Search This Blog

Monday, August 10, 2015

Lima Terbunuh Dalam Banjir Di Mali


Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 9:59 AM

BAMAKO: Seramai lima orang disahkan terbunuh manakala beratus lagi terjejas selepas hujan lebat mengakibatkan banjir besar di timur laut Mali.
Hujan lebat itu dikatakan telah menyebabkan banjir di bandar Menaka sebelum lima penduduk maut manakala lebih 400 kediaman terjejas, kata kerajaan dalam satu kenyataan.
Berikutan itu seramai 750 penduduk kini hilang tempat tinggal.
Wakil kerajaan memberitahu, banjir tersebut menyebabkan mangsa gagal mendapatkan makanan dan kerajaan sedia menyalurkannya secepat mungkin.
Sumber makanan dan bantuan lain akan dihantar oleh kerajaan ke Menaka pada Isnin sebelum diedarkan kepada mangsa.

29 Terbunuh Akibat Serangan Pengebom Berani Mati


Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 10:16 AM

KUNDUZ: Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh apabila kumpulan Taliban melakukan serangan di utara Afghanistan pada Ahad.
Kementerian Dalam Negeri Afghanistan berkata, dalam serangan Khanabad itu, semua yang terkorban merupakan orang awam.
Taliban sebelum ini turut mengaku bertanggungjawab melakukan serangan di Kabul yang menyaksikan 51 orang terbunuh.
Jumlah kematian itu yang tertinggi dicatatkan di ibu negara berkenaan sejak setahun lalu.
"Insiden di Khanabad berlaku akibat pengebom berani mati yang meletakkan bom di dalam jaket.
"Akibat serangan itu seramai 21 orang awam terbunuh manakala 10 lagi cedera," kata jurucakap kerajaan, Abdul Wadood Wahidi.

11 terbunuh insiden rempuhan kuil


JHARKHAND - INDIA. Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 20 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di sebuah kuil di timur India, kata pegawai polis.
 
Rempuhan berlaku ketika sambutan upacara keagamaan di Kuil Baidyanath Jyotirlinga, bandar Deoghar.
 
Menurut SN Pradhan, insiden berlaku ketika orang ramai menolak antara satu sama lain sejurus selepas pintu kuil berkenaan dibuka.
 
"Ramai orang berebut-rebut untuk ke bahagian hadapan barisan dan menyebabkan sebahagian daripanya jatuh dan dipijak," katanya dipetik BBC

Telinga digigit selepas tendang anjing

Shuang
Shuang
10 OGOS 2015HEILONGJING - CHINA. Seorang pemilik anjing tidak dapat mengawal kemarahannya dengan menggigit telinga seorang gadis yang bertindak menendang anjing peliharaannya itu. Menurut laporan CCTV News, ketika kejadian, gadis berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Shuang berada di bangunan kediamannya dan kemudian seekor anjing meluru ke arahnya sambil menyalak kuat.

Bimbang digigit anjing berkenaan, Shuang menendang anjing itu namun tindakannya itu disedari oleh pemilik anjing berkenaan iaitu seorang wanita berusia lingkungan 40an.

Berlaku pertengkaran di antara kedua-dua wanita itu dan Shuang bertindak memukul wanita itu dengan beg tangannya.

Gara-gara berang dengan tindakan gadis itu, wanita itu terus menggigit telinga gadis itu dan kemudian melarikan diri.

Shuang kemudiannya dibawa ke hospital dan pemilik anjing itu kini sedang diburu untuk membantu siasatan.

Gempa bumi di Afghanistan gegarkan utara India



Gempa bumi yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang (6 petang waktu Malaysia) menggegarkan bangunan-bangunan di sini.

Gempa susulan juga dilaporkan dirasai di lembah Kashmir dan setakat ini tiada kerosakan besar dilaporkan.

