaya melakukan pemeriksaan.
Ketegangan berlaku beberapa jam antara polis dengan Conley sebelum lelaki itu menyerah diri.
Rekod mahkamah menunjukkan sejarah jenayah Conley sejak 1988 dengan yang terbaru bulan lalu, apabila dia didakwa menyerang. Dia juga beberapa kali ditahan kerana menyerang Valerie. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 8:02 PM


Pasukan perubatan memasukkan mayat mangsa ke dalam kenderaan manakala gambar kecil ialah David Conley, 48, yang menembak mati lapan sekeluarga di Houston, semalam. - Foto AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69575#sthash.zFDpvGH0.dpuf

126 rumah rosak dipukul ribut



SALAH sebuah rumah di Kampung Parit Haji Aman yang mengalami kerosakan bumbung dan dinding dalam kejadian ribut melibatkan beberapa kawasan di sekitar Bagan Serai petang kelmarin.


BAGAN SERAI – Sebanyak 126 buah rumah di sekitar daerah Kerian di sini mengalami kerosakan pada bumbung dan dinding dalam ekoran kejadian ribut di kawasan berkenaan petang kelmarin.
Antara kawasan yang terlibat dalam kejadian pada pukul 5 petang itu termasuklah di sekitar Gunung Semanggol, Bagan Tiang, Mukim Beriah, Selinsing dan Tanjung Piandang.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pegawai Daerah Kerian, Datuk Hamzah Hussin berkata, kejadian ribut itu merupakan yang terburuk yang pernah berlaku di kawasan berkenaan.
“Insiden ini membabitkan lebih 100 keluarga atau kira-kira 600 penduduk. Sebahagian bumbung rumah penduduk telah diterbangkan angin dan kita masih menilai jumlah sebenar kerugian yang dialami mangsa,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3iSN47wxM 
Hakcipta terpelihara 

Doktor terkejut bidan budak 11 tahun



Mee FAA (kiri) bersama tiga orang jururawat yang menyambut kelahiran bayi oleh seorang budak perempuan berusia 11 tahun di kliniknya di Bahau barubaru ini.


JEMPOL – “Sejujurnya saya berasa sangat gemuruh.” Demikian cerita seorang doktor sebuah klinik di Bahau, Dr. Yee Mee Faa tentang pengalamannya menyambut kelahiran bayi lelaki daripada ibu muda berusia 11 tahun yang datang pada ke kliniknya Rabu lalu selepas mengadu sakit perut.
Mee Faa berkata, sebaik diperiksa, dia sendiri terkejut apabila mendapati murid tahun lima itu bakal melahirkan anak selepas air ketubannya pecah sehingga menampakkan kaki bayi.
“Disebabkan ambulans lambat tiba untuk membawa budak itu ke hospital, saya dibantu tiga jururawat di klinik dan saya terpaksa menyambut kelahiran bayi berkenaan. Proses kelahiran mengambil masa 20 minit.
“Biarpun ia satu pengalaman yang mendebarkan, namun saya bersyukur kerana ibu dan anak selamat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3iSMmzrNG 
Hakcipta terpelihara 

Bakar kereta selepas samun



SHAFIEN (kiri) menunjukkan kereta Proton Persona yang dibakar oleh tiga penyamun selepas mengadakan sidang akhbar di IPD Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terlibat dengan kes membakar sebuah ken­deraan setelah menyamun pemiliknya di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini Jumaat lalu.
Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa seorang lelaki India berusia 40 tahun telah disamun sebanyak RM200 di sebuah kawasan lapang sebelum kereta Proton Persona miliknya dibakar.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori kemudian membuat laporan polis.
Menurut beliau, susulan aduan itu, pihaknya telah menahan tiga lelaki berketurunan India berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun di sekitar Shah Alam.
“Kita percaya suspek lebih daripada lima orang dan operasi mengesan saki-baki mereka yang terlibat giat dijalankan.
“Siasatan lanjut mendapati, dua daripada suspek yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini semalam


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3iSMc2tVc 
Hakcipta terpelihara 

Maldives turut cari serpihan MH370


SALAH satu serpihan yang ditemui.