Menurut Jabatan Meteorologi India, kedalaman gempa bumi ialah 210 km dan berlaku di wilayah Hindukush, Afghanistan. - Bernama

Afghanistan kembali bergegar



Menurut laporan IANS, kejadian berlaku kurang 24 jam selepas serangan pengebom berani mati yang mengorbankan lebih 40 orang di sebuah akademi polis di tengah Kabul, kelmarin.

"Sekurang-kurangnya 12 anggota pasukan keselamatan dan tiga orang awam terbunuh dalam serangan di daerah Khad Abad itu.

"Seorang pemimpin pro kerajaan, Abdul Qadir turut maut dalam serangan berkenaan," kata gabenor daerah, Hayyatullah Amiri.

Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan terbabit.

Lapan ditembak mati dengan tangan bergari

Lapan ditembak mati dengan tangan bergari
Polis mengusung mayat mangsa. - Foto AP
10 OGOS 2015 TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Lapan termasuk enam orang kanak-kanak dijumpai mati ditembak di kepala  dengan tangan digari di sebuah rumah di Texas.
Susulan kejadian, seorang lelaki yang dipercayai suspek pembunuhan turut di tahan dilokasi kejadian.

Jurucakap polis berkata, kejadian itu disedari selepas pegawai jabatan kebajikan mengadakan pemeriksaan rutin di kediaman itu pada Ahad.

Suspek, David Conley yang juga merupakan bekas suami kepada salah seorang mangsa bertindak melepaskan tembakan apabila pegawai kebajikan cuba untuk masuk ke kediaman tersebut.

Walau bagaimanapun, suspek kemudiannya menyerah diri setengah jam kemudian selepas berjaya dipujuk oleh pihak polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan kecemasan oleh pegawai kebajikan berkenaan.

Mangsa yang maut ialah Dewayne Jackson, 50, isterinya Valerie Jackson, 40 dan anak mereka Nathaniel, 13, Dewayne, 10, Honesty, 11, Caleb, 9, Trinity, 7, dan Jonah, 6.

Nathaniel dipercayai anak kepada suspek dan Valerie Jackson dalam perkahwinan terdahulu.

Memetik laporan BBC, Ketua Polis ibu pejabat polis, Tim Cannon berkata, pihaknya tidak mengetahui motif pembunuhan namun percaya ia mempunyai kaitan  dengan hubungan dengan bekas isteri suspek, Valarie.

Suspek kini dipenjara dan tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Guru mengaji dibunuh kerana cemburu

Guru mengaji dibunuh kerana cemburu
Lokasi mayat ditemui. Gambar kecil: Ruziah
ADILA SHARINNI WAHID 10 OGOS 2015 KOTA BHARU - Hasil siasatan awal polis berhubung kes pembunuhan seorang guru mengaji yang ditemui dengan kesan kelar kaki dan tangan di tebing Sungai Pergau, Batu Melintang, Jeli, 30 Julai lalu, didapati bermotifkan cemburu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan pihaknya mempercayai pembunuhan ibu tunggal tujuh cahaya mata yang sudah enam tahun kematian suami itu membabitkan hubungan cinta antara kedua-dua suspek yang ditahan.
Katanya, sehubungan itu, perintah reman suspek yang berusia 52 dan 54 tahun itu masing-masing dilanjutkan tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.  
“Buat masa sekarang, kami syak mereka menaruh minat terhadap mangsa menyebabkan timbul cemburu sehingga kejadian berlaku.
“Bagaimanapun itu hanya motif awal dan siasatan terperinci masih diteruskan kami mengetahui motif sebenar,” katanya selepas penyampaian hadiah kepada pemenang Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Kontinjen Kelantan 2015 di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD), di sini, hari ini.
Konvensyen disertai 18 pasukan dan diungguli kumpulan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) diikuti naib johan, IPD Gua Musang.
Terdahulu, mangsa, Ruziah Saupi, 50, ditemui seorang penjala ikan pada jam 12 tengah hari di atas batu di kawasan Kuala Air Kepal, Sungai Pergau kira-kira  satu kilometer dari rumahnya di Kampung Dendong selepas tiga hari dilaporkan hilang, bermula 28 Jun.
Menurut Mazlan lagi, kedua-dua suspek juga sudah kenal lama dengan mangsa kerana tinggal di kampung sama dan menolak kemungkinan mangsa disamun berdasarkan tiada kesan pencerobohan atau pergelutan ditemui di lokasi kejadian. Barang berharga mangsa juga tidak dilarikan.
“Pembunuhan ini adalah satu yang amat mengejutkan kerana melibatkan seorang guru mengaji. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan mangsa tidak sepatutnya dibuat sebegitu.
“Pihak polis mengambil tindakan serius terhadap kes ini dan akan melakukan siasatan secara terperinci dari segala aspek bagi mengetahui jawapan sebenar mangsa dibunuh,” katanya
Kedua-dua suspek dikenakan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Adik dipercayai bunuh abang masih diburu

AHAD, 9 OGOS 2015 @ 8:05 PM



ALOR SETAR: Seorang adik yang dipercayai telah membunuh abangnya Jumaat lalu di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena dekat sini masih diburu. Ketua Polis Daerah Kota Star, ACP Adzaman Md Jan, berkata suspek yang berumur 24 tahun yang melarikan diri selepas kejadian itu dipercayai masih berada di sekitar negeri di utara. Beliau berkata, orang ramai yang mengetahui di mana suspek berada diminta menghubungi ASP T Segeran di talian 019-5400260. Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Yusoff Gozali, 35, meninggal dunia dipercayai akibat dibaling dengan objek besi oleh adiknya itu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka. Si adik melarikan diri selepas menghantar abangnya ke hospital. Sementara itu, Adzaman berkata anak bongsu kepada Amnah Omar, 49, telah ditahan berhubung kematian ibunya di rumah mereka di Taman Sentosa, Simpang Kuala dekat sini semalam. Pemuda berusia 27 tahun itu melaporkan telah menemui mayat ibunya selepas dia pulang ke rumah. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73561

Janin ditemui tersangkut dalam paip kumbahan

AHAD, 9 OGOS 2015 @ 10:21 PM




Oleh Siti Sofia Md Nasir siti.sofia@bh.com.my


LOKASI janin yang dijumpai oleh pekerja kumbahan di Jalan Kekabu, Batu Maung, malam tadi. - Foto NSTP

BALIK PULAU: Dua pekerja loji kumbahan di Jalan Kekabu, Batu Maung, di sini, menemui janin cukup sifat tersangkut dalam paip, malam tadi. Dalam kejadian jam 7 malam itu, kedua-dua pekerja terbabit sedang bertugas membersihkan paip yang tersumbat di loji berkenaan. Sumber berkata, mereka terkejut selepas mendapati punca paip tersumbat disebabkan janin yang tersangkut, sebelum mereka menghubungi polis. "Setakat ini, anggota forensik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73575