COLOMBO – Maldives turut serta dalam operasi mencari bangkai pesawat MH370 yang hilang selepas penduduk kepulauan di Lautan Hindi itu menemui beberapa serpihan tidak dikenali, kata polis kelmarin.
Seorang jurucakap polis berkata, pihaknya bertindak selepas dimaklumkan berhubung penemuan beberapa serpihan di utara Maldives sekitar sebulan lalu.
“Terdapat perkembangan terbaharu di sini selepas penemuan di Pulau Reunion,” katanya yang merujuk kepada penemuan komponen sayap MH370 di pulau berkenaan. Pulau Reunion terletak 3,200 kilometer ke barat daya Maldives.
Selain Maldives, Pulau Madagascar dan persisir pantai Afrika Selatan juga merupakan lokasi berpotensi untuk serpihan MH370 terdampar.
Menteri di Pejabat Presi­den Maldives, Mohamed Shareef berkata, pegawainya sedang ber­kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dalam usaha mengenal pasti sebarang serpihan daripada pesawat hilang tersebut.
“Kami mengutip apa sahaja serpihan tidak dikenali dan mengumpulnya di sebuah stor supaya pihak berkuasa Malaysia boleh menjalankan ujian untuk mengenal pasti sama ada ia milik pesawat mereka atau sebaliknya.
“Pihak kami tidak menjalankan apa-apa ujian, namun kami menghantar gambar objek yang ditemui dan menunggu respon mereka,” kata Shareef.
Pesawat Boeing 777 itu hilang pada 8 Mac tahun lalu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3iSMFa41I 
Hakcipta terpelihara 

Banjir belum surut



AIR banjir menenggelami beberapa kediaman hingga ke paras bumbung di bandar Hinthada, Myanmar kelmarin.


HINTHADA – Angka kematian akibat banjir besar yang melanda Myanmar melepasi 100 orang, lapor media pemerintah semalam dengan hampir sejuta orang terjejas.
Banjir berpunca daripada hujan monsun mengenangi banyak kawasan di Asia Selatan dan Asia Tenggara sejak beberapa minggu lalu. Bencana itu telah meragut beratus-ratus nyawa dengan jutaan penduduk terpaksa berpindah.
Di Myanmar, hujan lebat berminggu-minggu menyebabkan 12 daripada 14 negerinya dilanda banjir.
Bantuan antarabangsa ke negara itu ditingkatkan sejak beberapa hari lalu susulan permintaan rasmi daripada Yangon.
Akhbar tempatan, Global New Light of Myanmar semalam mengemas kini angka rasmi mangsa banjir dengan lebih 100 orang terbunuh dan kira-kira sejuta penduduk di seluruh negara itu terjejas.
Lebih 486,000 hektar sawah pula ditenggelami air, tambah akhbar berkenaan.
Sejak beberapa hari lalu, kebimbangan meningkat bahawa air bah akan menyebabkan dua kawasan pertanian utama di Myanmar, Delta dan Lembangan Irrawaddy yang terletak berdekatan bandar raya Yangon tenggelam.
Global New Light of Myanmar memberitahu bahawa paras air di beberapa buah sungai mulai turun kelmarin tetapi masih melepasi paras berbahaya.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3iSM4ZKoL 
Hakcipta terpelihara 

Duda didakwa bunuh lapan sekeluarga


CONLEY


WASHINGTON – Seorang lelaki yang bertempur dengan polis di sebuah rumah di Texas didakwa selepas enam mayat kanak-kanak dan dua orang dewasa dipenuhi kesan tembakan ditemui di kediaman rumah berkenaan, kata beberapa pegawai polis kelmarin.
Lapan mayat itu ditemui Sabtu lepas selepas beberapa anggota polis membuat pemeriksaan biasa di kediaman itu di Houston. Pemeriksaan dilakukan selepas pihak berkuasa menerima aduan oleh seorang saudara mara mangsa, kata beberapa pegawai di Pejabat Sherif Daerah Harris.
Kesemua mangsa ditemui di setiap tiga bilik tidur di rumah berkenaan.
Mereka yang didapati ditembak beberapa kali ditemui dalam keadaan bergari, kata ketua siasatan kes itu, Sarjan Craig Clopton kepada wartawan.
Pada mulanya, beberapa anggota polis cuba menghubung penghuni di dalam rumah berkenaan sebelum melihat mayat seorang kanak-kanak dari sebuah tingkap di kediaman itu, kata seorang timbalan ketua polis, Tim Cannon.
Mereka kemudian cuba memecah masuk ke dalam rumah berkenaan tetapi berundur selepas suspek melepaskan beberapa das tembakan.
Beberapa anggota polis berjaya meyakinkan suspek untuk menyerahkan diri, kata Cannon.
Polis mengenal pasti suspek David Conley, 48, iaitu bekas suami Valerie Jackson. yang mati dibunuh di rumah tersebut.
Jackson yang berusia 40 tahun tinggal di rumah berkenaan dengan suaminya bersama anak-anaknya yang juga terbunuh.
“Pertelingkahan suspek dengan bekas isterinya menjadi antara motif pembunuhan itu,” kata Cannon.
Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Suspek kini dipenjara dan tidak dibenarkan untuk diikat jamin. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3iSLu2FAo 
Hakcipta terpelihara