Suami isteri parah disondol babi tunggal

Kuala Terengganu: Seorang tukang rumah dan isterinya parah selepas disondol babi tunggal di Kampung Beris, Marang di sini.
Dalam kejadian 7.30 pagi semalam, mangsa, Mohammad Abdul Rahman, 50, patah tulang bahu manakala isterinya, Esah Mat Hassan, 49, koma akibat kecederaan serius dialami di kepala dan badan.
Mangsa dikatakan jatuh tersembam di atas jalan sebaik motosikal ditunggang mereka disondol babi hutan itu.
Anak pasangan itu, Nor Asma Laila Mohammad, 29, berkata, kejadian berlaku ketika bapanya mahu menghantar ibunya bekerja di Pasar Marang dengan menunggang motosikal dari rumah mereka di Kampung Kubu di sini.
“Sebaik tiba di Kampung Beris, seekor babi tunggal dewasa yang berada di bahu jalan terkejut dengan bunyi motosikal sebelum mengejar dan menyondol kenderaan dinaiki dua orang tuanya itu.
“Babi itu terlalu pantas hinggakan motosikal ditunggang ibu dan ayah saya terus terbalik. Kedua-dua orang tua saya jatuh tersembam dan cedera parah,” katanya.
Menurutnya, babi itu kemudian hampir menyondol ibu bapanya sekali lagi selepas mereka terjatuh.
“Mujur ramai penduduk yang datang membantu sebelum babi hutan itu melarikan diri ke dalam hutan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.
Nor Asma berkata, bapanya kini sudah stabil manakala ibunya masih koma dan dalam pemantauan rapi doktor.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 5:41 AM


ESAH koma disondol babi tunggal.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69429#sthash.ocwItlV7.dpuf

Dua kereta masuk parit


Jasin: Dua beranak serta seorang wanita maut apabila kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam parit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 29, Kampung Sebatu, Jalan Melaka-Muar, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, kereta Mazda dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dinaiki lima mangsa berusia lima bulan hingga 60 tahun.

Akibat kemalangan itu, pemandu Mazda Mohd Faris Zainul Abidin, 28, dan bayinya Putra Mohd Arif, lima bulan, maut di tempat kejadian manakala penumpang Nissan Grand Livina Suhaila Sahil, 56, disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Muar.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila dua kereta berlanggar sebelum terjunam ke dalam parit.

“Siasatan mendapati kereta dipandu Mohd Faris dalam perjalanan dari Simpang Laidin menghala ke Jalan Salim dipercayai berlanggar dengan Nissan Grand Livina yang dipandu lelaki warga emas berusia 60 tahun yang datang dari arah Merlimau ke Muar, Johor.

“Kedua-dua kereta terbabas masuk ke dalam parit. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Muar untuk rawatan lanjut manakala mayat bapa dan anaknya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 5:41 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69430#sthash.UJTCOAXC.dpuf

Polis, rakan diserang ‘longkai’

Petaling Jaya: Seorang pegawai polis terpaksa melepaskan tembakan amaran untuk mempertahankan diri selepas diserang lebih 10 lelaki dalam kejadian di Lebuhraya SPRINT berhampiran SS20 di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, pegawai polis itu dikatakan cuba membantu rakannya yang terbabit dalam kemalangan di lebuh raya berkenaan.
Sumber berkata, rakan pegawai polis itu yang juga seorang anggota polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, Kedah, terbabit kemalangan dengan sebuah kereta model Proton Iswara dipandu seorang lelaki.
“Sebaik berlaku kemalangan itu, rakan pegawai polis itu ditampar pemilik Proton Iswara yang tidak berpuas hati sebelum mereka didatangi sekumpulan lelaki mengaku sebagai ‘longkai’ (penarik kenderaan rosak).
“Melihat tindakan kumpulan itu boleh mendatangkan bahaya, mangsa segera menghubungi pegawai polis terbabit untuk meminta bantuan.
“Sebaik pegawai polis itu tiba di lokasi, dia terus berjumpa dengan kumpulan lelaki itu untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.
Bagaimanapun kumpulan lelaki itu seolah-olah tidak berpuas hati sebaik pegawai polis terbabit memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Sumber berkata, suspek kemudiannya menumbuk muka pegawai polis itu menyebabkan mangsa membalas tumbukan hingga berlaku pergelutan.
“Pada masa itu, kumpulan ‘longkai’ turut bertindak agresif dan menyerang mangsa serta rakannya sehingga memaksa mangsa melepaskan tembakan amaran. Susulan itu kumpulan terbabit segera beredar dari lokasi kejadian.
“Akibat pergelutan itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian bibir dan muka akibat ditumbuk,” katanya.
Difahamkan, rakan mangsa berada di Kuala Lumpur bagi menjalani kursus dan ketika kejadian itu dia dalam perjalanan ke Petaling Jaya selepas menghadiri jamuan di Kepong.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 5:47 AM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69434#sthash.ZFYUQjRU.dpuf

Gagal terjun tingkap tandas

Alor Setar: Cubaan seorang wanita membunuh diri dengan terjun dari tingkap tandas di tingkat tujuh bangunan Wisma Persekutuan, gagal apabila dia dipujuk pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada polis, semalam.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, wanita berusia 30-an itu dikatakan masuk ke bangunan itu seorang diri menaiki lif sebelum keluar di tingkat tujuh menuju ke tandas.
Wanita itu kemudian memanjat tingkap tandas untuk keluar dan cuba terjun namun disedari kakitangan bangunan terbabit yang menghalang perbuatannya.
Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah tiba di lokasi itu dan memujuk mangsa yang ketika itu dalam keadaan murung serta mendiamkan diri.
Komander Operasi BBP Alor Setar Pegawai Bomba II Abdul Hadi Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.27 pagi berhubung seorang wanita yang cuba membunuh diri untuk terjun dari tingkat atas bangunan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 5:19 AM


WANITA yang cuba terjun dari tingkat tujuh bangunan Wisma Putera.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69408#sthash.nDwG7jHz.dpuf

Pura-pura beli bunga

Kuala Lumpur: Berpura-pura mahu membeli bunga sebelum menyamun pekerja premis. Itu taktik dilakukan dua suspek lelaki yang merompak seorang wanita dan melarikan wang tunai RM350.
Dalam kejadian jam 7.45 malam kelmarin, dua suspek berusia 20-an menunggang motosikal sebelum meletakkannya di hadapan premis menjual bunga di Jinjang Selatan, di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, seorang suspek menekan loceng premis dan memberitahu mangsa yang dia ingin membeli bunga.
“Sebaik mangsa membuka pintu, suspek segera mengambil gunting yang diletakkan di atas meja sebelum mengarahkan wanita itu menyerahkan wang tunai dan barangan berharga.
“Suspek turut membuka pintu premis bagi membolehkan rakannya masuk ke dalam kedai sebelum mengambil wang tunai,” katanya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 5:25 AM


GAMBAR CCTV kenderaan yang digunakan suspek kes samun kedai bunga.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69414#sthash.9i65JivF.dpuf

Jumpa mayat dalam bangunan kosong

Mayat yang mula mereput itu ditemui seorang pengusaha makanan ikan kira-kira 5.45 petang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, polis belum mengenal pasti identiti sebenar mangsa dan masih dalam siasatan.
"Ketika ditemui mayat dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian.
"Namun mayat tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal," katanya.
Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 4:20 PM


FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69328#sthash.IKZ3qRZZ.dpuf

Maut dilanggar bas

Shah Alam: Seorang lelaki berusia 24 tahun maut selepas dilanggar bas awam di Jalan Meranti 3/7, Seksyen 3, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang juga buruh binaan dilanggar ketika sedang berjalan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan lain.
"Pihak kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam 5.15 petang sebelum bergegas ke lokasi.
"Mangsa didapati berada di bawah badan bas dan dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 8:03 PM


FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69348#sthash.ksojmDg2.dpuf

Nelayan direman rogol anak tiri

Chukai: Seorang nelayan berusia 53 tahun, semalam, ditahan reman tujuh hari kerana disyaki merogol anak tirinya yang berumur 10 tahun dalam kejadian di Kerteh, Khamis lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, kejadian itu disedari kakak mangsa yang ketika itu bersama rakannya menuju kedai berhampiran dan terserempak mangsa keluar dari kawasan semak, kira-kira jam 2 petang.
"Kakak mangsa kemudian membawa adiknya pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya dan apabila ditanya lanjut, mangsa mendedahkan ayah tirinya pernah melakukan perbuatan sama sebanyak dua kali sebelum ini.

"Kakak mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kerteh kira-kira jam 10.30 pagi, keesokan harinya. Susulan laporan itu, pihak polis semalam menahan reman suspek selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes itu," katanya menambah kes disiasat mengikut seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa bawah umur.
Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kemasukan objek di kemaluan mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 8:56 PM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69349#sthash.3ta5RSoN.dpuf

Guna hari cuti sakit untuk proses air ketum di nurseri



MUNUSAMY (kanan) menunjukkan sebahagian daripada daun ketum kering yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Sentul semalam.


SENTUL – Seorang pengawal keselamatan berusia 28 tahun menggunakan hari cuti sakit selama dua minggu yang diterimanya untuk menjalankan kegiatan haram memproses air ketum.
Kerja kotornya itu terbongkar apabila dia ditahan bersama 165 bungkusan air ketum yang dianggarkan bernilai RM1,650 di bangsal sebuah nurseri bunga di Jalan Batu Muda, Batu 5, Jinjang di sini kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 2 petang itu, suspek yang berasal dari Batu Kurau, Perak itu dipercayai sedang memproses air ketum di bangsal tersebut.
Dia yang leka tidak menyedari kehadiran sepasukan anggota dari Balai Polis Jinjang sedang membuat intipan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, polis turut merampas tiga plastik hitam berisi daun ketum kering seberat 20.6 kilogram (kg) dan daun ketum basah seberat 6.5kg di dalam periuk yang dipercayai untuk diproses menjadi air ketum.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3iMXWzulS 
Hakcipta terpelihara 

Peluncur terhempas dipukul angin


Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mayat dua orang peluncur udara yang maut di puncak Gunung Jerai semalam.


YAN – Keterujaan seorang subkontraktor berusia 52 tahun untuk menyertai sukan luncur udara, paragliding buat kali pertama bertukar tragedi apabila dia dan juruterbang maut setelah payung luncur dinaiki hilang kawalan lalu terhempas di tebing curam Gunung Jerai di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu berlaku apabila payung luncur dinaiki Liang Chong Kee serta dipandu Mohd. Hazlan Ismail, 32, dipukul angin kuat sehingga mengakibatkan mereka hilang kawalan.
Chong Kee seorang subkontraktor di Kuala Ketil, Kedah manakala Mohd. Hazlan yang berasal dari Kuala Lumpur ialah seorang anggota polis berpangkat Konstabel Sokongan di Balai Polis Simpang Empat, Perlis.
Difahamkan, Mohd. Hazlan merupakan tenaga pengajar di Kelab Luncur Udara Indera Kayangan.
Kedua-dua mangsa terhempas di kawasan berbatu sebelum tersangkut pada sebatang pokok setinggi 50 meter di tebing curam iaitu kira-kira 20 meter di bawah tapak perlepasan.
Jarak di antara tapak perlepasan sukan luncur udara tersebut ke lokasi pendaratan di Kampung Titi Teras di sini adalah 660 meter. Ketinggian Gunung Jerai pula 1,217 meter.
Ahli Majlis Daerah Yan, Zolkipli Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku akibat perubahan angin secara mendadak sehingga mengakibatkan payung luncur dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3iMX970DI 
Hakcipta terpelihara 

Kabul dibom lagi, 50 terbunuh


ANGGOTA polis berkawal di pintu masuk Akademi Polis Kabul sehari selepas dua serangan maut menggegarkan ibu negara Afghanistan kelmarin. - Agensi


KABUL – Satu serang­an bom terbaharu menggegarkan bandar ini kelmarin menyebabkan angka kematian me­ningkat kepada sekurang-kurang 50 orang, manakala beratus-ratus yang lain cedera.
Peristiwa itu menjadi hari paling berdarah di ibu negara Afghanistan sejak berakhirnya misi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Di­sember tahun lalu.
Siri letupan yang memusnahkan bangunan dan menyebabkan hospital di­limpahi mangsa tercedera itu merupakan serangan ketenteraan pertama seumpamanya ke atas Kabul sejak pengumuman kematian pemimpin Taliban, Mullah Omar.
Dalam serangan pertama awal pagi kelmarin, sebuah trak sarat dengan bahan letupan memusnahkan pusat bandar Kabul menyebabkan 15 orang awam terbunuh dan 240 lagi cedera.
Kurang 24 jam kemudian, sekurang-kurangnya 20 orang kadet polis terbunuh selepas seorang pengebom berani mati yang memakai uniform polis meletupkan bom kereta di pintu masuk Akademi Polis Kabul.
Taliban menafikan penglibatan dalam sera­ng­an pertama itu yang berlaku berhampiran sebuah pangkalan tentera di te­ngah bandar ini tetapi mengaku bertanggungjawab ke atas serangan kedua.
Letupan dan kejadian berbalas tembakan turut berlaku malam kelmarin di Kem Integrity, sebuah pangkalan berhampiran lapangan terbang yang menempatkan pasukan khas Amerika Syarikat. Insiden itu menyebabkan seorang anggota NATO terbunuh.
Jet-jet pejuang turut kedengaran terbang sekitar pusat bandar Kabul tidak lama selepas siri letupan tersebut.
Kemusnahan terbaharu itu menonjolkan situasi keselamatan yang tidak menentu di Afghanistan di sebalik perjanjian damai dengan Taliban semakin goyah manakala tentera kerajaan berdepan musim panas pertama bertempur tanpa sokongan penuh daripada NATO. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0809&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3iMWaVpRQ 
Hakcipta terpelihara 

12 korban drama tebusan di Mali


SEBUAH van hangus di hadapan Hotel Byblos, tengah Mali, selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke hotel berkenaan kelmarin. - AFP


BAMAKO – Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk empat kontraktor asing Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) maut dalam drama tebusan di sebuah hotel di tengah Mali yang berakhir semalam selepas bangunan itu diserbu tentera kerajaan.
“Terdapat 12 kematian secara keseluruhannya,” kata seorang pegawai tentera selepas operasi di Hotel Byblos, Sevare.
“Mereka yang maut termasuk lima pengganas, lima askar dan dua orang kulit putih,” tambahnya.
Misi Penstabilan Integrasi Berbilang Dimensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Mali (MINUSMA) menyatakan,dua warga Ukraine dan masing-masing seorang rakyat Nepal serta Afrika Selatan terbunuh dalam drama tebusan selama beberapa jam itu dengan mangsa ketiga merupakan seorang pemandu warga Mali yang bekerja untuk sebuah syarikat yang diberikan kontrak oleh MINUSMA.
Menurutnya, empat tebusan lain iaitu dua rakyat Afrika Selatan dan seorang warga Rusia serta Ukraine berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan baik.
“Kumpulan penyerang tidak menyedari kehadiran mereka di hotel berkenaan dan MINUSMA berhubungan dengan mereka sehingga serangan selesai,” tambahnya.
Drama tebusan itu bermula apabila beberapa lelaki bersenjata menyerbu masuk ke hotel berkenaan sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat lepas.
Sekurang-kurangnya seorang penyerang itu memakai tali pinggang berisi bahan letupan.
Tentera Mali kemudian menutup kawasan berkenaan tetapi usaha menghapuskan penyerang-penyerang itu sukar ekoran kehadiran beberapa tebusan.
Pihak tentera bagaimanapun berjaya menamatkan serangan tersebut awal kelmarin dalam operasi yang turut disertai oleh pasukan khas tentera.
Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3iMW9ldiN 
Hakcipta terpelihara 

Dua sahabat rogol pelajar kolej dipenjara, sebat


KUALA LUMPUR 7 Ogos – Dua sahabat masing-masing dihukum penjara tujuh tahun dan sebatan lapan kali oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini setelah mengaku bersalah merogol seorang penuntut kolej swasta, dua tahun lalu.
Hakim Suraiya Mustafa Kamal memutuskan demikian terhadap pengawal keselamatan, Muzizat Ab. Manan, 39, dan kelindan lori, Ahmad Dashila Idris, 27, setelah mereka menukar pengakuan kepada bersalah pada Selasa lalu apabila mahkamah memerintahkan kedua-duanya membela diri pada hari sama.
Beliau turut memerintahkan Muzizat dihukum penjara lima tahun setelah mengaku bersalah melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sama namun memerintahkan hukuman itu dilaksanakan serentak dengan hukuman merogol.
Hukuman penjara terhadap Muzizat yang merupakan bapa kepada lima anak dan Ahmad Dashila yang mempunyai dua anak diperintahkan bermula dari tarikh tangkap pada 16 September 2013.
Kedua-dua lelaki itu mengaku merogol remaja berusia 18 tahun itu di sebuah hotel, Jalan Bandar Rawang dekat sini antara pukul 6 petang dan 10 malam, 14 September 2013 manakala Ahmad Dashila mengaku melakukan seks luar tabii terhadap remaja itu pada masa, tarikh dan tempat sama.
Pertuduhan terhadap kesalahan merogol dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Ke­seksaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/dua-sahabat-rogol-pelajar-kolej-dipenjara-sebat-1.121868#sthash.5wh0Bhi7.dpuf

Nahas: Bapa, bayi lima bulan terbunuh


DUA kenderaan terhumban ke dalam sungai di Kilometer 30, Jalan
DUA kenderaan terhumban ke dalam sungai di Kilometer 30, Jalan Melaka-Muar di persimpangan Jalan Salim-Jalan Laidin, Merlimau, Melaka, semalam. mingguan/NOR HAYATI ZAINUDIN
JASIN 8 Ogos – Seorang bapa dan bayi lelakinya yang baru berusia lima bulan, maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan yang terhumban ke dalam sebatang sungai di Kilometer 30, Jalan Melaka-Muar di persimpangan Jalan Salim-Jalan Laidin, Merlimau, di sini hari ini.
Nahas berlaku kira-kira pukul 5.30 petang membabitkan kereta Mazda 3 yang dinaiki mangsa, Muhammad Faris Zainal Abidin, 27, bersama isteri, Hasirah Diana Zakaria, 24, dan bayi lelaki mereka, Putra Muhammad Arif.
Kenderaan itu dipercayai gagal dikawal sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.
Menurut saksi, iaitu penduduk kawasan itu, Abdullah Said, 58, kereta dinaiki tiga beranak itu dipercayai merempuh belakang MPV tersebut dan mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Sebatu di tepi jalan tersebut.
Katanya, kemalangan itu turut menyebabkan ibu bayi berkenaan cedera parah di bahagian leher dan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, Johor.
“Bapa dan bayi dalam Mazda 3 itu meninggal dunia di tempat kejadian, dipercayai akibat lemas.
“Pasangan suami isteri yang menaiki MPV tersebut bagaimanapun hanya cedera ringan dan dikejarkan ke hospital yang sama di Muar,” katanya sambil memberitahu identiti pasangan suami isteri itu belum dikenali.
Abdullah yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian mendakwa, lokasi kemalangan itu sering berlaku nahas yang meragut nyawa.
Mayat dua beranak yang maut dalam kejadian itu dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.
Sementara itu, Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.08 petang mengenai kemalangan itu dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Enam orang anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Tambahnya, dua daripada mangsa termasuk seorang bayi lelaki meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan daripada kenderaan dengan bantuan orang awam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/nahas-bapa-bayi-lima-bulan-terbunuh-1.122240#sthash.DTfRc6oO.dpuf